Hukum Tidak Membaca Doa Qunut?

Author Topic: Hukum Tidak Membaca Doa Qunut?  (Read 27187 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

mooks

  • *
  • Posts: 801
    • View Profile
Jawab #20 09 January, 2010, 06:37:53 PM
  • Publish Di FB
  • :)
    maaf mungkin lari sikit daripada tajuk
    tapi boleh tak sesiapa sahaja
    beritahu saya lafaz niat untuk solat jemaah

    Kat niat tu tambah kata2 makmuman (مأموما) bagi makmum....kalau Imam tak de kata imaman (إماما) pun tak pe...tak membatalkan solat....kalau makmum kene ada...

    selepas menyebut solat fardhu atau 4 rakaat?
    maksud saya
    selepas menyebut fardhu asri atau arba'a rakaatin?

    Oh kalau itu secara bahasa saja...jadi biasanya seperti ini "أصلي فرض الصبح ركعتين مأموما لله تعالى"

    Bisa juga "أصلي فرض الصبح ركعتين لله تعالى مأموما"...

    Kalau "أصلي فرض الصبح مأموما ركعتين لله تعالى" pun ok jer asalkan tujuan mengakhirkan kata dua rakaat itu bertujuan menjadi hal atau naz'u al-Khafidl dalam bahasa Arab yang dihubungkan dengan fardha al-Subhi tersebut...

    Dan perlu saudari tau maslaah niat ini yang dihitung adalah apa yang ada dalam hati...jadi bukan pelafazan lisan...karena niat lisan itu hanya sunnah yang tidak menentukan nasib rukun solat yang pertama yaitu niat...

    ليس الفتى يقول هو أبي لكن الفتى يقول هذا أنا

    Reading to live - Flaubert ..... Say No to Intellectual Barbarism!
    ---Raden Kiai Mooksy---

    assiddiq

    • *
    • Posts: 4596
    • "Dengan Kehendak dan KuasaNya"
      • View Profile
    Jawab #21 09 January, 2010, 09:39:05 PM
  • Publish Di FB
  • Mereka (Ulama) mengatakan bahawa jika sesorang itu meninggalkan qunut itu maka solatnya tidaklah batal tetapi(sunat) sujud sahwi,sama ada dia meninggalkan qunut itu secara sengaja ataupun lupa. Tempat qunut itu ialah selepas bangkit dari ruku` pada rakaat yang kedua pada solat subuh. Jika sesorang itu melakukan qunut sebelum ruku` qunut itu tidaklah dikira mengikut pendapat yg sahih.

    Kata Imam Nawawi R.A: Ketahuilah bahawa membaca qunut itu disyariatkan di sisi kita dalam solat subuh. Ia adalah sunat muakkad. Ini berdasarkan kepada satu riwayat daripada Saidina Anas Bin Malik R.A :
    "Sentiasalah Rasulullah S.A.W membaca qunut di dalam solat Subuh sehinggalah Baginda S.A.W. Wafat."
    [ Diriwayat oleh Imam Ahmad dalam Musnad beliau, juz 3 m/s 162, Syeikh Abdul Razzaq dalam Musonnaf beliau, juz 3 m/s 110, Ad-Daruquthni dalam Sunan beliau, juz 2 m/s 39, disebutkan oleh AL-Haitsami dalam Majma` Az-Zawaid, Juz 2 m/s 39, al-Hakim dalam al-Arbain dan beliau berkata: Hadis ini adalah sahih dan kesemua perawinya adalah tsiqah ]

    Rujukan Fatwa Syeikh Ali Jumaah(Mufti Republik Arab Mesir)
    "Al-haqqu bila nizom yaghlibuhul-baatil binnizom"
    Maksudnya: "Sesuatu kebenaran yang tidak sistematik akan dikalahkan oleh kebatilan yang sistematik dan terancang."
    http://Http://cahayarabbani.blogspot.com
    http://Http://islamicmoviecollection.blogspot.com
    assiddiq@ymail.com

