Permohonan Cerai Secara Fasakh

*

Author Topic: Permohonan Cerai Secara Fasakh  (Read 27931 times)

0 Halaqian and 3 Guests are viewing this topic.

serina

  • *
  • Posts: 3
    • View Profile
08 September, 2009, 01:14:27 PM
  • Publish
  •  :)

    Saya mempunyai masalah rumah tangga..dan sekarang dalam proses penceraian secara fasakh kerana suami tidak memberi nafkah zahir selama 3 tahun dan terdapat ugutan bunuh.. mempunyai 2 orang anak..(2 tahun dan 6 bulan) sebelum ini anak ada bersama suami,dan saya telah mengambil anak dengan cara baik.. sebaliknya suami telah membuat laporan polis dengan menyatakan saya dan ibubapa telah mengambil anak tanpa izinnya (culik). sekarang saya ingin mengambil anak saya semula setelah suami berjanji akn pulangkan.. kini suami  telah membuat laporan polis kali ke 2 dan meletakn syarat saya perlu tinggal sebumbung bersamanya sehingga kes mahkamah selesai.. apa yang perlu saya lakukan untuk mendapatkan anak saya kembali tanpa tinggal bersama suami..??
    « Last Edit: 06 December, 2009, 01:37:56 PM by Ummi Munaliza »

    umar_khalil

    • *
    • Posts: 130
      • View Profile
    Reply #1 08 September, 2009, 01:19:33 PM
  • Publish
  • klu camtu nak berbincang baik2 pyh jugak,,,kn la lantik peguam..dr kes yg sy lihat..mmg leh menang ni...tp sy bukan la peguam..sj je bg pendpat sbg org awam..

    ramlighani

    • *
    • Posts: 6
      • View Profile
    Reply #2 08 September, 2009, 01:20:23 PM
  • Publish
  • Di bulan ramadhan ini banyak membaca Quran dan memohon doa padaNya .Anda ingat tak bagaimana apabila kita mendengar kematian kita membaca ayat nya . Maka bacalah moga2 Allah bagi hati lembut dan memberi anak pada anda sementara menunggu proses.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14488
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #3 08 September, 2009, 01:53:24 PM
  • Publish

  • Quote
    apa yang perlu saya lakukan untuk mendapatkan anak saya kembali tanpa tinggal bersama suami..??


    Serina, saya akan cuba merujuk pada yang arif untuk menjawap soalan ini. Harap bersabar ya...
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    AqilHaq

    • *
    • Posts: 8
      • View Profile
    Reply #4 08 September, 2009, 02:16:46 PM
  • Publish
  • sebab apa nak tuntut fasakh...
    tebus talak...
    ada ke suami tetapkan berapa tebus talak dia nak
    atau dia akan cerai dengan mudah...

    apa salah suami enti sehingga enti nak tuntut fasakh...

    ana sebenarnya tak tahu punca masalah sebenar rumah tangga enti yang disebut retak menunggu pecah...
    adakah dengan perceraian akan menyelesaikan masalah
    bagaimana nasib anak enti yang dua ore tersebut...
    adakah anak enti dua ore akan rindukan ayahnya...
    jahat sangat ke suami enti
    adakah seperti fir'aun
    Asiah buleh bersabar walau husbandnya fir'aun sehingga akhirnya asiah syahid di timpa batu oleh siksaan fir'aun...
    ana tak tahu apa masalah enti dgn suami sehingga nak bercerai...
    seharusnya tak perlu melibatkan polis sebab ini hal jabatan agama Islam punya hal...
    seksyen dalam akta jabatan agama Islam sudah cukup
    tak perlu lapor polis
    kecuali berlaku ugutan bunuh...mencederakan enti...

    ana doakan enti dapat selesaikan masalah dgn berhemah serta bijak...
    Wallahu 'Alam


    lan_ammar

    • *
    • Posts: 178
      • View Profile
    Reply #5 08 September, 2009, 03:18:32 PM
  • Publish
  • salam sy juga doakan dpermudahkn sgala urusan, banyakan berdoa dan bmunajat mmohon kpd Allah, asl itu dtg dari untuk ujian kpd kita, kita sbgai hamba..laluinya dengan penuh bhikmah,cara anti ini tepat,insyAllah ana juga cuba cari,sekiranya ada jalan yg terbaik ana bgtahu..
    wasalm..

