Kaabah - Kiblat Untuk Orang Islam

Author Topic: Kaabah - Kiblat Untuk Orang Islam  (Read 21920 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Ummi Munaliza

  • *
  • Posts: 14510
  • Anniversary Ke 30
    • View Profile
Jawab #20 24 November, 2009, 10:25:32 PM
  • Publish Di FB


  • Makam Ibrahim



    Tapak Kaki Nabi Ibrahim ketika membina Kaabah

    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14510
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #21 24 November, 2009, 10:26:41 PM
  • Publish Di FB

  • Makam Ibarahim


    Makam Ibrahim bukanlah kuburan Nabi Ibrahim sebagaimana dugaan atau pendapat sebahagian orang-orang kebanyakan. Ia adalah merupakan bangunan kecil yang terletak lebih kurang 20 hasta di sebelah timur Kaabah. Di dalam bangunan kecil ini terdapat sebiji batu yang diturunkan oleh Allah dari Syurga bersama-sama dengan Hajarul Aswad. Di atas batu itu Nabi Ibrahim berdiri di waktu baginda membangunkan Kaabah dan puteranya Nabi Ismail memberikan batu kepadanya.

    Batu itu dipelihara Allah, sekarang ini sudah ditutup dengan perak. Sedangkan bekas kedua tapak kaki Nabi Ibrahim panjangnya 27 cm, lintangnya 14 cm dan dalamnya 10 cm masih nampak dan jelas dilihat.

    Atas perintah Khalifah Al Mahdi Al Abbasi di sekeliling batu makam Ibrahim itu telah diikat dengan perak dan dibuat kandang besi berbentuk sangkar burung.

        

    Maqam Nabi Ibrahim

    1. Ia merupakan batu tempat al-Khalil Nabi Ibrahim a.s berdiri ketika meninggikan binaan Kaabah dari kedudukannya. Batu ini diletakkan oleh Nabi Ismail a.s untuk meninggikan beliau.

    2.  Sebagaimana yang kita maklumi, ketinggian Kaabah hanya mencapai sembilan hasta sahaja ketika al-Khalil Nabi Ibrahim a.s membinanya. Kemudian orang-orang Quraisy menambah ketinggian Kaabah sehingga menjadi 18 hasta ketika mereka membinanya. Kemudian Abdullah bin Az-Zubair pula menambah ketinggiannya sehingga 27 hasta dan kekal dengan ketinggian tersebut.
       
            
     
    3.  Batu tersebut kekal berdekatan dinding Kaabah semenjak dahulu hinggalah ke masa pemerintahan Umar bin al-Khattab r.a di mana selepas itu ia dijauhkan dari Baitullah agar tidak mengganggu orang yang mengerjakan sembahyang di sekitar Maqam dan orang ramai yang mengerjakan tawaf mengelilingi Kaabah.

    4.  Kesan dua tapak kaki Nabi Ibrahim a.s pada batu tersebut masih lagi kekal dan berterusan. Abu Talib telah berkata di dalam qasidahnya yang masyhur iaitu: Yang bermaksud: Tempat berpijak Nabi Ibrahim a.s menjadi lembut beliau berdiri di atas kedua kakinya tanpa memakai alas kaki. Iaitu: Sesungguhnya kakinya yang mulia itu tenggelam pada batu, oleh itu tertinggallah kesan tersebut sekadar tapak kakinya.
    « Last Edit: 24 November, 2009, 11:08:02 PM by Ummi Munaliza »

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14510
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #22 24 November, 2009, 10:28:46 PM
  • Publish Di FB

  • Pintu Kaabah

    Binaan Kaabah oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail pada mulanya mempunyai 2 pintu (Bab ul Kaabah) iaitu Pintu Timur dan Pintu Barat. Kedua-dua pintu itu dibina rapat hingga ke tanah. Namun begitu, mengikut catatan sejarah, kedua-dua pintu itu berubah-ubah kedudukannya serta bilangan pintunya jua.

    Kini, hanya terdapat satu buah pintu sahaja di Kaabah, iaitu yang terletak di sebelah timur laut. Ketinggiannya dari aras lantai ialah 2 meter dan pintu itu diperbuat dari emas tulen seberat 280 kg yang telah menelan belanja melebihi 13 juta Riyal Arab Saudi. Pintu ini boleh dicapai dengan tangga kayu beroda yang disimpan di dalam Masjidil Haram.



    Pintu Kaabah

    1.   Binaan Nabi Ibrahim a.s: Sebuah pintu dirapatkan pada tanah.

    2.   Binaan orang-orang Quraisy: Orang-orang Quraisy meninggikan pintu Kaabah mengikut pandangan Abu Huzaifah bin Al-Mughirah.

    3.   Binaan Ibnu Az-Zubair: Pintu dirapatkan pada tanah kemudian membina sebuah pintu lain di sebelah barat yang berada di antara penjuru Syam dan penjuru Yaman.

    4.   Binaan Al-Hajjaj: Pintu ditinggikan kembali sebagaimana yang asal dan menutup pintu di sebelah barat.

    5.   Pintu yang ada sekarang: Ia diperbuat dari emas tulin, dibina oleh Jalalah Al-Malik Khalid bin Abdul Aziz.
    « Last Edit: 24 November, 2009, 11:09:37 PM by Ummi Munaliza »

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14510
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #23 24 November, 2009, 10:36:47 PM
  • Publish Di FB

  • Tukang Pintu Kaabah, Sheikh Ahmad Meninggal



    SHEIKH Ahmad bin Ibrahim Badr, tukang utama yang mereka bentuk pintu emas Kaabah, meninggal dunia pada usia 89 tahun di Makkah Jumaat lepas, demikian harian Arab Saudi berbahasa Inggeris, The Arab News melaporkan pada Ahad.

    Ahmad menghasilkan pintu Kaabah menggunakan emas tulen seberat 300 kg atas perintah Raja Khaled pada Oktober 1979.

    Kerja-kerja itu dijalankan di sebuah bengkel yang dibina khusus untuk projek berkenaan. Beliau juga memperkemas dan memperindahkan lagi meezab (saluran air di atas Kaabah) dan rangka perak Hajar Aswad.

    Beliau mempelajari seni berkenaan daripada bapanya, pereka dan pembina asal pintu berkenaan atas perintah Raja Abdul Aziz pada 1942, lapor akhbar itu.

    Ibrahim dan dua saudaranya, Mahmoud dan Ibrahim Badr, mengacu pintu berkenaan dengan emas tulen, mengambil masa setahun menyiapkannya.

    Tiang dalam dan meezab (pancuran emas), dibuat daripada emas 24karat seberat 25 kg juga disiapkan dalam tempoh berkenaan.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14510
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #24 24 November, 2009, 10:45:52 PM
  • Publish Di FB


  • "Pengalaman Ustaz Haron Din Masuk Dalam Kaabah Bahagian Pertama (Kuliah Subuh di Mekah pada 18 April 2005)


    Saya pernah tawaf di Baitullah seorang diri. Pelik tetapi benar. Waktu itu iaitu empat tahun sudah (2001) saya datang ke Mekah, Allah Taala lah yang mengaturkannya, saya dapat peluang untuk masuk ke dalam Kaabah. Sebab saya datang atas tetamu tokeh yang membuat dan membersihkan Masjidil Haram.

