Tuntutan Muta'ah

*

Author Topic: Tuntutan Muta'ah  (Read 11175 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Ummi Munaliza

  • *
  • Anniversary Ke 30
    • View Profile
16 December, 2009, 12:26:24 AM
  • Publish

  • MUT'AH     
    Oleh : Ustaz Solehan

    Mut'ah ialah pemberian saguhati daripada pihak suami kepada pihak isteri jika penceraian itu dilakukan tanpa sebab yang munasabah mengikut hukum syarak.

    PENGERTIAN

    Dari segi bahasa mut'ah bererti bergembira dengan sesuatu.
    Dari segi syarak iaitu pemberian saguhati yang diberikan dari segi hukum syarak kepada isteri yang diceraikan sama ada berupa wang ataupun barang dan perceraian tersebut bukan kesalahan daripada pihak isteri.

    Jika perceraian berlaku disebabkan isteri seperti murtad atau fasakh
    kerana aib (kecacatan) di pihak isteri atau dia menuntut fasakh kerana aib di pihak suaminya, maka dia tidak berhak mendapat mut'ah.

     
    DALIL PENSYARIATAN

    Firman Allah SWT yang bermaksud,

    "Tidaklah kamu bersalah (dan tidaklah kamu menanggung bayaran mas kahwin) jika kamu menceraikan isteri-isteri kamu sebelum kamu sentuh (setubuh) dengan mereka atau (sebelum) kamu menetapkan mas kahwin untuk mereka. Walaupun demikian, hendaklah kamu memberi mut'ah (pemberian saguhati) kepada mereka (yang diceraikan itu,) iaitu suami yang senang (hendaklah memberi saguhati itu ) menurut kemampuannya, sebagai pemberian saguhati menurut yang patut lagi menjadi satu kewajipan atas orang yang mahu berbuat kebaikan."

    (al-Baqarah: 236)


    Ayat ini dijadikan dalil wajib pemberian saguhati (mut'ah) perceraian dalam mazhab al-Syafie. Terdapat 3 keadaan yang mewajibkan mut'ah :-

    1. Isteri yang diceraikan sebelum berlaku perhubungan kelamin dan tidak ditentukan baginya sebarang mahar. Jika telah diberi setengah daripada mahar, maka itu sudah mencukupi dan tidak perlu diberi mut'ah.
    2. Isteri yang sudah dilakukan perhubungan kelamin dengannya.
    3. Isteri yang tidak ditentukan maharnya tetapi sudah berlaku perhubungan kelamin.


    TUJUAN MUT'AH

    1. Meringankan beban yang ditanggung oleh seorang bekas isteri akibat diceraikan oleh bekas suaminya.
    2. Isteri dapat memulakan penghidupan baru secara bersendirian atau sebelum dia dapat berkahwin dengan lelaki lain atau sebelum dia kembali semula kepada suaminya yang asal.
    3. Isteri yang diceraikan itu dapat menghadapi masa depan hidupnya dengan penuh cekal dan sabar.


    KADAR MUT'AH

    Tiada terdapat satu ukuran yang mutlak atau dalil yang qatie berhubung dengan kadar mut'ah yang minimum dan maksimum. Oleh itu, adalah lebih baik kadar tersebut ditentukan oleh hakim. Walau bagaimanapun, jika kedua-dua suami isteri bersetuju pada sesuatu kasdar maka itulah yang sebaik-baiknya.


    MUTA'AH MENURUT ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM SELANGOR NO. 4 1984 / PINDAAN 1988


    Seksyen 56 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor No. 4 1984/ Pin. 1988 memperuntukkan bahawa :
    " Selain dari haknya untuk memohon nafkah, seseorang perempuan yang telah diceraikan tanpa sebab oleh suaminya boleh memohon mut'ah @ pemberian saguhati kepada mahkamah, dan mahkamah boleh, selepas mendengar pihak-pihak itu dan apabila berpuashati bahawa perempuan itu telah diceraikan tanpa sebab yang patut memerintahkan suami membayar sejumlah wang yang wajar dan patut mengikut Hukum Syara' "

    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Ummi Munaliza

    • *
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #1 16 December, 2009, 12:30:16 AM
  • Publish

  • Persoalan tentang mut'ah

    "Assalamualaikum ,

    Persoalan saya seperti berikut:-

    1) Adakah seorang isteri yang mencadangkan perceraian sulh kerana tidak sanggup berpoligami dan mengakui tidak lagi dapat menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri, masih berhak menuntut nafkah muta'ah sedangkan perceraian itu adalah kehendak dan kemahuan isteri?

    2) Saya pernah terbaca di dalam internet ( tetapi saya lupa laman web nya ) bahawa tuntutan nafkah muta'ah itu hanya wajib di tuntut sekiranya perceraian itu bukan disebabkan isteri? Dalam kefahaman saya jika isteri yang menuntut dan mencadangkan perceraian beerti tidak berhak menuntut muta'ah, Adakah hal ini benar, tolong penjelasan.

    3) Sekiranya suami mempersetujui cadangan perceraian sulh dari pihak isteri adakah suami masih boleh menggunakan cerai secara khuluq?

    4) Apakah pandangan puan mengenai isteri yang menuntut cerai daripada suami dengan alasan tidak sanggup berpoligami.

    Saya benar-benar berharap segala persoalan saya ini mendapat maklum balas dari pihak puan dengan seberapa segera , saya tidak lupa mengucapkan ribuan terima kasih. Wassalam.."

