Kecacingan Pada Kanak-Kanak

*

Author Topic: Kecacingan Pada Kanak-Kanak  (Read 10488 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

18 November, 2009, 09:08:17 AM
  • Publish

  • Dari catatan seorang doktor

    Saya seorang petugas sebuah hospital. Pada minggu lepas saya bertuga di sebuah hospital di Ampang, seorang warga asing Islam Bangladesh datang membawa anaknya yang berumur 4 tahun. Pada mulanya saya menjangka anak ini demam sebab kelihatan sugul dan letih. Setelah berkenalan sebeberapa ringkas, bapanya telah memberitahu bahawa 2 hari lepas ketika anaknya membuang air besar, anaknya ada memberitahu terjumpa beberapa ekor “ular” di dalam najisnya.
    ***
    Bagai tidak percaya, bapanya sendiri melihat, dan mendapati beratus-ratus ekor cacing kecil yang bergumpal, sebesar bola golf keluar dari punggung anaknya. Saya dengan rasa gerun (anda tak gerun ke tengok cacing kelua dari punggung manusia) pun memeriksa… betul kata si ayah… ada 6 ekor cacing halus (Pinworm : Enterobius Vermacularis) menggeliut di sekeliling lubang dubur.

    Saya terus memakai sarung tangan, mengambil salotape dan melekatkannya di tempat cacing tersebut untuk mengalihkannya…. Apa pulak saya nak buat ngan cacing ni pagi-pagi buta ni (pukul 2 pagi)? Nak hantar kat lab… mana ada lab.. so saya pun buangnya ke dalam special bin… Saya cuba nak tunjuk kepada nurse saya… tapi mereka menolak dengan penuh “sopan”… :senyum:… tak pernah-pernah sopan macam tu…

    Kecacingan adalah perkara yang agak lumrah di kalangan kanak-kanak… terutama yang selalu keluar rumah tak pakai selipar, makan itu dan ini yang tidak dimasak atau separa masak, terutama di kawasan rumah yang kurang bersih atau seperti kawasan setinggan atau laman yang bertanah.
    Cacing-cacing yang popular di Malaysia  :-

        * Cacing gelang (Ascaris Lumbricoides) – besar macam gelang… boleh masuk hati dan paru-paru.……..
        * Cacing kerawit (Necator Americanus) – ada gigi tajam tapi kita tak Nampak!… ia masuk melalui kaki.. kuat hisap darah Cacing rambu atau cacing benang – selalu melekat di kawasan dubur, halus.
        * Cacing pita – macam pita, pipih tapi panjang… susah nak dibunuh..

    *** Masa kami belajar perubatan dulu kami diwajibkan mengenal cacing-cacing ni sebab masuk periksa – sekali dia menguit… dah tahu jantan betina… :senyum:.. ***

    Antara tanda-tanda anak-anak yang kecacingan ialah (bergantung kepada jenis cacing) :-

        * Keluar cacing daripada lubang najis, atau nampak cacing pada najis
        * Kegatalangan terutama di kawasan punggung, lebih pada waktu malam
        * Sakit perut, cirit-birit, lemah badan, kembung
        * Tiada selera makan, pucat, kurang berat badan walaupun selera makan ada
        * Batuk-batuk teruk yang berpanjangan, batuk berdarah, asthma (cacing di paru-paru)
        * Demam, ruam-ruam badan, alahan
        * Kaki gatal, sakit dan ruam pada kaki, bengkak kaki (untuk cacing kerawit)

    Apa yang anda perlu buat :-

       1. Jumpa doktor untuk mengambil ubat cacing
       2. Semua ahli keluarga juga harus memakan ubat cacing ini termasuk ibu dan ayah
       3. Potong kuku pendek
       4. Basuh sayur-sayuran bersih, masak betul-betul terutama daging
       5. Pakai kasut atau selipar ketika keluar rumah
       6. Sekiranya ada haiwan peliharaan seperti kucing, periksa juga tapak kaki dan badan mereka
       7. Amalkan membasuh tangan (anda dan anak anda), sebelum dan selepas makan.
       8. Juga cuci tangan dengan sebersih-bersihnya selepas membuang air besar
       9. Kerapkan membersih badan dan mencuci dubur untuk menghilangkan telur cacing yang ada