    Pagi itu saya datang awal. Pengawal keselamatan baru memagar keliling Kaabah dan saya dapat masuk ke dalam pagar itu sebab saya ada Pass VIP. Ketika itu tetamu-tetamu lain tak sampai lagi. Ketika itu lah saya tawaf seorang diri di hadapan Kaabah.

    Lepas saya habis tawaf baru tetamu-tetamu lain sampai. Ketika itulah saya nampak Hajarul Aswad seterang-seterangnya, ia tidak lagi hitam tetapi sudah kemerah-kemerahan.

    Bila pintu Kaabah di buka saya orang yang ke tiga masuk ke dalam. Pertama pembuka pintu Kaabah iaitu daripada Bani Syaibah.
    Pembuka pintu itu sudah tua, dia melatih anaknya yang berumur lebih kurang empat tahun untuk membuka pintu Kaabah itu.

    Sejarah pintu Kaabah itu, kalau orang yang lain tidak boleh buka. Dia hanya boleh di buka oleh pemegang kunci itu sahaja dari keturunan Bani Syaibah. Bila Nabi meninggalkan Mekah kerana berhijrah ke Madinah, Mekah di kuasai oleh Bani Syaibah. Bani Syaibah ini adalah keturunan yang di amanahkan untuk memegang kunci kaabah sejak turun temurun.

    Bila nabi balik semula ke Mekah dalam tahun 7 hijiriah, berlaku peperangan pembukaan Mekah, nabi menang dan orang Islam berkuasa ke atas Mekah. Nabi menghantar Sayidina Ali untuk mengambil kunci pintu Kaabah daripada Bani Syaibah. Sayidina Ali pergi ke Bani Syaibah dan rampas kunci tersebut. Bani Syaibah serahkan kunci kepada Sayidina Ali tetapi bila pintu Kaabah nak di buka tak boleh. Sekejap sahaja datang Jibrail kepada Nabi membawa wahyu dari Allah. Al-Quran (An-Nisaa’:58)
    Mahfumnya “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya”

    Nabi bagi balik kunci itu kepada Bani Syaibah, walaupun ketika itu Bani Syaibah belum Islam lagi. Rupa-rupanya bila bagi balik, Bani Syaibah kata mesti dia seorang nabi. Kalau dia bukan seorang nabi pasti dia gila kuasa kerana memegang kunci ini adalah satu penghormatan turun temurun.

    Bila kunci ini dipulangkan balik, ketua Bani Syaibah terbuka hatinya memeluk Islam kemudian semua pengikutnya memeluk Islam sehingga hari ini.
    Budak kecil tadi dibawa tangannya untuk pegang kunci oleh bapanya kemudian di buka dan di tolak pintu itu. Saya lihat di depan saya. Berapa besar pintu itu? Berapa tebalnya? Pintu itu dibuat dari Solid Gold beratnya 8 tan. Dia tolak senang sahaja, kemudian kami masuk.

    Mula-mula sekali saya pergi sembahyang di satu ruang belakang pintu Kaabah yang menghadap ke arah Hajaral Aswad (dari dalam) iaitu di bahagian Multazam. Selama sejam saya berada di dalam Kaabah itu.

    Di dalam Kaabah itu masih ada lampu yang digunakan pada zaman nabi dahulu. Zaman Kerajaan Umaiyyah ditukar lampu lain seterusnya zaman Kerajaan Abasiyah juga tukar lampu. Apabila lampu di tukar, lampu yang lama di simpan di dalam Kaabah. Berpuluh-puluh atau mungkin beratus-ratus lampu lama ada disimpan di dalam itu.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14510
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #25 24 November, 2009, 10:49:29 PM
  • Publish Di FB


  • Al-Quran melayang terbang melekat di pintu Kaabah


    SubhanAllah....... besarnya mukjizat Al-Quran menjadi panduan & penawar hidup kita

    Petikan warta perdana:
    "Ratusan ribu jemaah haji yang sedang melakukan tawaf gempar apabila sebuah al quran tiba-tiba kelihatan melayang dan terus melekat pada pintu kaabah. Peristiwa mengejutan itu membuat ramai jemaah yang menyaksikan peristiwa itu menangis.

    Saksi kejadian berkata pada malam jumaat sekitar jam 2 pagi, seorang wanita Morocco sedang melakukan tawaf sambil membaca al quran dan sebaik saja sampai depan pintu kaabah, beliau dirempuh oleh sekumpulan jemaah lain menyebabkan beliau terbabas dan quran yang dipegang terlepas, tapi tidak jatuh malah melayang dan melekat di pintu kaabah..

    Selepas seorang staff masjidilharam mengambil kembali al quran tersebut dan diturun kan dengan kayu, saksi-saksi berpeluang mencium alquran tersebut. Ternyata baunya sangat wangi seolah-olah dipenuhi berpuluh botol minyak wangi."

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14510
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #26 24 November, 2009, 11:07:04 PM
  • Publish Di FB

  • Sejarah Pembinaan Kota Mekah

    Peluasan Hajarulaswad

    1.  Orang pertama yang meletakkan kedudukan Hajarulaswad di tempatnya ialah Nabi Ibrahim a.s. Ia merupakan salah satu daripada permata delima dari Syurga.

    2.  Apabila Bani Bakar bin Abdu Manat bin Kinanah dan Ghaisyan bin Khuza'ah yang mana kedua-duanya dari Bani Jurhum keluar dari Mekah, Amru bin Al-Haris bin Madad Al-Jurhumi mengeluarkan dua ekor patung kijang yang diperbuat daripada emas dan juga Hajarulaswad lalu menimbusnya di telaga Zamzam. Selepas itu beliau dan sebahagian dari golongan Jurhum yang bersamanya pergi ke Yaman.
     
               
    3.  Penimbusan Hajarulaswad di telaga Zamzam berlaku tidak begitu lama. Seorang wanita dari Bani Khuza'ah telah menunjukkan tempat Hajarulaswad ditimbus kerana beliau melihat Bani Jurhum menimbusnya. Mereka telah mengembalikan Hajarulaswad ke tempatnya. Peristiwa itu berlaku sebelum Qusai bin Kilab mendirikan Kaabah.

    4.  Setelah orang-orang Qaramitah berjaya menguasai Mekah (di bawah pimpinan Abu Tahir Al-Qarmuti), mereka telah membunuh seramai 1,700 jiwa manusia di Masjidil Haram. Mereka di bunuh ketika bergantungan di Kaabah untuk menghalang orang-orang Qaramitah dari mengambil Hajarulaswad. Mayat mereka dicampakkan ke dalam telaga Zamzam sehingga penuh. Masjidil Haram dan kawasan sekitarnya dipenuhi dengan mayat-mayat yang bergelimpangan. Orang-orang Qaramitah merampas harta benda orang ramai, hiasan-hiasan Kaabah, mencabut kelambu Kaabah dan membahagikannya di kalangan mereka. Mereka juga memusnahkan rumah-rumah di sekitar Mekah, mencabut pintu Kaabah dan saluran hujan yang diperbuat dari emas. Abu Tahir Al-Qarmuti telah memerintahkan Jaafar bin Ilaj mencabut Hajarulaswad. Hajarulaswad dicabut dari tempatnya pada 7 Zulhijah, tahun 317 selepas berlaku perbuatan dosa-dosa besar yang amat dikeji iaitu membunuh orang-orang yang sedang tawaf, beriktikaf dan yang mendirikan sembahyang. Setelah itu mereka membawa Hajarulaswad ke Hajar (Negeri mereka) dan tempatnya di Kaabah hanya tinggal kosong. Orang ramai masih meletakkan tangan mereka di tempat tersebut untuk mendapatkan keberkatan sehinggalah ia dikembalikan ke tempat asalnya pada hari selasa iaitu Hari Raya Korban, tahun 339. Dengan pengembalian tersebut, bermakna Hajarul Aswad hilang dari mereka lebih kurang dua puluh dua tahun. Orang yang mengembalikannya ialah Sinbar bin Hasan Al-Qarmuti.

