Adakah Penzina Hanya Untuk Penzina?

*

Author Topic: Adakah Penzina Hanya Untuk Penzina?  (Read 17331 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

09 November, 2009, 09:52:14 PM
  • Publish
  • Ada nas yang mengatakan,"Wanita yang berzina dan melakukan maksiat akan mendapat jodoh yang sama,yakni penzina juga,dan begitu juga sebaliknya.."
    Berhakkah wanita atau lelaki tersebut mendapat yang terbaik apabila mereka bertaubat dengan sebenar- benar taubat?..Layakkah mereka..??
    « Last Edit: 09 November, 2009, 09:58:43 PM by Ummi Munaliza »
    "keyakinanku..kepercayaanku..keikhlasanku..dan cintaku hanya milik Allah..peliharalah daku agar sentiasa menjadi hamba yang solehah.."

    Reply #1 09 November, 2009, 10:23:06 PM
  • Publish

  • Penzina Ditimpa 4 Kecelakaan

    DALAM peristiwa Israk dan Mikraj, Nabi Muhammad SAW diperlihatkan keadaan lelaki dan perempuan yang diletakkan di hadapan mereka dua piring, satu berisi daging yang membangkitkan selera manakala satu lagi berisi daging busuk.

    Lelaki dan perempuan itu lebih gemar terhadap daging busuk itu dan tidak langsung menyentuh daging yang membangkitkan selera.

    Rasulullah diberitahu Jibril bahawa mereka tergolong di dalam kalangan mereka yang suka berzina.

    Allah turut memperlihatkan kepada Nabi Muhammad bagaimana sekumpulan manusia yang digantung pada buah dada mereka dengan rantai api neraka dan dari faraj mereka, keluar nanah busuk, sehingga ada di kalangan ahli neraka itu sendiri tidak senang melihat keadaan mereka dan meminta dijauhkan.

    Mereka itu, menurut Jibril, adalah kalangan yang tidak menjaga kehormatan.

    Zina adalah perbuatan keji dalam ajaran Islam dan mereka yang melakukannya mendapat dosa besar.

    Allah memberi amaran, bahawa balasan-Nya ke atas orang yang berzina tidak lain daripada neraka, yang Allah jadikan untuk menyeksa manusia yang ingkar terhadap larangan-Nya.

    Firman Allah, yang bermaksud: “Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang sangat buruk.” (Surah al-Isra’, ayat 32).

    Thabrani an Ibni Abbas meriwayatkan, Rasulullah bersabda bermaksud: “Jauhilah oleh kamu akan zina kerana kecelakaannya empat macam, iaitu hilang seri pada mukanya, disempitkan rezekinya, kemurkaanAllah atasnya, dan ia berkekalan dalam neraka.”

    Rasulullah ketika mengikat janji setia dalam satu perjanjian bersama sahabat Baginda, sama ada lelaki atau perempuan, meminta supaya kalangan sahabat lelaki dan perempuan, tidak melakukan syirik, penipuan, mencuri dan berzina.

    Allah mengingatkan bahawa, mana-mana umat Islam yang melakukan zina, hendaklah dihukum 100 kali dera (sebatan) terhadap pasangan terbabit.

    Firman Allah, yang bermaksud: “Perempuan dan lelaki yang berzina, hendaklah kedua-duanya didera. Masing-masing 100 kali dera (pukulan), janganlah sayang terhadap kedua-duanya dalam menjalankan agamaAllah, jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Hendaklah hadir ketika menyeksa kedua-duanya, satu golongan daripada orang mukmin.” (Surah an-Nur, ayat 2)

    Sesungguhnya, Allah itu Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Maha Pengampun. Sebanyak manapun dosa yang dilakukan oleh hamba-Nya, jika dia benar-benar insaf akan kesalahannya dan bertaubat nasuha kepada Allah, nescaya Allah akan menerima taubat hamba-Nya.

    Allah berfirman bermaksud: “Katakanlah, wahai hamba-Ku yangmelampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dengan rahmatAllah. Sesungguhnya, Allah mengampuni dosa semuanya. Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah az-Zumar, ayat 53).