    Ada 2 jenis ubat cacing :-

        * Albendazole/mebendazole – Ubat ini tidak diserap di dalam badan, jadi ia tinggal di dalam usus besar dan kecil . Ia menghalang sistem kemasukan glukosa yang di perlukan untuk tenaga oleh cacing. Oleh itu, cacing tidak dapat bergerak aktif dan mati kemudiannya.

        * Pirantel Pamoate – Ubat ini juga tidak larut di dalam air. ubat ini akan melumpuhkan otot cacing dan menyebabkan cacing-cacing tertanggal dari dinding usus dan dikeluarkan bersama-sama dengan najis.

    Oleh itu, kepada anda dan anak anda yang mepunyai masalah kecacingan atau mempunyai gejala-gejala di atas.. maka bolehlah datang ke klinik secepat mungkin… jangan jadikan anda mangsa cacing…
         
    Ada gambarnya, tapi tak tergamak ummi upload kesini...
    Sesiapa yang nak tengok klik saja laman ini :  http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:vrBEYAMH9mEOtM:http://farm3.static.flickr.com/2354/2086743518_951481ab11.jpg
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim

    Reply #1 18 November, 2009, 09:11:29 AM
  • Publish
  • Jika diperhalusi banyak pelajaran yang dapat diambil dari cerita cacing ini.Cacingan kerap terkena kepada kalangan kanak-kanak dan jarang kepada orang dewasa.Untuk mengelak dari terkena cacingan langkah berikut perlu diberi perhatian:

    1.Untuk peringkat kanak2/mumayyiz,adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa mereka untuk mempastikan pemakanan/input dan persekitaran/pergaulan anak2 mereka bersih dari segala kekotoran/maksiat.

    2.Untuk orang dewasa/akil baligh,takkan tak tahu nak bezakan mana bersih/haq dengan yang kotor/batil.Kalau mereka sendiri tak dapat bezakan,macam mana nak cegah anak2 mereka?

    Cacing masuk melalui rongga yang terbuka,so jagalah rongga/ruang tersebut dari kekotoran terutama tapak kaki/langkah2,pemakanan/input(PP yang berfaedah).So, untuk mengelakan terkena cacingan,jangan berkeliaran di tempat2 yang kotor.

    Dalam satu institusi/organisasi konsep cacing ini boleh dikaitkan dengan orang2 yang suka membuat kerosakan/kemusnahan dari dalam;
          1.Perasuah(hisap darah)
          2.Suka mengambil kesempatan/peluang(masuk melalui rongga yg terbuka)
          3.Ponteng(suka merayap)
          4.Suka mencari2 kelemahan orang lain.(menunggu di tempat yg kotor)
          5.So,jangan jadi cacing perosak,jadilah cacing penyubur tanah.Amin..

    Reply #2 24 November, 2009, 12:33:56 PM
  • Publish
  • Dulu masa umur setahun lebih..mak cite sy slalu cirit-birit tak berhenti..makan ubat cirit pun xsembuh..akhirnya doktor bagi ubat cacing barulah berhenti cirit..jadi cacing boleh menyebabkan kanak-kanak cirit..
    I Luv Allah and Rasulullah...

    Reply #3 15 May, 2010, 03:32:04 PM
  • Publish
  • Selain daripada species yang disebutkan di atas, terdapat satu lagi species cacing iaitu Trichuris trichura atau dipanggil cacing cambuk kerana bentuknya seakan-akan seutas tali cambuk. Ia antara species yang kerap menjangkiti kanak-kanak melalui fecal oral transmission.

