Apa itu menopause?

Author Topic: Apa itu menopause?  (Read 14456 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Ummi Munaliza

  • *
  • Posts: 14534
  • Anniversary Ke 30
    • View Profile
12 November, 2009, 11:07:34 AM
  • Publish Di FB


  • Putus Haid

    Apa itu menopause?

        * Bermaksud tiada lagi mengalami kedatangan haid
        * Anda tidak boleh lagi mendapat zuriat
        * Haid mungkin berhenti secara tiba-tiba, beransur ansur atau tidak tetap

    Bila menopause berlaku?
    Menopause berlaku dikalangan wanita yang berumur 45 hingga 55 tahun, purata pada umur 50 tahun.

    Bolehkah menopause berlaku sebelum usia 40 tahun?

    Ya, ia boleh berlaku sebelum berusia 40 tahun. Ia dikenali sebagai menopause awal, ini bermakna ovari tidak lagi berfungsi. Bilangannya sekitar satu peratus dari jumlah wanita menopause yang mungkin disebabkan oleh :

        * Pembedahan, contohnya mengeluarkan barah ovari
        * Penyakit penyakit darah (autoimune) contoh Systemic lupus Erythromatosus, rheumatoid arthritis, Hypothyroidism atau Crohn's disease
        * Penyakit keturunan contoh, Familial ovarian failure dan galactosaemia
        * Jangkitan viral
        * Kebanyakan sebab sebab masih belum diketahui.

    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14534
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #1 12 November, 2009, 11:08:28 AM
  • Publish Di FB

  • Apakah tanda-tanda menopause?

    Tanda tanda menopause terbahagi kepada:

       1. Gejala vasomotor
              * Panas dan kemerahan dimuka
              * Berpeluh
              * Denyutan jantung yang laju
              * Serangan kegugupan (panik)
              * Susah tidur
       2. Gejala mental
              * Emosi yang berubah-ubah
              * Suasana perasaan yang berubah-ubah
              * Keletihan
              * Kurang daya ingatan
              * Mudah tersinggung
              * Kurang daya seks
       3. Gejala saluran kencing/Urogenital
              * Kekeringan faraj
              * Kerap kencing
              * Kencing tidak terkawal
       4. Penyakit tulang
              * Tulang menipis (osteoporosis)
              * Ketinggian badan mengurang
              * Kepatahan tulang
       5. Lain-lain gejala
              * Kulit menipis ( atrophy )
              * Kehilangan anjalan kulit
              * Kulit kering
              * Rambut bertambah gugur
              * Mudah mendapat ruam

    Apa itu keadaan panas dan kemerahan dimuka?

    85% wanita yang menopause mengalami keadaan panas dan kemerahan dimuka:

        * Kebiasaannya kepanasan mula dirasai dari kepala dan muka kemudian menular keleher serta lain lain bahagian badan
        * Berakhir untuk tempoh 3 hingga 6 minit
        * Berserta dengan kelajuan denyutan jantung secara tiba-tiba, suhu kulit meningkat dan berpeluh-peluh
        * boleh berlaku sekali dalam sebulan, sekali dalam seminggu atau beberapa kali dalam setiap jam.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14534
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #2 12 November, 2009, 11:09:37 AM
  • Publish Di FB

  • Apakah komplikasi-komplikasi menopause?

        * Penyakit jantung
        * Osteoporosis ( Kemampatan tulang mengurang yang menyebabkan tulang menjadi rapoh )
        * Angin akhmar ( stroke )

    Adakah rawatan untuk tanda tanda menopause?

    Tingkatkan gaya hidup sihat dapat mengurangkan dengan berkesan gejala-gejala menopause yang tidak disenangi. Ini termasuk:

        * Makanan berkhasiat
        * Elakan merokok
        * Selalu bersenam
        * Berfikir secara positif
        * Melakukan pemeriksaan Pap Smear
        * Melakukan pemeriksaan payu dara

    Rawatan hormon gantian ( HRT ) ,boleh mengurangkan simptom menopause dengan berkesan terutama keadaan panas dan kemerahan dimuka ( hot flushes ),kekeringan faraj,masaalah kerap kencing,kencing tidak terkawal. Ini melibatkan pengambilan ubatan oestrogen sahaja atau oestrogen dan progestin.
    Hormon hormon ini boleh didapati dalam bentuk:

        * Krim faraj
        * Menanam
        * Pil
        * Suntikan
        * Tampalan
        * Memasukan alat vaginal ring

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14534
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #3 12 November, 2009, 11:10:47 AM
  • Publish Di FB

  • Apakah yang perlu saya buat sebelum mengambil HRT?

