Kriteria Menjadi Isteri Kedua

Author Topic: Kriteria Menjadi Isteri Kedua  (Read 11907 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

cahayalurus

  • *
  • Posts: 1330
    • View Profile
09 December, 2009, 04:51:20 PM
  • Publish Di FB

  • Dah lama saya fikir soalan ni, tapi nak tanya jugak.

    Apakah kriteria yang menjadi ciri isteri kedua bagi seorang suami??

    harap ada suami2 di sini yang boleh membantu?
    « Last Edit: 11 September, 2010, 06:01:22 AM by Ummi Munaliza »
    Mrs. Ikan Pari

    blackcurrent

    • *
    • Posts: 3
      • View Profile
    Jawab #1 09 December, 2009, 07:06:13 PM
  • Publish Di FB
  • assalamualaikum
    saya bukanlah di kalangan para suami untuk memberikan pendapat.
    tapi bagi saya kriteria isteri kedua bagi seorang suami mungkin disebabkan layanan yang diterima daripada istrinya yang pertama tidak memenuhi impiannya.apapun jodoh adalah di tangan tuhan.macam mana kita mengelak pun pasti ia akan datang.seandainya diuji dengan ujian sebegini,usahalah untuk terima dengan redha dan kembalikan sume kepada allah.insyaallah ada sesuatu yang tersembunyi di sebalik semuanya

    minaina

    • *
    • Posts: 201
    • setiap yg berlaku pasti ade hikmahnya
      • View Profile
    Jawab #2 09 December, 2009, 09:07:11 PM

    maaf..sy cuma nak perbetulkan (LAYANAN yg diterima drpd isterinya yang pertama tdk memenuhi impiannya)

      Mengapa islam membolehkan berpoligami :

    ·         memelihara maruah wanita

    ·         memenuhi jiwa dan nafsu lelaki

    ·         melahirkan keturunan yang bersih

    ·         untuk mendapatkan cahaya mata jika isteri mandul

    ·         mengatasi jumlah wanita yang semakin bertambah

    ·         menambah bilangan umat manusia untuk memakmurkan bumi

    ·         mengekalkan kerukunan rumah tangga (poligami mengelakkan rumah tangga hancur

    so..bukan layanan..frm 5 pun ade bljr ni
    bukan mudah memiliki apa yang diingin dalam hidup..
    selagi ia masih berada dalam genggaman,hargai dan sayangilah ia dengan seikhlasnya..
    kerana penyesalan sudah tdk berarti ketika kita kehilangannya..

    nur_87

    • *
    • Posts: 699
      • View Profile
    Jawab #3 09 December, 2009, 09:10:26 PM
  • Publish Di FB
  • so..bukan layanan..frm 5 pun ade bljr ni

    itu mungkin bagi lelaki yang berpoligami kerana nafsu
    « Last Edit: 09 December, 2009, 09:12:08 PM by nur_87 »
    ~bErSuJuD KpD ALLAH ~

    minaina

    • *
    • Posts: 201
    • setiap yg berlaku pasti ade hikmahnya
      • View Profile
    Jawab #4 09 December, 2009, 09:15:01 PM
  • Publish Di FB
  •   Akibat jika poligami tidak menepati syarak

    ·         timbul permusuhan

    ·         tidak mendapat menaggung keperluan isteri-isteri dan anak-anaknya

    ·         penganiayaan terhadap wanita

    ·         keluarga kucar kacir

    ·         ajaran islam tercemar

    Allahu'alam

    minaina

    • *
    • Posts: 201
    • setiap yg berlaku pasti ade hikmahnya
      • View Profile
    Jawab #5 09 December, 2009, 09:20:26 PM
  • Publish Di FB
  • so..bukan layanan..frm 5 pun ade bljr ni

    itu mungkin bagi lelaki yang berpoligami kerana nafsu

    bukan ape..layanan tu mungkin x sesuai..

    TokDdeka

    • *
    • Posts: 224
      • View Profile
    Jawab #6 10 December, 2009, 09:18:27 AM
  • Publish Di FB
  • Salam.

    cahayalurus:
     “Apakah kriteria yang menjadi ciri isteri kedua bagi seorang suami??”

