PEPERANGAN HUNAIN

Author Topic: PEPERANGAN HUNAIN  (Read 7924 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

NurWahidaFauzi

  • *
  • Posts: 1195
  • "Dihujung Kelopak CintaNYA"
    • View Profile
12 June, 2007, 10:40:00 PM
  • Publish Di FB

  • PEPERANGAN HUNAIN

    Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
    Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 
    Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

    Firman Allah dalam ayat 25  dan 26 surah al-Taubah yang bermaksud :

    Sesungguhnya Allah telah menolong kamu (wahai orang mukmin) di medan peperangan yang banyak. Dan ingatlah peperangan Hunain iaitu di waktu kamu merasa bangga kerana ramainya jumlahmu. Maka jumlah yang ramai itu tidak memberi manfaat kepadamu sedikit pun. Dan bumi yang luas itu telah terasa sempit olehmu kemudian kamu lari ke belakang dengan bercerai-berai. Kemudian Allah menurunkan ketenangan kepada rasulNya dan kepada orang-orang yang beriman. Dan Allah menurunkan bala tentera yang kamu tidak melihatnya dan Allah menimpakan bencana kepada orang-orang kafir. Dan demikianlah pembalasan kepada orang-orang kafir.

    Kini kita berada dipenghujung bulan Syawal yang merupakan bulan mulia dan mempunyai fadhilatnya yang tersendiri bagi mereka yang mengambil peluang untuk beribadat kepada Allah. Bulan Syawal juga telah merakamkan beberapa peristiwa yang besar dalam kamus umat Islam seperti berlakunya peperangan Ahzab, peperangan Uhud dan juga peperangan Hunain yang banyak memberi pengajaran dan peringatan kepada umat Islam. Setiap peristiwa yang berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w mestilah diambil iktibar sebagaimana sepatutnya kerana perjalanan sirah nabawiyyah ini merupakan fakta sejarah yang terjaga dari segi riwayatnya. Sirah nabawiyyah ini hendaklah dijadikan panduan kita bukannya sekadar dijadikan bahan bacaan sahaja.

    Sidang Jumaat yang dikasihi,

          Peperangan Hunain berlaku selepas kejayaan Rasulullah s.a.w dalam Pembukaan Kota Mekah di mana baginda terdengar adanya perancangan bani Hawazin dan Thaqif  pimpinan Malik bin Auf yang tinggal di Taif untuk menyerang umat Islam. Bagi mengetahui secara lanjut tentang persiapan mereka lalu Rasulullah s.a.w menghantar Abdullah bin Abi Hadrad al-Aslamiy ke Taif. Dia diminta agar tinggal di tengah-tengah kaum tersebut bagi mengumpul maklumat. Setelah itu dia pulang ke Mekah dan memberitahu tentang persiapan bani Hawazin dan Thaqif dari segi kelengkapan senjata dan juga dengan bilangan tentera antara 20 hingga 30 ribu orang bagi menyerang umat Islam. Pasukan kuffar ini turut membawa bersama harta benda dan anak isteri mereka bagi menetapkan mereka dalam peperangan dan tidak lari dari medan perang. 

          Rasulullah s.a.w  bersama 12 ribu orang tentera muslimin telah keluar menuju ke lembah Hunain. Keesokan harinya ketika mereka bangun dan bersiap untuk berperang di mana ketika pasukan muslimin di barisan hadapan pimpinan Khalid bin Walid sedang bergerak mara, mereka diserbu dari arah kiri dan kanan disamping anak panah yang menghujani mereka dari arah depan dan belakang. Ramai tentera Islam yang gugur syahid terutama mereka yang baru masuk Islam sebagai peringatan di  atas niat mereka yang turut sama berperang kerana ingin mendapatkan harta rampasan perang disamping perasaan angkuh dan sombong kerana merasakan kekuatan bilangan tentera Islam kali ini lebih kuat dan ramai berbanding sebelum ini. Serangan ini mengucar-kacirkan tentera Islam dan ada yang telah berundur ke belakang.

    Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

         Ketika suasana bertambah gawat dan cemas lalu Rasulullah s.a.w yang berada di tengah-tengah tentera Islam melaungkan kata-kata:” Dengarlah kata-kataku ini wahai hamba-hamba Allah! Aku merupakan seorang nabi yang tidak berdusta!. Aku anak Ibnu Muttalib”. Namun suara nabi kurang didengari disebabkan kekalutan yang begitu teruk. Lantas bapa saudaranya Abbas berteriak dengan suara yang lantang :”Wahai orang-orang yang turut berbaiah pada hari Hudaibiah!”. Jeritan ini telah menyebabkan tentera Islam mula bersemangat kembali dan membetulkan kembali niat kedatangan mereka  untuk berperang kerana Allah bukannya untuk perkara yang lain. 

