PEPERANGAN UHUD

Author Topic: PEPERANGAN UHUD  (Read 11435 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

NurWahidaFauzi

  • *
  • Posts: 1195
  • "Dihujung Kelopak CintaNYA"
    • View Profile
13 June, 2007, 12:08:18 AM
  • Publish Di FB


  • PEPERANGAN UHUD

    Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
    Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.  Janganlah  kita  hanya  tahu  mendengar  sahaja  perkataan  taqwa  serta  menyebutnya  sedangkan  ia  tidak  menyerap  ke dalam  sanubari  kita . Hitunglah  diri kita  setiap  masa  samada  semakin  hampir  kepada  Allah atau  sebaliknya.  Adakah  amalan  soleh  kita  semakin  meningkat  atau pun  menurun….

    Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

    Firman Allah dalam ayat  36  surah al-Anfal  yang bermaksud:


    "Sesungguhnya orang-orang kafir itu menafkahkan harta mereka untuk menghalangi jalan Allah. Mereka akan menafkahkan harta itu kemudian ia menjadi penyesalan bagi mereka dan mereka akan dikalahkan dan ke dalam neraka jahannam mereka akan dikumpulkan"

      Kini kita berada di permulaan bulan Zulkaedah dan dengan ini juga kita telah meninggalkan bulan Syawal yang turut mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Berlalunya Syawal adalah sebagaimana berlalunya Ramadhan yang lepas. Adakah kita akan berjumpa lagi dengan Ramadahan dan Syawal yang akan datang hanyalah Allah yang mengetahuinya. Beruntunglah bagi mereka yang telah berjaya menunaikan kewajipan berpuasa pada bulan Ramadhan dan diikuti pula dengan puasa sunat enam hari di bulan Syawal lalu dalam keadaan penuh keinsafan dan keikhlasan kepada Allah. Semoga segala amalan itu diterima oleh Allah dan juga mampu membina diri kita ke arah yang lebih baik dari tahun dan hari sebelumnya.
     
            Jika pada bulan Ramadhan yang lepas sejarah Islam pernah menyaksikan beberapa peristiwa yang penting seperti peperangan Badar al-Kubra dan juga pembukaan Kota Mekah maka bulan Syawal yang baru lalu juga turut merakamkan peristiwa bersejarah yang mana kita semua patut ambil iktibar daripadanya. Antara peristiwa yang besar yang berlaku pada bulan Syawal ini ialah peperangan Hunain, peperangan Uhud dan juga peperangan Ahzab atau pun Khandak. Peperangan ini merupakan antara peperangan yang besar yang  disertai oleh Rasulullah s.a.w sendiri. Penglibatan baginda dalam peperangan-peperangan ini memberi satu peringatan dan gambaran yang bermakna kepada kita semua bahawa perjuangan di dalam meninggikan kalimah Allah adalah wajib dan mesti menempuh pelbagai rintangan dan halangan.Perjuangan ini tidak dihamparkan dengan permaidani indah tetapi menuntut kepada tumpahnya darah sebagai tanda tunduk dan patuh kepada Allah. Tanyalah diri kita sejauh manakah tahap perjuangan dan sumbangan kita ke arah memastikan Islam menjadi agama yang memerintah bukannya diperintah. Berapa banyakkah harta kita yang disumbangkan untuk Islam dan berapa banyakkah peluh kita yang mengalir demi menjaga kemurnian Islam daripada dinoda oleh musuh-musuh yang sentiasa memeranginya.
     
            Walau pun Syawal telah berlalu namun tidak terlewat pada hari ini untuk kita sama-sama merenungi dan mengambil iktibar daripada peristiwa peperangan Uhud yang berlaku pada pertengahan bulan Syawal tahun ketiga Hijrah iaitu setahun selepas peperangan Badar yang berlaku pada bulan Ramadhan tahun kedua hijrah. Peperangan ini meletus akibat daripada perasaan marah dan benci para kafir musyrikin terhadap kejayaan tentera Islam ketika peperangan Badar al-Kubra yang lalu. Mereka telah menghimpunkan bala tentera seramai 3000 orang untuk menyerang umat Islam. Rasulullah s.a.w telah menerima berita tentang kemaraan tentera kafir musyrikin itu melalui al-Abbas bin Abdul Muttalib. Baginda terus mengadakan satu mesyuarat dan telah memberitahu bahawa sebelum ini baginda telah bermimpi dengan suatu yang baik iaitu telah menyembelih seekor lembu yang bermaksud beberapa orang sahabat akan gugur syahid, kedua mata pedang Rasulullah s.a.w berlubang bermaksud ahli keluarga baginda sendiri ada yang turut gugur syahid dan yang ketiga Rasulullah s.a.w telah memasukkan tangan ke dalam baju rantai yang kukuh yang bermaksud bahawa Madinah akan terus dapat dipertahankan. Ini menunjukkan kepada kita bagaimana mati syahid di medan peperangan merupakan satu kemenangan dan anugerah Allah yang mana bukannya boleh diperolehi dengan mudah dengan hanya semata-mata turut serta dalam peperangan maka kita akan mati syahid. Berapa ramai para sahabat dan pejuang Islam yang turun ke medan jihad untuk menentang musuh tetapi mereka tidak gugur syahid sebagaimana yang yang dicita-citakan sebelum menuju ke medan perang. Sayyidina Khalid al-Walid sendiri yang merupakan antara panglima perang Islam yang agung selepas keislamannya walau pun dalam dalam peperangan Uhud ini dia masih belum Islam malah menjadi panglima tentera berkuda bagi pihak musyrikin di mana pada saat kematiaannya pernah menempelak mereka yang takut untuk turun ke medan jihad kerana takut mati dengan kata-katanya : Sesungguhnya begitu penakut dan bacul bagi mereka yang takut untuk berjihad di medan peperangan kerana takut kepada kematian sedangkan aku sendiri telah melalui beratus-ratus peperangan dan setiap kali aku turun berjihad aku begitu mengharapkan agar memperolehi mati syahid namun pada hari ini aku hanya mengakhiri kehidupanku di atas katil di rumahku sahaja.

    Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

             Kemudian pada hari Jumaat Rasulullah s.a.w telah memberi semangat yang bersungguh-sungguh kepada setiap umat Islam sehingga ucapan itu menyemarakkan lagi semangat jihad dalam sanubari umat Islam.Rasulullah s.a.w telah mengatur strategi yang terbaik di dalam menghadapi kemaraan musuh. Kedua-dua tentera ini bertembung dan bertempur dalam satu pertempuran yang hebat dan pada permulaannya tentera Islam telah mencapai kemenangan walau pun Sayyidina Hamzah bin Abdul Muttalib iaiatu bapa saudara nabi sendiri yang digelar Asadullah telah gugur syahid terkena panah yang dilontar oleh seorang hamba abdi yang bernama Wasyi bin Harb. Begitu juga apa yang berlaku kepada Hanzalah bin Abu ‘Amir yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan di mana  setelah mendengar panggilan jihad dia terus meninggalkan isteri yang baru dikahwini semata-mata menyahut seruan jihad tersebut. Dia ditemui telah gugur syahid dan didapati mayatnya basah seperti dimandikan Apabila diberitahu Rasullullah s.a.w akan perkara ini lalu baginda memberitahu bahawa mayatnya telah dimandikan oleh para malaikat kerana turunnya dia ke medan jihad dalam keadaan berjunub.Inilah dia erti pengorbanan dan perjuangan yang ditunjukkan oleh para sahabat dalam memastikan keagungan Islam terus dipertahankan sehingga mereka sanggup mengorbankan atau mengenepikan kepentingan peribadi demi Islam. Perjuangan mereka ini janganlah hanya sekadar diketahui dan disebut-sebut sahaja sedangkan kita yang berada di zaman di mana Islam diserang dari pelbagai pihak dalaman dan luaran mestilah lebih meningkatkan usaha dalam memastikan kemenangan Islam sehingga tercapainya kemenangan itu bersama-sama dengan keredhaan Allah. Jangan kita hanya tahu kata jihad tetapi tidak serius dalam melihat dan mendengar hukum Allah dicaci, Sunnah nabi dimaki, para ulama’ dikeji, masjid-masjid  dicemari dan dikunci daripada dihidupkan serta maruah umat Islam dikotori dengan najis maksiat yang jijik dan membahayakan aqidah.

            Kemenangan peringkat pertama yang dicapai itu hanya sementara sahaja akibat daripada kelalaian tentera pemanah yang meninggalkan tempat mereka apabila tidak tahan sabar melihat para tentera Islam yang lain memungut harta rampasan dan mereka terlalu yakin bahawa tentera Islam telah pun menang. Khalid ibnu Walid di mana merupakan panglima berkuda di puak musyrikin telah mengambil tindakan dengan melakukan serangan mengejut terhadap tentera Islam setelah melihat tentera pemanah telah berkurangan. Sedangkan strategi yang diatur oleh Rasulullah s.a.w yang menempatkan tentera pemanah di atas bukit itu amat tepat dan telah berjaya mematah beberapa serangan daripada tentera musuh sebelum ini.Akibat daripada tidak patuhnya mereka terhadap perintah Rasulullah s.a.w menyebabkan mereka ditimpa musibah secara segera di mana tentera musuh yang memang menunggu saat untuk menyerang balas kini telah menggunakan peluang yang terbuka ini dengan sebaiknya. Serangan ini telah menyebabkan berlakunya kacau bilau dan Rasulullah s.a.w sendiri cedera. Tentera musyrikin turut menyampaikan berita palsu bahawa Rasulullah s.a.w telah mati dan ini menambahkan lagi kekalutan dalam tentera Islam. Dalam suasana yang kucar kacir inilah , Ka’ab bin Malik telah terpandang diri Rasulullah sa.w lalu dia melaungkan bahawa Rasulullah s.a.w masih hidup. Laungan ini menaikkan semula semangat tentera Islam. Selepas itu Rasulullah s.aw telah mengumpul 30 orang para sahabat dan menuju ke suatu teluk di bukit Uhud bagi mengatur tindakan yang baru dalam menghadapi musuh. Cara yang diambil ini telah berjaya menghalang kemaraan musuh walau pun cuba dihalang oleh Abu Sufian dan Khalid ibnu Walid dan tentera musyrikin.Setelah gagal menghancurkan kekuatan tentera Islam lalu tentera musyrikin beralih tumpuan mereka kepada mayat tentera Islam yang telah gugur syahid di mana mereka telah menyincang dan mengelar mayat itu dengan penuh perasaan marah dan benci termasuklah mayat Sayyidina Hamzah bin Abdul Muttalib yang dibelah perutnya oleh Hindun binte’Utbah untuk mengambil hatinya lalu dikunyah penuh dengan kebenciaan tetapi dia akhirnya tidak berjaya menelannya sebaliknya telah membuangnya semula daripada mulutnya.

    Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

            Antara kejadian yang menarik sepanjang peperangan Uhud ini ialah apabila seorang kafir yang bernama ‘Amru bin Thabit di mana sebelum ini telah diajak kepada Islam tetapi dia enggan. Tiba-tiba dalam peperangan ini dia telah dijumpai dalam keadaan nazak dan apabila ditanya tentang sebab dia turut berperang lalu dia menjawab bahawa dia telah beriman  kepada Allah dan rasulNya. Apabila diberitahu kepada Rasulullah s.a.w tetang perkara in lalu bagnda menjawab : Dia masuk Syurga.
     
            Satu lagi peristiwa iaitu yang berlaku kepada Qazman di mana dia berperang dipihak Islam dan berjaya membunuh tujuh atau lapan orang kafir. Dia dijumpai dalam keadaan luka parah kemudian dibawa pulang kerumahnya. Dia memberitahu bahawa dia berperang kerana mempertahankan kaum bangsanya. Oleh kerana dia tidak tertahan dengan kesakitan yang dihadapi lalu dia telah membunun diri. Apabila Rasulullah s.a. w diberitahu mengenai perkara ini lalu baginda bersabda : Dia masuk neraka.
     
            Oleh itu kita sebagai umat Islam yang mengaku beriman dan patuh kepada Allah dan rasulNya mestilah ikhlas dan yakin kepada janji Allah dalam perjuangan mengembalikan Khilafah Islamiah yang telah lama hilang.Perjuangan kita mestilah berteraskan aqidah Islam yang sebenar bukannya berdasarkan bangsa semata-mata.
     
            Walau pun pada peringkat kedua dalam peperangan ini tentera Islam tidak berjaya malah seramai 70 orang telah gugur Syahid namun tentera musuh tidak berjaya mara untuk menawan Madinah dan membunuh Rasulullah s.a.w. Abu Sufian tidak berpuas hati dengan keputusan yang dicapai kerana kekuatan Islam masih kuat dan beliau cuba menyerang Madinah tetapi tindakan itu terpaksa ditarik balik apabila mendapat tahu bahawa tentera Islam kini sedang bersiap sedia untuk menyerang semula. Kehebatan dan kepantasan Rasulullah s.a.w dalam mengatur strategi dan taktik dalam peperangan memberi gambaran jelas jepada kita semua bagaimana tugas nabi bukan hanya tertakluk kepada imam sembahyang dan pendakwah sahaja tetapi turut meliputi aspek pemerintahan malah peperangan dalam memastikan kalimah Allah terus berada d tempat yang tertinggi. Inilah dia peranan sebenar ulama’ yang dikatakan pewaris para nabi maka kerja mereka bukan sahaja pada tempat ibadat tetapi turut memainkan peranan penting dalam pentadbiran dan juga tunjuk ajar dalam urusan dunia sehingga wujudnya masyarakat yang bukan sahaja taat kepada Allah ketika beribadat khusus tetapi turut patuh dan tunduk pada hukum Allah dalam menjalankan kehidupan seharian. Ulama’ bukan sahaja berperanan untuk mengajar dan membimbing masyarakat setempat sahaja tetapi mesti memainkan peranan penting untuk menegur pemimpin negara yang tergelincir daripada syariat Islam. Malah yang lebih baik lagi ialah para ulama’ sendiri menjadi pemimpin kepada rakyat itu sendiri. 

    Walaupun sedih dengan apa yang berlaku dalam peperangan Uhud ini tetapi Allah telah  meniupkan semangat ke dalam sanubari umat Islam melalui ayat 104 surah an-Nisa’ : yang bermaksud:


    "Jangan kamu merasa hina (hilang semangat) memburu musuh kerana jika kamu merasa sakit mereka juga merasa sakit seperti kamu merasainya sedangkan kamu pula berharap kepaad Allah apa yang mereka tidak harapkan" 


    Sumber: Web Darululum
    ~..Ukhwah yang dibina antara kita, Biarlah seperti seutas tasbih, Ada awal,  Tiada penghujungnya, Dicipta untuk mengingatiNYA, Dibahagi untuk cintaNYA, Diratib demi redhaNYA..~

    NurWahidaFauzi

    • *
    • Posts: 1195
    • "Dihujung Kelopak CintaNYA"
      • View Profile
    Jawab #1 14 June, 2007, 09:31:22 PM
  • Publish Di FB

  • UHUD PERINGATAN BERHARGA

    الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ.....فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ 

    Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

    Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 

     

    Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

    Firman Allah dalam ayat 7-8 surah Yunus :


    إن الذين لايرجون لقاءنا ورضوا بالحيــوة الدنيا واطمأنوا بها والذين هم عن ءايــتنا غــفلون . أولئك مأوئهم النار بما كانوا يكسبون

    Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang yang tidak menaruh ingatan untuk menemui Kami (pada hari Akhirat untuk menerima balasan) dan yang redha dengan kehidupan dunia semata-mata serta merasa tenang tenteram dengan kehidupan dunia dan orang-orang yang tidak mengendahkan ayat-ayat (keterangan dan tanda kekuasaan) Kami. Orang-orang yang demikian keadaannya (di dunia) maka tempat tinggal mereka ialah neraka disebabkan oleh keengkaran dan kederhakaan yang mereka telah lakukan

