0 Halaqian and 1 Tetamu are viewing this topic.
Rasulullah Sallallahu 'Alayhi WaSallambersabda: “Sesungguhnya Allah menerima taubat seorang hamba, selama belum dalam sakarotul-maut” (HR. Tirmidzi).
Abdullah ibn Mas'ud RA berkata: "Orang mukmin melihat dosa-dosanya seolah-olah dia sedang berada di kaki gunung; dia takut kalau gunung itu akan menghempapnya. Manakala ahli maksiat melihat dosanya hanya seperti seekor lalat yang hinggap di hidungnya maka mudah untuk menghalaunya."Namun demikian, tidak sepatutnya pula seseorang hamba yang apabila telah melakukan dosa, dikalahkan oleh kesalahan yang dilakukannya. Dikalahkan dalam bentuk bersikap pesimis, tidak lagi mengharap keampunan Tuhannya dan berprasangka buruk terhadap Tuhannya. Bagi orang yang benar-benar beriman dan hidup hatinya, rasa khawf dan raja' (takut dan harap kepada Allah) mesti ada pada dirinya. Allah telah menyifatkan para nabi dan rasul-Nya serta pengikut mereka dari kalangan kaum mukminin yang solehin dengan kedua-dua sifat ini, sebagaimana firman-Nya dalam surah al-Israa' ayat 57.Syeikh Ibnu 'Atoillah RA menyatakan dalam Hikamnya: "Janganlah kerana besarnya dosa di sisi kamu, menghalang kamu daripada berprasangka baik dengan Allah kerana orang yang telah kenal Tuhannya, nescaya akan menganggap dosanya kecil di sisi kemurahan Allah yang luas."
assalamualaikum kawan-kawan...di sini ada 1 soalan...harap kawan2 dapat membantu....macam mane kite nk ganti solat @ puasa yg kite telah tinggalkan suatu ketika dahulu...??padahal kite x tahu berapa kali kite tinggal solat @ puasa tersebut...
Dimulakan Oleh sarina1509 Artikel Agama
Dimulakan Oleh Kampung Lady Muslimah
Dimulakan Oleh mohdkhairi Ekonomi