Diploma kat politeknik vs Universiti

*

Author Topic: Diploma kat politeknik vs Universiti  (Read 11783 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

kasbi

  • *
  • Posts: 70
    • View Profile
06 January, 2010, 10:55:52 AM
  • Publish
  •  :)
    Sekadar luahan hati dan tiada niat buruk ..

    Saya sekarang pelajar semester dua di Politeknik Kota Kinabalu...saya ambil diploma kat sini...saya hairan la,kenapa ambil diploma kat politeknik sering direndah rendah kan dan di berbanding dengan ambil diploma kat ipta yg dimulakan dengan perkataan 'UNIVERSITI'..seperti UiTm dan lain-lain..Saya sering mendengar ucapan seperti teguran.."keputusan ok,kenapa sambung kat poli kenapa tak sambung kat uitm(contoh u je k) ke?"..kadang kala saya berasa tersinggung tapi saya kuatkan tekad..saya menimba ilmu untuk mendapat keredhaan Allah..jadi tak kisahlah kat ipta mana pun.saya berasa seolah olah mereka memandang rendah pada pelajar politeknik..bukankah politeknik juga merupakan sebuah ipta..bezanya politeknik berunsurkan vokasional...Lebih perit apabila mereka berkata bahawa,"baik ambik stpm dari sambung kat politeknik"...

    Harap sahabat yang sudi boleh ulas atau beri sepatah dua nasihat atau kata semangat..

    semua ni cuma luahan hati saya,jika ada perkataan yang menyinggung perasaan sesiapa mohon di maafkan..

    cahayalurus

    • *
    • Posts: 1291
      • View Profile
    Reply #1 06 January, 2010, 11:56:19 AM
  • Publish
  • Menurut saya, tidak perlu lah berkeluh kesah, bersangka baik lah dengan orang yang mengatakan begini begitu kepada saudara, dia hanya ingin memanjangkan kalam tetapi tidak mengetahui kata-katanya itu hanya menyakitkan, melukakan, menghiris hati orang lain, kita juga mungkin begitu apabila bercakap, apatahlagi saudara mungkin hanya berdiam diri tidak menunjukkan diri disakiti oleh bilah-bilah katanya, iya berdiam diri iru lebih baik saat itu, ada firman Allah:

    9. "(Engkaukah Yang lebih baik) atau orang Yang taat mengerjakan Ibadat pada waktu malam Dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya? "Katakanlah lagi (kepadanya): "Adakah sama orang-orang Yang mengetahui Dengan orang-orang Yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang-orang Yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang Yang berakal sempurna. al-Zumar(39): 9.

    Ternyata mereka tidak mengetahui, apa yang boleh saudara lakukan ialah maafkan yang berkata2, berlapang dada dan anggapkan sahaja beliau tidak mengetahui, kemudian belajar bersungguh kerana Allah SWT, tanpa ada niat nak membalas dendam atau menunjuk kepada mereka yang menyakiti anda, tidak perlu  berniat untuk membuktikan apa2, kerana jika ikhlas dan reda pasti Allah membuktikannya untuk kita. Yakinlah anda tidak kurang daripada yang lain=)

    Mrs. Ikan Pari

    Raidoss

    • *
    • Posts: 103
      • View Profile
    Reply #2 06 January, 2010, 12:17:08 PM
  • Publish
  • Salam saudara.

    Biarlah mereka dengan pendapat mereka. Biarlah si Luncai terjun dengan labu labunya. Tidak menjadi kudis, Bah!
    Banyak juga lulusan "Universiti" yang tersohor dan terkenal pun tak ada kerja. Yang penting bukan tempat mana yang awak belajar
    tetapi ilmu yang dapat di perolehi dan di manafaatkan kepada diri, keluarga dan negara. 

    Yang penting, Bah. Kamu perlu menjadi hamba Allah yang taat serta menjadi pelajar yang bersikap optimistik dan berfikiran inovatif dan kretif.
    Yang membeza pelajar "U", "Poli", "Kolej" dan macam macam lagi kat luar sana tu bukan "Title" di sijil tu tetapi pelajar itu sendiri sejauh mana tempat pendidikan itu dapat membentuk pelajar dan juga dirinya ke tahap qualiti yang islam ajar. Islam tu kan "Syumul" meliputi semuanya lengkap.

