Jangan Buka Aib Orang, Jangan Dedah Aib Sendiri

*

Author Topic: Jangan Buka Aib Orang, Jangan Dedah Aib Sendiri  (Read 45257 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Reply #20 23 December, 2008, 08:24:34 PM
  • Publish
  • Bagus pembuka thread,
    satu perbincangan yang boleh di analisis dan di perhalusi akan tajuk yang di bentangkan.. .

    zaman sekarang dengan kemudahan ICT bahkan Internet sebagai pemangkin untuk memberi laluan ke aiban org dan diri sendiri dipertontonkan oleh org lain.. how she/he can make it like that? errrmm...

    Don`t hipokrit dengan mengatakan " oh, aku tak kan buat mende nie" but dengan keadaan yang kita tidak tahu akan punca, sure akan terjerumus dengan kancah "Membuka Ke aiban" itu...

    maaf jika penulisan saya tidak di fahami.. salam ukhwah.. wasalam..

    Reply #21 23 January, 2009, 12:54:07 PM
  • Publish
  • salam....
    islam itu indah
    islam itu adil... :aamiin:

    Reply #22 23 January, 2009, 01:07:30 PM
  • Publish
  • Yah, skarang ni tlalu ramai sgt org suka mencari kesalahan org lain, x kira la politik ke, hiburan ke...
    alhamdulillah

    Reply #23 26 January, 2009, 06:09:45 PM
  • Publish
  • al-Insan mahal al-Khatha' wa al-Nisyan.....manusia adalah tempat kesalahan dan kealpaan....jadi manusia pasti ada aib....sehebat manapun ia, pasti ada kekurangan, maka dari itu, janganlah ia membuka aib orang lain, karena jangan lupa dia juga ada aib bagi dirinya sendiri....

    ليس الفتى يقول هو أبي لكن الفتى يقول هذا أنا

    Reading to live - Flaubert ..... Say No to Intellectual Barbarism!
    ---Raden Kiai Mooksy---

    Reply #24 01 February, 2009, 08:50:49 PM
  • Publish
  • "Jika kita membuka aib orang ,
    suatu hari nanti Allah akan buka aib kita."
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Reply #25 01 February, 2009, 09:15:35 PM
  • Publish
  • inilah penyakit dari kalangan kita harini,
    dimana2 sifat mcm ni dah jd prkara biasa,
    tanpa ada perasaan takut dan boleh berbangga bila aibkan
    sesama manusia ...
    Adakah anda tahu hubungan antara 2 biji mata anda? Mereka berkedip bersama, bergerak bersama, menangis bersama, melihat bersama dan tidur bersama meskipun mereka tidak pernah melihat antara satu sama lain... perhubungan seharusnya seperti itu... kehidupan bagai neraka tanpa kawan...

    Reply #26 15 March, 2009, 07:31:50 PM
  • Publish
  • slm,

    bg sy, it is better kita amek pendekatan "ukur baju di badan sendiri"..
    sblm mengata, komen etc pada org len..

    by the way, kita manusia mmg lemah..x kan terlepas dari melakukan kesilapan..


    p/s: jum sama2 perbaiki diri..
    "it is not about 'money'..it is about sending a message"

    Reply #27 01 April, 2009, 10:23:23 PM
  • Publish
  • Salah satu cara manusia mendedahkan aib org adalah dgn mengumpat. Mengumpat bermaksud mencela, atau memburuk-burukkan orang lain ataupun menyiarkan kesalahan dan aib orang lain di belakangnya. Selalunya perkara ini dihubungkaitkan dengan kaum wanita, yang mana mungkin disebabkan perangai kaum wanita yang gemar atau suka bercakap atau berbual-bual. Walaupun begitu kaum lelaki juga sering terlibat dalam perkara ini.

    Ada sesetengah orang beranggapan bahawa tidak dikatakan mengumpat, sekiranya apa yang dikatakan itu memang benar. Hal ini sebenarnya tidak tepat sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bermaksud:

    Daripada Abu Hurairah berkata: “Katakan wahai Rasulullah apakah mengumpat itu?” Baginda bersabda: “(Mengumpat) adalah kamu menyebutkan tentang saudaramu sesuatu yang dibenci”. Dia bertanya: “Beritahukanlah kalau pada dirinya terdapat apa yang aku katakan, maka kamu telah mengumpatnya dan kalau pada dirinya tidak terdapat apa yang kamu katakan, maka kamu telah membohonginya dengan dusta yang besar.”
     
