Akhlaq Remaja

Poll

Akhlaq Remaja-Siapa Peranan Utama

Kerajaan
Ibu Bapa
Guru
Kawan&Jiran
Alam Sekitar
Diri Sendiri

Author Topic: Akhlaq Remaja  (Read 28290 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

alhaudhie

  • *
  • Posts: 2054
    • View Profile
14 June, 2007, 12:53:59 AM
  • Publish Di FB
  •  :)

    Dewasa ini, kita mendapati akhlaq remaja muda-mudi semakin rosak membarah. Dikatakan membarah dan kritikal kerana sampai kepada satu tahap sanggup menukar agama dan kepercayaan. Termasuk pelbagai lagi gejala yang merosakkan seperti;

    1- Pergaulan Bebas
    2- Fesyen dan pakaian yang tidak mengikut kehendak Syariat.
    3- Hiburan yang melalaikan.
    4- Mat dan Minah Rempit.
    5- Bohsia Dan Bohjan.
    6- Jahil Tentang Hukum Agama Terutamanya Fardhu Ain.

    Dan pelbagai lagi yang masih banyak jika hendak dituliskan di sini.

    Di samping itu tidak dinafikan ada Remaja yang baik akhlaqnya, tinggi hemahnya, berjaya dalam pengajian dan kerjaya.
    Halaqah.Net mengajak sahabat semua untuk membincangkan secara ilmiah;

    Apakah punca utama kerosakan akhlaq serta siapakah yang sebenarnya pemain peranan utama (berdasarkan waqi'-keadaan dan suasana sekarang) untuk membentuk akhlaq muda-mudi sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam. Walaupun di sana nanti akan ada yang mengatakan bahawa semuanya memainkan peranan masing-masing. Namun di sini Halaqah ini mencari jika terdapat di sana satu kesimpulan yang terbaik siapakah yang perlu memulakan dan memainkan peranan utama dalam pembentukan Generasi Remaja Muslim Dan Muslimah yang berTAQWA.

    Untuk Sebarang Keputusan Sila Hantarkan Poling Anda Di Atas.

    Harap Dapat diHALAQAHkan...

     :)
    « Last Edit: 16 June, 2007, 05:59:42 PM by alhaudhie »
    ISLAM untuk semua

    - Pentadbiran
    - Pondok Tahfiz

    alhaudhie

    • *
    • Posts: 2054
      • View Profile
    Jawab #1 16 June, 2007, 02:17:19 AM
  • Publish Di FB
  • Dah dua hari ustaz bukak topik ni...
    Ikut statistik topik sudah puluhan kali di baca,
    tapi masih takder yang sudi nak jawab...
    terdetik sedikit penilaian ringkas di benak ustaz...tapi simpankan aja...

    TUNGGU DENGAN PENUH KESABARAN

    Ataupun topik yang dibuka ini sedikit negatif...?....


    « Last Edit: 16 June, 2007, 02:22:42 AM by alhaudhie »

    zaitihamdan

    • *
    • Posts: 561
    • Suffering from TRUTH decay?Brush up on your Quran!
      • View Profile
    Jawab #2 16 June, 2007, 02:50:24 AM
  • Publish Di FB
  • Marilah solat………….
    Marilah berjaya…………..


    tu panggilan Allah kepada sekalian manusia yang beriman (beriman bermaksud orang Islam - harap maklum) akan tetapi orang buat derk ajer dan sampai umur 40 tahun pun buat derk aje..maka munasabah lah Allah turunkan pelbagai bala dan kerusakan dalam masyarakat seperti mana yang kita lihat pada hari ini..

    satu contoh :

    jika korang pakar bangunan runtuh, korang tahu sebuah flat dekat damansara sana akan runtuh, korang ada bukti kukuh, dan dalil saintifik yang menguatkan hujah korang, tapi jika korang setakat bersembang kat opis korang huh! Habis mampus penduduk damansara tu kelak, dan korang akan di salahkan oleh kerajaan kerana:
    Kenapa tak bagitahu setiap penduduk di flat itu bahawa bangunan akan runtuh..

    Korang cakap: Dah iklan dalm surat khabar.(bukan semua baca surat khabar)
    Korang cakap: Dah bagi ceramah kat masjid.(bukan semua orang pergi masjid)
    Korang cakap; Dah buat lagu nashid muzik rojak.(bukan semua orang dengar lagu)
    Korang cakap: Dah buat VCD.(bukan semua orang ada VCD player)

    Dah dah tu, aku tak akan ikut korang yang tak bergerak dari pintu ke pintu kerana bagi aku korang dah tak ikut sunnah Nabi dalam berdakwah, tak kira macam mana canggihpun zaman, bila bomba nak runtuhkan bangunan, maka ahli bomba itu akan pergi setiap pintu ke pintu untuk memastikan semua orang dah keluar, begitulah dakwah para nabi dan rasul, mereka akan pergi ke setiap pintu manusia, nabi Nuh a.s bagitahu pada semua orang, banjir besar akan datang..

    Kalaulah setiap kali dari bekas tapak kaki Nabi berjalan itu dapat tumbuh rumput.., maka seluruh Mekkah dan Madinah akan penuh dengan rumput kerana Nabi SAW sendiri selama 13 tahun di mekah dan 10 tahun di madinah pergi jumpa manusia dari pintu ke pintu, dari hati ke hati.. dari rumah ke rumah , dari kabilah ke kabilah..

    begitulah ummat, pergilah jumpa aku dan pujuk rayu aku supaya kembali kepada Allah..mungkin tu la rintihan mereka yang kita tak pergi ajak ke arah kebaikan..

