Bolehkah Bercinta Walaupun Belum Berkahwin Lagi?

Author Topic: Bolehkah Bercinta Walaupun Belum Berkahwin Lagi?  (Read 9617 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

fatimahazzara

  • *
  • Posts: 87
    • View Profile
Jawab #20 21 October, 2010, 03:40:05 PM
  • Publish Di FB
  • moga-moga orang yang bercinta tak termasuk dalam golongan yang di benci ALLAH atas kelalaian mencari erti cinta dunia hingga lupa kan yang hak....tak perlu cinta pun kawin juga yang penting ikut je apa yang nabi suruh...alhamdulillah selamat dunia da akhirat....

    tiqarah

    • *
    • Posts: 3
      • View Profile
    Jawab #21 12 August, 2011, 02:04:26 AM
  • Publish Di FB
  • :)....d sini sy ada pertanyaan....sy nak tau...adakah bercinta itu haram??? dan sy pernah terdengar satu ceramah agama yg mengatakan bercinta ini tak salah..tp yg ptg pndi2 bw dri...dan jgn sampai mdekati sesuatu yg bole mndtgkan mudarat kpd pasangan bercinta tersebut dan yg paling penting...jgn la sampai rasa cinta kamu itu melebihi rasa cinta kamu terhadap Allah....anybody can explain to me more about this...so i can be more confident and clear...thank u..:)

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14507
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #22 12 August, 2011, 05:13:30 AM
  • Publish Di FB
  • :)....d sini sy ada pertanyaan....sy nak tau...adakah bercinta itu haram??? dan sy pernah terdengar satu ceramah agama yg mengatakan bercinta ini tak salah..tp yg ptg pndi2 bw dri...dan jgn sampai mdekati sesuatu yg bole mndtgkan mudarat kpd pasangan bercinta tersebut dan yg paling penting...jgn la sampai rasa cinta kamu itu melebihi rasa cinta kamu terhadap Allah....anybody can explain to me more about this...so i can be more confident and clear...thank u..:)


    Sebelum topik ini dilanjutkan , mohon kepada yang bertanya membetulkan ejaan agar mudah untuk dibaca oleh forumer dan memberikan pandangan. Peraturan ini tercatat pada link selepas forumer mendaftar.


    Selamat Datang Ke Halaqah.Net
    FORUM ISLAM UNTUK SEMUA

    Pengenalan Ringkas
    Tarikh Penubuhan: Jumaat, 13 Ramadhan 1427 H, bersamaan  6 oktober 2006
    Objektif:
    • Medan ukhuwwah fillaah.
    • Medan da’wah
    • Medan Ilmu
    • Medan Al-Amru bil Ma’ruf wan Nahyu ‘Anil Munkar
    Selanjutnya untuk mengenali Halaqah, Halaqian digalakkan untuk meng'eksplorasi' Halaqah disamping menceduk ilmu-ilmu berguna.

    Mohon dipatuhi bahawa semua pengguna forum ini :

    Tidak dibenarkan menulis singkatan  ejaan atau menggunakan ejaan  sistem pesanan ringkas (sms) semasa berchatting Dewan Halaqian dan menulis kiriman di forum.

    Sekiranya segala peraturan di atas tidak dipatuhi, pentadbir akan memadamkan pos anda tanpa sebarang notis. Tiada sebarang kompromi. Amaran hanya diberikan sekiranya dirasakan perlu.



    Sokongan,dorongan,bantuan daripada semua Halaqian adalah diharapkan untuk memantapkan lagi Laman Halaqah.Net dan Komuniti Halaqah.Net
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14507
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile

    tiqarah

    • *
    • Posts: 3
      • View Profile
    Jawab #24 12 August, 2011, 06:01:00 AM
  • Publish Di FB
  •  :syukur: syukran ya akhti....ummi munaliza.......
    « Last Edit: 12 August, 2011, 06:30:36 AM by tiqarah »

    hairilnua

    • *
    • Posts: 1058
    • Allahuakbar....!!
      • View Profile
    Jawab #25 12 August, 2011, 07:45:16 PM
  • Publish Di FB
  • bercinta tu boleh.. boleh boleh boleh boleh....!!! seboleh bolehnye bercinta.... huahahahhaha.....
    Aku insan yg agak selambe..
    X pndai jaga hati orang..
    Suke cari pasal..

