Masalah Poligami

*

Author Topic: Masalah Poligami  (Read 4670 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

20 November, 2009, 06:03:05 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum,

    Saya ingin mendapatkan pandangan dari rakan pembaca semua mengenai masalah yang sedang saya lalui.

    Saya telahpun bernikah dengan suami saya yang telah beristeri dan mempunyai anak selama dua tahun.  Suami saya berusia lebih 6 tahun dari saya manakala isteri pertamanya berusia lebih 3 tahun dari suami saya.

    Di awal pernikahan, hubungan kami amat bahagia walaupun isteri pertama menentang hebat suaminya beristeri lagi, namun kami sentiasa sefahaman dalam apa jua situasi.  Di saat itu suami saya sering berkongsi apa saja yang diharungi biarpun dia melalui saat yang amat sukar di pihak isteri pertama.  Saya juga selalu menemaninya, mententeramkan hatinya dan membantu segala hal termasuk sedikit sebanyak hal kewangan.

    Saya dimaklumkan isteri pertamanya sering menggunakan khidmat bomoh dalam segala urusan hariannya selama 30 tahun perkahwinan mereka hingga sanggup menundukkan suami.  Setelah saya hadir dalam kehidupan mereka, dia terus memerangi kami hingga ke tahap membuang kesemua pakaian suami dan membomoh kami supaya kami suami isteri bertelingkah dengan tujuan supaya kami berpisah. 

    Saya dapat tahu apabila saya mendatangi seorang 'alim kerana terasa sesuatu yang tidak kena dalam rumahtangga kami.. Antaranya kami sering bertengkar dalam hal-hal yang remeh hingga timbul perasaan benci yang teramat sangat terhadap suami.  Saya telah minta supaya apa saja yang dikenakan kepada kami dibersihkan.  Alhamdulillah buat sementara waktu, keadaan kami pulih.

    Namun sejak akhir-akhir ini keadaan kami keroh semula.  Saya tak pasti samada suami bertindak adil kepada saya atau tidak dari segi giliran dan nafkah hidup.  Setiap kali giliran suami balik ke rumah saya hanya waktu tidor malam, manakala di awal pagi dia akan segera balik ke rumahnya.  Baginya hitungan giliran adalah mengikut malam dia berada di rumah saya bukannya kiraan 24 jam sehari.  Tetapi bila tiba giliran di rumah isteri pertamanya, dia bukan saja tidak pernah menjengok saya di rumah malah menjawab panggilan telefon atau sms juga susah.  Di sana dia terpaksa menyorokkan telefon bimbit kerana sering digunakan oleh isteri pertamanya untuk mengganggu saya dan pernah dibuang kerana sakit hati kepada suaminya dan saya.

    Sekarang giliran untuk saya hanya sewaktu suami bertugas di luar kawasan di mana dia akan membawa saya ikut sama hingga saya terpaksa ambil cuti kerja.  Apabila kembali semula, dia akan pulang ke rumah isteri pertamanya.  Pada anggapan isteri pertamanya, suami tidak memberi giliran kepada saya demi menjaga dan mengambil hati isteri pertama.  Suami juga tidak lagi berkongsi apa-apa lagi dengan saya.  Saya telah merasa seakan-akan tidak dihiraukan lagi.

    Saya terlalu bersabar dan beralah dalam semua hal.  Tetapi sehingga bila saya dapat menahan kesabaran...?

    Jika tidak keberatan, saya mohon pandangan yang positif dari rakan pembaca mengenai masalah yang saya hadapi.  Insyaallah, di kesempatan yang lain saya akan berkongsi mengenai pengagihan nafkah untuk saya.

    Salam untuk semua.

    dol_bendol

    • *
    • http://al-merapu.blogspot.com
      • View Profile
    Reply #1 20 November, 2009, 07:19:39 PM
  • Publish
  • puan, kami ada ILMu nak berikan kepada puan
    untuk kebaikan menjauhi syirik
    Ilmu Ingat Allah, tetapi ada ongkos, rm177

    kami bukan bomoh, tetapi hanyalah manusia biasa yg ada sedikit pengetahuan dariNYA

    dengan Ilmu ini puan boleh menjaga diri, agar di jauhi daripada gangguan perbomohan
    dan puan boleh minta, Allah membuang 'gangguan' yg ada pada madu puan yg gemar menggunakan bomoh
    kita kena bantu, agar, umat islam, jauh daripada syirik, itulah sahaja, sebagai amal jariah kita

    kami berada di banting, selangor. jika berhajat hendakkan ILMU ini, silakan PM saya, inshallah ada jalannya

