Kanser Payu Dara

Author Topic: Kanser Payu Dara  (Read 11817 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Ummi Munaliza

  • *
  • Posts: 14507
  • Anniversary Ke 30
    • View Profile
08 November, 2009, 10:07:16 AM
  • Publish Di FB


  • Barah payu dara tidak kenal umur, boleh dicegah jika dikesan awal

    Simptom

        * Ketulan pada payu dara dan makin jelas ketika haid
        * Pendarahan atau lelehan dari puting payu dara
        * Perubahan bentuk payu dara
        * Kulit payu dara atau puting yang tertarik ke dalam

          Golongan Berisiko
              o Usia yang meningkat (namun dalam kes Abby, barah payu dara boleh juga terjadi pada usia muda)
              o Sejarah keluarga (adik beradik dan saudara terdekat, nenek, sepupu, ibu saudara)
              o Pernah dirawat dengan barah payu dara sebelum ini
              o Haid yang datang pada usia muda (sebelum 12 tahun dan menopaus lewat (selepas 50 tahun)
              o Tidak menyusukan anak
              o Melahirkan anak pada usia lewat (melepasi 30 tahun)
              o Pemakanan tinggi lemak tetapi rendah serat
              o Obes, minum arak, merokok
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14507
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #1 08 November, 2009, 10:07:37 AM
  • Publish Di FB


  • ABBY Tajudin, 33, bukanlah dalam kategori berisiko tinggi diserang barah payu dara. Tiada seorang pun dalam keluarganya diserang barah payu dara. Malah dengan usia 33 tahun, dia tidak pun membuat ujian imbasan mamogram sebelum ini.

    Umumnya di hospital kerajaan, wanita berusia 40 tahun yang diwajibkan menjalani ujian mamogram. Wanita muda yang tidak berada dalam kumpulan berisiko, walaupun mahu melakukan ujian mamogram akan disuruh ke hospital swasta.

    Justeru, sewaktu Abby diserang sakit belakang yang teruk dan mengambil masa hampir 30 minit untuk bangun dari katil setiap pagi, tidak terlintas langsung di fikirannya itu adalah simptom barah payu dara.

    “Mulanya saya ambil paracetamol bagi melegakan kesakitan. Kemudian, apabila masih sakit saya berjumpa pakar tulang, tetapi tidak sembuh juga. Sakit masih berulang dan akhirnya saya dirujuk kepada pakar bedah payu dara. Rupanya sakit belakang itu ialah simptom barah payu dara,” katanya ketika ditemui pada majlis bersempena Bulan Kesedaran Barah Payu Dara Sedunia yang jatuh pada bulan ini.

    Barah payu dara yang menyerang Abby ialah jenis metastasis (sel barah merebak ke saluran limfa atau salur darah sebelum ke organ lain) dan sudah merebak hingga ke tulang belakang. Lebih menyentuh hatinya, ia sudah di tahap empat!

    Anehnya, Abby, anak bongsu enam beradik tidak mempunyai sejarah barah payu dara dalam keluarganya. Justeru, waktu disahkan menghidap barah payu dara, hidupnya seakan-akan terhenti seketika. Dia yang masih menjalani rawatan kemoterapi itu bagaimanapun, menyerahkannya kepada Allah SWT kerana percaya, setiap apa yang terjadi ada hikmahnya.

    “Saya percaya pada qada dan qadar dan tidak akan mudah menyerah kalah. Saya akan terus berjuang menentang barah payu dara untuk dua anak yang sedang membesar,” kata ejen hartanah yang dan dikurniakan dua anak lelaki.

    Malah kehadiran cahaya matanya itu menyebabkannya tetap tabah menjalani hidup. Untuknya, barah payu dara bukan penghalang untuk terus bekerja dan meneruskan kehidupan seperti insan lain.

    Abby ialah antara contoh wanita yang diserang barah payu dara walaupun tidak tergolong dalam kumpulan berisiko. Dia masih muda, tidak lahir dalam keluarga yang mempunyai sejarah barah payu dara dan aktif bekerja dan bersukan.

