PERJANJIAN HUDAIBIAH

*

Author Topic: PERJANJIAN HUDAIBIAH  (Read 7544 times)

0 Halaqian and 2 Guests are viewing this topic.

14 June, 2007, 10:14:23 PM
  • Publish

  • PERJANJIAN HUDAIBIAH


    Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
      Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.  Janganlah  kita  hanya  tahu  mendengar  sahaja  perkataan  taqwa  serta  menyebutnya  sedangkan  ia  tidak  menyerap  ke dalam  sanubari  kita . Hitunglah  diri kita  setiap  masa  samada  semakin  hampir  kepada  Allah atau  sebaliknya.  Adakah  amalan  soleh  kita  semakin  meningkat  atau pun  menurun….

    Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

    Firman Allah dalam ayat 18 surah al-Fathu yang bermaksud:


    Sesungguhnya Allah telah redha terhadap orang mukmin ketika mereka berbai’ah (janji setia) kepada engkau di bawah pohon. Maka Allah mengetahui apa yang ada dalam hati mereka lalu menurunkan ketenangan atas mereka dan memberi balas kepada mereka kemenangan yang dekat waktunya.

    Kini kita sudah berada di permulaan bulan Zulhijjah yang merupakan bulan terakhir mengikut kalendar hijrah. Disamping kita semakin dekat dengan kedatangan 10 Zulhijjah untuk sama-sama merayakan eidul Adha, kita juga semakin hampir meninggalkan tahun 1420 hijrah yang sudah pasti meninggalkan pelbagai kenangan indah dan pahit. Inilah dia kehidupan dunia di mana masa sentiasa berlalu tanpa menghiraukan penghuninya samada bertambah ketaatan kepada Allah atau pun sebaliknya. Beruntunglah bagi mereka yang sentiasa beramal soleh dan bertaubat atas dosa yang dilakukan dan rugilah bagi mereka yang terus hanyut dengan godaan dunia.

    Sempena kedatangan bulan Zulhijjah yang mempunyai kelebihannya tersendiri seperti kelebihan apabila melakukan puasa sunat hari Arafah iaitu hari kesembilan Zulhijjah di mana akan dikaffarahkan(ampun) segala dosa setahun yang lalu dan setahun akan datang, maka marilah kita sama-sama mengimbas kembali satu peristiwa penting yang telah terjadi kepada diri Rasulullah s.a.w dalam perjanjian Hudaibiah tahun keenam Hijrah. Peristiwa ini berlaku apabila Rasulullah s.a.w telah bermimpi memasuki kota Mekah bersama para sahabat yang lain, mengambil kunci Ka’abah, bertawaf dan berumrah. Rasulullah s.a.w telah memberitahu para sahabat mengenai mimpinya itu maka mereka begitu gembira kerana sudah lama menunggu saat untuk pergi ke Mekah bagi menunaikan haji dan umrah. Rasulullah s.a.w bersama dengan 1400 orang dan setengah ulama’ mengatakan 1500 orang telah keluar menuju ke Mekah . Mereka keluar dengan tidak membawa senjata perang sebaliknya membawa senjata biasa  yang diletakkan dalam sarungnya untuk tujuan keselamatan. Mereka berihram untuk mengerjakan umrah dan mengistiharkan tujuannya bukan untuk berperang. Apabila tiba di ‘Asfan, mereka  diberitahu bahawa orang musyrikin Mekah berusaha untuk menghalang mereka daripada menunaikan ibadat di Tanah Haram Mekah walau pun dengan menggunakan jalan kekerasan. Mereka juga mendapat tahu melalui daripada pengintip yang dilantik bahawa pemimpjn kafir Quraisy telah pun mengatur beberapa cara bagi menghalang Rasulullah s.a.w dan para muslimin yang lain daripada memasuki Mekah termasuklah memerintah 200 orang tentera berkuda bawah pimpin Khalid ibnu Walid yang ditugaskan menghalang perjalanan para muslimin. Walau bagaimana pun cubaan itu gagal kerana terlebih dahulu diketahui oleh rombongan muslimin. Tentera berkuda musuh cuba menyerang rombongan muslimin apabila mereka rukuk dan sujud dalam solat Asar tetapi pada ketika itu juga telah turun ayat mengenai hukum dan cara-cara solat khauf iaiatu sembahyang ketika perang atau kecemasan. Selepas itu rombongan muslimin telah menggunakan jalan lain untuk menuju ke Mekah sehinggalah mereka tiba di suatu tempat yang bernama Hudaibiah di mana di kawasan itu hanya terdapat takungan air yang sedikit yang menyebabkan bekalan air kehabisan. Apabila diberitahu kepada Rasulullah s.a.w mengenai perkara ini lalu baginda mencabut sebilah anak panahnya dan diberikan kepada mereka agar dipanahkan ke dalam tempat air itu. Tiba-tiba air pun bertambah dan mereka dapat sama-sama menggunakannya.

    Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian,

     Dalam perjalanan itu rombongan itu telah didatangi oleh seorang di mana dia ingin mengetahui tujuan sebenar kedatangan rombongan muslimin. Lalu Rasulullah s.a.w menjelaskan bahawa kedatangan mereka bertujuan untuk beribadat bukannya untuk berperang. Mendengar penjelasan itu lalu dia menuju ke Mekah untuk memberitahu tentang tujuan sebenar rombongan muslimin keopada pemimpin kafir Quraisy. Ada di kalangan pemimpj Quraisy yang tidak mengendah apa yang diberitahu dan ada yang mengambil tahu tentang perkara itu lalu diutuskan seorang wakil mereka bernama Mikraz bin Hafs. Ketika melihat kedatangan Mikraz bin Hafs lalu Rasulullah s.a.w bersabda : Ini ialah seorang yang tidak boleh dipercayai". Sebagaimana pertanyaan yang diajukan sebelum ini begitulah juga yang ditanya dan dijawab oleh Rasulullah s.a.w mengenai kedatangan rombongan muslimin ke Mekah. Lalu Mikraz pulang dan memberitahu tentang perkara itu kepada pemimpin quraisy, Selepas itu mereka menghantar pula ‘Urwah bin Ath-Thaqafi yang dianggap lebih pintar dan mampu berunding untuk bertemu dengan Rasulullah s.a.w. Setelah mendengar jawapan yang sama daripada Rasulullah s.a.w lalu ‘Urwah mengatakan : Hai Muhammad! Apakah katamu kalaulah berlaku kamu membinasakan kaummu sendiri? Adakah kamu mendengar pernah berlaku di kalangan bangsa Arab ini orang yang membinasakan keluarganya sendiri? Kalau inilah yang berlaku nescaya orang ramai akan lari daripadamu". Melihat dan mendengar kebiadapan ‘Urwah itu lalu Abu Bakar mengeluarkan kata-kata yang agak kasar antaranya :  : Jilatlah kemaluan tuhan engkau al-Lata, Adakah kami juga akan lari daripadanya?. Kemudian ‘Urwah menyambung lagi percakapannya sambil memegang janggut Rasulullah s.a.w. Al-Mughirah bin Syu’bah yang berada berdekatan dengan Rasulullah s.a.w terus memukul tangan ‘Urwah dengan sarung pedangnya setiap kali ‘Urwah cuba memegang janggut Rasululullah s.a.w. Selepas itu ‘Urwah pulang dalam keadaan kecewa dan memberitahu pemimpin Quraisy : Demi Allah! Aku pernah menemui raja-raja Rom, Farsi dan Habsyah. Demi Allah! Aku tidak pernah melihat raja itu disanjung dengan membesarkannya seperti para sahabat Muhammad melakukannya kepada Muhammad. Demi Allah! Jika dia mengeluarkan kahak nescaya ia akan jatuh ke atas tangan salah seorang daripada mereka lalu disapukan dikulit dan mukanya. Apabila dia menyuruh sesuatu maka mereka akan berlumba-lumba untuk menunaikan suruhannya. Apabila dia berwudhu’, mereka seperti mahu berperang kerana berebut-rebut untuk mengambil air wudhu’nya. Kalau dia bercakap maka semuanya diam dan jika mereka bercakap akan direndahkan suara kerana menghormatinya. Mereka tidak merenung tajam kepadanya kerana menghormatinya. Dia telah mengemukakan suatu rancangan yang baik untuk kamu maka terimalah". Tetapi pemimpin musyrikin terus berkeras. Seterusnya sepasukan pemuda Quraisy membuat perancangan untuk menyerang di waktu malam bagi menghalang sebarang usaha damai. Malangnya apabila mereka hampir ke tempat perkemahan rombongan muslimin 70 hingga 80 orang daripada mereka telah ditawan oleh pasukan yang ditugaskan untuk berkawal. Mereka akhirnya dibebaskan atas perintah daripada Rasululullah s.a.w.