    5.  Pada tahun 363, seorang lelaki dari negeri Rom datang ke Mekah lalu menghina dan memukul Hajarulaswad dengan sebilah cangkul di bahagian penjuru (Hajarulaswad) dengan pukulan yang kuat sehingga pecah. Beliau mengangkat tangannya sekali lagi untuk memukul tetapi telah ditikam oleh seorang lelaki Yaman dan berjaya mengalahkannya.

    6.  Pada tahun 413 Kerajaan Fatimiah menghantar sebahagian daripada pengikutnya dari Mesir yang telah dihasut oleh Hakim Al-Ubaidi. Di antara mereka terdapat seorang lelaki yang memiliki kulit berwarna merah, berambut perang, mempunyai badan yang perkasa dan tinggi lampai. Sebelah tangannya memegang sebilah pedang yang terhunus dan membawa "Dabus" (Sejenis alat seperti besi penuas). Beliau memukul permukaan Hajarulaswad tiga kali menyebabkan serpihannya berguguran jatuh. Beliau berkata: "Sampai bilakah Hajarulaswad ini akan disembah. Tiada siapa dapat menghalang aku dari melakukannya walaupun Muhammad dan Ali. Hari ini aku ingin meruntuhkan Kaabah." Tetapi sepasukan tentera berkuda telah mengepung beliau dan berjaya membunuh serta membakar beliau berserta pembantu-pembantunya.

    7.   Pada tahun 990 pula, seorang lelaki asing telah datang dengan membawa sebatang besi lalu memukul Hajarulaswad. Lantas Al-Amir Nasir menetak beliau dengan sebilah pedang lalu mati.

    8.  Pada akhir bulan Muharam tahun 1351, seorang lelaki dari negara Afghanistan datang ke Kaabah lalu mencabut dan mencuri sedikit Hajarul Aswad, secebis kelambu Kaabah serta seketul perak dari tangga Kaabah. Perbuatan lelaki tersebut diketahui oleh penjaga-penjaga Kaabah. Mereka berjaya menangkapnya dan kemudian dihukum gantung sebagai balasan terhadap perbuatannya. Pada 28 Rabiulakhir tahun 1351 Raja Abdul Aziz bin Abdul Rahman Al-Faisal, keluarga As-Saud dari Taif datang ke Masjidil Haram bertujuan untuk melekatkan kembali serpihan yang dicabut oleh tentera durjana. Usaha melekatkan serpihan itu dilakukan selepas dijalankan ujikaji adunan bahan kimia yang dicampur dengan kasturi dan ambar oleh mereka yang didatangkan khas untuk melekatkan serpihan Hajarulaswad.

    mujahid90

    • *
    • Posts: 12
      • View Profile
    Jawab #27 24 November, 2009, 11:41:01 PM
  • Publish Di FB
  • salam

    hmm bagaimana nk jawab kpd org non-muslim
    jika dia tanya kenapa kita sembah kaabah?
    padahal kita semua yakini bahawasanya yg kita sembah adalah Allah....

    bagaimana nak memahamkan org non- muslim ni???
    yakinlah dengan kebangkitan Islam

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14510
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #28 24 November, 2009, 11:56:50 PM
  • Publish Di FB
  • Kenapa Orang Islam Solat Menghadap Kaabah ?



    Kenapa sembah Kaabah?



    "Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"

    "Oh.. itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"

    "Baitullah tu apa?"

    "Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"

    "Allah ada dalam tu?"

    "Tak.."

    "Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"

    "Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."

    "Kamu sembah apa?"

    "Saya sembah Allah swt"

    "Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"

    "Saya menghadap sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."

    "Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."

    "Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"

    "Pernah.. selalu.."

    "Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"

    "Tengok perlawanan bola la.."

    "Di mana?"

    "Dalam tv la.."

    "Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."

    "Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."

    "Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."

    "So..?"

    "Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"

    "Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.."

    "Peliknya.."

    "Sebab apa pulak pelik?"

    "Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."

    "Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."

    "Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"

    "Ya.. tak pelik.."

    "Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt.. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."

    "Erk.. kau betul.."


    Seharum Jannah

    • *
    • Posts: 224
      • View Profile
    Jawab #29 25 November, 2009, 06:12:33 PM
  • Publish Di FB

  • Kaabah

    Kaabah : Dikenali juga dengan nama Baitullahil Haram iaitu sebuah binaan batu yang tertua sekali di dunia yang dibina untuk tujuan ibadat. Kaabah adalah Kiblat bagi umat Islam menunaikan ibadah terutama ibadah solat. Tidak sah solat jika tidak menghadapkan wajah ke arah Kaabah yang merupakan kiblat bagi umat Islam. Bentuk dan pembinaan Kaabah sungguh istimewa. Tingginya 15 meter/49.22 kaki. Bentuknya hampir-hampir 4 persegi, mempunyai 4 penjuru:




          Keterangan :

          1. Hajarul Aswad

          2. Pintu Kaabah

          3. Mizab atau Pancur Emas

          4. Syazarwan (konkrit kaki kaabah)

          5. Hijir Ismail

          6. Multazam

          7. Maqam Nabi Ibrahim a.s.

          8. Rukun (penjuru) Hajarul Aswad

          9. Rukun (penjuru)Yamani

          10. Rukun (penjuru) Syami

          11. Rukun Iraqi

          12. Kiswah Kaabah

          13. Garis Mula Tawaf

          14.

        * Penjuru Hajarul Aswad yang menghala ketimur, kedudukan Hajarul Aswad dari lantai lebihkurang 1.5 meter.

        * Penjuru Iraqi, menghala ke Pihak negeri Iraq. Jaraknya dari penjuru Hajarul Aswad lebih kurang 12 meter/39.37 kaki. Di sinilah terletaknya pintu Kaabah dan Multazam.

        * Penjuru Syami, menghala ke negeri Syam, jaraknya dari penjuru iraqi lebih kurang 11 meter/36.1 kaki dan di sinilah terletaknya Hijir Ismail. Hijir Ismail adalah sebahagian dari Kaabah yang dibina oleh Nabi Ibrahim a.s. Maka tidak sah tawaf melalui sebelah dalam Hijir Ismail kerana ia sebahagian dari Kaabah.

        * Penjuru Yamani, iaitu penjuru yang menghala ke negeri Yaman. Jaraknya dari Penjuru Syami lebih kurang 12 meter/41.02 kaki, dan Jaraknya ke Penjuru Hajarul Aswad 10.25 meter/33.63 kaki.