    Walaupun, satu daripada faktor risiko terbesar barah payu dara dikaitkan dengan faktor genetik, namun ia bukan satu kemestian.

    Justeru, menjalani rawatan awal seperti ujian imbasan mamogram ialah antara keperluan utama wanita walaupun usia anda belum mencecah 40 tahun.

    Pakar Bedah Payu Dara, Hospital Gleneagles Intan, Kuala Lumpur Datuk Dr Suseela Nair, berkata barah payu dara ialah barah yang paling kerap ditemui di kalangan wanita Malaysia, mencecah hingga 31.3 peratus daripada semua jenis barah.

    “Wanita Cina dan India merekodkan kes tertinggi berbanding Wanita Melayu. Namun, angka itu berdasarkan statistik lawatan ke hospital. Justeru, ia mungkin tidak membayangkan jumlah kes sebenar,” katanya.

    Jelas Dr Suseela, ada banyak kes pesakit lebih gemar merujuk kepada pengamal perubatan alternatif untuk rawatan berbanding mendapat rawatan di hospital. Pesakit hanya akan ke hospital apabila tidak sembuh dan ketika itu, ia sudah pun terlambat.

    “Memilih rawatan tradisional bukan langkah bijak kerana keberkesanannya dalam rawatan barah payu dara belum dibuktikan,” katanya.

    Jelasnya, gaya hidup sihat memang memainkan peranan mengelak barah payu dara. Namun lebih penting mengurangkan menu yang boleh menjadi faktor risiko seperti pengambilan terlalu banyak daging, produk tenusu, selain rendah pengambilan sayur-sayuran dan serat.

    Namun, bolehkah anda melawan barah payu dara? Tentu saja, kerana barah payu dara mudah dikesan, selagi anda melakukan ujian mamogram atau melakukan ujian sendiri. Simptom barah payu dara juga mudah diketahui dengan simptom paling mudah - mengesan ketulan dalam payu dara.

    Ujian mamogram pula memudahkan anda mengesan perubahan pada payu dara dengan imej yang jelas. Mamogram direka secara khusus untuk imbasan payu dara pada kadar radiasi yang rendah. Rawatan barah payu dara yang berjaya bergantung kepada pengesanan awal, justeru mamogram ialah antara kaedah pengesanan awal terbaik.

    Pihak Pentadbiran Ubat-Ubatan dan Makanan Amerika Syarikat (FDA) melaporkan, mamogram membantu mengesan ketulan barah payu dara antara 85 ke 90 peratus bagi kalangan wanita berusia 50 ke atas.

    Tidak dinafikan, payu dara yang juga gabungan lemak, kelenjar dan tisu yang kenyal.

    Justeru ada kala ujian mamogram mendatangkan sedikit ketidakselesaan. Namun ia bukan alasan untuk tidak melakukannya, apatah lagi jika anda berada dalam golongan berisiko.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14507
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #2 08 November, 2009, 12:07:58 PM
  • Publish Di FB

  • Mengenali Barah Payudara


    Barah merupakan antara kumpulan penyakit yang terjadi daripada tindakan sel yang bertindak di luar tabiat asalnya.  Tahukah anda bahawa setiap organ pada tubuh badan kita terbentuk daripada pelbagai jenis sel?  Pada kelumrahan serta sifat sedia asalnya, sel-sel ini akan membuat pembahagian dengan kadar yang terkawal serta dihasilkan mengikut keperluan tubuh seseorang individu.  

    Apabila kadar penghasilan sel melebihi keperluan, ianya  akan menghasilkan lebihan tisu.  Lebihan tisu ini jugalah yang dikenali sebagai ketumbuhan.  Ketumbuhan ini boleh dibahagikan kepada dua jenis ketumbuhan iaitu benign(tumor bukan barah) dan malignan(tumor jenis barah).  Jenis ketumbuhan yang pertama iaitu benign adalah merupakan ketumbuhan yang tidak membahayakan nyawa para penghidapnya. Hampir 80 peratus daripada para pengidap ketumbuhan payudara adalah dari kalangan mereka yang mengalami ketumbuhan jenis ini.

