Kerajaan Islam Dan Perkembanganya - Page 1

*

Author Topic: Kerajaan Islam Dan Perkembanganya  (Read 10409 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

23 November, 2009, 06:51:25 PM
  • Publish
  • Khulafa ar-Rasyidin
    Khulafa ar-Rasyidin atau Khulafa ar-Rasyidun (jamak kepada Khalifatur Rasyid) bererti wakil-wakil atau khalifah-khalifah yang benar atau lurus. Mereka waris kepimpinan Rasulullah selepas kewafatan baginda Nabi Muhammad s.a.w.. Perlantikan mereka dibuat secara syura iaitu perbincangan para sahabat atau pilihan khalifah sebelum. Selepas pemerintahan ini, kerajaan Islam diganti oleh kerajaan Ummaiyyah. Khulafa ar-Rasydin terdiri daripada empat sahabat:

        * Saidina Abu Bakar, 632-634 M
        * Saidina Umar Al-Khatab, (Umar І) 634-644 M
        * Saidina Uthman Affan, 644-656 M
        * Saidina Ali Abi Talib, 656-661 M

    Selepas kematian Saidina Ali, pemerintahan jatuh kepada Muawiyah yang mengasaskan Kerajaan Bani Ummaiyyah.
    Hassan bin Ali

    Setelah ayahnya, Ali, meletakkan jawatan demi keamanan Muslimin, walaupun pucuk pemerintahan sudah diambil Muawiyah, penyokong Ali telah mengangkat Hassan sebagai khalifah di Iraq tetapi telah digulingkan oleh Muawiyah dalam tahun yand sama. Pilihan ini dirakam sebagai pilihan waris pertama dalam sejarah khalifah kerana tiada persetujuan am diadakan. Muawiyah kemudian memulakan zaman Ummaiyyah, zaman khalifah warisan yang pertama.

    Umar bin Abdul Aziz

    Beliau memang seorang khalifah pada zaman Ummaiyyah dan ternyata bukan antara Khulafa ar-Rasydin. Dikenali sebagai Umar ІІ, beliau juga dikenali sebagai seorang khalifah yang agung kerana menyerupai datuknya, Umar І (Saidina Umar Al-Khatab) dari segi sikap tegas tetapi adil dan kesentosaan yang dibawa kepada wilayahnya semasa wilayah itu sedang kucar-kacir; punca beliau diangkat untuk memerintah. Keagungan beliau menyebabkan beliau dikenali dalam hikayat yang disebarkan luas ke mana-mana Islam disebarkan. Hal ini menyebabkan beliau lebih terkenal daripada Hassan bin Ali dan disalahanggap sebagai antara Khulafa ar-Rasyidin.
    Menghijrahkan Diri Mmg Payah" "Ada Masa Kita Kalah" "Ada Masa Kita Lelah" "Ada Masa Kita Bertuah" "Itulah Namanya MUHAJADAH" "Kerana Ku Tahu Akhirnya Pasti Indah"

    Reply #1 23 November, 2009, 06:55:09 PM
  • Publish
  • Khalifah Abu Bakar as-Siddiq
    Semasa Rasulullah s.a.w. sedang sakit tenat, baginda mengarahkan supaya Saidina Abu Bakar mengimamkan solat orang Islam. Selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w., sebuah majlis yang dihadiri oleh golongan Ansar dan Muhajirin ditubuhkan untuk melantik seorang khalifah bagi memimpin umat Islam. Hasil daripada perjumpaan itu, Saidina Abu Bakar dilantik dan menjadi khalifah pertama umat Islam.

    Perlantikan Saidina Abu Bakar mendapat tentangan daripada beberapa orang yang ingin melantik Saidina Ali Abi Talib sebagai khalifah kerana Saidina Ali antaranya ialah golongan Syiah. Tentangan itu tamat selepas Saidina Ali Abi Talib membaiahkan Saidina Abu Bakar. Antara kejayaan yang diperoleh Saidina Abu Bakar ialah menghapuskan golongan Riddah dan nabi palsu, pengumpulan Al Quran, dan berjaya menawan beberapa kawasan milik Empayar Parsi dan Byzantine.

    Beliau wafat pada tahun 634.
    Khalifah Umar al-Khatab
    Semasa pemerintahan singkat Saidina Abu Bakar, Saidina Umar merupakan penasihat Saidina Abu Bakar. Saidina Abu Bakar mencalonkan Saidina Umar sebagai penggantinya sebelum kematiannya pada tahun 634 masihi. Dengan itu Saidina Umar menjadi khalifah kedua umat Islam.