    Melakukan penilaian sebelum memulakan rawatan HRT, ini termasuk:

        * Pemeriksaan menyeluruh termasuk payu dara dan pemeriksaan pelvis
        * Papanicolaou smear
        * Mammogram
        * Fasting lipid profile
        * Fasting glucose level
        * Liver function test

    Bolehkah HRT menyebabkan barah payu dara?

    Risiko barah payu dara bertambah mengikut jangka masa pengambilan HRT

    Apakah kesan sampingan HRT?
    Kesan sampingannya termasuk:

        * Kesan sampingan ringan:
              o Payu dara sakit bila disentuh
              o Kekejangan
              o Membengkak
              o Murung
              o Loya dan muntah
              o Sakit kepala
              o Pendarahan dari faraj
        * Kesan sampingan berat:
              o Barah payu dara
              o Serangan sakit jantung
              o Angin akhmar (stroke)
              o Barah rahim bagi pengambilan ubatan ubatan oestrogen yang banyak

    Oleh sebab itu pesakit yang mengambil rawatan HRT perlu dipantau rapi oleh kakitangan kesihatan yang profesional untuk membolehkan mereka mendapat faedah yang maksima.

    Bilakah HRT tidak sesuai digunakan?

    HRT tidak sesuai digunakan:

        * Mengandung
        * Penyakit hati yang aktif
        * Disyaki barah payu dara atau rahim
        * Thrombophlebitis (pembekuan pembuluh darah)

    Dimana untuk mendapatkan bantuan?

    Minta bantuan dari klinik kesihatan yang berdekatan.

    Bahan Rujukan


        * Better Health Channel Feb 2004 Menopause
        * Better Health Channel Nov 2004 Premature menopause
        * Women's Health Community Dec 2004 Menopause
        * Family doctor org. Sept 2004 Menopause; What to expect when your body is changing


    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14534
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #4 12 November, 2009, 11:25:07 AM
  • Publish Di FB

  • Apakah kesan emosi wanita yang putus haid?


    Hormon estrogen boleh dianggap sebagai bahan penyeri kepada paras wanita. Ia juga penting bagi menstabilkan jiwa dan emosi wanita. Ekoran dari ketandusan hormon estrogen berbagai masalah jiwa dan emosi seperti kesedihan tanpa sebab, ketakutan kerana memikirkan kemungkinan hilangnya ciri-ciri kewanitaan dan perasaan mudah marah timbul. Mereka menjadi sangat sensitif dan mudah merajuk. Selera mereka dan tidur mereka mudah terganggu. Mereka sering rasa resah dan gelisah. Serba-serbi yang mereka dibuat menjadi serba tidak kena. Mereka juga sering mengeluh dan menangis apabila bersendirian.


    Orang yang mengalami monopouse akan mengalami peubahan


    Imej dan Sikap

        * Bina sikap positif dalam kehidupan.
        * Terima perubahan yang berlaku dari segi peranan.
        * Kekalkan aktif secara fizikal dan mental.
        * Teruskan perjuangan hidup. Dapatkan bantuan jika perlu.



    Bagaimana untuk berhadapan dengan orang yang mengalami monopouse?


