Jatuhkah talak dalam situasi ni?

*

Author Topic: Jatuhkah talak dalam situasi ni?  (Read 4088 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

zarif

  • *
  • Posts: 26
    • View Profile
16 November, 2009, 08:08:06 AM
  • Publish
  •  :)

    Saya ditanya oleh seorang sahabat mengenai situasi ini. Apa pandangan ustaz/ah semua mengenai hal ini.

    Ketika berada dirumah, seorang suami bergurau dengan isterinya "Selamba ja tunjuk aurat depan bukan mahram"
    Dimana pada waktu tersebut, hanya mereka berdua sahaja ada didalam rumah.
    Kemudian, isterinya secara sepontan menegur suaminya yang menggunakan perkataan bukan mahram iaitu merujuk kepada si suami.

    Soalannya, adakah jatuh talak dalam hal ini kerana si suami seolah2 menafikan si isteri dengan menggunakan perkataan bukan mahram.
    Si suami pada masa tersebut mengganggap bukan mahram bermaksud orang2 yang boleh dikahwini oleh isterinya.

    Pada pendapat saya, talak tidak jatuh kerana

    1. Ianya tidak jelas
    2. Si suami hanya bergurau & tidak berniat mengeluarkan perkataan tersebut

    http://app.syariahcourt.gov.sg/syariah/front-end/TypeOfDivorce_Talak_M.aspx

    Soalan seterusnya,
    Sekiranya si suami & isteri sudah berkahwin, adakah ianya masih dikira bukan mahram ataupun mahram?

    *********************************************************

    Muhrim atau Mahram (Bahasa Arab:محرم), ertinya yang diharamkan. Lelaki dan perempuan yang dilarang (haram) berkahwin.

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Muhrim
    http://en.wikipedia.org/wiki/Mahram

    http://bhalaqah.blogspot.com/2009/10/wanita-wanita-yang-haram-dikahwini.html
    Kelas Al-Quran, Tajwid, dan Bahasa Arab Percuma di Kuala Lumpur dan Selangor
    http://kelasquran.blogspot.com/

    dba

    • *
    • Posts: 208
    • its hard but everything going to be fine
      • View Profile
    Reply #1 25 December, 2009, 06:29:23 PM
  • Publish
  • Pada pendapat saya, talak tidak jatuh sebab si suami hanya bergurau...
    Wallahualam..menta pendapat yang lebih mengetahui...

    khalila

    • *
    • Posts: 957
      • View Profile
    Reply #2 25 December, 2009, 10:11:46 PM
  • Publish
  • Nikah talak bukan perkara main-main...
    Sekali tersebut,jatuhlah talak itu

    minaina

    • *
    • Posts: 201
    • setiap yg berlaku pasti ade hikmahnya
      • View Profile
    Reply #3 26 December, 2009, 12:27:29 AM
  • Publish
  • seorg teman  bertanya pula..adakah jatuh talak seandainye si suami berkate2 dgn org selain isterinye..bunyi nye mcm gini
    "kalau malam ini sipolan tdk balik ke rumah,maka antara aku dgn dia tiada apa2' dan dimasa yang lain si polan menyatakkan begini
    "aku rasa antara aku dgn dia sdh tiada apa2"
    ..benda yg same dgn yg ats bezenye bkn di hadapan si isteri.
    adakah ia jatuh?
    bukan mudah memiliki apa yang diingin dalam hidup..
    selagi ia masih berada dalam genggaman,hargai dan sayangilah ia dengan seikhlasnya..
    kerana penyesalan sudah tdk berarti ketika kita kehilangannya..

