Hukum memakai gigi palsu yang kekal

*

Author Topic: Hukum memakai gigi palsu yang kekal  (Read 14012 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

03 December, 2009, 10:40:01 PM
  • Publish
  •  :)

    Disni timbul pertanyaan, apakah hukum memakai gigi palsu permanent/kekal? sebab kalau gigi palsu yang boleh tanggal tu kita wajib tanggal pada jenazah yang hendak disemadikan. bagaimana pula jika ia permanent? nak kena tanggalkan jugak ke? minta pada sesiapa yang mempunyai pengetahuan tentang hukum tersebut menjelaskan kepada saya dan semua pembaca halaqah ni. kalau ada fatwa ke lagi afdhal. syukran.
    « Last Edit: 04 December, 2009, 07:11:49 AM by Ummi Munaliza »

    Reply #1 03 December, 2009, 10:51:42 PM
  • Publish
  • elok yg bertauliah saja memberi fatwa ini..

    Reply #2 03 December, 2009, 10:53:28 PM
  • Publish
  • Yang saya tahu , wajib tanggalkan ape2 yang dipakai contohnya gigi palsu, susuk, cincin, semua yang palsu2 (yang bukan anggota badan asli) .
    Tetapi sekiranya tidak boleh ditanggalkan, contohnya gigi palsu, dibolehkan jika tidak ditanggalkan, kerana kalo nak ditanggalkan juga dikhuatiri menyakiti jenazah. Sedangkan memandikan jenazah pun kite kena pelan-pelan jgn sampai menyakiti jenazah.
    Bersama menyumbang ke Tabung Sehati Sejiwa..

    Reply #3 03 December, 2009, 10:58:05 PM
  • Publish
  • terima kasih wan sgmt, cuma saya nak tanya boleh ke tak pakai gigi palsu kekal ni? sebab dah mati nanti macam mane. bagaimana pula kalau tujuan dia nak pakai gigi palsu tu sebab nak cantikkan gigi je. sedangkan kalau tak pakai pun tak membawa mudarat pada si pemakai. cuma dia malu dengan keadaan gigi asal yang tak cantik dan boleh mengaibkan.

    Reply #4 03 December, 2009, 11:06:02 PM
  • Publish
  • salam...
    ~ ana nak cuba bantu....
    ~ dibolehkan menanam gigi yang telah rosak dan menggantikannya dengan gigi yang baru.
    ~ Ia tidak termasuk mengubah ciptaan ALLAH kerana pada asalnya gigi tersebut wujud. Kemudian rosak.
    ~ Tambahan pula proses situ perlu memandangkan gigi sentiasa digunakan. Seorang sahabat pernah mengalami kerosakan hidung akibat peperangan.

    ~ Kemudian beliau meminta keizinan Nabi s.a.w untuk menggantikan hidungnya dengan hidung yang diperbuat daripada emas. Lalu baginda membenarkan. Gigi yang ditanam itu tidak lagi perlu dibuka apabila meninggal. Kerana perkara seperti itu tidak pernah disebut dalam nas yang tsabit daripada Rasulullah s.a.w.

    * Hadis tersebut diriwayat dari ‘Arfajah ibn As’ad yang mana hidungnya telah terpotong semasa perang Kilaab ketika Jaahiliyyah, dan dia memakai hidung perak, tapi kerana ia berbau tidak menyenangkan, maka Rasul-ALLAH s.a.w. menyeruhnya memakai hidung yang diperbuat dari emas.

    Ia diriwayat dalam al-Tirmidzi (1770), Abu Daud (4232) dan al-Nasai’ (5161). Diklasifikasikan Hasan oleh al-Albaani dalam Irwa’ al-Ghalil (824).

    ~ Tuntasnya, jika dilihat dari sudut fiqh nya, diletakkan gigi palsu tidaklah bertujuan untuk kecantikan semata-mata, tetapi ia lebih bertujuan ke arah perawatan, iaitu mengembalikan fungsi normal gigi.

    ^...waAllahua'lam...^
    "Salam dakwah dari ana....kerana ana juga dalam pentarbiyyahan seperti kalian"..(n_n)

    Reply #5 03 December, 2009, 11:22:20 PM
  • Publish
  • terima kasih pada alsaibun. saya masih ingin nak tahu jika pemakaian gigi palsu tu tak de kena mengena langsung dengan kesihatan gigi. just tujuan nak cantikkan gigi je.

    Reply #6 03 December, 2009, 11:47:25 PM
  • Publish
  • Ini artikel yg saya dapat dari    http://www.islamgrid.gov.my/qna/index.php?page=7&cari=hukum%20memakai%20kulit%20babi

    Soalan :
    Apakah hukum memakai pendakap gigi dan menanam gigi palsu. Adakah perkara memakai pendakap gigi itu dikira mengubah kejadian ilahi.

