Kewajipan Menuntut Ilmu Fiqh, Tauhid dan Tasawwuf.

*

Author Topic: Kewajipan Menuntut Ilmu Fiqh, Tauhid dan Tasawwuf.  (Read 20968 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

07 January, 2010, 02:04:58 AM
  • Publish
  • Kewajipan Menuntut Ilmu Fiqh, Tauhid dan Tasawwuf.



    بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
    السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



    Berdasarkan pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah, menuntut Ilmu Fiqh, Tauhid dan Tasawwuf serta mengamalkannya adalah FARDHU AIN atas setiap mukallaf lelaki dan wanita.

    Ilmu Fiqh adalah berkaitan perlakuan2 serta ibadah2 serta muamalah zahir.
    Ilmu Tauhid adalah berkaitan keimanan dan kepercayaan kepada Allah dan segala yang Ghaib.
    Ilmu Tasawwuf adalah berkaitan penyucian hati, aqal dan ruh daripada segala kekotoran yang berunsur nafsu, dunia dan syaitan.

    Kebanyakan kita sedia maklum tentang2 ketiga2 Ilmu ini.  Tetapi apa yang ingin kita paparkan didalam kesempatan ini adalah kelemahan Ummat Islam pada zaman ini yang kebanyakannya abaikan Ilmu Tasawwuf yang menjadi nadi kesucian dan kekuatan diri.   Dalam ertikata penyemprnaan kepada kepada sifat2 Mu'min itu telah diabaikan. 

    Mulai dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah dan akhirnya ke peringkat universiti kita diajar dengan berbagai bidang ibadah solat, puasa, zakat dll. Alhamdulillah.   Tetapi malang sekali sangat sedikit atau tiada langsung diajar tentang Ilmu tentang sifat2 nafsu, kebinasaan2 yang dihasilkan oleh nafsu2 kejahatan, kaedah2 memerangi nafsu dan syaitan yang merosakkan jiwa.  Sedangkan  penyucian jiwa ini adalah yang paling penting didalam kehidupan seorang yang beriman kepada Allah Ta'ala berdasarkan Firman Allah Ta'ala :



    يَوْمَ لاَ يَنفَعُ مَالٌ وَلاَ بَنُونَ - إِلاَّ مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ
    Pada hari itu tiada berguna harta dan anak-pinak kecuali orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik); (Ash-Shuara 26; 89 )



    Dan Sabda Nabi   صلى الله عليه وسلم :

    "Sesungguhnya dalam tubuh jasad anak Adam itu ada seketul daging apabila baik ia, nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya dan apabila jahat ia nescaya jahatlah seluruh anggota tubuhnya. Ketahuilah! iaitulah Qalb. (hati).(Riwayat Bukhari).



    Apa yang disebut didalam ayat2 diatas adalah berkenaan hati yang sejahtra, hati yang suci, hati yang bebas dari syirik dari semua bentuk mazmumah.  Hanya hati2 yang suci ini selamat dunia dan akhirat.

    Untuk mendapat hati yang sejahtera daripada syirik khafi, bebas dari mazmumah - (sifat2 kekejian)  dan memperoleh sifat2 mahmudah yang terpuji seseorang wajib menuntut Ilmu Tasawwuf dan mengamalkannya.


    Wallahu A'lam




    NAIKLAH BAHTERA PEWARIS NABI,
    PEGANGLAH TALINYA SEKUAT HATI,
    KAFILAH KESUCIAN TIDAK AKAN BERHENTI,
    DISANA FAJAR MENUNGGU MENTARI.....!

    Ummi Munaliza

    • *
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #1 07 January, 2010, 07:27:16 AM
  • Publish

  • Pak Arab, mohon izin saya memasukkan sedikit info mengenai hal ini.

    Dalam mengharungi kehidupan, manusia tidak dapat melepaskan diri dari memberi dan menerima bantuan.  Malahan manusia tidak boleh menghadapi cabaran kehidupan ini dengan bersendirian.  Dari aspek fizikal manusia sangat memerlukan bantuan dan pertolongan daripada anggota masyarakat yang lain.  Tanpa bantuan tersebut manusia akan menghadapi pelbagai masalah dalam kehidupan. Dari aspek yang lain pula manusia memerlukan pertolongan dan kerjasama dalam melaksanakan tuntutan rohani  mereka.  Dari dua bentuk keperluan ini, maka syariat Allah S.W.T. telah menetapkan supaya manusia hendaklah setiasa merasakan konsep kebersamaan dan kekitaan untuk meneruskan kehidupan dari sudut yang zahir dan batin. Keadaan ini telah diterangkan oleh Allah S.W.T. dalam firman-Nya:

    وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلا تَعَاوَنُوا عَلَى الإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ .
          Maksudnya:
    "Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan, dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksa-Nya ( bagi mereka yang melanggar perintah-Nya)"