    Semasa pemerintah Saidina Umar, empayar Islam berkembang dengan pesat; menawan Mesopotamia dan sebahagian kawasan Parsi daripada Empayar Parsi (berjaya menamatkan Empayar Parsi), dan menawan Mesir, Palestin, Syria, Afrika Utara, dan Armenia daripada Byzantine (Rom Timur). Pada tahun 638, selepas pengempungan Baitulmuqaddis yang agak lama, tentera Islam berjaya menakluk kota tersebut.

    Saidina Umar banyak melakukan perubahan terhadap sistem pemerintahan Islam seperti menubuhkan pentadbiran baru di kawasan yang baru ditakluk, memberi upah kepada tentera & membuat jadual giliran bertugas, mewujudkan pejabat pos untuk surat menyurat, menyelaras aliran sungai untuk tujuan penanaman dan melantik panglima-panglima perang yang berkebolehan. Semasa pemerintahannya juga kota Basra dan Kufah dibina.

    Saidina Umar wafat pada tahun 644 selepas dibunuh oleh seorang hamba Parsi yang bernama Abu Lu’lu’ah.
    Khalifah Uthman Affan
    Saidina Uthman menjadi khalifah selepas Saidina Umar Al-Khatab dibunuh pada tahun 644. Beliau memerintah selama dua belas tahun iaitu dari tahun 644 sehingga tahun 656. Antara pembaharuan yang dibuat ialah menubuhkan Angkatan Tentera Laut yang diketuai oleh Muawiyah dan membuat dasar terbuka dalam hubungan politik & urusan dagangan

    Semasa pemerintahannya, keseluruhan Iran, sebahagian daripada Afrika Utara, dan Cyprus menjadi sebahagian daripada empayar Islam.

    Saidina Uthman wafat pada tahun 656 akibat dibunuh oleh pemberontak yang tidak puas hati dengan pemerintahannya.
    Khalifah Ali
    Pada tahun 656 masihi, khalifah ketiga Islam iaitu Saidina Uthman Affan wafat kerana dibunuh di dalam rumahnya sendiri. Segelintir masyarakat kemudiannya mencadangkan Saidina Ali supaya menjadi khalifah tetapi Saidina Ali menolak. Tetapi selepas didesak oleh pengikutnya, beliau akhirnya menerima untuk menjadi khalifah.

    Terjadi dua perang saudara semasa pemerintahan Saidina Ali iaitu Perang Jamal (Perang Unta) antara tentera pimpinan Saidina Ali dengan pengikut Aishah, Zubair & Talhah yang mengakibatkan Zubair & Talhah terkorban sementara Perang Siffin pula membabitkan penentangan Muawiyah yang ketika itu berpusat di Damsyik. Dalam peperangan ini, Ammar ibn Yasir terkorban. Penentangan ini berjaya ditamatkan apabila empayar Islam dipecahkan kepada dua.

    Saidina Ali wafat pada tahun 661 akibat dibunuh ketika beliau hendak bersolat subuh.

    Reply #2 23 November, 2009, 07:06:59 PM
  • Publish
  • KERAJAAN BANI UMAIYAH
    SEJARAH RINGKAS PENUBUHAN KERAJAAN BANI UMAYYAH

     

    ·         Diasaskan oleh muawiyah bin abi sufyan bin harb bin umaiyah

    ·         Memeluk islam ketika pembukaan kota mekah

    ·         Dilantik sebagai gabenor syam pada zaman umar bin al-khattab

    ·         Beliau dipecat ketika ali menjadi khalifah, lantas timbul perasaan tidak puas hati

    ·         Beliau mula menunjukkan penentangan hingga berlaku perang siffin dan majlis tahkim

    ·         Selapas ali dibunuh oleh puak khawarij, muawiyah mengambil alih jawatan khalifah dari hasan bin ali, melalui beberapa syarat :

    -          Muawiyah mesti memerintah berdasarkan al-quran dan sunnah

    -          Sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga nabi muhammad

    -          Pemilihan jawatan khalifah selepasnya hendaklah dibuat secara syura
    SUMBANGAN KERJAAN BANI UMAYYAH TERHADAP TAMADUN ISLAM

     

    ·         KETENTERAAN

    ·         Mengemaskini angkatan tentera dengan corak gerakan tentera parsi

    ·         Membahagikan tentera kerajaan umaiyah kepda 5 pasukan :

    1)                  Pasukan tengah

    2)                  Pasukan sayap kanan

    3)                  Pasukan sayap kiri

    4)                  Pasukan hadapan

    5)                  Pasukan barisan belakang

    ·         Angkatan perang yang ditubuhkan teratur dan dilengkapi dengan peralatan perang moden.

