Tempat-tempat menarik di KEDAH

*

Author Topic: Tempat-tempat menarik di KEDAH  (Read 54909 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

22 November, 2009, 12:20:43 AM
  • Publish
  • Gunung Jerai menjanjikan lokasi percutian menarik dengan keindahan bunga, deruan air terjun dan persekitaran nyaman

    JIKA anda ingin menikmati kelainan termasuk melihat bunga mangkuk beruk dan bunga kembang tiga bulan serta menghirup udara segar, bertandanglah bersama keluarga ke puncak Gunung Jerai, destinasi peranginan terkenal di Kedah.

    Sambil mata menikmati keindahan alam semula jadi, telinga anda akan dijamu pelbagai bunyi unggas dan serangga hutan serta kicauan merdu sang burung yang girang hidup di hutan rimba.

    Gunung Jerai di daerah Yan, Kedah adalah gunung tertinggi di utara Semenanjung. Di puncak gunung itu pelbagai kemudahan disediakan oleh Kedah Resort Sdn Bhd, termasuk 30 unit chalet dan bilik penginapan dengan bayaran antara RM40 dan RM110 semalam.

    Persekitaran kawasan chalet seluas kira-kira empat hektar itu dihiasi dengan landskap menarik dan diserikan pelbagai bunga berwarna warni, manakala mereka yang gemar mandi air terjun pula boleh menikmati kedinginan anak sungai yang melimpah dari puncak gunung itu.

    Chalet yang diperbuat daripada kayu dengan reka bentuk kolonial pernah dijadikan rumah rehat ketika pemerintahan British dulu, kini menjadi tarikan bagi mereka yang meminati seni bina berkenaan. Pengunjung dapat berehat menenangkan fikiran sambil menghirup udara gunung yang tidak tercemar sambil melihat keindahan kawasan sawah padi yang terbentang luas saujana mata memandang dari aras yang tinggi itu
    ika cuaca cerah dan tidak berawan, pengunjung yang bangun awal berpeluang menikmati keindahan pagi apabila sang suria menampakkan wajahnya, manakala pada waktu senja pula, pandangan pastinya tertumpu di ufuk barat untuk melihat mentari terbenam.

    Selain itu, bagi pengunjung yang gemarkan aktiviti lasak, mereka boleh meredah hutan melalui denai yang ada sambil menikmati keindahan dan keunikan flora dan fauna hutan tropika di tanah tinggi itu.

    Alangkah seronoknya berjalan di bawah payungan pokok hutan yang rimbun. Pastinya kepenatan tidak terasa kerana suasana di situ sentiasa dingin dan udaranya nyaman.

    Sambil mata menikmati keindahan alam semula jadi, telinga pula dijamu dengan pelbagai bunyi serangga hutan serta kicauan merdu sang unggas yang girang hidup di hutan rimba.

    Kordinator Peranginan Gunung Jerai, Md Zaki Mohd Isa berkata, antara bunga yang kerap menjadi daya tarikan pengunjung di situ ialah bunga kembang tiga bulan yang warnanya bertukar setiap bulan iaitu putih, unggu dan kemerah-merahan.
    Bunga kembang tiga bulan hanya terdapat di Gunung Jerai dan inilah keistimewaan pusat peranginan ini.

    "Bunga ini tahan lama dan berkembang selama tiga bulan, dipercayai bunga paling lama berkembang jika dibandingkan dengan bunga ros dan lain-lain dalam spesiesnya," tegas Md Zaki.

    "Jika ditanam di tempat lain ia tidak menjadi dan jika hidup pun ia tidak akan subur dan cepat mati, tidak seperti di habitat asalnya di sini yang bunganya boleh mekar selama tiga bulan.

    "Ramai pengunjung kehairanan melihat bunga ini malah ada yang meminta benihnya dan tidak kurang pula ingin membelinya bagaimanapun ia hanya sesuai tumbuh di puncak gunung ini," katanya.

    Selain landskap, pengunjung boleh mengikuti program meredah hutan sejauh kira-kira 1.5 kilometer (km) termasuk merentas hutan yang berlurah sebelum mandi di air terjun.