    Ummi Munaliza

    • *
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #2 21 November, 2009, 04:08:38 PM
  • Publish

  • Saya terjumpa satu laman luahan hati seorang isteri kedua. Dan saya kagum dengan isi hatinya ini. Untuk saya meberikan nasihat, saya tidak berpengalaman. Pengalaman yang saya lalui hanya melalui pemerhatian ibu saya dan ibu muda. Walaupun tidak mesra, tetapi tidak pula bermasam muka. Apa yang saya lihat antara ibu saya dengan ibu muda ialah mereka tidak pernah cuba memburuk-buruk atau bercerita hal tidak enak kepada ayah saya. Kami sebagai anak-anak melayan kedua-duanya dengan baik, dan sudah tentu ibu kandung lebih lagi kerana dia yang mengadung, melahir, menyusu dan mendidik kita. Tapi kami tidak membenci ibu muda, sebaliknya menghormati sebagai ibu tiri kerana dia juga adalah isteri ayah kami.

    [box title=Mencari Bahagia]
    Alhamdulillah. Kini aku telah dianugerahkan sepasang cahaya mata hasil perkongsian hidup dengan suami tercinta. Biar aku isteri kedua, namun aku bahagia. Walau pelbagai cabaran yang menduga, alhamdulillah itulah rencah mematangkan diri dan penambah perisa dalam mengeratkan lagi hubungan kami.

    Bahagia. Bahagiakah berkongsi kasih?

    Kebahagian dalam rumah tangga bukan sekadar seorang suami dan seorang isteri serta anak-anak penyeri rumah tangga. Bukan bermakna tidak bahagia andai dalam rumah tangga punyai seorang suami dan berbilang isteri... Bahagia letaknya dihati.. oleh itu tidak rumah tangga biasa-biasa pun bisa tidak bahagia. Maka begitu jugalah rumah tangga 'luar biasa' iaitu poligami.

    Bahagia itu dicari. Didapati. Ia tidak akan datang sendiri.. Dalam mana-mana keadaan pun apatah lagi dlm rumah tangga poligami kita akan rasa bahagia jika :

       1. Redha dengan apa yg Allah tetapkan untuk kita
       2. Qanaah - berpada dgn apa yang ada
       3. Syukur dengan nikmat yang Allah kurnia. Jangan lihat apa yang tiada dan apa yang DIA ambil tapi lihat dan kenanglah apa yang ada dan apa yang DIA beri
       4. Sabar dengan setiap ujian dan perbuatan pihak yang menyakiti hati kita
       5. Bertolak ansur dalam memenangi hati suami
       6. Jauhilah prasangka. Ingatlah pesanan-Nya bahawa kebanyakan prasangka itu dusta
       7. Oleh itu maka berbaik sangkalah terhadap suami
       8. Jangan mencari-cari kesalahan dan aib orang lain... sebaliknya fikirkan kesalahan sendiri dan perbaikilah ia sedikit demi sedikit
       9. Berilah penghargaan di atas kebaikan suami. Pujilah..
      10. Jauhi kritikan dan ambillah pendekatan berbincang
      11. Berilah masa pada diri kita dan suami dan pihak lain dan berubahlah menuju kebaikan bukan sebaliknya... namun jangan sampai masa dgn sendirinya menentukan diri kita tanpa sebarang perubahan daripada pihak kita sebaliknya ambillah masa untuk berubah.. untuk menerima.. untuk kita menentukan bahagia..

    InsyaAllah.. kita akan bahagia merayakan cinta dalam rumah tangga andai elemen-elemen di atas kita aplikasi dalam diri kita. Bahagia letaknya di HATI..

    Terima kasih kepada suamiku kerana dlm diammu mendidikku...

    [/box]
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim

    syidaspongebob

    • *
    • maaf zahir batin
      • View Profile
    Reply #3 02 December, 2009, 10:35:16 AM
  • Publish
  • wah....!!!!

    ALHAMDULILLAH...

    bagi pengajaran jugak kat wanita di luar sana...

    POLOGAMI ITU INDAH SEBENARNYE...

    setiap keadaan yang kite lalui ialah ujian dariNYA..
    "Ukhwah fillah takkan musnah..lautan erat takkan mungkin patah..Bertemu, berpisah..hanya KENANGAN SEMATA..Redho Allah, Kita cari..Moga2 kita kan diRahmati..Dengan niat yang suci,bertemu kembali di negeri Abadi.. Salam kemaafan."