    Mesti seorang perempuan yang SAH untuk dinikahi, sama seperti sahnya isteri pertama yang telah dinikahi oleh lelaki itu. Tiada sebarang syarat atau kriteria tambahan. Islam TIDAK membezakan mana-mana isteri pada seorang suami.

    blackcurrent
    “mungkin disebabkan layanan yang diterima daripada istrinya”

    Layanlah suami sebaik mana sekalipun, itu tidak akan mengubah kemungkinan yang suami akan kawin lagi. NIAT isteri yang melayan supaya suami tidak cari lain ialah NIAT yang tidak betul, dan isteri tidak akan dapat apa-apa jika berniat demikian.

    Niatkan segala kebaikan itu semata-mata kerana ALLAH TAALA yang perintahkan supaya isteri mentaati suami.’ Tiada apa’ yang dapat diberikan oleh suami, tetapi ALLAH TAALA boleh memberikan apa saja sebagai ganjaran kepada isteri-isteri yang berniat kerana NYA. Pada pergerakan dan aktiviti fizikal, dan pada pandangan suami, TIADA SEDIKIT PUN perbezaan samada isteri itu meniatkan pada suami atau kerana Allah, tapi pada ganjaran dari Allah, bezanya adalah terlalu besar.

    nur_87
    “itu mungkin bagi lelaki yang berpoligami kerana nafsu”

    Poligami itu tidak lebih dari satu lagi perkahwinan yang berlaku kepada lelaki yang sudah beristeri. It takes two for a marriage to happen, a man and a woman. Lelaki saja kah yang kawin kerana nafsu? Adakah perkahwinan yang tidak melibatkan nafsu? Atau adakah cara untuk memastikan supaya nafsu itu tidak dilibatkan dalam perkahwinan supaya seseorang itu boleh berkata bahawa dia kawin bukan kerana nafsu?

    minaina
    “Akibat jika poligami tidak menepati syarak”

    Pembetulan: Akibat jika PERKAHWINAN tidak menepati syarak. (Poligami hanya satu terminologi, sedangkan yang berlaku ialah PERKAHWINAN.)
     
    Wallaahu a’lam.
    « Last Edit: 02 January, 2010, 10:41:27 PM by Ummi Munaliza »

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14528
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #7 10 December, 2009, 09:22:33 AM
  • Publish Di FB

  • [mod]Saya split, pindah kiriman QASIH NUR IMAN dan kak long hati ke topik pengalaman isteri kedua. Sebabnya kiriman QASIH NUR IMAN lebih kepada pengalaman beliau sebagai isteri kedua. link Re: Kisah dan Pengalaman sebagai Isteri Kedua [/mod]
    « Last Edit: 10 December, 2009, 09:25:18 AM by Ummi Munaliza »
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim

    anasameen

    • *
    • Posts: 1053
    • free al-Quds!!!
      • View Profile
    Jawab #8 17 February, 2010, 07:08:16 AM
  • Publish Di FB
  • Dah lama saya fikir soalan ni, tapi nak tanya jugak.
    Apakah kriteria yang menjadi ciri isteri kedua bagi seorang suami??
    harap ada suami2 di sini yang boleh membantu?

     :)
    Saya bukanlah "suami" yang diharap untuk berkongsi jawapan, hanya mengutarakan apa yang difikir baik...
    Apakah ciri-ciri menjadi isteri kedua bagi seorang suami?
    Sebenarnya, ia bergantung kepada niat si suami. Tak kisahlah apa-apapun yang ada pada bakal isteri kedua (baiknya, akhlaqnya, pegangan agamanya), kalau bakal suami tak pandang, tak ada gunanya. Ada yang cantik akhlaq, tetapi apa yang dipandang bakal suami bukan akhlaq tetapi cantik yang ada diluar yang sememangnya sementara. Once, its gone, nothing left more. Lepas itu, macam-macam kepincangan yang berlaku. Niat yang baik akan dipacu oleh tindakan dan kelakuan yang baik. Manakala niat yang kurang baik, kepincangan dalam pelaksanaan dapat diukur.
    Bukan saya ingin bersangka buruk, tetapi rata-rata masyarakat (bukan semua) sekarang bukan kahwin sebab yang sepatutnya. Lebih kepada emosi semata, sebab itu terlalu banyak kepincangan yang berlaku.
    Hanya sekadar berkongsi, mohon perbetul jika salah. ALLAHu'alam... 
    :: berkata2 itu lebih senang dari melaksana ::

    amrizal

    • *
    • Posts: 213
    • Mati pada Jalan Allah cita-cita Kami
      • View Profile
    Jawab #9 17 February, 2010, 09:34:22 AM
  • Publish Di FB
  • Salam.

    cahayalurus:
     “Apakah kriteria yang menjadi ciri isteri kedua bagi seorang suami??”

