Hukum Berzikir dalam hati di tandas

*

Author Topic: Hukum Berzikir dalam hati di tandas  (Read 6428 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

assiddiq

  • *
  • Posts: 4596
  • "Dengan Kehendak dan KuasaNya"
    • View Profile
20 December, 2009, 02:08:53 PM
  • Publish
  • Soalan:

    Apakah hukum jika kita berzikir dlm hati ketika kita sedang buang air besar dlm tandas?sila jawab ustaz pasal saya nak tahu sgt ni..?

    Jawapan:

    Harus

    Maksud harus itu tidak lah dilarang berdosa seorang itu melafazkan zikir didalam hati ketika berada didalam tandas.
    Larangan hanya berkenaan zikir pada lisan sebagaimana yg tersebut dalam kitab2 muktabar.

    Harus disini bukan perintah agama tetapi jika hati sentiasa berzikir tanpa kita iktikadkan perbuatan tersebut adalah perintah agama maka tidaklah menjadi kesalahan.

    Jika dilihat kepada hukum yg asal kita dilarang berzikir didalam tandas. Olih kerana itulah kita disunatkan membaca 'ghufronaka' tatkala keluar dari tandas yg artinya memohon ampun.

    Apa pula salah kita nak kena minta ampun bila keluar dr tandas..?

    Jawabnya kita mohon ambun kerana selama kita berada didalam tandas tadi kita tidak menyebut dan mengingati Allah swt.

    wallahua'lam

    Rujukan Ustaz Azhar Idrus
    "Al-haqqu bila nizom yaghlibuhul-baatil binnizom"
    Maksudnya: "Sesuatu kebenaran yang tidak sistematik akan dikalahkan oleh kebatilan yang sistematik dan terancang."
    http://Http://cahayarabbani.blogspot.com
    http://Http://islamicmoviecollection.blogspot.com
    assiddiq@ymail.com

    wan_sgmt

    • *
    • Posts: 626
    • Salam ukhuwwah semua..
      • View Profile
    Reply #1 20 December, 2009, 04:14:48 PM
  • Publish
  • Syukron assiddiq.. info berguna.. baru jelas sekarang..
    Bersama menyumbang ke Tabung Sehati Sejiwa..

    SNF

    • *
    • Posts: 904
    • "Kau ibarat permata berharga"
      • View Profile
    Reply #2 20 December, 2009, 05:32:24 PM
  • Publish
  • Kalau bawa Quran pulak macam mana?
    Misalnya kita bawa Quran yg ada terjemahan tu..letak dalam beg kita (biasa la budak sekolah beg besar isi mcm2). Lepas tu jalan2 dengan beg tu..dalam beg tu ada Quran. Macam mana nak masuk tandas? Kalau nak tinggalkan beg tu kat luar nanti hilang pulak? Macam mana tu?
    Boleh ke bawa sekali ke dalam tandas tu?


    Kak Long.kak boleh baca kat sini... ceria*
    http://halaqah.net/v10/index.php?topic=5548.0

    SNF

    • *
    • Posts: 904
    • "Kau ibarat permata berharga"
      • View Profile
    Reply #3 20 December, 2009, 06:00:21 PM
  • Publish

  • Yang Kak Long tanya ni sebuah al-Quran tertulis dalam bentuk buku tu...tapi disertakn terjemahan sekali.
    Macam mana tu hukumnya?
    Asif kak long.. =;8)

    Membawa apa sahaja benda yang tertulis padanya ayat-ayat al-Qur’an mahupun zikrullah ke tandas hukumnya adalah MAKRUH. Termasuk juga dalam hal ini nama-nama yang dimuliakan seperti nama-nama Allah, para nabi dan malaikat-malaikatNya sebagaimana yang disebutkan dalam kitab Tuhfah al-Muhtaj.

    Imam asy-Syirazi Rahimahullah berkata dalam kitabnya al-Muhadzdzab : “Jika ada seseorang ingin memasuki tandas dan
    bersama-samanya ada sesuatu yang terdapat padanya zikir-zikir Allah, maka baginya menjauhkan benda tersebut daripada dirinya (tidak membawanya masuk ke tandas), kerana telah diriwayatkan oleh Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu, bahwasanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam apabila hendak memasuki tandas, Baginda meletakkan cincin Baginda itu di luar, ini kerana di atas cincin Baginda itu ada tertulis perkataan  yang Baginda jadikan sebagai mohor atau cap Baginda dalam urusan surat menyurat”.

