Author Topik: Apa Dia Sirah?  (Read 3372 times)

0 Halaqian and 1 Tetamu are viewing this topic.

Delima^BiruTopic starter

  • *
  • Offline
  • Posts: 126
  • Kembara ku di Kejora Biru
    • View Profile
Apa Dia Sirah?
« on: 09 November, 2009, 09:40:33 AM »

Istilah yang selalu digunakan
Sirah
Maghazi

Pengertian ~ Sirah adalah riwayat hidup ataupun jalan perjuangan yang dilakukan oleh Rasulullah saw.

Sumber ambilan sirah / Metodologi Kajian Sirah ~ AL-QURAN DAN HADIS , ULAMA AWALAN , ULAMA SEMASA

Sumber pertama : Al-Quran

Kaitan yang erat antara Nabi dan Qur’an
Menjawab persoalan – Asababun Nuzul
Menceritakan Hukum-hakam
Menegur perlakuan Nabi
Memerihalkan maghazi - Akuan Aishah bahawa akhlak Nabi adalah al-Quran


Sumber kedua: Sunnah

Apa yang disandar kepada perbuatan, perkataan dan pengakuan Rasulullah saw
Berfungsi sebagai:
Penyokong
Penerang
Pengecualian
Mendahulukan Sunan yang sahih
Shamail


Sumber ketiga: Buku-buku tulisan ulama

Ada 2 sumber utama:
Tulisan ulama terdahulu yang lebih muktabar, terutamanya yang ditulis oleh Ibn Ishak dan dihurai semula oleh Ibn Hisham.

Tulisan ulama kemudian- kebanyakannya menjadikan karya ibn Hisham sebagai asas.

Share this topic on Facebook


Delima^BiruTopic starter

  • *
  • Offline
  • Posts: 126
  • Kembara ku di Kejora Biru
    • View Profile
Re: Apa Dia Sirah?
« Jawab #1 on: 09 November, 2009, 09:43:42 AM »

Penghimpun Sirah Awalan

Ulama’ abad pertama hijriah.

Urwah Ibn Al-Zubair Bin al-Awwam (92 H),
Abban Bin Usman Bin Affan (105 H),
Syuhrabil Bin Saad (123 H),
Wahab Bin Munabbih (110 H)
dan Ibnu Syihab al-Zuhri (124 H).

Ulama’ abad kedua, antaranya

Muhammad bin Ishaq (Ibn Ishak) (152 H),
Muhammad bin Saad (Ibn Saad) (130 H)
al-Waqidi (203 H)

Share this topic on Facebook


Delima^BiruTopic starter

  • *
  • Offline
  • Posts: 126
  • Kembara ku di Kejora Biru
    • View Profile
Re: Apa Dia Sirah?
« Jawab #2 on: 09 November, 2009, 09:47:06 AM »

Sejarah Penulisan Sirah


Zaman Rasul dan sahabat, tidak menulis selain al-Quran
Muawiyah perintahkan Ubaiyd Syarha menulis sejarah lama bangsa Arab
A Malik Marwan memerintah supaya ditulis kitab berkaitan ilmu
Abban bin Uthman ibn Affan mulakan penulisan

Perkembangan penulisan dilakukan oleh:

Umar A Aziz mahukan umat mempelajari sejarah ghazwah Rasululah
Urwah ibn Zubayr pertama menulis tentang Maghazi
Imam Zuhri juga menulis
Lahir muridnya seperti Muhammad ibn Ishak, Hisham ibn Urwah al-Zubayr
Selepas itu muncul tulisan Ibn Saad, al-Tabari, Ibn Athir, Ibn Kathir, Ibn Khaldun dll

Share this topic on Facebook


Delima^BiruTopic starter

  • *
  • Offline
  • Posts: 126
  • Kembara ku di Kejora Biru
    • View Profile
Re: Apa Dia Sirah?
« Jawab #3 on: 09 November, 2009, 09:50:44 AM »

Mengapa Sirah?


Kepentingannya sebagai bahan terbaik untuk memahami Islam zahir dan batin , Islam yang teradun dalam diri Rasulullah.

Mafhum Firman-Nya:
Apa yang dibawa oleh Rasul kepadu kamu maka ambillah, manakala yang dilarang oleh Rasul, maka tinggalkanlah.(al- Hasyr, 7)


Kepentingannya sebagai contoh yang hidup dalam diri manusia yang dipilih oleh Allah.

