Permohonan Cerai Secara Fasakh

*

Author Topic: Permohonan Cerai Secara Fasakh  (Read 29681 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Reply #20 21 November, 2009, 12:20:01 PM
  • Publish
  • Terlebih dahulu, maafkan saya...untuk makluman, saya telah pun berusaha bertemu dengan perawat2 dan pengamal perubatan antaranya Ustaz Ishak(mentakab), Ustaz suhaimi(penawar.com), Ustaz Azizi( Kluang) dan beberapa org lagi pengamal namun hasilnya belum menyakinkan. Kesudahannya, saya menerima mungkin ini ketentuan Allah kemungkinan pembalasan atas dosa2 samada saya sedar atau tidak sebelum ini. Apa yang saya lakukan sekarang cuma berusaha memastikan anak2 saya tidak tercicir kasih sayang, keperluan dan pendidikan mereka juga berikhtiar untuk memastikan andaikata terjadi juga perceraian, bukanlah dari keputusan saya kerana rumahtangga bagi saya adalah tanggungjawab yg Allah berikan dan saya akan cuba pertahankan seboleh mungkin tetapi andainya pihak yang satu lagi ingin memusnahkan, biarkan lah dia berusaha tetapi perceraian itu takkan datang dari mulut saya. Yang saya utamakan adalah anak-anak saya berada dalam lingkungan pemerhatian saya tetapi tidak kehilangan ibunya kerana saya ni juga anak yatim yg sempat bersama ayah saya selama 4 bulan sahaja dan saya tahu apa rasanya bila tiada salah seorang ibu bapa. Apa-apapun, berbanyak terima kasih Tuan Dol atas perhaian tuan, insyaallah saya akan hubungi tuan bila sampai waktunya sekurang-kurangnya bagi menambahkan amalan yang ada disamping mengeratkan silaturrahim. Saya dah pun hubungi tuan melalui pm..tapi fening arr guna pm kat sini...:senyum:

    dol_bendol

    • *
    • http://al-merapu.blogspot.com
      • View Profile
    Reply #21 12 January, 2010, 12:54:56 PM
  • Publish
  • tuan jgn putus asa, trylah Kami pula

    Reply #22 07 September, 2010, 12:13:33 PM
  • Publish
  •  :)
    Saya ialah seorang isteri yg sedang dalam permohonan penceraian secara fasakh......sy x tahu adakah permohonan saya ini adalah di landasan yang betul atau tidak ini kerana pihak peguam saya yang telah menetapkan permohonan penceraian saya adalah secara fasakh......sy tidak ada ilmu ttg itu.sy hanya mengikut apa yg telah dinasihatkan oleh pihak peguam. Sy ceritakan serba sedikit ttg latarbelakang saya.....sy berumur 31 tahun dan mempunyai 2 org anak ( 7 tahun dan 3 Tahun). Sejak dari mula perkahwinan kami lagi , suami sy culas dalam melkasanakan tanggungjawab dalam pemberian nafkah. dalam erti kata lain tidak bekerja secara istiqamah....ada juga kedapatan beberapa tahun yg dia tidak bekerja. Sepanjang perkahwinan saya bersama dia, sy sering kali dimaki hamun dan di sumpah seranah....Pukul, sepak terajang sering menjadi makanan saya hampir setiap hari....sy akui perasaan syg tiada dlm hati sy hanyalah sekadar perasaan takut yg lebih menguasai diri saya.....kadangkala saya tidak faham dengan sikap suami sya......dia sering mengugut untuk membunuh kami bertiga. Kami juga pernah dikurung di dalam bilik lebih kurang 5 jam tanpa elektrik dan air serta dikurung di dalam rumah tanpa dapat berhubung dengan sesiapa dalam masa 3 hari. Handphone dan kunci rumah saya dirampas.....sy sungguh x tahan dengan kehidupan yg saya lalui selama lebih kurang 8 tahun dan saya tekad pada ramadhan 2009 sy telah keluar dari rumah sehingga sekarang....dan sekarang saya dalam proses penceraian secara fasakh....sy nak minta pandangan rakan2 bagaimana peluang untuk untuk saya menang dalam kes ini.....?
    Wassalam.....
    « Last Edit: 07 September, 2010, 12:16:41 PM by Ummi Munaliza »

    Reply #23 07 September, 2010, 12:36:38 PM
  • Publish
  • terengganu.. boleh cerai taklik jika boleh buktikan 3 bulan tak beri nafkah.. kalau negeri awak tak de cerai taklik, fasakh pun boleh.. tapi agak banyak kerenah...


