Hukum Berkaitan Anak Susuan dan Ibu Susuan

*

Author Topic: Hukum Berkaitan Anak Susuan dan Ibu Susuan  (Read 31050 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Ummi Munaliza

  • *
  • Posts: 14487
  • Anniversary Ke 30
    • View Profile
Reply #40 30 October, 2011, 06:42:17 AM
  • Publish
  • Assalamualaikum,

    Saya dan isteri telah mengambil seorang anak angkat perempuan, sekarang berumur 3 bulan. Oleh kerana isteri tidak pernah hamil, beliau tidak ada susu badan. Saya difahamkan isteri boleh mengambil pil hormon, atau suntikan untuk menghasilkan susu badan, dan sekarang isteri saya sedang mengambil pil hormon dan mungkin akan mengambil suntikan jika keadaan memaksa.

    Baru-baru ini seorang sahabat telah memberikan link ke video youtube berkenaan permasalahan ibu susuan, (link di bawah)

    UFMO - Bank Susu Ibu & Kemusykilan Nasab

    merujuk kepada minit 13:20 video tersebut, menurut penceramah (apa yang saya faham), isteri tidak boleh menjadi ibu susuan dengan dengan mengambil pil dan sebagainya kerana beliau tidak pernah hamil dan melahirkan anak (yakni penghasilan susu secara semulajadi).

    Di sini timbul kemusykilan bagi pihak saya dan isteri. Di harap sahabat sekelian dapat mengolah tentang perkara ini.

    Terima kasih.

    Mengikut hukum syarak,dibenarkan wanita yang belum berkahwin untuk mengambil anak angkat dengan tujuan menyusukannya(anak susuan).Ini kerana di dalam kitab-kitab feqah ada ditulis satu bab khas tentang adakah disyaratkan wanita yang hendak menyusukan anak itu berkahwin dan disetubuhi suaminya.Maka kesimpulan dari pendapat Imam-imam mazhab ialah tidak disyaratkan kepada seorang wanita itu berkahwin dan bersetubuh dengan tujuan untuk menyusukan anak angkat.

    Jadi sekiranya wanita dara(tidak berkahwin) tadi menyusukan anak angkat yang dipeliharanya,maka susu tersebut akan menjadikan bayi tadi sebagai mahramnya.(Sila lihat dalam Al-Mufassal fi ahkam Al-Mar'ah Wa Bait Al-Muslim , As-Syaikh Dr.Abd Karim Zaidan).

    Begitu juga jawapan merujuk kitab ini :

    Soalan saya: Apa hukum apabila seorang anak dara mendapatkan suntikan untuk mengeluarkan susu ibu?

    Tetap dapat menyebabkan jadi ibu susuan dan menjadi mahram....ini sebab syarat harus hamil duluan bukan sebagai syarat menyebabkan mahram...ini menurut Jumhur kecuali ada sebuah qaul dari mazhab Hanbali...

    lihat ibarat ini:

    تقدم الحمل على الرضاع : 11 - ذهب الجمهور وهو رواية عند الحنابلة إلى أنه لا يشترط لثبوت التحريم بلبن المرأة أن يتقدم حمل . فيحرم لبن البكر التي لم توطأ ولم تحبل قط ; لعموم قوله تعالى : { وأمهاتكم  اللاتي أرضعنكم } , ولأنه لبن امرأة فتعلق به التحريم . والمنصوص عن أحمد وعليه المذهب أن لبن البكر لا ينشر التحريم ; لأنه نادر لم تجر العادة به للتغذية .

    Dengan keterangan di atas ini,
    Hukumnya harus dan dibenarkan  suntikan hormon bagi membantu pengeluaran air susu dan dapat menyusukan anaknya sendiri atau jika ingin menyusukan anak angkat. Syarat hamil atau disetubuhi bukan syarat untuk tidak boleh menyusukan anak.

    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim

    Yuzie

    • *
    • Posts: 1024
    • Demi Allah yang Maha Pemurah dan Penyayang
      • View Profile
    Reply #41 09 November, 2011, 11:08:56 AM
  • Publish
  • Assallamualaikum.

