Tasawwuf Dan Tariqat: Satu Pengenalan Dan Kepentingan Beramal Dengannya

*

Author Topic: Tasawwuf Dan Tariqat: Satu Pengenalan Dan Kepentingan Beramal Dengannya  (Read 19872 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

08 January, 2010, 08:44:17 AM
  • Publish

  • Tasawwuf Dan Tariqat: Satu Pengenalan Dan Kepentingan Beramal Dengannya
    Oleh Dr OTHMAN BIN NAPIAH

    Abstrak


    Kekeliruan yang berlaku terhadap amalan tasawuf dan tariqat menyebabkan ramai di kalangan masyarakat Islam mencurigai kesahihan amalan di dalam tasawuf dan tariqat. Oleh yang demikian kertas kerja ini cuba menyingkap beberapa persoalan asas tentang tasawuf dan tariqat. Pengenalan terhadap tasawuf dan tariqat dalam Islam, hubungan antara al-Quran dengan tasawuf dan tariqat, hadis dengan tasawuf dan tariqat, kedudukan tasawuf dan tariqat,dan keperluan dan tujuan tasawuf dan tariqat.
    « Last Edit: 08 January, 2010, 08:46:46 AM by Ummi Munaliza »
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Reply #1 08 January, 2010, 08:45:13 AM
  • Publish

  • 1- Pendahuluan

    Apabila kita membincangkan perkara yang berhubung dengan tariqat dan tasawuf, maka mahu tidak mahu kita pasti akan membincangkan makna tariqat dan tasawuf, pengajaran serta konsep dan hubungan antara keduanya.Untuk menyempurnakan kehendak tajuk di atas penulis akan membincangkan kedudukan tariqat dan tasawuf dalam Islam, menghuraikan hubungan antara tariqat dan tasawuf dan melihat kepentingan ilmu dan amalan tariqat dan tasawuf terhadap kehidupan manusia.

    Dengan penuh kesedaran penulis mengakui, dengan kelemahan dan kemampuan yang sangat terbatas di samping keilmuan yang cetek sudah pasti penulis tidak dapat melengkapkan kertas kerja ini dengan kupasan-kupasan yang menarik dan menyentuh semua aspek yang berkaitan dengan pengalaman dan ajaran yang terdapat dalam ilmu tariqat dan tasawuf.

    Namun, penulis dengan rasa penuh tawaduk akan cuba sedaya upaya untuk menjelaskan beberapa aspek yang dianggap sebagai asas dan pengenalan kepada ilmu tariqat dan tasawuf ini. Oleh yang demikian, tulisan ini dipersembahkan sebagai satu usaha kearah cuba memahami perjalanan tariqat dan tasawuf berdasarkan kemampuan penulis yang terhad dan mempunyai kelemahan.
    « Last Edit: 08 January, 2010, 08:47:32 AM by Ummi Munaliza »

    Reply #2 08 January, 2010, 08:49:05 AM
  • Publish

  • 2- Tariqat dan Tasawwuf Menurut Islam.

    Perkataan tariqat, kata jamaknya tara’iq dan turuq berasal dari kata kerja taraqa yatruqu atau tariqa yatraqu yang membawa berbagai mengikut perbezaan bentuk dan kontek penggunaanya dalam sesuatu percakapan atau sesuatu ayat. Sebagai contoh:طرق النجاد الصوف بالعود ayat ini membawa maksud : Penenun hamparan itu memukul kulit berbulu itu dengan kayu. Perkataan taraqa di dalam ayat ini membawa maksud memukul.
    Atau dikatakan طرق القوم ayat ini mebawa maksud : Ia telah datang kepada kaum itu pada waktu malam.Perkataan taraqa dalam ayat ini membawa maksud datang pada waktu malam. طرق الابل الماء Bermakna Unta itu telah memijak dan mengkencingkan air itu.

    أطرق الرجل Bermaksud: Orang laki-laki itu diam tanpa berkata-kata. Atraqa bermaksud diam tanpa berkata-kata.Apabila dikatakan: تطارق القوم Ayat ini membawa maksud: Setengah dari kaum itu mengikut jejak setengah yang lain.Oleh yang demikian makna tataraqa dalam ayat ini membawa maksud mengikut jejak. Apabila disebut ungkapan : تطرق إلى الأمر bermaksud: Ia mencari jalan keluar mengenai perkara (masalah) itu.Oleh itu makna perkataan tatarraqa dalam ayat tersebut membawa maksud mencari jalan penyelesaian.

    Di dalam sebuah hadis Rasulullah (s.a.w) Nabi bersabda :
    أعوذ بك من طوارق الليل إلا طارقا يطرق بخير yang membawa maksud:
    "Aku berlindung dengan Engkau ya Allah dari semua kejadian yang berlaku pada waktu malam, kecuali kejadian yang akan berlaku dengan membawa kebaikan". Perkataan yatruqu dalam hadis di atas membawa maksud berlaku atau akan terjadi.

    Dari keterangan ringkas mengenai katakerja taraqa yatruqu dan tariqa yatruqu di atas jelas sekali kedua-dua bentuk katakerja tersebut mempunyai makna mengikut konteks penggunaanya. Sesuai dengan kedua-dua bentuk katakerja itu maka tariqah itu tentu mempunyai berbagai makna seperti yang akan dibincangkan kelak.