    Imam an-Nawawi Rahimahullah ketika mengulas kata-kata pengarang kitab al-Muhadzzab ini telah berkata : “ Para ulama asy-
    Syafi‘eyyah telah bersepakat mengatakan bahawa adalah SUNAT dijauhkan sesuatu yang ada padanya zikir-zikir Allah ketika seseorang itu hendak masuk tandas dan tidaklah wajib ianya dijauhkan daripada dirinya (membukanya)”.

    Imam an-Nawawi Rahimahullah seterusnya menambah: “Sama ada benda yang tertulis padanya zikir-zikir Allah itu duit perak (dirham) atau emas (dinar) atau cincin atau lainnya, begitu juga jika ada bersama-samanya tangkal ataupun azimat, SUNAT dijauhkan benda-benda itu daripada dirinya ketika hendak memasuki tandas”.

    Ini bertujuan bagi memuliakan ayat-ayat al-Qur’an yang terdapat pada alat-alat tersebut dan sebagai mencontohi perbuatan
    Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang meletakkan cincin Baginda (di luar) apabila hendak masuk ke tandas kerana terdapat padanya ukiran perkataan .

    p/s: Kalau ada silap dan salah minta diperbetulkan.

    ArianA

    • *
    • Posts: 1
      • View Profile
    Reply #4 20 December, 2009, 06:14:37 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum...
    Saya ingin bertanya..apakah hukum bagi suami yang sepatutnya berada di rumah isteri ke 2 selama 3 hari tetapi pergi ke rumah isteri pertama pada siang hari selama 3 hari itu?

    nur syahidah

    • *
    • Posts: 45
      • View Profile
    Reply #5 20 December, 2009, 06:25:28 PM
  • Publish
  • Salam...tapi mcm mane jika kita tersalah mnyebut prkataan ALLAH atau sebarang zikir? contohnya tiba2 kita tergelincir dalam tandas dan menyebut subhanallah...????
    ..sebutir air mata jatuh kerana keinsafan,seribu kali lebih baik dari sejuta mutiara di lautan.. sesaat bersedih kerana redha Allah adalah berjuta kali lebih mulia daripada seharian bersedih kerana cinta dunia...

    SNF

    • *
    • Posts: 904
    • "Kau ibarat permata berharga"
      • View Profile
    Reply #6 20 December, 2009, 07:12:31 PM
  • Publish
  • Dah nama pun "TER"salah...maka dimaafkan la...
    Mcm TERmakan nasi sepinggan masa puasa...tak batal pun kan puasa tu kan kan kan senyum*

    Itu bagi kes "TER" ek kak long.. ceria*
    Menyebut nama ALlah dan mengingatinya memang digalakkan.
    Tetapi makruh (dibenci) menyebutnya di dalam tandas, begitu juga dengan membawa kalimah-kalimah ALlah di dalamnya.
    Jika tidak sengaja tersebut - tidak mengapa.

    SNF

    • *
    • Posts: 904
    • "Kau ibarat permata berharga"
      • View Profile
    Reply #7 20 December, 2009, 07:24:35 PM
  • Publish
  • :jaz: Fitri...

    Rasa macam nak tanya lagi senyum*
    SEbab keteragan tu mengenai bahan2 yg ada sebahagian saja ayat2 Quran...
    Adakah hukum tetap sama bila ianya sebuah al-Quran lengkap?
    Kut2 ada dalil khusus ke?

    Sebab Kak Long selalu nampak pelajar2 sini suka bawa al-Quran bila pergi mana2...biasa dia orang baca Quran tu semasa dalam bas la...dari dok buang masa gitu saja dia orang akan baca Quran la...Sama juga bila ada waktu luang masa break antara kelas ke dia orang akan baca Quran..
    Mungkin terpengaruh dari budaya membaca kat sini kut...orang sini rajin membaca..setiap masa ada je bahan depa baca...jadi kebanyakan yang Muslim ni akan baca Quran bila masa terluang tu..terutama bila dalam bas @ train...
    Tu yang terfikir...mesti bila ketandas Quran tu dibawa sekali sebab dalam beg sekolah yg sama kan...
    Asif kak Long..ana insan yang dhoif..
    Cuma apa yang ana tahu kita di larang untuk membawa Kitab Al Quran kedalam tandas.
    Kerana Kitab tersebut adalah suci dan merupakan kemuliaan kita.
    Mungkin mereka tak membawanya kedalam tandas..
    mana tahu mereka meletakkan beg mereka kat luar tandas
    Tidak pun menyuruh kawan2 pegang..
    Mungkin ada yang lebih arif lagi akan tolong jawab..