    Melalui ayat lain, Allah berfirman yang bermaksud: “Ibrahim berkata, tidak ada orang yang berputus asa daripada rahmat Tuhannya, kecuali orang yang sesat.” (Surah al-Hijr, ayat 56).

    Berpandukan firman Allah dan hadis di atas, mereka yang sudah terlanjur melakukan dosa besar itu, tidak harus berputus asa. Dia hendaklah segera bertaubat kepada Allah dan menyesali perbuatannya. Insya-Allah, dosanya akan diampunkan Allah.
    « Last Edit: 09 November, 2009, 10:25:05 PM by Ummi Munaliza »
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Reply #2 09 November, 2009, 10:36:55 PM
  • Publish
  • Quote
    Saya pernah berzina beberapa tahun dahulu dan sekarang saya benar-benar menyesal atas keterlanjuran tersebut. Saya selalu bertaubat memohon keampunan kepada Allah. Tetapi saya tidak yakin adakah taubat saya benar-benar diterima, kerana jika mengikut hukum hudud bererti saya perlu menjalani hukuman sebat sebanyak 100 kali.
     
    Untuk menggantikan hukuman tersebut, perlukah saya menyerah diri kepada pihak berkuasa, supaya dihukum setimpal dengan hukuman yang dijalankan oleh pemerintah pada masa ini? Saya benar-benar menyesal dan ingin bertaubat bersungguh-sungguh. Harap ustaz dapat membantu saya.

     

    Jawapan :


    Tahniah kepada saudara kerana telah insaf dan ingin benar-benar bertawbat. Untuk menjawab soalan ini, pertama saudara perlu mengetahui amat besarnya dosa zina dan mestilah dengan segera bertawbat terutamanya ke ketika tiadanya hukuman hudud dilaksanakan di Malaysia.
     
    Hukuman zina terdapat dengan jelas di dalam surah An-Nur ayat 2) Bagaimanapun, tindakan menyerah diri kepada pihak berkuasa pada hemat saya tiadalah gunanya di sisi Allah SWT, kerana undang-undang yang ada hari ini hanya memperuntukan hukuman bagi penzina yang sabit kesalahannya ; beberapa ribu ringgit, beberapa kali sebatan dan beberapa tahun penjara (saya tidak ingat dengan tepat hukumannya). Apa yang jelas semua ini bukanlah undang-undang yang dapat menghilangkan dosa zina di sisi Allah, malah merugikan lagi, dihukum dengan hukuman manusia dan tidak pula diampun di sisi Allah.
     

    Cuma saya pernah mendapat satu pendapat yang agak ganjil tetapi ada rasionalnya iaitu, sesiapa yang ingin pasti menghapuskan dosa zinanya di zaman kini, mereka di cadangkan untuk pergi di Saudi Arabia yang mempunyai peruntukan hukuman sebat. Lalu orang yang berzina tadi bolehlah mengaku ia telah berzina dan akan dihukum di sana, maka hilangkan dosanya di sisi Allah SWT. Saya tidak mampu komen panjang akan cadangan ini, cuma pendapat peribadi saya, ia kelihatan boleh diterima dari satu sudut, walaupun mempunyai kontra dalam beberapa sudut yang lain.

    Bagi individu yang tidak mampu keluar mencari hukuman atau tiada peruntukan hukuman sebenar (seperti ikhlasnya pemuda bernama Ma’iz bin Malik pada zaman Nabi yang mengaku berzina berkali-kali di hadapan Nabi untuk menghapuskan dosanya dengan rejaman – demikian di dalam riwayat Abu Daud dari Abu Hurayrah r.a ), maka tanpa syak lagi, Pertama : Pihak berwajib akan menanggung dosa kerana tidak menyediakan peruntukan hukumannya. Kedua : Individu yang telah berzina mesti segera bertawbat nasuha dan jangan sekali-kali putus asa dengan rahmat dan pengampunan Allah SWT.

