0 Halaqian and 1 Tetamu are viewing this topic.
Firman Allah SWT yang bermaksud:"Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan kami tambahkan kepada mereka petunjuk. Dan kami teguhkan hati mereka di waktu mereka berdiri (di hadapan raja yang zalim) lalu mereka berkata; 'Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi: Kami sesekali tidak akan menyeru Tuhan yang lain daripada-Nya, sesungguhnya kalau kami (mengucapkannya) maka sebenarnya kami telah mengucapkan perkataan yang amat jauh daripada kebenaran."
Akhlak datang dari diri sendiri. Kita tak perlu nak menyalahkan orang lain. Kitalah yang mencorakkan diri sendiri. Cuba renungkan,satu jari kita menunding pada orang lain, 4 jari lagi menunding pada siapa? Pada diri kita sendiri. Jadi janganlah kita salahkan orang lain. Sebagai remaja,tak dinafikan jiwa kita sering dan senantiasa memberontak. Oleh sebab itulah kita perlu menyiapkan diri kita dengan akhlak yang baik agar diri ini masih dijalan yang betul. Remaja merupakan pewaris ummah. Baik akhlak remajanya,baiklah ummah.Buruk akhlak remajanya,buruklah ummah.
siang ckp pandang2, malam cakap dengar2... kalau suma nk salah kan remaja, hey2, teman xsetuju... cermin la balik suma org2 yg da dewasa tuh, adakah anda cukup baik untuk kutuk2 kami yg masih remaja? adakah anda cukup perhatian mengajar kami tentang erti kehidupan? andakah anda semua disini pernah memberi kasih sayang sebaagai seorang masyarakat? adakah anda semua penah menjadi sebahagian kawan kami dan mempelajari mmengapa kami menjjadi bergini? semua berlaku ada sebab! jadi tanya lah kami sendiri dan jangan pernah menuding jari, kalau setakat jadi seorang yang dewasa hanya untuk menghakimi orang yg lemah((tidak mempunyai ajaran agama yg cukup seperti kami)) dan membuli kami, adakah besar pahalanya? smoga mata kalian semua terbeliak, jgn asik merintih mecemukan nama remaja... adakah kalian tidak penah menjadi seorang remaja... kami benci dicaci dihina... jemput la kami, perhatikan kami, berikan kami peluang, itu rintihan kami... bukan cemuhan dari kalian...
Dewasa ini, kita mendapati akhlaq remaja muda-mudi semakin rosak membarah. Dikatakan membarah dan kritikal kerana sampai kepada satu tahap sanggup menukar agama dan kepercayaan. Termasuk pelbagai lagi gejala yang merosakkan seperti;1- Pergaulan Bebas2- Fesyen dan pakaian yang tidak mengikut kehendak Syariat.3- Hiburan yang melalaikan.4- Mat dan Minah Rempit.5- Bohsia Dan Bohjan.6- Jahil Tentang Hukum Agama Terutamanya Fardhu Ain.Dan pelbagai lagi yang masih banyak jika hendak dituliskan di sini.Di samping itu tidak dinafikan ada Remaja yang baik akhlaqnya, tinggi hemahnya, berjaya dalam pengajian dan kerjaya.Halaqah.Net mengajak sahabat semua untuk membincangkan secara ilmiah;Apakah punca utama kerosakan akhlaq serta siapakah yang sebenarnya pemain peranan utama (berdasarkan waqi'-keadaan dan suasana sekarang) untuk membentuk akhlaq muda-mudi sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam. Walaupun di sana nanti akan ada yang mengatakan bahawa semuanya memainkan peranan masing-masing. Namun di sini Halaqah ini mencari jika terdapat di sana satu kesimpulan yang terbaik siapakah yang perlu memulakan dan memainkan peranan utama dalam pembentukan Generasi Remaja Muslim Dan Muslimah yang berTAQWA.Untuk Sebarang Keputusan Sila Hantarkan Poling Anda Di Atas.Harap Dapat diHALAQAHkan...
Dimulakan Oleh thoifah manshuroh Akhlaq
Dimulakan Oleh abu hamzah Akhlaq
Dimulakan Oleh anasameen « 1 2 » Akhlaq