    Anna Rafeah

    • *
    • Posts: 2
      • View Profile
    Reply #4 10 February, 2011, 01:27:11 PM
  • Publish
  • kalau mcm situasi ni jatuh tak talaknya..

    isterinya sedang hamil 4 bulan..dan si suami ni bergaduh dan dgn isterinya dan si suami berkata akan lafazkan talak lepas isterinya melahirkan..dan si suami berkata lagi, klu mereka bersetubuh bermakna talak itu akan jatuh dgn sendiri nya..tp nak dijadikan cerita, mereka bersetubuh jugak dalam waktu itu..dan hubungan mereka pulih..namun si suami mmg belum lafaz utk cerai lagi..cuma bercadang utk bercerai dan akan lafaz lepas si isteri bersalin..

    si isteri ada bertnaya pd suami nya, dan si suami menjawab yg dia sudah bertnya pd ustaz dan org2 yg lebih arif dan mereka mengatakan, jika sudah bersetubuh bermakna sudah rujuk dan berserta dgn lafaz "aku rujuk" dan isteri menjawab 'aku terima"..lagi pula syarat talak sebegitu tidak sah..dan bersetubuh adalah kewajipan dalam hubungan suami isteri..

    bagaimana pendapat semua?
    « Last Edit: 10 February, 2011, 01:28:46 PM by Anna Rafeah »

    al-qamara

    • *
    • Posts: 4
    • ~uhibbu ALLAH Ta'ala jiddan jiddan~
      • View Profile
    Reply #5 10 February, 2011, 07:15:44 PM
  • Publish
  •  salam,
     soalan zarif
     Ketika berada dirumah, seorang suami bergurau dengan isterinya "Selamba ja tunjuk aurat depan bukan mahram"
     Dimana pada waktu tersebut, hanya mereka berdua sahaja ada didalam rumah.
     Kemudian, isterinya secara sepontan menegur suaminya yang menggunakan perkataan bukan mahram iaitu merujuk kepada si suami.
     
     kepada zarif,
     saya nak tanye,
     adakah si suami berniat untuk bercerai dengan isterinya?
     dalam hal talak,tak boleh main-main,
     contohnya si suami berkata kepada si isteri,"aku ceraikan engkau dengan talak 1"
     padahal waktu itu si suami sedang bergurau,walaupun bergurau,talak tetap jatuh.
     jika si isteri tidak dengar,tidak jatuh talak.
     jika si isteri dengar,jatuh talak.
     jika si isteri pekak dapat memahami,jatuh talak.

     Rukun talak ni ade 5, salah 1 nye lafaz,lafaz ni plak terbahagi kepada 2,
     1, Lafaz Sorih, lafaz ini tidak prlu kpada niat,contohnye : si suami kate kepada si isteri "engkau dilepas","engkau dicerai"
         Lafaz Sorih ini tidak diragui jelasnya talak.
     
    2, Lafaz Kinayah(kias),lafaz ini perlu kepada niat,contoh : si suami berkata kpada si istri "engkau haram keatasku","engkau bebas"(bebas daripada si suami)
         Lafaz Kinayah ini diragui samada talak ataupun sesuatu yang lain.
       
     Syarat jatuh talak dengan lafaz kinayah ni perlu niat pada setiap lafaz. Jika tidak niat,maka tidak jatuh talak.

     Peringatan:
     
     Jika si suami berkata kepada si isteri "jika engkau melunasi hutangku,maka engkau aku cerai",
     maka si isteri meliunasi hutang si suami dengan sempurna,maka jatuh talak.

     Jika salah tolong betulkan.
     saya tolong apa yang saya dapat tolong.
     wallahua'lam.

    5zul

    • *
    • Posts: 3023
    • ~~ Tiada Kesusahan Melainkan Susah ~~
      • View Profile
    Reply #6 13 April, 2012, 12:42:02 PM
  • Publish
  • semuga ada ilmuan... Insyallah di permudahkan urusan dunia akhirat
    ~~ Dalam Kegelapan Malam Ader Sinaran ~~

    isterikeliru

    • *
    • Posts: 2
      • View Profile
    Reply #7 15 June, 2012, 02:50:18 PM
  • Publish
  • Salam saya hendak tahu sama ada jatuh atau tidak talak kerana suami ada sms saya berbunyi 'jika buka fb jatuh talak'. Sebelum mendapat sms tersebut saya ada membuka fb tetapi telah menutup fb tersebut beberapa minit sebelum mendapat sms dari suami. Adakah jatuh talak ataupun tidak?