    Sidang Jumaat yang dimuliakan,

         Selepas itu Rasulullah s.a.w telah melantik Sayyidina Uthman bin ‘Affan sebagai utusan yang akan menemui pemimpin musyrikin Quraisy bagi menjelaskan tujuan sebenar kedatangan rombongan muslimin ke Kota Mekah iaitu untuk mengerjakan ibadat bukannya berperang. Kedatangan Sayyidina Uthman disambut oleh Abban bin Sa’id bin al-‘As dengan mempersilakan Sayyidina Uthman untuk menaiki kudanya dan seterusnya mengiringinya sehingga tiba di Mekah. Dia terus menemyui pimpinan musyrikin Quraisy dan memberitahu tujuaannya. Pemimpin musyrikin mempersilakan Sayyidina Uthman untuk mengerjakan tawaf tetapi dengan tegas dia memberitahu : " Aku tidak akan tawaf sehingga Rasulullah s.a.w tawaf terlebih dahulu".

    Sayyidina Uthman berada agak lama di Mekah kerana perbincangan antara kedua pihak belum mendapat apa-apa keputusan yang diharapkan. Lewatnya kepulangan Sayyidina Uthman begitu merisaukan rombongan muslimin sehingga tersebar berita bahawa Sayyidina Uthman telah dibunuh. Apabila mendengar berita itu lalu Rasulullah s.a.w bersabda : Kita tidak akan pulang ke Madinah sehingga kita menentang mereka.Kemudian Rasulullah s.a.w memerintahkan para sahabat agar membuat janji taat setia untuk tidak berundur di medan perang dan ada pula beberapa orang sahabat yang berbai’ah untuk mati. Rassulullah s.a.w memegang tangannya sendiri dan bersabda inilah dia tangan Uthman. Setelah selesai berbai’ah tiba-tiba Sayyidina Uthman datang dan dia turut serta untuk sama-sama berbai’ah sehingga kesemua rombongan muslimin berbai’ah di bawah sepohon kayu kecuali seorang munafik yang bernama Jad bin Qis. Inilah yang dikenali sebagai Bai’ah Ridhwan.

    Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

     Para kafir Quraisy begitu bimbang apabila mendengar mengenai bai’ah tersebut sehingga mereka mengambil keputusan untuk menghantar Suhail bin ‘Amru bagi membuat satu perjanjian dengan pihak muslimin. Perjanjian itu adalah bagi menghalang rombongan muslimin daripada memasuki Mekah pada tahun itu. Apabila melihat kedatangan Suhail bin ‘Amru lalu Rasulullah s.a.w bersabda:
    "Sesungguhnya dimudahkan kepada kamu perkara yang menjadi masalah kepada kamu". Selepas itu terjadilah perjanjian Hudaibiah yang terkenal itu dengan mengemukakan perkara-perkara berikut :

