Tempat-tempat menarik di KEDAH

Author Topic: Tempat-tempat menarik di KEDAH  (Read 50156 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

fayah_89

  • *
  • Posts: 446
    • View Profile
Jawab #20 22 November, 2009, 07:24:12 PM
  • Publish Di FB
  • Hutan Simpan Ulu Muda

    Hutan Simpan Ulu Muda merangkumi kawasan seluas 100,000 hektar di sekitar kawasan hutan Ulu Muda.

    Hutan simpan ini kaya dengan hidupan flora dan fauna, dengan lebih 100 spesies mamalia dan 50 spesies reptilia.

    Hutan hujan tropika ini juga menempatkan kawasan penempatan air yang menjadi tumpuan hidupan liar, yang turut menyeberangi kawasan hutan di Thailand.

    Salah satu pengalaman menarik di sini ialah kembara di hutan Ulu Muda. Terdapat juga kawasan perkhemahan, atau boleh juga berkunjung ke kawasan ini menggunakan bot.

    Jadikan pengalaman berkunjung ke hutan simpan Ulu Muda suatu yang sukar dilupakan!
    Menghijrahkan Diri Mmg Payah" "Ada Masa Kita Kalah" "Ada Masa Kita Lelah" "Ada Masa Kita Bertuah" "Itulah Namanya MUHAJADAH" "Kerana Ku Tahu Akhirnya Pasti Indah"

    fayah_89

    • *
    • Posts: 446
      • View Profile
    Jawab #21 22 November, 2009, 07:58:55 PM
  • Publish Di FB
  • Kolam Air Panas Ulu Legong

    Terdapat lima kolam air panas semulajadi di lokasi ini. Ulu Legong juga terletak dekat dengan perkampungan orang asli.

    Baling terletak di selatan Kedah, dan tempat ini menjadi tarikan bagi mereka yang menggemar untuk mencuba terapi kolam air panas.

    Terletak 22km dari Baling, tempat ini sesuai untuk pengunjung pelbagai lapisan umur, terutamanya apabila suhu menurun pada malam hari.

    Ada juga yang berkunjung ke sini untuk mendapatkan rawatan terapi bagi pelbagai jenis sakit. Mereka merendamkan diri dalam kolam air dengan kandungan sulfur yang tinggi ini.

    Suhu air antara 30 °C dan 60°C, dengan kandungan sulfur yang tinggi di kolam air panas tersebut menjadikan ia tempat yang sering dikunjungi orang ramai.

    fayah_89

    • *
    • Posts: 446
      • View Profile
    Jawab #22 22 November, 2009, 08:08:33 PM
  • Publish Di FB
  • Menyusuri Sungai Kilim

    Bagi penggemar keunikan alam semulajadi, Langkawi menawarkan pelbagai pengalaman termasuk menyusuri Sungai Kilim untuk melihat keindahan hutan paya bakau dan Langkawi Geoforest Park.

    Terletak di kawasan seluas 100 km persegi, Sungai Kilim mempunyai kawasan paya bakau, pantai dan juga teluk. Di sepanjang laluan ini, anda dapat melihat sendiri ekosistem yang pelbagai.

    Beberapa pakej khas turut disediakan bagi mereka yang ingin melihat sungai ini. Ada aktiviti memberikan makanan kepada burung helang, selain kawasan Sungai Kilim menjadi kawasan persinggahan burung pada September dan Mac.

    Setelah lawatan ini, bot akan bergerak menuju ke arah Laut Andaman, dan anda akan melihat kawasan “The Hole in the Wall”. Ini adalah kawasan laluan terkenal kawasan batu kapur yang melalui sungai dan menuju ke laut.

    Laluan sempit ini menjadi kawasan baik untuk kapal berlabuh. Terdapat juga kawasan perikanan, dan kita dapat lihat hidupan marin yang pelbagai.

    Anda juga boleh menikmati jamuan makanan laut di restoran terapung di kawasan ini yang turut menternak pelbagai jenis hidupan laut.

    stonez145

    • *
    • Posts: 453
    • Hope
      • View Profile
    Jawab #23 22 November, 2009, 08:11:43 PM
  • Publish Di FB
  • jangan lupa lembah bujang...
    dan langkawi la...
    di langkawi,tempat wajib pegi ialah dataran lang, taman lagenda, galeria perdana(mahadthir), underwater world, cable car, bird paradise, dan pastinya  makam mahsuri...jangan lupa island hopping(melawat pulau2 di langkawi)..

    fayah_89

    • *
    • Posts: 446
      • View Profile
    Jawab #24 22 November, 2009, 08:14:45 PM
  • Publish Di FB
  • Tree Top Walk Sungai Sedim

    Tree Top Walk sepanjang 950 meter di Taman Rekreasi Sungai Sedim ini merupakan titian terpanjang di dunia.