    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Ummi Munaliza

    • *
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #2 07 January, 2010, 07:55:19 AM
  • Publish


  • بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
    وَالْعَصْرِ . إِنَّ الاِْنسَانَ لَفِي خُسْرٍ . إِلاّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ .

    maksudnya


    “Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian . Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar”


    Manusia tidak akan terlepas dari maksud “kerugian” seperti yang digambarkan dalam ayat di atas, selagi detik yang berlalu di dalam umurnya dipenuhi dengan maksiat dan kelalaian kepada Allah S.W.T. Bagi mengelakkan kerugian ini, maka seorang insan mestilah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk memenuhi tuntutan agamanya seperti yang telah diterangkan oleh ayat ini.


    Adalah perlu diketahui bahawa amal-amal soleh sebagai ibadat kita kepada Allah S.W.T. terbahagi kepada tiga keadaan:


    1- Amal soleh yang dinisbahkan kepada hati, seperti iman, ihsan, tawakkal dan lain-lainnya. Amal soleh sedemikian tidak dapat dilihat dan tidak dapat didengar, sebaliknya dapat diketahui.

     
    2- Amal soleh yang dinisbahkan kepada lidah, seperti membaca al-Quran, berzikir, bersalawat, memberi nasihat dan lain-lain. Amal soleh ini tidak dapat dilihat tetapi dapat didengar dan diketahui.


    3- Amal soleh yang dinisbahkan kepada perbuatan, seperti sembahyang, berzakat, menolong orang, berhaji dan sebagainya lagi. Amal soleh ini dapat dilihat dan diketahui.


    Rasa hebat dan gementar hati apabila mengingatkan keagungan Allah S.W.T.seperti yang digambarkan oleh Allah S.W.T di dalam surah al-Anfal,ayat 2.

    بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
    إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آياتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَانًَا وَعَلَى رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ .

     maksudnya:
       “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah S.W.T.(dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah”

    Rasa hebat dan gementar hati tersebut akan hilang apabila sifat diri seperti angkuh dan sombong telah menguasai diri seseorang.


    Dan ini bukti menunjukkan kenapa perlunya kita membersihkan hati dengan melalui ilmu tasawuf agar ilmu-ilmu lain yang dipelajari mudah melekat dan menjadikan kita seorang guru yang bertaqwa, jurutera bertaqwa, peniaga bertaqwa, dan menjadikan taqwa sebagai pakaian harian kita.


    Reply #3 23 January, 2010, 11:38:34 PM
  • Publish



  • بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
    السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



    Sebagaimana kita bicarakan sebelum ini bahawa menuntut Ilmu Fiqh, Tauhid dan Tasawwuf menjadi kewajipan ; Fardhu Ain atas setiap mukallaf lelaki dan wanita.  Serta mengamalkannya didalam kehidupan  tanpa memisah-misahkannya.  Kerana semua hukum2 yang terkandung didalam Fiqh, Tauhid dan Tasawwuf adalah bersumberkan Al-Qur’an Kitabullah dan Hadis Nabi                            . 
    Kita lihat satu contoh bagaimana hubungan2 ini berlaku. Iaitu Ibadah solat yang dikerjakan setiap hari.

    Apabila seseorang melakukan solat dengan mematuhi syarat2 dan rukun solat dengan sempurna sebagaimana terkandung didalam Ilmu Fiqh, maka sah solatnya dari sudut Fiqh dan terlepas dia dari taklif Syara’.   Tetapi dia belum terlepas dari hukum2 yang menyentuh batinnya.  Iaitu adakah dia khusyu’ didalam solatnya?  Adakah dia ria’ ketika solatnya? Adakah dia ‘ujub selepas solatnya?  Semua ini tidak diketahui oleh manusia lain, iaitu dari sudut fiqh dia selamat, tetapi pada pandangan Allah yang melihat pada hati dia belum selamat.   

    Dalam ertikata lain seseorang wajib menyempurnakan syarat2 Fiqh dan pada yang sama wajib berusaha sedaya upaya memenuhi syarat2 batin.  Mengapa kita kata “wajib berusaha sedaya upaya” ?  Ini kerana kebanyakan kita akan menghadapi gangguan2 hati ketika solat.  Gangguan ini adalah daripada nafsu dan syaitan.  Maka wajib seseorang berusaha membenteras gangguan2 ini dengan berbagai cara yang diajarkan oleh Ulama2 Tasawwuf.

    Ini bermakna seseorang yang melakukan solat dengan sempurna pada fiqh tetapi pada masa yang sama ria’ ketika solatnya, iaitu perasaan ria’ yang dikekalkan didalam hati (ikhtiari) maka binasa solatnya.  Kerana ria’ adalah syirik khafi (syirik yang tersembunyi) yang wajib disingkirkan/ dibuang dari hati.   