    1. Rasulullah s.a.w dan para muslimin tidak boleh masuk ke Mekah tahun ini dan dibenarkan untuk dating ke Mekah pada tahun depan dengan syarat membawa senjata untuk tujuan musafir sahaja.
    2. Gencatan senjata daripada sebarang peperangan antara kedua belah pihak selama 10 tahun.
    3. Mana-mana pihak yang mahu membuat perjanjian dengan antara salah satu daripada 2 puak itu sama muslimin atau kuffar boleh berbuat demikian dan tidak boleh diganggu gugat oleh mana-mana pihak.
    4. Sesiapa dikalangan Quraisy yang dating kepada Muhammad tanpa izin walinya hendaklah dihantar pulang dan sesiapa sahaja dari pihak Muhammad yang melarikan diri kepada pihak Quraisy tidak akan dikembalikan semula.
     


    Berlangsunglah perjanjian ini walau pun ada beberapa orang sahabat  tidak begitu bersetuju dengan syarat-syarat ini memandangkan kepada apa yang tersurat di mana memberi keuntungan kepada pihak musyrikin. Tetapi akhirnya perkara yang tersirat telah memberi keuntungan dan kejayaan yang besar kepada perjuangan Islam iaitu apabila perjanjian  ini telah menjadi pintu kepada kemenangan yang gemilang dalam peristiwa Pembukaan Kota Mekah selepas itu.
    Selepas itu Rasulullah s.a.w bersabda :
    " Bangunlah  kamu semua dan sembelihlah binatang yang disediakan itu".  Seorang pun daripada para sahabat tidak bangun walau pun nabi telah bersabda sebanyak tiga kali. Mereka bukan engkar dengan perintah nabi tetapi mereka terlalu kasih dan merasakan perjanjian itu telah menghina Allah dan rasulNya. Akhirnya Rasulullah s.a.w telah masuk ke khemah isterinya ummul mukminin Salamah dan memberitahu tentang perkara itu lalu Ummu Salamah meminta agar nabi sendiri yang melakukannya tanpa berucap apa-apa. Rasulullah s.a.w terus keluar daripada khemah lalu bertahallul. Melihat perkara itu lalu para sahabat terus bertahallul dengan bercukur kepala dan menyembelih dam.
     

    Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

    Firman Allah dalam ayat  24 dan 25 surah al-Fathu yang bermaksud :


    Dan Dialah yang menahan tangan mereka daripada membinasakan kamu dan menahan tangan kamu daripada membinasakan mereka di tengah Kota Mekah sesudah Allah memenangkan kamu ke atas mereka. Dan adalah Allah itu amat Melihat apa yang kamu kerjakan. Merekalah orang-orang kafir yang menghalangi kamu daripada memasuki Masjidil Haram dan menghalangi binatang korban sampai ke tempat penyembelihan

    Firman Allah yang bermaksud :

    Wahai mereka yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka di mana bahan-bahan bakarnya manusia dan batu. Neraka itu dijaga dan dikawal oleh para malaikat yang keras layanannya . mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam setiap apa yang diperintahkanNya kepada mereka dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.

    Oleh itu kita semua sebagai mereka yang mengaku beriman kepada Allah mestilah menjaga diri kita dan keluarga kita sepanjang masa daripada terjerumus ke lembah maksiat yang hina dan daripada mengikut hawa nafsu yang sentiasa inginkan kepuasan. Kita mesti mengukuhkan aqidah dan memperkemaskan ilmu di dada agar mampu menghadapi ujian dan mehnah jahiliah yang begitu kuat menguji dan menggoncang keimanan kita. Janganlah kita mudak terpedaya dengan harta, takhta dan wanita di mana jika kita terpesong maka itu semua akan mencelakan kita semua.