    Pelancong dari dalam dan luar negara datang ke destinasi semulajadi yang sunyi dari hiruk pikuk kota untuk menikmati pemandangan flora dan fauna yang terdapat di sepanjang titian kanopi ini.

    Pelancong berpeluang melihat pemandangan hutan hujan yang tua ini dari perspektif yang amat berlainan ketika menyusuri Tree Top Walk ini.

    Pelancong boleh melihat pemandangan sungai yang mengalir deras dan jenis-jenis tumbuhan dan hidupan liar yang sungguh menawan - kesemuanya dari ketinggian 50 m dari tanah.

    fayah_89

    • *
    • Posts: 446
      • View Profile
    Jawab #25 22 November, 2009, 08:23:54 PM
  • Publish Di FB
  • Pulau Beras Basah

    Pulau Beras Basah terletak di kawasan yang kaya dengan flora dan fauna dan anda boleh berkunjung ke pulau ini, selain Pulau Singa Besar dan Pulau Dayang Bunting dengan menggunakan perkhidmatan bot yang disediakan di Jeti Pelancongan di Pekan Kuah atau Pantai Cenang.

    Pulau ini menjadi tempat pilihan ramai untuk mandi-manda dan bersantai. Ia mempunyai kawasan pantai yang putih, dan juga mempunyai ekosistem yang pelbagai sesuai untuk mereka yang inginkan kelainan.

    fayah_89

    • *
    • Posts: 446
      • View Profile
    Jawab #26 22 November, 2009, 08:25:48 PM
  • Publish Di FB
  • Tasik Pedu

       Tasik Pedu terletak di daerah Padang Terap, lebih kurang 90 km dari Alor Setar. Anda boleh sampai ke tempat ini melalui jalan darat.
       Tasik Pedu merupakan destinasi percutian yang baru bagi negeri Kedah. Terdapat beberapa aktiviti air disini seperti memancing, jet ski dan menaiki bot. Persekitaran kawasan Tasik Pedu juga menyediakan satu suasana yang menceriakan bagi pencinta hidupan liar. Di sini juga terdapat beberapa tempat penginapan yang menawarkan pakej kembali ke alam semulajadi, mengelilingi hutan tropika, flora dan fauna. Para pelawat juga boleh mencari dan melihat sendiri bagaimana lebah hutan gergasi mengumpul madu.
        Dalam perjalanan ke Tasik Pedu, anda akan melalui beberapa pekan-pekan kecil, pemandangan yang cukup indah dengan kehijauan hutan hujan tropika.

    fayah_89

    • *
    • Posts: 446
      • View Profile
    Jawab #27 22 November, 2009, 08:33:24 PM
  • Publish Di FB
  • Gunung Keriang
     Ada mitos yang mengatakan gunung ini asalnya sebuah kapal yang disumpah menjadi batu oleh Sang Gedembai kerana hajatnya untuk mengahwini puteri yang berada di dalam kapal itu tidak dipenuhi .Di dalam gua ini pula dikatakan mempunyai pinggan mangkuk yang dipercayai dibawa oleh kapal tersebut. Masyarakat yang mendiami kawasan ini ketika dahulu pernah meminjam mangkuk berkenaan untuk majlis kenduri. Kini, Mitos tersebut telah menjadi salah satu daya tarikan pelancong untuk datang ke  sini.
    Gunung yang dimaksudkan ialah Gunung Keriang yang terletak kira-kira 7 km dari bandar Alor Star, ia adalah destinasi yang harus kita kunjungi kerana kaya dengan keindahan alam ciptaan tuhan. Taman rekreasi yang indah di sini sesuai kepada mereka yang ingin merehatkan diri setelah penat bekerja. Kemudahan seperti tempat meletak kenderaan,  tandas awam dan taman permainan ada disediakan di sini. Ia juga sesuai sekiranya kita datang untuk bersenam.
    Selain itu, Gunung Keriang juga kaya dengan batu kapur atau batu bunga ( kristal ) . Batu ini dicari di dalam gua-gua yang terdapat di sini oleh penduduk tempatan dan luar . Sekiranya kita ingin mendapatkan batu ini, kita boleh membelinya dari peniaga yang menjualnya di sekitar taman rekreasi ini. Pada masa sekarang, pencarian batu ini tidak dibenarkan lagi dan dengar khabar di sekitar Gunung Keriang ini akan dibangunkan menjadi sebuah tempat perlancongan bertaraf lebih tinggi.
    Yang pastinya, kunjungan kita ke sini pasti akan memberikan ilham dan ketenangan betapa pentingnya kita perlu terus menjaga keindahan alam ini.