    Jangan call @ sms :  0193587327(hehehhe)
    http://hairilnua.blogspot.com
    Ada Brani?

    pencintaqasidah

    • *
    • Posts: 8
    • suka berqasidah..
      • View Profile
    Jawab #26 13 August, 2011, 03:24:18 AM
  • Publish Di FB
  •  :)

    Bercinta ...boleh...dan...tidak
    mana satu nak pilih?

    ---Pilihlah cinta Allah---




    farahiyah0394

    • *
    • Posts: 579
      • View Profile
    Jawab #27 17 August, 2011, 10:00:30 AM
  • Publish Di FB
  • :senyum:, sume orang setuju aje x boleh bcinta ek.. Aku tau, byk org hipokrit je....cakap pandai laa, bila terjadi kat diri sendiri, tengok..apa jadi..?

    :senyum:, ade benda orang xboleh buat..ada jugak yang boleh.. Sume orang cume pk negatif, zina, zina, zina,..

    Cakap couple je zina, bercinta je zina, abg angkat pun zina... Sumenye zina zina zina.. Ada sape name zina x kat cini? Nak kenal leh? :senyum:,

    Cuba la skali pk positif..pk perasaan orang bcinta, berlakon jadi orang bercinta, c.i.n.t.a k.i.t.a. Sampai bila .. :senyum:,

    Ada orang bila bercinta wat dia rasa lebih bersemangat dalam hidup, xda la duit asik kosong je akhir bulan.. Rajin bekerja, rajin, suma rajin lah..

    Ada jugak yang jenis mat-mat rempit, brutal, rock kapak ke tetibe jadi baik sbb jatuh cinta.. Sng cite, mcm2 lagi la..

    X suma org jenis xlayan cinta ni, bagus, alim,, boleh jadi, org bercinta lagi elok perangainya.. Jgn pk diri sendiri la.. Macam katak bwh tudung saji.. Tengok sekeliling.. Macam2 ragam kehidupan..

    Semua orang bile bercakap @ berpendapat macam org x bercinta @ x couple ni perfeck sangat..pelik aku..

    Malas nak cakap lebih2, nanti admin marah aku, :senyum:,

    orang yang tak pernah bercinta.. mustahil tahu apa rasa cinta..
     

    agmaahadi

    • *
    • Posts: 5
      • View Profile
    Jawab #28 17 August, 2011, 10:57:57 AM
  • Publish Di FB
  • Rasenyer x salah kalo bercinta lagipun perasaan cinta dan kasih sayang nie tuhan y wujudkn lgpn susah kita nk nafikn perasaan nie, tp walau macan mane bercintapn kena jaga adab pergaulan antara lelaki dan perepmpuan biar brlandaskn syariat.. betulkn ana kalo ana silap"
    « Last Edit: 17 August, 2011, 11:00:25 AM by agmaahadi »

    maliki

    • *
    • Posts: 608
    • LAILLAHAILLAHAH-TIADA TUHAN SELAIN ALLAH
      • View Profile
    Jawab #29 17 August, 2011, 11:59:26 AM
  • Publish Di FB
  • Rasenyer x salah kalo bercinta lagipun perasaan cinta dan kasih sayang nie tuhan y wujudkn lgpn susah kita nk nafikn perasaan nie, tp walau macan mane bercintapn kena jaga adab pergaulan antara lelaki dan perepmpuan biar brlandaskn syariat.. betulkn ana kalo ana silap"
    ramai remaja di luar yang cakap,kena bercinta dulu sebelom bernikah,nak kenal2 pasangan,hati budi bagaimana....(aalsan orang kapel)
    tapi majoriti orang yang bercinta sebelom nikah ni lah yang akan bermasalah dalam rumah tangga hingga membawa kepada penceraian..masalah itu la,maslah ini la,tak serasi la..takde kepercayaan lagi
    sebab tu islam hanya anjurkan BERCINTA SELEPAS NIKAH saje,ade hikmah dari ni semua...
    Nama diberi Ahmad Maliki.ukwah fillah senyum*
    Ape yang baik itu semuannya dari Allah taala,dan ape yang buruk itu datangnya dari kelemahan ana sendiri.Maaf.

    daisy

    • *
    • Posts: 14
      • View Profile
    Jawab #30 17 August, 2011, 12:10:01 PM
  • Publish Di FB
  • salam...

