Rahsia al-Quran sebagai mukjizat terbesar.

*

Author Topic: Rahsia al-Quran sebagai mukjizat terbesar.  (Read 3170 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Ummi Munaliza

  • *
  • Posts: 14487
  • Anniversary Ke 30
    • View Profile
03 November, 2009, 08:07:38 AM
  • Publish
  • 14 abad lalu, Tuhan telah menurunkan kitab suci Al-Qur'an kepada umat manusia sebagai satu kitab panduan. Dia menyeru manusia agar berpegang kepada kitab ini sebagai jalan untuk mendapatkan kebenaran. Bermula saat ianya diwahyukan sehingga ke saat pengadilan kelak, kitab suci ini akan kekal sebagai satu-satunya panduan bagi umat manusia.
       
                    

    Gaya uslub dan ketinggian hikmah yang tiada tandingan yang terdapat di dalam kitab ini adalah bukti yang amat jelas bahawa ianya adalah kalam suci Tuhan. Sebagai tambahan, kitab ini mengandungi ciri-ciri keajaiban yang membuktikan bahawa ianya adalah wahyu kudus dari Tuhan. Satu dari ciri-ciri ini ialah kenyataan bahawa sejumlah kebenaran saintifik yang hanya mampu disingkap melalui kemajuan teknologi di abad ke 20 ini sebenarnya telah pun diungkapkan di dalam Al-Qur'an 1400 stahun dahulu...

    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    gurutajwid

    • *
    • Posts: 167
      • View Profile
    Reply #1 17 November, 2009, 01:49:21 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum,

    Sebagaimana yang kita semua telah maklum bahawa al-Quran adalah mukjizat Nabi Muhammad yang terbesar sekali. Persoalannya di sini, mengapa Allah menjadikan al-Quran itu mukjizat yang tersebar sedangkan kita juga tahu yang baginda mempunyai banyak lagi mukjizat-mukjizat yang hebat seperti keluar air dari jari baginda, nabi telah melambatkan matahari terbenam, Nabi membelah bulan dan sebagainya.

    Sukalah di sini untuk saya berkongsi sedikit tentang perkara tersebut. Ada 2 sebab yang menyebabkan Allah s.w.t telah menjadikan al-Quran itu mukjizat yang terbesar sekali.

    1) Zaman jahilliyah adalah merupakan zaman di mana orang-orang arab ketika itu merupakan pakar dalam mendeklamasikan syair. Maka, Allah telah menurunkan al-Quran di mana ayat-ayat di dalamnya tidak dapat dapat ditandingi oleh sesiapa pun sehingga hari kiamat.

    Ini terbukti melalui firman Allah di dalam surah al-Baqarah, ayat 23 dan 24 yang bermaksud:

    "Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu dan panggillah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar. (23)

    Maka kalau kamu tidak dapat membuatnya dan sudah tentu kamu tidak dapat membuatnya, maka peliharalah diri kamu dari api Neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu-batu (berhala), (iaitu Neraka) yang disediakan untuk orang-orang kafir. (24)


    2) Syariat dan ajaran Nabi adalah untuk manusia hingga akhir zaman. Memandangkan Rasulullah yang hakikatnya merupakan manusia, pasti akan menemui kematian. Maka oleh sebab itu perlu ada suatu mukjizat yang berbentuk kekal supaya dengan itu akan dapat menunjukkan kebenaran ajaran yang dibawa oleh baginda walaupun setelah kewafatan baginda.

    Itulah dua sebab yang dapat saya kongsikan. Kalau ada sebarang kesilapan atau tambahan, bolehlah ditegur atau dibuat penambahan. Mudah-mudahan memberi manfaat.
    RAHSIA MENGUASAI ILMU TAJWID!!!
    http://abdullahidris.com

    wahieyda

    • *
    • Posts: 121
      • View Profile
    Reply #2 17 November, 2009, 04:36:27 PM
  • Publish
  • Assalamualikum..Alquran mmg banyak mukjizat ny... dapat mmberikan ktenangan kala kita mghayati stiapa bait dan baris di dalam Al-Quran .. yang indah ny setiap prkataan mmpunyai kbnaran... byak pgjkaji2 Al_Quran mgagaumi kehebatan Al-Quran...ssungguhnya... Allah mmuliakan org yg mmbaca Al-Quran.

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    3 Replies
    4255 Views
    Last post 30 October, 2009, 04:46:24 PM
    by gurutajwid
    4 Replies
    2585 Views
    Last post 04 March, 2011, 03:17:59 PM
    by sonidoter89
    2 Replies
    430 Views
    Last post 15 December, 2013, 07:27:12 AM
    by alhaudhie