    Dakwah adalah tulang belakang ugama, tanpa dakwah ugama akan lumpuh, dan ugama memang sedang lumpuh sekarang ini kerana aku dan korang sedang sibuk mematahkan tulang belakang ugama secara tidak sedar dengan mengabaikan dakwah cara nabi SAW..isk..isk.. sedang orang murtad berbondong bondong…

    apabila ditengok dengan pandangan mataku yang hina ini, amalan umat islam kebanyakkannya adalah seperti air MUSTAKMAL, suci tapi tidak menyucikan…, walaupun mereka ummat islam (kebanyakkannya) bersolat, berzikir, berpuasa, berzanji atau berpoligami tapi tak dapat nak bagi manafaat kat masyarakat kerana mereka tak bergerak, mereka macam air mustakmal, bagus amalan mereka tapi bila bala datang merekalah yang kena azab dulu sebab tak dakwah orang lain kerana telah duduk di zon selesa, rasa diri masuk syurga!!!(aku la tu..isk isk isk...)

    Sepatutnya mereka dan aku sekali, kena jadi macam air MUTLAK, suci lagi menyucikan, iatu bergerak ke dalam masyarakat macam air mutlak yang sentiasa mengalir walaupun di datangkan sampah, bangkai dan najis!! Namun ia tetap suci lagi menyucikan..

    Inilah yang di katakan dakwah cara Nabi SAW..!!!

    apabila buat dakwah, seluruh dunia hina korang macam anjing, korang di halau macam pengemis,..sabarlah, memang kita pengemis, kita mengemis kepada manusia supaya pulang kepada Allah…..tak ke berbaloi mati begitu..?
    « Last Edit: 16 June, 2007, 03:22:50 AM by zaitihamdan »
    I believe in Islam like the sun rising, not because I can see it, but because by it I see everything else.

    ahmad_siddiqui

    • *
    • Posts: 525
    • "Aku menyembuhkan jiwaku kerana perbuatannya."
      • View Profile
    Jawab #3 16 June, 2007, 03:33:04 PM
  • Publish Di FB

  • ..sorry ustaz terlepas pandang..takde yg negatif nyer ustaz..

    ..pd pendapat ana...==>alWalidaini==>guru==>kerajaan....

    ..bermula dr ibu bapa....
    "Aku hanyalah insan biasa yang menyatakan sesuatu hari ini, mungkin esok ku ubah kembali, dan mungkin lusa ku ubah lagi.." -Imam Abu Hanifah.

    myzul

    • *
    • Posts: 15
      • View Profile
    Jawab #4 16 June, 2007, 05:18:21 PM
  • Publish Di FB
  • The Islamic Authority has the responsibility to ensure the public does not sway too much to the side of negativity. If you let public decide what it wants, then there would be anarchy. Also as Muslims we are asked to guard our corners. And as Muslims, we are duty bound to correct the mistakes in front of our eyes, first by hand (physical force), then by mouth (verbally), then by heart (hating it or praying for a better outcome). This you should know, IF YOU ARE A MUSLIM.

    What is then the beauty of Islam if Muslims behave no better than non-Muslims? we can always be objective, that Muslims and Islam are two different subjects, but outsiders do not think so. What Muslims do, how Muslims behave, to a non-Muslim observers, reflect the very core of Islam. Why do you think the West think so badly of Islam? Because they have studied Islam and consider Islam a bad faith/ideologue? No, because they have seen how Muslims behave and act towards their surroundings.

    the key to solve it all in in ourself..TABLIGH or doing dakwah.here's something i want to share.

    « Last Edit: 16 June, 2007, 07:21:27 PM by myzul »
    the word "triumph" starts with "try" and it ends with "UMPH" - that's right, a great, big UMPH!

    NurWahidaFauzi

    • *
    • Posts: 1195
    • "Dihujung Kelopak CintaNYA"
      • View Profile
    Jawab #5 16 June, 2007, 05:48:15 PM
  • Publish Di FB

  • punca utama kerosakan akhlaq serta siapakah yang sebenarnya pemain peranan utama


    Dewasa ini, kita disajikan dengan pelbagai sajian yang berkenaan dengan keruntuhan akhlaq remaja kini...
    untuk mengetahui punca-puncanya pelbagai andaian...pelbagai kajian unutk mengetahui apakah punca keruntuhan akhlaq remaja...
    juga bermain dibenak fikiran kita...salah siapa..dimana silapnyer...siapa yang bertanggungjawab dan sebagainya...

    sebelum kita mengupas lebih lanjut mengenai punca dan sebagainya...

    kita lihat dulu...siapakah remaja..dan perkembagan remaja itue..

    Remaja adalah diantara sekitar umur 11 - 20 tahun...yang mane sudah mencapai akli baligh yang dpat membezakan antara perkara buruk dan baik....

    Tahap perkembangan remaja merupakan satu tahap dimana suatu jarak waktu persambungan unutk meniggalkan alam kanak-kanak dan menyiapkan diri ke alam kedewasaan...cube kita fikir...kita pun dah pernah lalui...cara dan bagaimana kita lalui..bergantung kepada kita unutk kita mengadaptasikan persekitaran yang kite mula hadapi.

    Dalam perkembagan remaja juga perlakuan remaja ( akhlaq remaja ) ni..kita akan merujuk kepada pekembagan remaja itu...dimana pada saat ini
    ringkasnya...perasaan ingin tahu....mencuba sesuatu yang baru..dan berlaku krisis indentiti....yang mane...kat sini...nak mencari identiti diri..proses tingkah laku,same ada..kearah kebaikan dan sebaliknya...

    ketika...perkembangan remaja nie...pemerhatian..terutama ibu bapa adalah perkara yang paling penting..saat ini...ketika remaja terdedah dgan alam baru dan persekitaran yang mencabar...jadi remaja memerlukan satu tempat sebagai rujukan bagi...dia berkongsi dan meluahkan apa yang dilalui....dan sebab itu dikatakan...pelajran anak itu bermula dari rumah...mantapnya keperibadian seorg remaja islam itu..dari didikan agama yang diberikan oleh ibu bapanya....

    memang dikata hanya ibu bapa..namun kerjasama dan peranan dari jiran...individu....pemimpin...kerajaan...alam sekitar....juga turut dikatakan sebagai peranan yang penting....bermulanya 1 negara yang cantik bermula dari pemimpin dan sebagainya...kalau dikutkan....kesemuanya kena berganding bahu...bukan semata2 menyalah kan 1 pihak dan sebagainya....