    Reply #24 04 October, 2010, 07:23:30 PM
  • Publish
  •  :)


    Saya cuma nak kongsi pengalaman saya kat ruangan ni.Saya dan suami tidak lagi berhubungan.Nak tanya khabar anak pun takde.  Suami bekerja di Sabah dan saya bekerja di Sarawak. Sekarang ni saya cuba nak tuntut fasakh kerana sang suami memang tidak lagi hiraukan saya dan anak.  Lagi pun sebelum ini dia  yang beria-ia nak lepaskan saya...Tapi sampai sekarang sunyi menyepi saja...

    Apa yang patut saya lakukan?
    « Last Edit: 05 October, 2010, 12:56:33 PM by Ummi Munaliza »

    RS^

    • *
    • Redha&Syukur: Rohku, ingat detik kembalimu kpdNya
      • View Profile
    Reply #25 06 October, 2010, 10:26:09 AM
  • Publish
  • Pertama-tamanya anda buat aduan di mana-mana Pejabat Agama/Kadhi. Anda di Sarawak, jika kad pengenalan masih alamat Johor misalnya, tukar ke alamat Sarawak dahulu. Pastikan sijil nikah salinan isteri tersimpan baik jika anda sebelum ini bukan menikah di Sarawak.

    Cari saksi-saksi yang boleh menyokong keterangan anda semasa perbicaraan nanti. Jangan khuatir jika suami anda tidak hadir perbicaraan asalkan 'sapina' telah disampaikan kepadanya. Sekiranya keterangan saksi-saksi mencukupi, Kadhi masih boleh buat keputusan.

    Cuma anda pastikan dahulu keputusan yang anda mahukan sebab cerai secara fasakh tidak boleh rujuk.
    Aku musafir yg mencari kebenaran. Seorang manusia yg mencari erti kemanusiaan di antara manusia. Seorang warganegara yg mencari negerinya kemuliaan, kebebasan, kestabilan & kehidupan yg baik dlm naungan Islam yg hanif.

    http://bro-rs.blogspot.com/

    http://lamanpuisi-rs.blogspot.com/

    Reply #26 01 November, 2010, 06:59:44 PM
  • Publish
  • suami puan serina tak tahu ker dari segi hak penjagaan anak (hadanah)...ibu  adalah lebih berhak
    sebab anak2 pun masih belum berdikari, maka puan serina lah yg berhak menjaga anak itu

    Rasullah SAW pun ada memyentuh dalam soal penjagaan anak
    kerana ibu lebih kasih, memahami dan penyabar...

    pada pendapat satria, suami puan rasa tercabar atas tindakan puan
    maka kata2nya sudah berbau ugutan..

    puan serina tak perlu khuatir, InsyaAllah semuanya selamat
    Allah itu Maha Mengetahui dan lebih Berkuasa..

    Reply #27 01 November, 2010, 10:12:45 PM
  • Publish
  • Kalau tak silap saya, tuan badrul boleh failkan dakwaan isteri nusyuz dan arahan kembali taat.. Sebab keluar dari rumah tanpa izin suami.. Isteri nusyuz memang gugurlah haknya terhadap nafkah. Taklayak tuntut nafkah lagi. Tuan ada beritahu mahkamah ke masa dipanggil dulu tu? 2tahun, lama dah tu..
    zaujah n aliah yusri.. ummu yusuf ramadhan & nur fatimah mujahidah..

    Reply #28 02 December, 2010, 05:01:42 AM
  • Publish
  • Puan Ummu Fatimah, terima kasih.

    saya telahpun menghadiri perbicaraan kali pertama Oktober yang lepas yang mana saya telah memfailkan afidavit pembelaan disamping membuat tuntutan balas agar mahkamah mengisytiharkan nusyuz berdasarkan bukti laporan keluar rumah tanpa izin yg saya failkan di Pejabat Agama dan juga segala dokumen persekolahan anak2 , rumah, dan kenderaan untuk beliau. Saya terpaksa berbuat demikian oleh kerana saya difahamkan bahawa kes nuzyuz hendaklah berjalan sama dengan kes induk.