    Syarat tawbat ini adalah :-


    Perlunya bersegera dan berterusan tawbat (selagi belum rasa hilang bersalah) . Firman Allah SWT ertinya : “ Sesungguhnya tawbat di sisi Allah hanyalah tawbat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilannya yang kemudian mereka bertawabat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima Allah Tawbatnya ( An-Nisa : 17)

    Berazam kukuh di dalam hati agar tidak lagi ingin kembali kepada perbuatan haram itu. Justeru ia mestilah menjauhkan dirinya dari mendekati apa jua situasi yang boleh membawanya ke arah lembah zina tadi. Tinggalkan semua jalan dan tempat yang boleh mengembalikan kepada zina.

    Mempergandakan amal soleh, ia berdasarkan firman Allah ertinya : “ Kecuali orang-orang bertawbat, beriman dan mengerjakan amal soleh; maka kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan Allah maha pengampun lagi penyayang” ( Al-Furqaan : 70 ). Justeru, banyakkan bersedakah, mengajar orang lain, kenalan dan lain-lain agar menjauhi dosa zina dan menyedarkan sesiapa jua yang mampu tentang dosanya. Maka dengan pahala kebaiakn ini diharap ianya dapat menutup dosa zina tadi.

    Sekiranya melibatkan rogol, maka hukuman dan tawbatnya berbeza kerana ia melibatkan pencabulan hak manusia lain, dosanya lebih besar. Dalam hal zina denga rela kedua-dua belah pihak. Imam Abu Yusof (anak murid Imam Abu Hanifah) pernah mencadangkan agar kedua-dua pasangan berkahwin (sekiranya si wanita belum berkahwin) bagi menggugurkan hukuman hudud tetapi pandangan ini ditolak oleh seluruh ulama Mazhab empat. (Bada’I as-Sonai’ , Al-Kasani, 7/62 ; Al-Tasryi’ Al-Jinaie Al-Islami, Abd Qadir Awdah, 2/454). Walaubagaimanapun, dalam hal tawbat, pada hemat saya, ia elok dilakukan bagi menunjukkan kesungguhan tawbat seseorang. Wallahu ‘alam


    Reply #3 09 November, 2009, 10:42:56 PM
  • Publish

  • Baca kisah ini.



    PADA suatu senja, seorang wanita berjalan terhuyung-hayang. Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahawa dia berada dalam dukacita.

    Kulit wanita itu bersih. Badannya ramping dan wajahnya ayu. Namun, kesedihannya tidak dapat diceriakan dengan wajahnya yang cantik itu.

    Kepedihan dan kesedihan yang amat sangat jelas terbayang pada wajah wanita itu.



    Wanita itu bagaikan hilang punca dan tidak tahu apa hendak dilakukan bagi mengubati kelukaannya.

    Dia kemudian melangkah perlahan-lahan menghampiri rumah Nabi Musa. Diketuknya pintu rumah Nabi Musa perlahan-lahan sambil memberi salam.

    Apabila mendengar salam itu, Nabi Musa membalasnya dan mempersilakan wanita itu masuk ke rumahnya.

    Perempuan cantik itu masuk ke rumah Nabi Musa sambil kepalanya terus tunduk merendah diri.

    Air matanya berderai ketika bersuara kepada Nabi Musa.

    Katanya: “Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya.”

    “Apakah dosamu wahai wanita ayu?”tanya Nabi Musa terkejut.

    “Saya takut mengatakannya.” balas wanit itu.

    Nabi Musa kemudian berkata: “Katakanlah jangan ragu-ragu!"

    Wanita itu dalam nada suara rendah kemudian bercerita: “Saya telah berzina.”

    Nabi Musa terkejut, hatinya tersentak mendengar pengakuan wanita itu.

    Wanita itu kemudian meneruskan ceritanya: “Hasil perzinaan itu saya hamil. Selepas anak itu lahir, saya cekik lehernya hingga mati.”