    Kami ingin bertanya tentang status hubungan antara adik-beradik kandung anak susuan dengan adik-beradik susuan (anak-anak kepada ibu susuan). Adakah mereka ini tetap bukan mahram dan bolehkah mereka berkahwin antara adik-beradik kandung dengan anak-anak kandung ibu susuan?
    Cukuplah bila kami merasa mulia karena Engkau sebagai Pencipta bagi kami dan cukuplah bila kami bangga bahawa kami menjadi hamba bagiMu. Engkau bagi kami sebagaimana yang kami cintai, maka berilah kami taufik sebagaimana yang Engkau cintai.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #42 09 November, 2011, 11:44:33 AM
  • Publish
  • Assallamualaikum.

    Kami ingin bertanya tentang status hubungan antara adik-beradik kandung anak susuan dengan adik-beradik susuan (anak-anak kepada ibu susuan). Adakah mereka ini tetap bukan mahram dan bolehkah mereka berkahwin antara adik-beradik kandung dengan anak-anak kandung ibu susuan?

    Status hubungan anak susuan dengan anak-anak kandung ibu yang menyusukan adalah mahram selamanya. Apabila mahram, haram bernikah. Hanya mereka yang menyusu seibu sahaja yang jadi mahram dengan anak -anak kandung ibu susuan. Adik beradik anak susuan tidaklah menjadi mahram dengan anak-anak kandung ibu susuan kerana mereka tidak menyusu dengan ibu itu. Bila tidak menjadi mahram, maka bolehlah mereka berkahwin.

    ifahuzir

    • *
    • Posts: 523
      • View Profile
    Reply #43 11 January, 2012, 01:01:37 PM

    Ummi, camana ngan Wali nikah untuk anak susuan ini? adakah "bapa" susuan (suami ibu susuan) boleh jadi walinya?

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #44 11 January, 2012, 01:19:53 PM
  • Publish
  • Ummi, camana ngan Wali nikah untuk anak susuan ini? adakah "bapa" susuan (suami ibu susuan) boleh jadi walinya?

    Bapa susuan tidak boleh menjadi wali nikah kepada anak susuan isterinya. Lihat senarai wali dalam board Munakahat.

    imtinan

    • *
    • Posts: 4
      • View Profile
    Reply #45 09 February, 2012, 12:22:18 PM
  • Publish
  • .........
    Dan susu itu adalah milik suami sebenarnya sehinggakan seseorang perempuan itu terpaksa meminta izin dari suaminya hanya untuk menyusukan anak orang lain. Hukum ini akan terbatal jika seseorang perempuan itu boleh memiliki susu melalui jalan-jalan yang lain seperti mengambil pil susu dll. Namun jika pengambilan pil susu itu di atas sebab-sebab masalah yang tidak dapat dielakkan (seperti tidak boleh berkahwin dll) maka ia tidaklah mengapa.
    ........

     :)

    soalan: apa pula hukumnya seorang wanita yg masih dlm proses mahkamah atas sebab tuntutan fasakh, menyusukn seorg bayi yg tidak sah taraf ? wanita tersebut punya anak yg masih di bwh 2 thn, tetapi sudah putus susu seawal 6 bln. dan disebabkn utk tujuan penyusuan anak tidak sah taraf itu, dia mengambil pil hormon utk mendapatkn susu, seterusnya jadikn bayi tersebut sbg anak angkatnya/ank susuan. adakah berdosa bgnya menyusukn anak tersebut walhal dia sudah tidak bersama suaminya(blm jatuh hukum oleh mahkamh) hmpir 2 thn kerana proses mahkamh yg seringkali di tangguh.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #46 09 February, 2012, 02:28:00 PM
  • Publish
  • Walaupun masih dalam tuntutan fasakh,mahkamah belum menjatuh hukum,  perempuan itu masih lagi berstatus isteri. Maka sebaiknya, maklumkanlah kepada suami.