    Bagi mengatasi masalah jiwa dan emosi yang berkaitan dengan putus haid, sokongan dari orang yang rapat dengannya seperti suami, anak-anak, sadara-mara dan rakan adalah penting. Suami perlu memahami perubahan akibat putus haid dan memberi bantuan dengan nasihat dan kata-kata yang menaikkan semangat dan keyakinan diri wanita tersebut. Jika masalah yang dialami itu teruk, perlulah ia mendapat nasihat daripada kaunselor atau doktor. Kebanyakan daripada masalah-masalah tersebut hanyalah sementara dan akan lenyap dengan sendirinya.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14534
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #5 12 November, 2009, 11:27:59 AM
  • Publish Di FB

  •  FATWA MENGENAI RAWATAN HORMON BAGI WANITA YANG TELAH PUTUS HAID


    Fatawa Majma' Al-Fiqh
    Mesyuarat membincang dengan terperinci mengenai masalah ini berdasarkan kertas penjelasan yang disediakan oleh pakar dibidang berkenaan serta maklumat lanjut yang diberi secara lisan yang disampaikan kepada beberapa orang ahli jemaah ulama’ majlis beberapa hari yang lepas. Mesyuarat juga mengambil maklum tentang tujuan rawatan hormon adalah sebagaimana berikut:-

    (1) Untuk mengawal gejala-gejala yang berkaitan dengan putus haid dimana ianya mengakibatkan terganggunya kerja-kerja seharian dan juga hubungan kelamin.

    (2) Untuk mencegah penyakit reput tulang (osteoporosis) yang boleh menyebabkan mudah patah tulang apabila seseorang wanita itu terjatuh dan sebagainya.

    (3) Untuk mencegah penyakit jantung yang kerap berlaku pada wanita diperingkat umur putus haid (menopos).


    Jawapan:

    Dengan itu, mesyuarat bersetuju memfatwakan sebagaimana berikut:-

    (1) Bahawa pengambilan ubat hormon itu adalah diharuskan walaupun ianya diproses dengan menggunakan hormon yang terdapat pada air kencing kuda bunting. Kaedah rawatan dengan menggunakan tampalan pada kulit badan yang menyebabkan terhalang air ke kulit, ia hendaklah ditingggalkan apabila hendak mengangkat hadas besar. Rawatan secara kaedah perdarahan bulanan yang dimulakan semasa umur kedatangan haid dan diteruskan sehingga seseorang itu putus haid (menopos) adalah harus dan darah yang keluar menurut tempoh kedatangan haid adalah dianggap darah haid walaupun seseorang itu sudah putus haid atau berada pada usia putus haid (سن اليأس). Bagi perempuan yang bersuami, persetujuan suami hendaklah diperolehi untuk mengambil ubat-ubatan hormon tersebut.

    (2) Fatwa itu berlandaskan beberapa nas yang dipetik dari kitab-kitab sebagaimana berikut:-

    (1) بجيرمى مع الاقناع, jilid 1 halaman 338
    وأما آمره صلى الله عليه وسلم العرنيين يشرب أبوال الأبل فكان للتداوى والتداوى بالنجس جائز عند فقد الطاهر الذي يقوم به مقامه. وأما قوله صلى الله عليه وسلم لم يجعل الله شفاء أمتى فيما حرم عليها فمحمول على الخمر.

    (2) بغية الطلاب keluaran Darul Fikr, jilid 1 halamna 83 berbunyi:
    (Masalah) maka jika melihat darah perempuan yang sudah putus asa kerana sudah lampau umurnya daripada haid maka dihukumkan darahnya itu darah haid jua jika diperoleh syaratnya. Demikianlah zahir daripada kalam Syeikh Ramli pada nihayahnya.


    Negara asal : Malaysia
    Negeri : Kelantan
    Badan yang mengisu fatwa : Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Kelantan

    Tarikh Diisu : 1998

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4917
      • View Profile
    Jawab #6 12 November, 2011, 05:51:26 PM
  • Publish Di FB
  • men o pause -

    pause bukan stop

    jika fahamlah kan

    boleh sambung ya men

    kuntuman ummi

    • *
    • Posts: 262
      • View Profile
    Jawab #7 12 November, 2011, 09:39:26 PM
  • Publish Di FB
  •                                    
                                                                                                                   
    Interesting information kak munaliza..thank u.

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4917
      • View Profile
    Jawab #8 03 September, 2012, 06:51:27 PM
  • Publish Di FB
  • dalam IMD, boleh mohon Allah perpanjangkan ke usia 60tahun, inshallah

    ada senaman senaman khas untuk wanita jika mahu, boleh saja hubungi kak ros: 0132611778

    itupun jika kalin minat Ilmu untuk wanita lah ya, semoga kalian dapat menjaga tatatertib, inshallah

    divider3
    halaqahforum4