Hukum Berkaitan Anak Susuan dan Ibu Susuan - Page 1

*

Author Topic: Hukum Berkaitan Anak Susuan dan Ibu Susuan  (Read 34081 times)

0 Halaqian and 2 Guests are viewing this topic.

19 May, 2009, 08:57:09 PM
  • Publish
  •  :)

    Ana ada sedikit soalan berkaitan anak susuan....harap kwn2 forum boleh membantu memberi ana jawapan untuk soalan yang bakal ana  kemukakan...

    1) apakah kedudukan anak susuan (perempuan) dgn suami, anak2 lelaki dan saudara2 lelaki didalam keluarga kita?
    2) apakah hukum jika kita mengambil injection atau pil untuk keluarkan susu g menyusui anak susuan?

    maafkan ana sekiranya ayat soalan ana berbelit2... penggunaan bahasa melayu ana agak teruk :(

    Menantikan jawapan dari halaqian sekalian...

    « Last Edit: 14 June, 2010, 07:15:20 AM by Ummi Munaliza »

    Reply #1 19 May, 2009, 09:35:07 PM
  • Publish
  •               SOALAN 1

    ANAK SUSUAN

    Apabila seorang wanita menyusui seorang bayi dengan lima kali susuan yang mengenyangkan dan bayi itu belum berumur dua tahun, maka bayi itu menjadi anak susuannya. Anak susuan menjadi mahram ibu susuannya, namun tidaklah ia

    mewarisi harta darinya kerana hak perwarisan dalam Islam hanya sabit dengan tiga faktor sahaja iaitu;
    1. Kerana nasab; iaitu hubungan keturunan dan kekeluargaan.
    2. Kerana perkahwinan; iaitu hubungan antara suami dan isteri.
    3. Kerana wala'; iaitu hubungan antara hamba dan bekas tuannya.

    Adapun hubungannya dengan suami puan, Syarak telah menetapkan kaedah berdasarkan hadis Nabi s.a.w.; "Diharamkan kerana penyusuan sama seperti orang-orang yang diharamkan kerana Nasab" (HR Imam al-Bukhari dan Muslim dari Ibnu 'Abbas r.a.). Kerana itu, suami puan adalah bapanya (yakni bapa kerana penyusuan). Ibu suami puan adalah neneknya. Kakak suami puan adalah ibu saudaranya. Dan anak lelaki suami puan adalah saudara lelakinya. Ke semua mereka menjadi mahramnya (yakni mahram kerana penyusuan). Harus ia berduaan dengan mereka jika aman fitnah dan haram ke atasnya mengahwini mereka. Aurat mereka di hadapannya sama seperti aurat mereka di hadapan mahram-mahram yang lain.

                    SOALAN 2 BELUM DAPAT DIJAWAP KERANA BERKAITAN HUKUM, PERLU YANG ARIF UNTUK MENJAWAP.
    « Last Edit: 26 August, 2009, 10:44:20 AM by ummi Munaliza »
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Reply #2 19 May, 2009, 11:45:34 PM
  • Publish
  •                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                    berbanyak terima kasih untuk jawapan yang Puan Munaliza bagi. terjawab sdah kekeliruan saya.
    saya akan menunggu jawapan untuk soalan kedua itu.
    :)

    Reply #3 19 May, 2009, 11:55:50 PM
  • Publish
  • [Soalan]Contohnya,kita ambik anak angkat dan makan pil untuk keluarkan susu bagi anak tu minum..boleh ke?? Kalau boleh,saya pun taknak lah kahwin...bolehkah  tolong jawab persoalan saya?


    Ada 2 jawapan..Harap ianya sedikit sebanyak boleh membantu..~

    [Jawapan 1]

    Assalamualaikum Warahmatullah.

    Sedikit respons.
    Sehingga kini saya masih belum mendengar fatwa ataupun mendengar pandangan dari ulama-ulama mengenai persoalan yang diutarakan ini. Jikalau ada (fatwa atau pandangan dari ulama-ulama) bolehlah kiranya sahabat-sahabat semua dapat berkongsi di sini. Kebiasaan yang kita biasa mendengarnya berkenaan pengambilan pil susu bagi ibu yang telah melahirkan anak tetapi susunya agak kurang dan mudah habis. Dalam masalah ini kedengaran ulama-ulama membenarkannya dengan meletakkan beberapa syarat tertentu.

    Namun secara peribadinya saya lebih cenderung untuk mengatakan tidak boleh mengambil pil susu bagi perempuan yang tidak melahirkan anak kerana ia melawan sunnatullah. Allah Taala telah menjadikan seseorang perempuan itu akan memiliki susu selepas dia berkahwin. Inilah ketetapan Allah Taala. Dan susu itu adalah milik suami sebenarnya sehinggakan seseorang perempuan itu terpaksa meminta izin dari suaminya hanya untuk menyusukan anak orang lain. Hukum ini akan terbatal jika seseorang perempuan itu boleh memiliki susu melalui jalan-jalan yang lain seperti mengambil pil susu dll. Namun jika pengambilan pil susu itu di atas sebab-sebab masalah yang tidak dapat dielakkan (seperti tidak boleh berkahwin dll) maka ia tidaklah mengapa.


    Wallahualam.