    Reply #3 08 January, 2010, 08:56:51 AM
  • Publish

  • 3- Al-Quran dan tasawuf

    Terdapat banyak ayat-ayat al-Quran yang menjadi sandaran dan dijadikan pegangan oleh ahli tariqat dan tasawuf. Antaranya ayat-ayat yang memerintahkan agar manusia berpaling dari dunia dan berhadap kepada Allah S.W.T. seperti yang terkandung di dalam ayat Surah al-Hadid ayat yang ke20 antara lain menyatakan:


    ٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّمَا ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَا لَعِبٌ۬ وَلَهۡوٌ۬ وَزِينَةٌ۬ وَتَفَاخُرُۢ بَيۡنَكُمۡ وَتَكَاثُرٌ۬ فِى ٱلۡأَمۡوَٲلِ وَٱلۡأَوۡلَـٰدِ‌ۖ كَمَثَلِ غَيۡثٍ أَعۡجَبَ ٱلۡكُفَّارَ نَبَاتُهُ ۥ ثُمَّ يَہِيجُ فَتَرَٮٰهُ مُصۡفَرًّ۬ا ثُمَّ يَكُونُ حُطَـٰمً۬ا‌ۖ وَفِى ٱلۡأَخِرَةِ عَذَابٌ۬ شَدِيدٌ۬ وَمَغۡفِرَةٌ۬ مِّنَ ٱللَّهِ وَرِضۡوَٲنٌ۬‌ۚ وَمَا ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَآ إِلَّا مَتَـٰعُ ٱلۡغُرُورِ (٢٠)

    Bermaksud:
    “Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; Akhirnya ia menjadi hancur bersepai dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu) dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat) dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. (20) ”

    Ayat di atas secara keseluruhanya memperlihatkan kepada kita tentang kedudukan dan peranan ruh dalam kehidupan manusia. Ruh sebelum dipindahkan oleh Allah ke dunia, telah memperakukan ketuhanan Allah S.W.T. Atau dalam erti kata yang lain telah mengadap kepada Allah S.W.T.sejak azali lagi. Oleh yang demikian di dalam ayat tersebut jelas bahwa Allah memperingatkan semula tugas dan peranan yang sebenar kedatangan manusia di muka bumi ini.

    Ruh yang sifatnya suci, diarahkan oleh Allah S.W.T. di dalam ayat ini agar mengadap kepada Allah seperti ia telah menghadap kepada-Nya ketika di alam arwah lagi. Demikian pegangan dan keyakinan ahli tasawuf dan tariqat terhadap ayat tersebut. Ahli tasawuf dan tariqat melihat ayat sebagai sandaran untuk mengingati Allah, cinta kepada-Nya, di samping sentiasa mengadap kepada-Nya. Berpaling kepada selain daripada Allah menurut ahli tariqat dan tasawuf adalah sebahagian dari penyimpangan dalam perjalanan menuju kepada Allah S.W.T. Oleh yang demikian ahli tariqat dan tasawuf sentiasa komited dalam ketaatan, peribadatan, melawan hawa nafsu, melawan kezaliman, berjuang untuk menegakan Islam sehingga menjadi agama sebagai panduan hidup.


    Reply #4 08 January, 2010, 08:58:19 AM
  • Publish

  • 4- Hadis dan Tasawuf

    Hadis Rasulullah s.a.w. adalah sumber kedua dan berperanan sebagai penerang kepada al-Quran. Oleh yang demikian banyak hadis-hadis Rasulullah s.a.w. yang menjelaskan terhadap apa yang telah dinaskan oleh al-Quran tentang kemuliaan akhlak, pembersihan jiwa, penyucian hati, mujahadat al-nafs, maqam dan ahwal dalam ilmu tasawuf.

    Reply #5 08 January, 2010, 08:59:07 AM
  • Publish

  • 5- Kedudukan Tasawuf dan Tariqat

    Berdasarkan kepada keterangan-keterangan yang telah dikemukakan di atas di samping definisi tariqat, sudah dikira cukup untuk menjelaskan kedudukan serta peranan tariqat dan tasawuf. Boleh dinyatakan disini bahawa tariqat dan tasawuf merupakan jalan, wasilah atau jambatan yang menghubungkan antara syariat dan hakikat. Keadaan ini bermakna tanpa tariqat, maka syariat tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Syariah yang dilaksanakan tanpa hakikat adalah ibarat tubuh tanpa ruh.


    Reply #6 08 January, 2010, 09:12:07 AM
  • Publish

  • 6- Keperluan tariqat dan tasawuf

    Apakah kepentingan tariqat dan tasawuf pada zaman ini? Zaman pembangunan sains dan teknologi. Mungkin ada yang mengatakan apa gunanya tariqat dan tasawuf? Tidakah ia hanya akan membantut dan mematahkan semangat pembangunan? Dalam persoalan ini , tasawuf yang benar tidak akan menjadi penghalang kepada pembangunan, malahan ia berperanan sebagai penyuntik semangat dan pengimbang kepada pembangunan itu sendiri. Pembangunan kebendaan yang tidak disertai dengan pembangunan insan (ruhani) akan menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan antara keperluan jasmani dan ruhani . Untuk mendapatkan gambaran dan ukuran yang tepat tentang hubungan tersebut kita kemukakan sebuah hadis Rasulullah s.a.w. yang dikenali sebagai Hadis Jibril. Nabi s.a.w. ditanya tentang Iman, Islam dan Ihsan.

    Persoalan Iman yang diajukan oleh Jibril dalam hadis tersebut adalah gambaran tentang konsep kerohanian yang bersifat spritual, manakala persoalan Islam pula adalah gambaran tentang konsep yang bersifat zahir manakala Ihsan pula adalah gambaran tentang hubungan antara Allah dengan manusia dalam melaksanakan amalan Islam yang berlandaskan kepada asas kepercayaan. Berdasarkan kepada hadis di atas juga, para ulama Islam telah mengijmakan bahawa kesempurnaan Islam itu hanya akan sempurna dan lengkap apabila ketiga-tiga aspek Iman, Islam dan Ihsan disatukan.