    Pembinaan dan Pembaikpulih
    Diriwayatkan bahawa Kaabah dibina beberapa kali sehingga kehari ini.

    Dibina oleh malaikat sebelum Nabi Adam as, iaitu daripada permata Yaquut merah. Kemudian diangkat ke langit pada banjir besar yang melanda Makkah. Kata-kata ini disokong oleh firman Allah yang bermaksud:

    “Dan (ingatlah) tatkala Ibrahim meninggikan (membina) dasar Baitullah berserta Ismail (seraya berdoa): "Ya Tuhan kami, terimalah daripada kami (amalan kami), sesungguhnya engkaulahyang maha mendengar lagi maha mengetahui,” – surah al-Baqarah, ayat 127.

    Sendi itu diangkat menunjukkan bahawa sendi, iaitu asasnya sudah pun ada (dibina), jadi Baitulllah al-haram sudah pun ada sebelum Ibrahim as dan Ibrahim membinanya semula di atas asas itu. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Nabi Adam telah mengerjakan haji sebanyak 40 kali dari India ke Makkah berjalan kaki, kekallah ia tawaf Kaabah itu, begitu juga diikuti oleh anaknya hingga pada hari berlakunya banjir, lalu Allah angkatkan ke langit kempat.

    Diriwayatkan bahawa Allah membina di langit sebuah rumah yang dikenali sebagai Baitul Makmur. Dia menyuruh malaikat supaya tawaf sekelilingnya, kemudian Dia menyuruh malaikat di bumi supaya membina sebuah rumah di bumi mengikut ukurannya dan bentuknya, dan mereka hendaklah tawaf sebagaimana ahli langit tawaf Baitul Makmur.

    Sebenarnya Nabi Ibrahim tidak tahu di mana ia harus membinanya, lalu Allah memberitahu kepadanya tempatnya dengan angin yang bertiup. Angin tadi menyapu sekeliling rumah itu, lalu Ibrahim membinanya di tapak asal.Dalam doa Ibrahim as, ada dalil yang menunjukkan bahawa dia membina binaan itu di atas asas yang terdahulu sebagaimana firman Allah:

    “Rabbanaa taqabbal minna – surah al-Baqarah, ayat 127.

    ‘Taqabbal minna’ bermaksud “terimalah daripada kami (amalan kami).”Ada perbezaan di antara lafaz ‘qabul’ dan ‘taqabbul’ dalam bahasa Arab. Lafaz ‘taqabbul’ dibina atas takalluf atau susah payah; digunakan apabila sesuatu perkara yang dibuat itu ada kekurangan yang mana tidak layak diterima amalan itu melainkan melalui jalan kemurahan Allah.Berbeza dengan lafaz ‘qabul’. Lafaz ini tidak ada makna seperti lafaz ‘taqabbul’. Seandainya Ibrahim as membina asasnya sebagaimana binaannya, nescaya kerjanya menjadi lengkap dan sempurna, tiada lagi kekurangan, dan dia tidak berdoa dengan lafaz ‘taqabbul’, sebaliknya dengan lafaz ‘qabul’. Pemilihan lafaz ‘taqabbul’ ini sebagai pengiktirafan daripada Ibrahim as sendiri dan juga anaknya Ismail as mengenai kekurangan dalam pekerjaan itu. Dia tahu bahawa bukan dia atau Ismail yang membina binaan Kaabah itu dari awal, dia hanya mengangkat sendi-sendinya. Dibina oleh Quraisy sebelum kebangkitan Nabi Muhammad saw dan Rasul sendiri hadir bersama mereka ketika pembinaan berkenaan. Tatkala mereka ingin meletakkan Hajarul Aswad, mereka berbalah-balahan di antara satu sama lain, siapa atau puak mana yang diberikan kemuliaan untuk meletakkan batu berkenaan ke tempat asalnya. Mereka kemudian bersetuju untuk melantik orang yang mula-mula sekali ke Masjidil Haram. Kebetulan Nabi Muhammad saw adalah orang yang pertama masuk. Dengan kepintaran Baginda saw, disuruhnya puak yang bertelagah itu menyediakan satu bentangan kain, kemudian meletakkan batu itu di tengah-tengahnya.Masing-masing ketua setiap suku kaum memegang bucu kain itu dan dibawa ke tempat letaknya, kemudian Nabi Muhammad saw sendiri mengambil Hajarul Aswad dan meletakkan di tempatnya.

    Dibina oleh Abdullah bin Az-Zubair ra., iaitu binaan yang kekal sampai ke hari ini. Selepas Nabi Ibrahim dan anaknya, Ismail, membina Rumah itu, Allah mengarahkannya supaya menyeru manusia datang bersembahyang di situ, lalu Nabi Ibrahim berkata:

    “Wahai Tuhanku, suaraku tidak sampai (untuk menyeru semua manusia).” Allah berfirman: “Hendaklah kau azan dan Aku menyampaikannya.”

    Nabi Ibrahim terus naik ke Bukit Safa dan menyeru:

    “Wahai sekalian manusia, ketahuilah bahawa sesungguhnya Tuhanmu telah membina sebuah rumah dan mewajibkan ke atas kamu haji ke Baitul ‘Atiq, maka hendaklah kamu menyahut seruan Tuhan kamu itu, dan kerjakanlah haji di Baitullah al-haram supaya dengannya Dia akan memberikan kamu pahala dan menjauhkan kamu daripada api neraka. Lalu ia berkata: Labbaikallahumma labbaik’.

    Golongan pertama yang menyahut seruan itu ialah ahli Yaman (penduduk Yaman), merekalah yang paling banyak mengerjakan haji. Setiap yang mempunyai niat buruk terhadap rumah itu, pasti Allah akan membinasakannya. Lihatlah kepada tentera bergajah Abrahah yang ingin meruntuhkan Kaabah, Allah menghantar ke atas mereka burung ababil yang melontari mereka dengan batu daripada neraka lalu hancurlah mereka seumpama daun yang dimakan ulat.

    Sesungguhnya Nabi Ibrahim mengangkat sendi rumah itu bersama Ismail. Adapun sendinya memang sudah pun ada. Faktor alam sekelilinglah yang menutup atau melitupi sendi ini, lalu Allah zahirkan pada Ibrahim ketika awalnya ketika Ismail masih bayi.Selepas Ismail meningkat usianya sehingga boleh membantu ayahnya, Allah memerintahkan Ibrahim mengangkat sendi-sendi tadi. Sesungguhnya Ibrahim telah mengetahui (dengan petunjuk Allah) tanah wadia atau lembah yang khusus padanya ada Baitullah. Seandainya ia tidak mengetahui dengan tepat kedudukan Rumah Allah di tanah itu, kenapa pula Nabi Ibrahim datang bersama Hajar dan anaknya lalu meninggalkan mereka di situ, sambil berdoa sebagaimana dalam firman-Nya:

    “Ya Tuhan kami, sesungguhnya aku menempatkan sebahagian keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman dekat Rumah Engkau (Baitullah) yang dihormati,” – surah Ibrahim, ayat 37.

