MANUSIA-MANUSIA YANG DIMURKAI ALLAH

*

Author Topic: MANUSIA-MANUSIA YANG DIMURKAI ALLAH  (Read 4508 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Ummi Munaliza

  • *
  • Posts: 14514
  • Anniversary Ke 30
    • View Profile
16 November, 2009, 05:33:24 AM
  • Publish
  •    

     
    MANUSIA-MANUSIA YANG DIMURKAI ALLAH

          Manusia yang dikasihi Allah adalah orang yang meninggalkan sifat dan perbuatan yang dibenci oleh Allah dan selalu mengamalkan perbuatan dan sifat yang dikasihi Allah. Dari Al-Quran dan hadis dapatlah dipetik beberapa golongan manusia yang dimurkai oleh Allah:

          1. Sabda Rasulullah SAW: Tiga golongan manusia yang sangat dimurkai Allah iaitu yang cenderung kepada perkara yang haram, orang yang mengikut perbuatan jahilliyah dan orang membunuh orang lain tanpa hak. Riwayat Bukhari dan Muslim. Perkara yang haram disini meliputi semua hal yang diharamkan dalam Islam.

          2. Sabda Rasulullah SAW: Sesungguhnya paling ku benci di kalangan kamu kepadaku dan dijauhkan tempat dudukku di hari kiamat ialah orang yang banyak bercakap tanpa teliti… iaitu orang yang takbur. Riwayat Tarmizi. Contoh perbuatan takabbur ialah:

          *Orang yang melihat akan kebenaran tetapi tidak mahu mengikut disebabkan ia takabbur.
          *Orang yang diterangkan hujah yang benar tetapi ia tidak mahu menerima maka ia jadi takabbur.
          *Orang yang menghina orang lain adalah takabbur.

          1. Firman Allah: "Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang zalim." Al Imran ayat 58 Sifat zalim yang dilakukan oleh seseorang tanpa sedar dalam tiga bentuk iaitu:

          3. Zalim pada Allah seperti syirik, menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah atau sebaliknya, melanggar batas ketentuan Allah, mengadakan kepalsuan kepada agama Allah dan sebagainya.

          4. Zalim pada diri sendiri seperti mengikut hawa nafsu, menolak kebenaran dan peringatan, engkar pada perintah Allah dan perbuatan-perbuatan yang akan menjerumuskan dirinya ke neraka.

          5. Zalim kepada orang lain seperti mengumpat dan merendahkan orang Islam, buruk sangka dan membuat fitnah dan semua perbuatan yang menyebabkan orang lain menerima kesusahan.

          6. Firman Allah: "Taatilah Allah jika kamu berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang kafir." Al Imran ayat 32 Mentaati Allah adalah bermaksud menunaikan segala apa yang diperintahkan dan meninggalkan segala apa yang dilarang. Orang yang engkar menunaikan perintah Allah sesungguhnya telah berpaling menentang Allah manakala orang yang melakukan apa yang dilarang oleh Allah telah derhaka terhadapnya.

          7. Firman Allah: "Dan pergilah di jalan Allah orang memerangi kamu tetapi janganlah kamu melampaui batas kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang melampaui batas. Al Baqarah ayat 190 Melampaui batas di sini selain bermaksud kita mestilah mempunyai had dan ketentuan dalam memerangi orang kafir Muahad, juga bermaksud janganlah kita melakukan hal-hal lain yang seumpamanya seperti memohon dipermudahkan untuk melakukan hal yang haram seperti tikam ekor, menang judi dan sebagainya.

          8. Firman Allah: "Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan." Al 'Araf ayat 31
          Perkara yang membazir atau berlebih-lebihan ialah:

          Berlebih-lebihan dalam membeli.
          Membeli benda yang haram.
          Membelanjakan harta di jalan yang haram.
          Berbelanjakan kawan pada jalan yang merosak atau melalaikan atau menjadi kejahatan.
          Berlebih-lebih dalam hal berpakaian.

          3. Firman Allah: "Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membanggakan diri." Luqman ayat 18 4. Firman Allah: "Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berkhianat." Al Anfaal 58 Dua jenis khianat yang nyata ialah: v Mengkhianati apa yang diamanahkan orang kepadanya. v Mengkhianati amanah Allah kepada kita seperti Allah menyuruh membelanjakan harta yang dikurniakan kepada kita di jalanNya tetapi kita tidak melakukannya.