    Barah payudara adalah merupakan ketumbuhan malignan yang terjadi daripada tindakan sel yang bermula dari bahagian payudara. Ianya berkembang melalui proses pembahagian yang melebihi kadar keperluan organ serta seterusnya menyerang organ serta tisu-tisu yang berhampiran.  Sel-sel barah ini juga mampu untuk membebaskan dirinya daripada ketumbuhan asal sekaligus memasuki saluran darah serta sistem perlimpahan (Lymphatic system).  Inilah juga cara serta kaedah penyakit barah payudara menyerang bahagian-bahagian organ lain para penghidapnya.  Proses penjangkitan ini juga dikenali sebagai metastasis.

     

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14507
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #3 08 November, 2009, 12:08:54 PM
  • Publish Di FB


  • Apakah Yang Menyebabkan Barah Payudara?


    Setakat ini, bagaimana barah payudara boleh timbul belum diketahui lagi. Penyelidik-penyelidik telah membuat kesimpulan bahawa punca utama menyebabkan penyakit barah adalah gandingan faktor keturunan (faktor genetik) dan persekitaran (faktor alam sekeliling).

    Apa yang kita tahu hanyalah faktor risiko. Faktor risiko merupakan suatu perkara yang akan menentukan risiko seseorang terhadap sesuatu penyakit. Contohnya, merokok adalah faktor risiko kanser paru-paru atau penyakit lemah jantung.

    Risiko seorang individu terhadap sesuatu penyakit tidak mudah ditentukan kerana pengaruh faktor-faktor risiko berbeza. Seorang wanita  seharusnya mengetahui dan memahami apakah faktor-faktor yang akan mempengaruhi risikonya terhadap kanser payudara.

    Kami belum lagi dapat memahami mengapa adanya mereka yang mempunyai faktor risiko seperti riwayat keluarga (pertalian keluarga dengan penghidap penyakit barah) dan terdedah kepada risiko pengambilan bahan serta sumber berasaskan tembakau, bebas daripada serangan penyakit ini.

    Manakala, mereka yang daripada kumpulan berisiko rendah pula tidak terlepas daripada menghidap penyakit ini. Pertalian adalah kompleks dan mungkin dipengaruhi faktor-faktor lain yang tidak ternyata. Untuk seketika ini misterinya akan terus berpanjangan serta menjadi tanda tanya.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14507
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #4 08 November, 2009, 12:10:41 PM
  • Publish Di FB

  • Kanser Payudara – Fakta & Statistik

    Hampir semua orang mengenali seseorang atau tahu mengenai seseorang yang menghidap kanser payudara: Seorang ibu, kakak atau adik, nenek, makcik, rakan sekerja, kawan, jiran atau kadangkala (walaupun cukup jarang) seorang ayah atau abang.

    Kanser payudara adalah kanser paling biasa di kalangan di hampir semua pelosok dunia. Terdapat variasi yang nyata dalam kadar insiden kanser ini mengikut geografi. Insiden tertinggi adalah di Eropah Utara dan Amerika utara, sederhana di negara-negara Mediterranean dan Amerika Selatan dan paling rendah di Asia dan Afrika. Umur purata diagnosis yang dilaporkan adalah lebih kurang 50 tahun di negara membangun dan 60 tahun di negara-negara Barat.

    Pada 2000, terdapat 1,050,346 kes dilaporkan dengan 372,969 kematian akibat kanser payudara di seluruh dunia. Insiden in mempunyai julat purata daripada  95 bagi setiap 100,000 di negara maju dan 20 bagi 100,000 di negara membangun.

    Variasi ini dikatakan berpunca daripada perbezaan dalam saiz badan, diet, sifat revolusi reproduktif  seperti umur haid bermula, bilangan anak, umur melahirkan anak pertama, dan umur pada putus haid. Insiden juga bergantung pada bangsa, lebih tinggi di kalangan wanita berkulit putih berbanding wanita kulit hitam,mereka yang keturunan Sepanyol dan orang Asia di Amerika Syarikat (AMERIKA SYARIKAT).