    siti83

    • *
    • Posts: 2
      • View Profile
    Reply #47 07 July, 2012, 04:11:25 AM
  • Publish
  • saya dan suami telah berkahwin slama 4thn..kmi belum dikurniakan anak..kmi telah mgambil ank ankgat perempuan.. alhamdulillah ank angkat kmi telah berusia 1 tahun 6bln..Saya dah berusaha slama 1.5 tahun tetapi gagal untuk memberi susu..alhamdulillah kak ipar sy telah myusukan anak perempuan pada minggu lepas..kak suami saya (seibu sebapa dgn suami sy) susu yg dituangkan dalam botol.. anak saya telah minum lebih dari 7kali kenyang.. soalan saya bagaimana aurat suami dgn anak angkat kmi..
    bagaimana pulak aurat antara adik,abg,bapa,dan abg ipar dari keluarga saya..saya berharap sangat ada yg membantu saya dalam bab ini..thanks in advance..
    tQ...(^_^)

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #48 07 July, 2012, 07:33:24 AM
  • Publish
  • alhamdulillah kak ipar sy telah myusukan anak perempuan pada minggu lepas..kak suami saya (seibu sebapa dgn suami sy) susu yg dituangkan dalam botol.. anak saya telah minum lebih dari 7kali kenyang.. soalan saya bagaimana aurat suami dgn anak angkat kami?

    Pertanyaan saya, kenapa anak itu tidak disusukan terus dari payu dara ibu tersebut? Ini ada kaitan dengan dengan istilah anak susuan.

    Mohon ambil perhatian mengenai penyusuan anak yang disusukan oleh ibu susuan. Untuk seseorang anak itu dijadikan ibu susuan, menurut para ulama', ia dirujuk kepada tindakan al-rada`ah atau penyusuan seseorang bayi ia boleh berlaku menerusi hisapan mulutnya terus dari puting susu payu dara ibu yang menyusukan, penyusuan tidak akan berlaku kecuali dengan hisapan bayi pada puting ibu susuannya.

    Dr. Yusuf al-Qaradawi mengatakan bahawa penyusuan yang melahirkan hukum haramnya perkahwinan dan lain-lain itu merujuk kepada perkataan rada`ah yang bermaksud penyusuan menerusi puting ibu ke mulut seseorang bayi, sambutan bayi berkenaan terhadap penyusuan itu dan pergantungannya dengan si ibu yang menampilkan suasana manja dan mesra (antara kedua-duanya). Dalam pengertian ini ada 2 perkara asas yang perlu diperhatikan iaitu yang pertama: melalui hisapan bayi pada puting ibu berkenaan dan kedudukan bayi di atas ribaannya atau dalam pelukannya yang menampilkan suasana pergantungan, kemanjaan kemesraan di antara bayi dengan ibunya.

    Berdasarkan kepada kedudukan ini beliau menyimpulkan bahawa rada`ah atau penyusuan yang menimbulkan hukum penyusuan.

    Hisapan tidak mungkin berlaku pada puting seseorang ibu jika bayi berkenaan  diberikan susu menerusi hisapan pada puting botol susu atau pelbagai cara yang lain.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #49 07 July, 2012, 07:51:34 AM
  • Publish
  • Dalam perbahasan syariah, penyusuan disebutkan sebagai salah satu isu penting yang melibatkan isu-isu syariah. Penyusuan ini turut dikenali sebagai al-rada’ah.

    AL-RADA’AH
    Al-rada’ah merujuk kepada keadaan di mana sampainya susu seseorang wanita ke dalam rongga tekak seseorang bayi sama ada dengan menyusu terus daripada payudara seseorang wanita atau melalui apa-apa  kaedah yang boleh menggantikannya dengan syarat-syarat tertentu ( Abdul Karim Zaidan, Al-MufaÎÎal fi ahkÉm al-mar’ah wa bait al-muslim fi syarÊah al-islamiyyah, cet. 3, jil. 9, (Beirut: Muassasah al-Risalah, 2000), m/s: 462.)