    Kes berjalan tidak sepertimana yang saya harapkan dan pihak peguam plaintif tidak mengemukakan 3 org saksinya yg hadir sama atas alasan saksi tak cukup kuat dan ditangguhkan pula pada awal MAC akan datang. Apa yang saya kesalkan pihak mahkamah berterusan menasihati agar saya menceraikan isteri saya bagi memudahkan kes dan yg lebih menarik lagi, beberapa hari selepas itu baru saya mendapat senarai dokumen tuntutan isteri saya termasuk laporan polis mendakwa saya telah mendera dan memukul beliau sebagai bukti bertulis bagi membolehkan beliau memfailkan kes fasakh yg mana laporan itu dibuat setelah 5 bulan beliau keluar dari rumah. Saya rasa seolah tertipu kerana saya tidak dapat membalas laporan polis tersebut didalam afidavit pembelaan yg telah saya hantar.

    ada kalanya saya terfikir serasa macam ingin melepaskan sahaja beliau tetapi naluri saya lebih mengatakan sifat2 itu bukanlah sifat beliau, isteri saya bukan begitu selama saya hidup bersamanya dan saya tidak pernah mendidiknya sebegitu. Yang lebih menyedihkan, dia melihat anak2nya seolah tiada apa2 makna dan langsung tak menegur. Pandangan dia kosong, penuh dengan kebencian. Lagi menjengkelkan, keluarganya yg memberitahu saya bahawa mereka tak tahu dia berada dimana pun ada sama.

    Kes yg berlarutan lama itu, bagi saya peluang yang diberikan oleh Allah untuk kami berfikir atau peluang untuk dia berfikir dan berubah. Saya belum pernah lagi meminta penangguhan kerana saya  difahamkan oleh pihak Mahkamah di sana bahawa Kes Fasakh tetap berjalan walau suami tidak hadir. Namun begitu, kes tertangguh sendiri beberapa kali oleh pihak mahkamah dan saya amat bersyukur dengan keadaan itu. Harapan saya masih tetap seperti dulu moga Allah membuka pintu hati dia untuk kembali akan tetapi saya takkan sama sekali memaksa. Apa yg saya mampu buat sekarang hanya berdoa. Saya pun tak tahu bagaimana hendak menjawab di mahkamah nanti kerana demi untuk membela diri, saya perlu mendedahkan keburukan dia dan sukar sangat rasanya sebab walau seteruk manapun, dia adalah tetap isteri saya yg dah berbelas tahun bersama dan saya redha dengan apa saja keadaan diri dia selama dia bersama saya.
    Entah la puan, kalah menang kes sebegini tak menguntungkan sesiapa sebenarnya. Yang menang , tetap kalah dan kerugian sebenarnya. Apa yg dapat cuma malu, kehancuran rumahtangga dan anak2 yang menjadi mangsa.

    Reply #29 02 December, 2010, 10:44:45 AM
  • Publish
  • Teringat saya, ustaz pernah cerita.. Seorang isteri buat tuntutan bahawa suaminya tidak membayar mas khawin. Tapi suaminya bertegas, mas khawin telah dibayar. Untuk mendapatkan kebenaran, maka hakim memerintahkan si isteri membuka niqabnya. Hal ini membuatkan suami tersentak, melarang dan rela membayar mahar tersebut. (walaupun diharuskan membuka niqab dalam urusan mahkamah, tapi suami tak sanggup wajah isterinya diperlihatkan pada orang ramai) menangislah si isteri melihat kesungguhan suami memelihara maruahnya, akhirnya dia menghalalkan mahar tersebut..

    Sedih.. Usahalah ya tuan, yang terbaik tanpa buka aib isteri tuan.. Semoga berjaya.

    Reply #30 02 December, 2010, 10:51:36 AM
  • Publish
  •  :) ana telah mbaca masalah anta. boleh tak nak tahu kenape tiba2 isteri lari dari rumah setelah berbelas2 tahun tinggal bsama.Kerana saye ingin menyelami ape yang isteri anta hendak dan mungkin anta tidak dapat berikan (maaflah cakap). Kebanyakan perempuan impikan keluarga bahgia (berkahwin, ade anak,ade suami yang mgikut ajaran islam dan btanggungjawab) kecuali isteri anta itu dah buang tebiat atau ade org ketiga atau masa kahwin dulu dia rasa terpaksa. biasanya dalam rumah tangga kite kena btolak ansur. kecuali jika suami dah tak boleh nak btanggungjawab (maaf cakap) barulah isteri akan nusyuz

    Reply #31 02 December, 2010, 01:45:37 PM
  • Publish
  •  :ws:Maafkan saya puan, itulah cerita adik beradik beliau. Saya tidak bertanggungjawab. Gagal memastikan masa depan terbaik untuk adik bongsu mereka. Sedangkan saya telah mencuba sebaik mungkin mencukupi segala keperluan dan kehendaknya. Jika benar saya tidak bertanggungjawab, telah lama saya kerahkan isteri saya bekerja dan anak2 ini tak akan berada dengan saya. Soal agama , selama ini apa yg saya tahu saya cuba serapkan kepada keluarga saya dan apa yg saya kurang tahu, saya berinya peluang untuk mengetahuinya dari org yang lebih arif. Cuma pemahaman dan penerimaannya bergantung pada individu tersebut.

