Sebuah Sketsa dan Fenomena Perkahwinan Hari ini.

*

Author Topic: Sebuah Sketsa dan Fenomena Perkahwinan Hari ini.  (Read 13014 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Ummi Munaliza

  • *
  • Posts: 14487
  • Anniversary Ke 30
    • View Profile
Reply #20 15 December, 2009, 08:32:29 PM
  • Publish
  • :) Terkedu najwa baca post ummi. Sebak sangat. Ya Allah jauhkanlah aku dari bersikap sebegitu. Moga abang2 dan kakak2 najwa di Halaqah ni redha dengan pasangan masing2 yang Allah dah tetapkan. Mungkin itu yang terbaik buat kita.Buat ummi, sabar ye ni satu ujian buat ummi dalam membantu orang lain mendirikan masjid.

    :ws:

    Najwa sayang, ummi tidak ada masalah dalam membantu urusan pencarian jodoh ini.  :ins: Ummi akan bantu mereka-mereka ini mendapat jodoh yang baik di sisi Allah SWT. Itu yang ummi harapkan , berdoalah, letakkan harapan kepada Allah. Baitul Muslim hanya pemudah cara agar apa yang kita rancang diredhai dan dirahmati Allah SWT.
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    anasameen

    • *
    • Posts: 1052
    • free al-Quds!!!
      • View Profile
    Reply #21 15 December, 2009, 09:55:08 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum...
    Kagum dengan usaha ummi...Moga berjaya seperti yang diharap dan dipermudahkan dalam segala hal...ameen
    :: berkata2 itu lebih senang dari melaksana ::

    najwa_hamali

    • *
    • Posts: 749
    • ~BIDADARI SYURGA IMPIAN DI HATI~
      • View Profile
    Reply #22 15 December, 2009, 10:18:25 PM
  • Publish

  •  :ws:

    Najwa sayang, ummi tidak ada masalah dalam membantu urusan pencarian jodoh ini.  :ins: Ummi akan bantu mereka-mereka ini mendapat jodoh yang baik di sisi Allah SWT. Itu yang ummi harapkan , berdoalah, letakkan harapan kepada Allah. Baitul Muslim hanya pemudah cara agar apa yang kita rancang diredhai dan dirahmati Allah SWT.

    ummi sayang  :ins: sama-sama kita berdoa. Najwa senang dengar ramai abang-abang dan kakak-kakak najwa di Halaqah ni bertemu jodoh.
    YA ALLAH..........jadikanlah aku seorang muslimah...mukminah...mujahidah..dan seorang anak,isteri & ibu yg solehah....jadikanlah aku salah satu bidadari di syurga nanti......

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #23 15 December, 2009, 10:36:24 PM
  • Publish

  • Perlu kita memahami, apakah maksud sebenar sekufu seperti yang dianjurkan di dalam Islam? Kembali kepada maksud firman Allah yang menyatakan bahawa perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik. Inilah maksud sekufu yang dikehendaki dan patut serta perlu diamalkan sebenarnya.

    Bukannya sekufu itu bermaksud seorang lelaki atau perempuan perlu mempunyai tahap pendidikan yang sama atau berharta dan mempunyai kedudukan yang setaraf dengan bakal pasangannya. Apabila salah seorang sama ada perempuan atau lelaki mempunyai pendidikan yang lebih tinggi berbanding pasangannya ataupun memiliki harta yang lebih berbanding pasangannya tetapi mereka mempunyai persamaan dari segi ilmu agama dan kecenderungan mengamalkan amalan agamanya, maka lelaki dan perempuan tersebut adalah sekufu.

    Islam telah menetapkan bahawa sesiapa yang mengutamakan ajaran agama akan mendapat keharmonian di dalam hidup. Kepada mereka yang sedang bercinta dan dihalang oleh orang tua kerana dikatakan tidak sekufu tetapi tidak menepati maksud sekufu yang dianjurkan oleh Islam, sekiranya anda yakin pilihan anda adalah pilihan yang terbaik, berdoalah agar pilihan anda memang betul pilihan yang terbaik dan berdoalah juga agar jodoh anda dipermudahkan.

    arinzone

    • *
    • Posts: 2
      • View Profile
    Reply #24 17 December, 2009, 11:04:25 AM
  • Publish
  • salam ummi
    saya belum hantar lagi borang
    umur dh masuk 28 thn depan

    assiddiq

    • *
    • Posts: 4596
    • "Dengan Kehendak dan KuasaNya"
      • View Profile
    Reply #25 17 December, 2009, 11:22:29 AM
  • Publish
  • Lagi 1.. Mungkin pendapat mereka,mereka nak pompuan yg berpemikiran matang kot..

