Gangguan Makhluk Halus

*

Author Topic: Gangguan Makhluk Halus  (Read 29187 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

dol_bendol

  • *
  • http://al-merapu.blogspot.com
    • View Profile
11 November, 2009, 11:32:14 PM
  • Publish
  • Tanda-Tanda Ada Gangguan Jin Yang Di Istilahkan Sebagai Keturunan Atau Saka Baka Dalam Sesebuah Keluarga Itu Antaranya :

        *
          Mandul ( bukan sebab beradat seperti kemalangan yang teruk jatuh yang kuat bersukan ).

        *
          Sentiasa berlaku keguguran anak dalam kandungan.

        *
          Anak hilang dalam kandungan bila sampai umur enam bulan keatas.

        *
          Melahirkan anak yang cacat anggota atau fikiran atau kedua-duanya sekali.

    Melahirkan anak yang buruk akhlak walaupun ulama besar kerana ada pada dirinya sifat-sifat seperti dibawah ini:

    a.      Lekas marah atau panas baran

    b.      Irihati

    c.      Cemburu

    d.      Jahat sangka

    e.     Mimpi yang menyeronokkan yang jarang-jarang menjadi kenyataan

    f.       Menjelma masuk kedalam dirinya mengaku wali, nabi atau malaikat dengan menzahirkan beberapa yang mencarik adat sebagai bukti kebenarannya.

    Mendatangkan perkara biasa melalui jalan yang luar biasa seperti batu, cincin, duit emas, keris dan sebagainya.Golongan yang tiga ini juga bertindak sebagai KAHIN, ARROF atau MUNAJJIM dengan melayan manusia-manusia yang datang memohon pertolongan daripada mereka dengan segala rupa bentuk ilmu sihir seperti menceraikan manusia yang berkasih sayang, memisahkan anak dengan bapa, mendatangkan berbagai rupa bentuk penyakit yang dihajati disamping perkara-perkara yang baik.

    TANDA-TANDA SESEORANG ATAU KELUARGA ITU TERKENA ILMU SIHIR ATAU DISIHIRKAN

        * Suka bergaduh dan lekas naik darah panas sehingga bercerai-berai, pukul memukul dan sebagainya.
        * Hilang ceria diri dan rumah kediaman.
        * Sakit yang berlari-lari atau sakit diantara kulit dan isi yang tidak dapat dikesan oleh doktor pakar melalui kaedah saintifik.
        * Menjelma masuk kedalam badan hingga lupa diri.
        * Mimpi yang menakutkan dan menzahirkan beberapa perkara yang merosakkan serta menakutkan seperti:

    a.                  Api menyala dengan sendiri

    b.                  Bunyi orang berjalan

    c.                  Menangis

    d.                 Bau-bauan, bunyi bising dan sebagainya.

    Antara sebab-sebabnya ialah:

        * Masaalah perniagaan seperti berkedai, berjaja, kontraktor dan sebagainya.
        * Putus pertunangan.
        * Masaalah pertunangan yang tidak ditunaikan.
        * Rebutan pangkat kedudukkan dalam masyarakat, swasta dan kerajaan.
        * Rebutan harta pusaka.
        * Irihati dengan jiran-jiran sebelah.
        * Cemburu, jahat sangka dan lain-lain yang seumpama.

    TANDA-TANDA SAKIT ATAU TERKENA GANGGUAN DARI MAKHLUK HALUS ADALAH MELALUI:

        * Mimpi.
        * Perubahan atau sakit pada tubuh badan.
        * Gangguan dirumah atau dipersekitaran.
        * Mempelajari atau mengamalkan ilmu yang salah atau berunsurkan syirik.
        * Menggunakan makhluk halus untuk menjaga hartabenda, kediaman, diri dan sebagainya. 

    Al-Quran memperakui tentang adanya jin-jin. Terangkum dalam golongan jin ialah iblis dan syaitan. Begitu juga dengan keterangan hadis-hadis. Malah Al-Quran sendiri menyatakan Allah menjadikan jin itu lebih awal daripada Adam. Pada dasarnya jin-jin ini sukar mengganggu fizikal manusia kerana nature kejadian makhluk ini dengan manusia adalah berbeza. Apa yang sering berlaku ialah gangguan pada roh manusia yang disalurkan melalui mimpi. Kerana itulah maka apabila seseorang itu diganggu oleh makhluk ini ia akan menghadapi masaalah ketika tidur.