    dan juga..kesedaran remaja itu sendiri...kesedaran diri remaja itu...memikirkn...apa tujaan satu penghidupan...berpegang kepada ajaran AL-Quran...

    ermmmm..kadang kala..nafsu merajai akal...dan membatasi dalam memikir dan menilai sesuatu yang baik dan buruk...

    dan aku...sejauh maner mentarbiyahkan diriku...sejauh mane aku berganding bahu bersama2 pihak2  yang bekerja keras...
    adakah aku berpeluk tubuh....sekadar melihat..dan sekadar membiarkan sahaja?

    waallahualam...
    ~..Ukhwah yang dibina antara kita, Biarlah seperti seutas tasbih, Ada awal,  Tiada penghujungnya, Dicipta untuk mengingatiNYA, Dibahagi untuk cintaNYA, Diratib demi redhaNYA..~

    ibnuwalidaini

    • *
    • Posts: 2895
    • .:: StiLL iN JoUrNeY tO kNoW AbOuT LiFe ::.
      • View Profile
    Jawab #6 16 June, 2007, 06:42:13 PM
  • Publish Di FB
  • Akhlaq remaja skang ni mmg terlampau teruk...serperti yg ust katakan tuh...bohjan,bohsia,rempit dan segala macam lagi laa...saper yerk kita nak salahkan...?

    Pada teman semua orang ada salahnya...tapi teman lebihkan diri remaja itu sendiri dan kerajaan...sebab aper teman kata camtuh...teman ambik satu contoh yg pernah terjadi...budak A ni dari sebuah keluarga yg menjaga agama...mak ayah dia dah bagi semua didikan agama pada dia...dari segi solatnya...semua yg berkaitan agama ler..dia dihantar ke skolah agama...kisahnyer bermula di sini...apabila dia tinggal berjauhan ngan keluarga...dia merasakan diri dia terlepas dari kongkongan keluarga...dengan suasana luar yg amat lah mengajak dia ke arahkemaksiatan..ditambah berkawan pula dengan rakan2 yg semuanya kaki maksiat...so disini teman leh katakan yg bersalah adalah diri dia sendiri..sebab aper..sebelum tu mak ayah dia dah jalankan tanggungjawab mereka..bila dia berjauhan..dia lupakan semua aper yg telah diajar oleh kedua ibubapanya..teman tak nampak ada ibu bapa yg nak anak mereka jadi jahat...cuma mungkin ibu bapa tu terlepas pandang apabila anak tu berjauhan..biler berjauhan ni..sebenarnya semua terletak pada remaja tu sendiri...so kalu dia trejebak dalam masalah sosial rasanyer diri dia sendiri patut dipersalahkan...

    Mengapa teman kaitkan kerajaan..kita tgk keadaan negara kita skarang ni..berapa banyak pusat2 yg akan menambahkan aktiviti maksiat...kelab malam contohnya...knaper perlu diberi lesen utk kelab malam ni..dah tu pulak..tambah lagi masa operasi kelab malam ni...katanyer utk pelancong asing...ehh pelancong asing yg datang msia  ni tak pi kelam2 malam ni..kat tempat diorang banyak lagi...yg penuh dalam kelab tu anak muda kita jugak..lebih2 lagi anak melayu kita...so disini teman leh kaitkan yg kerajaan kene mainkan peranan yg penting utk tutup semua pusat maksiat..diorang kene buat banyak program utk menaikkan sahsiah diri..utk mengenal islam yg hakiki...tapi yer ler kan..kalo anak remaja ni kenal islam yg sebenarnya...diorang takkan sokong kerajaan skang ni...

    Pihak kerajaan jugak boleh dipersalahkan kerana membuat sekatan utk ust2 nak mengajar dn mentarbiah...so camner orang nak kenal islam..bercakap yg betul sket..kene tangkap.kene gam..melainkan ust&ustzh yg mampu ikut telunjuk diorang..yg tu dilepaskan..so anak remaja tak dapat nak dengar ttg islam yg sebenar..so makin teruklah akhlak mereka yg telah teruk itu...

    so itu jer la pandangan teman...sifir mudah dari teman..kesalahan bermula dari diri sendiri disebabkan  banyak tempat dan banyak keadaan yg mengarahkan ke arah kerosakan akhlak yg dibuat oleh kerajaan...
    kalo ada yg tak betui..mintak diperbetulkan..
    " Semua manusia tahu bagaimana
    hendak bercakap tetapi
    tidak semua orang tahu bila dia
    patut bercakap."

    NurWahidaFauzi

    • *
    • Posts: 1195
    • "Dihujung Kelopak CintaNYA"
      • View Profile
    Jawab #7 16 June, 2007, 07:11:27 PM
  • Publish Di FB

  • Renungan Untuk Remaja Islam

    Disaat itu juga ramai yang tertanya-tanya dimanakan para remaja kita berada? Adakah mereka sedang berjuang dipentas-pentas dakwah dan jihad? Adakah mereka sedang bertungkus lumus meneroka berbagai bidang ilmu yang bersifat global atau sebaliknya sedang leka dipentas-pentas maksiat? Diatas dataran, tasik, tepi pantai, kelab-kelab malam?Ini tidak ubah hanya meniru dan menciplak budaya barat yang begitu miskin dan tandus dengan adab sopan, sedangkan ulama' menyatakan bahawa 2/3 Islam itu adalah adab.

    Disinilah lahirnya budaya 'Hippies' dan budaya keseronokan yang mana hidup bebas adalah teras perjuangan, kita juga dihujani dengan pelbagai berita sedih tentang remaja kita yang lepak, bohsia, ekstesi, bersekedudukan tanpa nikah dan pelbagai lagi seribu satu masalah. Adakah remaja kita seperti ini yang diharapkan untuk memperjuangkan agama, bangsa dan negara?

    Perlu diambil perhatian bahawa adalah tidak wajar meletakkan kesalahan 100% keatas para remaja.
    Perlu diambil perhatian bahawa adalah tidak wajar meletakkan kesalahan 100% keatas para remaja.