    Di dalam dunia yang semangkin canggih dan berinovasi kamu wajib adaptasi kepadanya kalau tidak kamu ketinggalan. Jangan harap lectuer saja yang bagi kamu harus mencari cari bahan bahan luar sendiri.

    Kamu perlu jadi perlajar yang berintegriti dan akhlak yang tinggi. Kerana kebanyakan pelajar pelajar lulusan mana mana IPTA dan IPTS pun sama saja dari segi akademiknya tetapi pencapaian akhlaknya kebanyaknya rendah.Itu yang banyak menipu, pecah amanah, kianat,rasuah. 

    Kalau kamu letak diri kamu sebagai boss yang mana kamu mahu jadi perkerja kamu: yang akedemiknya bagus tetapi akhlaknya rendah...semua main hentam asal objekttif tercapai.....atau akedemiknya biasa saja tetapi akhlaknya bagus....jujur,amanah, rajin.....Ingat dari segi akedemik ...."Monyet pun boleh diajar dan di bentuk inikan pula manusia" tetapi akhlak "monyet tidak boleh diajar dan dibentuk" itulah sifat akalnya semula jadi 

    Hendak jadi manusia yang cemerlang dan terbilang akedemiknya dan siasahnya perlu jadi hamba Allah yang taat dan juga perlu jadi pelajar selalu "improvise" setiap masa.

    Sekadar buah fikiran. Maaf kalau terkasar.

    Wasalam.

    nilabiru

    • *
    • Posts: 338
      • View Profile
    Reply #3 06 January, 2010, 01:40:19 PM
  • Publish
  • salam kasbi..
    sy merupakan bekas student Politeknik Kota Baru thn 1999-2001(sijil elektrik) dan POLIMAS thn 2002-2003(Diploma Elektrik).
    untuk makluman saudara, dari segi pasaran kerja baik krajaan @ swata, lepasan politeknik lebih mendapat perhatian dan peluang yang cerah untuk mendapat kerja..
    sy xpernah menganggur sejak keluar politeknik..kluar jer terus dpt kerja walaupun gaji x seberapa..
    sy bangga dgn kelulusan yg saya ada walaupun sijil@diploma politeknik..
    apa org nak kata, kata lah..yg penting diploma@sijil kita di iktiraf dan senang mendapat peluang kerjaya..
    cuba chek kat spa.gov.my untuk jawatan juruteknikJ17 dan  pen.jurutera J29..semuanya nak kelulusan Politeknik.
    skrg sy dah 5 tahun di sektor awam sbg juruteknik n pada 12/01/2010 ade interview untuk jawatan Pen.Jurutera J29.
    bagi sy, bersyukurlah dengan apa yang kita ada..

    NuRul IsLam

    • *
    • Posts: 764
      • View Profile
    Reply #4 27 May, 2010, 02:23:17 AM
  • Publish
  • :)
    Sekadar luahan hati dan tiada niat buruk ..

    Saya sekarang pelajar semester dua di Politeknik Kota Kinabalu...saya ambil diploma kat sini...saya hairan la,kenapa ambil diploma kat politeknik sering direndah rendah kan dan di berbanding dengan ambil diploma kat ipta yg dimulakan dengan perkataan 'UNIVERSITI'..seperti UiTm dan lain-lain..Saya sering mendengar ucapan seperti teguran.."keputusan ok,kenapa sambung kat poli kenapa tak sambung kat uitm(contoh u je k) ke?"..kadang kala saya berasa tersinggung tapi saya kuatkan tekad..saya menimba ilmu untuk mendapat keredhaan Allah..jadi tak kisahlah kat ipta mana pun.saya berasa seolah olah mereka memandang rendah pada pelajar politeknik..bukankah politeknik juga merupakan sebuah ipta..bezanya politeknik berunsurkan vokasional...Lebih perit apabila mereka berkata bahawa,"baik ambik stpm dari sambung kat politeknik"...