    GANGGUAN KETIKA TIDUR

    1.     Gangguan ketika tidur sering berlaku apabila seseorang itu hendak lena, juga ketika sedang tidur nyenyak.

    2.     Mungkin seseorang itu terasa perutnya ditusuk dengan jarum, lembing atau benda tajam yang tidak kelihatan.

    3.     Di langgar kenderaan menyebabkan darah kelihatan bertaburan.

    4.     Di terkam oleh makhluk yang menakutkan dan sebagainya sebaik-baik sahaja hendak lena.

    5.     Sering bermimpi melihat makhluk ganjil, hitam , tinggi lagi menakutkan.

    6.     Di kejar dan ditangkap oleh makhluk besar lalu diselamkan dalam air menyebabkan pesakit terasa lemas, tercungap-cungap sukar bernafas.

    7.     Mimpi melihat binatang yang menakutkan.

    8.     Mimpi berada ditempat asing lagi menggerunkan seperti berjumpa mayat atau berjumpa orang yang meninggal dunia.

    9.     Terasa seolah-olah berada di awang-awangan, di tempat tinggi, di gunung ataupun hutan lalu jatuh ke bumi.

    Gangguan yang menakutkan dan menyakiti seperti ini datang lagi sebaik-baik sahaja seseorang itu memulakan tidurnya lagi. Pengalaman seperti ini menyebabkan seseorang itu rasa takut dan bimbang hendak menyambung tidur.

    terima kasih al haz

    Reply #1 11 November, 2009, 11:41:00 PM
  • Publish
  • makhluk halus ada di mana2 sahaja..
    sebagai manusia kita hendaklah menyebut 'auzubillahi minasy syaitanir rajim'...
    dan membaca serta mengamalkan beberapa ayat al-quran untuk melindungi diri..

    Reply #2 18 November, 2009, 10:46:35 AM
  • Publish
  • ada org yg selalu kena tindih masa tidur tu dikira gangguan makhluk halus gak ke....? biasa baca ayat2 al-quran byk kali baru terlepas..
    rasa sesak nafa pun ada...

    dol_bendol

    • *
    • http://al-merapu.blogspot.com
      • View Profile
    Reply #3 18 November, 2009, 12:03:02 PM
  • Publish
  • ya, jin ni bukan mahu, tapi akan datang juga, tu di panggil saka baka, perhatikan pula thread saka baka ya


    Reply #4 18 November, 2009, 01:33:26 PM
  • Publish
  • sekiranya mengalami gangguan, sentiasa membaca ayat-ayat ini :

    1. surah al fatihah
    2. ayatul kursi
    3. surah al fiil
    4. 3 qul

    - baca selepas setiap kali selepas solat fardhu dan wajib dibaca selepas solat subuh dan maghrib

    sentiasalah ingat Allah s.w.t. walau di mana sahaja kita berada :ins:

    ~ sumber : Darussyifa' JB

    Reply #5 18 November, 2009, 01:36:03 PM
  • Publish
  • ada org yg selalu kena tindih masa tidur tu dikira gangguan makhluk halus gak ke....? biasa baca ayat2 al-quran byk kali baru terlepas..
    rasa sesak nafa pun ada...

    Ye. Saya ada mengkuliahkan hal ini sikit-sikit. Sebelum tidur, kibas temat tidur sambil baca sebut nama Allah. Takut kita tertindih jin yang sedang melepak. Nanti kita ebralih, dia pula tindih kita. Berikut ialah nota untuk para pendengar hari tu.