         
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14514
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #1 16 November, 2009, 05:34:23 AM
  • Publish

  • GOLONGAN MANUSIA YANG DIMUSUHI SYAITAN

          Wahad bin Munabbih meriwayatkan ketika nabi berdialog dengan iblis atas perintah Allah, Iblis menyatakan musuh-musuhnya di kalangan umat Nabi Muhammad terdiri dari 15 golongan:
          1. Engkau sendiri (yakni Nabi Muhammad)
          2. Raja-raja yang adil.
          3. Orang kaya yang merendah diri.
          4. Saudagar yang jujur.
          5. Ulamak yang khushuk.
          6. Orang Islam yang suka menasihati orang.
          7. Orang beriman yang pemurah.
          8. Orang yang bersungguh-sungguh hatinya ketika meminta ampun.
          9. Orang selalu menghindar dirinya dari sesuatu yang haram.
          10. Orang yang selalu dalam keadaan berwuduk.
          11. Orang yang selalu bersedekah.
          12. Orang yang selalu berbuat baik kepada orang lain.
          13. Orang yang tidak pernah menolak membantu orang yang membaca Al Quran.
          14. Orang yang selalu membaca Al Quran.
          15. Orang beriman yang mengerjakan solat tahajjud ketika orang lain nyenyak tidur.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14514
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #2 16 November, 2009, 05:34:57 AM
  • Publish

  •       
    HAK ORANG ISLAM KEPADA ORANG ISLAM YANG LAIN.

          Rasulullah SAW sentiasa menyeru umatnya agar menjalani hidup secara bermasyarakat atau berjamaah iaitu hidup secara saling membantu. Kehidupan secara sendiri-sendiri atau menyisih diri dari orang lain adalah terkeluar dari cara hidup Islam. Rasulullah SAW bersabda: Hak orang muslim ke atas orang Islam yang lain ada enam perkara.
          Para sahabat bertanya. Apakah wahai Rasulullah?
          Baginda menjawab;
          1. Apabila bertemu dengannya hendaklah mengucapkan salam kepadanya.
          2. Bila dia mengundang kamu ke rumahnya, maka hendaklah kamu perkenankan.
          3. Bila dia meminta agar dinasihatkan, hendaklah engkau nasihati.
          4. Bila dia bersin, lalu memuji Allah dengan menyebut Alhamdulillah, maka ucapkanlah kepadanya Yarhamkallah.
          5. Bila dia sakit, ziarahilah dia.
          6. Bila dia mati, maka iringilah jenazahnya.

          Daripada hadis tersebut jelas bahawa Islam telah menetapkan bahawa orang-orang Islam tidak boleh hidup secara mementingkan diri atau memencilkan diri dari masyarakat. Sakit demam, kenduri kendara dan susah senang serta kematian; jiran dan saudaralah yang akan membantu. Janganlah kerana pekerjaan dan mengejar kekayaan, kita mengenepikan hal masyarakat terutama pada golongan muda hari ini. Suatu masa nanti kita tetap memerlukan orang lain. Jadi ujudkanlah hubungan dengan mereka agar bila kita memerlukan mereka, mereka akan membantu.


    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14514
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #3 16 November, 2009, 05:57:09 AM
  • Publish

  • Semoga kita termasuk dalam golongan musuh-musuh iblis.


    Musuh-Musuh Iblis

    1.Rasulullah s.a.w. sendiri.
    2.Orang beriman yang pengasih dan penyayang.
    3.Orang beriman yang suka memberi nasihat.
    4.Orang beriman yang sentiasa bertaubat di atas dosanya.
    5.Orang beriman yang berakhlak mulia.
    6.Orang beriman yang banyak bersedekah.
    7.Orang beriman yang dapat memberi manfaat kepada orang ramai.
    8.Orang beriman yang sentiasa berwuduk.
    9.Orang beriman yang tidak mahu melakukan sesuatu yang haram.
    10.Orang beriman yang mengerjakan solat dengan penuh khusyuk.
    11.Ketua negara atau pemerintah atau imam yang adil.
    12.Orang kaya yang rendah hati.
    13.Peniaga yang jujur dan amanah.
    14.Orang beriman yang beristiqomah dalam membaca al-Quran.
    15.Orang yang bangun solat di waktu tengah malam sedang orang lain tidur.

    Sahabat-Sahabat Iblis

    1.Orang kaya yang sombong.
    2.Peminum arak.
    3.Hakim yang tidak adil.
    4.Peniaga yang tidak jujur.
    5.Orang yang tidak mengeluarkan zakat.
    6.Orang yang meringankan solat.
    7.Orang yang memakan harta anak yatim.
    8.Orang yang beramal kerana nama.
    9.Orang yang suka duduk termenung dan mengelamun.
    10.Penghasud dan pendengki bilamana orang lain mendapat kesenangan.

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    3 Replies
    2572 Views
    Last post 16 December, 2013, 11:16:12 PM
    by Durratul Hikmah
    22 Replies
    7166 Views
    Last post 19 January, 2013, 09:35:33 AM
    by halawah
    10 Replies
    6119 Views
    Last post 28 May, 2012, 02:27:02 PM
    by Mei