    Insiden kanser (bilangan kes kanser baru) semakin meningkat.  Statistik bagi fenomena ini lebih menakutkan di negara seperti Amerika Syarikat dengan 184,000 kes baru kanser payu dara di kenal pasti setiap tahun. Institut Kanser Kebangsaan menganggarkan bahawa menjelang umur 50 tahun, satu daripada setiap 50 wanita akan menghidap kanser payudara. Menjelang umur 80 tahun, bilangan ini meningkat kepada 1 daripada setiap sepuluh orang. Jika risiko insiden ini dikira sepanjang hayat seorang wanita, maka satu daripada setiap 8 wanita akan menghidapi kanser payudara. Satu daripada setiap 28 akan mati akibat penyakit ini. Satu daripada setiap 3000 akan menghidap kanser payudara semasa mereka hamil dan wanita hamil lebih cenderung menghidap penghidap penyakit ini dalam lingkungan umur 30-an. (Hanya 2% daripada kanser payudara didiagnosis di kalangan wanita hamil.)

    Dipersembahkan dalam bentuk lain:

        * Setiap 3 minit, seorang wanita didiagnosis dengan kanser payu dara (AMERIKA SYARIKAT)
        * Setiap 11 minit, seorang wanita mati akibat kanser payu dara(AMERIKA SYARIKAT)
        * Setiap tahun, 30,000 wanita dan 200 lelaki didiagnosis dengan kanser payu dara (UK)

    Di negara dengan kadarnya rendah setakat ini, terutamanya di Asia, kadar peningkatannya begitu mendadak dengan peningkatan yang besar dalam insiden termasuk juga kadar kematian (mortaliti).

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14507
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #5 08 November, 2009, 12:13:02 PM
  • Publish Di FB


  • Kanser Payudara di Malaysia – Faktanya

        * Kanser payudara adalah kanser paling biasa keseluruhannya dan kanser paling biasa di kalangan semua wanita dari umur 20 tahun di Malaysia bagi tahun 2002 dan 2003
        * Kanser payudara paling biasa di kalangan kaum Cina, kemudian kaum India dan akhirnya kaum Melayu.
        * Kanser payudara menyumbang 31% daripada jumlah kes kanser wanita yang didiagnosis pada tahun 2003. (30.4% dalam 2002)


           

        *

          Kadar Piawai Umur (ASR) daripada kanser payudara di kalangan wanita ialah 52.8 per 100,000 orang pada 2002 dan 46.2 bagi setiap 100 000 orang pada 2003. Di kalangan kaum Cina, kadarnya lebih tinggi dengan 70.1 bagi setiap 100,000 orang, bagi orang India, ASRnya 61.7 bagi setiap 100,000 orang dan paling rendah di kalangan kaum Melayu dengan kadar 41.9 bagi setiap 100,000 orang.
          Pada 2003, kadarnya 33.9 bagi kaum Melayu, 59.7 bagi kaum Cina dan 55.8 wanita India.
        *

          Seorang wanita di Malaysia mempunyai 1 per 19 kemungkinan menghidap kanser payudara dalam hayat mereka.
        *

          Risiko kumulatif mendapat kanser payudara bagi kaum Cina, kaum India dan kaum Melayu adalah 1 per 14, 1 per 15 dan 1 per 24 masing-masing.
        *

          Lebih daripada separuh daripada wanita yang didiagnosis dengan kanser berumur kurang daripada 50 tahun.

    Bagi bandingan, kanser yang kedua kekerapannya di kalangan wanita Malaysia pada 2002 & 2003 adalah kanser serviks yang menyumbang kepada 12% dan 12.9% masing-masing daripada jumlah kanser wanita.