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4856
      • View Profile
    Reply #8 15 June, 2012, 02:54:14 PM
  • Publish
  • tak jatuh talak sebab perlakuan kamu, sebelum daripada mendapat SMS itu

    satelah itu, harapnya kamu delete sajalah akaun fb kamu tu
    ajak suami masuk ke facebook kamu, dan delete

    kamu tak boleh lakukan sendiri, kerana SMS tadi

    semuga ada kerukunan rumahtangga kamu, inshallah


    eyra86

    • *
    • Posts: 3
      • View Profile
    Reply #9 12 July, 2012, 12:10:16 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum w.b.t

    saya ingin tahu....


    situasi : saya dan suami di kedai makan...dan kami berbual tentang kehidupan kami...dan secara tak sengaja saya tersentuh bab tanggungjawab suami..suami saya hanya kerja biasa..dan saya kerja tetap...saya hanya bergurau ketika itu..saya cuma mahu suami berubah..suami tahu saya sayangkan dia..sebab itu saya sanggup pilih dia walaupun dia tidak mempunyai kerja tetap..dan sambil gelak2 "SUAMI BERKATA PADA ISTERI" ....."kau ceraikan aku" kalau aku ni tak boleh bagi kemewahan pada kau...

    saya ingin tahu..adakah jatuh talak?

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4856
      • View Profile
    Reply #10 12 July, 2012, 12:59:02 PM
  • Publish
  • mana ada perempuan menjatuhkan talak kepada suaminya, itu pun gurauan suami kamu, jadi kenapalah kamu masih was was, ingat yang bukan bukan, subhanallah

    bukankah melawak, sebab sayang? takkan jatuh talak kot? hiks

    eyra86

    • *
    • Posts: 3
      • View Profile
    Reply #11 12 July, 2012, 02:09:30 PM
  • Publish
  • thanx ye....memang saya tahu perempuan tiada kuasa talak...saya cuma sekadar ingin tahu....saya takut bila ungkapan talak keluar dari mulut suami...

    Cahaya_Mu

    • *
    • Posts: 35
      • View Profile
    Reply #12 12 July, 2012, 02:30:46 PM
  • Publish
  • tak jatuh talak sebab perlakuan kamu, sebelum daripada mendapat SMS itu

    satelah itu, harapnya kamu delete sajalah akaun fb kamu tu
    ajak suami masuk ke facebook kamu, dan delete

    kamu tak boleh lakukan sendiri, kerana SMS tadi

    semuga ada kerukunan rumahtangga kamu, inshallah

    Assalammualaikum..
    Seandainye suami haramkan si isteri melayari fb, maknanya haram le bagi si isteri untuk melayari fb..betul ke?seandainya si isteri melayari juga fb, apakah akibatnya?

    Ummu Fatimah

    • *
    • Posts: 2154
      • View Profile
    Reply #13 12 July, 2012, 02:33:30 PM
  • Publish
  • Taat suami selagi tak bercanggah dengan syarak tu wajib. Termasuklah larangan suami jangan main fb.. Kalu suami dah cakap macamtu wajiblah taat.
    zaujah n aliah yusri.. ummu yusuf ramadhan & nur fatimah mujahidah..

    Cahaya_Mu

    • *
    • Posts: 35
      • View Profile
    Reply #14 12 July, 2012, 02:47:31 PM
  • Publish
  • Taat suami selagi tak bercanggah dengan syarak tu wajib. Termasuklah larangan suami jangan main fb.. Kalu suami dah cakap macamtu wajiblah taat.

    terima kasih ye ummu fatimah..

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    98 Replies
    9908 Views
    Last post 17 May, 2010, 02:07:07 AM
    by sayer
    38 Replies
    11391 Views
    Last post 27 April, 2010, 01:39:20 PM
    by chomeyl
    2 Replies
    2898 Views
    Last post 09 November, 2009, 11:54:26 AM
    by Ummi Munaliza