Adakah Semua Doa Dimakbulkan?

Author Topic: Adakah Semua Doa Dimakbulkan?  (Read 7260 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

tak tahu

  • *
  • Posts: 4
    • View Profile
08 November, 2009, 05:01:29 PM
  • Publish Di FB
  • SAYA KURANG FAHAM TENTANG DOA? ADAKAH SEMUA DOA DITERIMA? APA SEBAB SEBABNYA DOA TAK DIMAKBULKAN?

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14507
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #1 08 November, 2009, 05:23:49 PM
  • Publish Di FB
  • SAYA KURANG FAHAM TENTANG DOA? 

    Doa adalah perbualan atau pengucapan seorang hamba dilakukan secara langsung dengan Allah  dan setiap yang dimohon akan didengar Allah . Allah  tidak suka kepada umatnya yang tidak pernah memanjatkan doa kepada-Nya.

    Selepas berdoa disarankan supaya bertawakal kepada Allah  supaya segala permohonan serta doa akan dimakbulkan. Allah  berfirman yang bermaksud:

    “Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendahkan diri dan dengan suara yang perlahan serta bermohonlah kepada-Nya dengan perasaan takut serta penuh harapan, sesungguhnya rahmat Tuhan itu adalah dekat kepada orang yang berbuat kebajikan.”

    Nabi Muhammad SAW berpesan kepada umatnya supaya sentiasa berdoa kepada Allah  sama ada pada masa senang atau susah. Jangan sekali-kali berasakan terlalu lambat doa hendak dimakbulkan hingga kita cepat berputus asa daripada rahmat Allah .

    Quote
    ADAKAH SEMUA DOA DITERIMA?
    Bukan tidak diterima tetapi belum sampai masa dan ketikanya...

    Bila Allah cepat makbulkan doamu, maka Dia menyayangimu.
    Bila Dia lambat memakbulkan doamu, maka Dia sedang mengujimu.
    Bila Dia tak makbulkan doamu, maka dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.

    Bersangka baiklah pada Allah dalam apa jua keadaan.
    Kasih sayang Allah mendahului kemurkaan-Nya..

    Quote
    APA SEBAB SEBABNYA DOA TAK DIMAKBULKAN?

    Bagi mempastikan doa kita diterima dan dimakbulkan oleh Allah Subhanahu Wata'ala, hendaklah kita menjaga adab-adab dan tata tertib ketika berdoa, di antaranya ialah hendaklah ia dalam keadaan berwuduk, memulakan serta mengakhiri doa dengan menyebut dan memuji nama Allah Subhanahu Wata'ala serta memberi selawat dan salam kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Ketika berdoa juga disunatkan menghadap kiblat dengan suara yang rendah sambil menadah dua tangan. Apa yang penting, dalam berdoa hendaklah bersungguh-sungguh dan khusyuk serta yakin doa akan diperkenankan.

    Selain itu, jika kita tidak mahu doa kita ditolak, kita hendaklah memastikan makanan, minuman dan pakaian adalah adalah daripada sumber yang halal. Dalam sebuah kisah, Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam menceritakan tentang seorang lelaki yang telah melalui suatu perjalanan yang jauh, lelaki tersebut dalam keadaan kusut masai dan berdebu rambutnya, menadahkan kedua-dua tangannya ke arah langit untuk berdua seraya berkata : 'Ya Tuhanku! Ya Tuhanku! Sedangkan makanan lelaki itu dari sumber yang haram, minumannya dari sumber yang haram, pakaiannya dari sumber yang haram dan ia makan makanan yang haram, lalu bagaimanakah doanya akan diterima?'.

    Perlu diingat juga bahawa kita tidaklah boleh berdoa dengan sesuatu yang tidak munasabah dan mustahil ataupun mendoakan keburukan dan kecelakaan kepada saudaranya yang lain.

    Doa itu mempunyai kelebihan dan fadilat yang banyak dan sangat besar. Melalui doa, keampunan dan rahmat akan diperolehi manakala musibah dan kesusahan boleh terhindar. Selain daru itu, doa juga boleh menghindarkan daripada bala, walaupun bala itu sudah merupakan qada (ketentuan Allah Subhanahu Wata'ala). Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ada menjelaskan dalam sebuah hadis Baginda maksudnya :

    "Dari Sulaiman katanya : Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Tiada yang boleh menolak qada Allah kecuali doa dan tiada yang boleh menambah umur kecuali dengan berbuat amal kebajikan". (Riwayat Al-Imam At-Termidzi)