    Jawapan:
     Harus memakai pendakap dan menanam gigi palsu tersebut jika ia boleh mengaibkan diri seseorang.Ia tidak bertujuan untuk menunjuk-nunjuk kecantikan kepada orang lain tetapi untuk menutup aib diri sendiri."


    Reply #7 04 December, 2009, 12:04:24 AM
  • Publish
  • ~ ana cuba bantu lagi..
    ~ maaf jika ada silap pendapat...

    ~ Telah jelas daripada dalil AL-Quran dan Al-Hadis, sebarang pengubahan ciptaan Allah adalah diharamkan.

    ~ Isu mengubah ciptaan Allah SWT terhadap diri seseorang. ISLAM melarang keras sebarang pengubahan ciptaan asal bahagian tubuh seseorang yang dilakukan dengan alasan untuk kelihatan cantik atau lebih cantik selain bertujuan kosmetik.

    ~ Dalil yang mengharamkan adalah ayat 117 hingga 119 surah al-Nisa' iaitu Allah berfirman yang bermaksud:

    ~ "Apa yang mereka sembah selain daripada Allah itu tidak lain hanya berhala dan mereka tidak menyembah melainkan syaitan yang durhaka, yang dilaknat Allah dan yang mengatakan: ‘Demi sesungguhnya aku akan mengambil daripada kalangan hamba-Mu, bahagian tertentu (untuk menjadi pengikutku). Dan demi sesungguhnya aku akan menyesatkan mereka (daripada kebenaran) dan demi sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang ternak) lalu mereka membelah telinga binatang itu dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah.'

    ~ Terdapat juga hadith yang menyebut :

    لعن الله الواشمات والمستوشمات، والنامصات والمتنمصات، والمتفلجات للحسن المغيرات خلق الله

    Ertinya : "Allah melaknat perempuan yang mentatoo dan minta ditatoo, dan yang mengikir gigi dan yang minta dikikir giginya dan yang menjarangkan giginya UNTUK TUJUAN KECANTIKAN, yang mengubah ciptaan Allah." (Riwayat Al-Bukhari)

    ~ Ibn Hajar Al-Asqolani berkata

    فْهَم مِنْهُ أَنَّ الْمَذْمُومَة مَنْ فَعَلَتْ ذَلِكَ لِأَجْلِ الْحُسْن فَلَوْ اِحْتَاجَتْ إِلَى ذَلِكَ لِمُدَاوَاةٍ مِثْلًا جَازَ

    Ertinya : tindakan itu tercela dan haram bagi sesiapa yang melakukannya untuk kecantikan, namun kiranya ia memerlukan disebabkan oleh perubatan contohnya, ia adalah diharuskan [7]

    ~ Imam An-Nawawi pula sebelum itu mengulas :

    وَهَذَا الْفِعْل حَرَام عَلَى الْفَاعِلَة وَالْمَفْعُول بِهَا لِهَذِهِ الْأَحَادِيث , وَلِأَنَّهُ تَغْيِير لِخَلْقِ اللَّه تَعَالَى , وَلِأَنَّهُ تَزْوِير وَلِأَنَّهُ تَدْلِيس Ertinya : Perbuatan ini haram ke atas pelanggan yang membuat dan pihak yang menyediakan khidmat berdasarkan hadis ini, dan KERANA ia adalah pengubahan ciptaan Allah, dan KERANA ia juga satu perdayaan dan penipuan. (Syarah Sohih Muslim)

    ~ waallahua'lam...harap dapat membantu

    Reply #8 04 December, 2009, 12:20:48 AM
  • Publish


  • ~ Terdapat juga hadith yang menyebut :

    لعن الله الواشمات والمستوشمات، والنامصات والمتنمصات، والمتفلجات للحسن المغيرات خلق الله

    Ertinya : "Allah melaknat perempuan yang mentatoo dan minta ditatoo, dan yang mengikir gigi dan yang minta dikikir giginya dan yang menjarangkan giginya UNTUK TUJUAN KECANTIKAN, yang mengubah ciptaan Allah." (Riwayat Al-Bukhari)

    ~ Ibn Hajar Al-Asqolani berkata

    فْهَم مِنْهُ أَنَّ الْمَذْمُومَة مَنْ فَعَلَتْ ذَلِكَ لِأَجْلِ الْحُسْن فَلَوْ اِحْتَاجَتْ إِلَى ذَلِكَ لِمُدَاوَاةٍ مِثْلًا جَازَ

    Ertinya : tindakan itu tercela dan haram bagi sesiapa yang melakukannya untuk kecantikan, namun kiranya ia memerlukan disebabkan oleh perubatan contohnya, ia adalah diharuskan [7]

    ~ Imam An-Nawawi pula sebelum itu mengulas :