    "Disebabkan Gunung Jerai semakin popular sebagai pusat percutian, kita mempunyai rancangan untuk menambah jumlah bilik dan chalet selain meningkatkan lagi kemudahan lain," katanya.

    Setiap hujung minggu, kata Mohd Zaki musim cuti persekolahan dan cuti umum perayaan Gunung Jerai pasti menjadi tumpuan pengunjung yang ingin merehatkan fikiran di tanah tinggi.

    "Bukan saja rakyat tempatan yang berminat datang ke Gunung Jerai, malah pelancong dari Eropah dan Singapura tidak ketinggalan mahu menikmati keindahan alam semula jadi di sini," katanya.

    Bagi pengunjung yang datang secara berkumpulan termasuk untuk mengadakan hari keluarga, beberapa kemudahan disediakan di situ termasuk dewan seminar dan aktiviti bersukan seperti badminton, bola tampar dan takraw.

    Katanya, pengunjung boleh naik ke gunung itu menggunakan kenderaan sendiri dengan melalui jalan berliku-liku sejauh 12 km dari kaki gunung.

    "Sekiranya tidak mahu memandu kenderaan sendiri, pengunjung boleh menaiki van dari kaki gunung itu dengan dikenakan bayaran berpatutan,
    Menghijrahkan Diri Mmg Payah" "Ada Masa Kita Kalah" "Ada Masa Kita Lelah" "Ada Masa Kita Bertuah" "Itulah Namanya MUHAJADAH" "Kerana Ku Tahu Akhirnya Pasti Indah"

    Reply #1 22 November, 2009, 12:27:31 AM
  • Publish
  • pakat2 mai melawat kedah noh..
    "keyakinanku..kepercayaanku..keikhlasanku..dan cintaku hanya milik Allah..peliharalah daku agar sentiasa menjadi hamba yang solehah.."

    Reply #2 22 November, 2009, 12:31:37 AM
  • Publish
  • akak angkat cheq kawin nanti..orang kedah...tapi x pasti leh gi x..chek ada hal kat perak..hu3

    Reply #3 22 November, 2009, 12:32:24 AM
  • Publish
  • jom p kedah.. ada pekan rabu kalau orang yang suka shopping, ada laksa kuala kedah, pendek kata... macam2 ada..
    Ubahlah diri, nescaya oran lain akan berubah hasil perubahan kita

    Reply #4 22 November, 2009, 12:32:38 AM
  • Publish
  • Mai la kedah..kami banyak beras..heheh

    Reply #5 22 November, 2009, 12:36:12 AM
  • Publish
  • Mai la kedah..kami banyak beras..heheh
    ha3.. beras banyak?? kalau bnyak beras..mesti bnak swah kan?
    bila banyak sawah
    masti bayak lintah..ha3''
    melawak je..

    Reply #6 22 November, 2009, 12:43:31 AM
  • Publish
  • Mai la kedah..kami banyak beras..heheh

    xkan nak makan nasi je.. lauk2 xde ke?

    Reply #7 22 November, 2009, 12:54:41 AM
  • Publish
  • Law mai kedah..jagn lupa singgah kat muzium padi..dekat sebelah gunung keriang..best jugak p muzium padi..boleh tengok peralatan yang orang gunakan masa bercucuk tuai padai...

    Reply #8 22 November, 2009, 12:57:26 AM
  • Publish
  • kalau nak best.. leh pegi bukit hijau .. leh main air

    Reply #9 22 November, 2009, 01:12:29 AM
  • Publish
  • kalau nak best.. leh pegi bukit hijau .. leh main air
    jauh tu nak drive kalau dari alor setar..tapi kalau dah sampai..masyaAllah..hilang penat..