    Wa'Allahualam..

    solehah

    • *
    • Posts: 204
      • View Profile
    Reply #8 20 December, 2009, 08:08:39 PM
  • Publish
  • salam...
    ana insan lagi dhoif lagi tak berilmu...
    tp ape yang d persoalkan...
    sebenrnye mmg x boleh kite bawa kitab quran ke dalam tandas...
    sebb kitab quran suci dan perlu d jaga kesuciannye...
    sebab tandas tmpat yang kotor...
    amat tidak sesuailah kite bawa kitab suci ke dalam tempat yang kotor...wallahua'lam

    mooks

    • *
    • Posts: 801
      • View Profile
    Reply #9 20 December, 2009, 08:32:56 PM
  • Publish

  • Mekacih la dhoif pun sudi respon senyum*

    Memang la kalau saja2 nak bawa Quran tu tak boleh..
    Ni sebab Quran tu dalam beg sekolah sama2 dgn buku2 & barang2 lain...
    Rasa tak logik pulak kalau nak tinggal kat luar..kang hilang...
    Kalau ada kawan memang boleh suruh kawan pegang...
    Tapi kebanyakan masa sendirian...maklum la hidup merantau kat negara yg mana Islam minoriti :sedihnya:...

    Ermm mana yg arif ni...tak ada online ke?

    well niat membawa beg...bukan bawa al-Qur'an...sama macam orang yang hadas tak boleh bawa al-Qur'an...so dia bawa beg...setahu saya tulisan al-Qur'an atau Asma' Azhom hukumnya makruh di bawa ke toilet...haram jadinya bila bertujuan menghina...mubah ketika terpaksa seperti case mak cik...

    ليس الفتى يقول هو أبي لكن الفتى يقول هذا أنا

    Reading to live - Flaubert ..... Say No to Intellectual Barbarism!
    ---Raden Kiai Mooksy---

    fique_85

    • *
    • Posts: 12
      • View Profile
    Reply #10 20 December, 2009, 10:02:15 PM
  • Publish
  • salam...
    ana insan lagi dhoif lagi tak berilmu...
    tp ape yang d persoalkan...
    sebenrnye mmg x boleh kite bawa kitab quran ke dalam tandas...
    sebb kitab quran suci dan perlu d jaga kesuciannye...
    sebab tandas tmpat yang kotor...
    amat tidak sesuailah kite bawa kitab suci ke dalam tempat yang kotor...wallahua'lam

    dalam satu syarahan Dr. Asri beliau memberikan pendapat tentang Al-Quran ini jika di bawa masuk ke dalam tandas yg ckup bersih dan cantik spt tandas hotel, dan kita sgt yakin tentang tidak ada apa2 yg akan menyebabkan kekotoran pada Al-Quran tersebut maka di boleh kan ianya..

    tp kalau sebaliknya keadaan tandas tersebut, elakkan lah kerana takut mencemari Al-Quran tersebut..

    ini adalah pendapat ulama, segala pendapat yg berlainan xde masalah, sila kemukakan...

    WA..

    beruang

    • *
    • Posts: 1351
    • Bersatu sebagai satu Usrah dalam satu Halaqah...
      • View Profile
    Reply #11 20 December, 2009, 10:05:38 PM
  • Publish

  • dalam satu syarahan Dr. Asri beliau memberikan pendapat tentang

    ini adalah pendapat ulama, segala pendapat yg berlainan xde masalah, sila kemukakan...

    WA..

    ni yg was-was ni....

    SNF

    • *
    • Posts: 904
    • "Kau ibarat permata berharga"
      • View Profile
    Reply #12 20 December, 2009, 10:09:07 PM
  • Publish

  • ni yg was-was ni....