    [Jawapan ke 2]

    Pasal ambik pil untuk keluarkan susu setahu kakak boleh..bila kita ambil pil tu,ia akan rangsang hormon untuk pembentukan susu badan..then,kita boleh bagi baby tu susu badan...hal ni untuk iktiraf sebagai anak susuan...tapi adik pun kena tau bahawasanya,ada syarat2 tertentu barulah anak tu boleh diiktiraf anak susuan..

    ada belajarkan masa f4 or f5?buat rujukan balik ye

    wallahu'lam...

    Sumber http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=106&thread_id=1899
    « Last Edit: 20 May, 2009, 12:30:32 PM by assiddiq »
    "Al-haqqu bila nizom yaghlibuhul-baatil binnizom"
    Maksudnya: "Sesuatu kebenaran yang tidak sistematik akan dikalahkan oleh kebatilan yang sistematik dan terancang."
    http://Http://cahayarabbani.blogspot.com
    http://Http://islamicmoviecollection.blogspot.com
    assiddiq@ymail.com

    Reply #4 01 August, 2009, 09:24:04 PM
  • Publish
  • :)

    Soalan ana berbunyi begini...

    Jika sepasang suami isteri mengambil anak susuan perempuan yang mana telah mencukupi syarat sebagai anak susuan dan susu yang diminumnya itu milik si suami/bapa (tuan susu) maka si suami/bapa tidak boleh menikahi anak susuan itu. Bagaimana pula jika susu yang diminum anak susuan itu ialah susu yang terhasil setelah si isteri/ibu memakan hormon/ kaedah perubatan, adakah si suami/bapa merupakan tuan susu kepada si isteri/ibu dan bolehkah si suami/ bapa menikahi anak susuan isterinya itu???

    Reply #5 26 August, 2009, 11:02:05 AM
  • Publish

  • ANAK SUSUAN; PERWARISAN DAN HUBUNGANNYA DENGAN KELUARGA SUAMI

    Soalan;

    saya ada satu persoalan yg ingin saya ajukan pada Ustaz; saya pernah menyusukan anak saudara saya (bayi lelaki) yg pd ketika itu berumur 11 bulan sebanyak 6 kali kenyang (iaitu sehingga bayi itu sendiri berhenti menyusu). Adakah bayi tersebut menjadi anak susuan saya? Dan adakah dia berhak mewarisi harta atau sebagainya sama seperti anak2 saya? Dan bagaimanakah pula hubungan bayi tersebut dgn keluarga suami saya?

    Jawapan;

    Apabila seorang wanita menyusui seorang bayi dengan lima kali susuan yang mengenyangkan dan bayi itu belum berumur dua tahun, maka bayi itu menjadi anak susuannya. Anak susuan menjadi mahram ibu susuannya, namun tidaklah ia mewarisi harta darinya kerana hak perwarisan dalam Islam hanya sabit dengan tiga faktor sahaja iaitu;
    1. Kerana nasab; iaitu hubungan keturunan dan kekeluargaan.
    2. Kerana perkahwinan; iaitu hubungan antara suami dan isteri.
    3. Kerana wala'; iaitu hubungan antara hamba dan bekas tuannya.

    Dalam kes puan, anak susuan puan itu tidak lah akan mewarisi dari puan atas dasar anak susuan (kerana ia tidak termasuk dalam faktor perwarisan di atas), akan tetapi atas dasar nasab (kekeluargaan) kerana ia adalah anak saudara puan. Dalam perwarisan Islam, anak saudara akan mewarisi sekiranya si mati tidak mempunyai bapa (atau datuk), anak lelaki (atau cucu lelaki) dan saudara-saudara lelaki.

    Adapun hubungannya dengan suami puan, Syarak telah menetapkan kaedah berdasarkan hadis Nabi s.a.w.; "Diharamkan kerana pengusuan sama seperti orang-orang yang diharamkan kerana Nasab" (HR Imam al-Bukhari dan Muslim dari Ibnu 'Abbas r.a.). Kerana itu, suami puan adalah bapanya (yakni bapa kerana penyusuan). Ibu suami puan adalah neneknya. Kakak suami puan adalah ibu saudaranya. Dan anak perempuan suami puan adalah saudara perempuannya. Ke semua mereka menjadi mahramnya (yakni mahram kerana penyusuan). Harus ia berduaan dengan mereka jika aman fitnah dan haram ke atasnya mengahwini mereka. Aurat mereka di hadapannya sama seperti aurat mereka di hadapan mahram-mahram yang lain.

    Wallahu a'lam.

    Reply #6 26 August, 2009, 11:13:20 AM
  • Publish
  • Fatwa Anak Susuan Dewasa Oleh Ulama Azhar Ditarik balik

    Baru-baru ini, muncul kepelikan dari Universiti Al-Azhar apabila seorang tenaga pengajarnya Prof. Dr Izzat Atiyah (Ketua Jabatan Hadith, Universiti Al-Azhar, Mesir) mengeluarkan fatwa harus seorang lelaki dewasa untuk menyusu dengan rakan sekerja wanitanya bagi mendapatkan title anak susuan. Dengan title tersebut dijangkakan boleh memudahkan pergaulan antara rakan sekerja lelaki dan wanita, hatta jika mereka berdua-duaan sekalipun, kerana status mereka sudah menjadi ibu dan anak susuan yang haram berkahwin.
     