    Kata Nabi Ibrahim itu menunjukkan bahawa kewujudan Rumah Allah itu sudah pun diketahui ketika ia hendak menempatkan isteri dan anaknya di situ. Akan tetapi tempat kedudukan Rumah itu tidak diketahui oleh Ibrahim. Ini adalah peringkat pertama bagi hubungan Ibrahim dengan Rumah berkenaan.Kemudian datang peringkat kedua, iaitu Allah menerangkan kepada Ibrahim kedudukan rumah itu. Firman Allah bermaksud:

    “Dan (ingatlah), ketika Kami memberikan tempat kepada Ibrahim di tempatBaitullah (dengan mengatakan): Janganlah kamu mempersekutukan sesuatu pun dengan Aku.” (Surah al-Hajj, ayat 26)

    Kemudian Allah berfirman selepas daripada itu:

    “Sucikanlah rumah-Ku ini bagi orang yang tawaf, dan orang yang beribadat danorang yang ruku’ dan sujud,” – surat al-Hajj, 26

    Kerja ini tidaklah terlalu rumit bagi Ibrahim melakukannya seorang diri kerana hanya menyapu pasir dan batu kecil yang menutupi asas binaannya.Sebab itulah Ismail tidak mengambil peranan menolongnya pada peringkat ini. Lagipun, Baginda masih kecil ketika itu. Kemudian datang marhalah ketiga yang mana perlu kepada bantuan. Ketika ini Ismail sudah membesar yang mencapai peringkat boleh menolong bapanya. Pada marhalah ini, Ismail muncul sebagai pembantu Nabi Ibrahim dalam mengangkat sendi binaan. Maka turunlah ayat yang bermaksud:

    “Dan (ingatlah) tatkala Ibrahim meninggikan (membina) dasar Baitullah bersertaIsmail (seraya berdoa): Ya Tuhan kami, terimalah daripada kami (amalan kami),sesungguhnya engkaulah yang maha mendengar lagi maha mengetahui” – surahal-Baqarah, ayat 127.

    Ayat ini menunjukkan penyertaan Ismail dalam doa itu menandakan bahawa Ismail sudah pun dalam usia yang ia tahu ia turut serta dalam beribadat kepada Tuhan yang ia minta perkenan. Rumah Allah yang pertama dibina di atas muka bumi ini ialah rumah yang disambung binaannya oleh Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail. Allah berfirman bermaksud:

    “Sesungguhnya rumah yang mula-mula dibangunkan untuk (tempat beribadat) manusia ialah Baitullah yang di Bakkah (Makkah) yang diberkahi dan menjadi petunjuk bagi semua manusia,” – surah Ali Imran, ayat 96.

    Selagi rumah itu dijadikan untuk manusia, maka secara automatik yang meletakkannya (yang membinanya) adalah bukan daripada golongan manusia. Sesungguhnya Rumah Allah itu dibangunkan untuk tujuan ibadat kepada Allah. Allah yang memilih tempatnya dan mengkhabarkan kepada malaikat akan batas-batasnya. Sebab itulah ayat ini datang dengan ayat pasif, tidak disebutkan siapa pembinanya (faa-‘il dalam bahasa Arabnya). Pembuatnya tidak disebutkan sebagai lambang pembinanya adalah ghaib, iaitu Allah, yang melaksanakannya juga di alam ghaib, iaitu malaikat.

    Apabila kita melihat kepada perkataan ‘An-Naas’ dalam ayat itu, kita akan dapati bahawa ia mencakupi semua individu manusia, dari Adam hinggalah ke hari kiamat. Tetapi, mungkin dipersoalkan, kenapakah permulaan itu bermula dari zaman Ibrahim, bukan daripada Adam lagi? Bukankah Adam juga manusia dan termasuk dalam perkataan ‘An-Naas’ seperti dalam ayat itu. Sebagaimana yang disebutkan di atas bahawa sesungguhnya Kaabah dibina oleh malaikat sebelum Nabi Adam as. Ibnu Kathir dalam tafsirnya memetik hadis daripada sahih Muslim, daripada Abu Dzar berkata:

    “Aku telah bertanya Rasulullah saw mengenai masjid yang pertama sekali dibina dibumi, lalu Baginda menjawab: Masjidil-Haram. Aku berkata: Kemudian apa? Masjidil-Aqsa, kata Baginda. Aku bertanya lagi: Berapa jarak masa antara kedua-duanya? Rasulullah menjawab: 40 tahun, kemudian tanah/bumi ini dijadikan untukmu sebagai masjid, maka di mana saja kamu berada, hendaklah kamu solat.”

    Mujahid berkata: Saling berbangga-bangga antara orang Islam dan orang Yahudi. Yahudi berkata: Baitulmaqdis lebih agung dan lebih mulia daripada Kaabah kerana ia tempat yang pernah didatangi oleh nabi-nabi dan ia terletak di tempat yang suci.

    Orang Islam berkata: Bahkan Kaabah lebih afdhal, lalu turunlah ayat daripada surah Ali Imran ini. Kata Mujahid lagi, Allah telah mencipta tempat asas rumah itu 2000 tahun sebelum diciptakan mana-mana makhluk di atas muka bumi ini dan sendinya sudah pun ada di lapisan bawah bumi yang ketujuh. Ada pun Masjidil Aqsa dibina oleh Nabi Sulaiman a.s sebagaimana hadis yang dikeluarkan oleh An-Nasaei dengan isnad yang sahih daripada Abdullah bin Amru.

    Timbul kemusykilan di sini kerana jarak masa di antara Nabi Ibrahim dan Nabi Sulaiman agak panjang. Ada yang mengatakan lebih daripada 1,000 tahun. Sudah tentu ini ada percanggahan di antara dua hadis tadi. Bagi menjawab persoalan ini, kita ambil satu riwayat yang mengatakan bahawa Nabi Ibrahim dan Nabi Sulaiman hanya memperbaharui saja asas yang dibina oleh orang lain sebagaimana ada riwayat yang mengatakan bahawa orang pertama membina Rumah Allah itu ialah Adam. Maka tidak mustahil ada daripada anaknya yang membina Baitulmaqdis selepas 40 tahun Kaabah dibina. Kemungkinan juga ia dibina oleh malaikat selepas ia membina Kaabah di Makkah dengan izin Allah. Semua itu adalah mungkin, hanya Allah yang lebih mengetahui.

    Baitullah terletak di Makkah seperti yang disebut dalam ayat daripada surah Ali Imran bahawa Rumah itu di Bakkah. Bakkah mengikut Al-Qurthubi ialah kawasan letaknya asas Baitullah itu manakala Makkah ialah negeri Makkah seluruhnya. Jadilah Kaabah sekarang kiblat umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah salah satu lambang penyatuan umat Islam seluruh dunia. Bahkan, umat sebelum Nabi Muhammad saw juga berjalan bersama nabi mereka ke arah mentauhidkan Allah yang Esa. Lihatlah peristiwa Nabi Ibrahim ketika saat akhir Baginda sebelum meninggal dunia. Dipanggil semua anak cucunya (Ismail, Ishak, Yaakub dan lain-lain) dan diberikan wasiat untuk mereka.Bukannya harta dan wang ringgit tetapi dengan pesanan:

    “Sesungguhnya Allah telah memilih agama ini bagimu, maka janganlah kamu matikecuali dalam memeluk agama Islam,” – surah al-Baqarah, ayat 132.