    Demikian juga seseorang yang mengerjakan solat wajib berusaha sedaya upaya khusyu didalam solatnya. Kerana khusyu didalam solat adalah isi kepada batin solat.  Seseorang yang mengerjakan solat sedangkan hatinya lansung lalai dari awal sampai akhir,  maka ini juga termasuk orang yang diancam dengan “neraka wail”. 

    Sebagaimana kata Imam Hasan Basri  “Orang yang mengerjakan solat dalam keadaan lalai adalah ia lebih dekat kepada neraka”.   

    Maksudnya adalah seseorang wajib berusaha sungguh2 agar tidak termasuk didalam golongan lalai didalam solat. Walaupun ia bukan perkara mudah, tetapi wajib berusaha sedaya upaya khusyu’ didalam solat.

    Disini kita lihat betapa pentingnya kita menuntut Ilmu Tasawwuf  dan amalkannya disamping Ilmu Fiqh agar segala Ibadah kita tidak sia2.  Jangan zahir kita nampak cantik sedangkan batin kita tercemar.  Kerana Allah Ta’ala tidak memandang kepada kecantikan rupa paras zahir tetapi batin yang tersembunyi.


    Wallahu A’lam

    dol_bendol

    • *
    • http://al-merapu.blogspot.com
      • View Profile
    Reply #4 24 January, 2010, 12:16:42 AM
  • Publish
  • TAUHID = Operating system

    Fekah dan tasawuf = Applikasi

    kemantapan tauhid tu yang mempengaruhi diri, apply ilmu pengetahuan ( aplikasi )

    hari ini umat seperti ada Ilmu applikasi, tetapi Operating systemnya lemah, itu sebab, kuasa memilih kebaikan itu 'hilang'

    cara nak kembaliikan tu, kenalah mantapkan Ilmu Tauhid. Inshallah

    Reply #5 24 January, 2010, 01:36:17 AM
  • Publish

  • بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
    السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



    Kita dapati pada zaman ini kebanyakan Ummat Islam hanya mengambil Fiqh sedangkan Tasawwuf diabaikan.  Apa puncanya?

    Sebahagian besar Ummat Islam masih keliru atau telah dikelirukan oleh fahama bahawa Tasawwuf adalah untuk orang2 tertentu.  Ada juga yang mengatakan Tasawwuf adalah sebagai amalan sampingan untuk mendapat kelebihan bukan sebagai kewajipan.   Berbagai pendapat ini dan banyak lagi pendapat lain adalah bertentangan sama sekali dengan apa yang dinyatakan oleh seluruh Ulama2 Mu'tabar.  


    1) Kewajipan menyucikan hati dari berbagai penyakit syirik, nifaq dan  sifat2 mazmumah  serta menghiasinya dengan Iman, Taqwa dan   sifat2 Mahmudah  sebagaimana yang dihuraikan didalam Tasawwuf adalah berdasarkan banyak bukti2 didalam Al_Qur'an dan Hadis Nabi.    Diataranya :

    Firman Allah :

    يَوْمَ لاَ يَنفَعُ مَالٌ وَلاَ بَنُونَ - إِلاَّ مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ

    Pada hari itu tiada berguna harta dan anak-pinak kecuali orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik); (Ash-Shuara 26; 89 )



    Dan Sabda Nabi   صلى الله عليه وسلم :

    "Sesungguhnya dalam tubuh jasad anak Adam itu ada seketul daging apabila baik ia, nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya dan apabila jahat ia nescaya jahatlah seluruh anggota tubuhnya. Ketahuilah! iaitulah Qalb. (hati).(Riwayat Bukhari).





    2) Ilmu Tasawwuf adalah sebahagian syariat Nabi yang dihimpunkan oleh Ulama2 berdasarkan Al-Qur'an dan Sunnah. Ianya mengandungi hukum2 haram dan halal yang menyentuh batin/kelakuan hati  manusia.    

    Contohnya :  Hasad, jahat sangka,  takabbur ujub, ria'   adalah termasuk perkara2 yang diharamkan pada hati.   Sesiapa yang ada sifat2 ini, WAJIB membuangnya segera.....bukan sebagai sunnat atau menuntut kelebihan.  Hal ini didasarkan kepada perintah Allah dan Hadis2 Nabi yang soheh.   Umpamanya TAKABBUR adalah antara sifat Iblis yang sangat tercela yang diharamkan.  


    Rasulullah shalallahu      صلى الله عليه وسلم      bersabda:

    Tidak akan masuk syurga barang siapa di dalam hatinya terdapat setitik kesombongan.
    (Muslim)



    Maka WAJIB setiap mukallaf menyucikan batinnya daripada sifat takabbur ini. Demikian halnya sifat2  kekejian yangn lain wajiblah atas kita menyucikannya. Kerana semua sifat2 ini bukan saja merosakkan amal bahkan lebih buruk daripada itu menjadi sebab kemurkaan Allah Ta'ala serta menjadi sebab dicampakkan kedalam neraka.  


