Konspirasi Dunia- Rahsia Vatican

*

Author Topic: Konspirasi Dunia- Rahsia Vatican  (Read 5233 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Sum79

  • *
  • Posts: 569
  • THE TRUTH IS OUT THERE!!
    • View Profile
12 November, 2009, 08:55:48 PM
  • Publish

  • Seperti mana yang kita maklum, Dajal dengan pertolongan Azazil telah sekian lama menentang Tuhan dengan merosakkan ajaran yang dibawa oleh Rasul utusan Allah. Dan contoh yang paling mudah dan nyata adalah agama Kristian yang telah dijadikan sebagai agama pagan ataupun menyembah matahari. Ajaran asal Nabi Isa telah dirosakkan dan diselewengkan oleh 'tangan ghaib' dan agama Kristian sekarang BUKANLAH ajaran asal Nabi Isa a.s. Hanya Al-Quran masih terpelihara kebenaran dan keasliannya tetapi kitab-kitab suci sebelumnya telah diubah dan diselewengkan.


    Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya.
    Ali-Imran 19



    Diharap dengan pendedahan artikel ini dapat membuka mata pembaca blog saya yang bukan beragama Islam khusunya untuk mencari kebenaran hakiki. Saya di sini hanya sebagai petunjuk jalan, pembuka minda dan selebihnya terpulang kepada anda untuk menilainya dengan akal yang dikurniakan oleh Tuhan kepada anda.

    Petamanya saya ingin menjelaskan bahawa istilah Kristian tidak pernah disebut dan diperkenalkan oleh Nabi Isa a.s. Ajaran semua rasul utusan Allah adalah untuk menyembah Tuhan Yang Esa bukan untuk menyembah berhala, menyembah individu, matahari, pokok, api dan sebagainya. Satu perkataan untuk agama menyembah satu tuhan yang esa ialah Islam.

    Nabi Musa a.s telah berkata kepada kaumnya dalam bahasa Hebrew, 'Shamma israelu addena ilakhin, addena ikhad'. Yang bermaksud, 'Dengarlah wahai bani Israel, tuhanmu hanyalah SATU'. Lebih kurang 1350 tahun kemudian Nabi Isa a.s telah mengulangi kata-kata Nabi Musa a.s iaitu tuhan hanyalah satu.

    Lebih kurang 600 tahun selepas itu, delegasi Kristian telah datang menemui Rasullulah s.a.w di Madinah dan mereka telah mengadakan dialog selama 3 hari di Masjid An-Nabawi dan salah seorang delegasi telah bertanya kepada Rasullulah, 'Apakah konsep tuhan kamu?' Dan Rasulluah s.a.w telah menjawab, 'QulhuAllahu Ahad'. Tuhanku ialah Allah Yang Maha Esa (Satu). Jelas di sini semua rasul utusan Allah membawa ajaran menyembah ajaran Tuhan Yang Esa (Satu).


    Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.
    Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.
    Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan.
    Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".
    Al-Ikhlas 1-4


    Segolongan dari Ahli Kitab suka dan berangan-angan kiranya mereka dapat menyesatkan kamu, padahal mereka tidak akan menyesatkan melainkan dirinya sendiri, dan mereka pula tidak menyedari (akibat yang buruk itu).
    Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu kufurkan (ingkarkan) ayat-ayat keterangan Allah padahal kamu menyaksikan kebenaranNya?
    Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu campur adukkan yang benar dengan yang salah, dan kamu pula menyembunyikan kebenaran padahal kamu mengetahuinya?
    Al-Imran 69-71

    Berbalik kepada topik asal artikel ini, iaitu Rahsia Vatican. Apa yang mahu saya dedahkan di sini ialah berkaitan kaitan agama Kristian dan agama pagan. Anda juga boleh membaca artikel saya sebelum ini tentang persamaan Jesus dan Horus, klik sini. Ingin saya tegaskan sekali lagi, agama Kristian sekarang bukanlah ajaran asal Nabi Isa a.s. Masyarakat Babylon purba dan Rom menyembah matahari dan dewa-dewa pagan. Sukar bagi masyarakat Rom untuk menerima ajaran asal Nabi Isa a.s yang dibawa oleh Hawariyyun (12 Sahabat Nabi Isa a.s) dan mereka telah mengubah ajaran asal Nabi Isa dengan mengubahsuai mengikut kehendak mereka sendiri dengan memasukkan unsur-unsur pagan di dalam agama Kristian bagi menyesuaikan dengan agama mereka.