    fayah_89

    • *
    • Posts: 446
      • View Profile
    Jawab #28 22 November, 2009, 08:47:05 PM
  • Publish Di FB
  • Hutan Lipur Puncak Janing
    terletak dalam Hutan Simpan Bukit Perangin yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Pamah. Keunikan hutan lipur ini diserikan dengan 4 peringkat air terjun sederhana yang menarik dengan batu-batan yang terhampar serta kehijauan alam sekitar dari pohon-pohon semulajadi. Hutan Lipur ini terdapat pelbagai flora dan fauna dari Hutan Dipterokarp Pamah. Tumbuhan yang utama di kawasan ini ialah Kasai, Tulang daing, Meranti tembaga serta Palma.
    Aktiviti yang boleh dijalankan adalah seperti mandi-manda, berkelah, bersiar-siar, mendaki gunung, , berkhemah, trekking berjogging dan melihat hidupan liar. Kemudahan yang disediakan ialah dewan dan surau serta padang disediakan untuk aktiviti berkumpulan.

    Terdapat denai hutan yang boleh menghubungi hutan lipur ini dengan Hutan Lipur Bukit Wang.
    Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau teksi dari Pekan Kuala Nerang.

    Terletak 14 km dari Pekan Kuala Nerang, 50 km dari Bandar Alor Setar, Kedah. Boleh dihubungi melalui jalanraya.

    fayah_89

    • *
    • Posts: 446
      • View Profile
    Jawab #29 23 November, 2009, 10:13:45 AM
  • Publish Di FB
  • Taman Rekreasi Bukit Wang
    Kedah mempunyai banyak tempat menarik untuk dikunjungi. Taman Rekreasi Bukit Wang (TRBW), kira-kira 40 kilometer (km) dari Bandar Alor Star dan berhampiran pekan Changlun, sudah lama menjadi destinasi percutian hujung minggu.

    Istimewanya, taman ini memiliki kawasan mandi yang panjang iaitu kira-kira satu kilometer (km) dan sesuai untuk semua peringkat umur.

    Meskipun tidak memiliki air terjun yang tinggi, ia tetap menjadi pilihan kerana persekitaran yang masih terpelihara.

    Bagi remaja yang mahir berenang, mereka boleh lakukan aksi terjun tiruk di tebing setinggi kira-kira lima meter.

    Pengunjung dewasa boleh mandi di kawasan yang agak dalam, sekali gus mengembalikan nostalgia zaman kanak-kanak mereka.

    TRBW juga sesuai dijadikan tempat barbeku. Malah, ia sering menjadi tumpuan pasukan berunifom sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) di Kedah untuk melakukan aktiviti perkhemahan selain datang bersama keluarga.

    Selepas penat mandi-manda, pengunjung boleh beristirahat untuk mengeringkan badan di atas batu di hutan lipur itu sebelum terjun semula ke dalam air.

    Malah, ada pengunjung yang terlalu penat tertidur di atas batu besar kerana dibuai alunan deruan air dan kicauan burung.

    Bagi penggemar aktiviti lasak, mereka boleh melakukan aktiviti meredah hutan dan memanjat bukit atau berjoging di laluan masuk ke kawasan perkelahan itu sambil melihat pelbagai jenis spesies tumbuhan hutan seperti pokok rumbia dan periuk kera.

    Selepas penat bergembira mandi-manda, pengunjung boleh menikmati pelbagai hidangan makanan yang dijual di kafe berhampiran pintu masuk TRBW.



    >Info

    >Antara kemudahan asas di daerah Kuala Nerang itu termasuk tandas dan tempat persalinan. Ada juga beberapa pondok yang didirikan di kawasan taman itu sebagai tempat berehat selepas mereka penat mandi-manda.