    Wanita itu terus menangis selepas menceritakan hal itu kepada Nabi Musa.

    Nabi Musa marah dengan apa yang dilakukan oleh wanita itu. Dengan muka yang berang dia mengherdik wanita itu: “Perempuan jahat, pergi kau dari sini, agar seksa Allah tidak datang ke rumahku kerana perbuatanmu.

    “Pergi kau dari sini.”

    Hancur luluh hati wanita itu apabila mendengar perkataan yang keluar dari mulut Nabi Musa.

    Secara perlahan-lahan dengan hati yang sayu, wanita itu melangkah keluar dari rumah Nabi Musa.

    Ratap tangisnya amat memilukan. Dia tidak tahu ke mana lagi hendak mengadu nasib.

    Hatinya bertambah pilu apabila seorang Nabi pun menolaknya, apa lagi manusia biasa? Siapa yang sudi menerima dan mendengar kesedihannya?

    Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya.

    Selepas wanita itu meninggalkan rumah Nabi Musa, Jibril turun menemui baginda.

    Jibril bertanya kepada Nabi Musa: “Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat daripada dosanya?

    “Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?"

    Nabi Musa terperanjat. Katanya: "Dosa apakah yang lebih besar daripada kekejian wanita penzina dan pembunuh itu?"

    “Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang keji itu?"

    “Ada!" jawab Jibril tegas.

    “Dosa apakah itu?" tanya Musa yang ingin tahu mengenainya.

    Jibril menjawab: "Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal.

    “Dosa orang itu lebih besar daripada seribu kali berzina.”

    Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya.

    Dia mengangkat tangan dengan khusyuk untuk memohon keampunan kepada Allah untuk perempuan itu.

    Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya.

    Ini bererti orang itu seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya.

    Dalam hadis Rasulullah disebutkan orang yang meninggalkan solat lebih besar dosanya dibanding dengan orang yang membakar 70 al-Quran, membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya dalam Kaabah.

    Dalam hadis lain disebutkan bahawa orang yang meninggalkan solat hingga terlewat waktu, kemudian dia mengqadanya, maka dia akan diseksa dalam neraka selama satu huqub.

    Satu huqub adalah 80 tahun. Satu tahun ada 360 hari, sedangkan satu hari di akhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia.

    Solat itu tiang agama dan kemuncak nilai atau etika kehidupan Muslim Ia ialah satu bentuk ibadat yang penuh dengan hikmah dan falsafahnya. Allah berfirman bermaksud : “Sesungguhnya solat itu ialah satu ketetapan yang diwajibkan ke atas orang yang beriman, yang tertentu waktunya.” (Surah an-Nisa, ayat 103)

    Abdullah ibn Umar meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “Islam tertegak atas lima rukun iaitu bersaksi bahawasanya tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah hamba dan rasul-Nya; mendirikan solat; membayar zakat; mengerjakan haji dan puasa pada Ramadan."

    Agama Islam diibaratkan oleh Rasulullah sebagai sebuah khemah yang disokong oleh lima batang tiang.

    Tiang tengahnya ialah kalimah syahadah. Empat tiang lagi ialah tiang sokongan yakni satu tiang pada tiap satu penjuru khemah itu.

    Tanpa tiang tengah, maka tiang itu tidak boleh ditegak dan sekiranya mana-mana satu daripada tiang sokongan yang di penjuru itu hilang, maka runtuhlah penjuru khemah yang rosak itu.

    Kini marilah kita lihatlah dengan mata sendiri sejauh manakah kita tegakkan agama Islam itu.

    Apakah akan berlaku jika meninggalkan salah satu daripada Rukun Islam, contohnya solat? Pastinya, khemah itu akan roboh.

    Mengenai orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan bersungguh-sungguh bererti dia masih mempunyai iman di dadanya. Dia menyesal atas perbuatannya kerana sudah melanggar perintah Allah. Dia juga tahu melakukan kesalahan di sisi agama dan mengakui kesalahannya.