    Reply #7 08 January, 2010, 09:15:57 AM
  • Publish


  • Hadith : Iman, Islam, Ihsan Dan Wajib Beriman Kepada Ketentuan Dari Allah S.W.T


    Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya:

    Pada suatu hari, ketika Rasulullah s.a.w berada bersama kaum muslimin, datang seorang lelaki kemudian bertanya kepada baginda: Wahai Rasulullah! Apakah yang dimaksudkan dengan Iman? Lalu baginda bersabda: Kamu hendaklah percaya iaitu beriman kepada Allah, para Malaikat, semua Kitab yang diturunkan, hari pertemuan denganNya, para Rasul dan percaya kepada Hari Kebangkitan.

     

    Lelaki itu bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah pula yang dimaksudkan dengan Islam? Baginda bersabda: Islam ialah mengabdikan diri kepada Allah dan tidak menyekutukanNya dengan perkara lain, mendirikan sembahyang yang telah difardukan, mengeluarkan Zakat yang diwajibkan dan berpuasa pada bulan Ramadhan.

     

    Kemudian lelaki tersebut bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah makna Ihsan? Rasulullah s.a.w bersabda: Engkau hendaklah beribadat kepada Allah seolah-olah engkau melihatNya, sekiranya engkau tidak melihatNya, maka ketahuilah bahawa Dia sentiasa memerhatikanmu.

     

    Lelaki tersebut bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Bilakah Hari Kiamat akan berlaku? Rasulullah s.a.w bersabda: Sememangnya orang yang bertanyakannya lebih mengetahui dariku. Walau bagaimanapun aku akan ceritakan kepadamu mengenai tanda-tandanya. Apabila seseorang hamba melahirkan majikannya maka itu adalah sebahagian dari tandanya. Seterusnya apabila seorang miskin menjadi pemimpin masyarakat, itu juga sebahagian dari tandanya. Selain dari itu apabila masyarakat yang pada asalnya pengembala kambing mampu bersaing dalam menghiasi bangunan-bangunan mereka, maka itu juga dikira tanda akan berlakunya Kiamat. Hanya lima perkara itulah sahaja sebahagian dari tanda-tanda yang diketahui dan selain dari itu Allah sahaja Yang Maha Mengetahuinya. Kemudian Rasulullah s.a.w membaca Surah Luqman ayat 34 Yang bermaksud: Sesungguhnya Allah lebih mengetahui bilakah akan berlaku Hari Kiamat, di samping itu Dialah juga yang menurunkan hujan dan mengetahui apa yang ada di dalam rahim ibu yang mengandung. Tiada seorang pun yang mengetahui apakah yang akan diusahakannya pada keesokan hari iaitu samada baik atau jahat dan tiada seorang pun yang mengetahui di manakah dia akan menemui ajalnya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Amat Meliputi pengetahuanNya. Kemudian lelaki tersebut beredar dari situ.

     

    Rasulullah s.a.w terus bersabda kepada sahabatnya: Sila panggil orang itu kembali. Lalu para sahabat berkejar ke arah lelaki tersebut untuk memanggilnya kembali tetapi mereka dapati lelaki tersebut telah hilang. Lantas Rasulullah s.a.w bersabda: Lelaki tadi ialah Jibril a.s. Kedatangannya adalah untuk mengajar manusia tentang agama mereka.

    Reply #8 08 January, 2010, 09:17:39 AM
  • Publish

  • 7- Tujuan Bertariqat dan Bertasawuf

    Antara tujuan bertariqat dan bertasawuf di dalam Islam ialah:

    1) Mengadakan latihan kerohanian dengan tujuan untuk melawan hawa nafsu (mujahadah), membersihkan jiwa dari sfat-sifat yang tercela dan diisi dengan sifat-sifat yang terpuji.

    2) Sentiasa dapat mewujudkan rasa ingat kepada Allah S.W.T. Zat Yang Maha Agong dan Maha Kuasa atas segalanya. Keadaan ini dapat dicapai dengan melakukan amalan zikrullah dan wirid yang disertakan dengan muraqabah .

    3) Melahirkan perasaan takut kepada Allah S.W.T. sehingga timbul usaha untuk menghindarkan diri dari segala macam pengaruh duniawi yang menyebabkan lupa kepada Allah S.W.T.

    4) Mencapai tingkatan makrifah.Dengan syarat semua ketaatan dilakukan dengan keikhlasan kepada Allah S.W.T.

    5) Akhirnya akan mencapai tujuan sebenar dalam kehidupan.

    Demikian antara lain beberapa tujuan bertariqat dan bertasawuf. Jelasnya ia akan dapat mengerjakan syariah Allah S.W.T. dengan melalui jalan yang menyampaikanya kepada tujuan hakikat yang sebenarnya sesuai dengan apa yang dikehendaki oleh syariat itu sendiri.

    Reply #9 08 January, 2010, 09:19:02 AM
  • Publish

  • 8- Dasar Bertariqat dan Bertasawuf

    Apabila membicarakan tentang dasar kepada amalan bertariqat dan bertasawuf, sebenarnya dapat dilihat dari dalam tariqat dan tasawuf itu sendiri. Sehingga dari sini akan dapat diketahui secara jelas tentang kedudukan hukumnya di dalam Islam. Antaranya dengan melihat kepada amalan utama yang dilakukan dalam tariqat dan tasawuf seperti wirid dan zikrullah. Sehubungan dengan amalan ini Allah S.W.T. berfirman didalam surah al-Ahzab:41-42:
    يآايها الذين امنوا اذكروا الله كثيرا وسبحوه بكرة واصيلا .

    Bermaksud:
    "Wahai orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknay. Bertasbihlah kepada-Nya di waktu pagi dan petang."

    Ayat di atas membawa maksud arahan kepada orang-orang yang beriman supaya berzikrullah dengan menyebut nama Allah S.W.T. dan bertasbih ketika waktu pagi dan petang, siang mahu pun malam. Amalan zikir dalam ayat ini adalah bersifat mutlak yang masih belum ada qayyidnya . Dapat dinyatakan di sini bahawa pensyariatan zikir masih dalam bentuknya yang global atau umum. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak banyak memberikan perincian atau mentaqyidkannya, sama ada yang berbentuk syaray-syarat, rukun-rukun atau pun kayfiyat-kayfiatnya.