    Mesti seorang perempuan yang SAH untuk dinikahi, sama seperti sahnya isteri pertama yang telah dinikahi oleh lelaki itu. Tiada sebarang syarat atau kriteria tambahan. Islam TIDAK membezakan mana-mana isteri pada seorang suami.

    blackcurrent
    “mungkin disebabkan layanan yang diterima daripada istrinya”

    Layanlah suami sebaik mana sekalipun, itu tidak akan mengubah kemungkinan yang suami akan kawin lagi. NIAT isteri yang melayan supaya suami tidak cari lain ialah NIAT yang tidak betul, dan isteri tidak akan dapat apa-apa jika berniat demikian.

    Niatkan segala kebaikan itu semata-mata kerana ALLAH TAALA yang perintahkan supaya isteri mentaati suami.’ Tiada apa’ yang dapat diberikan oleh suami, tetapi ALLAH TAALA boleh memberikan apa saja sebagai ganjaran kepada isteri-isteri yang berniat kerana NYA. Pada pergerakan dan aktiviti fizikal, dan pada pandangan suami, TIADA SEDIKIT PUN perbezaan samada isteri itu meniatkan pada suami atau kerana Allah, tapi pada ganjaran dari Allah, bezanya adalah terlalu besar.

    nur_87
    “itu mungkin bagi lelaki yang berpoligami kerana nafsu”

    Poligami itu tidak lebih dari satu lagi perkahwinan yang berlaku kepada lelaki yang sudah beristeri. It takes two for a marriage to happen, a man and a woman. Lelaki saja kah yang kawin kerana nafsu? Adakah perkahwinan yang tidak melibatkan nafsu? Atau adakah cara untuk memastikan supaya nafsu itu tidak dilibatkan dalam perkahwinan supaya seseorang itu boleh berkata bahawa dia kawin bukan kerana nafsu?

    minaina
    “Akibat jika poligami tidak menepati syarak”

    Pembetulan: Akibat jika PERKAHWINAN tidak menepati syarak. (Poligami hanya satu terminologi, sedangkan yang berlaku ialah PERKAHWINAN.)
     
    Wallaahu a’lam.

    Ana sokong!  :jaz: ya tokdeka
    Dapatkan tudung bidang 60 dengan harga serendah RM19.90 sehelai. Sila layari link dibawah untuk maklumat lanjut.
      http://www.modernmuslim.co.cc

    badryl3

    • *
    • Posts: 299
      • View Profile
    Jawab #10 17 February, 2010, 12:31:52 PM
  • Publish Di FB
  • perkahwinan kerana nafsu semata tak bawa ke mana.....sebab apa, sebab nafsu tak pernah merasa cukup. dah dapat satu, nafsu cakap...tak cukup lagi la, tak lawalah istri aku dan bermacam2 lagi.

    Nor_207

    • *
    • Posts: 908
    • Just be yourself
      • View Profile
    Jawab #11 17 February, 2010, 03:13:58 PM
  • Publish Di FB
  • Bagi saya, isteri kedua dan pertama tiada beza. Setiap isteri tak kira yang pertama atau seterusnya perlu ada kesabaran, ketaatan dan kesetiaan
    Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis

    kuker72

    • *
    • Posts: 15
      • View Profile
    Jawab #12 17 February, 2010, 05:19:28 PM
  • Publish Di FB
  • Bagi saya, isteri kedua dan pertama tiada beza. Setiap isteri tak kira yang pertama atau seterusnya perlu ada kesabaran, ketaatan dan kesetiaan

    Semasa berpeluang untuk memilih isteri pertama, saya meneliti empat faktor asas yang disarankan; harta, kecantikan, keturunan dan ugama. Walau bagaimanapun, kriteria pertama adalah yang menjadi sandaran adalah ugama. Pakej ugama akan memberikan kebahagiaan hakiki. Pada ketika itu, saya mampu berbuat demikian kerana perkenalan itu diatur oleh keluarga.