    tak perlulah rasanya, rasa cinta tu cuma sementara je..boleh pudar & hilang..
    untuk orang yang bercinta lepas kahwin pun jangan lupa doa pada Allah moga cinta tu berpanjangan hingga akhir hayat & dapat bertemu di syurga nanti..

    sebab manusia mudah jemu dengan apa yang dia miliki  :-)

    Nani Neijie

    • *
    • Posts: 2
      • View Profile
    Jawab #31 31 March, 2012, 02:58:49 AM
  • Publish Di FB
  • Assalamualaikum, kepada warga Halaqah.net semua..pertama sekali, saya ingin mengucapkan salam perkenalan kepada semua kerana ini adalah first time saya join forum dan hopefully dapat berkenalan dengan anda semua. Saya jugak nak mintak maaf andai thread ni dah ada orang bukak. Sebab saya masih mentah lagi sal forum2 ni. Saya ni pun nasib baik je jumpa tempat nak bertanya ni.

    Sebenarnya saya nak bertanya mengenai perkara "bercinta itu boleh". Saya baru je lepas baca etri Dr.Maza yang membicarakan mengenai cinta sebelum kawin. Sperti yg DR.MAZA gtau dalam entri dia, cinta itu tak salah sebab ianya fitrah manusia. Ye, yang itu saya akui nya. Cuma sy ada beberpa kekeliruan yg menyebabkan saya nak tanya la sahabat halaqian sekalian. Perasaan cinta tu tak salah. dan Dr.Maza ada katakan, yg berkongsi perasaan cinta itu boleh.

    Hurm, konteks berkongsi tu macam mana ye? Sebab ni isu sebelum kawin? Camner ye yg membolehkan kita kongsi perasaan itu dengan orang yg kita suka?Macam mana kita boleh kongsi ye? Means, memang la kalo keluar dating, pegang2 tangan peluk2 pe semua tu salah. Jadi adkah kt cni, kita boleh la gitau orang yg kita suka tu kta suka kat dia. Then CONTOHnya dia pun suka kat kita. So sebab sama2 suka, kita boleh kongsi rasa suka tu sesama. Means, selalu je bermesej, chatting. Tapi tak keluar pun, tak pernah jumpa kat luar pun. Hurm..maaf saya keliru. Jadi sebenarnya bolehlah, kalo saya nak chatting ngn dia? Gurau2 dengan dia? Selalu contact dia? Sebenarnya apa yg dimaksudkan dengan BERKONGSI perasaan cinta tu?

    Hurm, so contohnya, sebabnya saya ngn 'dia' sesama suka, jadi kami bolehla borak2 selalu? Saya terkeliru pulak dengan ada yg mengatakan bahawa, dalam syariat Islam, lelaki dan perempuan takleh nak gurau senda or ckap2 melainkan perkara2 yg berfaedah sahaja seperti mnimba ilmu ngn dia.
    Harap2, ada di kalangan sahabat2 semua, dapat bantu saya utk saya lebih memahami konteks yg sebenarnya. Adakah berkongsi cinta tu kami boleh bercinta? Dan adakah bila kami  bercinta, kami boleh kuar sesama tapi tak pegang tangan pun dan boleh mesej2, gurau2? Maaf, mungkin bunyi nya macam sopannya ckit, tapi saya hnya mahu bertanya walaupun saya tak pernah alaminya lagi. Saya cuma keliru sahaja. Mohon ada yg sudi menjelaskan
    « Last Edit: 31 March, 2012, 03:01:16 AM by Nani Neijie »

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14507
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #32 31 March, 2012, 05:22:59 AM
  • Publish Di FB

  • Hurm, konteks berkongsi tu macam mana ye? Sebab ni isu sebelum kawin? Camner ye yg membolehkan kita kongsi perasaan itu dengan orang yg kita suka?


    Jawapan persoalan cik Nani Neiji ada di sini, Re: Bolehkah Bercinta Walaupun Belum Berkahwin Lagi?

    Selamat melayari halaqahnet dan berkongsi ilmu dengan halaqian di sini.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14507
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #33 31 March, 2012, 05:30:13 AM
  • Publish Di FB
  • Untuk memudahkan kepada yang kurang mahir menjelajah halaqahnet, saya qoute beberapa huraian berkaitan cinta ini,penjelasan yang bagus untuk difahami.


    بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
    السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



    Semoga Allah melindugi kita daripada malapetaka akhir zaman!