    Ummi Munaliza

    • *
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #4 15 December, 2009, 11:25:11 PM
  • Publish

  • Cerai dalam poligami

    Semasa menyampaikan ceramah mengenai keganasan terhadap wanita di Pekan, Pahang pada 29hb Oktober yg lalu, saya berhutang satu soalan yg ditulis kemudian diserahkan kpd saya oleh pihak urusetia. Memandangkan tika itu masa terlalu suntuk, saya berjanji akan bincangkan persoalan tersebut menerusi blog. Kepada yang bertanya, maaf sebab agak lewat memberikan jawapan.

    Persoalan yg dikemukakan kepada saya: Kes tentang si suami yg berkahwin lagi di luar negara tanpa pengetahuan si isteri tetapi selepas 2 tahun dan mempunyai anak, barulah si suami memberitahu si isteri yg dia telah berkahwin lg. Si isteri tak boleh menerima poligami ini kerana madunya berusia sebaya anak gadis mereka dan ingin meminta si suami bercerai dgn isteri baru. Jadi, bagaimanakah menghadapi klien seperti ini?

    JAWAPAN:

    Syarak menetapkan, kelayakan bagi seorang lelaki utk berpoligami ialah mampu berlaku adil.

    Firman Allah SWT dalam surah an-Nisa' ayat 3 yang bermaksud: “Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah (dengan) perempuan-perempuan lain yang kamu berkena;, dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau memadailah dengan hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman ”.

    Undang-undang Keluarga Islam pula memperuntukkan empat syarat kelayakan bg membolehkan seorang suami berpoligami:

    1. perkahwinan yang dicadangkan itu adalah patut dan perlu memandang kepada keadaan isteri dari segi kemandulan, keuzuran jasmani, tidak layak dari segi jasmani untuk persetubuhan, sengaja engkar mematuhi untuk pemulihan hak-hak persetubuhan, atau gila;
    2. pemohon mempunyai kemampuan mengikut kehendak syarak untuk menanggung semua isteri dan tanggunggannya termasuk orang yang bakal ditanggungnya berikutan dari perkahwinan yang baru;
    3. pemohon berupaya memberi layanan sama rata kepada semua isteri mengikut kehendak hukum syarak;
    4. perkahwinan yang dicadangkan tidak akan menyebabkan darar syarie kepada isteri.

    Secara mudah, alasan isteri pertama tidak mahu menerima perkahwinan kedua si suami dengan sebab usia madu yg sebaya dgn anak sendiri, bukanlah satu alasan yg wajar. Malah, sekiranya si suami berkelayakan dan mampu, isteri pertama perlu terima hakikat berkongsi kasih tersebut.

    Perlu diingat, poligami bukan berebutkan suami sebaliknya berkongsi dengan syarat, suami betul-betul layak dan berkemampuan. Mampu bukan sahaja dari segi tenaga batin atau seks ataupun kemampuan harta, sebaliknya kemampuan anda untuk memberikan sepenuh perhatian dan kasih sayang kepada para isteri dan anak-anak. Paling penting, mampu mengawal emosi isteri-isteri anda.

    Sepatutnya dalam kes di atas, suami lebih bertegas. Mungkin disebabkan rasa bersalah menipu isteri pertama, menyebabkan suami serba tak kena. Sebab itu lah, saya selalu tegaskan kpd bakal isteri kedua, ketiga atau keempat, tak der salahnya anda nak berkongsi tetapi pastikan betul2 berkongsi dan jgn izinkan bakal suami anda menipu dan bersikap curang. Jika dia boleh menipu isteri pertama kononnya kerana anda, tak mustahil dia akan menipu lg demi org lain pula, mgkin tak semua tpi lebih baik beringat. Letakkan diri anda di tempat isteri pertama, rasai emosinya.

    Namun, hukum bukan berkaitan emosi sebaliknya ketentuan Ilahi. Desakan isteri pertama supaya si suami menceraikan isteri kedua boleh disamakan dgn cubaan meruntuhkan masjid dan hukumnya adalah haram. Jika keadaan ini berterusan, isteri pertama boleh didakwa sebagai mengganggu kebahagiaan perkahwinan.

    Merujuk kepada Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan), seksyen 37 dan seksyen 38 adalah berkaitan dan boleh digunakan untuk membawa kes ini ke muka pengadilan. Peruntukan tersebut menyebut:

    Seksyen 37. Menghalang pasangan yang sudah bernikah daripada hidup sebagai suami isteri.”- Mana-mana orang yang menghalang sesuatu pasangan yang sudah bernikah daripada hidup sebagai suami isteri yang sudah bernikah dengan sah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya, dan Mahkamah hendaklah memerintahkan pasangan itu supaya hidup sebagai pasangan suami isteri yang sudah bernikah dengan sah.”