    Fatwa pelik ini menimbulkan kehebohan di Mesir dan mendapat kutukan keras dari ulama seluruh mesir. Akhirnya, Dr Izzat mengeluarkan kenyataan berikut.

    Justeru, adalah tidak halal samasekali mana-mana individu cuba berpegang dengan fatwa ini setelah ianya disahkan tidak benar oleh si pengeluar fatwa setelah semakan semula.


    Fatwa yang dianggap dapat menyelamatkan pekerja lelaki dan wanita itu, sebenarnya amat besar mudaratnya buat Islam. Antaranya, zina akan pasti bercambah kerana berdasarkan kerosakan akhlak yang ada hari ini, perbuatan memberikan susu akan disalah guna sehingga berlaku zina, kerana kononnya sudah boleh menyentuh tubuh ibu susu mereka, terlalu ramai yang diharamkan berkahwin kerana telah menjadi anak susu, pengharaman kahwin ini akan sampai ke anak cucu mereka kelak. Akhirnya mungkin satu bandar tiada yang boleh berkahwin lagi. dan banyak lagi, ia memang satu fatwa yang cukup tidak berasas. Wallahu 'alam.

    Reply #7 26 August, 2009, 11:24:35 AM
  • Publish

  • Usia Penyusuan anak angkat

    روى الأمام مالك بن أنس في الموطاء :أَنَّ أَبَا حُذَيْفَةَ بْنَ عُتْبَةَ بْنِ رَبِيعَةَ، وَكَانَ، مِنْ أَصْحَابِ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم وَكَانَ قَدْ شَهِدَ بَدْرًا وَكَانَ تَبَنَّى سَالِمًا الَّذِي يُقَالُ لَهُ سَالِمٌ مَوْلَى أَبِي حُذَيْفَةَ كَمَا تَبَنَّى رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم زَيْدَ بْنَ حَارِثَةَ وَأَنْكَحَ أَبُو حُذَيْفَةَ سَالِمًا وَهُوَ يَرَى أَنَّهُ ابْنُهُ أَنْكَحَهُ بِنْتَ أَخِيهِ فَاطِمَةَ بِنْتَ الْوَلِيدِ بْنِ عُتْبَةَ بْنِ رَبِيعَةَ وَهِيَ يَوْمَئِذٍ مِنَ الْمُهَاجِرَاتِ الأُوَلِ وَهِيَ مِنْ أَفْضَلِ أَيَامَى قُرَيْشٍ فَلَمَّا أَنْزَلَ اللَّهُ تَعَالَى فِي كِتَابِهِ فِي زَيْدِ بْنِ حَارِثَةَ مَا أَنْزَلَ فَقَالَ ‏{‏ادْعُوهُمْ لآبَائِهِمْ هُوَ أَقْسَطُ عِنْدَ اللَّهِ فَإِنْ لَمْ تَعْلَمُوا آبَاءَهُمْ فَإِخْوَانُكُمْ فِي الدِّينِ وَمَوَالِيكُمْ‏}‏ رُدَّ كُلُّ وَاحِدٍ مِنْ أُولَئِكَ إِلَى أَبِيهِ فَإِنْ لَمْ يُعْلَمْ أَبُوهُ رُدَّ إِلَى مَوْلاَهُ فَجَاءَتْ سَهْلَةُ بِنْتُ سُهَيْلٍ وَهِيَ امْرَأَةُ أَبِي حُذَيْفَةَ وَهِيَ مِنْ بَنِي عَامِرِ بْنِ لُؤَىٍّ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فَقَالَتْ يَا رَسُولَ اللَّهِ كُنَّا نَرَى سَالِمًا وَلَدًا وَكَانَ يَدْخُلُ عَلَىَّ وَأَنَا فُضُلٌ وَلَيْسَ لَنَا إِلاَّ بَيْتٌ وَاحِدٌ فَمَاذَا تَرَى فِي شَأْنِهِ فَقَالَ لَهَا رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏”‏ أَرْضِعِيهِ خَمْسَ رَضَعَاتٍ فَيَحْرُمُ بِلَبَنِهَا ‏”‏ ‏.‏