    Statistik bagi Malaysia telah diperoleh daripada laporan Daftar Kanser Kebangsaan 2002 dan 2003. Dengan peredaran masa, corak kanser termasuk kanser payudara akan lebih nyata. Hanyalah dengan data yang tepat dan boleh diharapkan, keputusan mengenai rancangan serta polisi boleh dibuat untuk negara Malaysia.
    Anggaran oleh  Agensi Antarabangsa untuk penyelidikan dalam kanser (Globocan 2000) melaporkan bahawa dalam tahun 2000, terdapat 3825 kes dilaporkan dan 1707 kematian akibat kanser payudara di Malaysia. Globocan 2000 menganggarkan  secara kasar kadar kanser payudara di Malaysia sebagai 34.9 per 100,000 orang dengan ASR 41.9 per 100,000 orang.
     

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14507
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #6 08 November, 2009, 12:14:31 PM
  • Publish Di FB

  • Penyakit Barah Payudara Di Kalangan Lelaki

    Lebih kurang 1% daripada kanser payudara setiap tahun di Amerika Syarikat terdiri daripada kaum lelaki. Trend ini semakin menaik di Amerika Syarikat. Sebanyak 1,690 kes baru di jumpa di kalangan kaum lelaki setiap tahun (anggaran 2005), dan lebih kurang 460 akan meninggal dunia akibat penyakit ini. Kanser payudara telah meningkat sebanyak hampir 50% dalam 3-4 tahun kebelakangan ini.

    Kaum lelaki tidak patut meninggal dunia akibat penyakit ini hanya kerana mereka tidak sedar penyakit ini boleh berlangsung di kalangan kaum lelaki juga. Lelaki dengan sejarah kanser payudara di kalangan ahli keluarga mesti memeriksa diri mereka dengan tetap dan berjumpa dengan doktor mereka sebaik sahaja mereka memerhatikan sesuatu perubahan. Rawatan mereka sama dengan rawatan bagi kaum hawa. Lebih awal mereka mengesan kanser mereka, lebih baik kemungkinan mereka menjalani rawatan yang berjaya.

    Di negara barat, majoriti kes kanser payudara lelaki adalah di kalangan pesakit dalam lingkungan umur 50an atau 60an. Sama seperti kaum wanita, gen kanser payudara (BRCA2) juga membawa kesan kepada kaum lelaki dan meningkatkan risiko mereka menghidap kanser payudara.

    Di Malaysia, Daftar Kanser Kebangsaan melaporkan 56 kes baru kanser payudara lelaki pada 2002 dan 24 kes baru pada 2003.

    Pada 2002, kanser payudara dikesan di kalangan 26 lelaki Melayu, 22 lelaki Cina dan 5 lelaki India. 71% (40 daripada mereka) daripada mereka yang didiagnosis adalah berumur 50 tahun atau lebih.

    Daripada 24 kes baru yang dilaporkan pada 2003, 11 adalah kaum Cina,7 adalah kaum Melayu. 71% daripada mereka berumur lebih daripada 50 tahun.

    Bagi maklumat tambahan mengenai Kanser Payudara Lelaki, layarilah:

    http://www.nlm.nih.gov/medlineplus/malebreastcancer.html

    http://imaginis.com/breasthealth/bcmn.asp#survival

    fatihah88

    • *
    • Posts: 201
      • View Profile
    Jawab #7 08 November, 2009, 01:17:01 PM
  • Publish Di FB
  • Rawatan Alternatif bagi Barah Payudara

    Kami menawarkan kaedah rawatan Alternatif bagi barah payu dara yang diperturunkan dari warisan perubatan herba bersumberkan tumbuhan alam semula jadi hutan tropika. Ramuan ini diamalkan oleh Masyarakat Iban dan ramuan yang sama juga digunakan oleh nenek moyang di Negeri Kelantan bagi mengatasi ketumbuhan (bernanah) pada payudara (Sekarang ini dipanggil Barah payudara).

    Umum mengetahui bahawa susu haiwan liar seperti Susu Kuda Liar (http://www.healthfood.enetmyne.com/profile.html) dan Susu Harimau adalah ubat mujarab bagi menyembuhkan Barah Payudara. Malangnya susu haiwan sebegini amat payah diperolehi.