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #50 07 July, 2012, 07:57:15 AM
  • Publish
  • Syarat yang berkaitan dengan susu adalah seperti berikut:

    a. Susu kekal dalam sifatnya yang asal sama ada mengalir atau sebagainya kerana dengannya akan memastikan tumbesaran tubuh dan penguatan tulang.

    b. Sampai susu ke sistem penghadamannya melalui tekak atau saluran hidung.

    c. Penyusuan mencecah lima kali kekenyangan bayi. Setiap kali kekenyangan dikenal pasti melalui perbuatan bayi itu sendiri yang meninggalkan susuan secara sukarela dan mengambil tempoh yang lama sebelum menyusu untuk kali yang seterusnya. Sekiranya bayi berhenti menyusu disebabkan oleh gangguan di sekelilingnya, ia tidak dikira sebagai susuan yang mengenyangkan. Susuan yang mengenyangkan tetap dikira sekiranya bayi meninggalkan susuan untuk sementara waktu seperti ingin mengambil nafas, bertukar posisi daripada payudara kanan ke kiri, bersin dan sebagainya.

    17. Apabila semua syarat ini dipenuhi, maka terhasillah hubungan pertalian antara bayi dan wanita yang menyusukannya. Perkara ini disandarkan kepada kaedah fiqh:
    Maksudnya: Diharamkan (perkahwinan) disebabkan oleh penyusuan (sepertimana) apa yang diharamkan disebabkan oleh keturunan.

    18. Terdapat banyak hadis yang menunjukkan susur galur keluarga yang diharamkan berkahwin disebabkan oleh penyusuan. Berikut merupakan kesimpulan pihak yang diharamkan berkahwin dengannya disebabkan oleh penyusuan (Abdul Karim Zaidan, jil. 6, m/s: 237-238) :
    a. Wanita yang menyusukannya;
    b. Anak-anak wanita yang menyusukannya sama ada anak-anak kandungnya atau anak-anak suaminya yang terdahulu;
    c. Cucu-cucu wanita yang menyusukannya sama ada daripada anak-anak lelaki atau anak-anak perempuannya;
    d. Bayi-bayi sesusuan. Sekiranya ibu menyusukan lebih daripada seorang bayi, bayi-bayi tersebut menjadi saudara susuan antara mereka dan maka mereka tidak boleh berkahwin.
    e. Ibu kepada wanita yang menyusukan;
    f. Nenek kepada wanita yang menyusukan dan ke atas;
    g. Adik-beradik wanita yang menyusukannya.

    cheksue89

    • *
    • Posts: 284
    • SABAR Yo!
      • View Profile
    Reply #51 07 July, 2012, 08:09:39 AM
  • Publish
  • uh....bahaya....susuan seperti darah yang mengalir dalam tubuh...kalau macam itu kena berhati-hati dan tidak digalakkan untuk menyusukan anak orang lain...takut anak sendiri,cucu sendiri ada hati cinta pada bayi yang disusui itu..sian darah daging kita...tak boleh kahwin...
    'wahai hati,bersabarlah.."

    siti83

    • *
    • Posts: 2
      • View Profile
    Reply #52 09 July, 2012, 10:54:36 PM
  • Publish
  • Terima kasih banyak2 untuk semua penerangan..hanya ALLAH sahaja dapat membalas jasa baik tuan puan..
    saya terpaksa memberikan ank saya minum dlm botol sebab anak dah besar umur 1thn 6bln dan tak pandai minum dengan puting ibu.. anak saya slalu minum dalam botol 250ml skali kenyang.. susu yg saya bagi 7 kali stiap satu 350ml.. saya bagi waktu anak saya tidur..malam sebelum anak saya tidur saya tak bagi dia minum susu tin dalam 3 jam.. tgh malam saya tuangkan susu badan(kak ipar) dlm botol dan tunggu dan tgk dia minum sampai ada baki.. baki tu saya simpan balik dlm peti..selepas habis kesemua 7 kali saya bagi yg baki2 susu yg xabis..
    kalau aurat antara suami dan anak mungkin xjadi masalah sebab dah jadi ank susuan kepada kak ipar..persoalan skrg bagaimana pulak aurat anak saya dgn adik,abg and ayah  dari family saya..saya berharap sangat ada yg membantu saya..saya hanya ada masa dalam 4 bulan lagi sblm anak saya 2thn (T_T).. Thanks..(#_#)

