Lelaki Pemimpin Wanita

Author Topic: Lelaki Pemimpin Wanita  (Read 5724 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

adeq_fauzy

  • *
  • Posts: 692
  • :: KeranaMU ya Allah ::
    • View Profile
12 June, 2007, 11:54:47 PM
  • Publish Di FB
  • Firman Allah di dalam Al-Quran bermaksud: "Kaum lelaki adalah pemimpin kaum wanita". Ayat ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa kepimpinan adalah diterajui oleh kaum lelaki; manakala kaum perempuan adalah golongan yang dipimpin. Inilah fitrah atau sunnatullah yang berkuatkuasa dalam kehidupan manusia di dunia ini sepanjang zaman.

    Dalam ayat lain pula Allah berfirman, bermaksud "Peliharalah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka." Perintah ini ditujukan kepada kaum lelaki yang menjadi ketua sesebuah keluarga.

    Pengaruh barat yang menular ke negara Islam berjaya menyerapkan ideologi persamaan hak wanita-lelaki dan akhirnya diterima umum. Akibatnya konsep kepemimpinan lelaki terhakis. Kaum wanita yang dahulunya berperanan mentadbir anak-anak dan rumahtangga si-suami kini sudah mengabaikan tanggungjawab. Anak-anak sebaliknya dipelihara oleh orang gaji.

    Apabila ramai wanita sudah memandang tanggungjawab di rumah sebagai kolot dan tidak ekonomikal, maka institusi keluarga akan tercemar dan terjejas. Anak-anak kehilangan kasih-sayang ibu. Ibu hanya sempat melihat anak waktu petang atau malam. Ketika itu badannya sudah keletihan dan tidak berdaya untuk mengasuh anak lagi. Anak-anak membesar tanpa menerima kasih-sayang ibu. Apabila ibu tidak menyayangi anak, semasa dewasanya nanti, sudah tentu anak tidak akan mengasihi ibunya. Jadilah mereka anak yang kasar dari segi tutur-kata dan tingkahlaku.

    Walaupun kesilapan ini seolah-olah berpunca daripada wanita tetapi sebenarnya adalah berpunca daripada lelaki yang tidak berjaya mentarbiah wanita yang diamanahkan kepadanya.

    Kegagalan mentarbiah anak dan isteri menyebabkan ramai anak-anak gadis keluar beramai-ramai memburu kerja di mana-mana saja. Kilang-kilang perindustrian yang menawarkan insentif dan gaji lumayan menjadi alternatif utama berbanding profesion perguruan dan perkeranian. Bahkan ramai juga wanita yang menjadi doktor, jurutera, polis, askar dan sebagainya. Kuantiti wanita yang ramai bekerja menyebabkan berlakunya satu kekosongan yang ketara di dalam institusi keluarga. Keadaan ini digawatkan lagi dengan sikap pelajar lelaki yang tidak secemerlang pelajar perempuan. Kecemerlangan pelajar perempuan di dalam peperiksaan awam berbanding pelajar lelaki menjadi satu faktor ramainya wanita melibatkan diri di dalam pasaran tenaga kerja.

    Penglibatan wanita yang ramai di dalam sektor pekerjaan menyebabkan berlakunya pengangguran di kalangan kaum lelaki. Mereka akhirnya terjebak dengan penyalahgunaan dadah. Wanita bekerja terutama yang berpendapatan tinggi bertambah ramai yang hidup membujang. Pemuda yang menganggur sukar mencari wang untuk berkahwin. Akhirnya berlakulah pelbagai gejala keruntuhan akhlak di kalangan muda-mudi.

    Walaupun banyak faktor dikaitkan dengan gejala keruntuhan akhlak yang berlaku sekarang, namun faktor yang jelas ialah kurang berkesannya peranan yang dimainkan oleh kaum lelaki sebagai ketua yang memimpin ahli-ahli keluarganya. Sebagai penutup sayugianya kita kembali kepada dasar Islam untuk mengembalikan martabat lelaki sebagai ketua yang diamanahkan untuk memimpin ahli-ahli keluarga dan kaum wanita amnya. Wallahualam.
    SUMBANGAN TABUNG HALAQAH
    CIMB 01180004462058 Halaqah Net Services
    "Saham akhirat anda, insyaAllah.."