    Soal tanggungjawab, apa yg adik beradiknya tidak tahu, saya menerima sesuatu yang org lain tidak mahu bertanggungjawab dan tak pernah lagi selama perkahwinan kami saya mempersoalkannya. Jika tidak saya yang menerimanya, rasanya mungkin entah kemana hilangnya dan entah apa baik buruk berlaku pada adik mereka itu yang membawa diri. Cuma skrg, kadangkala saya rasa apa yg saya  terima itu langsung tidak dihargai.

    Berbelas tahun saya dipersalahkan, kononnya membawa beliau lari dari rumah padahal beliau yg datang ke negeri saya mencari tempat untuk menyembunyikan diri. Disalahkan kerana perkahwinan tanpa kenduri dan tanpa keizinan ibu beliau hinggalah sekarang tanpa saya dapat membela diri kerana jika saya bercerita apa yg telah berlaku sebelum dia bertemu saya pastinya akan memalukan isteri saya. Yang mengetahui ttg kisah lama beliau cuma arwah ayahnya yg mewalikan kami di Golok ( dah daftar di Malaysia). Itupun saya ceritakan atas sebab ayahnya meminta alasan kenapa saay perlu bernikah segera dgn beliau.

    Sepanjang pengetahuan saya, saya telah cuba sebaik mungkin melaksanakan tanggungjawab saya sebab bagi saya rumahtangga, anak dan isteri adalah tanggungjawab yang Allah berikan dan dia tak pernah dan rasanya tak berani untuk mempersoalkan ttg nafkah selama dia bersama saya cuma apa yang dituntutnya dalam permohonan fasakhnya hanya saya tidak memberikan nafkah 4 bulan sejak dia keluar dari rumah. Apa yang saya tahu, saya telah berusaha sebaik mungkin dan jika dia masih berasa kurang cukup bermakna dia tak melihat isteri2 lain yg jauh kurang bernasib baik. Cuma saya redha dgn ketentuanNya bahawa tak semua apa yg kita impikan akan kita dapat.

    Saya tak menolak dan tidak menidakkan bahawa saya juga ada melakukan kesilapan dan kesalahan samada sedar atau tidak cuma namanya rumahtangga..sentiasa perlukan toleransi dan cuba saling memahami. Masalah boleh diselesaikan melalui perbincangan. Kesalahan saya adalah kerana tidak pandai mendidik dan membimbing isteri. Tetapi rasanya kesilapan saya yang paling besar adalah menggalakkan keluarganya kembali semula aktif berhubung dengan beliau demi untuk tidak dituduh memutuskan silaturrahim keluarga.

    Bagi saya, tak perlulah mencari siapa salah, siapa tak bertanggungjawab dan kenapa tiba2 dia lari dari rumah sebab saya sendiri pun tidak pasti sebabnya. Apa yg saya pasti, keluarga beliau memainkan peranan besar. Bukan hanya dia tak bertanyakan anak2 tu..bahkan seluruh keluarganya seolah kami ni tak pernah ujud. Benci secara mendadak adalah sesuatu yg agak pelik, melupakan anak2 pula bukan permainan hati insan manusia dan adik beradiknya yg mengaku kagum melihat dia boleh tinggalkan anak2 dia demi masa depan yg lebih baik..itu satu pernyataan dari org yg inginkan kehancuran keluarga ini.
    Setakat ini yang dapat saya nyatakan kerana saya tak mampu untuk berterusan mencari salah kerana untuk mengungkitkan salah org cukup mudah tetapi belum tentu lagi boleh selesaikan masalah cuma menambah rumitkan pemikiran sedangkan pihak2 di sebelah sana menutupkan pintu perbincangan serapat-rapatnya. Mungkin bagi mereka, jika tak suka,mintak cerai. Jika tak dapat, mintak fasakh dan tak perlukan usaha2 untuk meyelamatkan. Apa2 pun, saya cuma berusaha juga berdoa dan akhirnya saya tetap juga akan redha dgn kesudahannya kelak. Cuma jika kalah kes ini, saya puas sebab saya telah berusaha untuk menyelamatkan rumahtangga saya sebaik mungkin.