    Al-Imam Malik bin Anas telah meriwayatkan di dalam kitab al-Muwatto: “Sesungguhnya Abu Huzaifah bin U’tbah bin Rabi’ah yang tergolong dari kalangan sahabat Rasulullah s.a.w telah menyertai peperangan Badar. Sebelum ini beliau mengambil Salim sebagai anak angkat yang dikenali sebagai orang suruhan(maula) Abu Huzaifah, sepertimana Rasulullah s.a.w pernah mengambil Zaid bin Harithah sebagai anak angkat. Abu Huzaifah telah mengahwinkan Salim yang dianggap sebagai anak sendiri dengan anak perempuan saudaranya(anak buah) Fatimah binti ‘Utbah bin Rabi’ah yang merupakan salah seorang dari golongan Muhajirin perdana dan dia adalah di antara balu yang berketurunan Quraish yang terbaik. Setelah turun ayat yang berbicara perihal kedudukan Zaid(sebagai anak angkat Nabi) yang berbunyi, “Panggilah mereka (anak-anak angkat itu) dengan (ber’bin’kan) nama bapa-bapa mereka; itulah yang lebih adil di sisi Allah, dan jika kamu tidak mengetahui nama bapa-bapa mereka, maka (panggilah mereka sebagai) saudara-saudaramu seagama dan maula-maulamu(orang suruhan)“. Maka setiap  anak angkat dibinkan kepada nama bapa kandung mereka dan jika tidak kenalpasti bapanya maka mereka dirujuk kepada penjaga mereka. Lantas Seorang wanita telah datang kepada Rasulullah s.a.w yang bernama Sahlah binti Suhail berketturunan Bani  ‘Amir bin Lu;ay merupakan isteri kepada Abu Huzaifah seraya berkata, “Wahai Rasulullah, kami telah menganggap Salim seperti anak kami dan dia sering masuk ke dalam rumahku, sedangkan saya berhajat sedangkan aku tidak memiliki rumah lain. Apakah pendapatmu tentang perkara ini”. Maka Rasulullah s.a.w bersabda”Susukan dia sebanyak lima kali susuan dan ia akan menjadi muhrim kamu dengan sebab air susu itu“.”.


    Takhrij Hadith

    Hadith ini diriwayat oleh Imam Malik di dalam kitab himpunan hadith beliau al-Muwatto’ dengan sanad yang sahih di dalam perbahasan(kitab) al-Rado’, bab Ma Ja;a fi al-Rado’ ba’da al-Kibar. Imam Muslim juga  meriwayatkan hadith ini yang sama maknanya di dalam kitab Sahihnya dalam perbahasan(kitab) al-Rada’, bab Rada’ah al-Kabier.


    Keterangan Hadith

    Hadith ini secara zahirnya membolehkan berlaku saudara susuan setelah menjangkau umur dewasa iaitu lebih dari umur dua tahun. Hadith ini menjelaskan kedudukan Salim r.a merupakan anak angkat kepada Sahlah r.a yang mendidik dan menganggap Salim r.a sebagai anak kandungnya semenjak ia dari kecil. Hubungan kekeluargaan ini terjalin sudah sekian lama bagaikan hubungan persaudaraan antara kedua-duanya itu bagaikan satu pertalian darah yang tidak boleh dipisahkan.

    Namun Sahlah r.a akur dengan hukum Allah bahawa antara dia dan Salim r.a bukan mahram di antara satu sama lain, akan tetapi beliau sudah menganggap Salim r.a benar-benar seperti anaknya sendiri. Beliau berasa amat sukar untuk berpisah dengan anak angkatnya itu dan begitu juga dengan Salim r.a yang sering kali masuk ke dalam rumah Sahlah r.a ketika ketiadaan suaminya Abu Huzaifah r.a. Oleh itu Islam memberi jalan agar Sahlah r.a dan Salim r.a boleh menjalani kehidupan seperti biasa yang ada hubungan talian darah antara mereka iaitu Sahlah r.a perlu menjadikan Salim r.a sebagai anak susuan.

    Cara penyusuan yang dibuat ialah dengan memerah susu dari badan dan diberi minum kepada Salim r.a bukan secara hisapan. (rujuk: Tobaqat Ibn Sa’ad, biografi Sahlah binti Suhail)

    Hukum susuan untuk orang dewasa

    Para ulama berselisih pendapat mengenai hukum yang dimaksudkan. Secara ringkasnya tiga pendapat ilmuan Islam salaf (predecessor) dan khalaf (successor):

    1) Susuan untuk dewasa menyebabkan hubungan mahram secara mutlak. Pendapat ini dipegang oleh Saidatina Aisyah r.a isteri Rasulullah s.a.w sepertimana yang diriwayat oleh Imam Malik (rujuk: al-Muwatto’). Seorang lagi ulama yang berpendapat secara zahir hadith ialah Imam Ibnu Hazm al-Andalusi di dalam karangannya al-Muhalla.

    2) Susuan untuk dewasa tidak menyebabkan hubungan mahram secara mutlak. Pendapat ini dipegang oleh majoriti Sahabat Nabi, isteri-isteri Nabi dan para ulama salaf dan khalaf (rujuk: al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh dan al-Mufassal fi Ahkam al-Mar;ah). Mereka menolak pendapat pertama kerana ia bertentangan dengan al-Quran (surah al-Baqarah, ayat 233 dan surah al-Ahqaf, ayat 15) yang menyebut bahawa hukum susuan hanya berlaku pada anak yang berusia tidak lebih dari 2 tahun dan Hadith (riwayat Bukhari,Tirmizi dan Ibnu Hibban)  yang menyebut bahawa proses penyusuan perlulah mengenyangkan. Manakala hadith Sahlah di atas merupakan khusus(special case) untuk Sahlah r.a dan anak angkatnya Salim r.a sahaja.

    3) Boleh menyusukan dewasa atas tujuan memahramkan dalam keadaan yang sangat berhajat. Pendapat ini dipegang oleh Sheikhh al-Islam Ibnu Taimiyyah (Majmuk Fatawa) dan Ibnu al-Qayyim al-Jawziyyah (Zaad al-Ma’aad) al-Son’aani (Subul al-Salam) dan al-Syaukani (Nail al-Autor). (rujuk: al-Talkhis al-Khabir fi Hukm Rado’ al-Kabir, Sheikh Muhammad al-Wassobi).