    Junjungan mulia S.A.W pernah bersabda :
     
    Bermaksud : "Usia muda itu adalah cabang daripada gila"
     
    Memang diusia remaja, sikap suka mencuba, sesuatu yang baru dan mencabar minda. Ini juga turut diperakui oleh seseorang ahli sufi, dimana beliau bimbang akan anak-anak yang sedang meningkat umur muda iaitu kecenderungan kepada nafsu dan syahwat keduniaan dan sangat gemar akan gejala-gejala yang menarik kepada mencintai dunia dan tidak gemar untuk membuat ketaatan.

    Oleh itu, semua pihak termasuk ibubapa, guru-guru, masyarakat dan pihak berkuasa sewajarnya membantu remaja untuk menghadapi cabaran alam remaja.Antaranya menutup pintu-pintu maksiat secepat mungkin dan menyediakan persekitaran yang sihat dan soleh, membanyakkan iklan dan papan tanda yang menganjurkan berakhlak serta mudah dipandang, dibaca dan diingat. Filem-filem yang berunsur lucah dan pelbagai aksi yang merangsang nafsu remaja tidak sewenang-wenang di tayang kerana ini semua menyumbang kearah keruntuhan jiwa dan nurani para remaja seperti berzina, melahirkan anak luar nikah dahulu daripada anak-anak yang sah.[/i]

    Disamping itu juga, keruntuhan institusi keluarga juga merupakan faktor penyumbang keruntuhan jiwa remaja. Ada pasangan yang berkahwin sekadar untuk memuaskan nafsu sahaja dan bukan untuk niat dan cita-cita membentuk keluarga harmoni. Apabila tiada elemen-elemen kebahagiaan dirumah, maka remaja mengambil jalan pintas lari dari rumah dan melibatkan diri dengan gejala-gejala yang tidak sihat yang kononnya mencari ketenangan jiwa. Tetapi sayangnya lain yang dicari, lainyang dapat. Seumpamanya keluar dari mulut naga masuk ke mulur buaya.

    Masalah remaja adalah besar dan perlu diberikan perhatian kerana ia untuk kepentingan negara dan umat. Remaja hari ini juga adalah pewaris bangsa dan bakal pemimpin dimasa hadapan. Dimasa mudalah lebih mudah menerima kebenaran dan bimbingan. Hakikat ini dijelaskan apabila diketahui bahawa semasa Nabi Muhammad S.A.W. mensyariatkan Islam, orang-orang mudalah yang mula-mula beriman dan menyokongnya. Ini diperkuatkan oleh firman Allah S.W.T :

    Bermaksud : "Kami ceritakan kepadamu (Wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar, sesungguhnya mereka itu orang-orang yang beriman kepada tuhan mereka dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk"
     

    Disaat ini dunia Islam merindui remaja-remaja yang gagah perkasa yang disaluti dengan iman dan jati diri yang kental. Dunia Islam merindui remaja seperti Abdullah Bin Ma'sud, Musab bin Amir, Ammar Bin Yasir dan Usamah Bin Zaid yang merupakan remaja yang dihantar oleh khalifah Abu Bakar bagi menentang 'Byzantin' yang ketika itu berumur 18 tahun. Usamah Bin Zaid pernah berdoa :

    Bermaksud : " Demi Allah, sekiranya bukan kerana lautan luas yang menjadi penghalang, nescaya aku akan takluk seluruh dunia ini dalam meninggikan Kalimahmu, wahai tuhan, saksikanlah."
     

    Oleh itu, para remaja kita hari ini diseru dan ingatkan agar bersedia untuk menghadapi perjalanan hidup mukmin yang hakiki, semi agama, bangsa dan umat seluruhnya.

    Firman Allah S.W.T dalam surah A-Qasis ayat : 50
     
    bermaksud : " Dan tidak ada yang lebih sesat daripada orang yang menurut hawa nafsunya dan tidak berdasarkan hidayah petunjuk dari Allah".
     





    mieIKIM

    • *
    • Posts: 20
      • View Profile
    Jawab #8 16 June, 2007, 08:16:02 PM
  • Publish Di FB
  • The Islamic Authority has the responsibility to ensure the public does not sway too much to the side of negativity. If you let public decide what it wants, then there would be anarchy. Also as Muslims we are asked to guard our corners. And as Muslims, we are duty bound to correct the mistakes in front of our eyes, first by hand (physical force), then by mouth (verbally), then by heart (hating it or praying for a better outcome). This you should know, IF YOU ARE A MUSLIM.

    What is then the beauty of Islam if Muslims behave no better than non-Muslims? we can always be objective, that Muslims and Islam are two different subjects, but outsiders do not think so. What Muslims do, how Muslims behave, to a non-Muslim observers, reflect the very core of Islam. Why do you think the West think so badly of Islam? Because they have studied Islam and consider Islam a bad faith/ideologue? No, because they have seen how Muslims behave and act towards their surroundings.

    the key to solve it all in in ourself..TABLIGH or doing dakwah.here's something i want to share.



    Anarchy isn't a problem if government promotes the world of stupidity and lot of nonsense - using phrase Words speak louder than action. Well here, parents should give more attention to their kids. Then, the neighborhood. Lastly we go farther to a country.

    Rumah > Masyarakat > Negara

    Umat islam juga digagalkan oleh perang saraf yg disuntik org yg cuba menjatuhkan umat islam. Itu sbb malapetaka yg teruk sedang berlaku. Urm, 5 musuh islam.
    1. Missionary - melainkan yg berminat dgn islam
    2. Zionist
    3. Illuminati
    4. Orientalist
    5. TAK INGAT! - sesiapa sahaja yg penting.
    Donto Koi.

    alhaudhie

    • *
    • Posts: 2054
      • View Profile
    Jawab #9 17 June, 2007, 01:28:28 AM
  • Publish Di FB
  • Ustaz bagi pendapat skit ni...

    Pandangan ustaz, betulla Ibu Bapa yer...
    Ikut undian pon nampaknya macam tu...