    IKHTIAR MUSLIM bersama Abu Zulfiqar
    Rawatan, Penyembuhan dan Penghindaran Berasaskan Al-Quran, Doa, Petua dan Alatan
    http://ikhtiarmuslim.blogspot.com/

    ADAB-ADAB  TIDUR MENGIKUT SUNNAH

    KAEDAH YANG PERLU DILAKUKAN SEWAKTU HENDAK TIDUR (mengikut tertib cadangan):

    1.   Berwudhuk (termasuklah bersugi atau sekurang-kurangnya berkumur-kumur)
    2.   Sapu tempat pembaringan dengan tangan, kain ataupun apa-apa yang sesuai sambil membaca Bismillah.
    3.   (Setelah duduk di katil/ tempat tidur) Ucapkan dua kalimah syahadah
    4.   Berselawat ke atas Nabi
    5.   Membaca “A’uzhubillah...”, Al-Fatihah dan Ayat Kursi
    6.   Tadah tangan seperti berdoa. Tiup kedua-duanya. (Cara meniup yang dianjurkan- Hembus perlahan-lahan sehingga habis satu nafas)
    7.   Baca 3 Qul mengikut tertib (yang dahulu didahulukan).
    8.   Sapukan tapak tangan ke kepala, muka dan seluruh tubuh. (Langkah 5 hingga 7 elok diulang 3 kali)
    9.   Tidur dengan berbaring menghadap ke sebelah kanan.

    RASIONAL AMALAN INI (antaranya):
    1. Dapat pahala.
    2. Disukai Allah dan Rasul.
    3. Anggota badan bersih.
    4. Mengelakkan/ mengurangkan gangguan jin dan sihir.
    5. Melancarkan pergerakan jantung dan sistem badan seluruhnya kerana jantung di sebelah kiri dalam dada tidak terhimpit.
    6. Kuasa dalaman yang ada pada tapak tangan dapat dialirkan ke seluruh tubuh.
    7. Sebagai langkah berjaga-jaga dengan memeriksa tempat pembaringan dan seluruh tubuh kalau-kalau ada sesuatu seperti serangga, benda tajam, kekotoran dan sebagainya.
    8. Menambahkan kecintaan kepada Rasulullah kerana mempraktikkan sunnahnya.
    9.  Membuatkan Iblis, syaitan, jin-jin jahat dan tukang-tukang sihir (semuanya musuh-musuh Allah) kecewa.
    10. Mengelakkan daripada tertindih jin yang mungkin sedang beristirehat di atas tempat pembaringan kita.




    ANJURAN BERWUDHUK & MENGERENG KE KANAN
    "Apabila engkau mendatangi tempat tidurmu, maka hendaklah engkau berwudhuk sebagaimana wudhuk hendak mengerjakan solat, kemudian berbaringlah di atas badanmu yang sebelah kanan."
    (Bukhari & Muslim)

    SANDARAN MENGIBAS TEMPAT TIDUR
    “Apabila seseorang kamu hendak tidur, maka kibaslah tempat tidurnya dengan hujung sarungnya, kerana ia tidak tahu barangkali ada kotoran yang melekat.”
    (Bukhari & Muslim)

    “Apabila salah seorang kamu tidur di tempat tidurnya, maka gunakan bahagian dalam sarungnya untuk menyapu tempat tidurnya, dan sebutlah nama Allah.”
    (Muslim)

    SANDARAN MEMBACA 3 QUL & MENYAPU TUBUH
    “Daripada Aishah ra, bahawa (apabila) Nabi saw baring di tempat tidurnya pada setiap malam, baginda merapatkan kedua-dua belah tapak tangannya, kemudian meniup kedua-duanya, dan membaca padanya: Qul HuAllahu Ahad dan Qul a'uzhibirabbil falaq dan Qul a'uzhubirabbinnaas, kemudian menyapu dengan kedua-duanya seluruh tubuh yang tercapai oleh kedua-duanya yang dimulakan dari kepala, muka, kemudian seluruh tubuhnya. Baginda berbuat demikian 3 kali."
    (Bukhari & Muslim)

    KEISTIMEWAAN 3 QUL
    "Bacalah surah al-Ikhlaas, surah al-Falaq, surah an-Naas, masing-masing 3 kali pada waktu petang dan pagi, maka ia akan MELINDUNGIMU DARI SEGALA MACAM BAHAYA." (Abu Daud, Turmizi, An-Nasa'i)