    وَهَذَا الْفِعْل حَرَام عَلَى الْفَاعِلَة وَالْمَفْعُول بِهَا لِهَذِهِ الْأَحَادِيث , وَلِأَنَّهُ تَغْيِير لِخَلْقِ اللَّه تَعَالَى , وَلِأَنَّهُ تَزْوِير وَلِأَنَّهُ تَدْلِيس Ertinya : Perbuatan ini haram ke atas pelanggan yang membuat dan pihak yang menyediakan khidmat berdasarkan hadis ini, dan KERANA ia adalah pengubahan ciptaan Allah, dan KERANA ia juga satu perdayaan dan penipuan. (Syarah Sohih Muslim)

    ~ waallahua'lam...harap dapat membantu


    erm berdasarkan hadis2 tersebut mmg jelas tak boleh ubah gigi tu untuk tujuan kecantikan terima kasih pada saudara yang menjelaskan. maknanye kalau kita buat semata-mata untuk tatapan suami pun  tak boleh la kan.......

    Reply #9 04 December, 2009, 12:30:45 AM
  • Publish
  • ~ afwan...
    ~ ni sedikit penambahan lagi...

    ~ Manusia umumnya, tidak kira sama ada lelaki atau wanita suka melihat sesuatu yang cantik dan memperlihatkan kecantikan yang ada pada dirinya. Dengan kata lain, ingin supaya orang melihatnya dalam keadaan kemas dan cantik.

    ~ Justeru, Islam bukan saja mengharuskan, malah menggalakkan wanita dan lelaki berhias bagi memenuhi tuntutan fitrah yang sukakan keindahan dan kecantikan. Diriwayatkan Ibn ‘Abbas pernah berkata: “Sesungguhnya aku berhias untuk isteriku sebagaimana aku suka dia berhias untukku. Sebagaimana aku suka menuntut semua hakku daripadanya, aku juga menyempurnakan semua haknya daripadaku kerana Allah berfirman maksudnya: “... dan untuk isteri-isteri itu haknya sebagaimana mereka mempunyai tanggungjawab terhadap suami mereka dengan cara yang makruf (Surah al-Baqarah, ayat 228).”

    ~ Berdasarkan prinsip itu, fuqaha mengatakan bahawa semua jenis perhiasan adalah harus kecuali ada nas yang jelas dan sahih menunjukkan haram. Dalam hal ini, mereka berpandukan kaedah fiqh “asal semua perkara itu harus melainkan ada dalil yang menunjukkan ia haram.”

    ~ Selain ada nas yang jelas menunjukkan haram seperti wasymu (tatu), mencukur bulu kening, memakai rambut palsu dan sebagainya, beberapa perkara perlu diberi perhatian dalam menentukan sesuatu itu halal atau sebaliknya.

    ~ Pertama, niat atau tujuan perkara itu dibuat.

    ~ Niat yang tidak baik akan menjadikan sesuatu yang pada asalnya harus itu haram. Tetapi, niat yang baik tidak menjadikan perkara yang haram itu halal. Umpamanya, memakai rambut palsu dengan niat menyenangkan hati suami, tidak akan mengubah hukum pemakaian rambut palsu itu.

    ~ Kedua, dari segi cara pelaksanaannya mesti tidak melanggar batas syarak seperti memotong atau merawat rambut di salun terbuka atau menggunakan khidmat pendandan yang berlainan jantina.

    ~ Ketiga, dari segi bahan yang digunakan mesti bukan daripada benda yang najis atau bercampur najis atau bahan yang boleh mendatangkan mudarat pada agama, nyawa, akal, zuriat dan harta dalam jangka masa panjang atau pendek.

    ~ Keempat, khusus bagi golongan wanita.

    ~ Kerap ditekankan wanita wajib berhias untuk suami. Itu memang benar. Fuqaha berpendapat jika suami menyuruh isterinya berhias, menyediakan alat atau bahan perhiasan untuk isterinya, maka isterinya wajib taat dengan menggunakan alat atau bahan itu.

    ~ Ia dengan syarat apa yang disuruh oleh suami itu tidak termasuk dalam kategori perhiasan yang haram.

    ~ Sekiranya suami memerintahkan isteri melakukan perkara haram, isteri tidak wajib mematuhinya. Hal ini kerana Rasulullah SAW menegaskan dalam sabdanya bermaksud: “Tidak boleh taat kepada makhluk sekiranya membawa kepada maksiat (derhaka) kepada al-Khaliq (Allah).”

    ~ Berkaitan dengan persoalan yang ditanyakan iaitu ‘rebonding’, merujuk kepada tafsiran yang dibuat oleh Sa’id Hawa dalam al-Asas fi at-Tafsir terhadap ayat bermaksud: “Dan sungguh, aku akan menyesatkan mereka, dan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong, dan menyuruh mereka membelah telinga binatang ternak; dan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah.