    >Bagaimanapun, orang ramai dinasihatkan tidak mandi di kawasan jeram yang dalam. Harus diingatkan keselamatan pengunjung adalah tanggungjawab mereka sendiri. Selain itu, mereka juga dilarang membuang sampah merata-rata.

    >Selepas penat bergembira mandi-manda, pengunjung boleh menikmati pelbagai hidangan makanan yang dijual di kafe berhampiran pintu masuk TRBW.

    fayah_89

    • *
    • Posts: 446
      • View Profile
    Jawab #30 23 November, 2009, 01:16:36 PM
  • Publish Di FB
  • Hutan Lipur Seri Perigi      

    Hutan Lipur Seri Perigi terletak dalam Hutan Simpan Gunung Jerai yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Pamah. Hutan jenis ini kaya dengan pelbagai flora dan fauna. Hutan lipur ini mempunyai air terjun yang tertinggi di Negeri Kedah iaitu melebihi dari 100 meter. Air terjunnya boleh kelihatan dari jalan raya Guar Chempedak ke Yan Kecil. Terdapat batu dinding yang sesuai untuk aktiviti lasak dan mencabar.

    Berbagai aktiviti boleh dijalankan di sini seperti mandi-manda, berkelah, berkhemah dan trekking bersiar-siar, mendaki gunung serta melihat hidupan liar yang terdapat di kawasan ini.

    Terdapat denai hutan yang boleh menghubungi hutan lipur ini dengan Hutan Lipur Bukit Wang.

    Perjalanan ke hutan lipur ini amat mempersonakan dengan pemandangan sawah padi, perkampungan tradisional Melayu dan dusun buah-buahan. Tumbuhan utama boleh ditemui ialah Meranti melantai, Meranti langgong, Meranti tembaga dan palma.

    fayah_89

    • *
    • Posts: 446
      • View Profile
    Jawab #31 23 November, 2009, 01:28:10 PM
  • Publish Di FB
  • Serendah Sikebun Bunga

    Serendah Sikebun Bunga teletak agak jauh ke dalam dan ia bukan suatu yang menghairankan kerana daerah Sik sendiri dianggap sebagai daerah pedalaman.Chepir terletak kira-kira 15 kilometer dari pekan Sik atau 70 kilometer dari ibu negeri Kedah Darul Aman, Alor Setar.
    Bagaimanapun daerah pedalaman itulah yang menjadikan Serendah Sikebun Bunga sebagai sebuah tempat istimewa khususnya bagi mereka yang mencintai alam sekitar dan mahu menikmati suasana kampung.Keistimewaan Serendah Sikebun Bunga dapat dirasai apabila pengunjung tiba di persimpangan masuk pusat peranginan itu. Untuk masuk ke Serendah Sikebun Bunga, para pengunjung terpaksa melalui lorong kecil sejauh 50 meter sebelum tiba di pintu masuknya.Kiri kanan lorong kecil itu merupakan sawah padi.
    Sebelum masuk ke Serendah Sikebun Bunga, pengunjung perlu melintasi jambatan kayu yang merentangi Sungai Sik.Walaupun lebarnya tidak seberapa tetapi dalamnya yang mencapai paras pinggang sudah cukup untuk bermandi-manda di dalam sungai yang jernih lagi sejuk airnya itu.Sesuai dengan namanya, Serendah Si Kebun Bunga dipenuhi dengan pelbagai pokok bunga yang merupakan sentuhan pemiliknya iaitu mantan wakil rakyat dan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) kawasan Jener dan Siki, Dato' Dr. Wan Azmi Ariffin yang begitu rajin menanam dan menjaga pokok tersebut.Bagi pengunjung yang pertama kali tiba di Chepir, mereka tentunya menyangka pusat pelancongan itu agak terhad bilik penginapannya kerana yang kelihatan hanyalah dua bangunan calet, sebuah madrasah dan sebuah rumah kayu.
    Sebenarnya, terdapat beberapa calet lagi yang terletak di lereng bukit tetapi terlindung dengan pokok-pokok hutan dan buah-buahan.Rumah kayu itu pula adalah rumah rehat pemilik pusat pelancongan tersebut. Ia juga dijadikan pusat operasi menguruskan pendaftaran pengunjung.Bangunan madrasah selain menjadi tempat untuk beribadat, di bahagian bawahnya boleh dijadikan bilik persidangan yang boleh memuatkan kira-kira 80 orang.
    Serendah Sikebun Bunga yang mempunyai 15 buah bilik termasuk dua buah asrama boleh menampung kira-kira 60 orang pada satu masa. Kadar bayaran penginapan ialah antara RM40 hingga RM200. Selain bilik penginapan, pusat pelancongan itu juga mempunyai sebuah balai yang sesuai diadakan majlis ceramah.Tidak hairanlah banyak agensi kerajaan dan syarikat swasta memilih Serendah Sikebun Bunga untuk mengadakan kursus motivasi bagi kakitangan mereka.
    Serendah Sikebun Bunga terletak kira-kira enam kilometer dari Lata Mengkuang. Lata Mengkuang terkenal sebagai kawasan berkelah.Alang-alang sudah sampai ke Sik, pengunjung juga boleh singgah menikmati air panas semula jadi di Air Panas Hulu Legong yang dibuka 24 jam kepada orang ramai.
    Walaupun terletak di daerah Baling tetapi perjalanan-nya dari Serendah Sikebun Bunga jika menaiki kereta hanya mengambil masa kira-kira 20 minit.Selain itu pengunjung boleh berkelah di Lata Bukit Hijau, Lata Bayu dan juga Serendah Sikebun Bunga.Serendah Sikebun Bunga walaupun terletak jauh ke dalam tetapi mudah dicari lokasinya kerana terdapat banyak papan tanda memberi kedudukannya sama ada sebelum atau selepas pekan Sik.