    Sekadar pendapat aja.. zassss
    "Al-haqqu bila nizom yaghlibuhul-baatil binnizom"
    Maksudnya: "Sesuatu kebenaran yang tidak sistematik akan dikalahkan oleh kebatilan yang sistematik dan terancang."
    http://Http://cahayarabbani.blogspot.com
    http://Http://islamicmoviecollection.blogspot.com
    assiddiq@ymail.com

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #26 16 March, 2010, 07:16:23 AM
  • Publish
  • Satu lagi yang ingin ummi suarakan ialah ciri-ciri calon suami yang diinginkan, antaranya: mampukah untuk baitul muslim memenuhi ciri-ciri ini? Ini hanya 1% dari seluruh borang yang ummi terima, ciri-ciri yang di inginkan kepada calon suami...

    Quote
    Ciri-ciri calon:
    1.   Orang pantai timur (sebaiknya orang Kelantan)
    2.   Umur sebaya atau lebih tua tidak melebihi 10 tahun
    3.   Mempunyai pekerjaan tetap @dah stabil
    4.   Kelulusan degree@master
    5.   Berfikrah islamik
    6.   Memberi sokongan penuh jika saya ingin menyambung phd
    7.   Seorang yang penyayang, bertanggung jawab, amanah, jujur
    8.   Baik akhlak, amalan dan boleh jadi pemimpin yang baik dalam keluarga
    9.   Hormat orang tua
    10.   Menerima kekurangan dan kelebihan diri ini seadanya
    11.   Telah bersedia untuk membina masjid paling awal hujung tahun ini.



    Quote
    1. asalkan beriman dan mampu membimbing ke arahNya.
    2.Kerja tetap
    3.Bangsa – melayu
    4.Warna kulit- menerima seadanya

    Quote
    Saya lebih berminat sekiranya lelaki tersebut lebih tua daripada saya (dalam lingkungan 27-35 tahun) dan mempunyai pekerjaan tetap.

    Quote
    Antara ciri-ciri yang sentiasa ada dalam doa saya kerana bagi saya cinta yang akan saya berikan hanya kepada lelaki yang bergelar suami :
    1) Tidak merokok
    2) Beragama Islam dan mengamalkannya
    3) Rajin,bertanggungjawab dan sentiasa menerima saya dan keluarga saya seadanya
    4) Mempunyai minat yang sama seperti saya dalam bidang dakwah dan kesukarelawan
    5) Mempunyai sifat kepimpinan
    6) Berkerjaya tetap dan menjadikan dakwah sebagai landasan kehidupan walupun berkerjaya profesional
    7) Boleh membimbing,  memberi dorongan, nasihatdan menjadi seorang ketua keluarga yang soleh
    8) Mempunyai wajah yang tenang, menyayangi saya kerana Allah
    9) Sihat tubuh badan, umur lebih tua,lebih tinggi
    10) Seorang yang sudah bersedia dan serius untuk menerima amanah ini
    Saya hanya mampu berdoa, hanya Allah yang menentukan.

    Quote
    lebih tua dari segi umur saya,asal johor,bangsa m elayu,tidak kisah warna kulit,mempunyai pekerjaan yang tetap.Bagi saya,biarlah dia seorg yang boleh membimbing dan pendengar terbaik.

    Quote
    UMUR MIN, TUA SETAHUN DR SAYA..MAX 10 TAHUN TUA DR SYA. TP LEBIH PREFER YG TUA MORE THAN 5 YEAR.
    KEUTAMAAN ADALAH CALON NEGERI YG TK JAUH SGT DGN JOHOR, SBB PARENT AKAN MENETAP DI JOHOR BILA DH PENCEN NNTI. NEGERI YG JAUH2, ( NEGERI BELAH UTARA, KELANTAN,TERENGGANU, SABAH SARAWAK) BOLEH DIPERTIMBANGKAN.
    KEUTAMAAN BERBANGSA MELAYU/ KALAU MUALAFF , BIARLAH YG DAH LAMA PELUK ISLAM
    WARNA KULIT TK KESAH KOT , YG LEBIH KURANG SAMA NGAN SY LAGI PREFER
    CIRI2 FIZIKAL (kalau ikut kehendak sy, tk berapa kesah sgt, tp sbb mak sy memilih sket, so terpaksa la letak jgk sket criteria yg sy rasa mak sy agak berkenan) TAK RENDAH DR SY, TK GEMUK SGT, TK KURUS SGT, WARNA KULIT TK HITAM
     ( KALAU PUTIH LG MAK SUKA) , TAHAP PENDIDIKAN DAN PKERJAAN YG LBH TINGGI DR SAYA.(ni PENTING! mmg mak sure tnya)


    Quote
    Nak bersuamikan lelaki yg lebih tua…dan berpendapatan yang stabil.