    Reply #10 08 January, 2010, 09:21:20 AM
  • Publish

  • 9- Kesimpulan

    Dalam meneruskan jihad tariqah sufiyyah ini, susunlah barisan yang kuat dan kemas, di samping siarkan pengajaran tariqat tasawuf itu dengan mengikut adab-adab, peraturan-peraturannya, dan akhlak ahli tasawuf.

     Bergeraklah dalam kesatuan dan wujudkanlah yayasan dan perguruan tariqat dan tasawuf yang sesuai dengan zaman ini. Jangan jadikan diri anda sebagai pak turut dan taqlid , kerana Islam membencinya. Oleh yang demikian jadilah seorang ahli tariqat dan tasawuf yang bersifat tabi’en,’arifin.dan sadiqin.

    والله أعلم بالصواب
    والحمد لله رب العالمين


    KERTAS KERJA INI DIBENTANGKAN OLEH:
    Dr. Othman bin Napiah
    Pusat Pengajian Islam Dan Pembangunan Sosial
    Universiti Teknologi Malaysia
    Skudai JB

    Reply #11 08 January, 2010, 12:05:41 PM
  • Publish
  • Di atas IzinNya dan RahmatNya..Alhamdulillah syukur kita dengan segala ciptaan kurniaanNya..

    Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


    SamiAllahu liman Hamidah…Rabbana Walakal Hamdu Mil ussamaawati wa milul ardhi wa mil umma syi’tamin syai’un ba’du.Allah Maha Mendengar orang yang memujinya… Ya Allah Ya Tuhanku, milikmu segala puji sepenuhnya langit dan bumi dan sepenuh sesuatu yang Engkau kehendaki selepas itu.

    Alhamdulillah syukur “SubhanAllah Wal Hamdulillah wala ilaha illallah wallahu Akhbar”! Allahhuma Shalli ala Muhammad wa ‘ala alihi washabihi aj’maiin. Tiada kata lagi yang mampu untuk menguntai rasa kesyukuran serta terima kasihku kepada Allah dan kepada manusia yang paling sempurna dan pemimpin yang Agung iaitu junjungan besar Nabi Muhammad  S.A.W. serta ahli keluarga dan para-para sahabat nya.

    Syukran Tuan Dr. dgn kertas kerjanya, dan juga Ummi dalam menyampaikan etika dakwah dan ilmiah buat kami di sini....betapa pentingnya  nisbah kerohanian di titik beratkan, Allah di dahulukan dlm segala hal..itulah perjalanan kehidupan yg sementara menuju ke satu perjalanan selama-lamanya.

    Banyak manusia yang terjebak dalam menilai sesuatu, terpaksa dan dipaksa untuk percaya terhadap suatu keyakinan, tanpa pernah memahami mengapa kita harus meyakininya..Panduan serta pedoman sudah tersedia ada yang di tinggalkan oleh Baginda Mulia RasulAllah saw buat umatnya.

    Hilangkan sifat-sifat mazmummah..InsyAllah terpancarlah sifat-sifat Mahmudah ( terpuji )..sifat- sifat Muhammad itu.   

    Iblis laknatullah itu mampu meresap ke dlm fikiran, melalui aliran urat saraf dan  darah, menembusi ruang dan waktu..mereka tidak pernah jemu menghasut, menyesatkan kita meskipun kita juga tidak pernah putus asa dan berusaha menangkisnya, lawan tetap melawan, namun gagal dan kecundang jua akhirnya..kesedaran telah di perakui yang makhluk ini bukanlah tandingan kita.

    FirmanNya “ Barang siapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah ( Al-Quran ). Kami adakan baginya syaitan ( yang menyesatkan ) maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya, Dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu benar-benar menghalangi mereka dari jalan yang benar dan mereka menyangka bahawa mereka mendapat petunjuk” (QS Az-Zukhruf : 36-37).

    Iman itu bukan berasal dari fikiran dan yang ditekankan dari luar dirinya, akan tetapi iman itu berasal dari potensi jiwanya sendiri ( FITRAH )..

    Penting dan amalan kita untuk menyedari pengertian dan kebenaran haqiqat " Ihsan ", sepertinya Firman Allah swt " Yang melihat kamu ketika kamu berdiri ( untuk solat ) dan ( melihat pula ) perubahan gerak badanmu di antara orang-orang yang sujud. Sesungguhnya Dia adalah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui ". ( Asy Syu'ara : 218-220 ).

    dan begitu juga perihal berdzikir..Pada pandangan saya,.. kemuncak dzikir bukan lagi menjadi kiraan-kiraan tertentu atau mentera-mentera suci mahupun kalimah-kalimah Haq dan bertempat-tempat, tetapi haqiqatnya merasai..informasi ini bukan lagi berupa khayalan ataupun kesimpulan intelektual  tetapi pengertian pada sebuah kenyataan yang mampu di rasakan, itupun di atas IzinNya dan RahmatNya..bukan untuk di perdebatkan kerana hal ini adalah sebuah rasa yang mesti di masuki..

    Tujuan dari agama yang benar dan ilmu yang benar hanyalah satu tujuan iaitu menuju mendekati Kebenaran yang haq / mutlaq..Ilmu hakikatnya untuk mengetahui dan agama sudah tentu untuk merasainya...wallahu'alam.
    Alhamdulillah syukur kita dengan segala nikmat kurniaanNya..