    Daeng Acan

    • *
    • Posts: 141
      • View Profile
    Reply #6 08 September, 2009, 04:12:11 PM
  • Publish
  •  :)

    kak kwn nk bg ckit crite tntang nabi so renung2n la ye..

    Surah At-tahrrim(4)

    "Jika kamu berdua bertaubat kepada Allah (wahai isteri-isteri Nabi, maka itulah yang sewajibnya), kerana sesungguhnya hati kamu berdua telah cenderung (kepada perkara yang menyusahkan Nabi); dan jika kamu berdua saling membantu untuk (melakukan sesuatu yang) menyusahkannya, (maka yang demikian itu tidak akan berjaya) kerana sesungguhnya Allah adalah Pembelanya; dan selain dari itu Jibril serta orang-orang yang soleh dari kalangan orang-orang yang beriman dan malaikat-malaikat - juga menjadi penolongnya."

    so moral dlm hal nie adalah berbincang dgn baik mne la tau die nak ber baik dgn akak blik sbb 2 ajak duk sebumbung blik..andai berlaku penderaan brulah bertindak k...
    I'm sory..andai pandai2 bg cdangan..

    zaujah solehah

    • *
    • Posts: 31
      • View Profile
    Reply #7 11 September, 2009, 01:15:19 PM
  • Publish
  • Dalam kes macam ni, klu suami dah ugut nak bunuh, baik jgn balik rumah...puan harus pergi ke mahkamahh rendah yang berada di daerah berdekatan...selesaikan dulu kes cerai secara fasakh,kerana dalam situasi ni, memang puan ada hak untuk tuntut fasakh, kerana sikap suami yang mengabaikan tanggungjawabnya terhadap keluarga..jangan panik puan.Di sinilah hak puan untuk menghadiri majlis sulh di hadapan pegawai sulh,untuk menuntut hak nafkah edddah, mut'ah dan nafkah anak.Notis sulh akan dihantar kepada defendan ( suami ).Tapi, klu puan xnk hadir sulh pun, xpe...selesaikan dulu fasakh,baru buat sulh.

    Setelah fasakh dipohon, puan perlu pergi ke mahkamah tinggi syariah untuk membuat tuntutan terhadap harta sepencarian dan hak jagaan anak. Puan perlu sekali lagi berjumpa pegawai sulh untuk bincang tentang isu ini...bincang lah tentang hak lawatan anak mase cuti sekolah dan musim perayaan serta hujung minggu.

    Jika suami dan puan ada persetujuan dalam hal ni, maka puan jgn lah risau...Andai kata suami tak hadir mahkamah, puan serahkan jer pada mahkamah atau pakai lawyer untuk membuat tuntutan terhadaphak jagaan anak..

    Pada masa yang sama, puan juga boleh minta mahkamah membuat injuksi (sekatan) kepada suami puan,agar tidak mengganggu kehidupan puan dengan cara mengugut untuk membunuh.Jangan lupa buat laporan polis dan juga laporan doktor jika terdapat kecederaan fizikal..ini untukmenguatkan lagi hujjah bahawa suami puan ini tidak layak untuk menjaga anak puan..

    Pesanan saya, jika puan dah berfikir sehabis baik dan sudah ada kata putus untuk bercerai dengan suami, sila lah pergi ke mahkamah..lagi cepat daftar,lagi cepat selesai kes puan.Jangan risau, puan tetap ada hak untuk membela nasib anak puan.Ikut prosedur yang betul..insyaallah xde masalah...Puan kena kuat semangat untuk berdepan dengan suami nanti...x kira apa sahaja keadaan, kena kuat semangat k...selamat berjaya.

    zaujah solehah

    • *
    • Posts: 31
      • View Profile
    Reply #8 11 September, 2009, 01:24:17 PM
  • Publish
  • Sebarang soalan atau kemusykilan , puan boleh ajukan pada kakitangan mahkamah syariah daerah puan bermastautin... khidmat  biro bantuan guaman (BBG)  juga ada disediakan bagi meringankan masalah puan..tetapi sebelum kes ni didaftar di mahkmah, biase nya pasangan kena hadir kaunseling dulu di pejabata agama, bincang cara elok dulu.Tp, jika xleh bincang, baru kes diteruskan ke peringkat perundangan.