    Quote
    Berasal dr mana2 negeri di Semenanjung sahaja…kalau boleh bekerja di utara spt perak,Penang, Kedah kerana saya bekerja di penang dan tak bercadang utk bekerja/menetap di KL/Selangor. Bangsa Melayu or saudara Muslim baru…fizikal tak kisah walaupun berat 200kg. Saya pandang hati, janji baik hati, fizikal tak menjaminkan bahagia, beriman, rajin bekerja, berwawasan, tak cepat marah, cool, kelakar, hormat org tua, sukakan anak kecil

    Jika ini ciri-ciri suami yang diidamkan, rasa-rasa ramaikah lelaki yang belum berkahwin mempunyai ciri-ciri ini? Mahu yang bekerja tetap, boleh menjadi imam, jadi bagaimana dengan lelaki yang bekerja sebagai buruh, yang bekerja sebagai mekanik, kerja bengkel, kerja penjual ikan dan sayur? Adakah mereka ini tidak berpeluang untuk berkahwin, bila kebanyakkan calon mahu bekerja tetap sahaja.

    Adakah muslimah tidak yakin dengan rezeki yang telah Allah janjikan?
    « Last Edit: 16 March, 2010, 07:18:42 AM by Ummi Munaliza »

    Abd Hadi

    • *
    • Posts: 397
      • View Profile
    Reply #27 16 March, 2010, 07:36:41 AM
  • Publish
  • ish...kelakar betul lah...okaja* ...muslimah ni ingat muslimin ni macam tanah liat ke, boleh dibentuk mengikut kretiria yang diinginkan.. ceria*
    Menuntut ilmu lebih mulia daripada ibadah sunat
    Siapa yang inginkan dunia maka hendaklah dia berilmu,
    Dan siapa yang inginkan akhirat maka hendaklah dengan ilmu
    Ibadah yang paling hampir kepada Allah selepas perkara wajib ialah menuntut ilmu.

    cahaya pencinta

    • *
    • Posts: 1086
    • Dalam pahit hidup, aku merasa manisnya~
      • View Profile
    Reply #28 16 March, 2010, 07:42:54 AM
  • Publish
  • ish...kelakar betul lah...okaja* ...muslimah ni ingat muslimin ni macam tanah liat ke, boleh dibentuk mengikut kretiria yang diinginkan.. ceria*

    muslimin pun hendakkan sesuatu ciri dari muslimah kan?:sedihnya:..tulis kat situ ciri, tapi bila dah jumpa xsemestinya semua ciri tu ada. kadang cakap je, tapi lain jadinya. macam kawan tu tak suka sungguh doktor, akhirnya jodohnya dengan doktor. dah selamat jadi suami isteri dah pun. kononnya tak mau orang pantai timur, suaminya orang terengganu. harapnya tak mau orang yang hidup susah, takut die xbiasa, suaminya orang kampung yang rumahnya di dalam ladang. jodoh di tangan Tuhan, usaha mencari yang terbaik tetap terus.:sedihnya:..jangan lebih2 mintaknya dah la.. nak jet macam kak long kata.. ahaha.. tau kak long gurau je.. okaja*

    nkarul

    • *
    • Posts: 269
      • View Profile
    Reply #29 16 March, 2010, 08:34:17 AM
  • Publish
  • Satu lagi yang ingin ummi suarakan ialah ciri-ciri calon suami yang diinginkan, antaranya: mampukah untuk baitul muslim memenuhi ciri-ciri ini? Ini hanya 1% dari seluruh borang yang ummi terima, ciri-ciri yang di inginkan kepada calon suami...

    Quote
    Ciri-ciri calon:
    1.   Orang pantai timur (sebaiknya orang Kelantan)
    2.   Umur sebaya atau lebih tua tidak melebihi 10 tahun
    3.   Mempunyai pekerjaan tetap @dah stabil
    4.   Kelulusan degree@master
    5.   Berfikrah islamik
    6.   Memberi sokongan penuh jika saya ingin menyambung phd
    7.   Seorang yang penyayang, bertanggung jawab, amanah, jujur
    8.   Baik akhlak, amalan dan boleh jadi pemimpin yang baik dalam keluarga
    9.   Hormat orang tua
    10.   Menerima kekurangan dan kelebihan diri ini seadanya
    11.   Telah bersedia untuk membina masjid paling awal hujung tahun ini.