    Harap sahabat yang sudi boleh ulas atau beri sepatah dua nasihat atau kata semangat..

    semua ni cuma luahan hati saya,jika ada perkataan yang menyinggung perasaan sesiapa mohon di maafkan..


    bismillahirahmanirahim...
    sekadar perkongsian dari sahabat sekampus, ana juga dari politeknik kota kinabalu, baru habis menamatkan semester terakhir..
    ana juga mengalami pengalaman yang sama apabila terdapat perbandingan kampus antara poli n kampus lain, sedangkan ramai juga pelajar poli layak untuk masuk U dan kampus yang lain..Tapi yang ana pegang sampai sekarang, kita patut bersangka baik dengan qada dan qadar Allah..jangan kita hanya menilai dari luaran sahaja, tapi kita cuba lihat dari mata hati kita...contohnya bagi ana sendri, dahulu ana lebih kepada nak masuk tingkatan 6, tetapi disebabkan kawan telah mohonkan masuk poli ana terpaksa membuat pilihan sebab ana tidak berminat masuk mana-mana ipt..berkat nasihat dari ibu, ana mencuba untuk masuk ke poli, dan alhamdulillah..banyak yang ana dapat disini terutamanya dalam mencari erti Islam yang sebenarnya...melalui Pusat Islam yang kini telah bertukar menjadi Kelab Islah...dimana kita dapat berhijrah dari jahil kearah yang lebih baik..insyaAllah..sebab untuk perkongsian dan sebagai pengajaran, ramai sahabat ana terkejut dengan perubahan yang berlaku pada diri ana dan begitu juga dengan ana atas perubahan sahabat yang lain, ada yang dahulunya bertudung labuh, sekarang dah pakai tudung yang berlilit-lilit, ada yang tak pakai tudung lansung..ana sedih lihat semua tu..dan ana bersyukur ditempat kita mencari ilmu tu lah Allah menurunkan hidayahNYA yang sangat bernilai...jadi ana harap selepas ini, teruskan perjuangan dalam study dan gerakkerja dalam menegakkan kalimah Allah di politeknik kota kinabalu khususnya.....

    I lOVE ISLAM

    Hafizahidan

    • *
    • Posts: 44
    • TiAdA CiNtA aGuNg SeLaIn CiNta AlLaH & RaSuL
      • View Profile
    Reply #5 27 May, 2010, 02:49:07 AM
  • Publish
  • Assalamua'laikum...

    yang sebenarnya budak poli the besss...
    ni puya cita lah...
    time buat LI... de firma !@#$% mengharap seorang je... pelajar politeknik mengawal tempat tersebut (elektrik dan lain2)...
    kerana depa tau kualiti budak2 poli...
    terasa gak kalau orang kata
    "kamu student u ka???"
    tapi perasaan yang berat mampu menolak
    "dok eh... saye studen poli..."
    respon orang tu...
    "budak poli... yesss"
    seolah-olah diaorang tau bahawa budak poli mahir...
    tapi... tak taulah tempat lain...
    Allahua'lam...
    Salam ukwah & salam sayang... lalalalaaa...

    NuRul IsLam

    • *
    • Posts: 764
      • View Profile
    Reply #6 27 May, 2010, 02:55:48 AM
  • Publish
  • Assalamua'laikum...

    yang sebenarnya budak poli the besss...
    ni puya cita lah...
    time buat LI... de firma !@#$% mengharap seorang je... pelajar politeknik mengawal tempat tersebut (elektrik dan lain2)...
    kerana depa tau kualiti budak2 poli...
    terasa gak kalau orang kata
    "kamu student u ka???"
    tapi perasaan yang berat mampu menolak
    "dok eh... saye studen poli..."
    respon orang tu...
    "budak poli... yesss"
    seolah-olah diaorang tau bahawa budak poli mahir...
    tapi... tak taulah tempat lain...
    Allahua'lam...