    Setiap masalah pasti ada jalan keluar...

    zaujah solehah

    • *
    • Posts: 31
      • View Profile
    Reply #9 11 September, 2009, 01:37:52 PM
  • Publish
  • 1) Hadiri sesi kaunseling di pejabat agama.
    2)Puan boleh menuntut fasakh di mahkamah syariah daerah berhampiran dengan mengisi borang berkaitan fasakh.
    3) Majlis sulh untuk selesaikan tuntutan nafkah anak, nafkah eddah dan mut'ah. ( jika ada ).
    4)Buat permohonan di mahkamah tinggi syariah untuk menuntut hak jagaan anak-anak puan.
    5) Khidmat BIRO BANTUAN GUAMAN (BBG) ada disediakan bagi golongan yang berpendapatan rendah.
    6) Boleh minta mahkamah adakan injuksi ( sekatan) terhadap suami puan agar tidak mengganggu kehidupan puan.
    7) Syarat untuk dapatkan hak puan, adalah dengan tidak nusyuz kepada suami.
    8) Buat laporan polis mengatakan suami mengugut untuk bunuh puan dan laporan doktor jika terdapat sebaang kecederaan fizikal.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14488
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #10 11 September, 2009, 02:11:04 PM
  • Publish

  •  Untuk pengetahuan umum zaujah solehah adalah pengamal undang-undang syarie. Beliau mempunyai firma guaman sendiri.Sekiranya puan/tuan ada masalah, boleh ajukan disini dan akan saya panjang ke pengetahuan zaujah solehah.

    Sudi kiranya zaujah solehah menjadi tempat halaqahnet membuat rujukan jika ada masalah berkaitan fiqh perundangan.
    Terima kasih zaujah solehah. Jika saya salah memberi informasi, sila betulkan.

    ibnatwalidaini

    • *
    • Posts: 6
      • View Profile
    Reply #11 11 September, 2009, 02:16:51 PM
  • Publish
  • salam...rasanya jika masih lagi ade peluang utk berbaik-baik , cubalah berdamai, fikirlah pasal anak2, bagi peluang kpd psgn utk berubah. sekiranya mmg tak dpt d slmtkan lagi maka teruskan la perpisahan tu...

    serina

    • *
    • Posts: 3
      • View Profile
    Reply #12 14 September, 2009, 11:16:05 AM
  • Publish
  • Terima kasih kepada yang memberi tunjuk ajar..
    Saya telah mengikut garis panduan yang telah diberi dan ditetapkan oleh mahkamah dan perbicaraan yang ke-2 pada bulan oktober depan. Saya telah melantik peguam swasta juga failkan hak penjagaan anak di mahkamah tinggi. Sekarang suami mengugut, sekiranya saya tidak menarik semula kes yang dibawa ke mahkamah (cerai fasakh). Dia akan melarikan diri bersama anak-anak,dan menukar tempat tinggal.. juga akan mengenakan lain2 saman kepada saya. Anak2 saya masih kecil dan perlukan perhatian seorang ibu.Bagaimana untuk saya menghalang suami dari melarikan diri dan anak2? Apa maksud saman yang akan suami kenakan keatas saya?