       Perasaan syukur tidak terhingga kita hadirkan dalam hati, ucapkan dengan lisan serta laksanakan melalui seluruh anggota dengan tunduk patuh kepada segala suruhan Allah serta menjauhi segala laranganNya di atas nikmat besar yang Allah anugerahkan kepada kita semua iaitu nikmat Ramadhan bersama kelebihannya dan nikmat Syawal bersama keistimewaannya.  Semoga tarbiah yang kita sama-sama lalui sepanjang Ramadhan lepas diikuti dengan ibadat berpuasa sunat 6  hari di bulan Syawal dapat mendidik diri serta mengawal nafsu kita untuk lahir sebagai umat yang bertaqwa yang kehidupannya bersandar kepada petunjuk wahyu bukannya berlandas kepada hawa nafsu. Menjadi suatu perkara yang rugi  jika sebulan Ramadhan lalu dijadikan medan untuk merapatkan diri kepada Allah sedangkan kedatangan Syawal pula dijadikan medan untuk memperbanyakkan maksiat terhadap Allah. Jangan jadikan ibadat sepanjang Ramadhan lalu semata-mata untuk melepaskan kewajipan agama bukan digunakan sebaik mungkin tarbiah Ramadhan itu untuk melahirkan diri kita sebagai hamba yang bertaqwa. Jangan pula jadikan kedatangan Syawal sebagai bulan melayan kehendak nafsu sehingga hilang sama sekali kesan tarbiah Ramadhan.  Kita menyokong pandangan Mufti Perak agar sebarang program maksiat tidak digabungkan dengan nama eidilfitri yang mulia seperti joget aidilfitri dan sebagainya. Islam dan jahiliah tidak akan bersatu, iman dan kufur sentiasa bertentangan, pahala dan dosa sentiasa berlawanan, ibadat dan maksiat sentiasa bertembung sepanjang zaman.

    Ingatlah sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Tirmizi :


    قال االرسول e  :ا لكَيِّسُ مَنْ دَانَ نَفْسَهُ وَعَمِلَ لِمَا بَعْدَ المَوْتِ وَالعَاجِزُ مَنْ أَتْبَعَ نَفْسَهُ هَوَاهَا وَتَمَنَّى عَلَى اللهِ الأمَانِى

    Maksudnya : Orang yang cerdik ialah orang yang selalu menghitungkan dirinya dan dia suka beramal untuk bekalan sesudah mati sedangkan orang yang lemah (tidak cerdik) ialah orang yang selalu mengikuti hawa nafsunya dan hanya banyak berangan-angan kepada Allah (untuk mendapat kebahagiaan dan pengampunan tanpa beramal soleh)

    Sidang Jumaat yang berkati Allah,

    Syawal mengingatkan kita kepada beberapa peristiwa besar yang pernah berlaku dalam bulan ini antaranya Peperangan Uhud yang berlaku pada pertengahan bulan Syawal tahun ke-3 Hijrah. Walau pun pada peringkat pertama tentera Islam telah pun berjaya mengalahkan musuh dalam peperangan Uhud ini namun pada peringkat kedua tentera Islam diuji dengan kekalahan di mana antara puncanya ialah keengkaran sebahagian besar daripada kumpulan pemanah yang turut turun mengutip harta rampasan perang dengan alasan tentera Islam telah pun menang disamping ada juga tentera Islam yang bimbang jika habuan untuk mereka akan dinafikan. Sebab itulah adanya ahli tafsir daripada kalangan para sahabat ketika menafsirkan beberapa ayat  dari surah Ali ‘Imran berkenaan Peperangan Uhud menyatakan bahawa beliau tidak pernah menyangka bahawa ada juga di kalangan tentera Islam yang telah ditarbiah oleh Rasulullah s.a.w sendiri masih lagi ada perasaan tamak kepada habuan dunia. Sekiranya Allah tidak membongkarkan perkara ini dalam al-Quran maka ia tidak diketahui oleh sesiapa. Perkara ini boleh kita dapati melalui firman Allah antaranya dalam ayat  145 surah Ali ‘Imran :


    وما كان لنفس أن تموت إلا بإذن الله كتـبا مؤجلا  ومن يرد ثواب الدنيا نؤته منها ومن يرد ثواب الآخرة نؤته منها وسنجزى الشــكرين

    Maksudnya : Tiada suatu jiwa pun akan mati melainkan dengan izin Allah melalui suatu suratan yang telah ditetapkan. Sesiapa yang mahu habuan dunia maka Kami akan berikan kepadanya. Dan sesiapa yang inginkan pahala akhirat maka Kami juga akan anugerahkan kepadanya. Kami akan berikan pahala kepada orang-orang yang bersyukur.