    Kesimpulan

    Hukum mengenai status penyusuan setelah dewasa menjadi anak susuan atau tidak merupakan khilaf di kalangan para ulama. Bagi penulis (yang bukan ahli tarjih*), pendapat yang secara zahirnya yang lebih tepat ialah pendapat kedua kerana terdapat perakuan majoriti dari kalangan Sahabat dan isteri-isteri Nabi s.a.w yang menyatakan bahawa hadith Sahlah tersbut merupakan hukum khusus untuk Sahlah dan Salim yang ia hanya diaplikasi pada ketika itu sahaja. Para sahabat ialah mereka yang hidup dengan baginda s.a.w , sememangnya lebih tahu  dan melihat sendiri keadaan dan suasana perletakan hukum melalui turunnya wahyu Allah s.w.t kepada Nabi Muhammad s.a.w.

    Namun begitu pendapat ketiga juga ada rasionalnya menurut sebahagian daripada ulama tradisi dan moden. Mereka berpendapat bahawa pendapat ketiga ini adalah yang paling adil kerana melibatkan pengamalan kedua-dua nas (dalil) iaitu nas penyusuan semasa kecil dan dewasa tanpa menyisihkan salah satu darinya. Mungkin ia juga boleh dilaksanakan atas hajat dan alasan yang kuat serta keadaan yang mendesak, seperti perempuan yang terancam keselamatannya dan memerlukan perlindungan lelaki di rumahnya. Begitu juga misalnya wanita yang ingin melaksanakan ibadat haji tetapi tiada mahram dan tidak didapati jemaah yang selamat yang boleh mengiringinya.

    * Tarjih ialah menentukan pendapat yang paling kuat dan tepat dari pendapat-pendapat yang lain.

    Wallahu A’lam

    Reply #8 26 August, 2009, 01:07:20 PM
  • Publish
  • Anak angkat disusukan selepas usia 2 tahun bukan mahram

    Soal :


    SAYA dan suami ada mengambil seorang anak angkat kerana kami tidak mempunyai anak. Saya sudah menyusukannya beberapa kali. Saya pernah diberitahu bahawa anak itu boleh menjadi anak susuan dan saya diharamkan berkahwin dengan anak itu. Bolehkah tuan jelaskan perkara ini dan adakah undang-undang mengenainya yang boleh menjadi panduan kami suami isteri.

    Ibu susu,
    Selama, Perak.



    Jawapan:


    Benar, jika seseorang wanita menyusukan seorang kanak-kanak ajnabi (bukan anaknya), maka anak itu akan menjadi anak susuannya dan suami kepada wanita itu akan menjadi bapa susuan. Namun ia tertakluk kepada beberapa syarat tertentu yang akan dijelaskan.

    Kesan hukum yang akan berlaku hasil daripada penyusuan itu ialah anak susuan haram berkahwin dengan ibu dan bapa susuannya dan juga daripada keturunan ibu dan bapa susuan iaitu adik beradik, anak, cucu kepada ibu dan bapa susuan.

    Ibu dan bapa susuan juga haram berkahwin dengan anak susuan, seperti mana diharamkan berkahwin akibat keturunan. Anak kepada anak susuan juga haram berkahwin dengan anak kepada ibu dan bapa susuan.

    Bagaimanapun, ibu dan bapa susuan serta keturunannya boleh berkahwin dengan ahli keluarga anak susuan yang lainnya kerana mereka adalah orang asing (ajnabi) kepada ibu dan bapa susuan serta keturunannya.

    Ada beberapa syarat yang menjadikan anak susuan itu sebagai mahram kepada ibu dan bapa susuan. Pertamanya, anak yang disusukan itu belum mencapai umur dua tahun. Jika lebih usia dua tahun, penyusuan itu tidak menjadikannya mahram.

    Ini berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan ibu hendaklah menyusukan anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu.” (Surah al-Baqarah, ayat 233)

    Sabda Baginda SAW yang bermaksud: “Anak susuan tidak menjadi mahraim melainkan disebabkan susu yang masuk ke dalam perutnya ketika menyusu. Ia hendaklah berlaku sebelum anak itu bercerai susu.”

    Keduanya, kanak-kanak itu di susu dengan lima kali susuan berasingan. Sesuatu penyusuan itu dikira sebagai penyusuan yang berasingan atau tidak dengan melihat adat kebiasaan masyarakat. Jika anak itu berhenti menyusu kerana kenyang, ia dikira sekali susuan.

    Tetapi jika anak itu berhenti menyusu kerana sendawa untuk mengeluarkan angin, kemudian kembali menyusu, atau dia bertukar daripada payudara ke payu dara satu lagi, ia dikira sekali susuan saja. Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak menjadi mahram (anak yang disusukan) dengan hanya sekali atau dua kali susuan, sekali atau dua kali hisap.”

    Penyusuan yang menepati syarat dinyatakan di atas menjalinkan hubungan kekeluargaan antara anak susuan dan keluarga susuan. Hubungan ini mewujudkan golongan yang haram dikahwini (mahram).