    Ke mana pun, dimana2 pun, laman web, majallah, s.khabar istilah ini sangat mendapat perhatian terutama remaja yang sedang meningkat umur.  Apa yang menarik perhatian PAK ARAB, ada  beberapa pihak cuba menonjolkan istilah "cinta cara islam dengan ajnabi" ,  "couple cara Islam",  "dating cara islam"  , "boleh bercinta tapi jagalah batas2"     dengan memberikan syarat2 yang dibolehkan seperti mesti ada pihak ketiga, tundukkan pandangan dll.   Mengikut dakwaan mereka cara seperti ini dibenarkan bercinta dengan ajbnabi (bukan muhrim). 

    Lebih jahat lagi mereka membawa contoh kononnya Siti Khadijah bercinta dengan Nabi.   Kemudian kononnya Nabi Yusuf dan Siti Zulaikha pun bercinta.    Wal Iyazubillah!   Moga Allah lindungi kita daripada kejahatan lisan2 seperti ini.!

    Inilah malapetaka akhir zaman yang melanda Ummat Islam terutama muda-mudi remaja dan disokong pula oleh 'cerdik pandai agama" yang tersesat jalan. Mereka sanggup gunakan apa saja alasan nafsu dan iblis untuk membernarkan perbuatan2 keji dan mungkar. Sehingga mereka bawa contoh2 yang mencemarkan nama Nabi dan orang2 yang soleh.

    Dalam HALAQAH ini, sudahpun di huraikan masalah cinta dan 'couple' sebelum ini.  Bagaimana cinta hakikatnya dari Allah yang dimasukkan kedalam hati makhluk  yang dijadikanNya.   Bagaimana sepatutnya seseorang yang didatangi perasaan ini mengambil langkah2 sepatutnya agar tidak termasuk didalam perangkap Iblis dan nafsu.  Sila rujuk huraian2 tersebut.   

    Janganlah kita terpengaruh dengan dakyah2 Iblis dan nafsu yang disebarkan oleh mereka2 yang bertopengkan manusia sedangkan mereka itu penolong2 syiatan.!!!



    ﴿يـأَيُّهَا النَّاسُ كُلُواْ مِمَّا فِى الاٌّرْضِ حَلَـلاً طَيِّباً وَلاَ تَتَّبِعُواْ خُطُوَتِ الشَّيْطَـنِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ

    Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. 
    ( Al-Baqarah :168)


    untuk bacaan lanjut  boleh rujuk sini :

    Re: Cinta terhalang akibat jarak dan status


    Wallahu A'lam



    بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
    السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


    Semoga Allah menunjukki kita jalan kebenaran. Semoga kita sentiasa didalam limpahan Nur RahmatNya.  Semoga Kita tidak mati melainkan didalam Iman dan Islam.

    Ini satu lagi siri kisah cinta insan.....! 


    Allah Ta'ala menjadikan sekalian makhluk dari sifat kasihNya (cintaNya).  Dan dia juga mencampakkan sifat kasih, cinta ini kedalam hati insan-insan ini.......  Agar dengan sifat kasih,cinta  ini insan dapat hidup aman damai.   

    Allah Ta'ala menjadikan sifat ingin mencintai antara lelaki dan wanita TETAPI pada masa yang sama Dia menentukan cara supaya kasih dan cinta yang terjalin melalui cara yang halal dan diredhai Allah agar ianya terbeza dengan haiwan.   

    Kita perlu bezakan antara 'jatuh hati' atau 'jatuh cinta' kepada seseorang dengan perbuatan 'bercinta' yang dilakukan oleh mereka2 yang terkena hasutan syaitan.   'Jatuh hati' atau 'jatuh cinta' adalah sesuatu diluar kawalan seseorang.  Ianya berlaku mungkin disebabkan banyak faktor ;  Seperti melihat akhlak yang menyenangkan atau kerana kehalusan budi dsb.

    Contoh yang terbaik adalah adalah peristiwa yang berlaku keatas Siti Khadijah رضى الله عنها  yang jatuh hati dengan akhlaq junjungan besar Rasulullah صلى الله عليه وسلم.  Iaitu keadaan yang berlaku secara semulajadi didalam hati tanpa dipaksakan.  Ini yang dinamakan naluri insan yang dijadikan oleh Allah Ta'ala yang harus berlaku atas setiap insan yang 'normal' keadaan zahir batinnya.  Maka segeralah beliau menghantar wakilnya untuk menyampaikan hajat hati beliau kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم. 