    Quote
    1. asalkan beriman dan mampu membimbing ke arahNya.
    2.Kerja tetap
    3.Bangsa – melayu
    4.Warna kulit- menerima seadanya

    Quote
    Saya lebih berminat sekiranya lelaki tersebut lebih tua daripada saya (dalam lingkungan 27-35 tahun) dan mempunyai pekerjaan tetap.

    Quote
    Antara ciri-ciri yang sentiasa ada dalam doa saya kerana bagi saya cinta yang akan saya berikan hanya kepada lelaki yang bergelar suami :
    1) Tidak merokok
    2) Beragama Islam dan mengamalkannya
    3) Rajin,bertanggungjawab dan sentiasa menerima saya dan keluarga saya seadanya
    4) Mempunyai minat yang sama seperti saya dalam bidang dakwah dan kesukarelawan
    5) Mempunyai sifat kepimpinan
    6) Berkerjaya tetap dan menjadikan dakwah sebagai landasan kehidupan walupun berkerjaya profesional
    7) Boleh membimbing,  memberi dorongan, nasihatdan menjadi seorang ketua keluarga yang soleh
    8) Mempunyai wajah yang tenang, menyayangi saya kerana Allah
    9) Sihat tubuh badan, umur lebih tua,lebih tinggi
    10) Seorang yang sudah bersedia dan serius untuk menerima amanah ini
    Saya hanya mampu berdoa, hanya Allah yang menentukan.

    Quote
    lebih tua dari segi umur saya,asal johor,bangsa m elayu,tidak kisah warna kulit,mempunyai pekerjaan yang tetap.Bagi saya,biarlah dia seorg yang boleh membimbing dan pendengar terbaik.

    Quote
    UMUR MIN, TUA SETAHUN DR SAYA..MAX 10 TAHUN TUA DR SYA. TP LEBIH PREFER YG TUA MORE THAN 5 YEAR.
    KEUTAMAAN ADALAH CALON NEGERI YG TK JAUH SGT DGN JOHOR, SBB PARENT AKAN MENETAP DI JOHOR BILA DH PENCEN NNTI. NEGERI YG JAUH2, ( NEGERI BELAH UTARA, KELANTAN,TERENGGANU, SABAH SARAWAK) BOLEH DIPERTIMBANGKAN.
    KEUTAMAAN BERBANGSA MELAYU/ KALAU MUALAFF , BIARLAH YG DAH LAMA PELUK ISLAM
    WARNA KULIT TK KESAH KOT , YG LEBIH KURANG SAMA NGAN SY LAGI PREFER
    CIRI2 FIZIKAL (kalau ikut kehendak sy, tk berapa kesah sgt, tp sbb mak sy memilih sket, so terpaksa la letak jgk sket criteria yg sy rasa mak sy agak berkenan) TAK RENDAH DR SY, TK GEMUK SGT, TK KURUS SGT, WARNA KULIT TK HITAM
     ( KALAU PUTIH LG MAK SUKA) , TAHAP PENDIDIKAN DAN PKERJAAN YG LBH TINGGI DR SAYA.(ni PENTING! mmg mak sure tnya)


    Quote
    Nak bersuamikan lelaki yg lebih tua…dan berpendapatan yang stabil.

    Quote
    Berasal dr mana2 negeri di Semenanjung sahaja…kalau boleh bekerja di utara spt perak,Penang, Kedah kerana saya bekerja di penang dan tak bercadang utk bekerja/menetap di KL/Selangor. Bangsa Melayu or saudara Muslim baru…fizikal tak kisah walaupun berat 200kg. Saya pandang hati, janji baik hati, fizikal tak menjaminkan bahagia, beriman, rajin bekerja, berwawasan, tak cepat marah, cool, kelakar, hormat org tua, sukakan anak kecil

    Jika ini ciri-ciri suami yang diidamkan, rasa-rasa ramaikah lelaki yang belum berkahwin mempunyai ciri-ciri ini? Mahu yang bekerja tetap, boleh menjadi imam, jadi bagaimana dengan lelaki yang bekerja sebagai buruh, yang bekerja sebagai mekanik, kerja bengkel, kerja penjual ikan dan sayur? Adakah mereka ini tidak berpeluang untuk berkahwin, bila kebanyakkan calon mahu bekerja tetap sahaja.