    Namun kini, apabila berpeluang sekali lagi memilih (untuk meolak @ menerima jodoh kedua), kriteria lain pula diperhatikan. Ini adalah kerana peluang memilih yang kedua ini hadir dengan tidak disangka-sangka. Seorang rakan lama kembali hadir dengan hati yang keras, tiba-tiba menjadi lembut, selembut sutera, pertemuan dengan ibunya, menelusuri liku-liku kehidupannya, kenangan masa lampau bersamanya, kemudian terdetik keinginan untuk melindunginya menjadikan empat kriteria asas itu difokuskan kepada ugama sahaja, disamping kemaslahatan kehidupan. Saya tidak mencari-cari jodoh kedua ini, tetapi saya lebih merasakan bahawa ini adalah cabaran / ujian kedua setelah diberi pengalaman melayari kehidupan berumahtangga.

    Kini, saya berasa seolah-olah bertanggungjawab untuk memulihkan kepercayaan calon isteri kedua ini terhadap perkahwinan (walau pun berpoligami), namun yang lebih penting adalah memberikan perlindungan kepada beliau daripada fitnah dunia.

    Sesungguhnya, dalam keadaan saya, walaupun isteri pertama telah berkhidmat kepada saya dengan begitu cemerlang, namun apabila sudah sampai jodoh, saya tidak mampu untuk menolak jodoh kedua ini. Hati ini seperti terlekat kepada kedua-duanya. Jika salah satu dicabut, saya berasa sangat sakit.

    Saya hanya mampu berdoa agar diberi kekuatan untuk terus berlaku adil terhadap isteri(-isteri) saya.

    Nor_207

    • *
    • Posts: 908
    • Just be yourself
      • View Profile
    Jawab #13 17 February, 2010, 05:51:26 PM
  • Publish Di FB
  • Kuker72,

    Semoga Allah memberi kekuatan pada saudara untuk berlaku adil. Sesungguhnya perasaan wanita ini sangat halus, sangat mudah tersentuh jiwanya. Semoga anda diberi kelebihan untuk menguruskan satu kehidupan poligami. satu perkara yang sangat susah dilakukan, namun jika berjaya dilakukan, sangat indah kesannya.

    Soal cinta dan sayang sukar dijangka. Semoga poligami tidak akan mengurangkan sayang anda pada yang pertama. Semoga poligami ini dapat menyelamatkan wanita kedua yang sangat memerlukan pembelaan. Saya tidak banyak pengalaman, namun saya faham hati wanita kedua ini yang sangat terluka dengan pengalaman lepas. Semoga anda dapat mengubah persepsi dia terhadap kesakitan yang pernah dirasakan dari seorang lelaki.

    Semoga niat anda yang baik akan berkesudahan dengan sesuatu yang baik juga. Kita tak dapat memberi kepuasan pada semua orang di sekeliling kita, namun jika kita berada pada landasan yang betul, insya Allah pasti kebaikan berpihak pada kita
    Semoga dipermudahkan segala urusan

    khalila

    • *
    • Posts: 1032
      • View Profile
    Jawab #14 17 February, 2010, 08:47:31 PM
  • Publish Di FB
  • Bagi saya, isteri kedua dan pertama tiada beza. Setiap isteri tak kira yang pertama atau seterusnya perlu ada kesabaran, ketaatan dan kesetiaan

    Semasa berpeluang untuk memilih isteri pertama, saya meneliti empat faktor asas yang disarankan; harta, kecantikan, keturunan dan ugama. Walau bagaimanapun, kriteria pertama adalah yang menjadi sandaran adalah ugama. Pakej ugama akan memberikan kebahagiaan hakiki. Pada ketika itu, saya mampu berbuat demikian kerana perkenalan itu diatur oleh keluarga.

    Namun kini, apabila berpeluang sekali lagi memilih (untuk meolak @ menerima jodoh kedua), kriteria lain pula diperhatikan. Ini adalah kerana peluang memilih yang kedua ini hadir dengan tidak disangka-sangka. Seorang rakan lama kembali hadir dengan hati yang keras, tiba-tiba menjadi lembut, selembut sutera, pertemuan dengan ibunya, menelusuri liku-liku kehidupannya, kenangan masa lampau bersamanya, kemudian terdetik keinginan untuk melindunginya menjadikan empat kriteria asas itu difokuskan kepada ugama sahaja, disamping kemaslahatan kehidupan. Saya tidak mencari-cari jodoh kedua ini, tetapi saya lebih merasakan bahawa ini adalah cabaran / ujian kedua setelah diberi pengalaman melayari kehidupan berumahtangga.

