Barang-barang buat Hantaran

Author Topic: Barang-barang buat Hantaran  (Read 6248 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

hbintang

  • *
  • Posts: 17
    • View Profile
22 December, 2009, 02:08:40 PM
  • Publish Di FB
  •  :)
     
    Saya nak minta pandangan halaqah...dalam tahun depan sy akan bertunang..
    masalah nya sy keliru...hantaran pertunangan 2 di tanggung oleh pihak lelaki ker?
    atau di tanggung oleh pihak perempuan sdiri???
    de sesiapa yg boleh bagi tau sy...
    sy kurang arif dalam hal ni.....
    « Last Edit: 22 December, 2009, 02:11:41 PM by Ummi Munaliza »

    cahayalurus

    • *
    • Posts: 1330
      • View Profile
    Jawab #1 22 December, 2009, 02:13:08 PM
  • Publish Di FB
  • Yang ingin diberi kepada pihak lelaki biasa yang perempuan menanggungnya, majlis di rumah perempuan pun tanggungan kaum perempuan juga, tetapi yang ingin diberi kepada perempuan adalah tanggungan kaum lelaki, bagaimanapun terpulang lah kepada kemurahan pihak lelaki sekiranya mereka ingin menanggung semuanya buleh juga, bagaimanapun lebih baiklah jika tidak dibuat begitu, kasihanilah kaum Adam ini,
    Mrs. Ikan Pari

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14507
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #2 22 December, 2009, 02:23:37 PM
  • Publish Di FB


  • Seperti kata cahayalurus, kos barang-barang yang mahu dihadiahkan dari pihak perempuan kepada pihak lelaki itu ditanggung oleh pihak perempuan lah. Kalau tidak bekerja, balas barang-barang yang dibawa oleh pihak lelaki itu seadanya. Mungkin buah,kuih,kain pelekat atau tuala. Lebih baik disertakan buku-buku agama yang boelh dijadikan panduan berumah tangga. Orang berbudi,kita berbahasa, orang memberi,kita merasa. Jangan orang datang dengan buah tangan ,balik dengan tangan kosong sudahlah.

    Kos barang-barang pihak lelaki kepada pihak perempuan tentulah pihak lelaki yang tanggung. Tak payahlah baik hati sangat nak tolong belikan kecuali ada perjanjian pertukaran seperti pihak lelaki beli barang peribadi dia, pihak perempuan beli barangan peribadi sendiri, kemudian tukar semula,agar dapat dibawa semasa majlis pertunangan.

    Moga diharapkan tidak berlaku pembaziran ketika ini melalui hiasan melampaui. Jangan dihiasi dengan entah apa-apa, bagi menunjukkan kreativiti kedua-dua pihak. Terus terang ummi katakan, menghiasi hadiah iringan itu semada simple atau hebat, semua tu adalah pembaziran. Bukan barangnya yang membazir, tapi cara hiasan tu. Dengan manik,labuci, renda, ropol dan macam-macam benda lagi yang mana akhirnya semua tu tidak dapat dimanafaatkn, ia hanya sekadar hiasan.

    Kadang-kadang tu kos untuk menghiasi barang hadiah iringan itu lebih mahal dari barang yang nak diberikan. Dan satu kesilapan besar ialah mempertontonkan kepada orang ramai. Untuk apa di hiasi dan diletak di dalam dulang? Ok, jika kata hadiah tu cuma sebagai buah tangan, tak perlulah di hiasi begitu rupa, cukup sekadar masukkan ke dalam kotak, jangan beri orang tengok apa barangnya, kotak tu bungkuslah seadanya dengan pembungkus hadiah sudah la, kemudian ikat riben. Lepas majlis, riben tu boleh lah gunakan buat ikat langsir rumah pula. Maka adalah faedahnya.

    Atau pun guna kotak yang telah siap dijual di kedai bunga, dan recyclekan untuk ramai orang, kalau ada adik beradik ramai,gilirkan penggunaannya.

    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    khalila

    • *
    • Posts: 1032
      • View Profile
    Jawab #3 22 December, 2009, 02:26:26 PM
  • Publish Di FB
  • selalunya kalau pertunangan hantaran berupa manisan yang banyak..
    so tiada masalah sangat rasanya

    minaina

    • *
    • Posts: 201
    • setiap yg berlaku pasti ade hikmahnya
      • View Profile
    Jawab #4 22 December, 2009, 02:29:12 PM
  • Publish Di FB
  • emm..duk  pasal ha ntara ni..boleh tanye x sape2 yg tau..tolong bagi link utk belajar gubah hanataran secar online?
    ade org tempah hantaran..katenye sbb suke tgk yang saye buat mase tunang adik aritu..hehee..tapi tu main bedal je..ade sape tau x?
    bukan mudah memiliki apa yang diingin dalam hidup..
    selagi ia masih berada dalam genggaman,hargai dan sayangilah ia dengan seikhlasnya..
    kerana penyesalan sudah tdk berarti ketika kita kehilangannya..