    Orang yang bertaubat itu sedar bahawa Allah akan membalas kejahatannya dan oleh itu mahu bertaubat serta berikrar tidak akan melakukannya lagi.

    Taubat bermaksud kembali kepada Allah dengan melepaskan ikatan perlakuan dosa secara berterusan dari hati yang ikhlas kemudian bangun dengan melaksanakan perintah Allah. Allah telah memerintahkan kepada seluruh orang yang beriman untuk bertaubat.

    Allah berfirman yang bermaksud: “Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang yang beriman nescaya kamu beruntung.” (Surah an-Nur, ayat 31)

    Malah, Allah menyifatkan orang yang tidak mahu bertaubat termasuk dalam golongan yang zalim.

    Firman-Nya bermaksud: “...Dan barang siapa yang tidak mahu bertaubat, mereka itulah orang yang zalim.” (Surah al-Hujurat, ayat 11)

    Taubat adalah penyucian diri daripada segala dosa yang dilakukan oleh seorang hamba terhadap Tuhannya sama ada disengaja atau tidak. Taubat adalah meninggalkan segala amalan maksiat yang dilakukan dan digantikan dengan amalan kebajikan.

    Taubat mempunyai beberapa syarat dan rukun-rukunnya. Barang siapa yang meninggalkan dosa semata-mata tanpa melakukan segala perbuatan yang disukai dan dicintai oleh Allah, maka ia tidak dipanggil orang yang bertaubat. Melainkan dia kembali dan mara menuju ke arah rahmat Allah.

    Antara syarat bertaubat ialah segera meninggalkan dosa, menyesali dosa yang dilakukannya, berniat tidak mengulanginya lagi serta mengembalikan hak orang yang dizaliminya atau meminta halal daripadanya.

    Taubat hendaklah dilakukan semata-mata kerana Allah dan bukan kerana sebab lain seperti kerana takut celaan orang.

    Oleh itu, orang yang hendak bertaubat mestilah menyesali perbuatan dosanya, menghilangkan segala keinginan berbuat dosa dan menyesali kelengahan taubatnya.

    Sabda Rasulullah bermaksud: “Menyesal itu adalah taubat.” (Hadis riwayat Ahmad Ibn Majah) Di samping itu, hendaklah dia merasakan bahawa dosa itu adalah keji dan sangat berbahaya. Ini bererti taubat yang benar tidak mungkin disertai dengan perasaan senang apabila teringat dosa-dosanya yang lalu.

    Orang yang bertaubat hendaklah yakin bahawa Allah Maha Pengampun walaupun dia melakukan dosa sebesar gunung kerana rahmat Allah amat luas.

    Firman Allah bermaksud: “Dan rahmatKu meliputi segala sesuatu.” (Surah al-A’raf, ayat 156).

    Hadis Rasulullah juga menjelaskan bahawa orang yang bertaubat daripada dosanya bagaikan orang yang tidak mempunyai dosa sama sekali.

    Taubat mempunyai kedudukan yang tinggi dan seseorang hamba memerlukan taubat setiap masa dan ketika selagi hayat dikandung badan.

    Rasulullah menyeru umatnya supaya memperbanyakkan beristighfar dan Baginda sendiri memohon ampun dan beristighfar lebih 70 kali sehari.

    Sabda Rasulullah bermaksud : “Bertaubatlah kamu kepada Tuhan kamu, sesungguhnya aku sentiasa memohon ampun kepada Allah dalam satu hari lebih 70 kali.”

    Saidatina Aisyah pernah bertanya kepada Rasulullah mengapa Baginda banyak melakukan ibadat dan beristighfar, sedangkan Allah telah mengampunkan segala dosa Baginda yang lalu dan segala dosa di belakang hari. Jawab Baginda: “Wahai Siti Aisyah! Apakah tidak wajar aku ini menjadi seorang hamba yang amat bersyukur kepada Tuhannya?”
    Fikir dan renungkanlah...!!!
     


    Reply #4 09 November, 2009, 10:57:27 PM
  • Publish
  • tak ada peluang lagi kah utk org yg pernah zina mendapat suami/isteri yang soleh/solehah..?