         Setelah itu mereka memulakan gerakan kedua dalam melawan musuh setelah pada permulaannya mereka hampir kalah dan begitu terdesak dengan asakan musuh. Pada gerakan kedua inilah tentera Islam berjaya membunuh ramai tentera musuh sehingga ada dikalangan wanita dan kanak-kanak yang datang bersama tentera musuh turut terkorban ketika tentera Islam mahu mengejar tentera musuh yang sedang berundur. Melihat perkara ini lalu Rasulullah s.a.w meminta agar Khalid bin Walid selaku panglima perang supaya tidak membunuh wanita, kanak-kanak dan mereka yang lemah. Akhirnya tentera Islam mencapai kemenangan yang gemilang bukannya kerana jumlah tentera yang ramai tetapi kerana keyakinan dan juga keihklasan kepada Allah sehingga Allah mendatangkan pertolongan dan kemenangan.

    Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

          Peperangan Hunain ini banyak memberi pengajaran dan peringatan kepada seluruh umat Islam. Kita dapat melihat bagaimana pentingnya keikhlasan dan keyakinan terhadap pertolongan Allah bagi mereka yang bersungguh-sungguh dalam meninggikan kalimah Allah. Jumlah yang ramai atau pun majoriti tidak menjamin kemenangan dan juga pengekalan kuasa jika kita meninggalkan Islam. Kita lihat bagaimana umat Islam di Bosnia, Kosovo, Kashmir, Maluku, Ambon dan sebagainya dihinakan oleh Allah di negara mereka sendiri walau pun mempunyai jumlah majoriti berbanding agama lain kerana meninggalkan Islam. 

          Islam adalah agama perpaduan yang mementingkan kesatuan dan keadilan. Oleh itu Islam sentiasa menyuruh umatnya agar bersatu di atas landasan Islam yang menjamin kesejahteraan dan keredhaan Allah. Kegagalan dasar kebangsaan dalam menyatukan bangsa melayu dan umat Islam serta bangsa yang berbilang di negara ini sewajarnya dijadikan peringatan penting tentang betapa lemahnya sesuatu sistem atau ideologi ciptaan manusia dalam menyatukan manusia dengan perpaduan yang berkekalan. Kegagalan ini boleh dijadikan titik permulaan untuk membina semula kesatuan umat Islam setelah kesatuan yang berlandaskan Islam sebagaimana yang telah dilaksanakan dalam pemerintahan Kesultanan Melayu Islam Melaka dan beberapa kesultanan melayu Islam yang lain di nusantara ini diruntuhkan oleh penjajah yang datang menjajah dengan menjadikan Kristian sebagai matlamat utama kepada penjajahan.

         Kini telah sampai waktu dan ketikanya, sudah tiba saat dan masanya untuk kita sama-sama bersatu di bawah payung Islam yang bukan sahaja menjamin keamanan dan kebajikan umat Islam malah turut menjaga kepentingan orang bukan Islam. Ketika jumlah umat Islam masih ramai dan majoriti inilah merupakan masa yang terbaik untuk melaksanakan perlembagaan dan perundangan Islam. Janganlah kita terus menunggu sehingga jumlah umat Islam menjadi lebih sedikit dan lemah baru kita mahukan Islam kerana pada masa itu kita sudah terlambat. Kita mesti yakin bahawa kemuliaan sesuatu bangsa adalah dengan menjadikan Islam sebagai cara hidup dan kehinaan yang menimpa sesuatu bangsa disebabkan meninggalkan Islam. 

