Forum > Pendidikan

Isu Penggunaan Bahasa Pasar/Rojak/SMS/Shortform

<< < (2/8) > >>

Ummi Munaliza:

Kesan Penggunaan bahasa Dengan Baik

- Mudah difahami oleh apa juga bangsa di dunia ini, kerana dapat dirujuk dengan menggunakan kamus.

- Mesej yang ingin disampaikan kepada pembaca juga sampai walau siapa pembacanya.

- Meningkatkan keyakinan diri (pengamalan melalui penulisan, pertuturan, dan sebagainya)

- salah faham dapat dibetulkan, boleh dirujuk dengan sumber yang benar.

- segala apa yang dipertikaikan boleh diselesaikan dengan mudah.

Ummi Munaliza:

Kesimpulan.

Siapa berani berkata bahawa isu penggunaan bahasa ini merupakan bukan isu umat Islam? Mampukah umat Islam berdakwah tanpa menggunakan bahasa yang betul? Mampukah umat Islam berda’wah dengan keyakinan yang sangat rendah ketika berhadapan dengan khalayak ramai? Mampukah umat Islam berdiri megah seandainya lidahnya kelu untuk berbicara?

Membicarakan permasalahan umat bukanlah bermula daripada perkara yang berkaitan dengan pemerintahan, politik, dan permasalahan perbezaan pendapat dan sebagainya. Sewajarnya permasalahan umat Islam itu mestilah dibincangkan bermula daripada “akar” ataupun asas sesuatu perkara yang mendirikan segala impian yang mahu dicapai oleh umat Islam.

Apakah perkara dasar ataupun asas itu? Soal aqidah, adab, amanah. Inilah perkara asas yang harus kita tekankan kepada setiap individu muslim. Yakin bahawa tiada tuhan selain Allah s.w.t. dan tiada apa yang sekufu dengannya. Yakin bahawa Rasulullah s.a.w. itu pesuruhnya yang terakhir dan yakin bahawa ajaran yang disampaikannya itu sahaja yang akan diterima oleh Allah s.w.t.

Harus ditegaskan bahawa setiap umat Islam itu haruslah mempunyai hati yang bersih dalam menuntut ilmu, yakni ikhlas demi mencapai kecemerlangan di dunia hinggalah ke akhirat. Baradab dalam setiap perkara, khususnya kepada Allah s.w.t., Rasulullah s.a.w. dan kerabat baginda, dan semua makhluk Allah s.w.t.. Amanah menjadi punca ketakutan kita kepada azab Allah s.w.t., kerana jika kita tidak menitik beratkan soal amanah yang diberikan oleh Allah s.w.t., musibah pasti berlaku dengan ketentuanNya.

Ketahuilah bahawa setiap perbuatan yang baik itu pasti akan diberi ganjaran yang berbentuk pahala di akhirat kelak, manakala setiap perbuatan buruk pula diberikan balasan yang berbentuk dosa. Maka apabila menyentuh soal penggunaan bahasa, ia sangat berkait rapat dengan perkara “melakukan kebaikan” dan “melakukan keburukan” tanpa disedari atau mahupun disedari.

Menjaga penggunaan bahasa dengan baik merupakan suatu kebaikan kepada sesiapa yang mahu mengamalkannya, maka ganjaran pasti akan diperoleh. Kepada sesiapa yang masih berada dalam golongan “melakukan perkara yang sama, tanpa perubahan ke arah yang lebih baik sedangkan sudah mengetahui”, maka tiada siapa yang dapat membantunya kecuali dirinya sediri dengan ketentuan Allah s.w.t..

Beradab dalam setiap perkara meliputi semua aspek termasuk dalam hal penjagaan bahasa, apatah lagi setelah mengetahui bahawa perkara ini sangat penting untuk diambil berat.

Seorang pendidik seharusnya beradab dengan setiap perkara, begitu juga dengan seseorang yang belajar. Dalam berbahasa, haruslah beradab, bagaimana? Beradab dengan bahasa itu mestilah mematuhi hukum yang ditetapkan dan dipersetujui dalam sesuatu bahasa, iaitu penggunaan bahasa yang betul, tatabahasa yang betul, dan banyak lagi aspek yang perlu diambil kira.

Seseorang pelajar haruslah beradab dengan gurunya, maka dalam hal ini, seharusnya apa yang telah diajar oleh guru haruslah diamalkan seandainya ia benar mambawa kebaikan bersama. Alangkah sedihnya seseorang guru yang bertahun-tahun mencurahkan ilmunya kepada muridnya, tetapi muridnya itu tidak pernah mengamalkan apa yang sepatutnya diamalkan, seperti hal yang telah dibincangkan, iaitu menggunakan penggunaan bahasa yang kurang tepat.

Harus diingat, setiap ilmu yang dituntut di dunia ini haruslah ditimba hanya kerana Allah s.w.t., iaitu demi kebaikan umat Islam dan maruah agama Islam. Tidaklah wajar seandainya menuntut ilmu itu bertujuan untuk menjawab soalan yang bakal terkandung dalam peperiksaan. Seandainya begitu, sudah pasti seseorang itu mendapat pengajaran, ilmunya tidak sampai kepada sesiapa, tetapi hanya sampai kepada kertas peperiksaan, kemudian hilang begitu sahaja dengan ketentuan Allah s.w.t..