    Mereka yang haram dikahwini kerana hubungan penyusuan sama seperti mereka yang haram dikahwini kerana keturunan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Diharamkan kerana susuan apa yang diharamkan kerana keturunan (nasab).”

    Pengharaman ini ada dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam. Subseksyen 9 (3) enakmen itu memperuntukkan: “Tiada seseorang lelaki atau perempuan, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh, oleh sebab sesusuan, berkahwin dengan seseorang perempuan atau lelaki yang ada hubungan dengannya melalui penyusuan di mana, jika hubungan itu adalah melalui kelahiran dan bukan melalui penyusuan, perempuan atau lelaki itu tetap dilarang berkahwin dengannya oleh sebab nasab atau pertalian kahwin. ”

    Setakat ini tiada peruntukan undang-undang mengkehendaki anak susuan itu didaftarkan atau dicatatkan dalam sijil kelahiran mereka sebagai ‘anak susuan’. Mungkin pihak berkenaan boleh mengkaji perkara ini dan mengambil langkah susulan sewajarnya.

    Ia bagi menjamin nasab keturunan umat Islam terpelihara dan jauh daripada unsur syubhah. Apa yang perlu puan dan suami lakukan, setelah puan yakin bahawa dua syarat dinyatakan di atas sudah dipenuhi dan anak itu menjadi anak susuan, maka puan dan suami perlu memberitahu saudara mara dan keluarga terdekat, supaya mereka maklum perkara itu.

    Dikhuatiri nanti suatu hari kita menghalalkan perkahwinan antara keluarga susuan yang diharamkan Allah SWT.

    Jawapan disediakan Setiausaha Agung Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Tuan Musa Awang. Sila layari http :\\www.peguamsyarie.org.my.

    Reply #9 26 August, 2009, 01:26:25 PM
  • Publish


  • Firman Allah Azza Wajalla:


    "Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan."
    (Al-Baqarah : 233)

    Takrif Penyusuan

    Menurut kitab Fikh Manhaji takrif penyusuan dari segi bahasa ialah nama perbuatan menghisap puting susu wanita dan meminum susunya.

    Manakala dari segi istilah syarak pula ialah nama perbuatan yang dilakukan untuk mendapatkan susu seseorang perempuan atau susu yang masuk ke dalam perut atau dikesan otak seseorang kanak-kanak.

    Dalil keharusan penyusuan ialah berdasarkan firman Allah SWT :-

        “…kemudian jika mereka menyusukan (anak-anak)mu untukmu maka berikanlah kepada mereka upahnya, dan musyawarahkanlah di antara kamu (segala sesuatu) dengan baik; dan jika kamu menemui kesulitan maka perempuan lain boleh menyusukan (anak itu) untuknya”
      ( At-Thalaaq : 6 )

    Syarat Penyusuan Dalam Mazhab Syafie


    Penyusuan juga mempunyai syaratnya tersendiri. Jikalau cukup syaratnya maka si anak susuan itu bolehlah dikategorikan sebagai ahli keluarga dan mahram yang haram dikahwini sebagaimana haram hukum seorang anak berkahwin ibunya serta adik beradik perempuannya. Antara syaratnya ialah :-

    1. Anak yang disusukan itu hendaklah belum mencapai usia 2 tahun. Maknanya, lelaki yang lebih 2 tahun umurnya tidak dikira sebagai anak susuan lagi. Ini perlu difahami dengan jelas supaya tidak berlaku kesalahfahaman dikalangan masyarakat. Hukum ini berpandukan kepada firman Allah SWT berbunyi:-


        “Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan”.

    ( Al-Baqarah : 233 )


        “…ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah- tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun ( Maksudnya: Selambat-lambat waktu menyapih ialah setelah anak berumur dua tahun ) ”.
    ( Luqman : 14 )

    2. Kanak-kanak itu telah disusukan sebanyak lima kali susuan yang berasingan. Misalan, sekiranya anak itu berhenti menyusu kerana kenyang ia telah dikira sekali susuan. Dalilnya berdasarkan hadis:-


        Aishah r.a berkata : Ayat al-quran yang diturunkan mengenai penyusuan yang menjadikan anak susuan sebagai mahram ialah sepuluh kali susuan. Kemudian ia dinasakhkan (digantikan) menjadi lima kali susuan sahaja. Rasulullah SAW diwafatkan tetapi mereka masih membaca ayat lima kali susuan sebagai ayat al-Quran.

    Manakala dalam kitab Syarah Jalaluddin Al-Mahalli ala Minhajju Thalibin Imam Nawawi menyebut syarat tambahan bagi ibu susuan ialah:-


    - Berumur 9 tahun
    - Seorang perempuan bukan lelaki atau khunsa’
    - Hidup, bukan susu mayat
    - Susu manusia, bukan binatang

    Adapun Imam Hanafi, Imam Maliki mengatakan keharaman terjadi dengan semata-mata mengalirnya susu seorang wanita ke perut anak yang disusuinya, baik sedikit mahupun banyak, bahkan setitis sekalipun.

    Reply #10 26 August, 2009, 01:29:48 PM
  • Publish

  • Kesan Hubungan Anak susuan dengan ibu susuan?