~Rasulullah sebagai uswatun hasanah
~Baginda merupakan ikutan terbaik dalam semua aspek kehidupan
~Menjadi peringatan dan sempadan kepada manusia kemudian
~Rakaman kejayaan yang kekal dan mampu oleh manusia biasa

Share this topic on Facebook


Delima^BiruTopic starter

  • *
  • Offline
  • Posts: 126
  • Kembara ku di Kejora Biru
    • View Profile
Re: Apa Dia Sirah?
« Jawab #4 on: 09 November, 2009, 09:58:30 AM »


Kepentingan Sirah Dalam Islam


وَكُلاًّ نَقُصُّ عَلَيْكَ مِنْ أَنْبَاءِ الرُّسُلِ مَا نُثَبِّتُ بِهِ فُؤَادَكَ وَجَاءَكَ فِي هَذِهِ الْحَقُّ وَمَوْعِظَةٌ وَذِكْرَى لِلْمُؤْمِنِينَ
Maksudnya: "Dan tiap-tiap berita dari berita Rasul-rasul itu, kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad), untuk menguatkan hatimu dengannya. Dan telah datang kepadamu dalam berita ini kebenaran dan pengajaran serta peringatan bagi orang-orang yang beriman."-( Surah Hud, 11:120)



نَحْنُ نَقُصُّ عَلَيْكَ أَحْسَنَ الْقَصَصِ بِمَا أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ هَذَا الْقُرْآنَ وَإِنْ كُنتَ مِنْ قَبْلِهِ لَمِنْ الْغَافِلِينَ

Maksudnya : "Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) seindah-indah kisah dengan jalan Kami wahyukan kepadamu Al-Quran ini, padahal sebenarnya engkau sebelum datangnya wahyu itu, adalah dari orang-orang yang tidak pernah menyedari akan halnya."(Surah Yusuf, 12:3)


لَقَدْ كَانَ فِي قَصَصِهِمْ عِبْرَةٌ لأُوْلِي الألْبَابِ مَا كَانَ حَدِيثًا يُفْتَرَى وَلَكِنْ تَصْدِيقَ الَّذِي بَيْنَ يَدَيْهِ وَتَفْصِيلَ كُلِّ شَيْءٍ وَهُدًى وَرَحْمَةً لِقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ

Maksudnya : "Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. (Kisah Nabi-nabi yang terkandung dalam Al-Quran) bukanlah ia cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut di dalam Kitab-kitab ugama yang terdahulu daripadanya, dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman."-(Surah Yusuf, 12:111)



لإِيلافِ قُرَيْشٍ(1)إِيلافِهِمْ رِحْلَةَ الشِّتَاءِ وَالصَّيْفِ(2)فَلْيَعْبُدُوا رَبَّ هَذَا الْبَيْتِ(3)الَّذِي أَطْعَمَهُمْ مِنْ جُوعٍ وَآمَنَهُمْ مِنْ خَوْفٍ(4

Maksudnya : "Kerana kebiasaan aman tenteram kaum Quraisy (penduduk Mekah). (Iaitu) kebiasaan aman tenteram perjalanan mereka (menjalankan perniagaan) pada musim sejuk (kenegeri Yaman) dan pada musim panas (ke negeri Syam). Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan yang menguasai rumah (Kaabah) ini. Tuhan yang memberi mereka penghidupan: menyelamatkan mereka dari kelaparan dan mengamankan mereka dari ketakutan."(Surah Quraisy, 106:1-4)

Share this topic on Facebook


Delima^BiruTopic starter

  • *
  • Offline
  • Posts: 126
  • Kembara ku di Kejora Biru
    • View Profile
Re: Apa Dia Sirah?
« Jawab #5 on: 09 November, 2009, 12:44:52 PM »

Kepentingannya: Penyelesai kepada masalah umat

Belenggu umat seperti:

Kehilangan adab
Kemunculan pemimpin palsu
Keghairahan pengaruh hedonisme
Resapan pengaruh sekularisme penjajah
Kehilangan jati diri

- Sirah sebagai jalan keluar kepada kemelut

Share this topic on Facebook


dya adriza

  • *
  • Offline
  • Posts: 424
    • View Profile
    • Paksi.net-Persaudaraan Komuniti Siswa
Re: Apa Dia Sirah?
« Jawab #6 on: 09 November, 2009, 01:12:41 PM »
KEPENTINGAN SIRAH NABI DALAM MEMAHAMI ISLAM
Rujukan : Fikh Sirah oleh Said Ramadhan Al buti

Tujuan kita mempelajari Sirah Nabi adalah bukan sekadar untuk mengetahui kejadian-kejadian bersejarah yang telah dilalui oleh nabi kita Muhammad sebagaimana kita mempelajari teks-teks sejarah lain.

Di sana terdapat tujuan-tujuan yang lebih penting untuk kita mempelajari sirah Rasululullah. Apabila menghayati sirah nabi, seseorang islam itu akan lebih memahami hakikat Islam. Ini kerana hakikat Islam itu sendiri keseluruhannya terkandung dalam keperibadian Rasulullah dan seluruh perjalanan hidupnya.

Di antara objektif utama kita menghayati sirah Rasululullah boleh disimpulkan seperti berikut:

1. Memahami syakhsiah peribadi Nabi Muhammmad SAW melalui riwayat hidupnya dan suasana yang dialami dalam hidupnya. Dengan menghayati syakhsiah dan kehidupan ini dapat menguatkan keyakinan kita bahawa Nabi Muhammad bukan sahaja pintar di kalangan kaumnya bahkan telah di bantu oleh bantuan wahyu yang telah diturunkan kepadanya dari sisi Allah yang maha kuasa.