    Iss

    • *
    • Posts: 11
      • View Profile
    Jawab #22 26 January, 2010, 11:49:47 AM
  • Publish Di FB
  • Assallammuallaikum,
    Bagaimanakah seseorang itu ingin mendirikan sholat Qada Subuh?

    nilabiru

    • *
    • Posts: 338
      • View Profile
    Jawab #23 26 January, 2010, 12:18:39 PM
  • Publish Di FB
  • Assallammuallaikum,
    Bagaimanakah seseorang itu ingin mendirikan sholat Qada Subuh?
    w'salam..
    Qadha lah solat subuh tersebut bila2 masa sahaja cuma yg penting time niat perlulah disertakan perkataan "qadha"
    contoh: "sahaja aku solat fardu suboh 2 rakaat qadha kerana Allah taala"
    wallahua'lam.

    012nurul

    • *
    • Posts: 69
      • View Profile
    Jawab #24 23 June, 2010, 09:30:36 AM
  • Publish Di FB
  • saya susah .. nak hafal doa qunut ,,, disebab kan itu saya ragu 2 nak solat subuh ,,,, tapi sekarang hati saya dah t erbuka untuk solat subuh cuma saya belum hafal nya sampai sekranag susah nak menghafal .. tak tahu nape,,, emmmm itu lah apa lah saya nak buat niii... saya takut... ALLAH tak terima solat saya ,,, selama nya saya solat tak pernah cukup 5

    florafauna

    • *
    • Posts: 494
      • View Profile
    Jawab #25 23 June, 2010, 10:05:35 AM
  • Publish Di FB
  • saya susah .. nak hafal doa qunut ,,, disebab kan itu saya ragu 2 nak solat subuh ,,,, tapi sekarang hati saya dah t erbuka untuk solat subuh cuma saya belum hafal nya sampai sekranag susah nak menghafal .. tak tahu nape,,, emmmm itu lah apa lah saya nak buat niii... saya takut... ALLAH tak terima solat saya ,,, selama nya saya solat tak pernah cukup 5


    salam..kalau nurul susah nak ingat..nurul hafal sebaris sehari..hafal dan hafal..lama2 nanti akan ingat..insyaAllah.

    hawa84

    • *
    • Posts: 357
      • View Profile
    Jawab #26 23 April, 2011, 09:32:21 AM
  • Publish Di FB
  • selpas  tahyat akhir dan sebelum mmberi salam sjud sahwi......
    buat 2 kali bacaaan tahu kan>>>>>>

    afiqkun89

    • *
    • Posts: 6
      • View Profile
    Jawab #27 05 April, 2012, 07:01:03 AM
  • Publish Di FB
  • bagaimana jika seseorang itu dah melakukan sujud sahwi..
    tapi dia lupa apa bacaan dalam sujud sahwi tu..
    lantas dia bangun dan terus memberi salam..
    kemudian..dia ragu-ragu akan sujud sahwinya..
    pastu dia buat balik solat subuh nya..
    apakah hukumnya?

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4917
      • View Profile
    Jawab #28 05 April, 2012, 07:19:16 AM
  • Publish Di FB
  • bagaimana jika seseorang itu dah melakukan sujud sahwi..
    tapi dia lupa apa bacaan dalam sujud sahwi tu..
    lantas dia bangun dan terus memberi salam..
    kemudian..dia ragu-ragu akan sujud sahwinya..
    pastu dia buat balik solat subuh nya..
    apakah hukumnya?