    AMALAN TAMBAHAN
    Rasulullah saw berkata kepada Ali (menantunya) dan Fatimah (anaknya):
    "Jika kamu berdua menuju ke tempat tidur, bacalah takbir 34 kali, tasbih 33 kali dan tahmid 33 kali."
    (Bukhari)

    KEPENTINGAN BERZIKIR SEBELUM TIDUR
    “Sesungguhnya apabila orang hendak tidur, berebut-rebutlah malaikat dan syaitan. Maka berkatalah malaikat: “Ya Allah, akhirilah dengan kebaikan.”
    Kemudian bekatalah syaitan: “Akhirilah dengan keburukan.”
    Apabila orang itu berzikir kepada Allah, kemudian tertidur, maka malaikat pun menjaganya.”
    (Ibnus Sunni)

    *Istiaqamahlah dengan amalan ini. Amalan yang sedikit tapi dilakukan berterusan adalah lebih baik daripada banyak amalan tapi tidak istiqamah.

    Video kuliah kepada nota-nota ini ada di sini
    Benteng Diri Ketika Tidur (1/2)


    Pandang Global, Bergerak Sebagai Satu Umat.
    BerTuhankan Allah, Bersyariatkan Syariat Muhammad saw.

    Reply #6 18 November, 2009, 01:37:36 PM
  • Publish
  • Salam... sekadar pandangan dari amalan2 org Soleh

    Amalkan membaca ayat Kursi 7 kali slps subuh & 7 kali slps Asar setiap hari sbgi banteng dari gangguan makhluk halus jin & syaitan.
    Banyakkan Selawat keatas Nabi SAW. Seboleh-bolehnya 1000sehari krn setiap dari kita tak lps dari didampangi jin & syaitan yg sentiasa menyesatkan kita semua.

    Ada jin kereta,jin direct selling, jin rokok, jin rempit, jin lagu dll
    Allah lbh mengetahui

     

    akuime

    • *
    • sayabudakbarubelajar
      • View Profile
    Reply #7 24 January, 2010, 12:11:51 AM
  • Publish
  • :sedihnya:..trima kasih info..
    "it is not about 'money'..it is about sending a message"

    Reply #8 24 January, 2010, 12:23:34 AM
  • Publish
  • meninjau2
    sama-samalah kita mengambil ilmu yang haq sahaja mana-mana yang bathil sama-samalah kita pulangkan.

    Ayuh mari pelajari teknik bunuh iblis, syaitan, jin, bunian dan sekutu-sekutunya.

    Reply #9 24 January, 2010, 12:36:11 AM
  • Publish
  •  :)
    juga tidak ketinggalan amalkan dan hidupkan sunnah membaca al-makthurat pagi dan petang,
     :ins: terlindung dari suatu yang tidak diingini..
    "Allahumma takhtim lana bihusnil khatimah""Allahumma takhtim lana bissa'adah wa la takhtim 'alaina bissaqawah"

    minaina

    • *
    • setiap yg berlaku pasti ade hikmahnya
      • View Profile
    Reply #10 24 January, 2010, 12:36:27 AM
  • Publish


  • Tanda-Tanda Ada Gangguan Jin Yang Di Istilahkan Sebagai Keturunan Atau Saka Baka Dalam Sesebuah Keluarga Itu Antaranya :

        *
          Mandul ( bukan sebab beradat seperti kemalangan yang teruk jatuh yang kuat bersukan ).

        *
          Sentiasa berlaku keguguran anak dalam kandungan.

        *
          Anak hilang dalam kandungan bila sampai umur enam bulan keatas.

        *
          Melahirkan anak yang cacat anggota atau fikiran atau kedua-duanya sekali.

    Melahirkan anak yang buruk akhlak walaupun ulama besar kerana ada pada dirinya sifat-sifat seperti dibawah ini:

    a.      Lekas marah atau panas baran

    b.      Irihati

    c.      Cemburu

    d.      Jahat sangka

    e.     Mimpi yang menyeronokkan yang jarang-jarang menjadi kenyataan

    f.       Menjelma masuk kedalam dirinya mengaku wali, nabi atau malaikat dengan menzahirkan beberapa yang mencarik adat sebagai bukti kebenarannya.