    Ubat paling mujarab bagi mengatasi Barah Payu Dara ialah ialah Susu Harimau (betina). Tapi di mana nak diperolehi susu harimau. Mendekatinya sahaja sudah tidak mungkin lebih-lebih lagi ketika tempoh menyusui anaknya. Nak cari Nahas?

    Anda mungkin pernah dengar, Cendawan/Kulat Susu harimau? sejenis cendawan yang hanya tumbuh di atas lelehan/tumpahan (ke tanah) susu harimau betina (yg sedang menyusukan anak). Ini sahaja sumber bagi 'mendekati' susu harimau. Di mana pula nak diperolehi kulat ini. Jawapannya ialah di Tengah Hutan Belantara. Hanya masyarakat orang asli yang boleh ke sana. Hanya kumpulan mereka yang mengenali dan tahu habitat Cendawan Susu Harimau. habis bagaimana?.

    Anda jangan gusar. Kami boleh membantu anda. Kami yang sekian lama berhubung dengan perkampungan orang asli di seluruh semenanjung/ Sabah dan sarawak. Menggunakan warisan herba yang diperturun dari generasi ke generasi, kami rumuskan penyelesaian alternatif kepada barah Payudara. Ianya adalah seperti berikut:-

    Ramuan Sapuan Luaran :

    Kulat Susu harimau + Herba (Rumput/rumpai renek (nama iban - tidak diketahui. Nama Masarakat Kelantan-Rumput Toman/Tuman).


    sumber: http://maklumatherba.blogspot.com/2007/08/rawatan-alternatif-bagi-barah-payudara.html
    Ubahlah diri, nescaya oran lain akan berubah hasil perubahan kita

    dya adriza

    • *
    • Posts: 424
      • View Profile
    Jawab #8 08 November, 2009, 02:16:44 PM
  • Publish Di FB
  •  Kesan awal dengan pemeriksaan sendiri payudara (PSP)

    Apakah kanser payudara?
    Kanser payudara merupakan kanser yang paling tinggi kejadiannya dan penyebab utama kematian di kalangan wanita di Malaysia.

    Kanser payudara berpunca dari sel-sel dalam tisu payudara yang berkembang dalam keaadaan yang tidak terkawal. Jika tidak di kesan dan dirawat secepat mungkin, kanser payudara boleh merebak ke kelenjar limfa dan bahagian badan yang lain seperti tulang, paru-paru dan hati.

    Apakah yang menyebabkan kanser payudara. http://www.familiazam.com
    Penyebab sebenar kanser payudara tidak di ketahui. Setiap wanita berusia 20 tahun keatas adalah berisiko menghidap kanser payudara.

    Faktor-faktor berikut mungkin menambahkan risiko wanita menghidap kanser payudara:

        * Usia meningkat http://www.familiazam.com
        * Mempunyai ahli keluarga yang menghidap kanser payudara.
        * Telah mendapat kanser pada satu payudara.
        * Mula datang haid awal (sebelum umur 12 tahun) atau putus haid lewat (selepas umur 50 tahun)
        * Tidak pernah melahirkan anak atau melahirkan anak pertama pada umur melebihi 30 tahun.
        * Mengambil jenis makanan yang mengandungi banyak lemak haiwan.

    Apa Yang Anda Boleh Lakukan Untuk Mencegah Kanser Payudara.
    Kanser payudara boleh dicegah jika dikesan dan dirawat awal. Kanser payudara adalah salah satu kanser yang paling mudah di kesan.

    Pengesanan boleh dilakukan dengan pemeriksaan Payudara. Semua wanita yang berusia 20 tahun dan lebih perlu melakukan Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP) Setiap bulan sepanjang hayat mereka. Bagi wanita yang melebihi 30 tahun mereka perlu juga mendapatkan Pemeriksaan Payudara oleh saorang doktor atau kakitangan perubatan yang lain setiap tahun.

    Pemeriksaan payudara secara tetap akan membolehkan sesaorang wanita mengesan kanser payudara pada peringkat yang awal di mana rawatan adalah lebih berkesan.