    Seksyen 38. Menghasut suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan.”- Mana-mana orang yang menghasut, memaksa atau memujuk mana-mana orang lelaki atau orang perempuan supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan dan tanggungjawabnya sebagai suami atau isteri adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.”

    Berdasarkan peruntukan ini, isteri kedua boleh mendakwa isteri pertama, kes akan disiasat dan boleh dibicarakan.

    Ada jg yg bertanya, apakah hukum memohon cerai kerana tidak sanggup berkongsi kasih walaupun suami layak dan mampu? Hukumnya adalah haram, bermaksud perceraian boleh dituntut di mahkamah, jika suami setuju maka talak boleh dijatuhkan tetapi hukum perceraian yg anda mohon tersebut adalah haram dan berdosa. Saya faham, tak ada siapa pun yang sanggup berkongsi cuma satu perkara yg perlu diingat, hukum dan ketentuan Allah bersebab dan berhikmah. Ia tak boleh diketepikan hanya kerana emosi anda sebab emosi bukanlah sesuatu yg pasti. Berserah kpd-Nya, Dia Maha Mengetahui.

    http://bersamasuzana.blogspot.com/
    Nukilan Suzana Ghazali

    Reply #5 15 December, 2009, 11:41:17 PM
  • Publish
  • poligami merupakan perkahwinan melebihi satu dan tidak melebihi dari empat....ia merupakan sunnah rasullullah....saya mencadangkan bolehlah melihat movie ayat-ayat cinta ataupun ketika cinta bertasbih....

    Reply #6 22 December, 2009, 03:14:43 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum,

    Saya ingin mendapatkan pandangan dari rakan pembaca semua mengenai masalah yang sedang saya lalui.

    Saya telahpun bernikah dengan suami saya yang telah beristeri dan mempunyai anak selama dua tahun.  Suami saya berusia lebih 6 tahun dari saya manakala isteri pertamanya berusia lebih 3 tahun dari suami saya.

    Di awal pernikahan, hubungan kami amat bahagia walaupun isteri pertama menentang hebat suaminya beristeri lagi, namun kami sentiasa sefahaman dalam apa jua situasi.  Di saat itu suami saya sering berkongsi apa saja yang diharungi biarpun dia melalui saat yang amat sukar di pihak isteri pertama.  Saya juga selalu menemaninya, mententeramkan hatinya dan membantu segala hal termasuk sedikit sebanyak hal kewangan.

    Saya dimaklumkan isteri pertamanya sering menggunakan khidmat bomoh dalam segala urusan hariannya selama 30 tahun perkahwinan mereka hingga sanggup menundukkan suami.  Setelah saya hadir dalam kehidupan mereka, dia terus memerangi kami hingga ke tahap membuang kesemua pakaian suami dan membomoh kami supaya kami suami isteri bertelingkah dengan tujuan supaya kami berpisah. 

    Saya dapat tahu apabila saya mendatangi seorang 'alim kerana terasa sesuatu yang tidak kena dalam rumahtangga kami.. Antaranya kami sering bertengkar dalam hal-hal yang remeh hingga timbul perasaan benci yang teramat sangat terhadap suami.  Saya telah minta supaya apa saja yang dikenakan kepada kami dibersihkan.  Alhamdulillah buat sementara waktu, keadaan kami pulih.

    Namun sejak akhir-akhir ini keadaan kami keroh semula.  Saya tak pasti samada suami bertindak adil kepada saya atau tidak dari segi giliran dan nafkah hidup.  Setiap kali giliran suami balik ke rumah saya hanya waktu tidor malam, manakala di awal pagi dia akan segera balik ke rumahnya.  Baginya hitungan giliran adalah mengikut malam dia berada di rumah saya bukannya kiraan 24 jam sehari.  Tetapi bila tiba giliran di rumah isteri pertamanya, dia bukan saja tidak pernah menjengok saya di rumah malah menjawab panggilan telefon atau sms juga susah.  Di sana dia terpaksa menyorokkan telefon bimbit kerana sering digunakan oleh isteri pertamanya untuk mengganggu saya dan pernah dibuang kerana sakit hati kepada suaminya dan saya.

    Sekarang giliran untuk saya hanya sewaktu suami bertugas di luar kawasan di mana dia akan membawa saya ikut sama hingga saya terpaksa ambil cuti kerja.  Apabila kembali semula, dia akan pulang ke rumah isteri pertamanya.  Pada anggapan isteri pertamanya, suami tidak memberi giliran kepada saya demi menjaga dan mengambil hati isteri pertama.  Suami juga tidak lagi berkongsi apa-apa lagi dengan saya.  Saya telah merasa seakan-akan tidak dihiraukan lagi.