    Begitu juga tatkala Yaakub hendak meninggal dunia, Baginda bertanya kepada anaknya apa yang akan disembah mereka selepas Baginda meninggal dunia. Lalu mereka semua menjawab:

    “Kami akan menyembah Tuhanmu dan Tuhan nenek moyangmu, Ibrahim, Ismail, Yaakub, Ishak, (iaitu) Tuhan Yang Maha Esa dan kami hanya tunduk patuh kepada-Nya.” surah al-Baqarah, ayat 133.

    Akan tetapi, daripada keturunan inilah juga munculnya Yahuda (anak Yaakub) yang akhirnya namanya diambil sebagai satu agama, iaitu Yahudi. Dari keturunan ini jugalah lahirnya agama Nasrani yang menyeleweng lagi sesat. Alangkah baiknya andainya mereka semua kembali kepada agama asal nenek moyang mereka sebagaimana pengakuan mereka dulu. Tahun 64H

    Zaman Khalifah Abdullah Ibnu Zubair, membinanya kembali sebagaimana plan yang dikehendaki oleh Rasulullah s.a.w. sebagaimana yang diceritakan oleh Syaidatina A’isyah r.ah.

    74H Zaman Abdul Malik bin Marwan mengubahnya kembali, membuang tangga kayu yang telah dibina oleh Abdullah ibnu Zaubair, setelah beliau mendengar hadith daripada Rasulullah ketika mengunjungi kaabah bagi melakukan umrah, beliau sungguh menyesal.

    1039H Sultan Murad Khan – 2 bahagian dinding Kaabah di timur dan barat telah runtuh kerana banjir besar. Hal ini berlaku pada 20 Sya’aban 10 Hijrah bersamaan 3 April 1620 Masehi.

    1996 – Kaabah diubahsuai binaannya sehingga sekarang dengan bentuk yang berbeza dengan bangunan yang dibina oleh Abdullah ibnu Zubair mahupun Khalifah Abdul Malik bin Marwan. Yang tetap hanyalah Kedudukan Hajarul Aswad sahaja.


    Seharum Jannah

    • *
    • Posts: 224
      • View Profile
    Jawab #30 25 November, 2009, 06:17:58 PM
  • Publish Di FB

  • Hijir Ismail

    Hijir Ismail : Atau dikenali juga dengan nama Hateem adalah satu binaan tembok separuh bulatan setinggi 1.5 meter yang terletak berdampingan dengan Ka'bah di sebelah utara. Hijir Ismail itu pada mulanya hanya berupa pagar batu yang sederhana saja. Kemudian para Khalifah, Sultan dan Raja-raja yang berkuasa mengganti pagar batu itu dengan batu marmar. Hijir Ismail ini dahulu merupakan tempat tinggal Nabi Ismail, disitulah Nabi Ismail tinggal semasa hidupnya dan Seterusnya ia menjadi kandang kambing kepunyaan Nabi Ismail, kemudian menjadi kubur beliau dan juga ibunya. Pada waktu itu, kawasan ini tidak menjadi sebahagian daripada binaan Kaabah lagi.



    Namun begitu, selepas pembinaan Kaabah oleh bangsa Arab Quraisy ukurannya telah dikecilkan, sebahagian daripada Hijir Ismail telah dimasukkan sebagai kawasan Kaabah. Justeru, bagi mereka yang tiada kesempatan untuk masuk ke dalam Kaabah, memadailah bagi dirinya berada di Hijir Ismail untuk beribadat kemudian menjadi kubur beliau dan juga ibunya.

    Berdasarkan kepada sabda Rasulullah s.a.w. sebahagian dari Hijir Ismail itu adalah termasuk dalam Kaabah. Ini diriwayatkan oleh Abu Daud dari 'Aisyah r.a. yang berbunyi : 'Dari 'Aisyah r.a. katanya; "Aku sangat ingin memasuki Kaabah untuk melakukan solat di dalamnya. Rasulullah s.a.w. membawa Siti 'Aisyah ke dalam Hijir Ismail sambil berkata " Solatlah kamu di sini jika kamu ingin solat di dalam Kaabah, karena ini termasuk sebahagian dari Kaabah.

    Solat di Hijir Ismail adalah sunat hukumnya, dalam ertikata tidak wajib dan tidak ada kaitan dengan rangkaian kegiatan ibadah Haji atau Umrah.

    Bagi mereka yang bertawaf, tidak sah tawafnya melalui kawasan bahagian dalam hijir Ismail kerana ia sebahagian daripada Kaabah.

    Apabila berada di Hijir Ismail sunat dibaca doa berikut:


    Maksudnya :"Ya Allah, Engkaulah Pemeliharaku, tiada Tuhan selain Engkau, yang menjadikan daku. Aku ini hamba-Mu, memenuhi janji dan ikatan pada-Mu sedapat mungkin, aku berlindung pada-Mu dari kejahatan yang telah kuperbuat, aku kembali kepada-Mu membawa nikmat-Mu dan membawa dosa- dosaku, maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni dosa selain dari Engkau. Ya Allah, aku mohon pada-Mu, kebaikan yang diminta juga oleh hamba-hamba- Mu yang saleh kepada-Mu aku berlindung pada- Mu dari kejahatan yang hamba-hamba-Mu yang saleh berlindung pula daripadanya....


    Seharum Jannah

    • *
    • Posts: 224
      • View Profile
    Jawab #31 25 November, 2009, 06:23:04 PM
  • Publish Di FB

  • Multazam

    Multazam : merupakan dinding Ka'abah yang terletak di antara Hajar Aswad dengan pintu Ka'bah.

    Tempat ini merupakan tempat utama dalam berdoa, yang dipergunakan oleh jamaah Haji dan Umrah untuk berdoa/ bermunajat kepada Allah SWT setelah selesai melakukan Tawaf.

    Saat bermunajat di depan Multazam ini, Jarang orang tidak menitiskan air mata di sini, terharu kerana kebesaran Illahi. Multazam ini insya Allah merupakan tempat yang mustajab dalam berdoa, insya Allah doa dikabulkan oleh Allah SWT.

    Rasulullah SAW bersabda, "Antara Rukun Hajarul Aswad dan Pintu Ka'bah, yang disebut Multazam. Tidak seorangpun hamba Allah yang berdoa di tempat ini tanpa terkabul permintaannya"

    p/s : aku juga puas menangis di sini kerana terharu di atas kebesaran Allah SWT.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14510
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #32 24 April, 2010, 03:45:38 AM
  • Publish Di FB

  • Pandangan beberapa yang arif...

    Mengapa ia empat persegi, ia melambangkan perpaduan ummah yang bergerak maju bersama,equality and unity, tidak seperti bentuk pyramid, dimana ia diumpamakan, seperti hanya seorang pemenang yang berada diatas setelah ia memijak-mijak yang lain. Dan antara lagi sebab mengapa 4 persegi melambangkan 4 imam besar, Maliki, Hambali, Hanafi dan Syafi’i, melambangkan kebenaran keempat-empat Imam tersebut.

    Ada pendapat lagi...