    Adakah muslimah tidak yakin dengan rezeki yang telah Allah janjikan?

    kalo semua ciri2 tu, alamat tak kawin la saya nie  menangiis menangiis

    msa

    • *
    • Posts: 1607
      • View Profile
    Reply #30 16 March, 2010, 09:22:59 AM
  • Publish
  • umi...

    sy baru nak isi borang.. tapi terhenti sekejap bila baca post umi ni.. sebab saya pun di kalangan muslimah yg umi maksudkan.. nak yang ada kerja tetap, dan umur mesti lebih tua dari saya.

    adakah saya terlalu memilih? tapi itu juga kriteria yang ditetapkan ibu bapa saya..

    Pinky,
    Kita kena lihat realiti zaman ini. Jangan kita pandang zaman lalu yang semakin berubah. Lihat realiti, di mana lelaki lebih ramai, di mana wanita berada sekarang ini. Lihat keadaan di kampus, kolej belajar, kebanyakkan siswa  dah berpunya bila mereka keluar, sebaik dapat kerja mereka berkahwin. Yang tinggal siapa? Yang perempuan, selalu mak kata, tamatkan belajar baru nak berkawan atau bercinta, bila dah keluar, usia dah bertambah, nak cari mana calon yang lebih tua?

    Tambah fenomena hari ini, lelaki mula mahu berkahwin dalam usia muda, kerana tak mahu bercouple, umur 21 tahun dah berkahwin, so  mana nak cari lelaki usia lebih tua dari 24? Tu yang kadang terjerat dengan suami orang. Jika berpoligami cara sunnah , tak ada masalah, boleh teruskan.

    kadang-kadang perkara macam ni sangat menakutkan...dah la takut, tambah lagi ragu2..:sedihnya:...Ya Allah, tolonglah hambaMu ini, sesungguhnya Engkau lah sebaik-baik Penolong.... :aamiin:    Ummi...maafkan saya
    ~ Begin with the End in Mind ~

    anasameen

    • *
    • Posts: 1052
    • free al-Quds!!!
      • View Profile
    Reply #31 16 March, 2010, 10:56:03 AM
  • Publish
  • ish...kelakar betul lah...okaja* ...muslimah ni ingat muslimin ni macam tanah liat ke, boleh dibentuk mengikut kretiria yang diinginkan.. ceria*

    muslimin pun hendakkan sesuatu ciri dari muslimah kan?:sedihnya:..tulis kat situ ciri, tapi bila dah jumpa xsemestinya semua ciri tu ada. kadang cakap je, tapi lain jadinya. macam kawan tu tak suka sungguh doktor, akhirnya jodohnya dengan doktor. dah selamat jadi suami isteri dah pun. kononnya tak mau orang pantai timur, suaminya orang terengganu. harapnya tak mau orang yang hidup susah, takut die xbiasa, suaminya orang kampung yang rumahnya di dalam ladang. jodoh di tangan Tuhan, usaha mencari yang terbaik tetap terus.:sedihnya:..jangan lebih2 mintaknya dah la.. nak jet macam kak long kata.. ahaha.. tau kak long gurau je.. okaja*

     :)

    Kalau cakap pasal jodoh ni nak pilih lebih-lebih maknanya semua akan membujang sampai ke tua. Pilihlah ikut apa yang Nabi sarankan. Kita ni sebenarnya dah tahu semua pasal kriteria2 tu tapi tak tahulah kenapa tak nak praktikkan. Lelakipuntak perlu rasa rendah diri kalau kerjayanya lebih rendah dari isteri sebabnya walaupun dalam realiti isteri lagi tinggi jawatan, gaji dan sebagainya, kat sisi DIA suami tetap kat atas.

    Cikgu kat sekolah menengah dulu suami isteri siap satu sekolah lagi. Si isteri punyalah advance, siap dapat anugerah cemerlang lagi. Tetapi yang saya kagum pasal cikgu ni, si isteri tolak bila orang atasan mahu naikkan pankatnya. Kerana apa? Nak jaga hati suami dia. Tengok, macam mana keadaan pun bakal suami dan isteri, jika satu sama lain hormat hak masing-masing, semuanya akan baik. Si suami tadipun bukanlah tak nak isterinya berada atas daripada dia, dia semestinya bangga punya isteri yang bagus dalam semua bidang, tetapi si isteri ingin menunjukkan dia tersangatlah hormat pada suaminya.