    Mendatangkan perkara biasa melalui jalan yang luar biasa seperti batu, cincin, duit emas, keris dan sebagainya.Golongan yang tiga ini juga bertindak sebagai KAHIN, ARROF atau MUNAJJIM dengan melayan manusia-manusia yang datang memohon pertolongan daripada mereka dengan segala rupa bentuk ilmu sihir seperti menceraikan manusia yang berkasih sayang, memisahkan anak dengan bapa, mendatangkan berbagai rupa bentuk penyakit yang dihajati disamping perkara-perkara yang baik.

    TANDA-TANDA SESEORANG ATAU KELUARGA ITU TERKENA ILMU SIHIR ATAU DISIHIRKAN

        * Suka bergaduh dan lekas naik darah panas sehingga bercerai-berai, pukul memukul dan sebagainya.
        * Hilang ceria diri dan rumah kediaman.
        * Sakit yang berlari-lari atau sakit diantara kulit dan isi yang tidak dapat dikesan oleh doktor pakar melalui kaedah saintifik.
        * Menjelma masuk kedalam badan hingga lupa diri.
        * Mimpi yang menakutkan dan menzahirkan beberapa perkara yang merosakkan serta menakutkan seperti:

    a.                  Api menyala dengan sendiri

    b.                  Bunyi orang berjalan

    c.                  Menangis

    d.                 Bau-bauan, bunyi bising dan sebagainya.

    Antara sebab-sebabnya ialah:

        * Masaalah perniagaan seperti berkedai, berjaja, kontraktor dan sebagainya.
        * Putus pertunangan.
        * Masaalah pertunangan yang tidak ditunaikan.
        * Rebutan pangkat kedudukkan dalam masyarakat, swasta dan kerajaan.
        * Rebutan harta pusaka.
        * Irihati dengan jiran-jiran sebelah.
        * Cemburu, jahat sangka dan lain-lain yang seumpama.

    TANDA-TANDA SAKIT ATAU TERKENA GANGGUAN DARI MAKHLUK HALUS ADALAH MELALUI:

        * Mimpi.
        * Perubahan atau sakit pada tubuh badan.
        * Gangguan dirumah atau dipersekitaran.
        * Mempelajari atau mengamalkan ilmu yang salah atau berunsurkan syirik.
        * Menggunakan makhluk halus untuk menjaga hartabenda, kediaman, diri dan sebagainya. 

    Al-Quran memperakui tentang adanya jin-jin. Terangkum dalam golongan jin ialah iblis dan syaitan. Begitu juga dengan keterangan hadis-hadis. Malah Al-Quran sendiri menyatakan Allah menjadikan jin itu lebih awal daripada Adam. Pada dasarnya jin-jin ini sukar mengganggu fizikal manusia kerana nature kejadian makhluk ini dengan manusia adalah berbeza. Apa yang sering berlaku ialah gangguan pada roh manusia yang disalurkan melalui mimpi. Kerana itulah maka apabila seseorang itu diganggu oleh makhluk ini ia akan menghadapi masaalah ketika tidur.

    GANGGUAN KETIKA TIDUR

    1.     Gangguan ketika tidur sering berlaku apabila seseorang itu hendak lena, juga ketika sedang tidur nyenyak.

    2.     Mungkin seseorang itu terasa perutnya ditusuk dengan jarum, lembing atau benda tajam yang tidak kelihatan.

    3.     Di langgar kenderaan menyebabkan darah kelihatan bertaburan.

    4.     Di terkam oleh makhluk yang menakutkan dan sebagainya sebaik-baik sahaja hendak lena.

    5.     Sering bermimpi melihat makhluk ganjil, hitam , tinggi lagi menakutkan.

    6.     Di kejar dan ditangkap oleh makhluk besar lalu diselamkan dalam air menyebabkan pesakit terasa lemas, tercungap-cungap sukar bernafas.