    ana saifudeenah

    • *
    • Posts: 25
      • View Profile
    Jawab #32 23 November, 2009, 02:50:36 PM
  • Publish Di FB
  • nak tanya???
    boleh senaraikan tempat-tempat untuk camp di KEDAH
    masih tercari-cari
    untuk menggapai kebenaran
    supaya mardhatillah

    fayah_89

    • *
    • Posts: 446
      • View Profile
    Jawab #33 23 November, 2009, 04:54:16 PM
  • Publish Di FB
  •  Pendang Lake Resort
               RAMAIyang tidak menyedari selain Langkawi, bumi negeri jelapang padi atauKedah mempunyai banyak destinasi percutian untuk pelancong yangmerindui ketenangan dan suasana kampung berlatarkan panorama sawahpadi, suara nyanyian cengkerik serta unggas.

    Pendang Lake Resort yang dibangunkan pada September 2004adalah antara destinasi percutian yang dimaksudkan itu. Ia menyediakanpelbagai kemudahan bagi pencinta sukan air seperti berkayak, jet skidan bot kawalan jauh manakala ikan patin, tilipia, haruan sertapelbagai jenis ikan air tawar setia menunggu kehadiran kaki pancing.

    Bukan itu saja, jika anda impikan latihan lasak ala tentera,Pendang Lake Resort turut menyediakan kemudahan elemen latihan daratmerangkumi sirkit rempuh yang menggunakan modul Program Latihan KhidmatNegara (PLKN) terutama bagi peserta kursus seperti kem bina semangatdan kursus motivasi diri bagi pelajar sekolah.
           
         Terletak 25 kilometer dari bandaraya Alor Stardan kurang satu kilometer dari pekan Pendang, tasik buatan yangmempunyai keluasan 12 hektar ini boleh dijadikan kawasan riadah bersamakeluarga kerana di kelilingi beberapa pondok rehat.

    Pendang Lake Resort yang dulunya dikenali sebagai Rumah RehatPendang juga bakal dibangunkan menjadi destinasi pelancongan sukan airterkemuka di Kedah selaras sambutan Tahun Melawat Kedah 2008 bulandepan.

    Malah, pelbagai aktiviti menarik dianjurkan di siniantaranya, Pesta Memancing sempena bulan kemerdekaan yang diadakan padaOgos setiap tahun dan penganjuran Cabaran Jet Ski yang diadakan padaMei lalu yang turut disertai peserta dari Korea, Jepun, Thailand danChina.



    Pengarah Pendang Lake Resort, Hashim Abd Rahim, berkata kawasan inijuga menyediakan kemudahan untuk peserta kursus seperti dewan, biliktutorial, bilik mesyuarat, padang bola sepak dan bola jaring sertafasiliti asrama untuk pelajar.