    Ikhtiarnya bermula daripada Ibu Bapa

    Hadith Rasulullah saw “Setiap anak dilahirkan atas fitrah, terpulanglah kepada ibubapa untuk mencorakkannya samada meyahudikannya, memajusikannya atau menasranikannya”.

    Kerajaan
    Yer Kerajaan Dipilih Oleh Ibu Bapa..
    Ana tak boleh mengundi lagi..
    Kalau silap pilih kerajaan, kerajaan tersebut boleh menjahannamkan diri anak-anak bahkan seluruh masyarakat.

    Guru
    Ibu Bapa la yang pilih guru dan sekolah anak-anak. Ada yang dihantar sekolah agama,sekolah sekular, sekolah bukan Islam pon ada...
    Jiran, Kawan dan Alam Sekitar.
    Ini semua terpulang kepada Ibu Bapa untuk memilih yang terbaik sejak anak tadi masih kecil.
    (Tak perlu dihuraikan-boleh pikir sendiri kan...)

    Jadi pokok pangkalnya benarlah apa yang disabdakan oleh Nabi saw.


    Akhlak anak cermin ibu bapa beriman


    Anak merupakan permata hati bagi kedua ibubapanya. Kehadiran anak-anak adalah penyeri dalam kehidupan sepasang insan yang bergelar suami isteri. Justeru itulah orang Melayu mengungkapkan anak sebagai ‘cahayamata’ yang sudah tentu melambangkan kekudusan perasaan dan ikatan jiwa antara ibubapa dan anaknya. Kelahiran cahayamata sulung biasanya ditatang dengan penuh belaian kasih sayang dan perhatian yang tidak berbelah bahagi. Kenakalan anak-anak biasanya menjadi sumber kemarahan ibu bapa dan anak-anak yang masih kecil tidak berdosa biasanya menjadi tempat melepaskan geram setelah seharian keletihan mengemaskan rumah atau sibuk di pejabat.

    Hadith Rasulullah saw “Setiap anak dilahirkan atas fitrah, terpulanglah kepada ibubapa untuk mencorakkannya samada meyahudikannya, memajusikannya atau menasranikannya”. Hadith ini dengan jelasnya meletakkan tanggungjawab pendidikan anak-anak di bahu ibubapa dan bukannya datuk, nenek, saudara mara ataupun guru. Dengan ini ibubapa tidak boleh berlepas tangan menyerahkan pendidikan akhlak ataupun hal-hal pendisiplinan anak-anak kepada pembantu rumah, pengasuh ataupun guru-guru sahaja. Sementara itu pepatah Melayu yang tidak lekang dik panas serta menjadi ingatan sepanjang zaman: Melentur buloh biarlah secari rebung. Pendidikan dan pembentukan keperinadian anak anak hendaknya bernula sedari kecil lagi. Mesti dilakukan oleh kedua duanya sekali, bukan ibu seorang dan bukan juga bapa seorang.

    Bagaimana mendidik anak supaya menjadi seorang yang berakhlak mulia, penyantun serta berbudi bahasa dalam usia anak yang masih mentah. Pertama sekali, ibubapa perlulah berusaha untuk memenuhi hak-hak asasi anak seperti yang telah digariskan oleh Islam. Menurut Prof Abdul Rahim Omran, terdapat 10 hak-hak asasi seorang anak iaitu;
    1. hak untuk hidup
    2. hak untuk mempunyai genetik yang sahih (anak yang dilahirkan dari ibubapa yang sah pernikahannya)
    3. hak untuk mempunyai nama yang baik
    4. hak untuk mendapat belaian kasih sayang, perlindungan dan penyusuan ibu
    5. hak untuk mendapat tempat tidur yang berasingan
    6. hak untuk mendapat pendidikan dan ilmu pengetahuan
    7. hak untuk dibesarkan di dalam suasana Islam
    8. hak untuk mendapatkan setiap sesuatu yang dibelanjakan untuknya dari sumber yang halal
    9. hak untuk mempelajari kemahiran hidup dan pertahanan diri
    10. hak untuk mendapat layanan yang saksama tanpa mengira jantina atau gender

    Jika diteliti dengan begitu halus, apa yang telah digariskan oleh Prof Omran mencakupi keperluan segala aspek-aspek fizikal, mental, emosi dan rohani mahupun maruah diri seseorang individu. Hak yang pertama dan kedua yang digariskan di atas menuntut agar pemuda dan pemudi Islam hari ini tidak berzina sehingga menyebabkan lahirnya anak luar nikah. Anak yang dikurniakan oleh Allah kepada ibubapa adalah sebagai amanah yang memerlukan pertanggungjawaban yang besar. Anak bukanlah hakmilik mutlak ibubapa sehingga ada yang sanggup memperlakukan anak dengan sesuka hati sehingga terjadilah fenomena sumbang mahram, haruan makan anak atau ibu yang sanggup melacurkan anaknya demi mengejar kemewahan hidup.

    Dewasa ini kita seringkali dikejutkan dengan kes-kes anak-anak di bangku sekolah yang sudah mula terlibat dengan pelbagai perlakuan jenayah daripada mencuri dan mengugut sehinggalah kepada merogol dan membunuh. Kes-kes ini sangatlah menyayat hati kita sebagai masyrakat yang prihatin dan penyayang. Persoalannya ke manakah perginya ibu bapa kanak-kanak ini? Kebanyakan anak-anak yang dibesarkan dalam suasana yang ekstrim tanpa kasih sayang yang secukupnya akan mudah terlibat dengan gejala-gejala yang merosakkan akhlak. Kasih sayang yang berlebihan juga boleh menyebabkan anak menjadi buta lantas tidak tahu membezakan antara yang baik dan buruk lantaran kehendaknya tidak pernah dibantah atau tindakannya tidak diambil peduli.