    Oleh itu sentiasalah berdoa baik ketika senang atau susah, namun perlu diketahui bahawa orang yang memperbanyakkan doa ketika ia berada dalam keadaan senang maka Allah akan mengkabulkan doanya ketika ia dalam keadaan susah. Amat rugilah bagi orang yang tidak berdoa kerana menutup bagi dirinya berbagai-bagai kebaikan dan mendedahkan dirinya kepada kemurkaan Allah Subhanahu Wata'ala.
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14507
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #2 08 November, 2009, 05:26:45 PM
  • Publish Di FB

  • Waktu yang sesuai untuk berdoa


    Terdapat banyak waktu jika kita berdoa di dalamnya, doa akan mudah dan cepat dimakbulkan, di antaranya berdoa pada malam jumaat dan hari jumaat, waktu di antara azan dan iqamah, ketika sujud dalam sembahyang, dalam bulan Ramadhan, pada malam qadar, hari Arafah, pada satu pertiga malam, selepas menunaikan sembahyang fardu dan banyak lagi. Apa yang mendukacitakan ada segelintir orang yang tidak mengambil berat akan amalan berdoa, dimana setelah selesai mengerjakan sembahyang, mereka akan terus bangkit tanpa berdoa terlebih dahulu. Ini termasuklah ketika mengerjakan sembahyang berjemaah di masjid.

    Ingatlah bahawa orang yang tidak mahu berdoa dianggap sebagai orang yang sombong kepada Allah Subhanahu Wata'ala.

    Dengan berdoa,  menunjukkan kita taat dan ingat Allah Subhanahu Wata'ala. Amalkanlah berdoa di setiap masa dan dalam apa jua keadaan kita sama ada di kala senang mahupun susah. Bukankah Allah telah memerintahkan kita supaya berdoa kepada-Nya sebagaimana maksudnya firman-Nya : 'Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu'. Oleh itu mintalah kepada-Nya kerana kepada Allah saja tempat meminta pertolongan. Semoga doa kita diterima Allah Subhanahu Wata'ala dan kita semua menjadi hamba-hamba-Nya yang soleh, Amin Ya Rabbal'alamin.

    Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Baqarah ayat 186 tafsirnya :

    "Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai-Ku maka beritahu kepada mereka : Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir kepada mereka. Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku dengan mematuhi perintah-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi baik serta betul".

    Sila rujuk di Halaqah Doa. Terdapat banyak panduan dan adab-adab berdoa serta waktu mustajab berdoa.

    Halaqah Do'a

    tak tahu

    • *
    • Posts: 4
      • View Profile
    Jawab #3 08 November, 2009, 05:37:49 PM
  • Publish Di FB
  • terima kasih...erm..boleh tak berdoa dalam hati saje..

    kerana takut didengari orang...

    saya telah doa tentang satu benda nie..suda lama saya hajatkan tetapi tidak dimakbulkan..hingga saya putus asa untk untk berdoa TENTANG BENDA ITU...

    saya tk pasti kenapa

    KEBANYAKAN DOA YANG SAYA MINTAK ADAKALA NYA TERMAKBUL DAN ADAKALA NYA TIDAK

    TAPI SAYA TK PASTI KENAPA DOA TENTANG BENDA ITU(MAAF HARUS DIRASIAKAN) TIDAK DIMAKBUL..


    KADANGKALA SAYA SANGKA TUHAN TIDAK MENYAYANGI SAYA


    CONTOH SAYA BERDOA UNTUK MENDAPAT 5 A UNTUK PEPERIKSAAN SAYA

    TETAPI SAYA DAPAT 3 A(BERSYUKUR JUGAK)

    TETAPI ORANG YANG KETAWAKAN SAYA.MENGHINA SAYA...DAPAT 5 A YANG SELAMA INI MENJADI MATLAMAT SAYA!!

    ITU YANG MENYEDIHKAN SAYA

    SAYA DAIF DALAM SOAL INI...

    KALAU SAYA SALAH,TUHAN MAAFKAN DAKU

    TERIMA KASIH KERANA RESPONS ANDA! ;)

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14507
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #4 08 November, 2009, 05:41:53 PM
  • Publish Di FB


  • Tuhan bukan tidak makbulkan doa tu, tuhan masih mahu kita terus berusaha dan berdoa. Mungkin apa yang kita minta itu tidak bertepatan dengan apa yang Allah rancangkan untuk kita. Ingat,  rancangan Allah lebih baik dari apa yang kita rancang. Sangkaan kita , apa yang kita minta itu baik, tetapi mungkin ada yang lebih baik lagi maka doa yang kita minta itu tidak Allah berikan.
    « Last Edit: 08 November, 2009, 05:55:24 PM by Ummi Munaliza »

    tak tahu

    • *
    • Posts: 4
      • View Profile
    Jawab #5 08 November, 2009, 05:43:29 PM
  • Publish Di FB
  • TERIMA KASIH

    gurutajwid

    • *
    • Posts: 167
      • View Profile
    Jawab #6 08 November, 2009, 06:10:12 PM
  • Publish Di FB
  • Ibrahim bin Adham, salah seorang wali Allah pernah ditanya mengapa doa tak dimakbulkan Allah. Maka dijawab oleh beliau ada 10 sebab doa seseorang itu tertolak.