    Kini, saya berasa seolah-olah bertanggungjawab untuk memulihkan kepercayaan calon isteri kedua ini terhadap perkahwinan (walau pun berpoligami), namun yang lebih penting adalah memberikan perlindungan kepada beliau daripada fitnah dunia.

    Sesungguhnya, dalam keadaan saya, walaupun isteri pertama telah berkhidmat kepada saya dengan begitu cemerlang, namun apabila sudah sampai jodoh, saya tidak mampu untuk menolak jodoh kedua ini. Hati ini seperti terlekat kepada kedua-duanya. Jika salah satu dicabut, saya berasa sangat sakit.

    Saya hanya mampu berdoa agar diberi kekuatan untuk terus berlaku adil terhadap isteri(-isteri) saya.

    Kisah anda ini lebih kurang sama dengan kisah seorang sahabat saya..
    Jodoh kedua tiba tanpa disangka-sangka..
    Dan dia tidak mampu menolak..Sudah putus untuk sementara waktu tetapi jodoh itu tidak ke mana..
    Isteri pertama datang melawat,tidur di rumah calon kedua,makan bersama..
    Semua yang melihat pelik...
    Betulkah apa yang terjadi ni kan..
    Bila agama mendahului segalanya..
    Ketenangan dalam melayari bahtera poligami sangat membahagiakan sebenarnya..
    Allahu a'lam

    dahlia

    • *
    • Posts: 7
      • View Profile
    Jawab #15 12 March, 2010, 12:16:52 PM
  • Publish Di FB
  • kuker72,

    Apa yg saya alami adalah seperti isteri kedua anda. bertemu dgn rakan lama dan dia ingin menjaga saya seperti perasaan yang awak rasakan. Sebenarnya saya takut untuk menjadi isteri kedua. Namun saya juga tak sanggup kehilangan dia lagi..
     
    Bagi saya, isteri kedua dan pertama tiada beza. Setiap isteri tak kira yang pertama atau seterusnya perlu ada kesabaran, ketaatan dan kesetiaan

    Semasa berpeluang untuk memilih isteri pertama, saya meneliti empat faktor asas yang disarankan; harta, kecantikan, keturunan dan ugama. Walau bagaimanapun, kriteria pertama adalah yang menjadi sandaran adalah ugama. Pakej ugama akan memberikan kebahagiaan hakiki. Pada ketika itu, saya mampu berbuat demikian kerana perkenalan itu diatur oleh keluarga.

    Namun kini, apabila berpeluang sekali lagi memilih (untuk meolak @ menerima jodoh kedua), kriteria lain pula diperhatikan. Ini adalah kerana peluang memilih yang kedua ini hadir dengan tidak disangka-sangka. Seorang rakan lama kembali hadir dengan hati yang keras, tiba-tiba menjadi lembut, selembut sutera, pertemuan dengan ibunya, menelusuri liku-liku kehidupannya, kenangan masa lampau bersamanya, kemudian terdetik keinginan untuk melindunginya menjadikan empat kriteria asas itu difokuskan kepada ugama sahaja, disamping kemaslahatan kehidupan. Saya tidak mencari-cari jodoh kedua ini, tetapi saya lebih merasakan bahawa ini adalah cabaran / ujian kedua setelah diberi pengalaman melayari kehidupan berumahtangga.

    Kini, saya berasa seolah-olah bertanggungjawab untuk memulihkan kepercayaan calon isteri kedua ini terhadap perkahwinan (walau pun berpoligami), namun yang lebih penting adalah memberikan perlindungan kepada beliau daripada fitnah dunia.

    Sesungguhnya, dalam keadaan saya, walaupun isteri pertama telah berkhidmat kepada saya dengan begitu cemerlang, namun apabila sudah sampai jodoh, saya tidak mampu untuk menolak jodoh kedua ini. Hati ini seperti terlekat kepada kedua-duanya. Jika salah satu dicabut, saya berasa sangat sakit.