    NurWahidaFauzi

    • *
    • Posts: 1195
    • "Dihujung Kelopak CintaNYA"
      • View Profile
    Jawab #1 13 June, 2007, 09:39:02 AM
  • Publish Di FB
  • lelaki yang tidak berjaya mentarbiah wanita yang diamanahkan kepada diri seorang lelaki..bermakna...seorg lelaki itu kena berusaha dalam memantapkan diri meraka dan memperibaiki diri mereka dahalu...

    namun begitu..

    wahai wanita2 diluar sane...sepatutnya sedarlah...kesian kat lelaki2 nie...

    kerana sorang wanita...dan lelaki merupakan golongan yang ditarik wanita ke neraka..kerana adanya kegagalan...
    ~..Ukhwah yang dibina antara kita, Biarlah seperti seutas tasbih, Ada awal,  Tiada penghujungnya, Dicipta untuk mengingatiNYA, Dibahagi untuk cintaNYA, Diratib demi redhaNYA..~

    adeq_fauzy

    • *
    • Posts: 692
    • :: KeranaMU ya Allah ::
      • View Profile
    Jawab #2 13 June, 2007, 01:07:37 PM
  • Publish Di FB
  • cermin diri.
    Berilah kepada lelaki peluang utk memimpin dgn sebaiknya.
    bantu lah suami mu.

    sutera_kasih85

    • *
    • Posts: 168
    • + Human Is Not PeRfecT +
      • View Profile
    Jawab #3 13 June, 2007, 01:11:52 PM
  • Publish Di FB
  • Pimpinlah kami (muslimat) ke jalan yang betul2 benar dan diredhai-Nya
    Success Through Endeavour
    <img src="http://i87.servimg.com/u/f87/12/77/43/73/banner12.gif?v=0" border="0">

    almulk

    • *
    • Posts: 209
      • View Profile
    Jawab #4 17 October, 2007, 03:53:52 PM
  • Publish Di FB
  • Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa diantara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.

    Al Maa'idah ayat 51
    Kembara MencariNYA

    Deli

    • *
    • Posts: 8
      • View Profile
    Jawab #5 17 October, 2007, 06:26:11 PM
  • Publish Di FB
  • Assalammualaikum.. kepada mereka-mereka yang ingin mendirikan rumah tangga tetapi kekurangan duit. Silalah ke http://www.maskahwin.com/index.php?ref=deli27

    Sebuah buku panduan yang memang praktikal untuk orang2 yg nak kahwin tapi tak cukup duit. Dalam buku tu dia bagi panduan mcm mana nak urus kewangan, mcm mana nak simpan duit dan juga mcm mana nak cari duit tambahan.

    Memang berbaloi lah kalo baca... kepada awek-awek yang pakwenya asyik mengeluh takde duit.. mungkin leh hadiahkan buku nie pada mereka..


    ainul mardiyah

    • *
    • Posts: 82
      • View Profile
    Jawab #6 17 April, 2009, 08:23:05 AM
  • Publish Di FB
  • “Tercipta engkau dari rusuk lelaki..Bukan dari kaki untuk dialasi,bukan dari kepala untuk dijunjung..Tapi dekat dibahu untuk dilindung..Dekat jua dihati untuk dikasihi..Engkaulah wanita hiasan duniawi”

    nur zulaikha

    • *
    • Posts: 516
    • cinta ALLAH ku dmbakn krn merindui rahmatNYA
      • View Profile
    Jawab #7 17 April, 2009, 02:36:26 PM
  • Publish Di FB
  • Assalamua'laikum kepada semua...

    ana rasa topik ini menyentuh sifat kepimpinan lelaki yang telah ditakdirkan ALLAH menjadi khalifah di muka bumi ini.

    Cuba kita lihat  Adam as adalah manusia pertama yang dicipta ALLAH dalam syurga...

    Kemudian barulah dicipta ALLAH Hawa sebagai pendamping Adam as.

