SIFAT TAWADUK - Page 1

*

Author Topic: SIFAT TAWADUK  (Read 7600 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

22 November, 2009, 08:07:27 PM
  • Publish
  •  :)
    1. Tawaduk atau merendahkan diri serta bercampur gaul itu,
    tidak menyebabkan kurangnya harga diri jika dibandingkan
    dengan darjat orang yang takbur atau bongkak dengan sebab
    ilmu pengetahuannya atau keagamaannya.

    2- Orang yang berusaha agar dirinya selalu dicintai orang
    lain, atau mengharap dirinya adalah orang yang baik pada
    mata umum. Sebenarnya ia tertipu dengan perasaannya.
    Yang penting hanya keredhaan ALLAH yang wajib diusahakan.

    Tawaduk juga akan melenyapkan sikap berbangga diri, sombong
    dan mementingkan diri sendiri.

    Allah berfirman yang bermaksud:

    Dan janganlah kau memalingkan mukamu (kerana memandang
    rendah) kepada manusia, dan janganlah kau berjalan di bumi
    dengan berlagak sombong, sesungguhnya Allah tidak suka
    kepada orang yang sombong takbur, lagi membangga diri.”
    (Surah Luqman, ayat 18)


    Dalam hal ini Rasulullah SAW memerintahkan supaya umat Islam
    menghiasi diri dengan sifat tawaduk.

    Sabda Baginda SAW :

    Yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah memberi wahyu kepadaku, supaya
    kamu bersifat tawaduk, sehingga tidak ada seseorang sanggup
    menganiaya orang lain dan menunjukkan sikap berbangga diri
    (sombong) kepada orang lain.”
    (Hadis riwayat Muslim)
    Berjihad Fisabilillah...
    Paksalah diri untuk melakukan ibadat...baguss gabuss
    Berilmu...Beramal...kerana ALLAH!
    PERANGI MAKSIATTTT!!!!!ayuhhhh...
    http://jomperahotakk.blogspot.com/
    http://imageshack.us/

    Reply #1 22 November, 2009, 08:22:03 PM
  • Publish
  • Susah nak miliki sifat tawaduk lebih-lebih lagi iman kejap turun kejap naik.Muka orang yang tawaduk akan sentiasa berseri ...bestnyer dapat istiqamah sifat ini.

    Reply #2 22 November, 2009, 11:29:05 PM
  • Publish
  • Dalam perjanjian Hudaibiah surat Rasulullah bertandatangan "Muhammad Rasul Allah"

    Bila orang Quraish membaca surat ini mereka berkata macammana ni...Takkan kami nak mengakui perkataan Muhammad Rasul Allah ni. Maka

    Nabi SAW pun memadam perkataan Rasul Allah dan menggantikan dengan Muhammad sahaja. Nabi SAW menunjukkan sifat Tawadhu' bukan

    sahaja kepada sahabat-sahabatnya malah kepada orang-orang yang memusuhinya sekalipun.
    You'll Never Walk Alone

     Akaun Akhirat Anda No: CIMB 01180004462058 Halaqah Net Services

    Reply #3 04 November, 2010, 07:23:49 AM
  • Publish

  • Tawadhu’ tonjol kesempurnaan Mukmin


    ORANG yang selalu menghiasi diri dengan sifat suka merendah diri atau tawaduk akan menyerlahkan keperibadian yang luhur. Sesungguhnya ia adalah sifat para nabi, sahabat dan orang soleh yang perlu dipraktikkan seluruh umat Islam.

    Mereka yang selalu merendah diri, Rasulullah SAW melihatnya sebagai orang yang memiliki keinsafan tinggi dan kesempurnaan akal serta menonjolkan identiti mukmin yang taat.

    Rasulullah SAW bersabda mafhumnya: “Orang yang cerdik lagi berakal ialah orang yang merendahkan dirinya (dengan sifat tawaduk), di samping menghisabkannya dan beramal untuk selepas mati. Sedangkan orang yang lemah, ialah orang yang mengikut nafsunya dan bercita-cita kepada Allah beberapa cita-cita (angan-angan).” (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Ibn Majah)

    Kita harus sedar, merendah diri adalah tuntutan agama. Oleh itu, menjadi kewajipan semua mukmin memiliki dan mengamalkannya tanpa mengira tempat atau keadaan sepanjang langkah hayatnya.

    Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah mewahyukan kepadaku supaya bertawaduk, sehingga tidak ada seorangpun yang menyombong dirinya terhadap orang lain dan tidak ada seorangpun yang menganiaya terhadap orang lain.” (Hadis riwayat Muslim)

    Kesedaran mengenai amalan merendah diri perlu dipupuk dengan sungguh-sungguh dalam kalangan umat Islam atas dasar keimanan kerana seorang yang tawaduk selalu menghargai dan menghormati orang lain yang akhirnya mampu menarik kecintaan mereka.

    Sifat tawaduk juga memungkinkan kita mudah digauli dan mendapat pertolongan saat-saat berdepan kesulitan. Hal ini menggambarkan jiwa yang subur dengan ketulusan dalam segenap tindakan dan amalan dilakukan sekali gus terhindar daripada perbuatan suka menunjuk-nunjuk atau takbur
    .

    Jika diperhatikan penjelasan Rasulullah SAW, ternyata merendah diri sama sekali tidak menjadikan seseorang itu hina bahkan diangkat oleh Allah SWT di tempat yang tinggi seperti mana maksud hadis: “Tidak akan berkurang harta yang disedekahkan dan Allah tidak akan menambah bagi seorang hamba yang pemaaf melainkan kemuliaan dan tidaklah seseorang merendahkan diri kerana Allah melainkan akan Allah angkat darjatnya.” (Hadis riwayat Muslim)

    Namun masih ada segelintir masyarakat yang belum faham maksud tawaduk sehingga menjadi gambaran dan ukuran mereka ialah gaya berjalan yang perlahan tidak bermaya atau tidak mahu berhias dengan mengenakan pakaian yang bagus.

    Padahal, konsep tawaduk mengikut agama bukanlah sesempit itu. Apa yang dijelaskan agama ialah tunduk patuh kepada kebenaran dan menerima kebenaran itu. Seperti pernah disuarakan Ibn Atha’, tawaduk adalah orang yang menerima (dengan lapang dada) dan mengakui kebenaran daripada orang lain.

    Fudhail bin Iyadh pula menambah: “Rendah hati untuk kebenaran, menyelamatkan diri untuk kebenaran, dan menerima kebenaran dari orang lain. Sebaliknya, orang yang menolak kebenaran dengan apapun alasannya adalah suatu bentuk kesombongan.”

    Syeikh Ahmad Ibn ‘Athaillah dalam kitab Al-Hikam berkata, orang yang tawaduk tidak marah apabila dicaci atau diejek, tidak benci apabila dituduh sombong, tidak tamak dengan harta atau pangkat dan tidak pernah berasa dirinya termasuk orang yang disegani setiap orang.
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    46 Replies
    14718 Views
    Last post 15 June, 2011, 11:35:53 PM
    by nadmah
    9 Replies
    4474 Views
    Last post 15 August, 2009, 03:06:25 PM
    by Saya Hamba
    35 Replies
    7868 Views
    Last post 22 July, 2011, 11:03:57 AM
    by Ad-Dien