    Sumber: Web Darululum
    ~..Ukhwah yang dibina antara kita, Biarlah seperti seutas tasbih, Ada awal,  Tiada penghujungnya, Dicipta untuk mengingatiNYA, Dibahagi untuk cintaNYA, Diratib demi redhaNYA..~

    Reply #1 08 April, 2009, 02:41:20 PM
  • Publish


  • Perjanjian Hudaibiyah (bahasa Arab: صلح الحديبية) berlaku pada bulan Zulkaedah tahun keenam hijrah (Mac 628 M) dan
    ditandatangani antara pihak Musyrikin Mekah dengan Rasulullah.
    Dinamakan perjanjian Hudaibiyah sempena nama tempat perjanjian ini ditandatangani .

    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Reply #2 08 April, 2009, 02:43:08 PM
  • Publish

  • Sebab berlakunya perjanjian.

    Rasulullah bersama-sama 1400 orang Islam Madinah menuju ke Mekah untuk menunaikan ibadah haji dan umrah.
    Apabila pihak Musyrikin mendapat tahu hal ini, wakil mereka datang menemui Rasulullah untuk mengetahui tujuan
    kedatangan orang Islam ke Mekah. Maka, Rasulullah menghantar Uthman bin Affan ke Mekah untuk menjelaskan
    tujuan tersebut kepada wakil pihak Musyrikin itu.

    Uthman bin Affan ditahan dan tersebar berita bahawa beliau telah dibunuh. Orang Islam pun berikrar untuk menuntut
    atas kematian itu. Ikrar ini dikenali sebagai 'Baiátin ridhuan'. Apabila mendengar berita ini, pihak Musyrikin pun
    membebaskan Uthman bin Affan dan menghantar Suhail bin Amru untuk berunding dengan orang Islam.
    Perundingan ini membawa kepada berlakunya "Perjanjian Hudaibiyah".

    Reply #3 08 April, 2009, 02:49:37 PM
  • Publish

  • Isi Perjanjian Hudaibiyah

        * Gencatan senjata selama sepuluh tahun.

        * Orang Islam dibenarkan memasuki Makkah pada tahun berikutnya, tinggal di Makkah selama tiga hari sahaja
           dengan hanya membawa senjata bersarung.

        * Bekerjasama kepada perkara yang membawa kebaikan.

        * Orang Quraisy yang lari ke pihak Islam tanpa kebenaran keluarga dikembalikan semula.

        * Orang Islam yang lari ke pihak Quraisy tidak perlu dikembalikan.

        * Kedua-dua pihak boleh membuat perjanjian dengan mana-mana kabilah Arab tetapi tidak boleh
           membantu peperangan.

    Hikmah Perjanjian Hudaibiyah

        * Berkembangnya syiar Islam.

        * Kehidupan masyarakat aman dan damai.

        * Pengiktirafan Rasulullah dan negara Islam di Madinah.

        * Membuka jalan kepada pembebasan Mekah daripada Musyrikin Quraisy.

        * Orang Islam dapat membuat perhubungan dengan kabilah Arab yang lain.

    Kesan Perjanjian Hudaibiyah

        Rencana utama: Pembukaan Kota Mekah

        * Musyrikin Quraisy semakin lemah.

        * Islam berkembang dengan meluas dan Madinah semakin maju..

        * Orang Yahudi yang khianat diusir dari Madinah.



    Reply #4 08 April, 2009, 07:12:31 PM
  • Publish
  • Ana sangat menyukai kisah sirah Rasul junjungan,banyak iktibar,contoh dan panduan yang di tonjolkan kepada ummah untuk kesejahteraan hidup didunia dan akhirat,buku tulisan Menteri Besar Kelantan contohnya banyak memberi pengetahuan tentang sirah Rasulullah S.A.W. Terima kasih diatas santapan minda yang disampaikan,cukup berharga buatku..

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    0 Replies
    1744 Views
    Last post 14 June, 2007, 10:34:05 PM
    by NurWahidaFauzi
    5 Replies
    2931 Views
    Last post 15 December, 2009, 11:51:24 PM
    by Ummi Munaliza
    1 Replies
    471 Views
    Last post 12 November, 2013, 01:51:20 PM
    by al_ahibbatu