    7.     Mimpi melihat binatang yang menakutkan.

    8.     Mimpi berada ditempat asing lagi menggerunkan seperti berjumpa mayat atau berjumpa orang yang meninggal dunia.

    9.     Terasa seolah-olah berada di awang-awangan, di tempat tinggi, di gunung ataupun hutan lalu jatuh ke bumi.

    Gangguan yang menakutkan dan menyakiti seperti ini datang lagi sebaik-baik sahaja seseorang itu memulakan tidurnya lagi. Pengalaman seperti ini menyebabkan seseorang itu rasa takut dan bimbang hendak menyambung tidur.

    terima kasih al haz

    gannguan tengah tidur,sering mimpi berada di tempat yg tinggi,pernah mimpi mayat dgn org yg dah meninggal,dan sering rasa sakit bhgian dalaman,bile jumpe doctor katenye xde ape dan cuma imaginasi semata..pakah ini saka???..kompius...
    bukan mudah memiliki apa yang diingin dalam hidup..
    selagi ia masih berada dalam genggaman,hargai dan sayangilah ia dengan seikhlasnya..
    kerana penyesalan sudah tdk berarti ketika kita kehilangannya..

    Reply #11 24 January, 2010, 02:20:33 AM
  • Publish
  • Mungkin juga minaina...gangguan jinn ada yang dari saka atau dari luar...

    Nak detect tu kena jumpa mereka yang arif dalam perubatan secara Islam...

    Jangan jumpa bomoh - syirik...

    « Last Edit: 24 January, 2010, 02:22:40 AM by AlBahr »

    Reply #12 24 January, 2010, 03:57:59 AM
  • Publish
  • Berzikir lah dengan menyebut nama Allah sentiasa.....

    segala masaallah akan di bantu oleh Allah, dan sentiasa dalam pemeliharaannya.

    AllahAllahAllahAllahAllah

    solusi

    • *
    • ALLAH HU'AKBAR
      • View Profile
    Reply #13 27 January, 2010, 08:35:52 AM
  • Publish
  •  :) :syukur: terima kasih dengan info yg dberi.... jin atau mahluk halus juga mahluk yg ALLAH cipta.. tapi sayang ramai dr golongan melayu islam yg masih lagi percaya pada pertolongan mereka, padahal mereka tidak dapat mendatangkan mudarat atau kebaikan kepada manusia... ada tanda2 gangguan mahluk halus masih juga pergi berjumpa bomoh yg menggunakan perubatan yg bercanggah dengan sunnah Rasullah SAW...  sedih dan risau takut2 akidah pula rosak...
    -BBU-

    Reply #14 27 January, 2010, 08:47:48 AM
  • Publish
  • bagus jugak untuk pengetahuan.sekarang baru tau punca dan sebab kenapa semua ini berlaku.

    Reply #15 28 January, 2010, 09:30:40 AM
  • Publish
  • Aku berlindung dari syaitan yang di rejam. Nauzubillah.. mudah2 di lindungi Allah S.W.T.

    alhaqier

    • *
    • alhaqier ilallah
      • View Profile
    Reply #16 17 February, 2010, 08:51:44 AM
  • Publish
  • Tanda-tanda di ganggu Makhlus Halus