    4 segi utama ialah, SYARIAT, TAREKAT, HAKIKAT DAN MAKRIFAT yang meliputi Af’al, Asma’, Sifat dan Dzat. Keempat-empat perkara tersebut adalah TUNGGAL. Terbuka tabir Af’al, nyata Asma’. Terbuka tabir Asma’, nyata Sifat. Terbuka tabir Sifat, yang nyata hanyalah semata-mata DZAT. Dialah yang kita seru dengan NamaNya iaitu ALLAH.

    nazirul razali

    • *
    • Posts: 875
    • HIDUP JIHAD, MATI SYAHID, ALLAH HUAKHBAR.
      • View Profile
    Jawab #33 24 April, 2010, 04:15:02 AM
  • Publish Di FB

  • Pandangan beberapa yang arif...

    Mengapa ia empat persegi, ia melambangkan perpaduan ummah yang bergerak maju bersama,equality and unity, tidak seperti bentuk pyramid, dimana ia diumpamakan, seperti hanya seorang pemenang yang berada diatas setelah ia memijak-mijak yang lain. Dan antara lagi sebab mengapa 4 persegi melambangkan 4 imam besar, Maliki, Hambali, Hanafi dan Syafi’i, melambangkan kebenaran keempat-empat Imam tersebut.

    Ada pendapat lagi...

    4 segi utama ialah, SYARIAT, TAREKAT, HAKIKAT DAN MAKRIFAT yang meliputi Af’al, Asma’, Sifat dan Dzat. Keempat-empat perkara tersebut adalah TUNGGAL. Terbuka tabir Af’al, nyata Asma’. Terbuka tabir Asma’, nyata Sifat. Terbuka tabir Sifat, yang nyata hanyalah semata-mata DZAT. Dialah yang kita seru dengan NamaNya iaitu ALLAH.

    terima kasih ya ummi........ sekarang, barulah saya paham...... tapi, ada satu lagi yang saya ingin tanyakan...... kenapa kita kena tawaf sebanyak 7 kali ye..... dan kenapa kita tawaf ikut arah lawan jam......???
    <')))))<                              <')))))<                              <')))))<                              <')))))<                              <')))))<
                         <')))))<

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14510
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #34 24 April, 2010, 05:28:57 AM
  • Publish Di FB
  • Kenapa kita kena tawaf sebanyak 7 kali ye..... dan kenapa kita tawaf ikut arah lawan jam......???

    Tawaf dilakukan tujuh kali kerana ketika mula membina Kaabah, Nabi Ibrahim memastikan kedudukan tegak binaan itu berpandukan bahu dan mata dengan mengelilinginya tujuh kali.

    Arah lawan jam

    Dalam Islam, ketika seseorang sedang tawaf di sekitar kaabah, maka ia memulai dari Hajar Aswad, dan gerakannya harus berlawanan dengan arah jarum jam.

    Hal itu adalah penting mengingat segala sesuatu di alam semesta dari atom hingga galaksi itu bergerak berlawanan dengan arah jarum jam. Begitu juga peredaran darah manusia mulai gerakan berlawanan dengan arah jarum jamnya. Perputaran bumi pada porosnya dan di sekeliling matahari juga secara berlawanan dengan arah jarum jam. Matahari dengan semua sistemnya mengelilingi suatu titik tertentu di dalam galaksi dan semuanya berputar berlawanan dengan arah jarum jam.

    Sementara itu, jika dilihat orang-orang yang tawaf di sekeliling kaabah tidak putus-putus sepanjang masa mengelilingi kaabah, siang dan malam berterusan tidak henti-hentinya, sampai ke akhir zaman.

    Ini membuktikan kota Mekah adalah kota suci tertua dan sebagai simbol tamadun peradaban umat manusia serta ibadah dan sebagai pusat bumi atau dunia seperti dirakamkan dalam al-Quran dan hadis-hadis Nabi SAW.

    Allah berfirman maksud-nya: Wahai jin dan manusia, jika kamu sanggup menembusi (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusinya kecuali dengan kekuatan (ilmu pengetahuan) . (ar-Rahman: 33).

    wallahua'lam

    noorbaizura89

    • *
    • Posts: 27
      • View Profile
    Jawab #35 24 April, 2010, 12:43:55 PM
  • Publish Di FB
  • pernah ke Masjidil Haram pada tahun 2008....
    rasa rindu nak pergi lagi....

    lebai

    • *
    • Posts: 7
    • ALLAH BERSAMAKU..
      • View Profile
    Jawab #36 24 April, 2010, 03:34:17 PM
  • Publish Di FB
  • [
    terima kasih ya ummi........ sekarang, barulah saya paham...... tapi, ada satu lagi yang saya ingin tanyakan...... kenapa kita kena tawaf sebanyak 7 kali ye..... dan kenapa kita tawaf ikut arah lawan jam......???

    7 PETALA LANGIT 7 PETALA BUMI...
    7 ANGGOTA BERADA PADA SEJADAH PADA KETIKA SUJUD...'
    TUHAN AKU CINTAI>>
    RASUL MENJADI IDOLAKU>>

    haurahamraa

    • *
    • Posts: 3
    • hauraAlhamraa
      • View Profile
    Jawab #37 24 April, 2010, 05:38:53 PM
  • Publish Di FB
  • salam, saya ada satu kemusykilan. baru- baru ni ada sahabat non-muslim(hindu) saya memberitahu bahawa kaabah pada asalnya adalah tempat simpan berhala dan akhirnya Nabi Muhammad SAW menjadikaanya baitullah dengan wahyu dari Allah.jadi, kaabah bukanlah satu tempat yang suci sebab bekas simpanan dewa dewa orang jahiliah. erm, macam mana saya nak jawab kalau sahabat saya yang non-muslim tu kata kaabah tempat simpan dewa mereka dulu? jadi, kaabah pernah kepunyaan mereka. sila bantu ek? syukran jazilan ^^
    *Ya Allah
    Guide my steps don’t let me go astray
    You’re the only one that showed me the way*

    beruang

    • *
    • Posts: 1354
    • Bersatu sebagai satu Usrah dalam satu Halaqah...
      • View Profile
    Jawab #38 24 April, 2010, 07:17:33 PM
  • Publish Di FB
  • salam, saya ada satu kemusykilan. baru- baru ni ada sahabat non-muslim(hindu) saya memberitahu bahawa kaabah pada asalnya adalah tempat simpan berhala dan akhirnya Nabi Muhammad SAW menjadikaanya baitullah dengan wahyu dari Allah.jadi, kaabah bukanlah satu tempat yang suci sebab bekas simpanan dewa dewa orang jahiliah. erm, macam mana saya nak jawab kalau sahabat saya yang non-muslim tu kata kaabah tempat simpan dewa mereka dulu? jadi, kaabah pernah kepunyaan mereka. sila bantu ek? syukran jazilan ^^

    Asal? Baca asal usul Kaabah ni...
    Tengok sapa milik asal ceria*


    Sejarah

    Binaan Kaabah (الكعبة), yang merupakan kiblat bagi orang Islam terletak di Masjidil Haram di Mekah. Ia merupakan bangunan yang harus dikunjungi jemaah haji.

    Menurut tradisi Islam, Kaabah dibina semula 12 kali. Para akademik dan sejarahwan berkata Kaabah dibina semula antara lima hingga 12 kali. Pembinaan pertama Kaabah dilakukan oleh Nabi Adam (as). Allah SWT menyatakan dalam al-Quran Kaabah adalah rumah pertama dibina untuk manusia menyembah Allah SWT. Selepas itu, Nabi Ibrahim (as) dan Nabi Ismail (as) membina semula Kaabah.

