0 Halaqian and 1 Tetamu are viewing this topic.
BAGAIMANA CARA YANG MUDAH UNTUK MELAKU KAN SOLAT HAJAT?
salammm..saya nk tanye ni solat hajat dgn solat istikarah sama tak.mcm mane niat nye.sape boleh tlg ajar saya.
solat istikarah mmcm solat biasa ke? doa dlm solat pula mcm mane? mcm ne untuk memberitahu sesutau untuk dapatkan jawapan yang kite tak pasti?
kak iffah ditempat yang bertitik??maksudnya kak iffah?boleh terangkan tak?
Quote from: putri_hambali on 21 January, 2011, 11:17:47 AM kak iffah ditempat yang bertitik??maksudnya kak iffah?boleh terangkan tak?sembahyang istikharah ini hanya dibuat apabila kedua-dua masalah yang hendak dipilih itu sama penting. contohnya apabila seseorang itu mempunyai 2 pilihan yang sunat dan harus maka pilihlah yang sunat. jika seseorang itu mempunyai pilihan antara wajib dan sunat maka pilihlah yang sunat. kalau mempunyai pilihan antara perkara sunat dan sunat atau wajib dan wajib barulah membuat solat istikharah. (ni yang akak ambil dari info pokcik beruang kat link yang Ummi bagi)..maksudnya di sini, kalau dah tau lelaki tu tak baik akhlaknya, tak baik untuk agama kita, tak perlu buat istikharah. benda memang sudah tau akan mendatangkan mudharat pada kita, apa pasal mau teruskan jugak? kan nak cari masalah namanya tu?yang bertitik tu, nyatakan masalah @ apa yang dipilih @ urusan anti.contoh 1: Ya Allah, seandai ya Engkau mengetahui bahawasanya "si polan bin si polan" adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya. dan seterusnya....contoh 2: Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya " mengundi PAS" adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya. dan seterusnya....hik..hik...(kes mengundi PAS la pulok...).contoh nak pilih antara PAS ke UMNO..
Quote from: tak tahu on 08 November, 2009, 05:41:45 PMBAGAIMANA CARA YANG MUDAH UNTUK MELAKU KAN SOLAT HAJAT?Waktu mengerjakan Solat Sunat Hajat ini boleh siang atau malam,pagi atau petangLafaz niat :Usolli Sunnatal Hajaati Rak'ataini Lilaahi Ta'ala, Allahu AkhbarSahaja aku solat sunat Hajat dua rakaat kerana Allah Ta'ala"Pada rakaat pertama bacalah Al-Fatihahdan Surah Al-KafirunRakaat kedua bacalah Al-Fatihah dengan Surah Al -IkhlasPada rakaat yang terakhir sebelum memberi salam, iaitu setelah Tahyat akhir , sujud kembali dengan bertakbir. Dan membaca:c) Tasbih ini Baca 10 kali"Tiada Tuhan selain Allah Maha Esa Dia tiada sekutu baginya. Kepunyaan nyalah segala kerajaan / kekuasaan dan bagi nyalah segala pujian. Dan dia atas segala sesuatu Maha Berkuasa"d) Kemudian baca:" Wahai Ya Allah bahawasanya aku memohon akan engkau dengan keteguhan ikatan daripada Arasy Engkau dan rahmat dari kitab/hukum engkau, dan dengan nama engkau yang terapung dan wajah engkau yang maha tinggi dan kalimat-kalimat engkau yang maha sempurna, bahawa engkau penuhilah hajatku "Setelah membaca doa tersebut mintakan apa-apa hajat dengan bersungguh-sungguh,dengan penuh pengharapan. Permohonan pada Allah cukup di sebut dalam hati. Kemudian bangkit dari Sujud sambil bertakbir dan terus memberi salam.
bagaimana pula solat hajat, Rakaat pertama, fatihah & ayat kursi, rakaat kedua : fatihah & al-kafirun.Masa sujud terakhir pula baca "lailaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzolimin'41 kali, kemudian minta hajat dlm hati. Masa sekolah dulu ustazah ajar cara ni.
Dimulakan Oleh masri Feqah Islam
Dimulakan Oleh adil Feqah Islam
Dimulakan Oleh ahmad_siddiqui Isu Semasa