    Bila Mesti Melakukan PSP ?
    Anda misti melakukanya setiap bulan. Jika anda masih datang haid, PSP mestilah dilakukan di antara hari ke-7 hingga ke-10 selepas bermulanya haid anda.

    Sekiranya jangkamasa haid anda tidak teratur atau anda sudah putus haid, PSP mesti dilakukan pada satu hari yang ditetapkan setiap bulan. Pilih hari yang mudah untuk diingati, seperti hari pertama atau terakhir pada bulan tersebut.

    A. Melihat Perubahan Di Hadapan Cermin
    Lihat pada saiz, bentuk dan keseimbangan bentuk payudara (symmetry) serta paras kedua-dua puting payudara.

    Tanda tanda Amaran Yang Perlu Di perhatikan Semasa Pemeriksaan.

        * Benjolan di payudara atau ketiak
        * Perubahan bentuk dan saiz payudara yang luarbiasa
        * Kerutan atau lekuk yang luarbiasa pada payudara
        * Puting payudara tertarik ke dalam
        * Pendarahan atau lelahan luarbiasa dari putting payudara.

    B. Mengesan Perubahan Dengan cara berbaring

    Adakah Semua Benjolan Dalam Payudara Menandakan kenser?

    9 dari 10 benjolan yang terdapat di dalam payudara bukanlah kanser. Walaubagaimanapun, anda perlu berwaspada terhadap semua benjolan dalam payudara, dan perlu berjumpa dengan doktor anda dengan segera jika anda mengesan sebarang benjolan.

    RAYUAN KEPADA SEMUA WANITA

        * CEGAH KANSER PAYUDARA DENGAN PSP SETIAP BULAN.
        * JADIKAN PSP SEBAHAGIAN DARI CARA HIDUP ANDA
        * JIKA ANDA MERASA SEBARANG BENJOLAN LUARBIASA DI PAYUDARA ANDA SILA JUMPA DOKTOR DENGAN SEGERA.
        * INGAT ! KANSER PAYUDARA BOLEH DISEMBUHKAN JIKA DIKESAN AWAL DAN DIRAWAT SECEPAT MUNGKIN.


    dol_bendol

    • *
    • Posts: 1664
    • http://al-merapu.blogspot.com
      • View Profile
    Jawab #9 08 November, 2009, 03:50:04 PM
  • Publish Di FB
  • Jika dah mengalami, doktor kata kena bedah, kena buang....................... mahukah anda?

    jika belum kena, apa pula langkah utk mengelak daripada nya?

    Kami ada Ilmu, yg dapat menjaga diri, merawat diri sendiri tanpa makan ubat, kami boleh berikan kepada sesiapa yang mahu, dengan kadar caj RM177 sahaja, idaklah banyak bila di kenangkan, kos merawat di hospital, atau bila kena bedah.

    sesiapa yang mahukannya, boleh hubungi saya; 0192368789, sesiapa yang ada kehendak, dan mahu lebih dekat dengan Allah, bolehlah datang bertamu ya............ semuga segala amal di terima di sisi Allaah.

    ana67

    • *
    • Posts: 12
      • View Profile
    Jawab #10 18 April, 2010, 12:25:04 PM
  • Publish Di FB
  • saya ada penawar utk kanser..i'allah boleh..kita hanya berusaha..yg mencari boleh hubungi saya..

    cahaya pencinta

    • *
    • Posts: 1096
    • Dalam pahit hidup, aku merasa manisnya~
      • View Profile
    Jawab #11 18 April, 2010, 01:10:16 PM
  • Publish Di FB
  •  :)

    makan makanan yang sihat amalkan gaya hidup sihat, berdoa dikurniakan badan yang sihat.. :ins: jangan lupa lakukan pemeriksaan sendiri payudara setiap bulan..mudah je, kalau nak belajar internet pun banyak, tak pun pergi klinik atau hospital mintak nurse ke doktor ajar lepas tu boleh buat sendiri.  baguss kalau ada rasa tak puas hati, refer doktor. ni nasihat untuk laki dan perempuan..