    Saya hanya mampu berdoa agar diberi kekuatan untuk terus berlaku adil terhadap isteri(-isteri) saya.

    sofeahoney

    • *
    • Posts: 62
      • View Profile
    Jawab #16 29 March, 2010, 06:10:24 PM
  • Publish Di FB
  • kuker72...kisah anda hampir sm dgn kisah sahabat sy....dia sudah sebelas tahun melayari bahtera rumah tangga dgn aman bahagia n dikurniakn anak2 yg comel...namun dalam diam upanya dia telah terpaut hati dgn rakan sekerjanya...tetapi rakannya itu sudah bergelar is3 org....suatu ari dia mendengar perkhabaran bhw rakannya itu telah bercerai....dia ingin merawat ati raknnya yg terluka dgn pengalaman lalu itu dan bersedia mengmbilnya sebagai suri hidup...sy ade juga berkata mungkin kerana dia hny bersimpati pada wanita itu....tetapi meleset tekaan sy...upanya dia telah menyimpan perasaan pada wanita itu sejak 5thn yg lalu.....dan dia serius utk berkahwin dgn wanita itu....tetapi wanita itu tidak sanggup utk melukakan ati is3 sahabat sy itu kerana dia fhm betapa sakitnya ati yg terluka kerana suami ingin berkahwin lain.....dia pernah berkata bhw separuh atinya telah diberi kepada wanita itu walaupun wanita tersebut menolaknya.....dan kasih saygnya pada is3 pertama tetap tidak berubah wlu sedikitpun......sama seperti dahulu....dan dia tetap menjalankan tgjwbnya seperti biasa nmun atinya sakit dan merana kerana mencintai seorang insan bernama wanita.....................
    apepun,sy mendoakan agar kuker72 dapat menangani segala risiko dgn bijak dan berhemah agar tidak menyakiti ati 2 wanita kesayangan anda.....

    qaseh2003

    • *
    • Posts: 311
    • Anugerah Allah
      • View Profile
    Jawab #17 06 September, 2010, 03:09:39 PM
  • Publish Di FB
  • "Layanan yang diterima daripada istrinya yang pertama tidak memenuhi impiannya.."

    layanlah macam mana bagus sekali pun..bila seorang suami dah jatuh cinta...segalanya akan nampak buruk..
    semua yang isteri pertama buat..semuanya jadi tak betul..
    Perbagai alasan yang kadang2nya berunsurkan fitnah akan diberikan..
    Jadi kita sebagai kaum isteri ni..tak payah laa nak menangis.tanya suami.."apa salah saya..besar sangat ke dosa saya sampai abang nak madukan saya.."..dan macam2 lagi..
    Sebagai seorang isteri,tak perlulah..kita nak sakit2 kepala nak fikirkan kesilapan kita..jangan sesekali salahkan diri sendiri... Buang masa jer...
    Kalau sanggup bermadu...buat taktau jer laa,redha jer dengan perbuatan suami tu..
    Tapi kalau tak sanggup bermadu..Ajak laa suami ke pejabat agama..berbincang... Layak ker..tidak ker.....
    mmmm... fikir laa ek..
    Nasihat Rasullullah kepada Mu’awiyah : Wahai Mu’wiyah, jauhi sifat marah kerana marah dapat merosakkan iman seseorang sebagaimana pahit jadam merosakkan madu yang manis..

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14528
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #18 11 September, 2010, 05:52:07 AM
  • Publish Di FB

  • Puan Balckjengking,

    Saya pindahkan kiriman Puan ke sini :  Re: Antara Isteri Pertama dan Isteri Kedua...

    Lebih relevan dibincangkan kiriman Puan di topik itu.
    « Last Edit: 11 September, 2010, 05:59:22 AM by Ummi Munaliza »

    Ummu Fatimah

    • *
    • Posts: 2264
      • View Profile
    Jawab #19 12 September, 2010, 07:59:13 PM
  • Publish Di FB
  • "Layanan yang diterima daripada istrinya yang pertama tidak memenuhi impiannya.."

    adakah isteri ke2 mampu menandingi is3 pertama dlm segi layanan tu? :sedihnya:... mcm perasan je..
    zaujah n aliah yusri.. ummu yusuf ramadhan & nur fatimah mujahidah..

    divider3
    halaqahforum4

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    1631 Replies
    181974 Views
    Last post 17 June, 2014, 01:57:20 PM
    by al-baab
    35 Replies
    3762 Views
    Last post 25 October, 2013, 01:57:22 PM
    by nina36
    10 Replies
    1732 Views
    Last post 05 June, 2013, 09:10:28 AM
    by afiQoh