    Masyarakat seringkali menyalahkan ibubapa sekiranya berlaku perkara-perkara sedemikian. Si bapa pula akan menyalahkan ibu yang menurutnya bertanggungjawab sepenuhnya mendidik anak-anaknya. Sebenarnya kedua-dua ibubapa adalah bertanggungjawab terhadap pendidikan anak-anak. Sikap saling menyalahkan antara satu sama lain sangat merugikan kerana ia tidak menyelesaikan apa-apa masalah.

    Al Qur’an menjelaskan bahawa peranan mendidik anak terletak pertama-tamanya di atas bahu seorang bapa manakala ibu sebagai pendokong dan penyokong utamanya. Ini dinukilkan di dalam surah Luqman,ayat 13: “Dan ketika Luqman berkata kepada anaknya, diwaktu dia memberi pelajaran kepada anaknya : Hai anakku, janganlah nkamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan Allah adalah benar benar kezaliman yang besar.”. Disini Luqman sebagai seorang bapa, telah memulakan mendidik anaknya dengan memperkenalkannya kepada Allah swt, Pencipta dan Pemilik alam ini. Seterusnya Luqman ( mewakili kaum ‘bapa’) mengajarkan anaknya tentang bahaya syirik dan menasihatkan anaknya tentang beberapa tatacara akhlak yang mulia. Nah, begitulah betapa besarnya perananan kaum bapa dan ini menunjukan bapa memang tidak boleh lepas tangan dalam pembinaan sahsiah anak anak. Dalam perubahan struktur keluarga di zaman ini (dimana kaum ibu juga sama-sama mencari nafkah), tugas bapa bukanlah setakat mencari nafkah untuk keluarga semata mata tetapi harus aktif dan berganding bahu sebagai ibubapa yang berpadu tenaga untuk mengenalkan anak kepada aqidah Islam yang mantap. Keutuhan aqidah inilah yang akan menjamin kemuliaan akhlak anak-anak remaja Islam seperti mana kerapuhan aqidah boleh membawa kepada kegelinciran dari nilai hidup Islam.

    Di dalam hal ini Dr. Abdullah Nasih Ulwan di dalam bukunya Tarbiyyatul Aulad Fil Islam (Pendidikan Anak-anak Di dalam Islam) telah merakamkan tujuh tanggungjawab pendidikan iaitu;
    1. Tanggungjawab pendidikan keimanan (aqidah)
    2. Tanggungjawab pendidikan akhlak
    3. Tanggungjawab pendidikan jasmani
    4. Tanggungjawab pendidikan mental
    5. Tanggungjawab pendidikan rohani
    6. Tanggungjawab pendidikan sosial
    7. Tanggungjawab pendidikan seks

    Dalam kesibukan mengejar kehidupan dunia moden hari ini, ibubapa harus juga tidak ketinggalan menyediakan diri sebagai ibubapa yang berketrampilan. Sebenarnya persiapan ini haruslah bermula semenjak seorang lelaki dan wanita itu bercita-cita hendak mendirikan rumahtangga. Persiapan yang sering ditekankan dan digembar-gemburkan oleh pihak media hanyalah bersifat superfisial iaitu persiapan fizikal seperti hantaran, maskahwin, membeli kereta, rumah dan sebagainya. Tanpa menafikan kepentingan persiapan fizikal, persiapan yang lebih penting untuk melayari kehidupan berumahtangga seterusnya ialah persiapan mental dan emosi. Ramai pemuda dan pemudi Islam yang memasuki alam rumahtangga tanpa persediaan mental dan emosi yang secukupnya menyebabkan mereka tidak berkemampuan menghadapi konflik yang timbul yang mengakibatkan perkahwinan dan keluarga bahagia yang diidam-idamkan berakhir dengan perceraian ataupun menyebabkan sebelah pihak mengalami penderitaan emosi dan mental.

    Ibubapa seringkali lalai dari mengingati bahawa sesungguhnya segala tindak tanduk mereka menjadi tontonan dan cerminan anak-anak. Ibubapa kerapkali leka bahawa segala tindakan mereka di hadapan anak-anak adalah sebenarnya ‘didikan’ kepada anak itu sendiri. Ini bermakna bahawa tingkahlaku ibubapa yang garang, pemurah, pemaaf dan sebagainya telah mendidik anak-anak supaya bersikap dengan sikap yang serupa di mana sahaja dan dengan sesiapa sahaja. Sebab itu tidak hairanlah sekiranya anak-anak meniru perkataan-perkataan yang baik mahupun buruk yang terhambur dari mulut ibubapa mereka. Ini juga merupakan satu cabaran yang besar kepada para ibubapa agar mereka membiasakan melatih diri dengan akhlak Islam yang mulia demi pembentukan generasi akan datang yang juga berakhlak mulia.

    Akhirnya, semoga para ibubapa dan pendidik sekalian dapat mempertingkatkan iltizam di dalam mendidik cahayamata masing-masing dengan merenung mafhum Hadis Rasulullah s.a.w di bawah;
    “Sesungguhnya Allah akan bertanya setiap penanggungjawab akan tanggungjawabnya, apakah dia telah memeliharanya ataupun mensia-siakannya” (Riwayat Ibnu Hibban).

    http://wadahwanita.blogspot.com/2002/07/akhlak-anak-cermin-ibu-bapa-beriman.html


    « Last Edit: 17 June, 2007, 01:31:49 AM by alhaudhie »

    zaitihamdan

    • *
    • Posts: 561
    • Suffering from TRUTH decay?Brush up on your Quran!
      • View Profile
    Jawab #10 17 June, 2007, 01:59:31 AM
  • Publish Di FB
  • ummat hari ni tak layak di tegur..
    Semua org tak suka di tegur walaupun seorang ustaz!
    Sebab tu Nabi ajar kita suruh ajak lepada kebaikkan..
    Bukan ajar lepada kebaikkan
    AJA-K, bukan AJA-R!
    Begitulah lebih kurang…
    Wallahu'alam…

    ps : Orang islam marah tengok org berkhalwat dan buat usha sungguh2 untuk mencegah…bagus2..aku tak kata salah!
    Tapi ramai org islam hari ni tak solat ..Siapa nak marah? Sedangkan mereka meruntuhkan tiang ugama..apa usaha *anda untuk menangani perkara ini..?