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #53 09 July, 2012, 11:03:26 PM
  • Publish
  • alhamdulillah kak ipar sy telah myusukan anak perempuan pada minggu lepas..kak suami saya (seibu sebapa dgn suami sy) susu yg dituangkan dalam botol.. anak saya telah minum lebih dari 7kali kenyang.. soalan saya bagaimana aurat suami dgn anak angkat kami?

    Pertanyaan saya, kenapa anak itu tidak disusukan terus dari payu dara ibu tersebut? Ini ada kaitan dengan dengan istilah anak susuan.

    Mohon ambil perhatian mengenai penyusuan anak yang disusukan oleh ibu susuan. Untuk seseorang anak itu dijadikan ibu susuan, menurut para ulama', ia dirujuk kepada tindakan al-rada`ah atau penyusuan seseorang bayi ia boleh berlaku menerusi hisapan mulutnya terus dari puting susu payu dara ibu yang menyusukan, penyusuan tidak akan berlaku kecuali dengan hisapan bayi pada puting ibu susuannya.

    Dr. Yusuf al-Qaradawi mengatakan bahawa penyusuan yang melahirkan hukum haramnya perkahwinan dan lain-lain itu merujuk kepada perkataan rada`ah yang bermaksud penyusuan menerusi puting ibu ke mulut seseorang bayi, sambutan bayi berkenaan terhadap penyusuan itu dan pergantungannya dengan si ibu yang menampilkan suasana manja dan mesra (antara kedua-duanya). Dalam pengertian ini ada 2 perkara asas yang perlu diperhatikan iaitu yang pertama: melalui hisapan bayi pada puting ibu berkenaan dan kedudukan bayi di atas ribaannya atau dalam pelukannya yang menampilkan suasana pergantungan, kemanjaan kemesraan di antara bayi dengan ibunya.

    Berdasarkan kepada kedudukan ini beliau menyimpulkan bahawa rada`ah atau penyusuan yang menimbulkan hukum penyusuan.

    Hisapan tidak mungkin berlaku pada puting seseorang ibu jika bayi berkenaan  diberikan susu menerusi hisapan pada puting botol susu atau pelbagai cara yang lain.

    Harap siti83 baca dan memahami apa yang dikatakan seorang itu menjadi anak susuan. Untuk menjadi anak susuan, anak itu mesti menyusu dari hisapan payu dara, bukan melalui botol. Hukum penyusuan berlaku,  menurut para ulama', ia dirujuk kepada tindakan al-rada`ah atau penyusuan seseorang bayi ia boleh berlaku menerusi hisapan mulutnya terus dari puting susu payu dara ibu yang menyusukan, penyusuan tidak akan berlaku kecuali dengan hisapan bayi pada puting ibu susuannya.

    poja

    • *
    • Posts: 1
      • View Profile
    Reply #54 10 September, 2012, 12:21:09 PM
  • Publish
  • Assalammualikum.

    Saya ingin bertanya berkaitan dengan tajuk ini.. Saya telah menyusukan anak saudara(lelaki) saya berusia 4 bulan sebanyak 3 kali (anak kakak kandung). adakah saya ini dikatakan "Ibu Susuan" kepada anak saudara saya? Apakah syarat-syarat perhubungan suami saya dan anak2 terhadap anak saudara saya ini?dan apakah hubungan anak2 saya dan anak2 kakak saya akan mahram? diharap sesiapa dapat membantu saya dalam kemusykilan ini...

    Assalamualaikum,

    Saya dan isteri telah mengambil seorang anak angkat perempuan, sekarang berumur 3 bulan. Oleh kerana isteri tidak pernah hamil, beliau tidak ada susu badan. Saya difahamkan isteri boleh mengambil pil hormon, atau suntikan untuk menghasilkan susu badan, dan sekarang isteri saya sedang mengambil pil hormon dan mungkin akan mengambil suntikan jika keadaan memaksa.