    Contoh yang paling nyata di sini ialah watak-watak dewa pagan telah diasimilasikan dengan agama Kristian dan Hari Matahari (SUNday) dimuliakan. Kemanakah penganut Kristian pada SUNday? Sudah tentulah ke gereja, pernahkah anda (penganut Kristian) terfikir kenapa SUNday dijadikan hari mulia bagi agama anda? Contoh lain paling mudah di sini, Poseidon telah dijadikan sebagai Santa Claus! Poseidon atau Neptunus dalam bahasa Latin mengikut kepercayaan Rom kuno, ialah Dewa laut.
    « Last Edit: 12 November, 2009, 09:34:08 PM by Ummi Munaliza »
    "It's better to be hated for what you are, than to be loved for what you're not..." - Kurt Cobain

    rich_km

    • *
    • Posts: 446
      • View Profile
    Reply #1 14 November, 2009, 09:51:22 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum.

    Letak persoalan sebenarnya bukan pada agama Kristian itu benar atau salah; TETAPI umat Islam gagal menunjukkan kebenaran Islam dan membuktikan Islam itu agama yang baik.

    Sukalah saya bertanya saudara.

    1. Katakan saya seorang Kristian; lalu saya bertanya apakah Islam? Apa saudara nak jawab?

    2. Katakan saya seorang tidak beragama (pagan); lalu saya bertanya apakah Islam? Apa saudara nak jawab?

    3. Katakan saya seorang panteisme (Hindu atau Buddha); lalu saya bertanya apakah Islam? Apa saudara nak jawab?

    4. Katakan saya seorang athies; lalu saya bertanya apakah Islam? Apa saudara nak jawab?

    5. Katakan saya seorang free thinker; lalu saya bertanya apakah Islam? Apa saudara nak jawab?

    Pengalaman mendapati persoalan basic ni pun kita sering menghadapi kesukaran menjelaskannya; KERANA kita sering mengambil sikap mahu memaksakan apa yang kita rasa benar kepada orang lain.

    Nota: Saya pernah membuka thread simulasi untuk mendedahkan persoalan ini; memperjelaskan bahawa kita belum bersedia untuk membuat penjelasan mengenainya.

    Nota 2: Saya pernah mengambil takrifan al-Quran dengan kaedah induksi untuk menjelaskan apa dia Islam. Takrifan saya itu lalu dihentam oleh ramai forumer Islam sambil mengambil dalil-dalil dari begitu banyak kitab (karangan manusia) [sebenarnya kebanyakan kitab tersebut saya dah bacapun] sehingga ada yang mengatakan takrifan saya itu salah sama sekali. Saya tak kata apa-apa (kerana saya tidak berminat bertelagah); tetapi takkanlah saya lebih akur pada tulisan manusia daripada al-Quran dan sunah.

    Wassalam.

    halawah

    • *
    • Posts: 2606
    • İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
      • View Profile
    Reply #2 14 November, 2009, 10:07:04 PM
  • Publish
  •  :ws:
    Orang yang beragama semuanya akan menjawab yang Baik dan berkata yang baik-baik sesama manusia antara satu sama yang lain,kerana tiada satu Agama yang mengajar yang tidak baik/jahat dan kata-kata yang kotor lagi menyakiti sesaorang,kecuali orang yang tiada agama atau Atheis dan  tiada hurmat saja yang tidak baik dan tiada ethika yang mulia,maka ia  suka terbalik2 dan cakap yang bedek2,menyakiti sesama makhlok didunia.
    Maka orang yang tidak baik meskipun ia mengaku Islam dan mengucap dua kalimah syahadah sekalipun maka ia tetap tak dikatakan baik malah dikatakannya orang Yang Fasiq(merusak) dan Sufahaak(sokmo)...

    Allah s.w.t berfirman di dalam surah An-Nisaa, ayat 114:

    لاَ خَيْرَ فِى كَثِيْرٍ مِنْ نَجْوَاهُمْ إِلاَّ مَنْ أَمَرَ بِصَدَقَةٍ أَوْ مَعْرُوْفٍ أَوْ إِصْلاَحٍ بَيْنَ النَّاسِ ، وَمَنْ يَفْعَلْ ذَلِكَ ابْتِغَاءَ مَرْضَاتِ اللَّهِ فَسَوْفَ نُؤْتِيْهِ أَجْرًا عَظِيْمًا.
    Ertinya: Tidak ada gunanya pada kebanyakan dari bisikan-bisikan jahat mereka melainkan sesiapa yang menyuruh memberi sedekah, atau berbuat baik,
    ataupun mengadakan perdamaian antara bangsa manusia. Dan barangsiapa yang melakukan demikan kerana mengharapkan keredhaan Allah
    maka Kami (Allah) akan memberinya ganjaran yang besar
    Sodaqallahul'aziim.