Persoalan amanah juga sangat penting dalam membicarakan hal ini, setiap perkara yang kita miliki itu merupakan suatu amanah yang diberikan oleh Allah s.w.t. kepada hambaNya. Amanah yang diberikan haruslah dilaksanakan keperluannya mengikut keperluan yang bersandarkan ajaran Al-Quran dan As-Sunnah. Maka apakah ajaran yang bersandarkan Al-Quran dan As-Sunnah? Melakukan apa yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. dan menjauhi (jangan mendekatinya apatah lagi melakukannya) segala laranganNya. Maka dalam hal yang telah dibincangkan ini, bagaimanakah ia boleh dianggap sebagai amanah?

Seseorang yang mempunyai ilmu yang telah dikurniakan oleh Allah s.w.t. haruslah menggunakan ilmunya itu dengan sebaiknya. Dalam menjaga penggunaan bahasa, setelah dibincangkan, ia benar boleh mambawa mudarat jika tidak diambil berat, dan ia benar membawa kebaikan jika dijaga dengan baik.

Maka dalam persoalan amanah, hal ini seharusnya diambil berat, iaitu penjagaan bahasa dengan baik harus diterapkan dalam diri dan orang sekeliling mengikut kemampuan. Seandainya perbuatan dan tindakan kita telah menyebabkan pihak lain menerima kemudaratan, maka adakah kita tidak terhindar daripada kesan buruknya sama ada di dunia dan akhirat?

Sesungguhnya kefahaman itu tidak akan diproleh melalui pembacaan, penulisan, dan apa sahaja cara, kerana pemahaman itu datangnya daripada Allah s.w.t., Allah s.w.t. yang mempunyai kuasa yang mutlak dalam memberi kefahaman kepada sesiapa sahaja yang dikehendakinya. Oleh itu, haruslah kita mencari jalan bagaimana untuk berusaha memperoleh kurniaan kefahaman daripada Allah s.w.t..

Allahu ‘alam, wassalam.

http://muslimnetwork.wordpress.com/

Ummi Munaliza:
Kesan Penggunaan bahasa Dengan Baik

- Mudah difahami oleh apa juga bangsa di dunia ini, kerana dapat dirujuk dengan menggunakan kamus.

- Mesej yang ingin disampaikan kepada pembaca juga sampai walau siapa pembacanya.

- Meningkatkan keyakinan diri (pengamalan melalui penulisan, pertuturan, dan sebagainya)

- salah faham dapat dibetulkan, boleh dirujuk dengan sumber yang benar.

- segala apa yang dipertikaikan boleh diselesaikan dengan mudah.

PenaHalaqah:
Dewasa ini, penggunaan bahasa yang baik dalam bidang penulisan amat kurang sekali. Hal ini bukanlah disebabkan oleh tahap ilmu seseorang itu, iaitu tidak tahu begaimana menulis sesuatu perkara dengan penggunaan bahasa yang betul. Sudah memadai seseorang itu untuk menggunakan penggunaan bahasa yang betul seandainya sudah melepasi UPSR (Ujian Penilaian Sekolah rendah).

Penggunaan bahasa yang betul itu bukanlah semestinya dengan melontarkan kata-kata atau bicara dengan puisi dan bahasa-bahasa yang indah dan jarang didengar, tetapi cukup sekadar menulis dengan menggunakan hukum penulisan dengan betul. Penggunaan tatabahasa yang betul, penggunaan huruf besar atau huruf kecil di tempat yang sewajarnya, dan pelbagai lagi yang perlu diambil kira.

Hal ini telah diterapkan dengan baik semasa seseorang itu berada di bangku sekolah rendah lagi, tanpa ragu hal ini tiada bantahan. Namun, seandainya seseorang itu benar-benar tidak mampu untuk menggunakan penggunaan bahasa dengan baik, atas sebab kekurangan ilmunya tentang itu, maka boleh bertanyakan kepada sesiapa yang tahu.

Perkara ini bukanlah tugas seorang, namun semua pihak, termasuk ibu bapa, maka jika ada dalam kalangan anak-anak yang belum tahu bagaimana hendak menulis dengan penggunaan bahasa yang betul, waktu itulah sesiapa sahaja yang tahu perlu bertindak. Penggunaan bahasa yang betul itu bukanlah hanya tertumpu kepada Bahasa Melayu, tetapi semua bahasa yang ada di dunia ini.

asrar_syamim:
Memang benar kata Ummi. Anak-anak muda khususnya perlu sedar akan kepentingan menggunakan bahasa dengan betul. Hakikatnya bahasa yang kita gunakan sebenarnya melambangkan peribadi kita sendiri. Seseorang yang mempunyai budi bahasa yang tinggi pasti dapat dinilai dari segi gaya bahasanya dalam penulisan.
Terima kasih kepada Ummi kerana mengemukakan topik ini.. 

Navigation

[0] Message Index

[#] Next page

[*] Previous page

Go to full version