    Baru-baru ini seorang sahabat telah memberikan link ke video youtube berkenaan permasalahan ibu susuan, (link di bawah)

    UFMO - Bank Susu Ibu & Kemusykilan Nasab

    merujuk kepada minit 13:20 video tersebut, menurut penceramah (apa yang saya faham), isteri tidak boleh menjadi ibu susuan dengan dengan mengambil pil dan sebagainya kerana beliau tidak pernah hamil dan melahirkan anak (yakni penghasilan susu secara semulajadi).

    Di sini timbul kemusykilan bagi pihak saya dan isteri. Di harap sahabat sekelian dapat mengolah tentang perkara ini.

    Terima kasih.

    Mengikut hukum syarak,dibenarkan wanita yang belum berkahwin untuk mengambil anak angkat dengan tujuan menyusukannya(anak susuan).Ini kerana di dalam kitab-kitab feqah ada ditulis satu bab khas tentang adakah disyaratkan wanita yang hendak menyusukan anak itu berkahwin dan disetubuhi suaminya.Maka kesimpulan dari pendapat Imam-imam mazhab ialah tidak disyaratkan kepada seorang wanita itu berkahwin dan bersetubuh dengan tujuan untuk menyusukan anak angkat.

    Jadi sekiranya wanita dara(tidak berkahwin) tadi menyusukan anak angkat yang dipeliharanya,maka susu tersebut akan menjadikan bayi tadi sebagai mahramnya.(Sila lihat dalam Al-Mufassal fi ahkam Al-Mar'ah Wa Bait Al-Muslim , As-Syaikh Dr.Abd Karim Zaidan).

    Begitu juga jawapan merujuk kitab ini :

    Soalan saya: Apa hukum apabila seorang anak dara mendapatkan suntikan untuk mengeluarkan susu ibu?

    Tetap dapat menyebabkan jadi ibu susuan dan menjadi mahram....ini sebab syarat harus hamil duluan bukan sebagai syarat menyebabkan mahram...ini menurut Jumhur kecuali ada sebuah qaul dari mazhab Hanbali...

    lihat ibarat ini:

    تقدم الحمل على الرضاع : 11 - ذهب الجمهور وهو رواية عند الحنابلة إلى أنه لا يشترط لثبوت التحريم بلبن المرأة أن يتقدم حمل . فيحرم لبن البكر التي لم توطأ ولم تحبل قط ; لعموم قوله تعالى : { وأمهاتكم  اللاتي أرضعنكم } , ولأنه لبن امرأة فتعلق به التحريم . والمنصوص عن أحمد وعليه المذهب أن لبن البكر لا ينشر التحريم ; لأنه نادر لم تجر العادة به للتغذية .

    Dengan keterangan di atas ini,
    Hukumnya harus dan dibenarkan  suntikan hormon bagi membantu pengeluaran air susu dan dapat menyusukan anaknya sendiri atau jika ingin menyusukan anak angkat. Syarat hamil atau disetubuhi bukan syarat untuk tidak boleh menyusukan anak.

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4872
      • View Profile
    Reply #55 11 September, 2012, 07:55:13 PM
  • Publish
  • Poja - dah berjawab dah persoalan kamu di pertama kalinya di atas sekali

    Syarat yang berkaitan dengan susu adalah seperti berikut:

    a. Susu kekal dalam sifatnya yang asal sama ada mengalir atau sebagainya kerana dengannya akan memastikan tumbesaran tubuh dan penguatan tulang.

    b. Sampai susu ke sistem penghadamannya melalui tekak atau saluran hidung.

    c. Penyusuan mencecah lima kali kekenyangan bayi. Setiap kali kekenyangan dikenal pasti melalui perbuatan bayi itu sendiri yang meninggalkan susuan secara sukarela dan mengambil tempoh yang lama sebelum menyusu untuk kali yang seterusnya. Sekiranya bayi berhenti menyusu disebabkan oleh gangguan di sekelilingnya, ia tidak dikira sebagai susuan yang mengenyangkan. Susuan yang mengenyangkan tetap dikira sekiranya bayi meninggalkan susuan untuk sementara waktu seperti ingin mengambil nafas, bertukar posisi daripada payudara kanan ke kiri, bersin dan sebagainya.