      Kita wajib mengambil iktibar sebaik mungkin daripada peperangan Uhud ini di mana akibat meninggal tempat strategik kerana ingin habuan dunia maka tentera Islam diuji dengan kekalahan. Umat Islam pada hari apa kurangnya apabila ramai yang telah meninggalkan tempat terbaik iaitu masjid dan surau akibat sibuk dengan urusan dunia. Sepatutnya tarbiah Ramadhan yang mengajar diri kita untuk lebih jinak dan rapat dengan masjid mestilah diteruskan pada bulan-bulan yang lain. Bila umat Islam sendiri meninggal serta mengosongkan masjid dan surau bilakah kemenangan yang dijanjikan oleh Allah mampu diraih dan dijulang. Tanyalah diri kita bilakah urusan dunia kita akan selesai barulah boleh kita untuk datang ke masjid atau surau. Adakah kita yakin bahawa perjuangan Islam akan menang tanpa perlu menghidupkan masjid atau surau sedangkan penganut ajaran lain sedang berusaha memenuhkan gereja dan kuil mereka dengan pengikutnya termasuklah kalangan umat Islam yang bakal dan telah dimurtadkan. Jangan tunggu sehingga masjid semakin kosong dan usang sedangkan gereja dan kuil semakin penuh dan subur baru kita menyesal dan menangis

                                                   

    Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

    Firman Allah dalam  ayat 15 dan 16 surah Huud :


    من كان يريد الحيــوة الدنيا وزينتها نوف إليهم أعمــلهم فيها وهم فيها لايبخسون . أولئك الذين ليس لهم فى الأخرة إلا النار وحبط ما صنعوا فيها وبــطل ما كانوا يعملون

    Maksudnya :  Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (tanpa mengira halal dan haram), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.  Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab Neraka dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia dan batallah apa yang mereka telah kerjakan.

      Peperangan Uhud juga menyedarkan kita tentang bahayanya pengaruh kebendaan dalam diri pejuang Islam yang boleh menyebabkan kita bakal ditimpa dengan kekalahan dan kehinaan di dunia dan akhirat.  Selagi masih ramai pemimpin dan rakyat beragama Islam yang menjadikan pecah amanah sebagai amalan, rasuah sebagai keperluan,  hidup terlalu mewah atas penderitaan orang lain sebagai kebiasaan maka janji kemenangan dan kemuliaan daripada Allah masih jauh untuk dicapai. Kita mesti rasa malu dan hina bila indeks rasuah negara ini terus merudum ke tangga 44 daripada 163 negara dalam Indeks Persepsi Rasuah sedangkan kedudukan Malaysia pada tahun lalu ialah pada tangga ke 39 daripada 158 negara

     

    Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

                Budaya mencari kesenangan dunia sehingga mengetepikan kepentingan agama yang subur dalam diri kenayakan umat Islam telah diambil kesempatan oleh musuh Islam terutama Kristian dalam memurtadkan umat Islam. Kita merasa risau bila adanya dakwaan yang perlu disiasat oleh pihak berwajib iaitu tentang adanya sebuah syarikat buku di Terengganu yang menawarkan gaji satu kali ganda kepada pekerja Islam yang bersetuju menukar agama. Begitu juga di Johor apabila ada pihak yang menawarkan secara percuma bantuan kewangan sehingga RM 50,000 kepada peniaga Islam yang gagal membayar hutang  along dengan syarat mereka perlu mengisi borang yang ada lambang salib yang disediakan oleh pihak berkenaan. Disamping itu adanya usaha yang cuba untuk menarik umat Islam untuk kembali kepada agama nenek moyang orang Melayu sebelum kedatangan Islam yang didakwa beragama Hindu. Begitu juga adanya pensyarah-pensyarah pusat pengajian tinggi yang menjadi pendakyah dalam memurtadkan pelajar. Kita merasa kecewa apabila menteri berkaitan agama masih lagi boleh bercakap bahawa masalah murtad dalam negara masih kecil dan terkawal sedangkan asakan murtad semakin lama semakin kuat dan berani. Wahai umat Islam! Bangkitlah sebelum makin tersepit, cegah sebelum parah, sekat sebelum merebak, berjuanglah hingga ke titisan darah terakhir jangan mudah menyerah kalah. Bersama kita menyanggah usaha musuh dalam  memurtadkan umat Islam. Jangan biarkan hanya air mata penyesalan yang mengalir bukannya titisan darah dan air peluh perjuangan yang dicurahkan.

    Firman Allah dalam ayat 30 surah as-Syura :


    وما أصــبكم من مصيبة فبما كسبت أيديكم ويعفوا عن كثير

    Maksudnya : Dan apa sahaja musibah yang menimpa maka ia disebabkan perbuatan tangan kamu sendiri dan Allah memaafkan sebahagian besar dari kesalahan kamu.

    بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ



    Sumber: Web Darululum

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14528
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #2 01 February, 2009, 01:42:34 PM
  • Publish Di FB
  • Banyak iktibar yang kita perolehi dari Peperangan Uhud bagi yang berfikir.
    Baru ni ummi pergi ziarah Makam Syuhada Uhud,Medan Perang Uhud,
    Bukit Pemanah(tempat 70 pemanah yang Rasullulah amanahkan supaya jangan turun walau apapun berlaku)
    tetapi kerana ada sebahagian yang engkar kerana berebutkan harta...
    pihak musuh berpatah balik dan mengepong tentera Islam
    hingga Rasullulah luka di pipi dan patah gigi...
    semasa Rasullulah bersembunyi di Gua Uhud, darah yang mengalir dipipi Rasulullah terkena dinding gua,
    hingga hari ini dinding gua itu berwarna merah, batu menjadi lembut dan berlekuk apabila
    Rasullulah meletakkan topi besi baginda di atas batu.Gua ini masih ujud dan dinding gua masih merah.
    Dan tahukah semua bahawa,Pergunungan Uhud adalah sebahagian Pergunungan di dalam Syurga.
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    alhaudhie