    ~ Dan sesiapa yang mengambil syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain Allah, maka sesungguhnya rugilah dia dengan kerugian yang terang nyata.” (Surah an-Nisa’, ayat 19). Ia tidak termasuk dalam kategori mengubah ciptaan Allah.

    ~ mudahan ini dapat membantu
    ~ sumber dari>>>>http://bincang.net/forum/archive/index.php?t-76845.html
    ~ rujukan>>>>http://www.zaharuddin.net/content/view/886/117/
    « Last Edit: 04 December, 2009, 09:39:38 AM by dfh_alSaibun »

    Reply #10 04 December, 2009, 07:15:19 AM
  • Publish
  • [warning]
    Mohon kepada halaqian yang menjawap soalan berkaitan hukum /feqah, menulis sumber rujukan atau sumber dari laman web/blog yang diambil/dicopy.[/warning]
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Reply #11 01 January, 2010, 11:08:45 AM
  • Publish
  • http://www.islam-qa.com/en/ref/98519

    Permanent Implanting of Artificial Teeth.

    Is it right if we implant a permanent tooth made of Ceramic crown, in the place of a broken one? Doctors advised my mother for it but the thought that its permanent and it cannot me removed after death disturbs her. KINDLY let us know if its right to implant permanently?.

    There is nothing wrong with implanting an artificial tooth with a ceramic crown in place of a broken tooth, whether the implant is permanent or temporary.

    There is also nothing wrong with leaving it in place after a person dies; there are no shar’i reservations about burying a person with an artificial tooth.

    The artificial tooth does not have to be removed during wudoo’ or ghusl, as some people think, because it is sufficient to rinse out the mouth.

    The scholars of the Standing Committee for Issuing Fatwas were asked: Is removing the teeth and replacing them with new teeth regarded as changing the creation of Allaah?

    They replied:

    There is nothing wrong with treating damaged or faulty teeth with something which will remove the harm they cause, or extracting them and replacing them with false teeth, if there is a need for that, because this comes under the heading of permissible treatment to remove something harmful; it does not come under the heading of changing the creation of Allaah as the questioner understands it, because what is meant by the fitrah in the verse “Allaah’s Fitrah (i.e. Allaah’s Islamic Monotheism) with which He has created mankind. No change let there be in Khalq‑illaah (i.e. the religion of Allaah __ Islamic Monotheism)” [al-Room 30:30] is the religion of Islam. End quote.

    Fataawa al-Lajnah al-Daa’imah (25/15).

    It also says (25/57):

    There is nothing wrong with having your teeth treated by a dentist who specializes in dealing with deformities and changing faults by adding artificial teeth, because the Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him) said: “Yes, O slaves of Allaah, seek medical treatment, for Allaah has not created any disease but He has also created it cures – or its medicine – except one disease.” They said: O Messenger of Allaah, what is it? He said: “Old age.” Abu ‘Eesa (al-Tirmidhi) said: Similar reports were narrated from Ibn Mas’ood, Abu Hurayrah, Abu Khuzaamah from his father, and Ibn ‘Abbaas. This is a hasan saheeh hadeeth. 

    Shaykh Ibn ‘Uthaymeen (may Allaah have mercy on him) was asked: Is it permissible to use false teeth in the mouth when the natural teeth fall out and there is a need for that?

    He replied: It is permissible, if a person’s teeth fall out, to replace them with false teeth, because that is removing a fault. The Messenger (peace and blessings of Allaah be upon him) gave permission to one of the Sahaabah (may Allaah be pleased with him) whose nose had been cut off to use a nose made of silver, but it began to smell bad, so he gave him permission to use a nose made of gold, so he used a nose made of gold. Similarly, if the teeth fall out, then one may use false teeth instead, and there is nothing wrong with that. End quote from Fataawa Noor ‘ala al-Darb.

    To sum up, there is nothing wrong with your mother having an artificial tooth permanently implanted. 

    And Allah knows best.


    Reply #12 14 November, 2010, 12:04:59 AM
  • Publish
  •  :)
    ilmu baru buat aini..terima kasih semua. lagipun kalau kita nak tanggal pun akan menyakitkan jenazah kan..jenayah ni kan sensitifnya lebih..
    ya allah pelihara lah diriku sepertimana Engkau pelihara kekasih-kekasih-Mu yang lain..

    Reply #13 25 April, 2011, 11:46:45 PM
  • Publish
  • baru saya tahu ada juga gigi palsu yang kekal :senyum:...ingatkan cuma yang tanggal je...syukran :senyum:
    ya Allah..jadikanlah hambamu ini seorang yang soleha dan sentiasa berpegang teguh pada tali agama Mu ya Allah...

    divider3
    halaqahforum4