    17. Apabila semua syarat ini dipenuhi, maka terhasillah hubungan pertalian antara bayi dan wanita yang menyusukannya. Perkara ini disandarkan kepada kaedah fiqh:
    Maksudnya: Diharamkan (perkahwinan) disebabkan oleh penyusuan (sepertimana) apa yang diharamkan disebabkan oleh keturunan.

    18. Terdapat banyak hadis yang menunjukkan susur galur keluarga yang diharamkan berkahwin disebabkan oleh penyusuan. Berikut merupakan kesimpulan pihak yang diharamkan berkahwin dengannya disebabkan oleh penyusuan (Abdul Karim Zaidan, jil. 6, m/s: 237-238) :
    a. Wanita yang menyusukannya;
    b. Anak-anak wanita yang menyusukannya sama ada anak-anak kandungnya atau anak-anak suaminya yang terdahulu;
    c. Cucu-cucu wanita yang menyusukannya sama ada daripada anak-anak lelaki atau anak-anak perempuannya;
    d. Bayi-bayi sesusuan. Sekiranya ibu menyusukan lebih daripada seorang bayi, bayi-bayi tersebut menjadi saudara susuan antara mereka dan maka mereka tidak boleh berkahwin.
    e. Ibu kepada wanita yang menyusukan;
    f. Nenek kepada wanita yang menyusukan dan ke atas;
    g. Adik-beradik wanita yang menyusukannya.

    Reply #56 25 October, 2013, 03:23:03 PM
  • Publish
  •  :) Assalamualaikum,

    Permasalahan sy seperti ini. Sy berkahwin dgn duda mempunyai 5anak yg masih kecil. 4anak kandung & 1 drnya ialah anak angkat lelaki. Pada pengetahuan sy, anak angkat ini adalah anak susuan bekas isteri pertama. Soalan sy, apakah hukum @ batas sy dgn anak angkat ini sbg ibu baru?

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4872
      • View Profile
    Reply #57 25 October, 2013, 04:15:50 PM
  • Publish
  • Cara Menghalalkan Batasan Aurat Anak Angkat Dengan Keluarga Angkat - Ustaz Azhar Idrus

    Pergaulan dan batasan aurat sebagai ibu tiri dengan anak-anak tiri sama ada lelaki / perempuan sama seperti anak kandung (sekiranya telah berlaku persetubuhan antara isteri dengan suami).

    Ini selaras dengan firman Allah dalam surah al-Nisa' ayat 23 yang bermaksud:

    "Diharamkan atas kamu (mengahwini) ibu-ibumu; ..........anak-anak isterimu dalam pemeliharaanmu dari isteri yang telah kamu campuri, tetapi jika kamu belum campur dengan isterimu itu (dan sudah kamu ceraikan), maka tidak berdosa kamu mengahwininya; ..........."

    Begitu jugalah aurat si bapa tiri dengan anak-anak tiri, di mana aurat anak tiri mereka adalah sama seperti anak kandung.

    Walau bagaimanapun, sekiranya si isteri mempunyai anak daripada perkahwinan terdahulu dan si suami juga mempunyai anak daripada perkahwinan terdahulu, maka batasan aurat di antara anak-anak si isteri dan anak-anak si suami adalah dikira seperti batasan aurat bukan muhrim kerana mereka boleh berkahwin di antara satu sama lain.

    divider3
    halaqahforum4

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    1 Replies
    2633 Views
    Last post 04 September, 2009, 12:28:28 PM
    by Ummi Munaliza
    41 Replies
    15072 Views
    Last post 26 March, 2010, 05:58:06 AM
    by fadhila
    0 Replies
    1120 Views
    Last post 12 March, 2010, 11:54:35 PM
    by assiddiq