    ·         Angkatan tentera juga terdiri dari

    1)                  Pasukan berkuda

    2)                  Pasukan berkenderaan

    3)                  Pasukan jalan kaki

    ·         Angkatan tentera dilatih untuk menghadapi perang di musim sejuk dan panas

    ·         Pasukan tentera laut ditubuhkan dengan teratur dengan membina 1700 kapal perang serta pengklan tentera laut yang berpusat di Tunisa, syria & iskandariah

    ·         Pada awalnya pemilihan anggota tentera secara suka rela kemudian bertukar menjadi kerahan bagi yang memenuhi syarat

    ·         Diwan al-jund ditubuhkan bagi mentadbir dan mengurus hal ehwal ketenteraan

    ·         Antara tokoh terkemuka ialah Tariq bin Ziyad ( membuka andalus )

    ·         PENDIDIKAN

    -          Khalifah umawi amat mengambil berat perkembangan pendidikan

    -          Khalifah Abd. Malik bin Marwan & Umar Bin Abd. Aziz adalah juga tokoh ulamak dalam bidang al-quran, trafsir, hadis, dan nahu

    -          Kota basrah menjadi pusat penyebaran ilmu ketika itu

    -          Bahasa arab adalah bahasa pengantar utama kerajaan umaiyah

    -          Perkembangan ilmu tidak terhad dalam bidang keagamaan sahaja, malah ilmu sejarah dan geografi telah mula dipelajari

    -          Kegiatan penulisan, pembukuan dan pembinaan perpustakaan giat dijalankan pada zaman ini

    ·         EKONOMI

    -          Ia bergantung kepada pertanian dan perdagangan

    -          Saliran air dibina bagi memajukan kawasan pertanian serta kajian dan penyelidikan dijalankan untuk majukan sektor ini

    -          Jalan dan pelabuhan dibangunkan bagi memajukan sektor perdagangan

    -          Kapal perang khas dibina untuk mengawal laut dan membenteras lanun

    -          Perusahaan kraftangan dijalankan seperti membuat kiswah ka'abah, sutera dll

    -          Pentadbiran baitul mal dikemaskini bagi memantapkan kewangan negara

    -          Hasil negara ketika itu terdiri dari :

    1)                  Kharaj

    2)                  Jizyah

    3)                  Zakat

    4)                  Usyur

    5)                  Fai'e

    6)                  Zakat

    7)                  Ghanimah

     

     

    3.       FAKTOR KEGEMILANGAN KERAJAAN BANI UMAYYAH

     

    ·         Kecekapan dan kebijaksanaan khalifah.

    -          Semua pemberontak dapat ditumpaskan dan mereka bercita-cita tinggi untuk meluaskan islam keseluruh dunia

    ·         Penguasaan ilmu pengetahuan.

    -          Banyak pusat pengajian ditubuhkan serta muncul para cendekiawan, ekoran dari sikap yang ditanam terhadap rakyat iaitu membudayakan ilmu dalam kehidupan

    ·         Ekonomi yang stabil.

    -          Baitul mal mempunyai simpanan yang melebihi keperluan negara. Banyak kemudahan untuk rakyat dapat diberi

    ·         Kekuatan tentera

    -          Semangat untuk mempertahankan negera disamping menyebarkan dakwah islam begitu kuat dalam jiwa setiap tentera umaiyah, hingga dapat meluaskan islam ke India, afrika utara dll

    ·         Hubungan baik antara kerajaan dan rakyat

    -          Khalifah banyak menyediakan keperluan asas yang baik kepada rakyat seperti jalan raya, hospital secara percuma

    ·         Semangat jihad yang tinggi

    -          Rakyat bersungguh-sungguh membuktikan islam sebagai aagama penyelamat umat manusa. Ini mendorong mereka untuk berjihad, mendalami ilmu pengetahuan dan perlbagai jenis kemahiran

     

     

    4.       KEGEMILANGAN PEMERINTAHAN UMAR ABDUL AZIZ

     