    Ana pun rsa was2 juga..
     keliru*

    khalila

    • *
    • Posts: 957
      • View Profile
    Reply #13 20 December, 2009, 10:16:01 PM
  • Publish

  • dalam satu syarahan Dr. Asri beliau memberikan pendapat tentang

    ini adalah pendapat ulama, segala pendapat yg berlainan xde masalah, sila kemukakan...

    WA..

    ni yg was-was ni....

    ana pun sama..
    was-was juga..
     perhatian*

    solehah

    • *
    • Posts: 204
      • View Profile
    Reply #14 20 December, 2009, 10:20:36 PM
  • Publish
  • salam...
    ana insan lagi dhoif lagi tak berilmu...
    tp ape yang d persoalkan...
    sebenrnye mmg x boleh kite bawa kitab quran ke dalam tandas...
    sebb kitab quran suci dan perlu d jaga kesuciannye...
    sebab tandas tmpat yang kotor...
    amat tidak sesuailah kite bawa kitab suci ke dalam tempat yang kotor...wallahua'lam

    dalam satu syarahan Dr. Asri beliau memberikan pendapat tentang Al-Quran ini jika di bawa masuk ke dalam tandas yg ckup bersih dan cantik spt tandas hotel, dan kita sgt yakin tentang tidak ada apa2 yg akan menyebabkan kekotoran pada Al-Quran tersebut maka di boleh kan ianya..

    tp kalau sebaliknya keadaan tandas tersebut, elakkan lah kerana takut mencemari Al-Quran tersebut..

    ini adalah pendapat ulama, segala pendapat yg berlainan xde masalah, sila kemukakan...

    WA..



    Syukran atas respon saudari...
    "dan kita sgt yakin tentang tidak ada apa2 yg akan menyebabkan kekotoran pada Al-Quran tersebut maka di boleh kan ianya.."
    Yes Al-Quran....Pada Zohirnye Al-QUran memang tidak akan kotor bila mane Al-Quran itu tidak terkene najis semasa kita bawa masuk ke tandas...
    Cume yang menjadi persoalannye...kita bercakap mengenai "ISI AL-QURAN ITU yakni KESUCIAN AL-QURAN ITU SENDIRI,,

    Wallahua'lam...
    ana dhoif...sila beri respon...
    syukran

    beruang

    • *
    • Posts: 1351
    • Bersatu sebagai satu Usrah dalam satu Halaqah...
      • View Profile
    Reply #15 20 December, 2009, 10:23:33 PM
  • Publish
  • Jangan kata al-quran, bruih gigi yg ada pnutup pun ana x sanggup bawa masuk tandas....fikir2 le.....

    solehah

    • *
    • Posts: 204
      • View Profile
    Reply #16 20 December, 2009, 10:41:59 PM
  • Publish
  • InsyaAllah..moga2 kita berIman pada Al-Quran...

    Dari Umar bin al-Khaththab r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda:

    "Sesungguhnya Allah mengangkat darjat beberapa kaum dengan adanya kitab al-Quran ini - yakni orang-orang yang beriman - serta menurunkan darjatnya kaum yang Iain-Iain dengan sebab al-Quran itu pula - yakni yang menghalang-halangi pesatnya Islam dan tersebarnya ajaran-ajaran al-Quran itu." (Riwayat Muslim)

    assiddiq

    • *
    • Posts: 4596
    • "Dengan Kehendak dan KuasaNya"
      • View Profile
    Reply #17 28 December, 2009, 01:00:50 AM
  • Publish
  • :jaz: Fitri...

    Rasa macam nak tanya lagi senyum*
    SEbab keteragan tu mengenai bahan2 yg ada sebahagian saja ayat2 Quran...
    Adakah hukum tetap sama bila ianya sebuah al-Quran lengkap?
    Kut2 ada dalil khusus ke?

    Sebab Kak Long selalu nampak pelajar2 sini suka bawa al-Quran bila pergi mana2...biasa dia orang baca Quran tu semasa dalam bas la...dari dok buang masa gitu saja dia orang akan baca Quran la...Sama juga bila ada waktu luang masa break antara kelas ke dia orang akan baca Quran..
    Mungkin terpengaruh dari budaya membaca kat sini kut...orang sini rajin membaca..setiap masa ada je bahan depa baca...jadi kebanyakan yang Muslim ni akan baca Quran bila masa terluang tu..terutama bila dalam bas @ train...