    • *
    • Posts: 2061
      • View Profile
    Jawab #3 01 February, 2009, 02:12:24 PM
  • Publish Di FB
  • Banyak iktibar yang kita perolehi dari Peperangan Uhud bagi yang berfikir.
    Baru ni ummi pergi ziarah Makam Syuhada Uhud,Medan Perang Uhud,
    Bukit Pemanah(tempat 70 pemanah yang Rasullulah amanahkan supaya jangan turun walau apapun berlaku)
    tetapi kerana ada sebahagian yang engkar kerana berebutkan harta...
    pihak musuh berpatah balik dan mengepong tentera Islam
    hingga Rasullulah luka di pipi dan patah gigi...
    semasa Rasullulah bersembunyi di Gua Uhud, darah yang mengalir dipipi Rasulullah terkena dinding gua,
    hingga hari ini dinding gua itu berwarna merah, batu menjadi lembut dan berlekuk apabila
    Rasullulah meletakkan topi besi baginda di atas batu.Gua ini masih ujud dan dinding gua masih merah.
    Dan tahukah semua bahawa,Pergunungan Uhud adalah sebahagian Pergunungan di dalam Syurga.


    تريما كاسيه أتس معلومة إين
    ISLAM untuk semua

    - Pentadbiran
    - Pondok Tahfiz

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14528
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #4 08 April, 2009, 11:56:35 PM
  • Publish Di FB

  • Perang Uhud

    Perang Uhud terjadi pada hari Sabtu tanggal 15 Syawal 3 Hijriah. Orang-orang Quraisy Makkah berambisi sekali membalas kekalahannya pada perang Badar Raya. Dipersiapkannya suatu pasukan besar dengan kekuatan 3.000 orang serdadu. Dalam pasukan itu terdapat 700 ratus infanteri, 200 orang tentara berkuda (kavaleni) dan 17 orang wanita. Seorang di antara mereka yang tujuh belas ini adalah Hindun bin Utbah, isteri Abu Sofyan. Ayahnya yang bernama Utbah telah terbunuh pada perang Badar Raya.Pasukan Quraisy ini dipusatkan di suatu lembah di pegunungan Uhud, suatu pegunungan yang terletak 2 kilometer sebelah utara Madinah.Menghadapi tantangan ini, Nabi saw. dan beberapa orang sahabatnya berpendapat kaum Muslimin tidak perlu menemui musuh-musuh yang sudah siap siaga itu. Sebaliknya orang-orang Islam tetap siaga di Madinah dengan taktik bertahan (defensif). Akan tetapi sekelompok orang Islam (Muhajirin dan Anshar) terutama pemuda-pemuda yang tidak ikut ambil bagian dalam perang Badar mendesak untuk menemui tentara-tentara Quraisy dan ingin menghajarnya di gunung Uhud. Atas desakan itu Nabi surut dari pendapatnya semula. Masuklah beliau ke rumahnya, lalu keluar dalam keadaan sudah siap dengan mengenakan baju besi, menyandang tameng dan memegang tombak serta pedang.

    Melihat gelagat Nabi itu, sebagian sahabat yang tadinya sependapat dengan beliau menyatakan penyesalannya terhadap orang-orang yang memaksakan keinginannya untuk berperang. Mereka yang memandang tidak perlu meladeni tentara-tentara Quraisy tadi mengatakan kepada Nabi, “Kami tidak mau mengirimmu. Jika engkau tetap setuju berangkat, berangkatlah; dan jika akan engkau urungkan, urungkanlah.”

    Rasulullah saw. menjawab, “Tidak pantas bagi seorang Nabi yang sudah mengenakan baju besi untuk menanggalkannya kembali, hingga Allah menetapkan sesuatu baginya dan bagi musuh.”

    Kemudian beliau berangkat bersama lebih kurang 1.000 orang tentara. Dua ratus orang memakai baju besi dan hanya dua orang tentara berkuda.

    Setelah berangkat, Nabi Muhammad kembali menyeleksi pasukannya dan ternyata di dalamnya terdapat ratusan orang Yahudi yang menggabungkan diri dengan tentara Islam. Mereka itu dipimpin oleh Abdullah bin Ubay bin Salul. Nabi bertanya kepada sahabat-sahabatnya, “Apakah mereka telah masuk Islam?” “Belum,” jawab sahabat. Rasulullah memerintahkan, “Usir mereka dan perintahkan agar kembali ke Madinah. Kita tidak perlu bantuan orang-orang Musyrik untuk menghadapi orang-orang Musyrikin.”

    Mereka yang berjumlah 300 orang itu pun keluar dari pasukan, dan tinggallah 700 orang pasukan Nabi. Sesampainya di pegunungan Uhud, segera di lakukan pengaturan pasukan dan pembagian posisi. Lima puluh personil ditempatkan di sebuah bukit yang terletak di belakang lereng, di mana pasukan dikonsentrasikan di bawah pimpinan Abdullah bin Jabir Al-Anshary. Mereka bertugas menghadang pasukan musuh yang akan rnenyerang dari bukit itu.