    Siapa dan tinggi manapun jawatan atau gaji bakal suami dan isteri tak mengapa sebenarnya, jika Quran dan sunnah Rasul kita pegang betul2. Saling hormat, dan majukan diri dalam apa jua hal semampu yang boleh. Daripada usaha itulah, kita dapat kesan setakat mana ikhlasnya hati dalam menerima pasangan masing-masing. ALLAHu'alam

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #32 16 March, 2010, 11:00:08 AM
  • Publish

  • Ada sapa-sapa yang sudi untuk berkahwin dengan buruh binaan, penjual sayur, penjual ikan atau tukang  buat roti canai? Mereka semua ni tidak bergaji tetap, tetapi mencari rezeki yang halal. Jika berkahwin dengan mereka perlu hidup seadanya, qanaah, redha dan yakin  dengan rezeki yang telah Allah tetapkan sejak azali. Ada ke muslimah yan mahu? Sapa muslimah di sini yang sudi?

    Atau muslimah di sini hanya pandai berkata-kata , hakikatnya tidak sanggup jika ummi memadankan mereka dengan pasangan ini. ummi dah lihat sendiri, pengalaman memadankan dengan orang macam ni, ditolak bulat-bulat, katanya tidak sekufu. Macamana ummi nak cari sekufu,jika bilangan lelaki yang mendaftar, berjawatan tetap tidak ramai...walaupun agama mereka bagus...

    Baca kes ini  :


    Minggu ini lelah mengerjakan Baitul Muslim kerana 4 calon muslimin ditolak  oleh muslimah-muslimah. Tak tahu, apa yang muslimah-muslimah ini mahukan. Diberikan calon mengikut ciri-ciri yang dikehendaki pun ditolak.

    Alasan menolak pula, bukan alasan yang tertulis dalam syarat pemilihan calon yang ditetap syariat. Rupa paras, harta, keturunan dan agama.Alasan menolak adalah kerana negeri dan bangsa.

    Sedap menulis dalam ciri-ciri calon suami idaman : sekufu, bergaji tetap, boleh jadi imam dan membimbing diri dan  sedap mata memandang. Tapi bila diberikan, tetap menolak juga. Apa lagi mahu di cari? Itulah Jodoh namanya.

    Pernah satu muslimah tu menulis, ayatnya power;
    "SAYA BERCITA-CITA UNTUK BERKAHWIN DENGAN LELAKI YANG BILA SAYA KAHWIN DENGANNYA SETIAP SAAT BERSAMANYA AKAN DINILAI ALLAH SEBAGAI SATU IBADAH (SENTIASA BERUSAHA BERSAMA-SAMA UNTUK MENCARI REDHA ALLAH)

    LELAKI YANG DAPAT ADAPTASI ISLAM SEPENUHNYA DALAM DIRI WALAUPUN DIA SEORANG MUALLAF ATAU TIDAK BELAJAR ALIRAN AGAMA SECARA LANGSUNG.

    SAYA TIDAK KISAH JIKA LELAKI TERSEBUT MUALLAF YANG DIPINGGIRKAN KELUARGA ATAU ANAK YATIM.

    SEORANG LELAKI YANG BERILMU PENGETAHUAN DAN BERPENDAPATAN TETAP, MODEN, ISLAMIK TETAPI TETAP “HUMBLE” DENGAN SEMUA KURNIAAN ALLAH.

    SEORANG LELAKI YANG PENUH DENGAN KASIH SAYANG DAN MEMILIKI SIFAT-SIFAT MAHMUDAH, BERTANGUNGJAWAB DAN RINGAN TULANG UNTUK MELAKUKAN TUGAS RUMAHTANGGA BERSAMA-SAMA"

    Bila diberikan, berta'aruf, terus menolak...ini  alasan menolak "sebenarnya saya bukanlah orang yang layak dan sepatutnya mampu membimbing dia dengan baik." Bukan ibu bapa yang menolak, tetapi diri sendiri, sebab masa bertemu ibu bapa, ibu bapa hanya mengikut kehendak anak itu.

    Kenapa, masa menulis tidak fikirkan dengan baik, sebab muslimah ini berpendidikan tinggi dalam pengajian Islam (AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UM, 3.67,(MASTER) FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UKM.)


    Segalanya kembali kepada Allah SWT, DIA yang menetapkan jodoh manusia, Dia yang mengatur perjalanan hidup manusia dan pergerakan alam semesta. Kepada Allah aku kembali, "Ya, Allah beri aku kekuatan untuk menguruskan amanah MU ini, jadikan kesabaran dalam aku menguruskannya   sebagai ibadah . " Ameen...