    Reply #5 09 November, 2009, 11:10:58 PM
  • Publish
  • Insya Allah.. kalau benar-benar bertaubat dengan taubat nasuha, maka Allah s.w.t. menganugerahkan kepada sesiapa sahaja dengan kebaikan apa sahaja sesuai dengan kehendakNya. Yang penting adalah kita sentiasa baik sangka kepada Allah s.w.t. dan sentiasa mengharapkan hanya redha Allah s.w.t. sebagai harapan tertinggi dalam kehidupan kita.

    Wallahu a'lam

    Reply #6 10 November, 2009, 08:38:58 AM
  • Publish
  • tak ada peluang lagi kah utk org yg pernah zina mendapat suami/isteri yang soleh/solehah..?

    amboi .. beria-ia tanya ... jodoh semua tu ketentuan Allah ... selalunya urusan kehidupan ni Allah atur tu cantik untuk kita  ... kalau betul-2 bertaubat mungkin Allah akan temukan juga dengan jodoh yang setara, yang pernah juga tersasar dalam kehidupan tapi sudah bertaubat dan jadi lebih baik dari yang dijangka  ... apa pun doa pada Allah dapat yang terbaik ... definisi "terbaik" itu adalah subjektif .. tak semestinya pakai kopiah, ustaz, ngaji agama, teruna dll ... WaAllahualam ....

    Reply #7 10 November, 2009, 09:33:17 AM
  • Publish
  • بسم الله الرحمن الرحيم

    “Kecuali orang-orang yang bertaubat dan beriman dan mengerjakan kebajikkan maka kejahatan mereka digantikan Allah dengan kebaikkan,Allah Maha Pengampun Maha Penyayang….Dan barangsiapa bertaubat dan mengerjakan kebajikkan maka sesungguhnya dia bertaubat kepada Allah dengan sebenar-benar taubat” (Al-Furqan : 70-71)

    Zaman skrg ramai terlibat dengan pergaulan bebas. terlalu ramai yang terbabit. percayalah, mungkin ada yang tidak pernah berzina tetapi jodohnya adalah dengan seorang penzina. Hal ini tak mustahil bahkan ada terjadi. Apatah lagi seorang penzina berkahwin dengan penzina kerana janji Allah itu pasti. TETAPI.... Allah tidak melihat hal kehidupan manusia yang lalu setelah manusia itu bertaubat. mungkin seorang itu pada dulunya penzina tetapi telah bertambah menjadi lebih soleh bahkan lebih baik dan warak (menjaga hal2 syubhah) berbanding manusia yang bukan penzina. hal ini lebih baik dari seorang yang bergelar ustaz "warak" tetapi berubah menjadi toleh dan hanyut dalam maksiat.

    hakikatnya, sekiranya sesiapa juga yang mengahwini penzina(pada dulunya) tapi kini berubah lebih baik bahkan baik dari insan lain asbab kerana pengislahan dirinya, maka itu adalah lebih baik... nnurr banyak terlibat dengan golongan ini bahkan nnurr punya teman hal mereka seperti topik yang dibicarakan ini. tapi apa yang nnurr lihat, mereka bahagia bersama. nnurr juga punya teman yang berkahwin dengan golongan "ustaz" tetapi mereka tidak bahagia asbab kerana mereka lalai dengan kehidupan dunia dan gagal memimpin keluarga kepada redhaNYA.

    jangan memandang sejarah dahulu sebagai masalah. tapi lihatlah pengajaran daripada sejarah itu sebagai wadah meng"islah"kan diri kepada yang lebih baik. Allah tidak melihat kesilapan yang dilakukan, tapi Allah menilai setiap langkah dalam memperbetulkan kesilapan itu...
    "Menyingkap sesuatu yang tersembunyi disebalik kesibukan manusia menyusun perancangan,
    kadang2 kita perlu menoleh seketika utk mencari nilai makna pengorbanan hakiki(pengorbanan pd agama).."

