Kencing malam

Author Topic: Kencing malam  (Read 17581 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

25 November, 2009, 08:21:09 PM
Kencing malam

KENCING dalam tidur pada waktu malam atau ‘nocturnal enuresis’ adalah masalah biasa yang kerap berlaku kepada orang dewasa.

Dijangkakan seorang dalam 50 orang dewasa mengalami masalah ini dan sebilangan besar tidak mendapat apa-apa rawatan kecuali mendiamkan diri.
Sebilangan besar daripada masalah itu sebagai lanjutan daripada kanak-kanak yang tidak mendapat rawatan atau putus rawatan dan sebilangan lagi berlaku dalam peringkat umur lanjut.

Jika seseorang itu mengalami masalah itu dari peringkat kanak-kanak, kemungkinan besar masalah dialaminya ketika kanak-kanak tidak dapat perhatian keluarga atau putus rawatan apabila usianya meningkat.

Ramai doktor berpendapat masalah itu akan menurun dan tiada lagi apabila usia menjangkau dewasa, tetapi sebenarnya ia kesilapan besar. Kebanyakan masalah dari peringkat kanak-kanak sebenarnya ada kaitan dengan baka atau keturunan.

Ada banyak sebab masalah itu berlaku dan jika ia susulan dari peringkat kanak-kanak, masalah utama ialah gangguan fungsi pundi kencing yang tidak dapat menampung air kencing yang banyak ketika dalam tidur, sebab itu air kencing keluar secara tidak sengaja.

Sepatutnya penghasilan air kencing menurun ketika tidur, tetapi ia tidak berlaku. Ini mungkin akibat masalah tidur yang tidak lena hingga menyebabkan penghasilan air kencing masih berlaku.

Adakalanya tidur sangat lena sehingga tidak dapat bangun untuk membuang air kencing, lalu menyebabkan seseorang itu terkencing dalam tidur! Tidur berdengkur yang menyebabkan masalah pernafasan dikenali sebagai ‘sleep apnea’ juga menyebabkan penghasilan air kencing yang banyak dan membuatkan terkencing dalam tidur.

Ini juga boleh menyebabkan gangguan pengeluaran hormon Anti Diuretic Hormon yang mengawal proses penghasilan air kencing.

Jika pengeluaran hormon itu rendah, banyaklah air kencing ketika dalam tidur dan terkencinglah individu itu dalam tidur.

Tekanan emosi yang terhasil daripada masalah kencing dalam tidur itu memberatkan lagi keadaan dan membuatkan individu itu tidur tidak lena.

Makan dan minuman seperti coklat atau kafein serta minuman bergula juga mempengaruhi isi padu pundi kencing dan memberatkan lagi kemungkinan terkencing waktu tidur.

Pundi kencing yang kecil, padat dan radang akibat jangkitan boleh memberatkan lagi kemungkinan terkencing waktu tidur.

Untuk lelaki dewasa pula, masalah bengkak pundi prostat dan kesempitan pembukaan pundi kencing membuatkan air kencing tidak keluar sepenuhnya.

Dengan air kencing yang banyak bertakung dalam pundi kencing dan pemerosesan air kencing yang berlaku ketika dalam tidur sehingga pundi kencing padat dan tertekan menyebabkan air kencing terkeluar ketika dalam tidur boleh berlaku.

Jadi, masalah kencing ketika tidur waktu malam kerana banyak sebab dan ia sebenarnya boleh dikawal dengan rawatan sewajarnya. Yang penting, seseorang itu tidak perlu malu untuk mendapat rawatan.
Menghijrahkan Diri Mmg Payah" "Ada Masa Kita Kalah" "Ada Masa Kita Lelah" "Ada Masa Kita Bertuah" "Itulah Namanya MUHAJADAH" "Kerana Ku Tahu Akhirnya Pasti Indah"

Reply #1 26 November, 2009, 01:05:07 AM
saje je menyampuk
teringat zaman kanak2 dulu
kawan2 yang disyaki terlibat dgn buang air kecil waktu malam
kitorang aka bagi jalan
ha3
tangkap pepatung
then letak kat pusat kawan tu
menangis kawan tu
adoi..
keberkesanan..ntahl a..
dulu budak2..rasa kelakar pun ada
nakal betul ana dulu
mungkin sebab tu selalu dapat `hadiah`
ha3

qiraati

  • *
  • Ukhwah Fillah Abadan Abada
    • View Profile
Reply #2 26 November, 2009, 09:48:03 AM
Salam alayk.

:senyum:...comelnye. Ana teringat dekat sorang saudara ana bernama syed. Sehinggakan sampai tingkatan 2, dia terpaksa mengalami penyakit ini.
Pelbagai perkara la buat. ada orang tua-tua kata, selalu angkat kaki saudara ana ke atas dan kepalanya di bawah. Ada tu pula kata, ikat kain putih dengan tulisan ayat apa ke, ikat di perut dia..dan macam-macam lagi.

Tapi, masa syed ni berumur 16 tahun. Otomatik berhenti sendiri. Tak tahu la apa yang dia buat. Tapi, mak ayah dia kata, Allah swt tu nak bantu kot. ehehe.
Cuba berjuang menjadi muslimah terbaik

Reply #3 27 October, 2012, 09:40:42 PM
Jika malam malam terlalu sangat nak kencing, maksudnya dah tidur terjaga, ada juga akan kena kencing manis

lihat faktor umur juga, semakin tua, semakin ya

inshallah ya

carilah ilmu jika mahu

divider3
halaqahforum4