    Beliau berkata, kawasan ini yang mula beroperasi sepenuhnyapada Januari tahun lalu, menjadi destinasi pilihan pelancong asingterutama dari Jepun, Timur Tengah dan Thailand.

    "Suasana ala kampung menjadi turut menjadi daya tarikankerana ia terletak berhampiran kawasan sawah padi di beberapa kampungberhampiran, selain di kelilingi pepohon menghijau yang menyejukkanpandangan.

    "Kami menyediakan sebanyak 52 bilik pelbagai kategoriseperti superior, deluxe dan junior suite berharga antara RM120 danRM250 yang pastinya memberi keselesaan kepada pelancong untukmerehatkan minda selepas penat bekerja," katanya.
                                 

                            Beliau berkata, pengunjung yang bermalam di sini akan berpeluangmemancing ikan dan berkayak tanpa dikenakan sebarang bayaran. Malah,pengunjung mempunyai pilihan jika mahukan percutian yang lebih mencabarmereka boleh memilih untuk berkhemah di tapak yang disediakan dengankadar bayaran serendah RM20.

    "Panorama malam di tasik buatan yang mempunyai kedalamankira-kira tujuh meter ini lebih menarik kerana kawasan sekitarbermandikan cahaya lampu selain hiburan malam seperti karaoke turutdisediakan buat pengunjung," katanya.

    Menariknya, tasik buatan ini tidak pernah kering walaupunketika musim kemarau selain hidupan air yang ditangkap boleh dijadikansantapan barbeku yang boleh menambah keseronokan percutian anda.

    Malah, kawasan ini juga akan dinaiktaraf bermula tahun depanapabila pengurusan bercadang membina restoran terapung di tengah tasikselain pelayan restoran akan menggunakan bot untuk menghantar danmengambil pesanan.

    Lokasinya yang berhampiran kawasan kampung, membolehkanpengunjung menikmati masakan ala kampung seperti kerabu daging, masakgulai kambing, sambal belacan, masak lemak ikan haruan dan ulam-ulamansegar di beberapa restoran ala kampung berdekatan pekan Pendang.

    fayah_89

    • *
    • Posts: 446
      • View Profile
    Jawab #34 26 November, 2009, 04:18:22 PM
  • Publish Di FB
  • TASIK DAYANG BUNTING
    Hutan Lipur Tasik Dayang Bunting ini terletak Hutan Simpan Pulau Dayang Bunting, Langkawi yang mempunyai jenis Hutan Bukit Bukit Pantai. Keunikan kawasan hutan lipur ini terdapat sebuah tasik air tawar semulajadi seluas 10 hektar. Kawasan tasik ini adalah bersebelahan dengan laut yang dipisahkan oleh batu berdinding selebar 10 meter. Kawasan hutan lipur ini mendapat nama dari Tasik Dayang Bunting yang terdapat di pulau ini. Tasik lagenda ini mempunyai mitos yang tersendiri.

    Beberapa kemudahan seperti wakaf, menara padang dan kemudahan kedai cenderahati terdapat di kawasan hutan lipur ini. Berbagai aktiviti boleh dijalankan disini seperti berkayak, perahu kayuh, mandi-manda, berkelah, berkhemah, trekking dan jogging. Disamping itu pengunjung boleh bersiar-siar mendaki gunung dan melihat hidupan liar dan "arboretum" yang terdapat disini.

    fayah_89

    • *
    • Posts: 446
      • View Profile
    Jawab #35 26 November, 2009, 04:24:15 PM
  • Publish Di FB
  • GUA CHERITA
    Hutan Lipur Gua Cerita, Langkawi terletak di Hutan Simpan Gua Cerita terdapat pelbagai flora dan fauna dari Hutan Bukit Pantai. Keunikan hutan lipur ini terdapat sebuah gua yang mempunyai legenda terdiri iaitu kononnya burung garuda menjadikan gua ini sebagai tempat bersembunyi Tuan Puteri Maharaja China dalam Hikayat Merong Mahawangsa.

