Hukum Tidak Membaca Doa Qunut?

Author Topic: Hukum Tidak Membaca Doa Qunut?  (Read 42875 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

cikanaISLAM

  • *
  • Salam ta'aruf
    • View Profile
27 December, 2009, 05:23:43 PM
 :)

Saya nak tanya.. Apakah hukum sekiranya kita tidak membaca doa qunut dalam solat subuh?   

Reply #1 27 December, 2009, 06:37:05 PM
kalau cik ana bermazhab syafei maka qunut tu jd sunat ab'adh..sunat yang di tuntut...tertinggl kena sujud sahwi
kenalilah dan cintailah islam kerana kebahagiannya ada padanya..

Reply #2 27 December, 2009, 08:02:35 PM
Insya Allah yang benarnya menurut mazhab Syafi'i, ketika seseorang meninggalkan doa qunut dalam solat subuh, maka dia disunnatkan melakukan sujud sahwi..karena qunut adalah sunat ab'adl...tapi perlu difahami, bahwa sujud sahwi tersebut bukanlah wajib, sehingga ketika tidak melakukan sujud sahwi akan menyebabkan tidak sahnya solat...ia hanya sunnat...

ليس الفتى يقول هو أبي لكن الفتى يقول هذا أنا

Reading to live - Flaubert ..... Say No to Intellectual Barbarism!
---Raden Kiai Mooksy---

cikanaISLAM

  • *
  • Salam ta'aruf
    • View Profile
Reply #3 09 January, 2010, 12:20:49 PM
Insya Allah yang benarnya menurut mazhab Syafi'i, ketika seseorang meninggalkan doa qunut dalam solat subuh, maka dia disunnatkan melakukan sujud sahwi..karena qunut adalah sunat ab'adl...tapi perlu difahami, bahwa sujud sahwi tersebut bukanlah wajib, sehingga ketika tidak melakukan sujud sahwi akan menyebabkan tidak sahnya solat...ia hanya sunnat...

maksudnya kalau tak buat sujud sahwi pun takpe?

assiddiq

  • *
  • "Dengan Kehendak dan KuasaNya"
    • View Profile
Reply #4 09 January, 2010, 12:32:12 PM
maksudnya kalau tak buat sujud sahwi pun takpe?
Jika ada sebab sujud sahwi kemudian terlupa sujud sahwi maka solatnya dikira sah kerana sujud sahwi hukumnya sunat bukan wajib dan bukan rukun sembahyang.
"Al-haqqu bila nizom yaghlibuhul-baatil binnizom"
Maksudnya: "Sesuatu kebenaran yang tidak sistematik akan dikalahkan oleh kebatilan yang sistematik dan terancang."
http://Http://cahayarabbani.blogspot.com
http://Http://islamicmoviecollection.blogspot.com
assiddiq@ymail.com

cikanaISLAM

  • *
  • Salam ta'aruf
    • View Profile
Reply #5 09 January, 2010, 01:21:42 PM
maaf.
boleh saya tahu bagaimana cara sujud sahwi?
harap dibalas

SNF

  • *
  • "Kau ibarat permata berharga"
    • View Profile
Reply #6 09 January, 2010, 01:31:48 PM
maaf.
boleh saya tahu bagaimana cara sujud sahwi?
harap dibalas

Cara melakukan sujud sahwi sekiranya seseorang itu terlupa sujud sahwi dan teringat hanya selepas memberi salam maka bolehlah ia sujud sahwi, dengan syarat ingatan itu timbul dalam masa yang tidak begitu lama.

Maknanya sujud sahwi hendaklah dilaksanakan selepas salam. Sujud dilakukan sebanyak dua kali sujud (selepas salam) dan kemudian memberi salam semula setelah selesai dua kali sujud (sujud sahwi).

cikanaISLAM

  • *
  • Salam ta'aruf
    • View Profile
Reply #7 09 January, 2010, 02:29:21 PM
owh..terima kasih kerana beri tunjuk ajar

Reply #8 09 January, 2010, 03:13:38 PM
sujud sahwi sebelum salam atau lepas salam???

Reply #9 09 January, 2010, 03:32:17 PM
sujud sahwi sebelum salam atau lepas salam???

Sujud sahwi dilakukan antara tasyahhud dan salam. (Busyra al-Karim Page 109)

Reply #10 09 January, 2010, 03:39:27 PM
sujud sahwi sebelum salam atau lepas salam???