    Kanak-kanak yang dijangkiti cacing cambuk ini tidak menunjukkan tanda-tanda jangkitan (asimptomatik) ketika di awal jangkitan.Namun, pada tahap heavy infection, kanak-kanak akan mengalami rasa mual (nausea), diarrhea, kesakitan pada bahagian abdomen dan berat badan berkurangan.Selain itu, anemia dan najis berdarah juga akan terjadi, namun jarang. Komplikasi akibat jangkitan cacing cambuk ini adalah rectal prolapse (buasir).

    Oleh itu, sentiasalah menjaga kebersihan diri dan keluarga dan jangan biarkan kanak-kanak buang air besar merata-rata.
    "Aku mahu jadi org yg baik, melakukan kebaikan supaya org lain dpt manfaat.. jika aku tak mampu.. jgnlah kiranya aku buat kejahatan atau kejahatan dlm kebaikan. Biarlah aku diam andai aku belum bersedia.Kini aku lemah, namun tak pula aku ingin jadi lemah selama-lamanya."

    Reply #4 15 May, 2010, 03:36:09 PM
  • Publish
  • Selain daripada species yang disebutkan di atas, terdapat satu lagi species cacing iaitu Trichuris trichura atau dipanggil cacing cambuk kerana bentuknya seakan-akan seutas tali cambuk. Ia antara species yang kerap menjangkiti kanak-kanak melalui fecal oral transmission.

    Kanak-kanak yang dijangkiti cacing cambuk ini tidak menunjukkan tanda-tanda jangkitan (asimptomatik) ketika di awal jangkitan.Namun, pada tahap heavy infection, kanak-kanak akan mengalami rasa mual (nausea), diarrhea, kesakitan pada bahagian abdomen dan berat badan berkurangan.Selain itu, anemia dan najis berdarah juga akan terjadi, namun jarang. Komplikasi akibat jangkitan cacing cambuk ini adalah rectal prolapse (buasir).

    Oleh itu, sentiasalah menjaga kebersihan diri dan keluarga dan jangan biarkan kanak-kanak buang air besar merata-rata.

    yang kurus2 macam kita ni logik ke kena cacing? makan ubat cacing.cacing keluar hidup2 ke tak? ngeri nak makan bila fikir die keluar hidup2.

    Reply #5 15 May, 2010, 04:06:50 PM

    :sedihnya:...bukan orn yg bertanya ni lebih arif tentang bab kesihatan ke?

    Reply #6 15 May, 2010, 04:07:47 PM
  • Publish
  • bab ubat cacing samar2 la.mana tau akak lebih tau..

    Reply #7 15 May, 2010, 04:34:47 PM
  • Publish
  • bab ubat cacing samar2 la.mana tau akak lebih tau..

    sama la...kami just diajar cara nak diagnos..tentang rawatan (ubat antihelminth), seperti yang ummi selitkan dekat atas tu..

    kalau rasa diri dijangkiti cacing (melalui simptom2 di atas tu),try makan ubat cacing ..ala...tak payah geli atau takut time nampak ia keluar..tarik jer terus..:senyum:...(padahal diri sendiri pun geli...:sedihnya:)

    kadar metabolisme yang tinggi, stress atau pemakanan yang tidak seimbang juga menjadi faktor kekurusan kita ni...mcm saya.

    Reply #8 15 May, 2010, 05:03:16 PM

    hee..... saya genetik ye jugak, tapi.. ingat nak try2 juga ubat cacing. kot2 la.. tapi.. adui..ngeri tak leh bayang. ok2. tanx atas pandangan. :sedihnya:

    Reply #9 15 May, 2010, 06:28:05 PM

    :senyum:...okies...sama2 my lover ;)...saya pun budak baru belajar..terima kasih kembali =)

    divider3
    halaqahforum4

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    3 Replies
    9727 Views
    Last post 07 April, 2010, 03:20:49 PM
    by Ummi Munaliza
    1 Replies
    3621 Views
    Last post 23 January, 2010, 05:33:47 AM
    by muslihah91
    0 Replies
    1627 Views
    Last post 08 June, 2012, 04:25:06 PM
    by Perawat Islam