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14488
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #13 14 September, 2009, 11:42:13 AM
  • Publish


  • Serina boleh Pm, berikan saya nombor phone, zaujah solehah berada di luar skrg ini. Jika boleh sabar, tunggu zaujah solehah log in halaqah nanti.

    zaujah solehah

    • *
    • Posts: 31
      • View Profile
    Reply #14 16 September, 2009, 12:24:29 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum wbt...puan jgn risau.Suami puan dah mula rasa takut apabila puan sudah failkan permohonan di mahkamah.Hanya mahkamah yang boleh keluarkan saman untuk arahkan suami puan hadir ke mahkamah untuk perbicaraan kes.Tidak perlu risau dan khuatir puan.Negara kita ada undang-undang...apa yang saya faham situasi sekarang ni, suami puan dah tidak tentu arah dan rasa tercabar apabila puan berani bertindak dan melantik peguam...puan tidak perlu takut...teruskan dengan kes puan di mahkamah...ugutan suami puan tidak akan mengubah keputusan mahkamah kerana puan boleh gunakan alasan ini untuk dapatkan hak jagaan anak...Pihak mahkamah akan membantu puan...perintah sekatan/injuksi daripada melarikan anak ke luar negara juga boleh dipohon di mahkamah...serahkan kes ini kepada peguam puan...dan tunggu hari perbicaraan...buat masa sekarang, lebih baik jika puan tidak berhubung dengan suami puan dan tidak menceritakan apa-apa tindakan puan demi keselamatan anak-anak puan...Jika suami puan tidak hadir di mahkamah masa sebutan, hakim ada kuasa untuk meluluskan permohonan fasakh puan walaupun tanpa kehadiran defendan...kerana fasakh berbeza dari pengesahan cerai,di mana memerlukan kehadiran si suami..

    zaujah solehah

    • *
    • Posts: 31
      • View Profile
    Reply #15 16 September, 2009, 12:34:23 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum umi...ana bukan pengamal undang2 syarie...ana buat double degree in civil n syariah...tapi tak praktis cz dapt twrn kerajaan.Ana hanya pegawai syariah secara umum dan pegawai sulh di mahkamah syariah secara khasnya.Seseorang yang dilantik untuk menjadi pegawai sulh ( wanita),maka dia ada hak tauliah dari sultan untuk menjadi penolong pendaftar di mahkamah syariah.Pegawai sulh lebih dikenali sebagai mediator, akan menjadi perantara antara plaintif dan defendan untuk mencapai satu resolusi kepada isu berbangkit.Perjanjian penyelesaian yang ditandatangani oleh plaintif dan defendan akan diendorskan sebagai perintah mahkamah jika tiada perubahan isu di hadapan hakim.Penolong pendaftar pula ada hak untuk tandatangan saman2 mahkmah kepada pihak2,bon jamin, wakalah peguam kepada anak guamnya dan juga meluluskan sebutan kes jika hakim tiada.Ana keje kerajaan dan pengkhususan dalam bidang undang2 syariah.