    1. Kita mengaku mengenal Allah SWT, tetapi tidak kita tidak menunaikan hak Allah SWT sebagaimana mestinya.

    2. Kita mengaku Cinta terhadap Rasulullah SAW tetapi kita tinggalkan segala Sunnahnya.

    3. Kita mengenal Al Qur'an tetapi tidak dibaca dan juga tidak tahu kita amalkan apa yang telah terkandung dalam Al Qur'an.

    4. Kita berdo'a supaya masuk surga, tetapi kita tidak mau beramal.

    5. Kita menyatakan bermusuhan dengan setan tetapi kita ikuti jejaknya.

    6. Kita berdo'a agar terhindar dari api neraka, tetapi kita jerumuskan diri kita sendiri ke dalam api neraka.

    7. Kita sibuk mencari kesalahan orang, tetapi kita lupakan kesalahan diri sendiri.

    8. Kita katakan bahwa kematian itu pasti datang, tetapi kita tidak mau mempersiapkan diri untuk menghadapinya.

    9. Kita menguburkan orang mati, tetapi kita tidak mau mengambil pelajaran dari peristiwa itu.

    10. Kita rasakan berbagai nikmat Allah SWT, tetapi kita tidak mau mensyukurinya.

    RAHSIA MENGUASAI ILMU TAJWID!!!
    http://abdullahidris.com

    assiddiq

    • *
    • Posts: 4596
    • "Dengan Kehendak dan KuasaNya"
      • View Profile
    Jawab #7 08 November, 2009, 10:57:41 PM
  • Publish Di FB
  • Sentiasalah Takut dan harap kepada ALlah.. Harap Moga ALlah memakbulkan doa kita dan takut jika ALlah tidak menerima doa kita..

    Maka hadirkan dalam hati kerendahan hati,Serah diri sepenuhnya pada ALlah.. Rasai diri ini  dimiliki olehNya dan bawah kekuasaanNya..

    RedhaNya jua di harapkan..

    "Al-haqqu bila nizom yaghlibuhul-baatil binnizom"
    Maksudnya: "Sesuatu kebenaran yang tidak sistematik akan dikalahkan oleh kebatilan yang sistematik dan terancang."
    http://Http://cahayarabbani.blogspot.com
    http://Http://islamicmoviecollection.blogspot.com
    assiddiq@ymail.com

    Riot_heroes

    • *
    • Posts: 595
    • IMMORTALITY
      • View Profile
    Jawab #8 08 November, 2009, 11:18:31 PM
  • Publish Di FB
  • kata Seorang alim,  sekarang ni orang islam kurang berdoa...mereka hanya baca skrip
    You'll Never Walk Alone

     Akaun Akhirat Anda No: CIMB 01180004462058 Halaqah Net Services

    anak_felda

    • *
    • Posts: 52
      • View Profile
    Jawab #9 09 November, 2009, 12:16:21 AM
  • Publish Di FB
  • ambe penah dengar dalam kuliah...kalo kita nak doa dimakbulkan,ati kene ikhlas...tapi kalo tuan imam baca doa sampai berjela-jela panjangnya hingga terbit rasa bosan makmum yang mengaminkannya...apakah doa tersebut dimakbulkan....boleh dilihat bosannya makmum dengan amiin yang mengeluh...berubah kedudukan tangan yang diangkat...pandang kekanan n kiri...sebenarnya, bagaimana cara berdoa itu...apakah yang paling mustajab?...terus kepada matlamatkah atau memanjangkan hajat...sekadar bertanya kepada yang arif...ambe yang naif...

    wassalam...

    assiddiq

    • *
    • Posts: 4596
    • "Dengan Kehendak dan KuasaNya"
      • View Profile
    Jawab #10 09 November, 2009, 12:22:30 AM
  • Publish Di FB
  • Doa yg ringkas namun pada isinya..