    Reply #10 22 November, 2009, 01:18:10 AM
  • Publish
  • akak angkat cheq kawin nanti..orang kedah...tapi x pasti leh gi x..chek ada hal kat perak..hu3
    tak pa hanim..chek kawen nanti hanim mai..kita pekena gulai kawah..:senyum:

    Reply #11 22 November, 2009, 01:42:28 AM
  • Publish
  • akak angkat cheq kawin nanti..orang kedah...tapi x pasti leh gi x..chek ada hal kat perak..hu3
    tak pa hanim..chek kawen nanti hanim mai..kita pekena gulai kawah..:senyum:
    an-nisa nie..gayanye macam dah sampai seru je..he3

    Reply #12 22 November, 2009, 10:38:26 AM
  • Publish
  • Yan Daerah Pelancongan
    Yan sebuah daerah yang kaya dengan tempat-tempat menarik. Ia dikelilingi pemandangan indah, masyarakat yang menghormati tetamu dan suasana yang damai. Terletak kira-kira 50 kilometer dari Alor Star dan 30 kilometer jika dari Sungai Petani. Ia sememangnya daerah pelancongan menarik untuk dilawati.


    Tempat-tempat peranginan dan rekreasi yang sering menjadi tumpuan di daerah ini ialah seperti Hutan Lipur Titi Hayun, Hutan Rekreasi Batu Hampar, Hutan Rekreasi Sri Perigi dan banyak lagi. Tempat yang disebutkan ini mempunyai daya tarikan yang tersendiri.


    Titi Hayun contohnya, ia tempat yang sesuai kepada mereka yang gemarkan aktiviti perkhemahan dan berkelah bersama keluarga . Ini kerana suasananya yang nyaman, tempat mandi-manda yang sesuai untuk kanak-kanak dan orang dewasa dan tapak perkhemahannya yang luas. Selain itu di Titi Hayun terdapat tangga yang dikenali dengan panggilan Tangga Kenari. Tangga ini menuju ke atas bukit.


    Selain dari Hutan rekreasi dan air terjun, Daerah yan juga ada pantai peranginan. Pantai yang dimaksudkan ialah Pantai Murni. Ia terletak tidak jauh dari pekan Yan Besar. Pemandangan di sini sungguh indah terutama pada waktu petang. Kedudukannya mengadap ke arah laut dan berlatar belakangkan Gunung Jerai sungguh mempersonakan. Kedai yang menjual makanan dan minuman juga terdapat di sini untuk pengunjung menjamu selera di tepi pantai. Pantai Murni sememangnya sebuah tempat sesuai kepada mereka yang ingin merehatkan diri.


    Selain dari yang diceritakan di atas, banyak lagi tempat-tempat menarik yang ada di daerah ini kerana Yan sememangnya kaya dengan pusat peranginan dan rekreasi. Suasana yang damai, udara yang segar dan bumi yang menghijau. Ia semestinya pilihan mereka yang gemarkan aktiviti riadah dan suasana yang damai. Selamat datang ke daerah Yan!!

    Reply #13 22 November, 2009, 03:06:27 PM
  • Publish
  • Mai la kedah..kami banyak beras..heheh
    fayah..kuqang oqang kedah la kat sini..:sedihnya:..takpa2..negeqi lain pon dialu-alukan..

    nurqaseh

    • *
    • http://nurqaseh2010.blogspot.com
      • View Profile
    Reply #14 22 November, 2009, 05:20:05 PM
  • Publish
  • Negeri Kedah indah sekali
    jelapang padi menghias bumi
    ikan pekasam ikan keli
    ramai pelancong datang membeli

    UUM sintok arena pengurus
    tempat belajar empunya diri
    Alor Setar bandar terurus
    tersergam indah Masjid Negeri.


    Qishashul

    • *
    • Aku sentiasa ingin menumpahkan darah seorg Zionis!
      • View Profile
    Reply #15 22 November, 2009, 06:31:13 PM
  • Publish
  • pakat2 mai melawat kedah noh..

    ya! ya!ana sokong
    Aku sentiasa ingin menumpahkan darah seorg Zionis!

    Reply #16 22 November, 2009, 06:37:08 PM
  • Publish
  • Pakat pakat mai la kedah..fayah jadi pemandu pelancong heheh

    Reply #17 22 November, 2009, 07:16:11 PM
  • Publish
  • Muzium Padi

    Terletak di Gunung Keriang, muzium ini menunjukkan perkembangan penanaman padi menggunakan peralatan tradisional sehingga ke peralatan moden.

    Ini adalah muzium padi pertama di Malaysia, dan yang keempat dibuka di dunia setelah Jepun, Jerman dan Filipina.