    badrulhasya

    • *
    • Posts: 15
      • View Profile
    Reply #16 20 November, 2009, 05:38:10 AM
  • Publish
  • Assalammualaikum...
    terlanjur saya melayari internet bg mendapatkan pengetahun tentang proses permohonan fasakh ni terhenti sebentar saya dilaman ini. Saya mengalami situasi yg bertentangan dengan puan Serina. Sekadar ingin mendapatkan pandangan bagi yang arif dan lebih berpengetahuan. Isteri saya telah meninggalkan rumah kelamin kami lebih kurang 2 tahun yang lepas dan saya tidak pasti dimana dia berada. Yang pastinya keluarga nya tahu dan bila saya bertanya mereka mempermain-mainkan dengan memberitahu di pelbagai tempat. Setahu saya, saya cuba melaksanakan tanggungjawab saya sebaik mungkin. Tak pernah lagi saya memukul atau dengan sengaja menyakiti dia . Isteri saya telah memfailkan permohonan perceraian di negeri Pahang tanpa sesi kaunseling selepas itu tetapi dia tidak hadir ke majlis sulh dan kes telah terbatal. Selepas itu dia failkan pulak tuntutan fasakh di Terengganu atas alasan saya tidak beri nafkah selama 4 bulan dari tarikh dia keluar dari rumah. Sejak dari hari dia keluar rumah hingga sekarang dia tak pernah pun sepatah sms atau perkataan menghubungi saya atau anak-anak dia( 4 org 11- 3 tahun) dan saya tidak langsung berpeluang bertanyakan sebab musababnya. Yang memusykilkan saya, afidavitnya membayangkan bahawa saya yang meninggalkan dia dan anak-anak dan kenapa dia boleh memfailkan kes di terengganu sedangkan rumah kelamin kami di Pahang yg mana masih saya sewakan sehingga sekarang? Mungkin atas alasan dia duduk di Terengganu sekarang tetapi kes difailkan sebelum cukup 6 bulan dari tarikh dia keluar rumah yg mana melanggar syarat2 pemastautin juga saya terfikir, bagaimana saya nak beri nafkah sedangkan dia duduk dimana pun saya tak tahu? Masalah saya sekarang, saya telah menetap di Johor dan untuk pergi ke Terengganu tu semata-mata untuk bercerai bagi saya lebih baik saya habiskan perbelanjaan itu untuk membiayai persekolahan anak-anak saya. Perlukah saya hadir ke mahkamah juga? Adakah patut saya memfailkan permohonan ex-parte penjagaan anak? Kemungkinan akan lebih burukkan keadaan dan hati ini sentiasa berharap berdoa keadaan akan kembali seperti dulu bukannya bertambah berkocak. Anak2 perlukan ibu bapanya dan setiap manusia tak lari dari membuat kesilapan samada kita menyedari dan mengakuinya atau pun tidak. Setiap permasalahn dalam rumahtangga perlukan perbincangan. Jika boleh. tolong berikan pendapat, apakah langkah yg terbaik untuk saya lakukan demi kebaikan anak-anak dan mungkin jika diizinkan Allah bagi meyelamatkan perkahwinan saya.
    Buat puan Serina, bersabar...jika boleh perbaiki rumahtangga tu, perbaikkan lah dan utk faikan kes fasakh tu..sepanjang pengetahuan saya, kes fasakh perlukan bukti dan saksi, lengkapkan lah dan failkan la bila telah diberikan Allah ketetapan hati kerana setiap apa yang kita lakukan samada baik atau buruknay bagi kita memberi kesan kepada orang yang terdekat dan yang di sekeliling kita. Berfikirlah dulu, jgn biarkan nafsu menguasai akal. wallahualam..

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14488
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #17 20 November, 2009, 06:28:40 AM
  • Publish
  • Assalammualaikum...
    ... tolong berikan pendapat, apakah langkah yg terbaik untuk saya lakukan demi kebaikan anak-anak dan mungkin jika diizinkan Allah bagi meyelamatkan perkahwinan saya.


     :ws:

    Mohon badrulhasya bersabar, masalah saudara diberikan perhatian.   :ins:  Saya menghubungi oarng yang arif untuk menjawapnya.

    badrulhasya

    • *
    • Posts: 15
      • View Profile
    Reply #18 20 November, 2009, 06:06:18 PM
  • Publish
  • Alhamdulillah ...terima kasih puan Ummi.

    dol_bendol

    • *
    • Posts: 1663
    • http://al-merapu.blogspot.com
      • View Profile
    Reply #19 20 November, 2009, 07:40:53 PM
  • Publish
  • Tuan badrulhasya,

    syaitan berhajat mendatangkan masalah kepada manusia
    berbagai cara syaitan melakukan, dan manusia akan menjadi orang lain, bila syaitan menguasai dirinya.

    Kami boleh bantu, dengan Ilmu dan sedikit kebolehan kurniaan Allah. tetapi bolehkah tuan datang ke Banting, Selangor.
    dan jika tuan mahukan Ilmu ini, cajnya adalah RM177, tetapi tuan boleh sahaj datang bertamu, dan tanyakan sesuatu, cthnya, isteri ada di mana sekarang. bila tuan nak kan kaedah tuan nakkan Ilmnu, kami boleh beri, baru tuan bayar.
    ia untuk kebaikan tuan
    kami bukan bomoh, dan tidak meminta kecuali kepada Allah

    sila pm saya utk maklumat lanjut

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    3 Replies
    1811 Views
    Last post 15 June, 2011, 12:57:15 PM
    by keju
    0 Replies
    202 Views
    Last post 22 May, 2014, 04:47:49 AM
    by Atiqah Bintu Azam
    5 Replies
    443 Views
    Last post 16 June, 2014, 10:19:05 PM
    by Ixora_skru