    alhamdulillah..niat memberi komen bukan membezakan kualiti pelajar dari ipt yang lain tapi untuk memberi nasihat kepada sahabat yang masih berfikiran sedemikian..walau dimana kita berada, kita adalah sama sahaja bergantung kepada diri sendiri untuk menentukan hala tuju yang diigini..
    p/s : harap tiada kesalahfahaman dalam topik ini..salah dan silap harap diperbetulkan..
     :jaz:

    dishar

    • *
    • Posts: 92
    • "'cOUpLE' bukan pilihan...jgn dekati zInA"
      • View Profile
    Reply #7 27 May, 2010, 10:05:51 AM
  • Publish
  • betul tu nurul..saya setuju..takbir..

    nazirul razali

    • *
    • Posts: 875
    • HIDUP JIHAD, MATI SYAHID, ALLAH HUAKHBAR.
      • View Profile
    Reply #8 27 May, 2010, 10:11:07 AM
  • Publish
  • sekarang ne saya tgh buat praktikal di sebuah kat kilang di senawang....... rata-rata abg-2 supervisor/design drawing/manager dept.  kat situ semuanya dariPOLITEKNIK (hampir 85%)...... mmng bangga jadi student  POLITEKNIK masa tu....... mmng la kalau org sebut je, "kamu belajar kat mana???" nak bagitahu yg kita ne plajar POLITEKNIK pun malu...... (waktu mula-mula masuk la)..... tapi skrg, lantak la ape pn org nak ckp kan..... yang penting, bidang kemahiran di POLITEKNIK mmng tiada tandingannya berbanding universiti........ (jgn marah ya...... lalalalala.......) pensyarah yg dulunya belajar di universiti pun skrg ne mengajar kat POLITEKNIK...... lalalalala........ pape pun, POLITEKNIK mmng best.........

    dari : STUDENT POLITEKNIK PORT DICKSON
    <')))))<                              <')))))<                              <')))))<                              <')))))<                              <')))))<
                         <')))))<

    NuRul IsLam

    • *
    • Posts: 764
      • View Profile
    Reply #9 28 May, 2010, 03:23:38 AM
  • Publish
  • sekarang ne saya tgh buat praktikal di sebuah kat kilang di senawang....... rata-rata abg-2 supervisor/design drawing/manager dept.  kat situ semuanya dariPOLITEKNIK (hampir 85%)...... mmng bangga jadi student  POLITEKNIK masa tu....... mmng la kalau org sebut je, "kamu belajar kat mana???" nak bagitahu yg kita ne plajar POLITEKNIK pun malu...... (waktu mula-mula masuk la)..... tapi skrg, lantak la ape pn org nak ckp kan..... yang penting, bidang kemahiran di POLITEKNIK mmng tiada tandingannya berbanding universiti........ (jgn marah ya...... lalalalala.......) pensyarah yg dulunya belajar di universiti pun skrg ne mengajar kat POLITEKNIK...... lalalalala........ pape pun, POLITEKNIK mmng best.........

    dari : STUDENT POLITEKNIK PORT DICKSON

    rezeki itu ada dimana-mana sahaja..bertebaranlah kamu dimuka bumi ini mencari rezeki...
    tak perlu membandingkan, takut-takut ada timbul masalah assobiyah..kan tak baik..
    jadi..kita teruskan sahaja apa yang ada dengan kita..dan bersyukur dengannya..(n_n)

    The Fonz

    • *
    • Posts: 134
      • View Profile
    Reply #10 28 May, 2010, 08:46:10 AM
  • Publish
  • Assalamualaikum,

    Mungkin saya boleh cerita sedikit pengalaman saya. Dulu saya mendapat keputusan cemerlang SPM dan ditawarkan belajar di luar negara. Walau pun saya lebih suka belajar medic dalam negara ( sudah diterima masuk UM ), namun saya seolah-olah dipaksa mengambil jurusan engineering disana ( USA ). Di US cara mereka belajar lain. Saya seorang engineer. Sekarang mempunyai bisnes dan kilang sendiri. Anak sulung saya mendapat keputusan SPM amat cemerlang dua tahun dulu tetapi memilih untuk belajar di satu kolej universiti dalam jurusan yang dia sangat minati. Tawaran IPTA dia tolak.