    ·         Keturunan umar bin al-khattab dari sebelah ibunya

    ·         Dianggap sebagai khalifah ar-rasyidin kelima kerana sifat, sikap dan pemerintahannya yang mempunyai persamaan degan pemerintahan khulafak ar-rasyidin

    ·         Sifat peribadi : luhur, tawadhuk dan menyayangi rakyat

    ·         Memecat pegawai yang kurang cekap dan telah menghapuskan jizyaz daripada golongan muwali

    ·         Melaksanakan hukuman dengan adil

    ·         Menghapuskan konsep penguasaan wilayah dengan konsep kerajaan islam

    ·         Ekonomi negara dibawah pentadbirannya ditahap paling tinggi dan menumpukan bidang pendidikan untuk rakyat

     

     

    5.       FAKTOR KEJATUHAN KERAJAAN BANI UMAYYAH

     

    ·         Sikap beberapa pemerintah mengabaikan ajaran islam

    ·         Kemewahan hidup yang dikecapi melalaikan pemerintah dengan tugas dn tanggung jawab kepada negara

    ·         Wujud kembali sengat perkauman atau kabaliah seperti di zaman jahiliah

    ·         Rakyat tidak puas hati dengan corak pemerintahan khalifah yang pincang dan berpaling tadah menyokong gerakan abbasiyah

     

     

    6.       PERANAN GENERASI SEKARANG UNTUK MENGEMBALIKAN KEGEMILANGAN KERAJAAN SERTA NEGARA ISLAM

     

    ·         Mengembalikan semula kemajuan dan kegemilangan islam yang pernah dicapai pada masa dahulu

    ·         Menuntut seberapa banyak ilmu pengetahuan agar menjadi pakar dalam sesuatu bidang  demi meninggikan taraf umat islam

    ·         Berusaha menjadi seorang pengurus dan pentadbir yang cekap, baik, bertanggungjawab dan amanah dalam menjalankan tugas

    ·         Mengamalkan konsep syura dan muafakat dalam mengendalikan sesuatu perkara untuk mengelakkan berlakuknya perselisihan faham dan pertelingkahan.

     

    Reply #3 03 July, 2011, 09:39:34 PM
  • Publish
  • Assalammualaikum..
    Saya ingin bertanya kepada sesiapa yang tahu..
    Apakah faktor perkembangan pendidikan pada zaman Umayyah secara detail?
    Dari buku-buku ataw laman web yang lain juga tidak secara menyeluruh.
    sukar untuk saya beri penerangan kepada rakan-rakan saya mengenai faktor ini..
    Ada sesiapa yang dapat bantu saya?

    Reply #4 04 July, 2011, 10:06:36 AM
  • Publish
  • Apakah faktor perkembangan pendidikan pada zaman Umayyah secara detail?


    Faktor perkembangan - tentulah HEBAT
    sebab kehilangan Rasulullah
    sebab kehilangan khalifah  4

    ramai alim ulamak mati

    itulah menjadi faktor
    berkembangnya - penulisan buku dan kitab
    lagipula sebelum tu, Imam mazhab hidup antara selepas 100tahun hijrah

    IMAM ABU HANIFAH (80-150 H / 699-767M)

    IMAM MALIK B ANNAS (93-179 H / 172-258 M)

    IMAM MUHAMMAD B IDRIS ASY SYAFIE AL QURAISYI(150-240 H / 717-820 M)

    IMAM AHMAD B. HAMBAL (164-241 H / 780-855 M)

    sedangkan zaman umayyah - Kerajaan Bani Ummaiyyah ini berkuasa dari tahun 661 masihi sehingga tahun 750 masihi.

    maksudnya zaman muhammad ash shafie
    dan ahmad hambal

    tentulah Faktor mencari kesahihan akibat dari masalah masalah yang menimpa Ummat islam pada zaman tersebut

    imam bukhari - 194Hijrah
    imam muslim -  start 206Hijrah

    zaman Kitab kitab Hadis muktabar
    hadis di bukukan di kitabkan, satelah di sahihkan
    di kutip oleh imam imam tersebut

    besarlah tu sumbangan mereka, dapat lah kita Ilmu yang sebenar, sahih

    semuga dapatlah, menambah pengetahuan ya

    subhanallah

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    2 Replies
    818 Views
    Last post 10 November, 2009, 04:18:26 PM
    by Habiburrahman
    17 Replies
    3635 Views
    Last post 03 December, 2012, 01:54:50 PM
    by jen
    8 Replies
    1218 Views
    Last post 01 February, 2012, 07:14:54 PM
    by nazri0070