    Rasulullah mengomandokan kepada penjaga bukit ini, “Siagalah kamu semuanya, dan jangan sampai musuh-musuh kita menyerbu dari belakang. Jika pasukan berkuda mereka naik ke posisi kamu, hujanilah kuda-kuda itu dengan anak panah. Kuda-kuda itu pasti tidak kuat dan takut dengan panah. Kita selalu akan unggul, manakala kamu tetap berjaga di atas bukit ini. Ya Allah, sesungguhnya aku yakin Engkau akan menolong mereka.”

    Menurut pendapat lain, ketika itu Nabi mengatakan, “Bila kamu melihat burung-burung menyambar-nyambar kami yang berada di lereng, maka jangan kamu kosongkan tempat (bukit) ini, hingga datang perintahku. Dan jika kamu melihat kami dapat mengalahkan atau dapat menghancurkan mereka sampai terbunuh semuanya, maka janganlah pula kamu tinggalkan tempat ini.”

    Segala sesuatunya telah diatur dan serbuan pun dimulai. Tentara Islam berhasil mengungguli musuh dan beberapa di antaranya telah terbunuh sementara yang lainnya kocar-kacir melarikan diri. Tetapi sayang tentara-tentara Islam mulai tergiur untuk mengambil harta rampasan yang ditinggalkan oleh musuh yang lain itu, tak terkecuali regu pengawal jalur rawan serbuan yang berada di bagian atas bukit. Tidak kurang dan 40 orang di antaranya turun ke lereng untuk ikut serta mengambil harta rampasan yang begitu banyak, sehingga hanya tinggal sepuluh orang saja yang berada di atas bukit. Komandannya, Abdullah bin Juber, sebelumnya telah mengingatkan mereka yang turun itu, tetapi tidak berhasil menghalanginya. Malah mereka menyanggah sang kornandan dengan kata-kata, “Tidak perlu lagi kita bersiaga di sini. Bukankah peperangan telah usai.”

    Kelemahan regu pengawal bukit yang hanya berkekuatan sepuluh personal itu dimanfaatkan Khalid bin Walid yang bertindak sebagai komandan tentara Makkah. Secepat kilat ia menyerang dan melumpuhkan regu pengawal, dan turun ke lereng gunung seraya menyerbu habis-habisan dari belakang. Tibalah giliran pasukan Islam kocar-kacir dibuatnya. Pasukan musuh balik menyerbu mereka dari setiap sektor, sambil mendekati posisi Nabi saw. Dalam keadaan posisi yang sangat genting itu disiarkan pula psywar yang menyatakan Nabi telah terbunuh, sehingga tentara Islam semakin porak-poranda.

    Pada waktu itu Nabi terkena lemparan batu, sampai jatuh pingsan. Tentu saja semua anak panah musuh terarah kepada beliau. Muka, lutut, bibir bawahnya luka-luka, sedangkan tutup kepalanya pecah. Posisi Nabi saw. yang hanya diapit oleh puluhan tentara saja itu, dihujani musuh dengan anak panah yang memaksa beberapa orang sahabat gugur, karena menghalangi sampainya anak-anak panah itu ke tubuh Rasulullah saw. Tercatat di antaranya Abu Dajanah, Saad bin Abi Waqas yang matian-matian bertahan dengan melontarkan hampir seribu buah anak panah, guna mengusir musuh.

    Selain itu dicatat pula seorang wanita, Ummu Imarah Nusaibah Al Anshary. Srikandi ini mulanya bertugas sebagai perawat tentara Islam yang luka-luka, tetapi demi melihat jiwa Nabi terancam maut, segeralah ia memagari diri Nabi beserta suami dan dua orang putranya, sehingga ia sendiri tewas. Atas keberaniannya yang luar biasa itu, Rasulullah berkata kepadanya, “Semoga Allah memberkahi kamu sekeluarga.”

    Lalu Nusaibah minta kepada Nabi berdoa agar dapat bersama-sama masuk surga dengan angota-anggota keluarga yang tewas pada waktu itu. “Ya Allah, jadikanlah mereka ini sebagai teman-temanku di surga kelak,” ucap Nabi.

    Saat-saat gawat ini diceritakan oleh Nabi saw. kepada sahabat-sahabatnya, “Wanita yang bernama Nusaibah inilah yang paling sibuk memberikan perlawanan demi membela aku. Ia menderita dua belas luka terkena panah dan pedang.”

    Pada saat kritis tersebut ada seorang tentara Quraisy yang bernama Ubai bin Khalaf menyerang Nabi dengan pedang terhunus, sehingga tidak ada jalan lain buat Nabi selain membela diri. Diambilnya sebatang tombak terus dilemparkannya ke tubuh Ubai sehingga tidak jadi membunuh Nabi, karena telah tewas lebih dahulu. Hanya dalam perang Uhud ini Rasulullah sempat membinasakan jiwa seseorang dan hanya Ubai bin Khalaf inilah yang mati terkena tombak Nabi, selama masa peperangannya.

    Untunglah Rasulullah saw. masih mampu bangkit dan keluar dan lubang tempatnya terperosok dengan bantuan Thalhah bin Ubaidillah.

    Melihat sekelompok orang-orang Musyrik Makkah masih berada di atas gunung, diperintahkannya satu regu untuk mengejarnya, seraya berseru kepada seluruh pasukan, “Mereka itu tidak pantas mengungguli kita. Ya Allah, tiada kekuatan bagi kami kecuali karena Engkau.”

    Sambil bersiap-siap untuk berlari berkatalah Abu Sofyan, “Hari ini adalah hari pembalasan Perang Badar.”