    Tabiat atau penyakit mengumpat ini perlu dihindarkan kerana orang yang mengumpat itu terdedah kepada kemurkaan dan seksa Allah.
     
    Larangan perbuatan ini amat jelas sebagaiman firman Allah:“Janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain...”(Surah al-Hujarât:12)

    Sementara balasan atau akibat daripada perbuatan mengumpat ini amat jelas sebagaimana hadis riwayat Abu Daud yang kira-kira bermaksud:

    Pada malam aku di Isra’kan, aku melalui suatu kaum yang mencakar-cakar muka dengan kuku-kukunya sendiri, maka aku berkata: “Hai Jibril, siapa mereka ini?” Jawab Jibril: “Mereka ini adalah orang-orang yang suka mengumpat orang banyak dan mereka yang suka menjaga tepi kain orang.”

    Menurut riwayat yang lain bahawa mengumpat itu lebih dahsyat daripada melakukan zina, kerana orang yang berzina itu boleh bertaubat, sedangkan orang yang mengumpat, tidak akan diampunkan selama mana dia tidak diampunkan oleh orang yang telah diumpatnya tadi.
     
    Perlu disedari bahawa mengumpat itu boleh menghapuskan kebajikan dan amal salih  orang yang mengumpat kerana pahala dan amal salihnya akan diambil dan diberikan kepada orang yang diumpat. Jika habis kebajikannya, maka diambil kejahatan orang yang diumpat itu dan ditanggungkan kejahatan itu ke atasnya dan ditulis di dalam rekodnya.
     
    Jadi seseorang itu hendaklah sentiasa melihat aib diri sendiri dan berusaha membersihkan dan merasa malu mencela orang lain, dikhuatiri dirinya sendiri mempunyai aib seperti orang itu atau mungkin lebih dahsyat lagi.
     
    Hendaklah seseorang itu mencari punca yang membawanya mengumpat, supaya dia dapat membuang penyakit mengumpat itu daripada dirinya, dan wajiblah orang yang mengumpat itu bersegera bertaubat dan hendaklah juga dia bersegera meminta maaf daripada orang yang diumpatnya itu.
     
    Di dalam sebuah hadis shahîh yang bermaksud: “Adalah datang perintah minta halalkan daripada perkara kezaliman yang telah dilakukan ke atas seseorang, sebelum tiba pada hari tiada berguna wang ringgit, emas dan perak, hanya di sana ditukar ganti, kebajikan dan pahala orang zalim itu diambil dan dibayar kepada orang yang kena zalim itu dan kejahatan dan dosa orang yang kena zalim itu dilonggokkan ke atas tengkuk orang zalim itu.”
     
    Oleh itu orang orang Islam digesa meminta maaf dari sekarang. Akan tetapi bagi orang yang tidak dapat dicari atau orang yang sudah meninggal, sayugialah banyak-banyak meminta ampun baginya dan mendoakannya   dengan rahmat, keampunan dan belas kesihan daripada Allah Subhanahu wata’ala jua.
     
    Begitu juga jauhi diri daripada bersifat tajassus atau mengintip serta mencari-cari keaiban dan keburukan orang lain yang tersembunyi sebagaimana firman  Allah: “Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban  orang.”(Surah al-Hujarât:12)
     
    Sabda Rasulullah Sallallahu ’alaihi wasallam yang bermaksud: “Wahai golongan yang beriman dengan lisannya, tetapi tidak beriman dengan hatinya. Janganlah kamu mengumpat kaum Muslimin dan janganlah mengintip keaiban mereka, maka barang siapa yang mengintip keaiban saudaranya, nescaya Allah akan mengintip keaibannya dan siapa yang diintip Allah akan keaibannya maka Allah akan membuka keaibannya walaupun dirahasiakan di lobang kenderaannya.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

    Kita sepatutnya menutup aib sesama Muslim dan berhenti daripada menyebut-nyebut serta menyiarkannya, sebagaimana firman Allah: “Sesungguhnya orang-orang yang suka menghebah (menyiarkan) tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat.” (Surah an-Nûr:19)
     
    Sabda Rasulullah Sallallhu ’alaihi wasallam lagi yang bermaksud:“Barang siapa menutup aib seseorang Islam, maka Allah akan tutupkan aibnya di dunia dan di akhirat. (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

    Tidaklah seseorang itu banyak bercakap akan aib orang lain, menyebutkan kesalahan dan mendedahkan aib mereka melainkan orang itu orang munafiq yang terhina.
     