    Reply #32 02 December, 2010, 02:21:49 PM
  • Publish
  •  :)nampaknya anta ni seorag yg sensitif.utk meleraikan masalah pada ana kita kena telus walaupun sesuatu yg kita cakap itu tak sedap didengar. satu kesilapan anta ialah bnikah digolok (maaf cakap). klau keluarga tak suka kenapa bnikah juga.walauapapun hidup mesti diteruskan. semoga anta dapat mcari pengganti ibu kepada anak2 anta seorg yang berilmu duniwi dan akhirat.carilah isteri mengikut lunas2 yang ditetapkan oleh agama Islam.

    Reply #33 02 December, 2010, 07:07:33 PM
  • Publish
  • Bernikah di Golok bagi saya bukan suatu kesilapan, bahkan arwah ayahnya amat menghargai. segalanya diaturkan oleh arwah ayahnya dan sepupu juga saudaranya sebagai saksi. Proses pendaftaran di Malaysia pun tiada bermasalah. Cuma yg lewat saya ketahui adalah ibudan adik beradiknya telah punya pilihan yang lain yang dia sendiri akui tidak bersetuju tambahan pula dgn tekanan masalahnya yg tidak diketahui oleh pilihan ibunya itu. Janjinya untuk menjadi seorang isteri dan ibu yang baik sudah mencukupi bagi saya. Perihal membimbing dan mendidik adalah dibawah tanggung jawab saya.

    Melihat arwah ayahnya tersenyum sudah cukup membahagiakan saya. Cuma 2 bulan selepas pernikahan kami ayahnya telah meninggal dunia dan sempat dia membuat akuan bersumpah bahawa dia yang mewalikan anaknya bernikah untuk kemudahan kami mendaftar. Seorang tua yg terpaksa tinggal dipondok di kebun getah meninggalkan rumahnya sendiri lebih 8 tahun kerana dihalau dan tidak mahu bertelagah dengan isterinya. Rasanya tiada yg lebih membahagiakan melainkan melihat kesemua anak2nya selamat berumahtangga.

    Sebenarnya puan, bagi saya sekarang, perkara ini bukan lagi masalah besar. Anak-anak telah pandai mendisiplinkan diri.Masing2 punya tugas tertentu dirumah. Rumit pada mulanya tetapi lama kelamaan mereka mula faham mereka perlu belajar berdikari. Yang kecil pun telah memasuki tadika dan dah pandai pun membancuh teh. Alhamdulillah..Ramai yang membantu dan sudi membantu apabila saya memerlukan.

    Apa yang saya cari di sini hanyalah andai kata ada jalan2 yang lebih mudah bagi meyelesaikan kes tersebut selain dari saya perlu melafazkan talak kerana jalan perbincangan yang telah tertutup dan panduan agar saya jangan tersalah arah di mahkamah nanti.

    Terima kasih diatas perhatian dan nasihat puan dan rakan2 Halaqah. Segala niat baik itu hanya Allah yang mampu membalasnya.

    Reply #34 02 December, 2010, 07:16:52 PM
  • Publish
  • Puan Ummu Fatimah,  terima kasih..insyaallah saya akan mencuba untuk tidak bertelagah dan berhati-hati dgn setiap perkataan saya nanti. Terfikir juga saya untuk tidak perlu hadir membela diri di mahkamah jadi tidak perlulah saya untuk berkata apa2 tapi kesannya kelak mungkin saya bakal menghadapi perbicaraan hak hadanah anak-anak pulak dan segala tuntutan berbangkit dan rasanya ianya lebih berat. Andai terjadi begitu, rasanya kesannya lebih berat pada anak2. Kesian mereka. Dahulu pun mereka keliru dan anak yg tua terpaksa dirujuk ke pakar psikiatrik kanak-kanak dan rasanya, saya takkan membiarkan mereka melaluinya lagi.

    Insyaallah puan, saya akan terus bersabar. Kita tak tahu apa yg Alah sediakan dimasa hadapan buat kita dan saya percaya setiap detik apa yg berlaku adalah dgn kehendakNya dan pasti ada la hikmahnya bila tiba masanya nanti. Wallahualam.

