0 Halaqian and 1 Tetamu are viewing this topic.
betulkan jika saya salah.sefahaman saya, jika dicukur bula roma yg terlindung, iaitu didalam aurat, dan untuk suami pula, tidak mengapa. contoh bulu roma di betis, hanya suami yang nampak..so saya faham tidak mengapa.termasuk juga mewarnakan rambut untuk tujuan kecantikan bagi suami.yang saya faham haram ialah mencukur bulu di wajah, seperti kening, sememangnya haram.walau macamana pun kening kita, tidak boleh kita merubah bentuknya.juga contoh lain ialah..wanita2 islam yang memakai braces, untuk tujuan menyamaratakan gigi..haram!
erm..Boleh terangkan mengenai memakai braces,untuk tujuan menyamakan gigi...haram!.....?syukran.
Quoteerm..Boleh terangkan mengenai memakai braces,untuk tujuan menyamakan gigi...haram!.....?syukran.HUKUM MEMAKAI BRACES (PENDAKAP GIGI)Soalan; Apakah hukum bagi seorang yang jongang memakai pendakap gigi (braces) bagi memperbetulkan keadaan giginya itu? Saya mendapati mereka yang jongang sering dipersendakan.Jawapan;Islam melarang manusia mengubah ciptaan Allah pada dirinya yang telah sempurna tanpa ada suatu keperluan atau darurat. Perbuatan ini akan mengundang laknat dari Rasulullah s.a.w. sebagaimana disebut oleh hadis;لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم الواشمة والموشمة، والواشرة والمستوشرة“Rasulullah s.a.w. melaknat perempuan yang membuat tatu dan meminta dibuat tatu, perempuan yang menipiskan gigi dan yang meminta dinipiskan giginya”. (Riwayat Ibnu Jarir dari Ibnu ‘Abbas r.a.)Namun jika ada keperluan seperti untuk membaiki kecacatan pada diri sama ada semulajadi atau kerana sebab-sebab mendatang seperti kemalangan, terbakar dan sebagainya, diharuskan kita melakukan pembedahan atau sebarang tindakan lain pada badan untuk membaiki kecacatan tersebut. Di dalam bukunya al-Halal Wa al-Haram Fil-Islam, Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi menjelaskan; “Jika pada diri seorang insan itu terdapat kecacatan yang boleh menyakitinya sama ada dirasai secara fizikal atau secara mental (iaitu menimbulkan rasa rendah diri) setiap kali berada di dalam majlis atau singgah di satu tempat, diharuskan ia membaiki kecacatan tersebut selama niatnya ialah untuk menghilangkan kepayahan yang dihadapinya. Allah tidak menjadikan di dalam agama ini sebarang kepayahan ke atas kita”. Keharusan ini disokong oleh hadis yang mengaitkan laknat Allah ke atas perbuatan mengubah gigi tadi dengan tujuan semata-mata untuk menambah kecantikan dan mengubah ciptaan Allah (bukan kerana keperluan atau darurat), iaitu sabda Nabi s.a.w.;لَعَنَ اللهُ الْوَاشِمَاتِ، وَالْمُسْتَوْشِمَاتِ، وَالنَّامِصَاتِ وَالْمُتَنَمِّصَاتِ، وَالْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ، الْمُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللهِ“Allah melaknat perempuan-perempuan yang membuat tatu dan yang meminta dibuat tatu pada badannya, perempuan-perempuan yang minta dicukur alis (bulu keningnya) dan perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya untuk kelihatan cantik iaitu perempuan-perempuan yang merubah ciptaan Allah”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin Mas’ud r.a.)Imam Nawawi semasa mensyarahkan hadis di atas, beliau menegaskan; sabda Nabi s.a.w. “perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya untuk kelihatan cantik” menunjukkan bahawa yang diharamkan ialah bagi orang-orang yang melakukan perkara tersebut (yakni mengubah gigi) untuk tujuan kecantikan semata-mata. Adapun kerana keperluan iaitu untuk mengubati atau untuk membaiki kecacatan pada gigi dan seumpamanya, maka diharuskan”. (Syarah Soheh Muslim, juz. 14, Kitab al-Libas Wa az-Zinah).Jelaslah bahawa memakai braces (pendakap gigi) tidak termasuk di dalam perbuatan mengubah gigi yang dilaknat Allah dan RasulNya di dalam hadis di atas kerana tujuannya bukan untuk mengubah ciptaan Allah dengan sengaja tetapi untuk membaiki kecacatan pada gigi. Gigi yang jongang sekalipun tidak mendatang kesakitan pada fizikal, tetapi mendatangkan kesakitan pada mental kerana dipandang hodoh oleh orang lain, menyebabkan kita tidak selesa apabila berhadapan dengan orang lain.Wallahu a’lam.sumber:ilmudanulamak.blogspot.com (USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL)
p/s : aku copy dari web orang.. nk tau,,betul ke pandangan fatwa ni,, ke hanya ciptaan semata2...?
2. Mencabut bulu kaki dan bulu lengan/betis bagi wanita; harus kerana tidak ada dalil Syarak melarangnya.
Quote2. Mencabut bulu kaki dan bulu lengan/betis bagi wanita; harus kerana tidak ada dalil Syarak melarangnya.x perlu web kalo dah boleh faham tentang hal ni.... dan minta pandangan kalo pandangan ni salah...
Dimulakan Oleh assiddiq Feqah Islam
Dimulakan Oleh putra_aftus Fatwa
Dimulakan Oleh IbnuNafis Feqah Islam