    Imam Nawawi berkata, ”Doa itu sebaiknya dimulai dengan kalimah tahmid (puji-pujian) dan disudahi dengan kalimat tahmid juga”. Sesudah itu membaca sholawat kepada nabi, sekurang-kurangnya Allahumma shalli ‘ala Muhammadin wa ‘ala alihi wa shahbihi wa sallim (Ya Allah, limpahkanlah rahmat kepada nabi Muhammad, keluarganya, para sahabatnya, dan berikanlah kesejahteraan kepada mereka).
    « Last Edit: 09 November, 2009, 12:39:38 AM by assiddiq »

    intizhar

    • *
    • Posts: 623
      • View Profile
    Jawab #11 09 November, 2009, 02:49:58 AM
  • Publish Di FB
  • ambe penah dengar dalam kuliah...kalo kita nak doa dimakbulkan,ati kene ikhlas...tapi kalo tuan imam baca doa sampai berjela-jela panjangnya hingga terbit rasa bosan makmum yang mengaminkannya...apakah doa tersebut dimakbulkan....boleh dilihat bosannya makmum dengan amiin yang mengeluh...berubah kedudukan tangan yang diangkat...pandang kekanan n kiri...sebenarnya, bagaimana cara berdoa itu...apakah yang paling mustajab?...terus kepada matlamatkah atau memanjangkan hajat...sekadar bertanya kepada yang arif...ambe yang naif...
    wassalam...

    Di atas IzinNya dan RahmatNya..Alhamdulillah syukur kita dengan segala nikmat KurniaanNya....

    tapi kalo tuan imam baca doa sampai berjela-jela panjangnya hingga terbit rasa bosan makmum yang mengaminkannya...apakah doa tersebut dimakbulkan...Mengapa kita menjadi bosan..??

    adakah kerana kita tidak tahu rasa bersyukur pada Allah..yang menciptakan rasa pendengaran semasa Imam sedang sedang melafazkan mutiara FirmanNya seperti doa memohon pengampunan, keredhaanNya dan sebagainya..tidak kah rasa kerdilnya kita yang sentiasa mengharap Pertunjuk serta HidayahNya, perlindunganNya, keampunan dan kasih sayangNya terhadap kedua ibubapa kita seperti mana mereka mengasihi kita sewaktu kecil, sejahtera buat semua saudara muslim dan muslimat, mukminin dan juga mukminat..sepatutnya kita mengaminkan dengan rasa penuh kedhaifan dan kemiskinan..cuma berharap mudahan ianya di perkenankan Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

    Tidakkah kita rasa kasih dan sayang untuk sesama dengan Imam yang memulakan doa dan menanti akan akhirnya doa berselawat kepada Nabi kita..

    Ada juga kekadang tu..matlamat dan permohonan sudah di maqbulkan Allah terlebih dahulu tanpa perlu kita berdoa padaNya..bagaimana mungkin kita pertikaikan maqbul atau tidak.

    Renung dan renung di dalam IlmuNya..jangan jadi manusia yang tidak tahu bersyukur akan kehidupan sementara ini,.. semuanya di atas IzinNya dan RahmatNya...

    Begitu juga kita di suruh berdoa padaNya ' Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan '...dan tidaklah pula menjadi satu kesalahan andainya minta di doakan samada dari Imam, Bilal, Tok Siak, Guru, ustadz  dan yg berkaitan, kerana kita tidak pernah tahu dari mulut siapa sebuah doa itu akan di maqbulkan Allah..samada yang mendoakan atau yg mengaminkannya...syarat cuma kita jangan terjebak dalam kemusyrikan dan ketaksuban ( pengkultusan )....

    Berdo'alah kepada Tuhanmu dengan rendah diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.
    Dan janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi, sesudah ( Allah ) memperbaikinya dan berdo'alah kepadaNya dengan rasa takut ( tidak akan di terima ) dan harapan ( akan dikabulkan ). Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik ". ( QS Al A'raaf : 54 - 56 )..
    ...Mudahan kita semua mendapat Pertunjuk serta HidayahNya..Amin Ya Rabbal 'Alamin.
    Alhamdulillah syukur kita dengan segala nikmat kurniaanNya..

    nautilus

    • *
    • Posts: 101
      • View Profile
    Jawab #12 27 February, 2012, 05:37:16 AM
  • Publish Di FB
  • menyelam di lautan dalam...mencari sejuta hikmahNya...

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    7 Replies
    1790 Views
    Last post 02 May, 2011, 10:26:33 PM
    by IbnMansour
    7 Replies
    3979 Views
    Last post 07 December, 2010, 07:12:42 AM
    by Ummu Fatimah
    17 Replies
    2878 Views
    Last post 05 December, 2012, 10:58:58 PM
    by WardahMena