    Jadi adalah wajib bagi setiap Muslim, menutup aib saudaranya dan malah hendaklah menasihatkan secara sulit, lemah lembut dan penuh hikmah kerana bimbang saudaranya itu akan ditimpa celaka dengan sebab perbuatannya itu.




    btol ker mengumpat itu dibolehkan tetapi untuk sebagai iktibar jer..

    Reply #28 02 April, 2009, 01:08:04 AM
  • Publish
  • betul2.......
    kita kena le elakkan benda2 mcm nie........
    jgn buka aib org n buka aib sendiri.............
    nanti boleh membawa mslh..........

    Reply #29 02 April, 2009, 02:22:42 AM
  • Publish
  • يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَأٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ
    “Wahai orang-orang yang beriman!  Jika datang kepada kamu seorang yang fasik membawa sesuatu berita,  maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya,  supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.”  [Al-Hujuraat: 6].
    [Tafsir PIMPINAN AR-RAHMAN kepada Pengertian Al-Qur’an, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri,  Kuala Lumpur, 1995, Cetakan ke-6, hal. 1384].

    .

    Reply #30 02 April, 2009, 02:25:29 AM
  • Publish
  • Dari Abdullah r.a. katanya:  Datang seorang laki-laki kepada Nabi s.a.w. mengadukan halnya kepada baginda katanya: Ya Rasululullah!  Sebenarnya aku telah bertemu dengan seorang perempuan di pinggir kota Madinah dan aku telah berbuat kepadanya selain dari bersetubuh;  maka inilah aku, dan hukumlah menerut kehendakmu;  lalu Umar berkata sesungguhnya Tuhan tidak akan menghukummu, kalau anda tutup rahsiamu;  kata Abdullah lagi Nabi diam tidak menjawab sepatahpun.   Kemudian pergilah laki-laki itu,  dan Nabi menyuruh seorang lelaki lain mengekorinya sambil membacakan ayat ini:  Dirikanlah sembahyang pagi dan petang dan sebahagian dari malam, kerana kebaikan-kebaikan itu menghilangkan dosa-dosa ,  demikian peringatan untuk orang yang sedar.   Bertanya seorang di antara hadirin, ya Nabi Allah! Apakah Ayat ini khusus untuk laki-laki itu sendiri?    Jawab baginda bahkan untuk seluruh manusia.".
    [H.A. Razak dan H. Rais Lathief,  "Terjemahan Hadis SAHIH MUSLIM,  Jilid 3, Pustaka Al-Husna,  Jakarta, Indonesia, 1980, halaman 257 - 258.]

    Quote
    "Dan dirikanlah shalat itu pada kedua tepi siang )pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam,  sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk;  itulah peringatan bagi orang-orang yang mau inagt." [Surah Hud: 114].

    Dalam suatu riwayat dikemukakan bahawa seorang laki-laki setelah mencium seorang wanita,  datang menghadap kepada Rasulullah s.a.w. menerangkan peristiwa itu.  Maka Allah ayat ini (S. 11 : 114) yang menegaskan kejahatan itu dapat diampuni Allah dengan melaksanakan shalat 5 waktu.  Kemudian orang itu berkata:  "Apakah ini hanya berlaku bagi orang sekarang saja?".  Nabi menjawab: "Untuk semua ummatku."
    [Diriwayatkan oleh as-Syaikhani dari Ibnu Mas'ud.]

    Dalam riwayat lain dikemukakan Abil Yasar kedatangan seorang wanita yang membeli kurma.   Ia berkata:  "Di rumahku ada kurma yang lebih baik dari ini." .  Maka masuklah wanita itu bersamanya dan ia rangkul wanita itu serta menciumnya.   Setelah itu ia menghadap kepada Rasulullah s.a.w.  menerangkan kejadian tersebut.   Bersabdalah Rasulullah s.a.w.; "Beginikah engkau bila dititipi seorang isteri oleh suaminya yang sedang berperang?".   Lama sekali Abil Yasar menundukkan kepalanya .  Berkenaan dengan peristiwa itu turunlah ayat itu (S. 11 : 114) yang memerintahkan untuk medirikan shalat 5 waktu, kerana perbuatan yang baik dapat menghapus yang tidak baik.
    [Diriwayatkan oleh at-Tarmidzi dan lainnya yang bersumber dari Abil Yasar.]
    [[KH Qamaruddin, HAA Dahlan, dan Dr. MD. Dahlan, "Asbabun Nuzul", Diponegoro, Bandung, 1985, Cit, 5, hal. 272 - 273.]