    3) Seluruh Ulama2 Mu'tabar telah bersepakat bahawa menuntut dan mengamalkan Tasawwuf adalah Wajib Aini atas setiap mukallaf lelaki dan wanita.  Di sini kita kemukakan beberapa keterangan Ulama2 Mu'tabar.

    Kata Imam Malik رضي الله عه :

    " Fiqh tanpa Tasawwuf adalah Fasiq.  Tasawwuf tanpa Fiqh adalah zindiq.  Menghimpun antara keduanya itu yang haq"  

    Kata2 ini telah disepakati oleh seluruh Ulama Arifin walaupun dengan makna yang berbeza2 tetapi membawa kepada maksud yang sama.  Iaitu wajib menghimpunkan kedua2 Fiqh dan Tasawwuf.   Mengamalkan Fiqh semata2 tanpa disertai Tasawwuf membawa seseorang kepada menjadi Fasiq. Wal Iyazubillah.



    Berkata Imam Ghazali  رضي الله عه :

    “Sedangkan ilmu tentang qalbu dan mengenal penyakitnya, berupa iri dengki, ujub, dan riya’ serta semisalnya, “Adalah Fardlu ‘Ain”.



    Syeikh Alaudiin Abidin dalam Al-Hadiyyatul ‘Alaiyah, mengatakan,

    “Sudah jelas nash-nash syariah, dan Ijma’ Ulama, atas haramnya dengki dan penghinaan terhadap sesama muslim, serta hasrat kebencian terhadap mereka. Begitu pula haram, takabur, ujub, riya’ dan munafiq, serta sejumlah hal-hal kotor dalam hati, bahkan pendengaran, mata dan hati kelak akan dimintai pertanggungjawaban, hal-hal yang pada dasarnya di bawah ikhtiar manusia.



    Ibnu Abidin dalam catatannya :

    “Mengenal Ikhlas, Ujub, Riya’, Dengki, adalah fardlu ‘ain, begitu juga mengenal penyakit-penyakit jiwa seperti sombong,  dendam, menipu, marah, membuat permusuhan, dendam, tamak, bakhil, boros,  pengkhianatan dan wah-wahan, sombong terhadap kebenaran, pengkhianatan, keras hati dan panjang angan-angan, dan sebagainya merupakan penyakit hati, yang dibedah dalam seperempat kitab bab perilaku yang menghancurkan, oleh Al-Ghazaly dalam kitab Al-Ihya’ disebutkan, “Sudah tidak ada alasan lagi untuk menolak, seharusnya siapa pun mempelajari penyakit-penyakit itu sebagai kewajipan.”  (Hasyiyah Ibnu Abidin)


    Banyak lagi kata2 Ulama Mu'tabar yang semunya menunjukkan akan kewajipannya mengamalkan Tasawwuf dan larangan meninggalkannya.  


    Wallahu A'lam
    « Last Edit: 25 January, 2010, 05:32:27 PM by PAK ARAB »

    Nor_207

    • *
    • Just be yourself
      • View Profile
    Reply #6 24 January, 2010, 01:52:21 AM
  • Publish
  • Assalamualaikum,

    Pak arab, mohon dijelaskan lagi kaedah untuk penyucian hati dan menjauhi sifat-sifat mazmumah dalam hati


    Terima kasih
    Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis

    mualli

    • *
    • PERANGI MAKSIATTTT!!!!!ayuhhhh...
      • View Profile
    Reply #7 24 January, 2010, 02:00:46 AM
  • Publish
  • Assalamualaikum,

    Pak arab, mohon dijelaskan lagi kaedah untuk penyucian hati dan menjauhi sifat-sifat mazmumah dalam hati


    Terima kasih

    Soalan yg paling..ditunggu2...pak Arab tolong jawab yer... :jaz baguss baguss baguss
    « Last Edit: 24 January, 2010, 02:04:28 AM by kenari_07 »
    Berjihad Fisabilillah...
    Paksalah diri untuk melakukan ibadat...baguss gabuss
    Berilmu...Beramal...kerana ALLAH!
    PERANGI MAKSIATTTT!!!!!ayuhhhh...
    http://jomperahotakk.blogspot.com/
    http://imageshack.us/

    Reply #8 24 January, 2010, 04:07:17 AM
  • Publish
  • Assalamualaikum,

    Pak arab, mohon dijelaskan lagi kaedah untuk penyucian hati dan menjauhi sifat-sifat mazmumah dalam hati


    Terima kasih

    Soalan yg paling..ditunggu2...pak Arab tolong jawab yer... :jaz baguss baguss baguss

    Maaf, Mencelah sikit sebelum pak arab menjawab.
    Cuba amalan pertama sebelum lain lain. Berjihad betul betul dengan amalan ini.