    Jawapannya pemilik asal oran Islam tapi lama kelamaan di salah guna oleh orang kafir tetapi kemudiannya di sucikan kembali oleh Baginda Rasulullah...

    puteri amalena

    • *
    • Posts: 2
      • View Profile
    Jawab #39 02 December, 2011, 04:51:27 PM
  • Publish Di FB
  • Fakta Ilmiah Kaabah sebagai Pusat Bumi dan Prototipe Alam Semesta
    di 05:58Diposkan oleh nizar prayoga


    AL HAKEEM (Yang Menetapkan Hukum-hukum Makhluk NYA)

    Astronout Neil Amstrong telah membuktikan bahwa kota Mekah adalah pusat dari Planet Bumi. Fakta ini telah di diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah.

    Ketika Neil Amstrong untuk pertama kalinya melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, dia berkata : “Planet Bumi ternyata menggantung di area yang sangat gelap, siapa yang menggantungnya ???”

    Para Astronot telah menemukan bahwa planet Bumi itu mengeluarkan semacam radiasi, secara resmi mereka mengumumkannya di Internet, tetapi sayang nya 21 hari kemudian website tersebut raib yang sepertinya ada masalah tersembunyi dibalik penghapusan website tersebut.

    Setelah melakukan penelitian lebih lanjut, ternyata radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari Ka’Bah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite ( tidak berujung ), hal ini terbuktikan ketika mereka mengambil foto planet Mars, radiasi tersebut masih berlanjut terus.

    Para peneliti Muslim mempercayai bahwa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Ka’Bah di planet Bumi dengan Ka’bah di alam akhirat.

    Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, ada suatu area yang bernama ‘Zero Magnetism Area’, artinya adalah apabila kita mengeluarkan kompas di area tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali karena daya tarik yang sama besarnya antara kedua kutub.

    Itulah sebabnya kenapa jika seseorang tinggal di Mekah, maka ia akan hidup lebih lama, lebih sehat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan gravitasi. Oleh sebab itu lah ketika kita mengelilingi Ka’Bah, maka seakan-akan diri kita di charged ulang oleh suatu energi misterius dan ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah.

    Prof. Hussain Kamel, menemukan suatu fakta mengejutkan bahawa Mekah adalah pusat bumi. Pada mulanya ia meneliti suatu cara untuk menentukan arah kiblat di kota-kota besar di dunia.

    Untuk tujuan itu, ia menarik garis-garis pada peta, dan setelah itu ia mengamati dengan saksama posisi ketujuh benua terhadap Mekah dan jarak masing-masing.

    Ia memulai untuk menggambar garis-garis sejajar hanya untuk memudahkan projek garis bujur dan garis lintang. Ia kagum dengan apa yang ditemukan, bahawa Mekah merupakan pusat bumi atau dunia. (Majalah al-Arabiyyah, edisi 237, Ogos, 1978).

    Ka'bah sebagai pusat bumi : Perhatikanlah arah panah dari setiap arah penjuru di bumi, semua Ummat Islam melakukan Ibadah dengan mengarah pada satu Pusat (Kiblat) yaitu ke Ka'bah, baik pada saat melakukan shalat maupun saat menunaikan salah satu rukun berhaji, yaitu Tawaf. Hal ini sama seperti pergerakan Bumi dan planet-planet lainnya yang berpusat pada Matahari, atau sama seperti pergerakan Matahari dan bintang-bintang yang berpusat pada satu titik sehingga membentuk satu kelompok atau kumpulan bintang-bintang atau yang disebut dengan Galaksi.Setiap arah Rotasi dari bintang-bintang, Planet-planet dan benda lainnya dalam galaksi-galaksi tersebut membentuk lingkaran/ mengelilingi suatu pusat dengan arah berlawanan dengan arah jarum jam, sesuai dengan Hukum/ aturan dalam melakukan Tawaf dalam salah satu Ritual Haji.

    Gambar-gambar satelit yang muncul kemudian pada tahun 90-an menekankan hasil dan natijah yang sama, ketika kajian-kajian lebih lanjut mengarah kepada topografi lapisan-lapisan bumi dan geografi waktu daratan itu diciptakan.

    Telah menjadi teori yang mapan secara ilmiah bahawa lempengan-lempengan bumi terbentuk selama masa geologi yang panjang, bergerak secara teratur di sekitar lempengan Arab. Lempengan-lempengan itu terus menerus memusat ke arah itu seolah-olah menunjuk ke arah Makkah.

    Allah berfirman maksud-Nya: Demikianlah Kami wahyukan kepadamu al-Quran dalam bahasa Arab supaya kamu memberi peringatan kepada Ummul Qura (penduduk Mekah) dan penduduk (negeri-negeri di sekelilingnya). (asy-Syura: 7).

    Kata Ummul Qura berarti induk bagi kota-kota lain, dan kota-kota di sekelilingnya, menunjukkan Mekah adalah pusat bagi kota-kota lain, dan yang lain hanyalah berada di sekelilingnya.

    Lebih dari itu, kata ummu (ibu) mempunyai arti yang cukup penting dan luas di dalam peradaban Islam. Sebagaimana seorang ibu adalah sumber dari keturunan, maka Makkah juga merupakan sumber dari semua negeri lain serta keunggulan di atas semua kota.

    Ada beberapa ayat dan hadis nabawi yang memperkuatkan fakta ini. Allah berfirman maksud-nya: Wahai jin dan manusia, jika kamu sanggup menembusi (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusinya kecuali dengan kekuatan (ilmu pengetahuan). (ar-Rahman: 33).

    Berdasarkan ayat ini dan beberapa hadis dapat difahamkan bahwa diameter lapisan-lapisan langit itu di atas diameter bumi (tujuh lempengan bumi). Jika Mekah berada di tengah-tengah bumi, dengan itu bererti bahawa Mekah juga berada di tengah-tengah lapisan langit.

    Selain itu ada hadis yang menerangkan bahawa Masjidil Haram di Mekah, tempat kaabah berada itu ada di tengah-tengah tujuh lapisan langit dan tujuh lapisan yang membentuk bumi.

    Nabi SAW bersabda maksudnya: “Wahai orang-orang Mekah, wahai orang-orang Quraisy , sesungguhnya kamu berada di bawah pertengahan langit”.

    Berdasarkan kajian di atas, bahawa Mekah berada pada tengah-tengah bumi (pusat dunia), maka benar-benar diyakini bahawa Kota Suci Mekah, bukan Greenwich, yang seharusnya dijadikan rujukan waktu dunia.

    Hal ini akan mengakhiri kontroversi yang timbul pada empat dekade yang lalu oleh kalangan Barat.

    Ada banyak perdebatan ilmiah untuk membuktikan bahawa Mekah merupakan wilayah kosong bujur sangkar yang melalui kota suci tersebut. Jika waktu Mekah diterapkan, maka mudah bagi setiap orang mengetahui waktu shalat.

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    5 Replies
    2779 Views
    Last post 28 May, 2009, 04:24:24 PM
    by alfaiz95
    8 Replies
    4549 Views
    Last post 12 August, 2009, 10:16:39 AM
    by cahaya^bulan
    43 Replies
    11468 Views
    Last post 24 January, 2013, 09:44:34 PM
    by keMuNcUpp