    Reply #31 02 April, 2009, 04:24:16 AM
  • Publish
  • janagn bukak aib orang klau x allah swt tidak akn
    menutup aibnye di akhirat kelak,..

    na'uzubillah,..


    betol tu..tutupla keaiban saudara kita sesunggunhNya Allah akan menutup keabaibannya
    kalau kita buka keabain saudara insyaALLAH akan di buka keabaian kita sama ada dunia ataupun akhirat
    nauzubillah..sama-sama la ingati diri masing-masing
    "Agama buat kehidupan di akhirat, Harta buat kehidupan di dunia.Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati..TETAPI orang yang tidak beragama akan merasa lebih sengsara"..ISLAM dinni fiddunya walakhirat

    Reply #32 02 April, 2009, 07:40:04 AM
  • Publish
  • Ya Allah ampunilah dosa2 ku yg lalu..
    tp kan mcm mne nak hadapi org yg jenis buka aib org..
    kdg2 diorg nak jatuhkn maruah kite...

    hrp dpt dibantu

    Reply #33 02 April, 2009, 10:34:35 AM
  • Publish
  •  :)

    bagaimana dgn buka aib sendiri???
    tolong jelaskan..kenapa tak boleh dedahkan aib sendiri..
    tak beberapa jelas....
     tolooong

    Reply #34 02 April, 2009, 05:17:52 PM
  • Publish
  • hmm..
    ALLAH maha sempurna..
    memiliki sifat maha melindungi aib para hamba nya..
    kenapa kita nak bukak aib org..
    diri sndiri blum smpurna..
    mengapa nak mengadu aib kita kepada org..
    mengadulah pada ALLAH..
    kerana ALLAH MAHA MENYIMPAN RAHSIA..
    "Al-haqqu bila nizom yaghlibuhul-baatil binnizom"
    Maksudnya: "Sesuatu kebenaran yang tidak sistematik akan dikalahkan oleh kebatilan yang sistematik dan terancang."
    http://Http://cahayarabbani.blogspot.com
    http://Http://islamicmoviecollection.blogspot.com
    assiddiq@ymail.com

    Reply #35 02 April, 2009, 05:53:24 PM
  • Publish
  • :)

    bagaimana dgn buka aib sendiri???
    tolong jelaskan..kenapa tak boleh dedahkan aib sendiri..
    tak beberapa jelas....
     tolooong

    Hadis ini:

    Dari Abdullah r.a. katanya:  Datang seorang laki-laki kepada Nabi s.a.w. mengadukan halnya kepada baginda katanya: Ya Rasululullah!  Sebenarnya aku telah bertemu dengan seorang perempuan di pinggir kota Madinah dan aku telah berbuat kepadanya selain dari bersetubuh;  maka inilah aku, dan hukumlah menerut kehendakmu;  lalu Umar berkata sesungguhnya Tuhan tidak akan menghukummu, kalau anda tutup rahsiamu;  kata Abdullah lagi Nabi diam tidak menjawab sepatahpun.   Kemudian pergilah laki-laki itu,  dan Nabi menyuruh seorang lelaki lain mengekorinya sambil membacakan ayat ini:  Dirikanlah sembahyang pagi dan petang dan sebahagian dari malam, kerana kebaikan-kebaikan itu menghilangkan dosa-dosa ,  demikian peringatan untuk orang yang sedar.   Bertanya seorang di antara hadirin, ya Nabi Allah! Apakah Ayat ini khusus untuk laki-laki itu sendiri?    Jawab baginda bahkan untuk seluruh manusia.".
    [H.A. Razak dan H. Rais Lathief,  "Terjemahan Hadis SAHIH MUSLIM,  Jilid 3, Pustaka Al-Husna,  Jakarta, Indonesia, 1980, halaman 257 - 258.]