    Firman Allah dalam ayat  41 surah al-Ankabut yang bermaksud:


    Perumpamaan orang-orang yang mengambil pelindung selain daripada Allah seperti labah-labah yang membuat rumah. Dan sesungguhnya rumah yang paling lemah ialah rumah labah-labah jika mereka  mengetahui

    Sidang Jumaat sekalian,
     

     Penguasaan dan kezaliman yahudi di bumi Palestin terus berlangsung sehingga hari ini. Apa yang berlaku di Kota Yathrib atau Madinah sebelum penghijrahan Rasulullah s.a.w di mana umat arab tidak mampu bersatu kerana semangat kebangsaan yang kuat sehingga mereka dikuasai terutama dalam ekonomi oleh kaum yahudi yang mempunyai jumlah yang tidak begitu ramai. Begitulah apa yang berlaku di Palestin hari ini di mana yahudi mampu menguasai seluruh negara arab walau pun jumlah mereka hanya beberapa juta kerana semangat kebangsaan arab begitu kuat. Untuk menyelamatkan bumi Palestin yang merupakan tanah wakaf milik umat Islam maka seluruh bangsa arab yang beragama Islam dan juga seluruh umat Islam yang lain mesti bersatu atas dasar Islam barulah akan datang kemenangan yang dijanjikan oleh Allah. Kita mesti menghalau keluar yahudi dari bumi Palestin dengan semangat jihad Islam bukannya dengan semangat kebangsaan
     
     


    Sumber: Web Darululum
    ~..Ukhwah yang dibina antara kita, Biarlah seperti seutas tasbih, Ada awal,  Tiada penghujungnya, Dicipta untuk mengingatiNYA, Dibahagi untuk cintaNYA, Diratib demi redhaNYA..~

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14510
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #1 14 May, 2009, 02:23:56 PM
  • Publish Di FB
  • [box title=Peristiwa Perang Hunain]Sudah merupakan kebiasaan Nabi, bilamana baginda menaklukkan suatu wilayah, secara peribadi baginda mempelajari keadaan politik dan agama penduduknya selama baginda tinggal di situ. Sebelum meninggalkan tempat itu, baginda melantik orang-orang yang sesuai untuk berbagai jawatan. Alasannya ialah bahawa orang-orang di wilayah itu, yang mengenali sistem lama yang batil, tidak mengenali sistem Islam yang menggantikannya. Islam adalah suatu sistem sosial, moral, politik, dan agama, yang hukum-hukumnya berasal dari wahyu.

        Untuk mengenalkan hukum-hukum ini kepada manusia serta penerapannya dalam praktik diperlukan orang yang cekap, cerdas dan berpengetahuan. Ia harus mampu mengajarkan kepada mereka prinsip-prinsip Islam yang benar secara bijak, dan harus pula menerapkan sistem Islam di tengah-tengah mereka

        Ketika Nabi memutuskan hendak berangkat dari Makkah menuju wilayah suku Hawazin dan Tsaqif, baginda melantik Mu’az bin Jabal sebagai guru dan mengajari umat, dan mengamanatkan pemerintahan kota itu dan imam masjid kepada ‘Atab bin Usaid yang cekap. Setelah tinggal di Makkah selama lima belas hari, Nabi berangkat menuju daerah suku Hawazin.

     
    [/box]
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14510
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #2 14 May, 2009, 02:26:29 PM
  • Publish Di FB
  • [box title=Tentera yang Tiada Tandingan]
       Pada saat itu ada 12,000 tentera di bawah panji Nabi. Dari jumlah itu, 10,000 orang menyertainya dari Madinah dalam pembebasan Makkah, sedang yang 2,000 berasal dari kaum Quraisy Makkah yang baru masuk Islam, dengan Abu Sufyan sebagai pemimpinnya.

        Di masa itu, tentera sebesar itu hampir tak pernah ada di Tanah Arab. Namun, justeru kekuatan jumlah mereka inilah yang menjadi penyebab kekalahan awal mereka. Sebabnya, berlainan dengan di masa lalu, sekarang mereka membanggakan diri kerana jumlahnya yang besar. Akibatnya, mereka mengabaikan taktik dan prinsip-prinsip perang.

        Ketika para sahabat melihat jumlah tentera yang besar itu ada di antara mereka yang berkata, “Sama sekali kita tak akan kalah, kerana jumlah tentera kita jauh lebih besar daripada musuh.” Namun, ia tidak menyedari bahawa keunggulan jumlah bukanlah satu-satunya faktor penentu kemenangan, dan sesungguhnya faktor itu malah kurang penting.