    *anda di sini bermaksud aku dan korang semua!

    husnulkhatimah

    • *
    • Posts: 899
    • hitam putih kehidpan..sendiri yg menentukan....
      • View Profile
    Jawab #11 17 June, 2007, 11:52:12 AM
  • Publish Di FB
  • salam..
    pndapat ana...sumer bermula dari keluarga...
    dan sebenarnya keluarga itu bermula dr individu
    dsbbkan itula..kita disarankn utk pilih pasangan yg ada AGAMA...
    sbg kriteria yg utama..
    bg lelaki...mesti mereka nk pileh pompuan yg ada AGAMA...jika niat btul2 nk bgnkan ummah....

    begitu juga pompuan...yg berniat  bila mendirikan umah tangga...
    mereka nak suami yg soleh...supaya...leh bmbing mereka ni
    dan jg anak2...
    dan bile mereka dh kawen..mereka berhasrat nk lahirkn umat islam
    yg berkuality...yg buleh berbakti utk agama
    dan teruskan perjuangan Rasulullah....
    bukan sekadar dpt suami kuat agama utk dibangga2kan....


    hmm..begitula....kalo nk lahirkan individu yg baik...kiter seniri kene jadi baik..
    begitu juga pasangan kiter...
    then barula dapt lahirkan insan2 yg insyaALLAH baik2 blaka..
    wlaupun kt sumr tahu....IMAN X DAPAT DIWARISI...
    tp insyaALLAH...dgn segala permulaan yg baik...
    dgn berkat doa kt pd ALLAH...
    mudah2an....
    semoga ALLAH selamtkn kita...
    dan selamtka UMMAT ini.....


    ameen.....


    jd keluarga (lbh tepat lg..ibu bapa) la tunjng utama...
    utk segala2 nya.....





    abu atiyah

    • *
    • Posts: 387
      • View Profile
    Jawab #12 22 June, 2007, 04:01:01 PM
  • Publish Di FB
  • CABARAN REMAJA ISLAM


    perancangan komunis

     

          - Memberi galakan dan kebebasan kepada penulis-penulis untuk hentam Islam

           - Memutuskan ikatan agama di antara bangsa-bangsa Islam (suburkan perkauman)

           - Menggunakan Islam untuk hancurkan Islam

           - Menyebarkan fahaman teori Darwinisme – manusia berasal dari beruk

            - Menyebarkan fahaman teori Frued – tumpuan semua kehidupan manusia adalah seks

            - Agama candu masyarakat

            - China dan Rusia telah membunuh seramai 26 juta penduduk Islam Turkistan

            - Yugoslavia, 1 juta penduduk Islam telah dibunuh



    Perancangan salibiah

    (gerakan hancurkan islam)

     

         -  Cuti hari Jumaat ditukarkan kepada hari Ahad

         - Turki, laungan azan wajib dalam bahasa Turki

         - Gladstone, "Selagimana al-Quran dihayati oleh orang Islam, maka Eropah tidak akan
            berjaya selama-lamanya."

          - Pemerintah Perancis di Algeria, "Kita mesti hapuskan al-Quran baru kita berjaya."

          - Zeumer (bapa segala paderi sedunia tahun 1935), "Tugas Kristianisasi bukanlah
             memasukkan Islam ke dalam Kristian tetapi cukup sekadar menjauhkan mereka dari
             Tuhan mereka."

          - Lowrence Brown (paderi), "Kita mesti pastikan umat Islam berpecah-belah supaya
             mereka sentiasa lemah."

          - Menyuburkan slogan hak kebebasan wanita, persamaan taraf lelaki dan wanita dan
             menentang pemakaian menutup aurat

          - Mendidik anak-anak perempuan dengan budaya Barat

          - Menanamkan keyakinan bahawa bahasa Arab itu susah dan sukar, akhirnya umat Islam
             benci dan tidak faham akan al-Quran

           - Menyebarkan propaganda bahawa Islam itu penceroboh dan pengganas

           - Menonjolkan wanita Barat moden dan wanita Islam mundur

           - Menonjolkan kebaikan Kristian melalui bantuan kemanusiaan di Negara-negara Islam

           - Dr. Abdul Wadud esy-Syalabi (Universiti al-Azhar), "Pendakwah Kristian di seluruh
             dunia Islam seramai hampir 500 ribu orang."

     

     

     

    Perancangan yahudi

     

           - Pecahbelahkan dunia Islam, cetuskan peperangan

           - Rosakkan aqidah dan runtuhkan akhlak

           - Membina dan melebarkan Negara Israel (ISRAELRAYA)

           - Bina kekuatan ekonomi Yahudi sedunia ( 1 % daripada hasil rokok dunia disumbangkan
             kepada Israel. Dengan itu, Israel akan menerima 1 bilion – mungkin secara bulanan )

           - Menawarkan bantuan kewangan dan pangkat kepada anak-anak Islam untuk
             merosakkan remaja Islam – melalui konsert, filem dan sebagainya

           - Menggalakkan pesta-pesta hiburan tanpa sempadan antara lelaki dan perempuan

           - Suburkan pergaulan bebas – awalnya 'Rakan Study', akhirnya …

           - Tubuhkan sesuatu yang berkonsepkan 'BEBAS DARI IKATAN KETAUHIDAN' (Skin-Head
              dan sebagainya)

           -  Serang budaya Islam dengan budaya Barat



    " Berpuluh tahun kita meninggalkan asal usul kita, demi mencari pengertian sebuah kehidupan. Namun tidak salah untuk kita kembali jatuh cinta pada dunia yang pernah membesarkan kita, dan di sinilah bermulanya kehidupan sebenar "

    NurWahidaFauzi

    • *
    • Posts: 1195
    • "Dihujung Kelopak CintaNYA"
      • View Profile
    Jawab #13 23 June, 2007, 12:20:40 PM
  • Publish Di FB
  • peredaran masa kini yang semakin mencabar...
    method nak dekati remaja pun kena lebih mantap..