    Saya juga menerima pelbagai kritikan kerana mengikut kehendak anak saya yang meminati bidang graphic design. Jawapan saya senang saja, " Siapa yang nak belajar? saya atau anak saya? ". Cuma saya berpesan pada anak saya, jangan setakat minat sahaja, if you cannot be the best, at least be among the best and enjoy your studies "

    Tiap2 tahun saya menerima trainee students dari IPTA dan kolej2. Tidak ada perbezaan ketara antara mereka dari segi ilmu tetapi dari segi sikap, usaha dan kemampuan interaksi, banyak berbeza dan IPTA atau kolej atau politeknik bukan penentu. Yang membezakan pelajar IPT dengan pekerja bawahan saya ialah daya analytical mereka. Orang bawahan membuat sesuatu kerana itu yang mereka selalu buat tanpa memahami dengan mendalam. Graduan IPT mempunyai daya meneliti untuk faham dengan lebih cepat, macam short cut. Tapi kalau sikap mereka sombong dan bangga diri, mereka akan dipermainkan oleh pekerja bawahan.

    Semasa saya bekerja disebuah syarikat multinasional dahulu, ada seorang graduan yang masuk kerja sebagai penolong pengurus. Dia adalah best student di universiti tempat dia belajar. Tetapi dia fail dari segi human interaction, tak boleh kerja dengan orang, tidak tau berkomunikasi dan akhirnya terpaksa ditukar ke jabatan yang dia sorang saja ada. Peluang dia untuk maju tentulah tertutup.

    Pesan saya, jangan pedulikan apa orang cakap. Masuk IPTA, Politeknik, kolej , dll hanyalah permulaan sahaja. Do your best and try to be among the best. Tanamkan minat untuk menjadi usahawan dari awal dan cuba mendapatkanilmu tentang keusahawanan. Kamu tidak akan menyesal.

    Prof TF

    • *
    • Posts: 12
      • View Profile
    Reply #11 28 May, 2010, 10:14:11 AM
  • Publish
  • Salam..
    Teruskan my dear..
    jgn peduli ape orang cakap..
    POLI bagus BAH!! :senyum:..Sy baru balik dari sabah..belajar cakap SABAH BAH!!
    ape2 orang2 SABAH MANTOPPPP BAH!
    http://www.prof4life.co.cc/
    ok ape2 PM ke Prof TF je.K
    Wsalam

    ningonly

    • *
    • Posts: 204
    • yang sedang-sedang saja
      • View Profile
    Reply #12 28 May, 2010, 11:06:06 AM
  • Publish
  • mmmm...poli memang bestt...
    itulah aku...padamu

    Hafizahidan

    • *
    • Posts: 44
    • TiAdA CiNtA aGuNg SeLaIn CiNta AlLaH & RaSuL
      • View Profile
    Reply #13 28 May, 2010, 12:08:39 PM
  • Publish
  • Asssalamua'laikum
    Kesimpulanya...
    semua IPT bagus tak kira u ka... poli ka...
    kedua2 IPT ni melahirkan kualiti pelajar yang bermutu...
    Allahua'lam...

    al_farafishah

    • *
    • Posts: 203
      • View Profile
    Reply #14 28 May, 2010, 12:50:03 PM
  • Publish
  • Asssalamua'laikum
    Kesimpulanya...
    semua IPT bagus tak kira u ka... poli ka...
    kedua2 IPT ni melahirkan kualiti pelajar yang bermutu...
    Allahua'lam...


    :) Nak mencelah jugak. Saya juga dari bidang kemahiran di IPTS. Course Product Industrial Design  tp lepas tu kerja bahagian graphic.