    « Last Edit: 16 March, 2010, 11:04:34 AM by Ummi Munaliza »

    msa

    • *
    • Posts: 1607
      • View Profile
    Reply #33 16 March, 2010, 11:54:24 AM
  • Publish
  • ummi kalau duit kenduri tu duit loan yang kita dah tahu ada unsur riba maknaya tidak halal la yer..
    ramai org skrg.nk kenduri ambil loan, nak buat besar-besaran maklumlah kawin hanya sekali...sampai anak 5 pon loan tak habis bayar nanti..





    kenape la dah tau ada unsur riba ambil juga loan tu...bahaya tu...kita dah tau haram tapi buat macam tak tahu...

    nak berlagak punya pasal laa...
    kadang2 tu org tua2 pon salah....nak letak hantaran utk sorang2 anak perempuan tu letak mahal2...nak lawan dgan makcik sebelah rumah..
    anak dia spm jer sampai 7 ribu anak aku ada degree kena mahal sikit dari dia...macam tu pon ada adoiii

    Hmm...sebuah sketsa dan fenomena perkahwinan masa kini juga....  diambil dari thread Wajibkah menghadiri walimatul urus?
    « Last Edit: 16 March, 2010, 11:56:09 AM by msa »

    anazahra

    • *
    • Posts: 924
      • View Profile
    Reply #34 16 March, 2010, 01:01:09 PM
  • Publish


  • "Ya Alah Ya Tuhan ku...
    Lembutkanlah hati ibuku untuk menerima sesiapa sahaja yang menjadi pilihan hatiku..
    Sesungguhnya Ya Allah, hanya Engkaulah yang menggenggam hati ibuku.
    Engkau Maha Mengetahui Ya Allah sedang aku tidak mengetahui"

     :'( :'( :'( :'( :'(

    anazahra

    • *
    • Posts: 924
      • View Profile
    Reply #35 16 March, 2010, 02:04:20 PM
  • Publish


  • Quote
    UMUR MIN, TUA SETAHUN DR SAYA..MAX 10 TAHUN TUA DR SYA. TP LEBIH PREFER YG TUA MORE THAN 5 YEAR.
    KEUTAMAAN ADALAH CALON NEGERI YG TK JAUH SGT DGN JOHOR, SBB PARENT AKAN MENETAP DI JOHOR BILA DH PENCEN NNTI. NEGERI YG JAUH2, ( NEGERI BELAH UTARA, KELANTAN,TERENGGANU, SABAH SARAWAK) BOLEH DIPERTIMBANGKAN.
    KEUTAMAAN BERBANGSA MELAYU/ KALAU MUALAFF , BIARLAH YG DAH LAMA PELUK ISLAM
    WARNA KULIT TK KESAH KOT , YG LEBIH KURANG SAMA NGAN SY LAGI PREFER
    CIRI2 FIZIKAL (kalau ikut kehendak sy, tk berapa kesah sgt, tp sbb mak sy memilih sket, so terpaksa la letak jgk sket criteria yg sy rasa mak sy agak berkenan) TAK RENDAH DR SY, TK GEMUK SGT, TK KURUS SGT, WARNA KULIT TK HITAM
     ( KALAU PUTIH LG MAK SUKA) , TAHAP PENDIDIKAN DAN PKERJAAN YG LBH TINGGI DR SAYA.(ni PENTING! mmg mak sure tnya)



    Aduiii laaa..
    Banyaknye ciri2...
    Macam inteview pun ada jugak...
    Nak macam ni, macam ni, macam ni.. aduhhh..
    Ana kalu jadi lelaki pun garu kepala ni...
    Siap ada tanda seru tak tahan...

    afida_11

    • *
    • Posts: 1
      • View Profile
    Reply #36 16 March, 2010, 02:36:00 PM
  • Publish
  • Salam.rakan-rakan sekalian, bacalah novel Jaja & Din.
    ada pengajaran yg baik utk anda sekalian...
    seorg pompuan sanggup berubah segala-galanya demi seorg Din ini...
    ibarat Yusuf dan Zulaika

    TokDdeka

    • *
    • Posts: 199
      • View Profile
    Reply #37 16 March, 2010, 03:57:27 PM
  • Publish
  • Salam.

    Sedikit catatan dari saya, jika boleh dimanafaatkan oleh Halaqian semua.