2. Supaya manusia seluruhnya dapat menjadikan Nabi sebagai suri tauladan ataupun role model yang paling utama dalam setiap aspek kehidupan. Menjadikan kehidupan rasul sebagai ikutan tanpa ragu dan syak. Kalaulah manusia mencari seseorang yang boleh menjadi role model lengkap dalam setiap aspek kehidupan, mereka tidak akan menjumpainya melainkan ianya wujud dalam diri nabi Muhammad. Oleh sebab itulah Allah telah menyifatkan baginda sebagai Qudwah hasanah (contoh tauladan) bagi seluruh manusia sebagaimana firman Allah dalam surah Al Ahzab ayat ke 21:

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)

3. Penghayatan Sirah Nabi memudahkan kita memahami dan menghayati kandungan kitab suci (al-Quran) dan dapat merasai kemanisan dan kehendak al-Quran. Ini kerana terdapat banyak ayat-ayat al-Quran yang menceritakan kejadian dan peristiwa yang telah dialami oleh Rasulullah dan bagaimana Rasulullah menghadapinya.

4. Seorang Muslim dapat mengumpul sebanyak mungkin maklumat yang tepat berkaitan dengan pengetahuan islam. Maklumat dan pengetahuan ini meliputi setiap aspek yang berkaitan aqidah, hukum hakam, akhlak dan seebagainya.

5. Menjadi contoh tauladan yang paling baik kepada pendidik dan juga pendakwah Islam dalam mendidik dan menyebarkan dakwah kepada manusia. Rasulullah adalah seorang guru, pemberi nasihat dan pendidik yang tak kenal erti jemu.Baginda telah mencuba pelbagai cara yang berkesan untuk menyampaikan dakwahnya.

Sesungguhnya kehidupan Rasulullah seluruhnya adalah role model atau pun suri tauladan yang perlu kita sanjung.

1. Baginda adalah merupakan contoh yang jelas sebagai seorang remaja dan pemuda yang baik dan berakhlak mulia sehinggalah beliau digelar al amin di kalangan kaumnya.

2. Pendakwah atau pendidik yang paling cemerlang dalam menyeru umat manusia kepada Allah Taala dengan menggunakan konsep hikmah dan mauizah hasanah (peringatan dengan cara yang baik).

3. Seorang yang tidak pernah putus asa dalam dakwahnya. Telah mencuba pelbagai cara dan jalan untuk menyampaikan risalahnya.

4. Seorang ketua negara yang memegang kuasa politik yang paling tinggi. Mentadbir setiap urusan politik dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan.

5. Seorang suami misali dalam pergaulan dengan keluarga.

6. Seorang ayah yang pengasih yang teliti dalam membezakan hak dan kewajipan bagi setiap isteri dan anak-anak.

7. Seorang ketua perang yang mahir dan penuh dedikasi.

8. Sebagai seorang muslim yang teliti dan adil dalam beribadat kepada Allah, bergaul dan bergurau dengan keluarga dan sahabat-sahabatnya.

Tidak syak lagi bahawa sesungguhnya pengahayatan Sirah Nabi adalah merupakan sesuatu yang amat penting bagi mengangkat martabat manusia dengan menjadikan contoh tauladan dan ikutan oleh pelbagai lapisan masyarakat. Kita sebagai seorang muslim diwajibkan untuk menyanjung dan mencotohi Rasulullah dalam setiap perlakuan kita seharian kerana akhlak Nabi adalah merupakan akhlak Islam. Dengan mengamalkan akhlak Nabi inilah dapat menjamin kesejahteran hidup manusia di dunia dan juga di akhirat.

Janganlah kita menjadikan orang lain sebagai contoh ikutan dalam kehidupan kita seharian. Malah lebih teruk penyakit yang melanda umat islam hari ini ialah menyanjung ahlil fussak (orang yang banyak buat maksiat pada Allah) sebagai role model dan ikutan. Bahkan mereka langsung lupa kepada junjungan besar Nabi Muhamad sallallahu alaihi wasallam.

Share this topic on Facebook


jihad93

  • *
  • Offline
  • Posts: 14
    • View Profile
Re: Apa Dia Sirah?
« Jawab #7 on: 09 November, 2009, 01:30:37 PM »
ya betul...
tanpa sirah kita tidak dapat menambahkan pengetahuan tentang islam

Share this topic on Facebook



 

Related Topics

  Subjek / Dimulakan Oleh Jawapan Kiriman Akhir
7 Jawapan
4770 Views
Kiriman Akhir 16 May, 2009, 01:05:34 PM
oleh ahmad_siddiqui
0 Jawapan
1289 Views
Kiriman Akhir 16 October, 2011, 09:57:57 PM
oleh sunnatulhuda
Sirah

Dimulakan Oleh umi muslimah Kisah

1 Jawapan
220 Views
Kiriman Akhir 08 June, 2012, 10:15:41 AM
oleh mama_ziera