    Reply #12 08 January, 2010, 12:17:18 PM
  • Publish

  • Salah satu aspek terpenting di dalam disiplin ilmu dan amalan tasawuf ialah amalan zikrullah dan wirid. Amalan ini sering menonjol di kalangan pengamal tareqat tasawuf. Zikir atau zikrullah merujuk kepada maksud mengingati Allah S.W.T. Di dalam amalan tareqat dan tasawuf zikrullah atau mengingat Allah S.W.T. itu dibantu dengan bermacam-macam ungkapan yang secara langsung atau tidak langsung membawa maksud mengingati Allah S.W.T.. Seperti dengan menyebut nama-nama Allah S.W.T., sifat-sifat-Nya, dan perbuatan-Nya.

    Ahli tareqat dan tasawuf berkeyakinan bahawa seorang insan melalui amalan zikir akan menjadikan dirinya dapat merasakan lahir dan batinya dilihat oleh Allah S.W.T. dan segala urusan pekerjaannya diawasi oleh Allah S.W.T., perkataannya didengar oleh Allah S.W.T., manakala cita-cita dan niatnya pula tidak terlepas dari pengetahuan Allah S.W.T. Benarlah seperti apa yang telah disabdakan oleh Baginda Rasulullah s.a.w. di dalam hadis Jibril yang diriwayatkan oleh al-Tirmidhi di dalam Sunannya tentang situasi ini, antara lain menyatakan:

    ما الإحسان : الإحسان أن تعبد الله كأنك تراه فإن لم تكن تراه فإنه يراك .
    Bermaksud:

    “Wahai Rasulullah! Apakah yang dimaksudkan dengan Ihsan? Baginda bersabda: Ihsan itu ialah sesungguhnya engkau menyembah (mengabdi diri) kepada Allah seolah-olah engkau melihat-Nya. Maka sesungguhnya jika engkau tidak dapat melihat-Nya maka sesungguhnya Dia (Allah) melihat kamu”

    Di dalam amalan tareqat dan tasawuf, dengan amalan zikrullah seseorang akan mencapai makrifah kepada-Nya dan akan melahirkan dua sifat kepada pengamalnya; Pertama akan melahirkan sifat takwa manakala yang kedua akan melahirkan sifat mahabbah iaitu sifat cintakan kepada Allah S.W.T. Dengan sifat takwa seorang hamba akan menuruti segala perintah tuannya selaku Khalik, manakala sifat mahabbah pula akan melahirkan sifat cintakan kepada perbuatan yang disuruh oleh Allah S.W.T. selaku penciptanya.

    Reply #13 08 January, 2010, 12:35:09 PM
  • Publish
  • Di dalam amalan tareqat dan tasawuf, dengan amalan zikrullah seseorang akan mencapai makrifah kepada-Nya dan akan melahirkan dua sifat kepada pengamalnya; Pertama akan melahirkan sifat takwa manakala yang kedua akan melahirkan sifat mahabbah iaitu sifat cintakan kepada Allah S.W.T. Dengan sifat takwa seorang hamba akan menuruti segala perintah tuannya selaku Khalik, manakala sifat mahabbah pula akan melahirkan sifat cintakan kepada perbuatan yang disuruh oleh Allah S.W.T. selaku penciptanya.

    sedikit perkongsian ya Ummi..

    Tingkatan kerohanian manusia itu berperingkat..seperti mana, banyaknya ungkapan Firman Allah di dlm Al Quran..adanya manusia yg beriman, bertaqwa, yg taat, yg siddiqin, yg solehin dan belum tentu lagi diri kita sendiri berada di tingkatan mana..??

    pastinya kemahuan dan permohonan hendaknya jadilah ( Muqhlisin nalahuddin )...wallahu'alam.

    Reply #14 08 January, 2010, 12:50:29 PM
  • Publish

  • Kebaikan Mengamalkan zikir dan Wirid

    Seperti yang telah dijelaskan oleh al-Quran, terdapat banyak ayat-ayat yang menerangkan tentang kebaikan-kebaikan yang diperolehi oleh seseorang yang melakukan zikir dan wirid. Antaranya Allah berfirman di dalam surah al-Ra’ad ayat  28 yang menerangkan keadaan tenteram yang diperolehi oleh orang yang berzikrullah.

    الذين ءامنوا وتطمئن قلونهم بذكر الله ألا بذكر الله تطمئن القلوب.
    Bermaksud
    “(iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah! Dengan zikrullah itu tenang tenteramlah hati manusia”


    Mereka yang dimaksudkan di dalam ayat tersebut, (dianugerahkan ketenangan dan ketenteraman di dalam hati mereka) adalah orang yang mengingati kalam-kalam Allah yang terkandung di dalam al-Quran al-Karim. Kalam Allah S.W.T. adalah mukjizat terbesar  yang tidak terdapat padanya sebarang kesalahan dan kesilapan. Oleh yang demikian adalah layak untuk al-Quran tersebut dijadikan sebagai zikir untuk memberikan ketenangan dan ketenteraman terhadap jiwa manusia.

    Kemudian Allah S.W.T di dalam ayat yang sama memberikan penekanan dan pengulangan bahawa hanya dengan berzikrullah kepada Allah S.W.T. sahaja satu-satunya jalan untuk mencapai ketenangan dangan ketenteraman  dalam hati. Tanpa zikir kepada Allah S.W.T. hati dan nafsu akan cenderung kepada dunia dan seisinya. Apabila  nafsu sudah bertapak di dalam hati maka sukarlah  bagi hati untuk mengingati Allah S.W.T.    
      
    2-   Allah S.W.T. berfirman di dalam surah al-Syu’ara ayat 227 menyatakan:

    إلا الذين ءامنوا وعملوا الصالحات وذكروا الله كثيرا وانتصروا من بعد ما ظلموا وسيعلم الذين ظلموا أى منقلب ينقلبون .