    1.   Sakit tulang belakang tanpa sebab.
    2.   Sakit kepala yang luar biasa dan berterusan tanpa sebab klinikal.
    3.   Sakit di bahagian tulang rusuk kiri atau kanan.
    4.   Sakit di bahagian tulang punggung tanpa sebab.
    5.   Sakit di bahagian perut tanpa sebab.
    6.   Istihadhah (darah haid yang melebihi 15 hari)
    7.   Berasa sesuatu yang mengekori anda.
    8.   Berasa ada sesuatu yang melintas di belakang anda.
    9.   Sering sesak nafas terutaman menjelang waktu maghrib dan tengah malam.
    10.   Timbul rasa takut tanpa sebab.
    11.   Nampak bayangan yang menakutkan.
    12.   Nampak makhluk yang aneh dan menyeramkan.
    13.   Berasa seperti ada sesuatu yang menolak anda ketika berada dalam tandas.
    14.   Sukar untuk lelapkan mata.
    15.   Seringkali mimpi yang menakutkan.
    16.   Seringkali bermimpi binatang-binatang liar dan berbisa seperti ular, kala jengking, dan lain-lain.
    17.   Di himpit sesuatu ketika tidur.
    18.   Mimpi bayi atau kanak-kanak.
    19.   Mimpi jatuh dari tempat yang tinggi.
    20.   Mimpi pergi ke tempat yang kotor, sunyi, dan menakutkan.
    21.   Terdengar suara ketika tidur.
    22.   Berasa ditarik atau disentap kaki ketika tidur.
    23.   Seringkali pengsan tanpa sebab.
    24.   Takut untuk menziarahi jenazah.
    25.   Ada bisikan yang meminta mangsa melakukan sesuatu yang dilarang oleh Allah SWT.
    26.   Berasa ragu-ragu dengan status keimanan diri sendiri.
    27.   Rasa seperti hampir menemui ajal.
    28.   Rasa nak marah tanpa sebab.
    29.   Benci melihat rupa orang soleh.
    30.   Benci mendengar ayat-ayat suci Al-Quran, zikir-zikir dan selawat.
    31.   Timbul rasa benci ketika melihat rupa suami atau isteri atau anak-anak.
    32.   Sukar melakukan ibadat yang wajib tambahan yang sunat.

    Kesan-kesan akibat gangguan makhluk halus

    1.   Boleh membawa maut jika sudah sampai ajal.
    2.   Gila, bingung dan berkelakuan seperti orang bodoh.
    3.   Perpecahan dalam hubungan kekeluargaan.
    4.   Sakit yang berpanjangan dan para pakar perubatan moden tidak dapat mengenal pasti sakit berkenaan.
    5.   Menjadi andartu bagi gadis.
    6.   Hilang pangkat, kerjaya, dan harta benda.
    7.   Hilang keyakinan diri.
    8.   Berkelakuan aneh.
    9.   Emosi tidak stabil. Sekejap sedih, sekejap gembira, sekejap marah dan lain-lain.

    Nota tambahan :
    Segala tanda di atas tidak semestinya akibat gangguan makhluk halus 100%. Faktor-faktor lain boleh juga menyebabkan tanda-tanda di atas seperti faktor  persekitaran, pemakanan atau sebagainya. Tetapi apabila anda mempunyai 2 tanda ke atas maka kemungkinan besar di ganggu makhluk halus adalah besar. Seeloknya apabila mendapat sesuatu penyakit itu maka pergilah mendapatkan rawatan fizikal dahulu di hospital atau klinik. namun apabila penyakit anda berlanjutan dan tidak dapat penjelasan munasabah daripada doctor maka eloklah anda mencuba rawatan alternatif yang lain pula.


    Sila emel atau ym sy jika mempunyai apa-apa soalan :

    qolis03@hotmail.com
    qolis03@yahoo.com

    http://www.alfaatihwalkhaatim.blogspot.com
    http://www.maktabmahmudyan.blogspot.com
    بارك الله لنا

    Reply #17 17 February, 2010, 09:07:57 AM
  • Publish
  • salam,
    saya nak tanya sikit ni..macam mana ye sekiranya kita selalu mimpi kita disihir oleh seseorang? apakah itu tanda-tanda seseorang hendak menyihir kita?

    sila jawab ye...syukron..

    alhaqier

    • *
    • alhaqier ilallah
      • View Profile
    Reply #18 17 February, 2010, 09:21:22 AM
  • Publish
  • salam,
    saya nak tanya sikit ni..macam mana ye sekiranya kita selalu mimpi kita disihir oleh seseorang? apakah itu tanda-tanda seseorang hendak menyihir kita?

    sila jawab ye...syukron..

    berkemungkinan...apapun elok saudari dapatkan rawatan di pusat2 rawatan islam tengok..

    Reply #19 17 February, 2010, 12:23:38 PM
  • Publish
  • Salam..banyak tanda-tandanya, ada yg ketika jaga, ketika tidur, secara fizikal dan rohani.

    divider3
    halaqahforum4