    Apabila orang berbuat tidak elok pada kita samaada memaki . memarahai . mengata dengan bahasa yang kasar , dan sebagainya.
    Kita Balas dengan kebaikan , seolah olah mereka itu tiada berbuat salah pada kita.

    jika ini berjaya, maka kejayaan yang amat besar bagi diri.

    Reply #9 24 January, 2010, 02:14:11 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum,

    Pak arab, mohon dijelaskan lagi kaedah untuk penyucian hati dan menjauhi sifat-sifat mazmumah dalam hati


    Terima kasih

    Soalan yg paling..ditunggu2...pak Arab tolong jawab yer... :jaz baguss baguss baguss

    Maaf, Mencelah sikit sebelum pak arab menjawab.
    Cuba amalan pertama sebelum lain lain. Berjihad betul betul dengan amalan ini.

    Apabila orang berbuat tidak elok pada kita samaada memaki . memarahai . mengata dengan bahasa yang kasar , dan sebagainya.
    Kita Balas dengan kebaikan , seolah olah mereka itu tiada berbuat salah pada kita.

    jika ini berjaya, maka kejayaan yang amat besar bagi diri.

    Contohi Habil yang tidak ingin membalas kejahatan Qabil terhadapnya.
    Habil berkata: "Jika engkau menghulurkan tanganmu kepadaku untuk membunuhku, maka aku tidak akan menghulurkan tanganku untuk membunuhmu. Aku takut kepada Allah."

    Reply #10 29 January, 2010, 07:00:50 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum,

    Pak arab, mohon dijelaskan lagi kaedah untuk penyucian hati dan menjauhi sifat-sifat mazmumah dalam hati
    Terima kasih

    Soalan yg paling..ditunggu2...pak Arab tolong jawab yer... :jaz baguss baguss baguss




    بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
    السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




    Insya Allah sama2 mencari kebaikan kearah keimanan sebagaimana yang diperintah Allah dan RasulNya serta Pewaris2 Nabi.


    BAGAIMANA BUANG SIFAT2 MAZMUMAH (SIFAT2 KEKEJIAN)

    Beberapa persoalan yang sering ditanya…….
    Bagaimana nak buang syirik khafi (syirik tersembunyi ) dalam hati?
    Bagaimana cara membuang segala sifat2 mazmumah/ kekejian didalam hati?
    Bagaimana ikhlaskan hati?
    Bagaimana cara nak khusyu’ didalam solat?
    Bagaimana nak buang segala gangguan2 dalam hati?
    Bagaimana cara menjadi orang2 yang benar2 beriman dan bertaqwa?

    Semua pertanyaan diatas, walaupun kelihatan seperti menuntut jawapan yang berbeza2 kerana bentuk pertanyaan yang berlainan  , pada  hakikatnya jawapannya satu jua. Iaitu menuju kepada penyucian HATI. 

    Bila HATI telah suci…..

    Akan hilanglah kegelapan!
    Hilanglah segala sifat mazmumah!
    Binasalah segala bentuk syirik!
    Akan tunduk khusyu’ lah hati dan segala anggota.



    PUNCA  HATI MENJADI KOTOR?

    Sebelum kita melihat  bagaimana cara menyucikan HATI,   kita lihat dahulu apa puncanya HATI Menjadi kotor dan gelap.   

    Setiap bayi yang lahir adalah suci hatinya.  Bagaikan putih susu, bagaikan kapas yang putih bersih, tiada noda, tiada dosa!.   Apabila dia meningkat umurnya, segala penglihatan dan pendengarannya memberi kesan pada hatinya.  Nafsu dan syaitan memainkan peranan merosakkan lagi hati tersebut.   Hatinya mula terhijab dari pandangan kesucian. Hatinya mula kelam sedikit demi sedikit.

    Jika seseorang manusia beriman tidak berusaha membersihkan hatinya dan membiarkannya dikuasai nafsu,  syaitan dan afat yang lain,  maka lama kelamaan hatinya makin kotor akhirnya GELAP TERUS!  Wal Iyazubillah!



    CARA MENYUCIKAN HATI DARI SEGALA KEKOTORAN / KEKEJIAN/ SYIRIK!

    Seseorang petani yang ingin mendapat hasil lumayan dari usaha taninya, pertama sekali ia perlu memberishkan lalang dan segala perosak dalam bumi yang boleh merosakkan tanamannya. Ia perlu mencabutnya dari akar2nya.    Dia perlu membajak tanahnya dengan hati2.  Dia perlu memilih benih yang baik.  Dia perlu menyiram dan menjaganya dari makhluk perosak.  Dia menuai apabila telah masak tanamannya.
    Semua ini si petani belajar dari ‘AHLI’ nya yang mahir dalam bertani. 