    Bermaksud
    “Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal saleh (dari kalangan penyair-penyair itu), dan mereka pula mengingati Allah banyak-banyak, serta mereka membela diri mereka sesudah mereka dianiya, Dan ingatlah, orang-orang yang melakukan sebarang kezaliman, akan mengetahui kelak, ke tempat mana, mereka akan dikembalikan”  


    Dari keterangan dan pentafsiran ayat di atas memperlihatkan kepada kita bahawa yang dimaksudkan dengan perkataan zikrullah di sini adalah merujuk kepada para penyair dan ahli sastera Arab yang mentauhid, memuji Allah S.W.T., menggalakkan agar sentiasa berbuat taat, berbuat hikmah, memberi nasihat, menggalakkan hidup dengan zuhud dan memberikan peringatan agar tidak cenderung kepada dunia, menggalakkan apa yang di sukai oleh Allah S.W.T. dan Rasul-Nya s.a.w. di dalam syair-syair mereka. Keadaan ini dapat kita ambi kesimpulan bahawa setiap syair yang diciptakan oleh mereka yang menyentuh tentang perkara di atas adalah dikira oleh Allah S.W.T. sebagai zikrullah kepada-Nya.    

    3-   Allah S.W.T. berfirman di dalam surah Ali ‘Imran ayat 191 yang antara lain menyatakan sebagai berikut:

    الذين يذكرون الله قياما وقعودا وعلى جنوبهم ويتفكرون فى خلق السموت والأرض ربنا ما خلقت هذا بطلا سبحنك فقنا عذاب النار .

    Bermaksud
    “(iaitu)orang-orang yang menyebut dan mngingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkkan tentang kejadian langit dan bumi (seraya berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka”


    Ayat di ats mengkhabarkan tentang amalan khusus bagi mereka yang bergelar ululalbab. Antara sifat-sifat mereka yang diberitahu oleh Allah S.W.T. di dalam ayat ini ialah sentiasa berzikrullah dan bermuraqabah kepada Allah S.W.T. Kedua-dua amalan tersebut akan membawa seseorang  sampai kepada hakikat tauhid rububiyyah dan hakikat tauhid uluhiyyah.Amalan ini juga akan melahirkan sifat kehambaan diri kepada Allah S.W.T. Keadaan ini dapat kita perhatikan dari ungkapan mereka yang telah dirakamkan oleh Allah S.W.T. sebagai berikut:

    1)   Ungkapan ربنا ما خلقت هذا باطلا  yang membawa maksud: “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan semua ini dengan sia-sia” Ungkapan tersebut adalah lambing kepada pengakuan mereka terhadap hakikat tauhid rububiyyah Allah S.W.T.

    2)   Sedang ungkapan  سبحنك   yang bermaksud: Maha Suci Engkau adalah lambing sampainya mereka kepada hakikat tauhid uluhiyyah Allah S.W.T.

    3)   Manakala ucapan فقنا عذاب النار   yang bermaksud: Maka peliharalah kami dari azab neraka pula adalah sebagai  lambang kelemahan diri insan di hadapan Tuhannya. Kelemahan tersebut adalah lahir dari sifat-sifat kehambaan diri seperti sifat kekurangan, miskin,jahil, fakir,  dan sebagainya lagi sehingga terserlah pada diri mereka sifat-sifat yang melambangkan ketergantungan hati rohani mereka semata-mata kepada Allah S.W.T. Keadaan tersebut dapat kita perhatikan dari firman Allah S.W.T. di dalam surah al-Kahfi: 39:

    ولو لا إذ دخلت جنتك قلت مشآء الله لا قوة إلا بالله إن ترن أنا أقل منك مالا وولدا
    Bermaksud:
    “Dan mengapa kamu tidak mengucapkan ما شأء الله لاقوة إلا بالله " “ Sekiranya kamu anggap aku lebih sedikit dari padamu hal harta dan keturunan”


    Oleh yang demikian,benarlah anggapan serta keyakinan para ahli tareqat bahawa amalan zikrullah dan muraqabah merupakan suatu amalan yang mempercepatkan sampai kepada Allah S.W.T. أقرب الطرق إلى الله) ) .

    Sebab itulah apabila Saidina ‘Ali bin Abi Talib k.w. memohon kepada Nabi s.a.w. supaya Baginda mengajarkan suatu amalan khusus yang mempercepatkan wusul ila Allah dan yang paling afdal, maka Nabi s.a.w. menjawab “Wajiblah ke atas kamu sentiasa berzikrullah di tempat-tempat yang sunyi”  

    Oleh yang demikian antara aspek yang menonjol dan terpenting di dalam amalan tasawuf ialah zikrullah. Amalan zikrullah adalah bertujuan untuk mengembalikan manusia ke matlamat asal kejadiannya iaitu berubudiyah kepada Allah S.W.T.


    Petikan dari Tulisan Dr Othman Napiah

    Reply #15 08 January, 2010, 12:58:45 PM
  • Publish
  • sedikit perkongsian ya Ummi..

    Tingkatan kerohanian manusia itu berperingkat..seperti mana, banyaknya ungkapan Firman Allah di dlm Al Quran..adanya manusia yg beriman, bertaqwa, yg taat, yg siddiqin, yg solehin dan belum tentu lagi diri kita sendiri berada di tingkatan mana..??

    pastinya kemahuan dan permohonan hendaknya jadilah ( Muqhlisin nalahuddin )...wallahu'alam.


    Kita layaknya di mana?

    Jika kita lihat ini  menurut Kalam Hikmah pertama Imam Ibnu Athaillah Askandary, Manusia sebagai makhluk Allah SWT dibahagi kepada  3 peringkat.....Kita nilai lah adakah kita termasuk di dalam 3 tingkatan ini? Jika tidak termasuk,maka di mana kita?

    Manusia sebagai makhluk Allah SWT ada 3 peringkat.


    1. Tingkatan Al-'Ibaad.
    Melakukan ibadah kepada Allah(melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang) kerana mengharapkan balasan syurga dan berbahagia di dalamnya serta terlepas dari siksaan api neraka. Memohon kebahagiaan duniawi dan ukhrawi dan diselamatan dari berbagai mala petaka baik d idunia dan di akhirat.