    ~~~~~~~~~~~~~JAWAPAN ~~~~~~~~~~~~

    1) Adakah seorang isteri yang mencadangkan perceraian sulh kerana tidak sanggup berpoligami dan mengakui tidak lagi dapat menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri, masih berhak menuntut nafkah muta'ah sedangkan perceraian itu adalah kehendak dan kemahuan isteri?

    JAWAPAN: Perkara yang perlu dibetulkan di dalam soalan di atas ialah 'nafkah mut'ah'. Untuk makluman, nafkah dan mut'ah adalah dua perkataan dan perkara yang berbeza. Nafkah adalah perkara yang wajib diberikan oleh suami dalam tempoh perkahwinan dan selepas diceraikan, nafkah dalam tempoh eddah juga wajib diberikan oleh suami kepada isteri kecuali bagi kes isteri yang disabitkan nusyuz. Mut'ah pula bukan nafkah sebaliknya pemberian saguhati daripada suami kepada isteri yang diceraikan tanpa sebab yang munasabah berdasarkan syarak. Jika isteri yang tuntut cerai dan diceraikan oleh isteri tetapi alasan dan punca perceraian adalah daripada pihak suami, isteri tetap berhak menuntut untuk dapatkan mut'ah dan terpulang kepada budi bicara mahkamah untuk menentukannya. Selain faktor penyebab perceraian, mut'ah juga diambil berdasarkan susah payah yang dihadapi oleh isteri ketika hidup bersama dengan suami dalam tempoh perkahwinan. Dalam kes Puan, jika Puan mempunyai sejarah menghadapi kepayahan hidup bersama suami, berkorban demi kerukunan hidup bersama suami dan mungkin dengan pengorbanan tersebut memungkinkan suami Puan bersedia untuk berkahwin lagi, Puan boleh menuntut hak mut'ah tersebut walaupun bercerai secara baik dan atas kehendak Puan. Tuntut adalah satu usaha, lampirkan bukti-bukti yang menyokong dakwaan Puan dan selebihnya berdoa dan serahkan kepada-Nya...

    2) Saya pernah terbaca di dalam internet ( tetapi saya lupa laman web nya ) bahawa tuntutan nafkah muta'ah itu hanya wajib di tuntut sekiranya perceraian itu bukan disebabkan isteri? Dalam kefahaman saya jika isteri yang menuntut dan mencadangkan perceraian beerti tidak berhak menuntut muta'ah, Adakah hal ini benar, tolong penjelasan.

    JAWAPAN: Telah dijawab bersama dengan soalan pertama.

    3) Sekiranya suami mempersetujui cadangan perceraian sulh dari pihak isteri adakah suami masih boleh menggunakan cerai secara khuluq?

    JAWAPAN: Jika kes perceraian sulh telah didaftarkan, suami Puan perlu berikan alasan yang kukuh untuk membatalkan kes dan memulakan kes baru (khuluq). Walaupun begitu, Puan berhak untuk menentang tuntutan khuluq yang dikemukakan oleh suami dengan alasan-alasan yang kukuh.


    4) Apakah pandangan puan mengenai isteri yang menuntut cerai daripada suami dengan alasan tidak sanggup berpoligami?

    JAWAPAN: Jawapan yang saya berikan ini bukanlah berdasarkan pandangan saya sebaliknya berdasarkan hukum syarak. Secara jelas, poligami diharuskan oleh syarak dengan hikmahn yang tersendiri, bukan sahaja kepada suami sebaliknya kepada isteri juga. Namun, tidak semua lelaki layak berpoligami. Jika suami Puan tergolong dalam kategori lelaki yang layak, mampu serta boleh berlaku adil, Puan tidak boleh mengenepikan kelayakan suami Puan hanya dengan alasan Puan tidak sanggup berpoligami.

    Hukum talak sama ada suami memberi atau isteri menuntut, pada asalnya adalah harus, tetapi hukum harus ini boleh berubah mengikut keadaan kes. Talak boleh menjadi wajib sekiranya perkahwinan gagal mencapai hikmah dan tidak boleh dpulihkan lagi atau tidak ada tanda-tanda boleh diperbaiki atau diselamatkan. Talak juga menjadi wajib jika suami telah bersumpah untuk menceraikan isterinya.

    Hukum talak adalah haram jika menceraikan isteri semasa isteri di dalam waktu haid atau hamil atau ketika suci tetapi baru disetubuhi. Walaupun haram tetapi talak tetap jatuh. Hukum talak adalah sunat jika suami tidak dapat menyempurnakan nafkah batin. Hukum talak adalah makruh dan boleh membawa kepada haram jika menceraikan isteri atau isteri menuntut cerai tanpa sebab yang munasabah menurut syarak.

    Tidak sanggup berkongsi kasih bukan alasan yang munasabah berdasarkan syarak sebaliknya berdasarkan emosi dan hukum menuntut cerai dalam keadaan tersebut adalah haram berdasarkan satu hadis: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Mana-mana perempuan yang memohon cerai daripada suaminya tanpa sebab yang munasabah maka haram ke atasnya bau syurga.” -riwayat Bukhari, Muslim, Tirmizi, Abu Daud dan Ahmad.

    Lantas, mohonlah petunjuk-Nya dan sentiasa berdoa mohon yang terbaik dan percayalah, Allah SWT tidak akan menganiayai hamba-Nya. Wallahua'lam....


    divider3
    halaqahforum4