    Di dalam gua ini terdapat sebuah batu seolah-olah tuan puteri sedang beradu yang dikaitkan dengan hikayat tersebut. Disamping itu keunikan dirian dinding dari batu kapur memberikan pemandangan yang menarik. Kawasan pantai berhampiran gua ini juga sesuai untuk aktiviti memancing.

    fayah_89

    • *
    • Posts: 446
      • View Profile
    Jawab #36 26 November, 2009, 04:28:44 PM
  • Publish Di FB
  • DURIAN PERANGIN
    Hutan Lipur Durian Perangin terletak dalam Hutan Simpan Gunung Raya, Langkawi Lokasi hutan lipur ini disempadani oleh beberapa kawasan perkampung dengan dusun buahbuahan milik penduduk tempatan. Tarikan sungai perangin yang mempunyai 14 peringkat air terjun dan batu-batanya yang unik. Ianya sesuai untuk berkelah, berehat dan berekreasi.

    Tumbuhan utama dikawasan ini ialah Rengas, Merpauh Periang, Melunak, Meranti Temak, Meranti Jerit, Rotan dan Palma. Terdapat denai hutan ke Puncak Gunung Raya dan ke Hutan Lipur Lubuk Sembilang.

    fayah_89

    • *
    • Posts: 446
      • View Profile
    Jawab #37 26 November, 2009, 05:01:49 PM
  • Publish Di FB
  • TUPAH
    Hutan Lipur Tupah berada dalam Hutan Simpan Gunung Jerai yang menpunyai jenis Hutan Dipterokarp Pamah pada ketinggian 100 - 200 meter pada aras laut. Keunikan hutan ini ialah kaya dengan kepelbagaian fl ora dan fauna.

    Sungai Tupah yang mengalir dari puncak Gunung Jerai sepanjang 2 km sesuai untuk aktiviti mandi-manda, berkelah, beristirahat dan aktiviti berkumpulan.

    Terdapat denai hutan sepanjang 10 km menuju ke Muzium Arkeologi Lembah Bujang.

    Hutan Lipur Tupah ini berhampiran dengan kawasan Hutan Simpan Hutan Dara dan tumbuhan utama yang terdapat disini adalah seperti Meranti Tembaga, meranti Sarang Punai dan Keruing. Terdapat juga tumbuhan lain seperti Simpoh dan Sepetir. Bagi mereka yang gemar aktiviti lasak batu dinding di kawasan ini sesuai untuk aktiviti mendaki secara lasak dan mencabar. bagi mereka yang tabah bolehlah mendaki hingga ke Puncak Gunung Jerai.
    Berbagai aktiviti boleh dijalankan disini seperti mandi-manda, berkelah berkhemah, jogging, trekking, bersiar-siar dan mendaki gunung serta melihat hidupan liar yang terdapat di kawasan ini.

    solehah

    • *
    • Posts: 204
      • View Profile
    Jawab #38 26 November, 2009, 11:17:49 PM
  • Publish Di FB
  • salam...wah menarik tu dik fayah...
    emm.. cuti sekolah ni akak baru bercadang dgn keluarga dan anak-anak nak bercuti di malaysia....
    agak menarik....
    syukran dik fayah...
    kalo ade tempat menarik lagi...rajin2 le bagitau akak ye...

    Asmanurhusna

    • *
    • Posts: 112
      • View Profile
    Jawab #39 26 November, 2009, 11:26:14 PM
  • Publish Di FB
  • Lirik : Jinbara - Cinta Pantai Merdeka

    Telah bertahun lama
    Tenggelam arus masa
    Didalam ingatanku
    Masih segar terasa

    Terkadang aku sama
    Mengancur bunga cinta
    Keadaan aku memaksa
    Kita terpisah jua

    Andainya aku berdaya
    Kan kucoretkan untukmu
    Sebagai kenangan kita
    Kan ku buktikan untukmu
    Akan aku buktikan

    ( korus )
    Kuukir namamu
    Di awang Gunung Jerai
    Disaksikan laut daun nyiur melambai
    Jauh pandangan permai
    Disitu tanjung dawai terkenang peristiwa
    Cinta kita terurai

    Oh! indahnya… peristiwa…
    Cinta kita di Pantai Merdeka…
    Oh… oh…

    ( 1 )
    Masih ingatkah oh kekasih
    Biarpun kini kau di mana
    Namun dengarlah lagu ini
    Cinta kita di Pantai Merdeka
    [/b]

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    32 Replies
    31393 Views
    Last post 31 August, 2012, 12:30:38 PM
    by Nurul Nawar
    24 Replies
    26276 Views
    Last post 06 October, 2012, 05:40:30 PM
    by Sejadah_Usang
    20 Replies
    12328 Views
    Last post 06 October, 2012, 05:35:08 PM
    by Sejadah_Usang