    Sementara perbuatan 'bercinta' seperti yang dilakukan oleh remaja2 zaman ini yang terkenal dengan berbagai istilah 'couple' , berdua-duan, 'dating' , makan minum bersama, berbual2 melalui telefon, sms, email dengan ungakpan2 cinta dan seumpamanya adalah daripada dorongan nafsu kejahatan dan hasutan syaitan ternyata HARAMNYA.

    Dengan demikian sebaik-baiknya bagi seseorang lelaki yang jatuh hati pada seorang wanita,  dan ingin menjadikan dia isterinya hendaklah solat hajat dan istikharah memohon petunjuk Allah Ta'ala samada pilihannya itu baik baginya.  Setelah membuat istikharah 3 hari turut2, jika jawapan yang didapatinya 'ya' maka hendaklah memaklumkan kepada ibubapanya tentang hajat hatinya supaya mereka menguruskan pinangan kepada wanita tersebut.

    JANGAN sekali2 lanjutkan rasa hati dengan perbuatan bercinta yang diharamkan oleh Allah dan RasulNya.  Kerana perbuatan berkasih sayang dan bercinta2 ini akan membawa kerosakan pada diri dan bakal zuriat yang akan dilahirkan.


    وَلاَ تَقْرَبُواْ الزِّنَى إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَآءَ سَبِيلاً

    Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). 
    ( Al-Isra 32
    )


    Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم,

    "Zina mata dengan melihat, kedua telinga zinanya mendengar, lidah zinanya bercakap, tangan zinanya berpegangan, kaki zinanya melangkah dan hati yang berhasrat, membayangi,dan berharap. Semua itu dibenarkan  oleh kemaluan atau digagalkannya." (HR Bukhari).


    PAK ARAB selalu pesan pada diri sendiri dan pada sahabat, anak2 semua :

    Benih yang baik dan bersih akan menghasilkan pohon yang subur dan buah yang baik.
    Benih yang kering dan rosak akan menghasilkan pohon yang kering kontang dan buah yang busuk.

    Wallahu A'lam.


    farahiyah0394

    • *
    • Posts: 579
      • View Profile
    Jawab #34 31 March, 2012, 12:23:45 PM
  • Publish Di FB
  • bagaimana pula yang bertunang.. berta'aruf.. tapi dalam pada masa yang sama terjatuh cinta???

    musykil.. ye la.. soal hati kadang-kadang tak boleh dibendung.. mula-mula berhajatkan ta'aruf.. tapi jadi ter'cinta' pula...

    qalamm

    • *
    • Posts: 203
    • bersatu hati dan jiwa keranaMU..
      • View Profile
    Jawab #35 31 March, 2012, 01:24:34 PM
  • Publish Di FB
  • Soal Hati..ter..kadangkala tidak boleh di kawal...
    tertaaruf...tercinta....terkecewa..tersiksa...atau..tersengaja..
    tersilap..tersedar..lepas tu janganlah tercari2...jangan terulang lagi..
    janganlah termula lagi..apapun semua itu adalah kenangan terindah..
    yang akan sentiasa terabadi dalam diari kehidupan..

    Cik fara..faham ke tak ni???...kalau tak faham...tak perlulah
    difahamkan sebabnya memang teramat susah untuk faham
    dan sayapun teragak agak nak fahamkan semua ni..okaja*
    cinta ini biar sampai syurga...

    Ummu Fatimah

    • *
    • Posts: 2264
      • View Profile
    Jawab #36 31 March, 2012, 03:04:12 PM
  • Publish Di FB
  • bagaimana pula yang bertunang.. berta'aruf.. tapi dalam pada masa yang sama terjatuh cinta???

    musykil.. ye la.. soal hati kadang-kadang tak boleh dibendung.. mula-mula berhajatkan ta'aruf.. tapi jadi ter'cinta' pula...

    Sebabtu, mencegah lebih baik dari mengubati..

    Taaruf (merisik: ada campur tangan orang tua) > bertunang ( dirahsiakan: tempoh sekejap je) > bernikah (dihebahkan, walimah walaupun dengan seekor kambing: ikut kemampuan)

    islam itu mudah.. Moga dipermudahkan segala urusan.
    zaujah n aliah yusri.. ummu yusuf ramadhan & nur fatimah mujahidah..

    keMuNcUpp

    • *
    • Posts: 884
      • View Profile
    Jawab #37 31 March, 2012, 03:10:18 PM
  • Publish Di FB
  • bagaimana pula yang bertunang.. berta'aruf.. tapi dalam pada masa yang sama terjatuh cinta???

    musykil.. ye la.. soal hati kadang-kadang tak boleh dibendung.. mula-mula berhajatkan ta'aruf.. tapi jadi ter'cinta' pula...