        Al-Quran sendiri menyebutkan hal ini yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah telah menolong kamu (hai para mukmin) di medan peperangan yang banyak, dan (ingatlah) peperangan Hunain, iaitu di waktu kamu menjadi bongkak kerana banyaknya jumlahmu, maka jumlah yang banyak itu tidak memberi manfaat kepadamu sedikitpun, dan bumi yang luas ini telah terasa sempit olehmu, kemudian kamu lari ke belakang dengan bercerai-berai.”
    (Al Qasas : 85)
    [/box]

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14510
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #3 14 May, 2009, 02:27:59 PM
  • Publish Di FB
  • [box title=Mencari Maklumat]   Setelah pembebasan Makkah, api perlawanan menyala di daerah-daerah kediaman suku Hawazin dan Tsaqif. Mereka menjalin hubungan khusus di antara mereka. Mata rantai penghubung di antara mereka ialah seorang lelaki gemar berperang yang bernama Malik bin ‘Aufan Nasri. Hasil dari persekutuan mereka, sebelum tentera Islam sempat memberi perhatian kepada mereka, mereka sendiri telah datang menghadapi tentera Islam. Akibatnya, sebelum kaum Muslimin bergerak, mereka menyerang dengan keras melalui suatu taktik tentera. Mereka juga telah memilih seorang lelaki gagah berani berusia tiga puluh tahun untuk bertindak sebagai komando perang.

        Selain dari kedua-dua suku di atas, suku Bani Hilal, Nasar, dan Jasyam juga ikut serta dalam pertempuran ini, dan semuanya menjelma sebagai pasukan pemukul yang padu.

        Sesuai perintah panglima tertingginya, semua yang ikut dalam pertempuran itu menempatkan kaum wanita, anak-anak, dan hartanya dibelakang tentera. Ketika ditanya tentang alasan keputusannya itu, Malik, sang panglima mengatakan, “Kaum lelaki ini akan tetap teguh dalam pertempuran untuk melindungi keluarga dan hartanya dan sama sekali tak akan berfikir untuk melarikan diri atau mundur.”

        Ketika Duraid bin Sammah, pejuang tua yang berpengalaman, mendengar ratapan kaum wanita dan anak-anak, ia mengecam Malik. Ia memandang tindakan Malik itu salah dari sisi prinsip perang, ia berkata kepada Malik, ”Dengan tindakan ini, apabila nanti kamu dikalahkan maka kamu akan menyerahkan semua wanita dan harta kamu kepada tentera Islam secara borong.”

        Malik tidak mempedulikan kata-kata tentera berpengalaman itu. Ia mengatakan, “Kamu telah menjadi tua dan telah kehilangan kebijaksanaan dan pengetahuan tentang taktik berperang.” Peristiwa kemudian membuktikan bahawa orang tua itu benar. Kehadiran wanita dan anak-anak di medan perang, di mana orang harus menyerang dan lari, ternyata tak berguna, bahkan hanya mempersulit dan menghalangi gerak tentera.

        Nabi mengutus Abdullah al-Aslami secara rahsia untuk menghimpun maklumat tentang peralatan, niat, dan rancangan gerakan musuh. Ia berkeliling di seluruh tentera musuh itu sambil mengumpulkan maklumat yang diperlukan, untuk kemudian menyampaikannya kepada Nabi. Sebaliknya, Malik juga mengirim tiga orang perisik kepada kaum Muslimin secara khusus untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan. Namun, mereka malah kembali kepada Malik dengan hati penuh takjub dan takut.

        Panglima pasukan musuh itu memutuskan untuk menambah bilangan tentera dan berusaha mengatasi kelemahan moral tenteranya dengan tipu daya yang licik, yakni dengan melakukan serangan mengejut dan menimbulkan kekacauan di kalangan tentera Islam, agar tentera Islam porak-peranda.Untuk mencapai tujuan itu, Malik berkhemah di hujung lembah yang mengarah ke wilayah Hunain.

        Kemudian ia memerintahkan semua tenteranya bersembunyi di sebalik batu-batu dan celah-celah bukit tinggi di sekitar lembah itu. Begitu tentera Islam tiba di lembah yang dalam dan panjang itu, mereka semua harus keluar dari tempat persembunyiannya lalu menyerang kesatuan-kesatuan tentera Islam dengan panah dan batu. Setelah itu, suatu kelompok khusus harus turun dari perbukitan secara teratur dan menyerang kaum Muslimin dengan pedang di bawah perlindungan pasukan pemanah.
    [/box]

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14510
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #4 14 May, 2009, 02:30:16 PM
  • Publish Di FB
  • [box title=Serangan Mengejut]
        Nabi menyedari kekuatan dan strategi musuh. Oleh itu, sebelum meninggalkan Makkah, baginda memanggil Shafwan bin Umayyah, lalu meminjam seratus baju perang sambil menjamin pengembaliannya. Baginda sendiri memakai dua baju perang dan pelindung kepala. Sambil menunggang keldai putih yang telah dihadiahkan kepadanya, baginda bergerak maju bersama tentera Islam.