    Reply #35 03 December, 2010, 05:39:45 PM
  • Publish
  • sebenarnya ana ni seorg guru disebuah sek yg agak besar. kebanyakan kami bkongsi masalah. selalunya yg ana dengar lelaki yg tak btanggungjawab. Ini tbalik pula dgan anta. walauapapun hal2 mahkamah ni baiklah btanya kpd peguam syarii.

    Reply #36 03 December, 2010, 08:06:20 PM
  • Publish
  • Begitulah anggapan sesetengah individu. Saya juga tidak menolak banyak terjadinya perkara sebegitu  dan saya telah beberapa kali melaluinya kerana itu agak payah juga untuk saya bercerita. Merasakan bagaimana layanan kakitangan mahkamah pada mulanya melalui talian telefon tetapi alhamdulillah mungkin apabila dilihat anak2 dengan saya, saya dilayan dengan agak lebih beradab.

    Mungkin kerana saya dilahirkan dan dibesarkan sepenuhnya dengan kasih sayang seorang ibu, saya telah terdidik untuk menyayangi dan berusaha menjaga setiap amanah yang diberi. Seorang dipertengahan umur 30an, dia menjaga dan mendidik kami adik beradik lapan orang dengan cukup baik dan tekun. Saya tak pernah bermasalah andai isteri saya tak mahu memasak atau tak pandai menguruskan rumah sebab perkara2 begitulah yang ibu saya ajarkan bahkan hingga sekarang saya masih menjahit secara sambilan pakaian2 untuk teman2 yg kurang keupayaan tanpa menetapkan upah tetapi siapnya mengikut masa kelapangan saya.

    Puan, tak semua masalah rumahtangga tu kerana lelaki tak bertanggungjawab. Salah pertimbangan dan melakukan kesilapan tu memang byk la..baik suami atau isteri. Saya tak menyalahkan puan andainya ada tanggapan sebegitu terhadap saya kerana yg puan baca ini cuma cerita sebelah pihak. Tapi dah menjadi lumrah, seringkali jika satu pihak hendakkan sesuatu, apa cara pun dia akan menjatuhkan pihak yang berlawanan. Saya tak berniat menjatuhkan sesiapa, sekadar bercerita dan melihat nasihat dan respon teman-teman.

    Memang perkara ni saya dah bawakan kepada teman2 peguam syarie dan juga hakim syariah dan berdasarkan pengetahuan saya dan bukti2 berdokumen juga sejauh mana mereka mengenali saya, mereka menasihatkan saya membela diri sendiri sahaja melainkan saya rasa tak mampu menjawab dimahkamah. Dan saya memilih mengendalikan kes ini sendiri kerana soal rumahtangga kami hanya kami yg tahu.

    Apa-apa pun, terima kasih puan diatas keprihatinan puan terhadap kisah saya ini. Sesungguhnya saya tidak menyimpan rasa berkecil hati atas catatan puan tersebut bahkan saya amat berterimakasih atas kesudian puan meluangkan masa memberikan untuk memberikan pandangan.

    Reply #37 05 December, 2010, 02:17:30 PM
  • Publish
  • ana minta maaf sekiranya telah mngecilkan hati anta.kerana memohon ampun dgn tuhan itu lebih mudah berbanding dgn manusia. tak sangka pulak di akhir zaman ni masih ade lelaki seperti anta.ape maksud anta menjahit baju teman2. mcmana anta bahgikan masa kerja, jaga anak serta mjahit. ana rasa ana pun tak terbuat. beli baju siap dikedai adelah......

    Reply #38 05 December, 2010, 02:49:14 PM
  • Publish
  • sebabtulah kuasa talak ni di tangan lelaki.. perempuan ni kurang beragama dan kurang akal.. memang kalau dihantar lelaki sebaik malaikat sekalipun, tetap akan terlihat olehnya kekurangan di sana sini.. sedangkan lelaki (suami) ditugaskan untuk mendidik wanita (isteri) dengan penuh kesabaran dan berhati-hati.

    Reply #39 06 December, 2010, 10:03:53 AM
  • Publish
  • tak semua lelaki diluar sana baik dan tak semua perempuan diluar sana kurang bagama dan kurang akal.klau semua lelaki baik tak adelah masalah2 yg kaum hawa alami seperti yg tdapat d Halaqah ini. walaubagaimanepun ana sgt suka menimba ilmu d Halaqah ini. rasa macm mengembalikan nostalgia semasa belajar dahulu.

    divider3
    halaqahforum4