    Begitulah segala urusan rumahtangga akan dikongsi bersama. lelaki akan menjadi imam dalam solat berjemaah bersama keluarganya...
    cintai saudaramu mendekati sunah dan suruhan
    rasulmu dan ALLAH
    cintai rasulmu mendekati mu kepada ALLAH...
    cintai ALLAH mendekati kamu dengan keredhaanNYA...

    amila diana

    • *
    • Posts: 28
    • 'seindah mawar berduri........
      • View Profile
    Jawab #8 17 April, 2009, 02:55:39 PM
  • Publish Di FB
  • assalamualaikum...

    jadi pilihlah lelaki yg bolh menjadi imam untk kita dan anak2 nanti...
    semoga para muslimah sekalian beroleh teman hidup seperti itu...insyaAllah..
    namun,apa yang perlu,asuhakanlah diri kamu semua agar berada dalam redha ALLAH.InsyaALLAH,ALLah akan turut
    memberi pasangan yang diredhai juga..kerna ALLAH telah berjanji lelaki yang baik untk perempuan yang baik,bagitu juga sebaliknya...ALLAH love US..just put ur trust on ALLAH...
    Sekali kaki melangkah di jalan ALlah, jangan undur.Biar masa berganti, Aqidah jangan mati.Biar zaman berubah,keyakinan pada ALlah jangan goyah. Berjihad di jalan ALlah dan mati dijalan ALlah.

    assiddiq

    • *
    • Posts: 4596
    • "Dengan Kehendak dan KuasaNya"
      • View Profile
    Jawab #9 17 April, 2009, 03:06:38 PM
  • Publish Di FB
  • Pimpinlah kami (muslimat) ke jalan yang betul2 benar dan diredhai-Nya
    sebenarnya kita semua adalah pemimpin..
    ayah pemimpin pada anak..
    suami pemimpin pada isteri..
    isteri pemimpin anak..
    semua pemimpin..
    yang penting ALLAH nak lihat TAKWA DAN IMAN..
    perempuan bukan hak milik lelaki..
    tetapi hak milik ALLAH..
    di amanah kan pada lelaki untuk menjaganya..
    "Al-haqqu bila nizom yaghlibuhul-baatil binnizom"
    Maksudnya: "Sesuatu kebenaran yang tidak sistematik akan dikalahkan oleh kebatilan yang sistematik dan terancang."
    http://Http://cahayarabbani.blogspot.com
    http://Http://islamicmoviecollection.blogspot.com
    assiddiq@ymail.com

    wanita solehah

    • *
    • Posts: 43
      • View Profile
    Jawab #10 29 May, 2009, 02:21:36 PM
  • Publish Di FB
  • lelaki yang menjadi pemimpin harus  mencontohi akhlak rasulullah saw...

    assiddiq

    • *
    • Posts: 4596
    • "Dengan Kehendak dan KuasaNya"
      • View Profile
    Jawab #11 29 May, 2009, 02:48:37 PM
  • Publish Di FB
  • lelaki yang menjadi pemimpin harus  mencontohi akhlak rasulullah saw...
    Alquran dan sunnah panduan seluruh alam untuk mengecapi bahagia di akhirat kelak

    wanita solehah

    • *
    • Posts: 43
      • View Profile
    Jawab #12 29 May, 2009, 02:51:30 PM
  • Publish Di FB
  • benar
    seperti penyataan assiddiq

    al-quran dan assunnah panduan dalam kehidupan

    shaniza

    • *
    • Posts: 216
    • Ya Allah Engkaulah Maksudku, keredhaan Mu impianku
      • View Profile
    Jawab #13 05 June, 2009, 09:38:14 PM
  • Publish Di FB
  • assalamualaikum...

    jadi pilihlah lelaki yg bolh menjadi imam untk kita dan anak2 nanti...
    semoga para muslimah sekalian beroleh teman hidup seperti itu...insyaAllah..
    namun,apa yang perlu,asuhakanlah diri kamu semua agar berada dalam redha ALLAH.InsyaALLAH,ALLah akan turut
    memberi pasangan yang diredhai juga..kerna ALLAH telah berjanji lelaki yang baik untk perempuan yang baik,bagitu juga sebaliknya...ALLAH love US..just put ur trust on ALLAH...