    Saya terlalu bersabar dan beralah dalam semua hal.  Tetapi sehingga bila saya dapat menahan kesabaran...?

    Jika tidak keberatan, saya mohon pandangan yang positif dari rakan pembaca mengenai masalah yang saya hadapi.  Insyaallah, di kesempatan yang lain saya akan berkongsi mengenai pengagihan nafkah untuk saya.

    Salam untuk semua.
    Assalamu'alaikum...debbie..
    Kisah kita lebih kurang, cuma sy dh lbih lama brkahwin dgn suami dan mempunyai ramai anak..dan beza umur antara kami juga jauh.
    Isteri dahulu dgn suami adalah lbih kurang sebaya.Keluarga isteri dahulu juga suka berbomoh..
    Sy juga mencuba berbaik2 dgn madu sehingga terpaksa memberikan madu giliran hingga setahun..dan suami langsung tdk memberikan sy nafkah zahir dan batin.Sy rasa sebagai isteri kedua..banyak memberikan suami dan madu peluang..tp malangnya pengorbanan sy tdak dipandang.
    Memang, sabar itulah teman kita. Sama2lah kita berdoa agar Allah memberikan jalan keluarnya.
    Sy hanya ada banyak kisah utk dikongsi..selebihnya mungkin forumer lain ada nasihat dan panduan...

    Reply #7 22 December, 2009, 03:38:08 PM
  • Publish
  • 1. mana pn tahu madu pn menggunakan bomoh?
    2. byk2lah bersabar dan istighfar byk pada Allah
    3. keputusan pn utk hidup bermadu itu tandanya pn dah sanggup utk tempoh hidup2 mendatang.
    4. bila dah berpoligami suami kena mainkan peranan. kalau tak ini jadinya...KETIDAKADILAN

    Reply #8 22 December, 2009, 03:59:30 PM
  • Publish

  • nampak nya lebih byk kesedihan yang berlaku dalam kehidupan berpoligami. Agak sukar untuk kita berjumpa dengan kisah2 bahgia dan gembira. Adakah kita kaum wanita yang salah membuat keputusan dan pilihan atau pun kaum suami yang telah gagal menjalankan tanggungjawab sebagai suami yang berpoligami? Masyarakat kita memang terlalu taksub dengan BOMOH dan yang sewaktu dengan nya. Pelik bin ajaib ye, bagaimana mereka2 ini lebih mempercayai kuasa BOMOH berbanding dengan ALLAH. Subhanallah......

    kanjeng sunan

    • *
    • cintai tuhan, sayangi tuhan, takuti tuhan...
      • View Profile
    Reply #9 22 December, 2009, 04:06:45 PM

    nak cerita menarik tentang poligami boleh masuk kat ..
    http://poligamiikhwan.org/
    TuhAN cInTa aGuNg..

    imamah84

    • *
    • sy rela dan sy redha biarpun mujahadah itu perit
      • View Profile
    Reply #10 22 December, 2009, 04:11:01 PM
  • Publish
  • pengalaman kawan-kawan yang memeritkan utuk diterima
    menyedihkan mata memandang..
    kalau boleh nak cuba elakkan
    tapi ini tak bermakna saya anti poligami
    ..indahnya dunia tuhan, Indah lagi syurgaNya akan datang..http://www.intelekniaga.com.my/amamah_rt

    kanjeng sunan

    • *
    • cintai tuhan, sayangi tuhan, takuti tuhan...
      • View Profile
    Reply #11 22 December, 2009, 05:43:47 PM
  • Publish
  • pandangan yang baik dari kak long kita nie

    imamah84

    • *
    • sy rela dan sy redha biarpun mujahadah itu perit
      • View Profile
    Reply #12 22 December, 2009, 09:40:12 PM
  • Publish
  • Kalau dilihatkan dalam keadaan semasa, negara kita memang sedang mengalami masalah tentang kekeluargaan ini. Masalah ini bukan hanya terhad kepada yang  berpoligami sahaja tetapi juga kepada yang monogami...Lihat saja statistik penceraian yang semakin meningkat berganda2 dari tahun ke tahun...

    Jangan pulak sampai boleh mencertuskan "anti perkahwinan"....nauzubillah...

    Sama2 kita meningkatkan kefahaman agama...mudah2an masalah ini akan selesai :ins:
    masalah penceraian memang tak berkurangan tp semakin meningkat..
    yang rumahtangga bermasalah pun hari2 ada sampai pegawai khidmat nasihat tak sempat nak rehat

    bermacam2 masalah yang datang..
    "anti perkahwinan"....nauzubillah...
    :ins: sama2 kita tingkatkan

    divider3
    halaqahforum4