    Reply #8 10 November, 2009, 10:01:41 AM
  • Publish
  • tak ada peluang lagi kah utk org yg pernah zina mendapat suami/isteri yang soleh/solehah..?

    amboi .. beria-ia tanya ... jodoh semua tu ketentuan Allah ... selalunya urusan kehidupan ni Allah atur tu cantik untuk kita  ... kalau betul-2 bertaubat mungkin Allah akan temukan juga dengan jodoh yang setara, yang pernah juga tersasar dalam kehidupan tapi sudah bertaubat dan jadi lebih baik dari yang dijangka  ... apa pun doa pada Allah dapat yang terbaik ... definisi "terbaik" itu adalah subjektif .. tak semestinya pakai kopiah, ustaz, ngaji agama, teruna dll ... WaAllahualam ....

    bukan beria2..cuma nak dapatkan kepastian..afwan sebab sudi bagi pandangan..

    Reply #9 10 November, 2009, 10:31:47 AM
  • Publish
  • tak ada peluang lagi kah utk org yg pernah zina mendapat suami/isteri yang soleh/solehah..?

    Tapi penzina tu wajib la bertaubat daripada melakukan zina dan berubah kepada keadaan yang lebih baik.. x bolehlah mengimpikan suami/isteri yang soleh/solehah tapi hanyut dalam lembah kemaksiatan mcmmane nak jumpe calon yang soleh/solehah...


    betul kata Awit1910 tu..

    Reply #10 10 November, 2009, 01:30:14 PM
  • Publish
  • kalau kita pernah buaT  salah dan bertaubat itu lagi baik dari kita sentiasa rasa diri kita baik je...membuat kesilapan tu satu pengajaran, dan kadang2 Allah takdirkan kita buat silap supaya kita belajar dan nilai diri kita balik.

    Jgn pandang negatif pada org yang pernah bt salah. siapa kita nak nilai sesama manusia ni..Yg penting kalau dah buat salah, jgn dok ulang lagi..
    Soal jodoh tu, hanya Allah yg Maha mengetahui. Mungkin Allah akan temukan org yg buat salah ni dgn org yg boleh bimbing dia.
    Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis

    Reply #11 10 November, 2009, 01:31:43 PM
  • Publish
  • tak ada peluang lagi kah utk org yg pernah zina mendapat suami/isteri yang soleh/solehah..?

    amboi .. beria-ia tanya ... jodoh semua tu ketentuan Allah ... selalunya urusan kehidupan ni Allah atur tu cantik untuk kita  ... kalau betul-2 bertaubat mungkin Allah akan temukan juga dengan jodoh yang setara, yang pernah juga tersasar dalam kehidupan tapi sudah bertaubat dan jadi lebih baik dari yang dijangka  ... apa pun doa pada Allah dapat yang terbaik ... definisi "terbaik" itu adalah subjektif .. tak semestinya pakai kopiah, ustaz, ngaji agama, teruna dll ... WaAllahualam ....

    bukan beria2..cuma nak dapatkan kepastian..afwan sebab sudi bagi pandangan..


    Saya setuju yg baik itu adalah subjektif...kita jgn hanya pandang melalui pakaian.
    « Last Edit: 10 November, 2009, 02:31:08 PM by Ummi Munaliza »

    Reply #12 10 November, 2009, 02:18:01 PM
  • Publish
  • salam.jodoh pertemuan ditangan allah.tak smestinya penzina akan kawin dengan penzina.

    Reply #13 03 December, 2009, 12:27:38 PM
  • Publish
  • slm..

    saya pernah baca satu kisah ..seorang alim menikahi seorang pelacur...anak2 yg lahir adalah 7 nabi.

    tak jumpa pulak kisah tu.