    Tu yang terfikir...mesti bila ketandas Quran tu dibawa sekali sebab dalam beg sekolah yg sama kan...


    Sy ada rujuk ustaz azhar [erihal masalah bawak beg ada alquran ke tandas.. Ini jawapannya..

    Jika tak dapat letak diluar sebab takut hilang atau binasa maka hendaklah tidak dibuka selama didalam tandas tersebut.

    wallahua'lam

    Rujukan Ustaz Azhar

    PAK ARAB

    • *
    • Posts: 288
      • View Profile
    Reply #18 28 December, 2009, 02:24:00 AM
  • Publish
  • بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
    السلام عليكم ورحمة الله وبركاته,




    Hukum berzikir didalam hati adalah wajib didalam semua keadaan, samada ketika senang atau susah, sihat atau sakit,  siang atau malam, pagi atau petang, berdiri atau duduk, samada diluar tandas atau didalam tandas sehinggalah ketika  jima' dengan isteri pun seseorang dituntut tidak luput daripada berzikir. 

    Firman Allah Ta'ala :

    يأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُواْ اذْكُرُواْ اللَّهَ ذِكْراً كَثِيراً

    "Wahai orang-orang yang beriman, ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya; 
    (Al-Ahzab :41)


    Ayat ditas ditafsirkan oleh para Arif Billah, "wajib berzikir mengingati Allah dalam semua keadaan.  Dan maksud Allah Ta'ala "sebanyak2nya"  iaitu tiada had.   Jika pada satu2 ketika seseorang hamba luput daripada mengingati Allah, maka hendaklah istighfar atas luputnya daripada mengingati Allah, serta segera berzikir kembali.

    Kebaikan daripada zikrullah ini terlalu banyak.  Dan ancaman kepada orang yang meninggalkan zikrullah juga terlalu berat. Insya Allah kita akan bicarakan dalam satu bab yang khusus.


    Wallahu A'lam

    NAIKLAH BAHTERA PEWARIS NABI,
    PEGANGLAH TALINYA SEKUAT HATI,
    KAFILAH KESUCIAN TIDAK AKAN BERHENTI,
    DISANA FAJAR MENUNGGU MENTARI.....!

    PAK ARAB

    • *
    • Posts: 288
      • View Profile
    Reply #19 28 December, 2009, 08:21:52 AM
  • Publish
  • بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
    السلام عليكم ورحمة الله وبركاته,


    PAK ARAB mohon tambah sikit......!

    Ada beberapa hamba Allah bertanya betul ke zikir dalam hati tu wajib dan betul ke sewaktu jima' pun kena zikir dalam hati?

    PAK ARAB akui mula2 mula mendengar kalam ini, kebanyakan kita akan tertanya2....betul ke ini? Mana dapat hukum ni?   PAK ARAB sendiri mula2 sekali dengar kalam ini dari seorang Shaikh Arif Billah (mula2 belajar zikir waktu muda dulu) agak terkejut,  timbul macam2  pertanyaan didalam hati.   Tetapi demi menjaga adab PAK ARAB diam kerana PAK ARAB sedar Shaikh adalah seorang yang sangat arif didalam Syari'at dan Ma'rifat, tentu beliau jauh lebih mengetahui.

    Tetapi untuk keyakinan diri, PAK ARAB mencari dalil2 dalam Qur'an dan Hadis disamping mencari sendiri didalam pengalaman keruhanian.  Ternyata apa yang disebut oleh Shaikh memang benar.   Tidak ada keraguan lagi bahawa menjadi kewajipan bagi setiap muslim berzikir, tak kira di mana dia berada.  Apa lagi ketika berada ditempat2 dimana menjadi sarang syaitan seperti tandas.   Dan juga ketika jima' dengan isteri, waktu inilah syaitan cuba mengambil kesempatan menyertai didalam persetubuhan.   Maka sangat perlu seseorang berzikir melindungi diri dan bakal zuriatnya daripada gangguan syaitan ini.


    Wallahu A'lam

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    8 Replies
    5429 Views
    Last post 19 April, 2009, 10:22:16 PM
    by zawq
    3 Replies
    984 Views
    Last post 17 October, 2011, 07:16:24 PM
    by mohd faimier
    2 Replies
    578 Views
    Last post 08 January, 2013, 08:14:10 PM
    by Ct Hanifah