    Betul kata Hafizahidan tu.. Belajarlah kat mana pun, janji dapat ilmu dan kemahiran. Usah dihirau kata-kata orang.. Ya, memang ada orang yang pandang rendah bidang vokasional atau kemahiran. Sebenarnya mereka yang terlibat dalam industri ini juga penggerak pembangunan negara. Kalau tiada golongan ini, siapa mahu buat kerja-kerja rumit dan sukar yang memerlukan detail, kadangkala berisiko tinggi dan membahayakan nyawa. Bukan semua orang boleh buat. Apapun setiap bidang pekerjaan ada keistimewaan masing-masing. Yang penting dapat kelulusan yang halal yang akan menentukan keberkatan rezeki anda kelak. Wallahu a'lam.    
    « Last Edit: 28 May, 2010, 01:01:14 PM by al_farafishah »
    "Ya Allah, Kau kumpulkanlah aku bersama dengan orang-orang yang bertaqwa dan berakhlak mulia...Amin."
    http://beyondmindeyesstudio.blogspot.com

    NuRul IsLam

    • *
    • Posts: 764
      • View Profile
    Reply #15 30 May, 2010, 01:10:20 AM
  • Publish
  • Asssalamua'laikum
    Kesimpulanya...
    semua IPT bagus tak kira u ka... poli ka...
    kedua2 IPT ni melahirkan kualiti pelajar yang bermutu...
    Allahua'lam...


    :) Nak mencelah jugak. Saya juga dari bidang kemahiran di IPTS. Course Product Industrial Design  tp lepas tu kerja bahagian graphic.

    Betul kata Hafizahidan tu.. Belajarlah kat mana pun, janji dapat ilmu dan kemahiran. Usah dihirau kata-kata orang.. Ya, memang ada orang yang pandang rendah bidang vokasional atau kemahiran. Sebenarnya mereka yang terlibat dalam industri ini juga penggerak pembangunan negara. Kalau tiada golongan ini, siapa mahu buat kerja-kerja rumit dan sukar yang memerlukan detail, kadangkala berisiko tinggi dan membahayakan nyawa. Bukan semua orang boleh buat. Apapun setiap bidang pekerjaan ada keistimewaan masing-masing. Yang penting dapat kelulusan yang halal yang akan menentukan keberkatan rezeki anda kelak. Wallahu a'lam.    

    ya betul...ana setuju...yang penting keberkatan dalam bidang yang kita ceburi...

    khairuddin

    • *
    • Posts: 219
      • View Profile
    Reply #16 30 May, 2010, 11:01:19 AM
  • Publish
  • Belajar dimana-mana pun, selagi kita ikhlas tuntut ilmu kerana ALLAH, Insya-ALLAH kita akan berjaya.
    [img width=610 height=70]http://i87.servimg.com/u/f87/12/77/43/73/kelant10.jpg[/img]

    "Berusahalah kamu seperti mana kamu akan hidup untuk selama-lamanya. dan beribadatlah kamu seperti mana kamu akan mati pada keesokan hari."

    Ayatul Ukhuwwah

    • *
    • Posts: 388
    • sy mahu jd serikandi berjiwa pejuang..InsyaAllah
      • View Profile
    Reply #17 13 April, 2011, 04:52:26 PM
  • Publish
  • salam kasbi..
    sy merupakan bekas student Politeknik Kota Baru thn 1999-2001(sijil elektrik) dan POLIMAS thn 2002-2003(Diploma Elektrik).
    untuk makluman saudara, dari segi pasaran kerja baik krajaan @ swata, lepasan politeknik lebih mendapat perhatian dan peluang yang cerah untuk mendapat kerja..
    sy xpernah menganggur sejak keluar politeknik..kluar jer terus dpt kerja walaupun gaji x seberapa..
    sy bangga dgn kelulusan yg saya ada walaupun sijil@diploma politeknik..
    apa org nak kata, kata lah..yg penting diploma@sijil kita di iktiraf dan senang mendapat peluang kerjaya..
    cuba chek kat spa.gov.my untuk jawatan juruteknikJ17 dan  pen.jurutera J29..semuanya nak kelulusan Politeknik.
    skrg sy dah 5 tahun di sektor awam sbg juruteknik n pada 12/01/2010 ade interview untuk jawatan Pen.Jurutera J29.
    bagi sy, bersyukurlah dengan apa yang kita ada..


    saya juga pelajar dr politeknik...hurmm..betul apa yg dikatakan oleh nilabiru..saya nampak peluang pekerjaan utk pelajar politeknik sangat cerah..sekarang saya tengah praktikal di jabatan kerja raya (JKR)...saya dapat lihat, rata2 pekerja kat sini (juruteknik J17) berkelulusan diploma/sijil politeknik je..

    dulu masa mula2 saya nak masuk politeknik.. kawan2 sekolah dulu tanya..dpt belajar kat mana..??..saya cuma kata politeknik..sedih juga bila mereka memperlekehkan politeknik...hurmmmm..politeknik je..low standard katanya..sedih.. menangiis.......tapi sekarang saya dah tak kisah dah..bagi saya belajar kat mana2 sama je.. niat kita nak belajar..menuntut ilmu tu yang paling penting sebenarnya..