    >>>>>>>>> ……………demikian halnya....

    Seseorang hamba Allah yang ingin mendapat hasil lumayan dari usaha membina Iman dan Islam dalam jiwanya, wajib mempelajari cara2nya yang betul dari pakar2nya yang mengetahui hal2 HATI dan IMAN!   Dia tidak boleh melakukannya sendiri. Kerana dia tidak mempunyai pengetahuan tentang semua itu. 

    Rasulullah     صلى الله عليه وسلم      adalah pakar HATI yang pertama yang mengajar Ummat Islam.  Rasulullah   telah mendidik ruhani para sahabat menurut rencana Ilahi.   Para  Sahabat Ridhwanullah yang telah terdidik dengan asuhan  Rasulullah, kemudian mengajar generasi berikutnya.   Generasi berikutnya ini dikenali sebagai PEWARIS NABI atau  AHLILLAH,  atau ULAMA BILLAH,  AHLI MA’RIFAT, atau MURSYID.    Mereka ini yang mahir didalam Ilmu keruhanian, ilmu jiwa dan hati kerana mereka sendiri telah melalui jalan tersebut.   


    Berdasarkan keterangan Ulama Billah, cara menyucikan HATI yang paling berkesan adalah adalah dengan mengerjakan  ZIKRULLAH!  Iaitu menyebut nama Allah dengan lidah dan hati akan kalimah “LA-ILAHA ILLA-ALLAH”  atau “ALLAH-ALLAH” ,  dan lain2nya menurut syarat2 dan peraturan2 yang tertentu.

    Ini berdasarkan keterangan2 /perintah Allah dan RasulNya :


    HATI MENJADI TENANG DAMAI DENGAN ZIKRULLAH

    Firman Allah Ta’ala :

     أَلاَ بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ
    “Ketahuilah dengan zikrullah itu hati menjadi tetap. (tenang, tenteram)
    (Ar-Ra’d ; 28)



    ORANG YANG BERZIKIR ADALAH HIDUP HATINYA…!

    Sabda Rasulullah    صلى الله عليه وسلم                  :
    Perumpamaan orang yang berzikir kepada Tuhannya dan yang tidak berzikir, seumpama orang hidup dan orang mati. (Bukhari dan Muslim)
     




    BANYAK2 ZIKRULLAH MENYEMBUHKAN HATI DARI SEGALA PENYAKIT HATI!

    Sabda Rasulullah     صلى الله عليه وسلم              :
    Menyebut-nyebut Allah (zikrullah) adalah suatu penyembuhan dan menyebut-nyebut tentang manusia adalah penyakit (artinya penyakit akhlak). (Baihaqi)



    Insya Allah kita akan melihat bagaimana ‘ZIKRULLAH’ berperanan menyucikan ‘HATI’ dan menjadikannya bercahaya2 sehingga hilang segala kegelapan dan disinari cahaya keimanan.

    Wallahu A’lam





    Reply #11 29 January, 2010, 11:56:58 PM
  • Publish

  • Nampaknya formula untuk mensucikan hati begitu mudah..iaitu dengan perbanyakkan berzikir sahaja...Iaitu menyebut nama Allah dengan lidah dan hati akan kalimah “LA-ILAHA ILLA-ALLAH” .
    Mudah2an kita istiqomah melakukannya senyum*





    بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
    السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



    Ye memang benar, sangat mudah bagi yang benar2 mahu bersungguh2 amalkannya.    Nescaya Allah Ta'ala akan permudahkannya.  

    Apabila kita merenung kedalam lagi, kita akan melihat faedah zikrullah bukanlah ianya berdiri sendiri tetapi  kesucian HATI ini melalui didikan zikrullah akan membawa kepada kehalusan didalam amal Ibadah (Fiqh)  dan kesucian Tauhidkan Allah (Tauhid)   Dengan demikian kita fahami disini Tasawwuf sebenarnya bukanlah suatu Ilmu yang terpisah dari Fiqh dan Tauhid, sebaliknya ianya membawa kepada keteguhan dan kesempurnaan didalam Tauhid dan Fiqh.    Inilah sebagaimana Hadis Nabi berkenaan "IHSAN"    iaitu :

     "kamu sembah Allah seolah2 kamu melihatNya, jika tidak kuasa kamu, ingatlah Allah melihat kamu"

    Sekarang fahamlah kita betapa pentingnya menuntut dan amalkan Ilmu Tasawwuf disamping Ilmu Fiqh dan Ilmu Tauhid!