    2. Tingkatan Al-Muridin.
    Melakukan ibadah dengan maksud untuk bagaimana sampai kepadanya Allah, bagaimana agar terbuka segala sesuatu yang menutup hati mereka, semoga hati mereka dilimpahi rahsia-rahsia halus dan yang baik-baik oleh Allah SWT.

    3. Tingkatan Al-'Aarifin.
    Meskipun hamba-hamba Allah diperingkat ini melakukan banyak ibadah, tetapi mereka tidak melakukan ibadah bertujuan seperti kedua-dua di atas. Tidak terbayang di dalam hati mereka bahawa mereka itu beramal, tetapi hati mereka hanya tertuju bahawa Allah SWT yang berbuat segala sesuatu pada hakikatnya. Mereka tenggelam dalam lautan redha qadar Ilahi dan mereka bergantung pada tali qadha' yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

    Maksud berada ditingkatan pertama ialah apabila seseorang hamba itu melakukan maksiat dalam arti yang luas, seperti tidak menjalankan perintah Allah SWT, maka mengakibatkan kurang harapnya kepada Allah. Dan bila ia beramal,harapannya kepada Allah kuat dan bertambah jika amalnya bertambah. Tetapi bila amalnya berkurang , harapnya kepada Allah juga akan menurun dan berkurang.

    Berada di tingkatan Al-Muridin, jika melakukan amal ibadah,hati merasa gembira. Kerana itu maka ibadahnya yang menjadi sebab menyampaikan harapan-harapannya. tetapi apabila ibadahnya berkurang, maka akan berkurang pula harapannya kepada Allah SWT. Inilah akibat apabila kita berpegang pada amal, tetapi tidak berpegang kepada Allah.

    Adapun, berada di tingkatan Al-'Aarifin, tingkatan yang mulia disisi Allah SWT, kita akan fana dan tenggelam di dalam qadar dan qadha' Allah. Hati hanya mengharap keridhaanNya dan takut padaNya. Tidak bertambah harapan kita kepada Allah dengan amal yang kita lakukan dan tidak berkurang taqwa kita kepadaNya disebabkan kesalahan yang dilakukan. Untuk sampai ketingkatan ini hanyalah dengan jalan "Mujaahadah" yakni harus memerangi hawa nafsu dengan latihan-latihan ilmu tasawuf dan mesti sentiasa mengingati Allah dalam apa jua gerak geri kita.


    "Amalan berzikir perlu supaya hati tidak terpisah dengan Allah"


    Rujukkan di sini :   http://seharumjannah.blogspot.com/

    Reply #16 08 January, 2010, 01:10:32 PM
  • Publish


  • [box title=Kalam Hikmah ke 47 Imam Ibnu Athaillah Askandary]
    “Jangan anda tinggalkan zikir (menyebut nama atau mengingati Allah), kerana tidak hadir (hati) anda serta Allah dalam zikir itu. Kerana Bahawasanya kelalaian anda daripada mengingati-Nya lebih berat dari kelalaian anda pada ada mengingati-Nya. Mudah-mudahan Allah S.W.T. akan mengangkat anda dari zikir di samping ada kelalaian kepada zikir di mana hatinya jaga (tidak lalai lagi). Dan mudah-mudahan Allah S.W.T. akan mengangkat anda dari zikir yang berserta kehadiran Allah S.W.T dalam hati kepada zikir di mana lenyap selain Allah S.W.T. Dan itu semua tidaklah sukar bagi Allah S.W.T."
    [/box]

    Menurut ulama Islam dalam Ilmu Syariat dan Hakikat, bahawa jalan yang paling hampir untuk sampai kepada Allah S.W.T. adalah melalui amalan zikrullah.  Maksudnya kita hedaklah sentiasa mengingati Allah S.W.T.dari sudut Zat-Nya, Asma’-Nya, Af’al-Nya dan Sifat-Nya. Dalam berzikrullah, apakah hati kita sudah berserta dengan lidah kita pada mengingati-Nya. Atau hati kita tidak sejalan dengan lidah kita.

    Walau pun demikian, amalan zikrullah tetap dilaksanakan dan jangan sekali-kali meninggalkan amalan tersebut. Kerana kita sedia maklum bahawa lidah kita pada lahirnya dapat kita kuasai. Sedangkan kekuasaan pada hati  adalah kuasa mutlak  dari Alah S.W.T.

    Inilah tujuan dari maksud hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi, Ibn Majah, Ibn Hibban dan al-Hakim dari Abdullah bin Bisyr r.a. yang bermaksud:

       “Bahawasanya seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: Wahai Rasulullah! Bahawasanya syariat-syariat Islam sungguh telah banyak atas ku, maka khabarkanlah oleh Tuan kepadaku sesuatu di mana aku dapat bergantung dengannya. Nabi menjawab: Sentiasalah lidah mu basah pada menyebut Allah”

    Maksud hadis di atas ialah dengan menyebut nama Allah S.W.T. ,Sifat-Nya,Af’al-Nya dapat dijadikan pegangan amal yang pasti diterima Allah S.W.T., di samping itu Allah S.W.T. juga akan memberikan kurnia-Nya kepada kita. Mudah-mudahan kita akan dekat kepada-Nya.

    Jangan kita tinggalkan amalan zikir kerana hati kita tidak sejalan dengan lidah kita. Sebab tidak berzikir sama sekali adalah lebih buruk daripada berzikir tetapi hati kita lalai. Tegasnya adalah lebih baik lidah kita berzikir dengan menyebut nama Allah meski pun hati kita terbang entah ke mana daripada tidak menyebut langsung nama Allah. Wal hasil, menyebut  Allah S.W.T. dengan lidah sekalipun tidak sejalan dengan hati, termasuk rahmat dan nikmat daripada Allah S.W.T. dan merupakan taufik-Nya kepada kita.