    Perkahwinan bukanlah satu permainan untuk dimainkan pada hari pernikahan, di majlis yang meriah-meriah, dengan para undangan yang kelas-kelas, di buat di dewan yang mahal-mahal, dengan mendapat hadiah bertimbun-timbun dari kawan-kawan, dengan dijamu dengan makanan yang sedap-sedap, dengan diiringi dengan dendangan lagu-lagu yang merdu-merdu, dengan diambil gambar-gambar yang cantik-cantik untuk dibuat kenangan-kenangan.

    Perkahwinan ialah satu permulaan kepada satu kehidupan yang lebih lengkap dan sempurna, yang akan berlaku SELEPAS dari majlis yang besar-besar itu.

    Sudah hilangkah keyakinan kita kepada ayat Allah Taala dalam ayat 21 surah Ar-Rum? (Kalau nak tahu, tengoklah sendiri)

    Agaknya, kita terlalu terpengaruh dengan ‘cinta-cinta konvensional’ yang cerita-cerita mengenainya terdapat di mana-mana, sehingga kita lupa dengan kasih sayang yang haqiqi, yang sebenar, seperti yang diterangkan oleh Allah Taala dalam ayat itu.

    Allah Taala AKAN MENYUNTIK kasih sayang sebenar antara lelaki dan perempuan HANYA SELEPAS mereka bernikah dengan sah. Apa saja yang dikatakan cinta ke, miss you ke, love you ke, atau apa-apa saja yang diungkapkan SEBELUM pernikahan adalah KOSONG semata-mata, dan TIDAK SEDIKITPUN akan memberikan sebarang sumbangan kepada rumahtangga yang akan dibina SELEPAS dinikahkan dengan sah.

    Sudah berapa banyak pasangan yang KONONNYA bercinta sejati sebelum bernikah, menemui kehancuran rumahtangga selepas bernikah. Dalam atau tohornya apa yang dikatakan cinta antara lelaki dan perempuan SEBELUM bernikah, masih BELUM TENTU memberi sebarang jaminan kepada kebahagiaan rumahtangga yang bakal mereka bina kelak.

    Bernikahlah dulu, dengan niat yang suci dan bersih, semata-mata kerana Allah Taala. Nescaya DIA yang akan memberikan perasaan kasih sayang dan kasihan belas kepada pasangan suami isteri itu, SELEPAS BERNIKAH. Anugerah Allah Taala itu melampaui sebarang harta benda, pangkat, jawatan, pekerjaan yang lumayan, atau apa saja yang manusia nampak macam baik sangat.

    Berapa banyak pasangan suami isteri yang diselimuti dengan segala harta benda, tetapi tidak bahagia.

    Anugerah Allah Taala itulah yang bakal mengikat suami isteri itu hingga ke akhir hayat mereka. Sedikitpun manusia TIDAK BERUPAYA untuk mencipta sebarang perasaan kepada sesiapa, jika tidak diizinkan Allah Taala, dan MUSTAHIL untuk Allah Taala memberikan sebarang kebaikan dari anugerah NYA, termasuk perasaan cinta dan kasih sayang yang haqiqi antara suami isteri, jika manusia sendiri yang merasa begitu bijak bercinta tanpa nikah, yang merasa begitu bijak memilih pasangan yang ideal, melampaui had-had yang telah ditetapkan oleh NYA.

    Wallaahu a’lam.


    ummulqurra

    • *
    • Posts: 172
      • View Profile
    Reply #38 16 March, 2010, 05:12:01 PM
  • Publish
  •  :msya:tak sangka ye ummi, sampai begitu sekali senarai ciri-ciri pilihan yang diisi oleh muslimah BM. saya baca pun lap peluh kat dahi. apatah lagi jika calon lelaki yang membacanya.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #39 16 March, 2010, 05:14:36 PM
  • Publish

  • Apa yang ummi berikan contoh berkaitan ciri-ciri calon suami yang didamkan, itu pun ummi cuma pilih sedikit contoh sahaja. cuba fikir, adakah calon lelaki seperti yang diidamkan?

    Bukan kah jodoh itu urusan Tuhan, sesiapa yang datang melamar, tak kira paras rupa atau kebangsawan diri, asalkan  seorang islam yang melaksanakan suruhan tuhan ,maka sepatutnya kita tidka boleh menolak, biar dari hujung dunia mana asalnya.

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    484 Replies
    72132 Views
    Last post 13 January, 2014, 08:05:17 AM
    by Nurul Nawar
    18 Replies
    13032 Views
    Last post 19 May, 2014, 09:51:44 AM
    by al-baab
    450 Replies
    27402 Views
    Last post 10 June, 2012, 08:28:54 PM
    by putri_hambali