    Dalam hadith yang lain, Rasulullah s.a.w bersabda:
    إِيَّاكُمْ وَالْفُحْشَ ، فَإِنَّ اللَّهَ تَعَالَى لاَ يُحِبُّ الْفُحْشَ وَلاَ التَّفَحُّشَ  
    “Waspadalah kamu dari kata-kata kotor, kerana sesungguhnya Allah Ta’ala tiada suka kepada kata-kata kotor dan perilaku yang cabul.”

    SodaqarRasulillah saw.
    İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
    hubungan dengan ukhuwahfıllah perpaduan Ummah seutuh

    Riot_heroes

    • *
    • Posts: 595
    • IMMORTALITY
      • View Profile
    Reply #3 14 November, 2009, 10:43:00 PM
  • Publish
  • Apa usaha kita untuk menunjukkan bahawa agama Islam adalah agama yang benar.  Orang islam hari ini menjadi fitnah kepada agama Islam itu sendiri. Seorang ulamak pernah berjumpa dengan Presiden Lenin. Ulamak tersebut menerangkan kepada Presiden Lenin tentang agama Islam dengan panjang lebar. Akhirnya Presiden Lenin mengatakan bahawa apa yang dikatakan oleh ulamak tersebut benar kesemuanya. kemudian Presiden Lenin berkata dimana saya boleh lihat keadaan yang kamu ceritakan ini. Ulamak itu terdiam. Hari ini orang bukan Islam tidak tertarik kepada agama Islam kerana orang islam sendiri telah meninggalkan agama yang sebenar. Tidak ada lagi orang yang berjuang untuk meninggikan Agama Islam. Banyak yang menggunakan Agama Islam sebagai alasan perjuangan sebaliknya ingin merebut pemerintahan dan harta benda. Semoga saya insaf dari perkara ini Inshaallah.

    (Presiden Lenin ialah Ketua Negara soviet Union era Komunis)
    You'll Never Walk Alone

     Akaun Akhirat Anda No: CIMB 01180004462058 Halaqah Net Services

    rich_km

    • *
    • Posts: 446
      • View Profile
    Reply #4 16 November, 2009, 06:44:47 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum.

    Saya telah memperihatini perihal ini selama lebih 20 tahun. Setelah berusaha mengenal pasti punca masalah, saya membuat satu set cadangan mengatasinya. Saya juga melakukan beberapa eksperimen tentang keberkesanannya. Apapun untuk melaksanakannya kita terpaksa berhadapan beberapa halangan yang saya belum dapat mencari jalan mengatasinya. Saya masuk ke dalam halaqah.net ini sebagai satu ikhtiar mencari rakan untuk membincangkan secara ilmiah dan serius bagaimana halangan-halangan ini dapat dihadapi. Al-Quran telah menunjukkan prinsipnya dengan 'watawa shaubil-haq, watawa shaubisy-syobr DAN watawa shaubil-haq, watawa shaubil marhamah. Saya percaya jika kita sama-sama bersetuju berpegang kepada prinsip ini, peluang untuk mengembalikan Islam ke tempat asalnya memang cerah.

    Nota: Tapi setakat ini saya belum ketemu individu muslim di halaqah.net ini yang sanggup menawarkan diri turun padang selain halaqian kita 'great teacher'.

    Wassalam.
     

    kasba

    • *
    • Posts: 240
    • hmmm.....
      • View Profile
    Reply #5 24 September, 2012, 04:48:48 PM
  • Publish

  • Pengisian yang menarik, tapi dimana isi2 penting yang pembuka thread ingin sampaikan; iaitu konspirasi dunia......

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    13 Replies
    5057 Views
    Last post 18 February, 2010, 11:33:25 AM
    by muhammad naim
    10 Replies
    2255 Views
    Last post 28 January, 2010, 10:56:03 AM
    by hafidzalrahman
    14 Replies
    4901 Views
    Last post 21 September, 2012, 11:04:32 AM
    by Hafiz al-Hafiz