     :)
    Rasanya Ummi Sha dah jumpa lelaki di dalam kategori di atas..InsyaAllah..
    Tak lain dan tak bukan Nizar Jamaludin..
    Kenapa? Tak percaya? Percayalah....
    Bagi mendapatkan info tambahan, layari blog-blog ummi sha
    http://sarimahshaniza.blogspot.com/

    wansiti

    • *
    • Posts: 100
    • Mencari yang 'halal' itu fardhu,.. ^_^
      • View Profile
    Jawab #14 02 January, 2010, 10:30:44 AM
  • Publish Di FB
  • assalamualaikum...

    jadi pilihlah lelaki yg bolh menjadi imam untk kita dan anak2 nanti...
    semoga para muslimah sekalian beroleh teman hidup seperti itu...insyaAllah..
    namun,apa yang perlu,asuhakanlah diri kamu semua agar berada dalam redha ALLAH.InsyaALLAH,ALLah akan turut
    memberi pasangan yang diredhai juga..kerna ALLAH telah berjanji lelaki yang baik untk perempuan yang baik,bagitu juga sebaliknya...ALLAH love US..just put ur trust on ALLAH...

     :)
    Rasanya Ummi Sha dah jumpa lelaki di dalam kategori di atas..InsyaAllah..
    Tak lain dan tak bukan Nizar Jamaludin..
    Kenapa? Tak percaya? Percayalah....

    kenapa Umi Sha pilih Nizar tu Umi Sha?
    apa antara keistimewaan dia?
    Mencari makna hakiki penciptaan manusia di atas muka bumi ni melalui, iman dan amal... Semoga bekalku yang diusahakan ini untuk ke Negeri yang Abadi diberkati-NYA, amiin. ~* Wan Siti *~

    [img width=610 height=70]http://i87.servimg.com/u/f87/12/77/43/73/kelant10.jpg[/img]

    badryl3

    • *
    • Posts: 299
      • View Profile
    Jawab #15 02 January, 2010, 10:57:28 AM
  • Publish Di FB
  • orang puan pun kena ingatkan2 suami sebab bukan semua suami tu alim2, abid2. kadang mereka terlalai. contoh solat. kalo suami tertido ke penat ke, kejut la ingatkan dia dah masuk waktu.

    wansiti

    • *
    • Posts: 100
    • Mencari yang 'halal' itu fardhu,.. ^_^
      • View Profile
    Jawab #16 02 January, 2010, 11:51:45 PM
  • Publish Di FB
  • orang puan pun kena ingatkan2 suami sebab bukan semua suami tu alim2, abid2. kadang mereka terlalai. contoh solat. kalo suami tertido ke penat ke, kejut la ingatkan dia dah masuk waktu.

    itu sudah semestinya, saling ingat-mengingatkan, itukan yang sebaiknya..
    disebabkan iman insan ni, ade masa naik dan ada masa turun,
    isteri itu pelengkap suami dan begitu juga sebaliknya

    assiddiq

    • *
    • Posts: 4596
    • "Dengan Kehendak dan KuasaNya"
      • View Profile
    Jawab #17 02 January, 2010, 11:53:32 PM
  • Publish Di FB
  • Sama2 memimpin sebenarnya.. Kerana kita dijadikan saling berkehendak..

    Hanya ALlah tidak berkehendak pada sesiapa kerana DIA maha BERKUASA..

    wansiti

    • *
    • Posts: 100
    • Mencari yang 'halal' itu fardhu,.. ^_^
      • View Profile
    Jawab #18 02 January, 2010, 11:58:41 PM
  • Publish Di FB
  • yup!
    tapi kan da ditegaskan dalam sura Nisa ayat 34,
    bahawa lelaki itu pemimpin ke atas wanita...

    assiddiq

    • *
    • Posts: 4596
    • "Dengan Kehendak dan KuasaNya"
      • View Profile
    Jawab #19 03 January, 2010, 12:00:27 AM
  • Publish Di FB
  • yup!
    tapi kan da ditegaskan dalam sura Nisa ayat 34,
    bahawa lelaki itu pemimpin ke atas wanita...
    Ya.. Benar..Apa yg ada dalam alquran semua nya BENAR..
    Cuma kita ni manusia xlepas dari salah silap..
    Yang penting saling ingat mengingati moga tidak terjatuh dalam jurang kebinasaan..
    Hingga kita rugi di dunia dan akhirat..
    Nauzubillah

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    64 Replies
    19296 Views
    Last post 02 November, 2012, 12:35:24 PM
    by 5zul
    0 Replies
    2703 Views
    Last post 09 January, 2010, 08:18:51 PM
    by jawdan
    3 Replies
    1432 Views
    Last post 05 July, 2010, 05:07:38 PM
    by HafizahUmairoh