Sujud sahwi dilakukan antara tasyahhud dan salam. (Busyra al-Karim Page 109)

Ini ibarat dia "ومحلُّ سُجودِ السَّهْوِ: بين التَّشهُّدِ والسَّلامِ، ويفُوتُ بالسَّلامِ عَامِداً، وكذا نَاسِياً إِنْ طَالَ الفَصْلُ، فَإِنِ قَصُرَ عادَ إِلى السُّجودِ"

Hanya saja menurut keterangan di syarahnya yaitu Busyra al-Karim diterangkan bahwa tidak boleh setelah salam, kecuali menurut qaul qadim yang nanti dilakukan oleh al-Mawardi, Ibn Rif'ah dan selain kedua mereka. ini adalah daif tapi boleh saja taklidnya...

cikanaISLAM

  • *
  • Salam ta'aruf
    • View Profile
Reply #11 09 January, 2010, 05:14:14 PM
:)
maaf mungkin lari sikit daripada tajuk
tapi boleh tak sesiapa sahaja
beritahu saya lafaz niat untuk solat jemaah

Reply #12 09 January, 2010, 05:17:06 PM
:)
maaf mungkin lari sikit daripada tajuk
tapi boleh tak sesiapa sahaja
beritahu saya lafaz niat untuk solat jemaah

Kat niat tu tambah kata2 makmuman (مأموما) bagi makmum....kalau Imam tak de kata imaman (إماما) pun tak pe...tak membatalkan solat....kalau makmum kene ada...

SNF

  • *
  • "Kau ibarat permata berharga"
    • View Profile
Reply #13 09 January, 2010, 05:24:54 PM

Ini ibarat dia "ومحلُّ سُجودِ السَّهْوِ: بين التَّشهُّدِ والسَّلامِ، ويفُوتُ بالسَّلامِ عَامِداً، وكذا نَاسِياً إِنْ طَالَ الفَصْلُ، فَإِنِ قَصُرَ عادَ إِلى السُّجودِ"

Hanya saja menurut keterangan di syarahnya yaitu Busyra al-Karim diterangkan bahwa tidak boleh setelah salam, kecuali menurut qaul qadim yang nanti dilakukan oleh al-Mawardi, Ibn Rif'ah dan selain kedua mereka. ini adalah daif tapi boleh saja taklidnya...

 :)

Kayfiyyah dalam mazhab  Imam as-Syafi‘e, sujud sahwi dikerjakan setelah selesai membaca tahiyyat akhir sebelum memberi salam.
Ustaz Mooks, bagaimana pulak situasi nya jika seseorang  itu lupa melakukan sujud sahwi setelah memberi salam dan melakukan sujud sahwi selepas  memberi salam?

Reply #14 09 January, 2010, 05:42:50 PM
:)

Kayfiyyah dalam mazhab  Imam as-Syafi‘e, sujud sahwi dikerjakan setelah selesai membaca tahiyyat akhir sebelum memberi salam.
Ustaz Mooks, bagaimana pulak situasi nya jika seseorang  itu lupa melakukan sujud sahwi setelah memberi salam dan melakukan sujud sahwi selepas  memberi salam?


Telah tersebut dalam kitab Muqaddimah al-Hadhramiyyah Page 110 pinggir Busyra al-Karim:

فإن قصر الفصل عاد إلى السجود وصار عائدا إلى الصلاة

Jadi ini kalau dia lupa, BARU dia disunatkan untuk mengulangi sujud tanpa melakukan takbiratul al-Ihram tapi setelah sujud dia salam....utk keterangan lebih lanjut buka syarah dia yaitu busyra karim...ana malas nak type banyak laa...tapi insya Allah makna dia macam tu....

Reply #15 09 January, 2010, 06:23:29 PM
solat tetap sah tetapi kurang pahalanya.

cikanaISLAM

  • *
  • Salam ta'aruf
    • View Profile
Reply #16 09 January, 2010, 06:29:16 PM
:)
maaf mungkin lari sikit daripada tajuk
tapi boleh tak sesiapa sahaja
beritahu saya lafaz niat untuk solat jemaah

Kat niat tu tambah kata2 makmuman (مأموما) bagi makmum....kalau Imam tak de kata imaman (إماما) pun tak pe...tak membatalkan solat....kalau makmum kene ada...

selepas menyebut solat fardhu atau 4 rakaat?
maksud saya
selepas menyebut fardhu asri atau arba'a rakaatin?

Reply #17 09 January, 2010, 06:32:57 PM
contoh: sahaja aku solat fardu zohor 4 rakaat mengikut imam kerana Allah Ta'ala.

assiddiq

  • *
  • "Dengan Kehendak dan KuasaNya"
    • View Profile
Reply #18 09 January, 2010, 06:34:43 PM
selepas menyebut solat fardhu atau 4 rakaat?
maksud saya
selepas menyebut fardhu asri atau arba'a rakaatin?
Sy biasa menyebutnya selepas arba`a rakaatin..

cikanaISLAM

  • *
  • Salam ta'aruf
    • View Profile
Reply #19 09 January, 2010, 06:35:09 PM
 :syukur:

terima kasih saudara badryl3

divider3
halaqahforum4