    Ixora_skru

    • *
    • Posts: 922
    • Kehidupan Pertama Penentu Kehidupan Kedua
      • View Profile
    Reply #18 13 April, 2011, 09:59:06 PM
  • Publish
  • pada saya pelajar poli lebih outspoken berbanding pelajar universiti... tak malu bertanya... displin pun bagus sebab ada bahagian yang menjaga displin pelajar... kemahiran pun ada berbanding pelajar universiti yang lebih kepada teori... setiap lulusan ada kelebihannya... jadi jangan rasa rendah diri... yang penting jadilah pelajar yang berakhlak dan berilmu...
    Catatan Warna-Warni Kehidupan | Di Laman Halaqah ku Mencari IlmuNya
      http://www.cwwk.blogspot.com  |  http://ilmuhalaqah.blogspot.com

    kasihiro

    • *
    • Posts: 567
    • Beliau selalu ingat kita...kita lupa padanya..:(
      • View Profile
    Reply #19 14 April, 2011, 01:00:49 AM
  • Publish
  • :)
    Sekadar luahan hati dan tiada niat buruk ..

    Saya sekarang pelajar semester dua di Politeknik Kota Kinabalu...saya ambil diploma kat sini...saya hairan la,kenapa ambil diploma kat politeknik sering direndah rendah kan dan di berbanding dengan ambil diploma kat ipta yg dimulakan dengan perkataan 'UNIVERSITI'..seperti UiTm dan lain-lain..Saya sering mendengar ucapan seperti teguran.."keputusan ok,kenapa sambung kat poli kenapa tak sambung kat uitm(contoh u je k) ke?"..kadang kala saya berasa tersinggung tapi saya kuatkan tekad..saya menimba ilmu untuk mendapat keredhaan Allah..jadi tak kisahlah kat ipta mana pun.saya berasa seolah olah mereka memandang rendah pada pelajar politeknik..bukankah politeknik juga merupakan sebuah ipta..bezanya politeknik berunsurkan vokasional...Lebih perit apabila mereka berkata bahawa,"baik ambik stpm dari sambung kat politeknik"...

    Harap sahabat yang sudi boleh ulas atau beri sepatah dua nasihat atau kata semangat..

    semua ni cuma luahan hati saya,jika ada perkataan yang menyinggung perasaan sesiapa mohon di maafkan..
    :ws:

    Selamat datang kepoliteknik ( lambat sangat wish..hee)

    Ana tak suka banding2kan U or POLI..
    yang penting itu rezeki yang Allah swt bagi..
    andai kita belajar..belajar..belajar..kerana ALLAH swt..
    pasti dan pasti Allah swt redho pada kita..

    Mungkin kita boleh berfikir..


    Imam Syafié ...atau imam mazhab or Ulama dahulu kala ada sijil? ..diploma?..ijazah?..master?..PHD?
    tak ada kan...

    macam mana mereka menggegarkan dunia islam ini tanpa kelulusan mana pusat pengajian?
    fikir-fikirkan lah ya.. :D

    Yang penting..
    niatkan hati belajar kerana Allah swt ..
    mahu mencari ilmu sampai diliang lahat sekalipun..

    insyaAllah..

    wasalam

    (student poli shah alam..sem 4 )

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    41 Replies
    10760 Views
    Last post 07 June, 2011, 10:01:28 PM
    by Ixora_skru
    0 Replies
    1437 Views
    Last post 07 January, 2012, 04:32:36 AM
    by diplomaprasekol
    0 Replies
    1353 Views
    Last post 14 February, 2012, 01:22:41 PM
    by Mei