    Kesan anak susuan terhadap ibu susuan adalah sebagaimana hubungan antara ibu dan anak kandung sendiri. Si anak diharamkan berkahwin dengan ibu susuannya dan juga diharamkan berkahwin ke atas anak-anak ibu susuannya. Anak susuan itu juga dihalalkan berkhalwat dengan mahram serta melihat aurat biasa mahramnya bukan dengan syahwat. Jika bersyahwat maka diharamkan sama sekali walaupun seketurunan.

    Wallahua’lam.


    Rujukan:
    1.Muhadharat fi Fiqh As-Sadah As-Syafi’eyyah, Doktor Khalifah Abdul Basit Shahain, Kuliah Tahun 3, Universiti Al-Azhar, Tanta.
    2.Kitab Syarah Jalaluddin Al-Mahalli ala Minhajju Thalibin Imam Nawawi.
    3.Fiqh Lima Mazhab, Oleh Muhammad Jawad Mughniyah.
    4.Fiqh Al-Manhaji, Oleh Dr.Mustofa Al-Khin, Dr.Mustofa Al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji.

    Reply #11 26 March, 2010, 10:23:07 AM
  • Publish

  • Menyusu anak lebih 2 tahun

    Soalan:

    APAKAH hukum menyusukan anak lebih daripada dua tahun, apakah ada dalil atau hadis yang mengatakan bahawa tidak boleh menyusukan anak melebihi dua tahun?

    Adakah menyusukan anak lebih daripada 2 tahun mendatangkan penyakit bagi anak yang disusukan itu kerana susu itu akan bertukar menjadi darah setelah anak lebih dari dua tahun?

    Jawapan:

    Menyusukan anak lebih daripada dua tahun adalah harus terutamanya untuk maslahat si anak. Tiada nas atau hukum fikah mengharamkannya.

    Cuma sesetengah ulama berpendapat ia akan melemahkan bayi kerana setiap yang disyorkan oleh Allah seperti tempoh menyusu dua tahun itu pasti ada hikmahnya kerana Allah Maha Tahu sebagai Pencipta manusia.

    Penyusuan badan adalah hak anak dalam Islam, sudah tentulah ia yang terbaik dan ini telah terbukti benar melalui kajian saintifik kini.

    Tiada pula sumber ditemui mengatakan ia bertukar menjadi darah selepas dua tahun. Jiran saya seorang jururawat menyusukan anaknya sehingga tiga setengah tahun.

    Dia berbuat demikian setelah bertanyakan doktor yang membenarkannya berbuat demikian selama anak itu masih ingin menyusu tetapi bukan sebagai makanan utama selepas dua tahun.

    Namun kebanyakan ulama berpendapat patut dihentikan selepas dua setengah tahun kerana susu itu tidak lagi berfungsi sebagai pembekal nutrien untuk membesar kepada bayi.

    Juga untuk memberi peluang kepada ibu mengandung lagi kerana penyusuan badan biasanya membantut proses mengandung secara alami.


    Sumber : Bicara Agama Utusan Online 26 Mac 2010

    Reply #12 21 April, 2010, 01:15:59 PM
  • Publish
  • :)

    2) apakah hukum jika kita mengambil injection atau pil untuk keluarkan susu g menyusui anak susuan?


    Waalaikumussalam,

    Mengikut hukum syarak,dibenarkan wanita yang belum berkahwin untuk mengambil anak angkat dengan tujuan menyusukannya(anak susuan).Ini kerana di dalam kitab-kitab feqah ada ditulis satu bab khas tentang adakah disyaratkan wanita yang hendak menyusukan anak itu berkahwin dan disetubuhi suaminya.Maka kesimpulan dari pendapat Imam-imam mazhab ialah tidak disyaratkan kepada seorang wanita itu berkahwin dan bersetubuh dengan tujuan untuk menyusukan anak angkat.

    jadi sekiranya wanita dara(tidak berkahwin) tadi menyusukan anak angkat yang dipeliharanya,maka susu tersebut akan menjadikan bayi tadi sebagai mahramnya.(Sila lihat dalam Al-Mufassal fi ahkam Al-Mar'ah Wa Bait Al-Muslim , As-Syaikh Dr.Abd Karim Zaidan).

    Cuma apa yang dibimbangkan ialah sekiranya trend menyusukan anak dikalangan wanita bujang ini menjadi suatu budaya,maka keadaan ini akan membantutkan keinginan wanita tersebut untuk berkahwin kerana mereka telah pun mempunyai anak angkat yang menjadi mahramnya melalui penyusuan tadi(anak susuan).

    Dan ditakuti juga akan terjadinya perkahwinan sesama mahram kerana wanita tadi tidak mengenali secara dekat semua keluarga anak susuannya.Wallahua'lam.
    ANDA MEMPUNYAI KEMUSYKILAN TENTANG PERSOALAN AGAMA? Bertanyalah kepada yang tahu.Gunakan perkhidmatan PERCUMA kami.PM kepada kami apa sahaja persoalan agama yang belum terjawab atau emel kami di tanyaustazmuda@gmail.com.

    Reply #13 06 May, 2010, 06:09:15 PM
  • Publish
  •  berisalam

    Saya ada satu masalah yang berkaitan fekah.

    Ada seorang wanita yang belum berkahwin. Dia nak jaga seorang anak angkat lelaki. Dia pun suntik ubat untuk mengeluarkan susu ibu. Dia pun menyusu anak angkat itu hingga cukup bilangannya yang ditetapkan hukum sebagai anak susuan.