    Antara faedah menyebut Allah adalah supaya kita sampai kepada titik penghabisan di mana seluruh hati dan perasaan kita bulat dan terarah untuk mengingati Allah S.W.T.

    Untuk mencapai titik tujuan ini, pada umumnya kita selaku hamba Allah apabila tekun dalam taat dan ibadat maka kita harus menjalani tingkatan-tingkatan sebagai berikut:

    1)   Dengan izin dan kehendak-Nya akan mengangkat kita dari status hati yang lalai kepada hati yang bangun. Apabila hati dan lidah kita sudah sejalan pada satu arah, iaitu mengingat Allah S.W.T. bererti kita sudah dinaikkan ke darajat yang lebih baik.

    2)   Apabila kita terus beramal seperti di atas, maka Allah S.W.T. dengan izin di samping kurnia-Nya akan menaikkan kita dari maqam kedua ke maqam yang ketiga. Iaitu dari derajat menyebut Allah S.W.T. dengan diikuti oleh hati kepada menyebut Allah S.W.T. sedang Allah sudah ada di dalam hatinya.  Dalam erti kata yang lain ia dapat merasakan yang Allah itu melihat segala apa yang dilakukannya.Keadaan ini dinamakan sebagai Muraqabah  menurut istilah tasawuf. Apabila kita telah sampai pada maqam yang ketiga  ini, maka pengertian zikir itu telah melekat dalam hati kita. Pada saat dan ketika itu kita tidak dapat melupakan Allah S.W.T. baik ketika sedang menjalankan perintah dan anjuran-Nya  mahu pun ketika menjauhi larangan-Nya. Pada ketika itu zikir di dalam hati adalah lebih baik daripada zikir lisan.

    3) Apabila kita sudah istiqamah, iaitu tetap dan tekun dalam beramal sesuai dengan izin Allah S.W.T. kepada kita dalam derajat ketiga di atas maka kita dengan kurnia-Nya akan dapat naik ketingkat terakhir, iaitu  ketingkat fana’ bermaksud tenggelam hati dan perasaan kita dari selain Allah S.W.T.

    Kesimpulan

    Martabat dan derajat hamba-hamba Allah dalam melihat Allah S.W.T. terbahagi kepada empat:

    1-Martabat hamba Allah yang biasa. Iaitu manusia yang menyebut Allah tetapi hatinya kosong.

    2- Martabat ‘Uqala’,lidahnya menyebut Allah dengan hatinya mengikuti ucapan lidahnya.

    3- Martabat Ulama,iaitu Allah S.W.T. sudah berada di dalam hatinya.

    4- Martabat ‘Arifin iaitu martabat Para Wali Allah.

    Perpindahan dari satu martabat ke martabat atasnya tidaklah sukar, asalkan Allah menghendakiNya untuk memberikan kurnia kepada hamba-hambaNya yang tekun dalam menyebut dan mengingatiNya dalam erti yang lebih luas.

    Mudah-mudahan kita diizinkan oleh Allah termasuk hamba-hambaNya yang selalu ditingkatkan olehNya kepada martabat mengingatiNya untuk menghampirkan diri kepadaNya.
    Amin, ya Rabbal-'alamin.

    Kita berada di martabat mana?

    Reply #17 09 January, 2010, 12:36:31 AM
  • Publish

  • Zikrullah adalah lambang kepada kesempurnaan dan ketinggian martabat ubudiyyah seorng hamba di sisi Tuhannya. Dari Abu Sa’id sesungguhnya Rasulullah s.a.w.ditanya: “Siapakah di kalangan hamba Allah yang paling baik dan paling tinggi darajatnya di sisi Allah S.W.T. pada hari akhirat? Nabi bersabda:” Mereka yang berzikrullah dengan banyak. Berkata sahabat:” Wahai Rasulullah, Bagaimana dengan mereka yang berjuang fi sabilillah? Bersabda Nabi s.a.w.:” Sekalipun dia memancung leher orang kafir dan musyrik sehingga terpancar darahnya, masih orang yang berzikrullah itu adalah lebih tinggi darajatnya dari mereka”.

     Rasulullah s.a.w. sebaliknya memberikan kepada mereka yang gagal melaksanakan dengan sabdanya seperti yang dimuatkan oleh al-Baihaqi bermaksud: Dari ‘Aisyah r.a dari Nabi s.a.w. bersabda ” Tiada suatu masa yang berlalu di sisi anak Adam yang akan merugikannya di hari kiamat kelak ialah mereka yang tidak berzikrullah padanya”

    Reply #18 09 January, 2010, 02:28:59 AM
  • Publish
  • Di atas IzinNya dan RahmatNya..Alhamdulillah syukur kita dengan segala ciptaan kurniaanNya..

    syukran ya Ummi..tumpang celah sikit..

    Baginda Mulia RasulAllah saw pernah mengajarkan kepada Muadz bin Jabbal: " Allahumma 'ainni 'ala dzikrika, wa syukrika, wa husni 'ibadatika " Ya Allah ajar aku berzikir kepadaMu, ajari aku bersyukur kepadaMu, dan ajari aku beribadah kepadaMu " . ( HR Shahih, Buqhari Muslim ).

    Reply #19 09 January, 2010, 03:16:32 AM
  • Publish
  • (1:1) Dgn menyebut nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.   

    (33:21)  Sesungguhnya telah ada pd (diri) Rasulullah itu suri teladan yg baik bagimu (yaitu) bagi org yg mengharap (rahmat) Allah & (kedatangan) hari kiamat & dia banyak menyebut Allah.

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    13 Replies
    3586 Views
    Last post 14 September, 2011, 04:46:51 AM
    by al_ahibbatu
    4 Replies
    4694 Views
    Last post 24 October, 2010, 12:12:22 PM
    by mas3105
    15 Replies
    2671 Views
    Last post 19 December, 2012, 07:21:12 PM
    by 5zul