        Tentera Islam beristirehat malam hari dimulut lembah tadi. Sebelum fajar sepenuhnya muncul, pasukan Muslim dari suku Bani Salim tiba di jalur Lembah Hunain di bawah komando Khalid bin Walid. Ketika sebahagian besar tentera Islam masih di dalam lembah itu, tiba-tiba terdengar bunyi riuh desiran panah dan teriakan ramai pasukan musuh yang sebelumnya telah duduk menghadang di sebalik batu-batu. Ini menciptakan kegemparan luar biasa di kalangan kaum Muslimin.

        Panah menghujani mereka, dan sekelompok musuh menyerang di bawah lindungan para pemanahnya. Serangan mengejut ini menyebabkan kaum Muslimin bertempiaran dan mereka segera mencari perlindungan. Kekacauan dan perpecahan pun timbul. Perkembangan ini sangat menggembirakan kaum munafik yang ada di antara tentera Islam. Sebahagian berkata, “Kaum Muslimin akan melarikan diri hingga ke pesisir laut.” Seorang munafik lain mengatakan, “Sihir telah terlawan.” Yang lain bertekad untuk menghabisi Islam dalam keadaan kacau itu dengan membunuh Nabi untuk menghancurkan keimanan kepada Allah Yang Maha Esa dan kenabian Islam sekaligus.
    [/box]

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14510
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #5 14 May, 2009, 02:32:10 PM
  • Publish Di FB
  • [box title=Ketabahan Nabi dan Sahabat]
        Nabi sangat terganggu oleh larinya para tentera yang merupakan penyebab utama segala kegemparan dan kekacauan itu. Baginda merasa bahawa apabila keadaan itu dibiarkan, walaupun hanya sebentar, jalannya sejarah mungkin menjadi lain; pasukan syirik akan menghancurkan tentera tauhid.

        Oleh itu, sambil menunggang keldainya, baginda berseru dengan suara nyaring, “Hai pembela Allah dan Nabi-Nya! Aku hamba Allah dan Nabi-Nya.” Baginda mengucapkan kalimat ini lalu memalingkan keldainya ke medan pertempuran yang telah diduduki tentera Malik. Sekelompok orang siap berkorban, seperti Ali, Abbas, Fadhal bin Abbas, Usamah, dan Abu Sufyan bin Harits, yang tak sudi membiarkan Nabi sendirian tanpa perlindungan, juga maju bersama Nabi.

        Nabi meminta Abbas, bapa saudaranya, yang suaranya amat keras, untuk memanggil kembali kaum Muslimin yang bertempiaran, “Hai Ansar yang menolong Nabi-Nya! Hai kaum yang membai’at Nabi di bawah pohon syurga! Kemana kamu akan pergi? Nabi berada di sini!” Kata-kata Abbas sampai ke telinga kaum Muslimin dan merangsang semangat dan ghairah keagamaan mereka. Mereka semua segera menyambut dengan mengatakan, “Labbaik! Labbaik!” Lalu kembali dengan gagah berani bersama-sama Nabi.

        Seruan Abbas yang berulang-ulang, yang memberi khabar gembira tentang keselamatan Nabi, membuat orang-orang yang bertempiaran itu kembali kepada Nabi dengan rasa penyesalan dan mengatur lagi barisannya. Sesuai dengan perintah Nabi, dan untuk menghapus noda malu kerana melarikan diri itu, kaum Muslimin melakukan suatu serangan umum. Dan dalam waktu sangat singkat, mereka berhasil memukul musuh mundur atau melarikan diri. Untuk memberi semangat kepada kaum Muslimin, Nabi mengatakan, “Saya Nabi Allah dan tak pernah berdusta, dan Allah telah menjanjikan kemenangan kepada saya.”

        Taktik perang ini berhasil membuat para pejuang Hawazin dan Tsaqif melarikan diri ke wilayah Autas dan Nakhlah dan ke benteng Tha’if, dengan meninggalkan kaum wanita dan harta mereka serta tenteranya yang mati di medan pertempuran.
    [/box]

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    5 Replies
    3914 Views
    Last post 16 April, 2009, 06:12:02 AM
    by ibrahim libya
    2 Replies
    2478 Views
    Last post 17 May, 2009, 03:40:10 PM
    by Ummi Munaliza
    5 Replies
    2430 Views
    Last post 19 March, 2011, 12:10:15 AM
    by syidaspongebob