    Hukuman ke atas DIRI yang melakukan sebegitu ialah, TERUSKAN menuntut ILMU, agar dapat Ingat Allah
    semuga Ingatan kepada Allah itu, dapat memberikan dirimu INGAT apa yang sedang kamu lakukan

    jika kamu hendak HUKUM, bukankah Allah melarang kita Lalai, Allah menyuruh kita, Tahu apa yang Sedang kita lakukan
    Quran 17:36 - hendaklah berbuat sesuatu dengan PENGETAHUAN

    awal agama mengenal Allah

    lalai, lupa, leka, itu kerana Nafsu yang suka kepada bisikan syaitan

    jadi itulah pasal, awaludin makrifatulloh

    kenali Allah, agar apabila kamu SEMBAH yang ESA, kamu tahu dan Ingat, Kuasa siapakah yang mengizinkan, kamu berbuat sedemikian

    bila kamu tak Ingat kuasa Allah

    kamu terpedaya dengan NAFSU syaitan, subhanallah

    SOLAT lah untuk mengingati AKU

    silakan ya, Teruskan belajar, agar apa yang ZAHIR kamu lakukan, Hati kamu turut serta

    inshallah

    Abu Zaiyd

    • *
    • Posts: 20
      • View Profile
    Jawab #29 05 April, 2012, 08:20:59 AM
  • Publish Di FB
  • Ya sahabatu ku sekalian.. waktu syuruk adalah antara waktu yang dilarang mengerjakan solat, termasuk solat wajid, sunat dan qodo'.. Apakah antara kalian yang mengingati/mengetahui dalil / pendapat mengenai hal ini?

    Wallahu 'alam..

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4917
      • View Profile
    Jawab #30 05 April, 2012, 08:37:58 AM
  • Publish Di FB
  • Ya sahabatu ku sekalian.. waktu syuruk adalah antara waktu yang dilarang mengerjakan solat, termasuk solat wajid, sunat dan qodo'.. Apakah antara kalian yang mengingati/mengetahui dalil / pendapat mengenai hal ini?

    Wallahu 'alam..


    1. Diriwayatkan hadith daripada ‘Amru bin ‘Abasyah (r.a) berkata: ‘Aku datang kepada Rasulallah (s.a.w), maka berkata aku: ‘Adakah waktu yang disukai oleh Allah (a.w) dari yang lain (untuk bersolat)?’ Bersabda Raulallah (s.a.w): ‘Ya. Tengah malam yang tengah (yakni, pada sepertiga terakhir malam). Maka solatlah engkau sehingga terbit subuh (yakni, mengerjakan solat-solat sunat Qiamul-lail). Kemudian berhentilah sehingga terbit matahari, dan apa-apa tetapilah apakala seakan-akan terang perisai malam (yakni, fajr yang kelihatan merentangi langit). Kemudian solatlah engkau apabila sudah nampak terbit matahari sehingga berdiri tiang matahari (yakni, apabila matahari tegak atas kepala dan hilang bayang-bayang matahari), kemudian berhentilah hingga tergelincir matahari. Maka bahawasanya neraka jahanam dinyalakan apinya pada separuh siang. Kemudian solatlah apa-apa yang jelas dan ditetapkaan hingga tetap solat ‘asar, kemudian berhentilah bersolat sehingga tenggelam (yakni, terbenam) matahari. Maka bahawasanya tenggelam mataharidi antara dua tanduk syaitan dan terbit matahari antara dua tanduk syaitan.’ [Hadith Ibnu Majah]
    2. Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Telah bertanya Safuan bin Muattal, kepada Rasulallah (s.a.w), dengan berkata: ‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Sesungguhnya aku dari perkara ini (yakni, kemuskilannya) engkau mengetahui dengannya dan sesungguhnya aku tentangnya jahil (yakni, tiada ilmunya).’ Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Dan apa dia (perkara itu)?’ Berkata Safuan: ‘Adakah dari waktu pada malam dan siang ditegah atasnya solat?’ Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Ya. Ketika solat kamu solat subuh, tinggalkanlah solat sehingga terbit matahari. Maka sesungguhnya terbit matahari dengan dua tanduk syaitan. Kemudian solatlah engkau dengan solat yang didatangkan ke atas engkau dan yang diterima sehingga rata matahari atas kepala kamu seperti tombak (yakni, tegak matahari atas kepala). Maka ketika itu ada matahari atas kepala kamu maka berhentilah solat. Maka bahawasanya demikian waktu dinyalakan api neraka jahannam dan dibuka pintu-pintunya. Sehingga tergelincir matahari dari tabir langit. Maka bahawasanya semasa gelincir matahari maka solatlah engkau apa-apa yang didatangkan dan diterima sehingga solat ‘Asar, kemudian meninggalkan bersolat sehingga terbenam matahari (yakni, masuk matahari dan tibalah waktu Maghrib).’ [Hadith Ibnu Majah]
    Dua hadith di atas menyatakan bahawa waktu-waktu yang dilarang seseorang itu bersolat adalah tiga;, iaitu:

    · Ketika pertama, semasa terbit fajar atau matahari terbit (apakala habis waktu solat Subuh, biasanya habis waktu Subuh dan matahari baru hendak terbit);

    · Ketika kedua, apabila matahari tegak di atas kepala kita (yakni, kita tidak dapat melihat bayang-bayang kita atau suatu benda); dan

    · Ketika ketiga, apakala terbenam matahari (yakni, masuk matahari dan tibanya waktu Maghrib, iaitu kira-kira 15 atau 20 minit sebelum tibanya waktu Maghrib).

    Di dalam hdith berikut diperjelskan salah satu sebab mengapa ada ketika-ketika dan waktu-waktunya dilarang bersolat.
    3. Diriwayatkan hadith daripada Abi Abdillah Sunabihi (r.a) berkata: ‘Sesungguhnya Rasulallah (s.a.w) telah bersabda: ‘Bahawasanya matahari terbit antara dua tanduk syaitan (atau berkata: Terbit matahari beserta dua tanduk syaitan), maka ketika tinggi memisahi matahari. Maka ketika ada di dalam pertengahan hari maka mengganding (syaitan) pada matahari. Maka ketika condong (atau berkata: gelincir matahari) maka memisahi (bersurai syaitan), maka ketika dekat tenggelam matahari maka memisahinya. Maka solatlah demikian waktu yang tiga.’ [Hadith Ibnu Majah]
    Walaupun begitu, apabila kita teliti nas dan dalil al-Quran dan al-Hadith mengenai bagaimana perlu dibuat ketika terlewat solat atau terlupa solat atau tertidur dari solat, yakni, hamir tamat waktunya, kita dibolehkan bersolat di luar waktu yang ditetapkan. Juga, apabila kita bersolat di penghujung waktu, jika kita dapat satu rakaat dalam waktunya, bagi solat Subuh dan ‘Asar, kita dianggap mendapat sepenuhnya bersolat pada waktu-waktu demikian. Dalam kes ini kemungkinan besar, solat kita masuk waktu haram. Tetapi, disebabkan syariat membolehkan berbuat sedemikian, maka larangan tersebut merujuk kepada memulakan solat ketika tiba waktu haram. Bukanlah terpakai, apabila kita bersolat, kemudian separuh jalan habis waktu, dan berada di dalam waktu haram.
    Apabila kita teliti sumber hadith lain, kita akan ketemui juga hadith yang menyebutkan tentang ketetapan sedemikian. Berikut kita teliti sepotong hadith an-Nasai:
    4. Diriwayatkan hadith daripada Musa bin Ali, hadith daripada bapanya yang berkata: ‘Aku mendengar ‘Uqbah bin ‘Amir berkata: ‘ Ada tiga waktu (atau ketika0 ada Rasulallah (s.a.w) melarang kami bahawa kami bersolat di dalamnya atau mengkebumikan jenazah (iaitu) (pertama) ketika terbit matahari sehingga terang cahayanya dan tinggi kedudukannya, (kedua) dan ketika berdiri tegak waktu tengahari sehingga condong (atau tergelincir matahari), (ketiga) bertemunya hendak tenggelam sehinggalah terbenam matahari.’ [Hadith an-Nasai]
    Hadith di atas menyebutkan ketiga-tiga waktu haram bersolat dan haram mengkebumikan jenazah, iaitu:

    · Waktu pertama, apabila luput waktu Subuh dan terbit matahari sehingga meninggi (kira-kira segalah, mengikut ketetapan hadith lain);

    · Waktu kedua, apakala matahari tegak di atas kepala sehinggakan ketika itu tidak kelihatan bayang-bayang suatu benda tegak, sehinggalah tergelincir matahari, yakni ada kelihatan baying sesuatu benda yang tegak; dan

    · Waktu Ketiga, apabila matahari kelihatan hendak tenggelama dan ketika itu diufuk langit kelihatan cahaya hendak malam seperti cahaya kuning kemerah-merahan, sehinggalah tenggelam matahri apabila tiba waktu Maghrib.

    Selain itu, kita harus juga ingat bahawa ada dua lagi waktu yang diharamkan mengerjakan solat, iaitu:

    · Pertama, selepas mengerjakan solat Subuh kita tidak boleh mengerjakan apa jua solat sehinggalah matahari naik segalah di langit; dan

    · Kedua, setelah kita mengerjakan solat ‘Asar kita tidak dibolehkan bersolat sehinggalah tiba waktu solat Maghrib.

    Dengan itu jelas, bahawa dalam tiga waktu yang disebutkan dalam hadith di atas kita tidak boleh bersolat dan juga tidak boleh mengkebumikan jenazah. Jenazah Islam boleh dikuburkan mana-mana waktu selain yang tiga itu. Solat-solat sunat boleh dikerjakan pada waktu-waktu selain waktu yang diharamkan itu.









    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4917
      • View Profile
    Jawab #31 05 April, 2012, 08:38:24 AM
  • Publish Di FB
  • Tiada Waktu Haram Di Mekah

    Sesungguhnya Mekah (atau Tanah Haram) itu mendapat keistimewaan daripada Allah (a.w). Bukan sahaja mendapat pahala yang banyak gandaannya apabila bersolat di Masjidil Haram, juga tidak ada waktu-waktu yang dihadkan umat Islam bersolat di sana:
    5. Diriwayatkan hadith daripada Jabir bin Mut’im (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w); ‘Wahai Kaum Bani Abdul Manaf! [Nota: Kaum ini ditugaskan dalam zaman Rasulallah (s.a.w) menjaga Kaabah] Jangan mencegah kamu seseorang (yang) hendak tawaf dengan ini Baitullah dan bersolat. Bila-bila waktupun sesiapa berkehendakan (bersolat) dari malam dan siangnya (boleh bersolat).’ [Hadith Ibnu Majah]
    Walaupun kita diberitahu bahawa ada tiga waktu haram bersolat, Mekah (tanah haram) adalah istimewa. Di Mekah (tanah) haram, terutama di Masjidil Haram, tidak ada waktu haram. Syariat Islam membernarkan kita bersolat sebarang waktu. Maka dengan itulah, jika seseorang yang Islam dan beriman itu, benar-benar beriman dan bertaqwa, sudah pasti dia akan mencari peluang sebanyak mungkin untuk mengerjakan haji dan umrah supaya membolehkan dia bersolat dan membuat lain-lain amalan dan ibadah ketika berada di 'tanah haram' atau di Masjidil haram dan Masjid Nabawi kerana begitu banyak fadhilatnya dan begitu banyak pula gandaan pahalanya. Tambahan pula di Mekah tidak ada larangan atau batasan waktu bersolat.

    Abu Zaiyd

    • *
    • Posts: 20
      • View Profile
    Jawab #32 05 April, 2012, 08:50:57 AM
  • Publish Di FB
  • Al-Hamdulillah..
    Terima kasih ya sahabat ku al-ahibbatu..
    Anda telah memberi pencerahan..

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    8 Replies
    10159 Views
    Last post 01 March, 2010, 12:15:29 PM
    by anazahra
    0 Replies
    1171 Views
    Last post 24 December, 2009, 08:19:37 PM
    by IbnuNafis
    2 Replies
    3108 Views
    Last post 23 November, 2011, 11:08:25 AM
    by 5zul