    Soalan saya: Apa hukum apabila seorang anak dara mendapatkan suntikan untuk mengeluarkan susu ibu?

    Reply #14 06 May, 2010, 06:18:59 PM
  • Publish
  • Tetap dapat menyebabkan jadi ibu susuan dan menjadi mahram....ini sebab syarat harus hamil duluan bukan sebagai syarat menyebabkan mahram...ini menurut Jumhur kecuali ada sebuah qaul dari mazhab Hanbali...

    lihat ibarat ini:

    تقدم الحمل على الرضاع : 11 - ذهب الجمهور وهو رواية عند الحنابلة إلى أنه لا يشترط لثبوت التحريم بلبن المرأة أن يتقدم حمل . فيحرم لبن البكر التي لم توطأ ولم تحبل قط ; لعموم قوله تعالى : { وأمهاتكم  اللاتي أرضعنكم } , ولأنه لبن امرأة فتعلق به التحريم . والمنصوص عن أحمد وعليه المذهب أن لبن البكر لا ينشر التحريم ; لأنه نادر لم تجر العادة به للتغذية .

    ليس الفتى يقول هو أبي لكن الفتى يقول هذا أنا

    Reading to live - Flaubert ..... Say No to Intellectual Barbarism!
    ---Raden Kiai Mooksy---

    Reply #15 06 May, 2010, 06:22:25 PM
  • Publish
  • ibnul bikri - anak kepada anak dara.. ada ye istilah ni dalam kitab fekah?.. subhanallah..

    Reply #16 06 May, 2010, 06:27:26 PM
  • Publish
  • ibnul bikri - anak kepada anak dara.. ada ye istilah ni dalam kitab fekah?.. subhanallah..


    Cuba ustaz baca ibarat itu...kan secara jelas dia tulis ibu masih bikr lalu anak dinasabkan kepada dia...

    ada juga di "كفاية الأخيار 2 / 85، نهاية المحتاج 7 / 172، الوجيز 2 / 105 "
    « Last Edit: 06 May, 2010, 06:29:16 PM by mooks »

    Reply #17 13 June, 2010, 11:45:35 PM
  • Publish
  • تقدم الحمل على الرضاع : 11 - ذهب الجمهور وهو رواية عند الحنابلة إلى أنه لا يشترط لثبوت التحريم بلبن المرأة أن يتقدم حمل . فيحرم لبن البكر التي لم توطأ ولم تحبل قط ; لعموم قوله تعالى : { وأمهاتكم  اللاتي أرضعنكم } , ولأنه لبن امرأة فتعلق به التحريم . والمنصوص عن أحمد وعليه المذهب أن لبن البكر لا ينشر التحريم ; لأنه نادر لم تجر العادة به للتغذية

    Mohon beri terjemahan bahasa melayu...syukron
    ~ Begin with the End in Mind ~

    Reply #18 14 June, 2010, 07:00:14 AM
  • Publish
  • Quote
    Ada seorang wanita yang belum berkahwin. Dia nak jaga seorang anak angkat lelaki. Dia pun suntik ubat untuk mengeluarkan susu ibu. Dia pun menyusu anak angkat itu hingga cukup bilangannya yang ditetapkan hukum sebagai anak susuan.

    Soalan saya: Apa hukum apabila seorang anak dara mendapatkan suntikan untuk mengeluarkan susu ibu?

    Harus, sebab menurut dalil  yang saudara mooks bawakan,syarat menyusu bayi  dan menjadi mahram melalui penyusuan bukan lah disebabkan kehamilan.


    Tetap dapat menyebabkan jadi ibu susuan dan menjadi mahram....ini sebab syarat harus hamil duluan bukan sebagai syarat menyebabkan mahram...ini menurut Jumhur kecuali ada sebuah qaul dari mazhab Hanbali...

    lihat ibarat ini:

    تقدم الحمل على الرضاع : 11 - ذهب الجمهور وهو رواية عند الحنابلة إلى أنه لا يشترط لثبوت التحريم بلبن المرأة أن يتقدم حمل . فيحرم لبن البكر التي لم توطأ ولم تحبل قط ; لعموم قوله تعالى : { وأمهاتكم  اللاتي أرضعنكم } , ولأنه لبن امرأة فتعلق به التحريم . والمنصوص عن أحمد وعليه المذهب أن لبن البكر لا ينشر التحريم ; لأنه نادر لم تجر العادة به للتغذية .

    Reply #19 14 June, 2010, 07:05:48 AM
  • Publish
  • 2) apakah hukum jika kita mengambil injection atau pil untuk keluarkan susu g menyusui anak susuan?


    Hukumnya harus dan dibenarkan bagi membantu pengeluaran air susu dan dapat menyusukan anaknya sendiri atau jika ingin menyusukan anak angkat.

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    1 Replies
    2843 Views
    Last post 04 September, 2009, 12:28:28 PM
    by Ummi Munaliza
    41 Replies
    16105 Views
    Last post 26 March, 2010, 05:58:06 AM
    by fadhila
    0 Replies
    1170 Views
    Last post 12 March, 2010, 11:54:35 PM
    by assiddiq