    Bangunan ini mempunyai senibina yang unik dengan gambaran seperti padi yang telah dituai. Motif padi turut digunakan di seluruh bangunan muzium ini, di tangga, pintu masuk muzium dan pagar mengelilingi kawasan ini.

    Muzium ini menunjukkan proses penanaman padi di Malaysia, dan pelbagai peralatan yang digunakan sejak bertahun lamanya. Terdapat juga mural padi, yang dihasilkan oleh 60 pelukis dari Korea Utara, menunjukkan sejarah penanaman padi di Malaysia.

    Muzium Padi ini kini menjadi tarikan utama pelancongan di Kedah, yang turut dikenali sebagai Jelapang Padi Malaysia. Ia mengambarkan sejarah, cara hidup dan keunikan musim penanaman padi di Kedah Darul Aman.

    Pembinaan Muzium Padi ini sebagai menghormati aktiviti penanaman padi yang menyumbang kepada sejarah dan sosio ekonomi penduduk di Kedah khasnya dan Malaysia amnya.

    Reply #18 22 November, 2009, 07:18:00 PM
  • Publish
  • Taman Laut Pulau Payar

    Taburan pulau-pulau kecil yang membentuk Pulau Payar terletak hanya 30 km ke tenggara Pulau Langkawi. Taman Laut terhebat di pantai barat Semenanjung ini boleh dikunjungi dengan bot dalam tempoh satu jam sahaja menjadikannya destinasi yang sesuai untuk lawatan sehari.

    Taman Laut terlindung yang tidak diduduki manusia ini merangkumi beberapa buah pulau termasuk pulau yang terbesar - Pulau Payar. Tapak lawatan anda di sini merupakan sebuah platform yang didirikan tidak jauh dari Pulau Payar. Tetapi tarikan sebenar terselindung di dalam perairan sekelilingnya. Masuk ke dalam ruang pemerhatian bawah laut yang terdapat di sini untuk melihat keindahan hidupan laut di sekitar kawasan terumbu karang. Ingin melihat ikan-ikan yang menjadikan terumbu karang ini tempat tinggal mereka dengan lebih dekat lagi? Kenakan kelengkapan snorkel dan terjun ke laut untuk melihat sendiri!

    Anda gemar menyelam? Tapak selaman terhebat terletak di sepanjang jalinan terumbu karang yang memagari bahagian selatan, timur dan barat Pulau Payar. Pastikan anda tanya pengendali selaman anda mengenai jarak penglihatan yang dijangka ketika selaman anda. Jarak ini berubah dari masa ke semasa.

    Pulau Payar tidak mempunyai sebarang kemudahan penginapan memandangkan ianya sebuah kawasan semulajadi yang dilindungi, tetapi ini tidak menjadi masalah kerana Pulau Langkawi terletak tidak jauh dari sini dan menawarkan pelbagai pilihan tempat tinggal dan restora

    Reply #19 22 November, 2009, 07:21:03 PM
  • Publish
  • Pulau Dayang Bunting

    Pulau Dayang Bunting adalah pulau kedua terbesar dalam gugusan Pulau Langkawi, dan merupakan destinasi pelancongan yang popular.

    Pulau itu, yang terletak 20 kilometer dari pekan Kuah mendapat nama dari suatu legenda yang terkenal di sini.

    Legenda Tasik Dayang Bunting dikatakan sebuah tempat pemandian kegemaran seorang puteri dari kayangan bernama Mambang Sari. Dia diberi julukan sebagai Tasik Dayang Bunting.

    Menurut cerita, seorang putera raja, Mat Teja, jatuh cinta dengannya dan menipu puteri itu untuk mengahwininya. Mereka dikurniakan seorang anak, yang kemudiannya meninggal dunia setelah tujuh hari akibat penyakit misteri.

    Disebabkan terlalu sedih, Mambang Sari meletakkan mayat anaknya ke dalam tasik itu dan kembali semula ke dunia kayangan.

    Sehingga ke hari ini, ada yang masih percaya wanita yang sukar mendapat anak, jika mandi dalam tasik itu akan dikurniakan anak. Ada yang turut mengakui kebenaran hal ini.

    divider3
    halaqahforum4