    Abd Hadi

    • *
    • Posts: 397
      • View Profile
    Jawab #5 22 December, 2009, 02:31:52 PM
  • Publish Di FB
  • ummi munaliza memang kretif..kalau hantaran berupa manisan ni, biasenye bukan abis pon..dah bagi kat saudara-mara pon banyak lagi yang tinggal..bukan tak bole nak bagi, tapi berpada2 la..
    Menuntut ilmu lebih mulia daripada ibadah sunat
    Siapa yang inginkan dunia maka hendaklah dia berilmu,
    Dan siapa yang inginkan akhirat maka hendaklah dengan ilmu
    Ibadah yang paling hampir kepada Allah selepas perkara wajib ialah menuntut ilmu.

    cahayalurus

    • *
    • Posts: 1330
      • View Profile
    Jawab #6 22 December, 2009, 02:36:55 PM
  • Publish Di FB
  • Satu lagi, bila dah bertunang ni sebaiknya tetapkan terus tema baju kawen nanti supaya boleh jadikan baju yang akan dipakai pada hari perkahwinan itu hantaran semasa tunang, so jimat satu dulang, biasanya 5 balas 7, yang biasa diletak oleh orang semasa bertunang:

    1- kain untuk majlis kawen
    2- buah
    3- kek
    4- tuala
    5- kain pasang

    dan sebagainya

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14507
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #7 22 December, 2009, 02:37:36 PM
  • Publish Di FB
  • emm..duk  pasal ha ntara ni..boleh tanye x sape2 yg tau..tolong bagi link utk belajar gubah hanataran secar online?
    ade org tempah hantaran..katenye sbb suke tgk yang saye buat mase tunang adik aritu..hehee..tapi tu main bedal je..ade sape tau x?

    Islam mengunjurkan supaya sesuatu perkara dilakukan hendaklah dijauhi pembaziran dan bermegah-megah, kenapa masih mahu belajar mengubah?
    Apa jawapan hati anda?
     Masukkan sahaja barang-barang itu ke dalam kotak, kemudian ikat riben.

    Kalau mahu link itu, boleh digoglekan sahaja... lebih mudah.

    imamah84

    • *
    • Posts: 485
    • sy rela dan sy redha biarpun mujahadah itu perit
      • View Profile
    Jawab #8 22 December, 2009, 03:01:58 PM
  • Publish Di FB
  • Islam mengunjurkan supaya sesuatu perkara dilakukan hendaklah dijauhi pembaziran dan bermegah-megah, kenapa masih mahu belajar mengubah?
    Apa jawapan hati anda?
     Masukkan sahaja barang-barang itu ke dalam kotak, kemudian ikat riben.

    Kalau mahu link itu, boleh digoglekan sahaja... lebih mudah.

    setuju 100% ngn ummi, kalau boleh nak paling simple
    lagi bagus kalau dapat ikut sunnah sepenuhnya
     :ins:
    ..indahnya dunia tuhan, Indah lagi syurgaNya akan datang..http://www.intelekniaga.com.my/amamah_rt

    nnurr

    • *
    • Posts: 71
    • حسبي الله ونعم الوكيل
      • View Profile
    Jawab #9 22 December, 2009, 03:03:46 PM
  • Publish Di FB
  • emm..duk  pasal ha ntara ni..boleh tanye x sape2 yg tau..tolong bagi link utk belajar gubah hanataran secar online?
    ade org tempah hantaran..katenye sbb suke tgk yang saye buat mase tunang adik aritu..hehee..tapi tu main bedal je..ade sape tau x?

    Islam mengunjurkan supaya sesuatu perkara dilakukan hendaklah dijauhi pembaziran dan bermegah-megah, kenapa masih mahu belajar mengubah?
    Apa jawapan hati anda?
     Masukkan sahaja barang-barang itu ke dalam kotak, kemudian ikat riben.

    Kalau mahu link itu, boleh digoglekan sahaja... lebih mudah.

    ummi seperti mama... tegas untuk anak2nya... sabaar*
    "Menyingkap sesuatu yang tersembunyi disebalik kesibukan manusia menyusun perancangan,
    kadang2 kita perlu menoleh seketika utk mencari nilai makna pengorbanan hakiki(pengorbanan pd agama).."

    imamah84

    • *
    • Posts: 485
    • sy rela dan sy redha biarpun mujahadah itu perit
      • View Profile
    Jawab #10 22 December, 2009, 03:08:57 PM
  • Publish Di FB
  • ummi seperti mama... tegas untuk anak2nya... sabaar*

    ummi memang best,
    macam umi saya,
    penyayang, prihatin
    dan seorang murabbi

    hbintang

    • *
    • Posts: 17
      • View Profile
    Jawab #11 24 December, 2009, 01:17:00 PM
  • Publish Di FB
  • trima kasih kpd sume yg sudi membantu....
    budi baik kalian hanya allah yg mbalas...
    insyaallh sy akan btunang dalam bulan 6...
    doa kn jodoh kami bkekalan ke akhir hayat...

    cahayalurus

    • *
    • Posts: 1330
      • View Profile
    Jawab #12 24 December, 2009, 02:21:05 PM
  • Publish Di FB
  • Sama2, semoga berbahagia ke syurga=)

    Nor_207

    • *
    • Posts: 908
    • Just be yourself
      • View Profile
    Jawab #13 31 December, 2009, 03:30:15 PM
  • Publish Di FB
  • Kalau bagi saya, manisan kalau tak perlu, tak payah pun takpe, elok bawa barang2 yang boleh digunakan semasa kawin nanti seperti kain dan sebagainya.

    Bil. dulang tak penting, asalkan ikhlas dan mampu
    Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis

    cahayalurus

    • *
    • Posts: 1330
      • View Profile
    Jawab #14 06 January, 2010, 03:29:50 PM
  • Publish Di FB
  • Saya suka cara Umie Aida bertunang, tunang dia bagi 3 dulang hantaran je kan, seronok je 3, nombor yang cantik=)

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    62 Replies
    13703 Views
    Last post 02 October, 2007, 05:23:24 PM
    by kanjeng sunan
    7 Replies
    1936 Views
    Last post 24 February, 2010, 11:51:45 PM
    by Fari
    10 Replies
    5257 Views
    Last post 03 December, 2011, 09:33:04 PM
    by aisysyiffa