    Wallahu A'lam

    hafidzalrahman

    • *
    • لا إله إلا الله ، محمد رسول الله
      • View Profile
    Reply #12 30 January, 2010, 12:56:50 AM
  • Publish
  • LA-ILAHA ILLA-ALLAH, MUHAMMADUR RASULULLAH! Syukron Pak Arab.
    اَسْتَغْقِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ الَّذِي لاَ اِلَهَ اِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّوْمٌ وَاَتُوْبُ اِلَيْهِ
    Wake up Muslims!

    dol_bendol

    • *
    • http://al-merapu.blogspot.com
      • View Profile
    Reply #13 30 January, 2010, 09:00:19 AM
  • Publish
  •  "kamu sembah Allah seolah2 kamu melihatNya, jika tidak kuasa kamu, ingatlah Allah melihat kamu"


    kunci nya terletak pada : ingatlah Allah

    macamana nak melihat Yang menciptakan Penglihatan, DIA beritahu, lihat ayat ayat KU. Penglihatan tu Ciptaan Allah, jadi lihatlah makhluk, lihat ke dalam diri, itulah lebih mudah zikrullah >> Ingatlah Allah

    Riot_heroes

    • *
    • IMMORTALITY
      • View Profile
    Reply #14 30 January, 2010, 11:04:58 AM
  • Publish
  • Mula2 mempelajari kemudian memperbaiki and lastly "memperhalusi"

    Tapi bagaimana ya ingin "memperhalusi"..... sedangkan ummat hari ini tidak mahu walau "mempelajari"....

    Dizaman Nabi dan Sahabat orang islam hanya sedikit..jadi mereka mesti menguasai semua jurusan ilmu... apabila Islam mulai berkembang maka jurusan2 ini mula dispesifikkan.... fuqaha menerokai ilmu fiqh...ahli2 sufi mendalalami tasawuf..Pendakwah sibuk dengan urusan jihadnya...tetapi semuanya bersatu dalam membentuk kesempurnaan agama.

    Saya berpendapat "bapa" segala Ilmu tasawwuf ialah Hadrat Huzaifah Ibnu Yaman RA. Beliau sering bertanya soalan yang berlainan dari apa yang ditanya Sahabat RA yang lain kepada Nabi SAW. Kalau sahabat RA bertanya bagaimana cara untuk mendapat jaminan syurga maka Huzaifah RA bertanya bagaimana untuk lepaskan diri dari api neraka. Malah beliau juga diamanahkan menjaga rahsia nama-nama orang munafik di Madinah.

    Setiap amalan ada hakikatnya... Fiqh akan menunjukkan sempadannya....manakala Tasawwuf akan menunjukkan tingkatannya...
    You'll Never Walk Alone

     Akaun Akhirat Anda No: CIMB 01180004462058 Halaqah Net Services

    Reply #15 31 January, 2010, 08:54:59 AM
  • Publish
  • Salam Semua,
    tp pendekatan yg diambik dari sirah Nabi SAW adalah pendekatan mmbentuk tasawwuf itu sendiri...iaitu membentuk jiwa yg mulia, baik yg ke arah mahmudah...
    kemudian ianya di adunkan pula Tauhid..bila jiwa dah bersih ditambah dengan dimantapkan Tuhid maka segala hukum Fiqh itu diterima dengan hati yg terbuka dan redha...
    jd pendekatan terdekat ntuk membentuk jiwa orang dan masyarakat yg mulia dan kembali kepada islam ialah bermula dari kita sendiri sepertimana Baginda menunjukkan sifat yg terpuji yg dapat mempengaruhi jiwa dan hati manusia...
    terima kasih saudaraku...

    yg dhoif

    Reply #16 31 January, 2010, 10:19:54 AM
  • Publish
  • ilmu fiqh ni apa kebaikannya dalam diri kita ni ustaz?

    Reply #17 31 January, 2010, 10:54:09 AM
  • Publish
  • ilmu fiqh ni apa kebaikannya dalam diri kita ni ustaz?

    akhi fakrorazi, enta ni memang tak tau atau saja2 nak mengusik PAK ARAB tu?