    Reply #14 28 December, 2009, 02:13:58 PM
  • Publish
  • yang penting kembali kepada Allah dengan sebenar-benar taubat..
    urusan di kemudian hari serahkan sahaja kepada-Nya setelah usaha sewajarnya dilakukan.
    Mencari makna hakiki penciptaan manusia di atas muka bumi ni melalui, iman dan amal... Semoga bekalku yang diusahakan ini untuk ke Negeri yang Abadi diberkati-NYA, amiin. ~* Wan Siti *~

    [img width=610 height=70]http://i87.servimg.com/u/f87/12/77/43/73/kelant10.jpg[/img]

    Reply #15 28 December, 2009, 02:28:35 PM
  • Publish
  • Alhamdulillah..dia telah bertaubat,dn tidak akn mgulangi perbuatan itu lg.
    semoga Allah s.w.t,mgampunkn dosa anta
    sesuatu yg hadir  buruk atau baiknya dr Allah S.W.T

    Reply #16 29 December, 2009, 03:19:49 AM
  • Publish
  • Jibril menjawab: "Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal.

    “Dosa orang itu lebih besar daripada seribu kali berzina.”

    Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya.

    Dia mengangkat tangan dengan khusyuk untuk memohon keampunan kepada Allah untuk perempuan itu.

    Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya.

    pertimbangan buruk ..... keputusan pun buruklah .... nampak tak .... nampak takk ..... masyaAllah
    « Last Edit: 29 December, 2009, 03:22:44 AM by saya hamba »

    Reply #17 03 May, 2010, 10:35:18 PM
  • Publish
  • seorang wanita penzina ingin berkahwin dgn lelaki yg kononnya x penah berzina tp penah ringan2 bersama dgnnye.. boleh ke?  
    wanita itu kini sudah bertaubat.. sejauh mana taubatnye itu antara dia ngan Tuhan..
    wanita ini benar2 suke pd lelaki ini.. tetapi lelaki ni menjauhkan diri dr wanita ini solah2 wanita ini sungguh jahat..n kononnye laki ini sudah bertaubat...
    adakah perbuatan lelaki ini meniggalkan pompuan ini sgt kejam?
    sedangkan wanita itu kini sudah bertaubat.. n benar2 suke pada lelaki itu...
    lelaki itu bg alasan sbb isu dara..
    ke lelaki itu pada asalnya memang berniat memainkan wanita ini sahaj.. mengambil kesempatan?

    tp sekrg wanita ini telah berubah.. n terus ingin berubah... tpx dinafikan.. amat sukar mengawal nafsu.. tp dia cuba.. bace Al-Quran...n sedikit sbnyk.. ini dpt mengawal hawa nafsu dia.. w/pun bagaimanapun hati dia terluka krn lelaki itu... bgnye lelaki tu la yg terbaik sepanjang hidup dia berkenalan ngan lelaki2 lain..
    n lelaki itu telah membuka hatinye utk berubah... w/pun pada awalnya sama2 hanyut..

    « Last Edit: 03 May, 2010, 10:42:17 PM by kiki09 »

    Reply #18 04 May, 2010, 03:13:40 PM
  • Publish
  • sy rasa.. kalau kita penah melakukan zina.. n ingin bertaubat hendaklah kita bertaubat.. n bnyk melakukan kebaikan.. n kene ikhlas.ikhlas penting .. n mesti berterusan

    Reply #19 04 May, 2010, 06:10:29 PM
  • Publish
  • salam

    benar penzina untuk penzina...tetapi kita perlu ingat zaman sekarang ni orang ramai telah mencampur adukkan urusan yang baik dan tidak akhirnya orang yang dikatakan baik itu tidak dapat orang yang baik  jadi lebih baik kita menilai diri dan muhasabah diri kita yang serba kekurangan ini....itu pendapat peribadi sayalah...mengikut pemerhatian saya...kalau salah betulkan saya..
     



    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    2 Replies
    1087 Views
    Last post 12 November, 2009, 08:41:09 AM
    by rich_km
    3 Replies
    1238 Views
    Last post 26 July, 2011, 02:36:01 AM
    by Ummi Munaliza
    3 Replies
    568 Views
    Last post 29 August, 2013, 11:48:12 AM
    by nazri0070