    Allah murka kepada orang yang menceritakan hal keaiban dirinya sendiri.

    .
    « Last Edit: 08 April, 2009, 10:44:33 PM by Asabakri »

    Reply #36 20 April, 2009, 11:47:19 AM
  • Publish
  • Assalamua'laikum...

    jgn kita buka aib orang...
    perbuatan itu menunjukkan kita adalah manusia yang mempunyai perbuatan yang buruk...
    peliharalah diri kita sendiri....
    renungan: Siapa yang menutup aib orang ALLAH akan menutup aibnya....
    cintai saudaramu mendekati sunah dan suruhan
    rasulmu dan ALLAH
    cintai rasulmu mendekati mu kepada ALLAH...
    cintai ALLAH mendekati kamu dengan keredhaanNYA...

    Reply #37 22 April, 2009, 05:27:26 PM
  • Publish
  •  :)

    macam mana dengan saya yg di kelilingi kawan yg suka bergosip????
    bla saya elak dorang cakap saya sombong,blagak baik....
    semalam adalah sejarah,hari ini adalah kenangan dan esok pula penentuan..



    http://fatihah-realitidanfantasi.blogspot.com

    Reply #38 01 May, 2009, 09:32:53 AM
  • Publish
  • assalamualaikum..
    pasal tajuk kat atas ni...sy pernah alami..iaitu jiran betul2 sebelah rumah sy...sy baru pindah ke rumah baru..kebetulan pula dia pindah sebelah rumah sy selang 3bulan selepas sy pindah..mula2 saya kenali dia..memang saya ingat dia baik tidak suka mengumpat orang..pada masa itu dia masih sarat mengandung..selepas dia bersalin..dia mula menunjukkan perangai sebenar dia..masyaALLAH...saya terkejut sebab saya memang tidak suka mendengar keaiban dan melihat org..yang penting sy jaga keharmonian dan kebahagiaan rumah tangga saya.jiran sy menceritakan keaiban jiran lain kepada saya..saya tidak layan..tidak lama kemudian dia menceritakan keaiban dia sebelum kahwin dan selepas kahwin kepada sy..dia megah dengan keadaan dia dahulu..duit sentiasa banyak,ramai sponser,dia ramai kawan lelaki..dia x sedar dia mengandung..setelah 6bulan mengandung baru dia tahu..tapi dia msh aktif dengan perangai lama..dia kata dia kerap 'clubbing'..sy cuma diam shaja dengar  apa yg dia ceritakan..dia menceritakan dia menyesal berkahwin dengan lelaki yang langsung x ada harta(rumah,kereta&x capai keinginanny).dia kata sepatutnya dia berkahwin dengan org ada harta..bg kesenangan hidupny.dia menunjukkan reaksi irihati dengan rezeki allah berikan kepada saya.sy hanya berdiam sahaja..kemudian dia bercerita tentang kebencian dia terhdap suaminya di sebabkan suaminya punyai perempuan lain..dia megah dia maki hamun suaminya tanpa beri peluang berbincang..suami nak pulang jenguk anak pun dia x bagi..sy cuba nasihat tinggal bersama suami utk tahu yg sebenarnya apa yg berlaku..tp dia x mahu terima..semenjak itu,sy mula elakkn diri..x mahu dengar keaiban dia,dan cerita keaiban jiran dr mulutnya..tpi,bila sy elakkn diri..dia menceritakn keaibn@keburukn sy kepada kawanny..sampai sy hilang sabar mendengarny..sy maki sepuasny..sebab sy x pernah cerita keaibn dia pd org lain..sy tahu jika org tau kisah hidupnya..dia akan malu..sehingga sekarangdia masih lg bersikap macam tu..tp saya pelik kenapa org mcm sukar bertaubat?

    Reply #39 01 May, 2009, 09:53:52 AM
  • Publish
  • saya nk tnya pendapat..perlukah sy terus berkawn dengan jiran mcm tu..jika sy teruskan..bertambahlh dosa telinga saya...beri cadangan terbaik .sy memang sudah tidak bertegur sapa..sebab tak tahan perangai dia..sy takut klo baik dengan dia..bertambah2 kemarahan sy terhadap dia..terus je saya lempang cukup2.sbb sy tak suka org mcm tu..

    divider3
    halaqahforum4