    Pada suatu hari kami (Umar Ra dan para sahabat Ra) duduk-duduk bersama Rasulullah Saw. Lalu muncul di hadapan kami seorang yang berpakaian putih. Rambutnya hitam sekali dan tidak tampak tanda-tanda perjalanan. Tidak seorangpun dari kami yang mengenalnya. Dia langsung duduk menghadap Rasulullah Saw. Kedua kakinya menghempit kedua kaki Rasulullah, dari kedua telapak tangannya diletakkan di atas paha Rasulullah Saw, seraya berkata, "Ya Muhammad, beritahu aku tentang Islam." Lalu Rasulullah Saw menjawab, "Islam ialah bersyahadat bahwa tidak ada tuhan kecuali Allah dan Muhammad Rasulullah, mendirikan shalat, menunaikan zakat, puasa Ramadhan, dan mengerjakan haji apabila mampu." Kemudian dia bertanya lagi, "Kini beritahu aku tentang iman." Rasulullah Saw menjawab, "Beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari akhir dan beriman kepada Qodar baik dan buruknya." Orang itu lantas berkata, "Benar. Kini beritahu aku tentang ihsan." Rasulullah berkata, "Beribadah kepada Allah seolah-olah anda melihat-Nya walaupun anda tidak melihat-Nya, karena sesungguhnya Allah melihat anda. Dia bertanya lagi, "Beritahu aku tentang Assa'ah (azab kiamat)." Rasulullah menjawab, "Yang ditanya tidak lebih tahu dari yang bertanya." Kemudian dia bertanya lagi, "Beritahu aku tentang tanda-tandanya." Rasulullah menjawab, "Seorang budak wanita melahirkan nyonya besarnya. Orang-orang tanpa sandal, setengah telanjang, melarat dan penggembala unta masing-masing berlomba membangun gedung-gedung bertingkat." Kemudian orang itu pergi menghilang dari pandangan mata. Lalu Rasulullah Saw bertanya kepada Umar, "Hai Umar, tahukah kamu siapa orang yang bertanya tadi?" Lalu aku (Umar) menjawab, "Allah dan rasul-Nya lebih mengetahui." Rasulullah Saw lantas berkata, "Itulah Jibril datang untuk mengajarkan agama kepada kalian." (HR. Muslim)

    Jadi berdasarkan hadis ini, Kajian tentang Iman dipanggil Ilmu Tauhid, Kajian tentang Islam dipanggil Ilmu Fekah dan Kajian tentang Ihsan dipanggil Ilmu Tasawuf. Tidaklah wajar istilah2 seperti Tauhid, Fekah atau Tasawuf itu dianggap bidaah dholalah, kerana yang penting adalah isi kandungan Bidang Kajian Ilmu tersebut. Lagi pula, nama2 dan KAEDAH2 yang menyampaikan kandungan ilmu itu dicipta adalah sebagai PEMUDAH CARA, untuk menyampaikan isi kandungan ilmu2 tersebut. Bahkan, masih banyak lagi Ilmu2 baru yang dicipta (meskipun isi kandungannya tetap dari al-Qur'an dan as-Sunnah juga), seperti Ilmu Mustolah Hadis (Jarh wa Ta'dil, Nasikh Mansukh, dll), Ilmu Tafsir (Tafwid dan Takwil, Nahwu Sarof Badi' dll), Ilmu Tajwid  dan sebagainya.

    Sebab, Rasulullah saw telah lama wafat dan Islam yang sampai kepada kita sudah cukup lengkap. Padahal, pada zaman Rasulullah saw, wahyu datang secara beransur-ansur sehingga KAEDAH pengamalannya pun secara beransur-ansur juga. Antara KAEDAH belajar Islam mengikut sunnah ketika itu,  para sahabat mempelajari sepuluh ayat dahulu, kemudian cuba mengamalkan sebelum beralih kepada sepuluh ayat yang berikutnya.

    Jadi enta bayangkan, kalau kaedah2 belajar tidak dicipta. Tentulah makin sukar bagi kita memahami Islam yang cukup lengkap dan meluas itu. Ditambah pula, dengan wujudnya golongan munafik dan para penjilat Khalifah, bayangkan berapa banyak hadis2 palsu dicipta untuk mencari sedikit keuntungan dunia, seperti habuan wang atau untuk menghancurkan Islam dari dalam.

    Reply #18 31 January, 2010, 12:35:30 PM
  • Publish
  • antara contoh boleh saya bg untuk kebaikan ialah ketika kita membeli sesuatu mesin kita mesti memerlukan buku panduan untuk menggunakan mesin tersbut dengan cara yang betul...maka feqah adalah panduan untuk kita gunakan dalam ibadat, nikah kahwin, jual beli dll bg mengelakkan salah dalam beramal..
    bila mana kita menggunakan sesuatu mesin tu kita dengan cara yg betul maka mesin tu akan bertahan lama dan tidak akan rosak dan akan memberikan hasil yg baik...maka hasil yg baik tu lahirlah taqwa atau tasawwuf..

    hamba dhoif

    Reply #19 31 January, 2010, 04:20:04 PM
  • Publish
  • Apabila seseorang mencapai mukallaf, seseorang itu akan diberikan tempoh untuk belajar ilmu asas agama  berdasarkan keupayaan akal, seandainya selepas tempoh tersebut, masih gagal menguasai ilmu asas agama, apatah lagi tidak bersungguh-sungguh mempelajarinya, maka seseorang itu dikira dalam keadaan berdosa setiap masa kerana kejahilannya itu.

    divider3
    halaqahforum4