    d_heikel

    • *
    • Posts: 120
      • View Profile
    Jawab #14 23 June, 2007, 12:27:12 PM
  • Publish Di FB
  • method nak dekati remaja pun kene lebih mantap..
    boleh jelaskan bagaimana untuk memantapkan?
    apakah method-method yang dimaksudkan?

    khalifah_04

    • *
    • Posts: 304
      • View Profile
    Jawab #15 30 June, 2007, 09:19:20 AM
  • Publish Di FB
  • pada pendapat saya, punca nyer ialah, kurang nyer iman anak muda sekarang...dalam lebih khususi, mereka tidak mengenal allah sebenar2 paham, dan akidah merekah kepada allah sangat lemah...disinila kalau diperhatikan saya bahagikan kepada 3, mase bayi, mase sek dan masa dewasa...ketika bayi, memang peranan utma dimainkan oleh ibubapa..berdasarkan hadis yang ada saya lihat diatas...cuba perhatikan hadis mengatakan ibubapa yang menjadikan anak2 nasrani, yahudi atau majusi..mereka(yahudi, nasrani dan majusi) ini dilaknati allah kerana mereka menyekutukan Allah dengan segala sesuatu...dalam erti kata lain ada tuhan selain allah..dan disini ada kaitan nyer dgan akidah, dan akidah dapat mengelakkan seseorang menyekutukan allah dalam ape jua keadaan...

    Ibubapa memain peranan dalam mendidik anak2 dalam mentauhidkan Allah...tapi dewasa ini, ibu bapa lebih memperkenalkan anak2 dgn binatang, makanan, dan sebagai nyer daripada mengenalkan Allah...kdg2 lebih menekankan membaca al-quran berbanding pendidikan mengenalkan siapa yang mewahyukan alquran itu kepada Rasulullah...

    pada zaman persekolahan atau remaja, pada masa inilah mereka agak kurang bersama keluarga...dan disini peranan sek dititik beratkan...agak malang, sisitem pend skg yang agak sekularisma telah dipraktikkan disekolah...dan natijahnyer, pend tauhid pada masa ini terabai...atau mereka menghafal atau mempelajari sekadar utk lulus periksa...dan ketika di universiti...didapati agama dijadikan pilihan mata pelajaran..xnampak ker pelik..disinila mereka yang membuat sisitem pend perlu ditukar kepada pend yang lebih berpaksikan mentauhidkan Allah...

    dan ketika dewasa, atau lebih sesuai lagi dikatakan bebas dari ibubapa...disinila, individu perlu menyedari kepentingan ilmu tauhid, dan yang paling penting mengenal Allah dengan sebenar2 kenal utk tidak menyekutukan allah dengan yang lain...jgn salahkan ibubapa, atau sesiapapun..salah kan la diri sendiri..dan jika menyedari carila guru2 yang muktabar dalam perjalanan mentuhidkan allah...dan mempelajari lorong2 agama... iaitu iman, islam dan ikhsan...barula dikatakan beragama...

    dan bila menguasai 3 cabang agama tersebut..amalkanla..dan bila berkeluarga didikla keluarga tertama anak2 dalam menghasilkan anak2 yang soleh dan solehah.
    « Last Edit: 02 July, 2007, 10:10:47 PM by khalifah_04 »
    Dari Allah AKu Datang, Kepada Allah AKu Kembali

    husnulkhatimah

    • *
    • Posts: 899
    • hitam putih kehidpan..sendiri yg menentukan....
      • View Profile
    Jawab #16 04 July, 2007, 11:26:24 AM
  • Publish Di FB
  • ana nak cadangkan...saper2 yg br dpt anak...silala didik anak2 takutkan ALLAH...bukan takutkan manusia.....bnda2 ni sumer jadi gara2 x de takut dg ALLAH...atopn mereka2 ni x pk akan adanya akhirat yg abadi...tu yg payah tu....jd bila anak dididik utk kenal ALLAH...dan takutkan ALLAH..insyaALLAH sumer ni  dpt la d ikurangkan

    ain

    • *
    • Posts: 432
    • mahu mnjadi insan biasa yg LUAR BIASA!
      • View Profile
    Jawab #17 05 July, 2007, 11:41:20 PM
  • Publish Di FB
  • ade senjate kaum kuffar yg tengah menyerang anak mude skang nih...mmg halus die masuk kat negare kite...cume kite yg x prasan...ape perancangan dorang?

    3 F

    1. FOOD
    2. FUN
    3. FASYEN

    ayuh...masyarakat...x kisah ibu bapa...jiran atau sesape je...bukak minda...kite sah lame kene serang...ayuh...cari pendinding utk halang bende tuh menyerang kite...pendinding??d

    dekat dengan ALLAH...mintak pelindunganNYA... >:(
    "Sesiapa yang mahukan kebaikan dan Islah,kegemilangan dan izzah tanpa jihad dan pengorbanan,dia adalah orang yang bermimpi dan berkhayal!"

    husnulkhatimah

    • *
    • Posts: 899
    • hitam putih kehidpan..sendiri yg menentukan....
      • View Profile
    Jawab #18 09 July, 2007, 11:09:45 AM
  • Publish Di FB
  • pndinding?mak bapak kene main peranan...didikan itu ontg dr pergkt awal....

    kanjeng sunan

    • *
    • Posts: 2192
    • cintai tuhan, sayangi tuhan, takuti tuhan...
      • View Profile
    Jawab #19 09 July, 2007, 01:15:13 PM
  • Publish Di FB
  • pndinding?mak bapak kene main peranan...didikan itu ontg dr pergkt awal....

    baikki  diri kemudian keluarga dan seterusnye...
    TuhAN cInTa aGuNg..

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    5 Replies
    2020 Views
    Last post 02 July, 2011, 12:55:13 AM
    by ima bahiki
    19 Replies
    10654 Views
    Last post 18 October, 2013, 10:13:47 AM
    by afiQoh
    29 Replies
    2091 Views
    Last post 28 April, 2010, 08:17:10 AM
    by ramadhan86