    Sebabtu, mencegah lebih baik dari mengubati..

    Taaruf (merisik: ada campur tangan orang tua) > bertunang ( dirahsiakan: tempoh sekejap je) > bernikah (dihebahkan, walimah walaupun dengan seekor kambing: ikut kemampuan)

    islam itu mudah.. Moga dipermudahkan segala urusan.

    yang kes bertunang sejam/sehari je dari tempoh akad nikah lagu mana tu ummu?
    ♥♫•¸.•´¯`•.♥¸•´¯`•.♥•´¯`•.♥•♪♫​♥¸•´¯`•.♥•´¯`•.♥•♪♫ ♥♫•¸.•´¯`•.♥¸•´¯`•.♥•´¯`•.♥•♪♫​♥¸•´¯`•.♥•´¯`•.♥•♪♫
    CatcH Me If U CaN...LoVe Me If U WaNt...HaTe Me IF U DarE...Hidup ini indah jika Ukhwah Fillah Ila Jannah ++++++

    Ummu Fatimah

    • *
    • Posts: 2264
      • View Profile
    Jawab #38 31 March, 2012, 03:30:14 PM
  • Publish Di FB
  • bagaimana pula yang bertunang.. berta'aruf.. tapi dalam pada masa yang sama terjatuh cinta???

    musykil.. ye la.. soal hati kadang-kadang tak boleh dibendung.. mula-mula berhajatkan ta'aruf.. tapi jadi ter'cinta' pula...

    Sebabtu, mencegah lebih baik dari mengubati..

    Taaruf (merisik: ada campur tangan orang tua) > bertunang ( dirahsiakan: tempoh sekejap je) > bernikah (dihebahkan, walimah walaupun dengan seekor kambing: ikut kemampuan)

    islam itu mudah.. Moga dipermudahkan segala urusan.

    yang kes bertunang sejam/sehari je dari tempoh akad nikah lagu mana tu ummu?

    takpelah dia nak buat sekejap sejam ke sehari ke.. Tapi sefaham saya, sebenarnya mereka dah tetapkan hari dan dah berkenalan lebih awal dari tarikh yang diumumkan sebagai hari pertunangan tu.. Setakat ni belum lagi jumpa pasangan yang buh tarikh tunang sama dengan tarikh nikah tu berkenalan pada hari yang sama.. Cupp pernah jumpa tak?

    Ada juga ahli keluarga yang bertunang dan bernikah hari yang sama.. Tapi perbincangan dah dibuat masa hari merisik. Tujuan bertunang dan bernikah hari yang sama supaya tak memenatkan buat 2 majlis.. Lebih lagi keluarga 2 pihak bukan berdekatan..

    Entah.. Rasanya takda masalah bertunang sejam pun..

    Ummu Fatimah

    • *
    • Posts: 2264
      • View Profile
    Jawab #39 31 March, 2012, 03:37:23 PM
  • Publish Di FB
  • Sebagai contohnya..

    Adik saya berkenan dengan rakan kuliahnya.. Jadi, dia pun tunjukkanlah si gadis tu pada keluarga.. Ibu tiri, abah dan kami adikberadik sekaliakn.. Kami pun suke lah juga dengan pilihannya.. Tapi, nun jauh di terengganu..

    Maka, abah pun persiapkanlah rombongan merisik.. Nak kenal keluarga pihak perempuan. Memandangkan jauh dari kami dari selangor, abah terus je bincang tarikh nikah.. Tapi pihak perempuan nak rasa gak tempoh bertunang.. Jadi, persetujuan 2 pihak, bertunang waktu pagi, nikah pas zohor..

    Set hantaran masa bertunang pagi je.. Masa nikah, bawa mas khawin je..

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    95 Replies
    17532 Views
    Last post 15 June, 2012, 10:48:37 AM
    by NurFurqan
    14 Replies
    3957 Views
    Last post 21 October, 2010, 09:56:26 PM
    by Zach
    5 Replies
    9445 Views
    Last post 19 October, 2012, 09:59:14 PM
    by Ana Tholibah