    Perang Uhud ini menelan korban sebanyak 70 orang dari pasukan Islam, dan 23 dan kaum Musyrikin. Suatu hal yang sangat memiriskan perasaan ialah peristiwa terbunuhnya Syaidina Hamzah, paman Rasulullah saw. Begitu beliau terkena panah, menari-narilah Hindun isteri Abu Sofyan, lalu mendatangi tempat tergeletaknya Hamzah dengan maksud melampiaskan dendam kesumat atas kematian ayahnya pada perang Badar. Dibelahnyalah dada mayat Hamzah, diambil hatinya, lalu dikunyah-kunyahnya.

    Mengenai Perang Uhud ini terdapat beberapa ayat yang berisi nasihat pelipur kesedihan kaum Muslimin atas kekalahannya dan mengingatkan akan sebab-sebab terjadinya kekalahan itu. Dalam surat Ali Imran ayat 138 sampai ayat 142 dan ayat 153 dikatakan, “Dan janganlah kamu lemah semangat dan janganlah bersedih hati, dan kamulah orang-orang yang lebih tinggi derajatnya, jika kamu benar-benar beriman. Jika kamu (pada perang uhud) mendapat luka, maka sesungguhnya kaum kafir itupun mendapatkan luka yang serupa. Demikianlah, masa kami pergantikan antara manusia, agar mereka mendapat pelajaran dan supaya Allah membedakan orang-orang yang beriman dengan orang-orang yang kafir dan supaya sebagian kamu gugur sebagai syahid. Dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim. Dan agar Allah membersihkan orang-orang beriman (dari dosa-dosanya) dan membinasakan orang-orang yang kafir. Apakah kamu mengira kamu akan masuk surga padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu, dan belum nyata orang-orang yang sabar.” (Ali Imran: 139-142)

    “Dan sesungguhnya Allah telah memenuhi janjiNya kepada kamu, ketika kamu membunuh mereka dengan izin-Nya, sampai pada saat kamu lemah dan berselisih dalam urusan itu, dan mendurhakai perintah Rasul, sesudah Allah memperlihatkan kepada kamu sesuatu yang kamu sukai. Di antara kamu ada pula yang menghendaki akhirat. Kemudian Allah memalingkan kamu dari mereka, untuk rnenguji kamu, dan sesungguhnya Allah telah memaafkan kamu. Dan Allah memiliki karunia atas orang-orang beriman. Ingatlah ketika kamu lari dan tidak menoleh kepada seorang pun, sedang Rasul yang berada di antara kawan-kawanmu yang lain memanggil kamu. Karena itulah Allah menimpakan atas kamu kesedihan di atas kesedihan, supaya kamu tidak bersedih hati terhadap apa-apa yang luput dari sisi kamu dan terhadap apa yang menimpa kamu. Dan Allah Maha Mengetahui apa-apa yang kamu lakukan.” (Ali Imran: 152-153)

    nazim

    • *
    • Posts: 204
    • Anak Soleh
      • View Profile
    Jawab #5 09 April, 2009, 12:03:57 PM
  • Publish Di FB
  • Banyak manafaat dari membaca kisah perang uhud
    setiap kali membaca sirah junjungan,seolah-olah
    ana kembali ke zaman lampau.....
    Bilalah dapat peluang berkunjung ke bumi
    ambiya'....InsyaAllah Allah buka pintu
    rezeki buatku...

    mujahid sejati

    • *
    • Posts: 8
      • View Profile
    Jawab #6 30 November, 2010, 11:18:55 PM
  • Publish Di FB
  •  :msya:
    begitu tersentuh sekali dikala mengingatkan perjuangan Rasulullah utk menyebarkan dan menegakkn agama islam...
    kalaulah ana dpt berjihad sekali...
    ade sesape x bleh share tntg peperangan yg lain...
    cntoh : perang Khandaq ,Hudaibiah ,Hunain ,Tabuk etc.....

    mysteri_khai

    • *
    • Posts: 175
      • View Profile
    Jawab #7 01 December, 2010, 09:32:54 AM
  • Publish Di FB
  • menitis air mata mengenangkan indahnya syahid dijalan Allah...lantas sepantas kilat semangat para syuhada' menerpa disanubari...menebalkan lagi dan mengentalkan lagi jiwa ini...setiap kali aku membayangkan bagaimana tubuhku hancur dibolosi peluru-peluru musuh, dikala itu juga menitis air mata kegembiraan...ya...air mata kegembiraan...gembira kerana aku dapat merasai indahnya syahid...membayangkan bagaimana roh tersenyum melihat jasad yang terkulai layu dimedan syahid...itulah detik-detik kemenangan seorang syuhada'...biar syahid ataupun kemenangan..itulah pengakhiran perjuangan ini...
    Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
    Tuntuniku menggapai redhaMu
    Rimbunan kasihMu ku berteduh
    KepadaMu ya Tuhan
    Berikan secebis keinsafan
    Bekalan sepanjang perjalanan
    Mencari ketenangan

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    5 Replies
    8080 Views
    Last post 14 May, 2009, 02:32:10 PM
    by Ummi Munaliza
    1 Replies
    4902 Views
    Last post 20 May, 2009, 10:53:23 PM
    by fikri
    2 Replies
    1763 Views
    Last post 06 April, 2009, 08:53:40 AM
    by assiddiq