    ana67

    • *
    • Posts: 12
      • View Profile
    Jawab #12 18 April, 2010, 03:58:03 PM
  • Publish Di FB
  • Tahukah anda ~ bahawa setiap orang mempunyai sel kanser dalam badan mereka? Sel-sel kanser ini tidak akan menyerlah dalam ujian biasa sehingga ia telah berganda kepada tahap billion. Apabila seorang pesakit diberitahu bahawa dirinya telah bebas dari sel kanser, ia cuma bermakna bahawa ujian yang dijalankan tidak mampu mengesan sel kanser ini sehingga ia membesar kepada satu saiz yang boleh dikesan.

    Apabila kemoterapi dilakukan ia bukan sahaja membunuh sel kanser yang cepat berkembang tapi juga sel yang sihat dalam tulang sum-sum, usus gastro dan lain yang akan mengakibatkan kerosakan kepada hati, buah pinggang, jantung dan paru-paru. Radiasi pula akan membakar, merosak dan membinasa sel-sel, tisu dan organ yang sihat. Walaupun diawal rawatan kemoterapi dan radiasi, saiz tumor akan mengecut tetapi rawatan yang berlanjutan tidak semestinya membinasakan tumor tersebut.

    Apabila badan seseorang penuh dengan toksik hasil daripada kemoterapi dan radiasi, sistem imunnya sama ada akan beralah atau binasa dan menyebabkan pesakit mendapat pelbagai infeksi dan komplikasi. Cara yang efektif memerangi kanser adalah dengan TIDAK memberi makanan yang akan membantu sel kanser ini membiak. Jadi apakah makanan-makanan ini?

    Gula merupakan makanan kanser. Dengan menghalangnya, kita telah menamatkan satu sumber bekalan makanan yang penting untuk sel kanser.

    Susu menyebabkan badan mengeluarkan lendir, terutama dalam saluran usus gastro. Dengan menggantikan susu dengan susu soya tanpa gula, sel kanser tidak akan mendapat bekalan makanan.

    Sel kanser hidup dalam persekitaran yang asidik. Oleh kerana makanan berasaskan daging adalah asidik, kita dinasihatkan mengurangkan segala makanan yang berdaging. Disesetengah ladang ternakan, untuk mempercepatkan kadar penghasilan daging, haiwan ternakan kerap disuntik dengan antibiotik dan hormon tumbesaran. Daging juga mengandungi pelbagai parasit, yang semuanya bahaya bagi pengidap kanser. Diet yang terdiri daripada sayur-sayuran yang segar, buah-buahan, kekacang dan jus buah-buahan akan menukar badan kepada persekitaran yang beralkali.

    Elak dari minum kopi, teh dan coklat yang mengandungi kandungan kafein yang tinggi. Sebaliknya teh hijau lebih baik dan mempunyai khasiat melawan kanser. Bagi air pula adalah lebih baik meminum air yang ditapis untuk mengelak toksin dan logam dalam air paip. Air suling mengandungi asid dan perlu dielak.

    Suplemen seperti anti-oxida, vitamin dan mineral dapat membina sistem imun untuk membolehkan sel pembunuh didalam badan menghapuskan sel kanser. Vitamin E pula terkenal sebagai pembunuh sel, iaitu kaedah tubuh untuk menghapuskan sel yang telah rosak atau yang tidak diperlukan secara normal.

    Kanser juga merupakan penyakit minda, badan dan spiritual. Sikap yang proaktif dan positif dapat membantu pahlawan kanser menjadi penyelamat. Sikap marah, tidak memaafi, kecewa, membuat tubuh kita menjadi lebih stress dan dalam keadaan asidik. Oleh itu jadilah seseorang yang mempunyai sikap penyayang dan pemaaf. Belajar la untuk relax dan menikmati hidup.

    dol_bendol

    • *
    • Posts: 1664
    • http://al-merapu.blogspot.com
      • View Profile
    Jawab #13 18 April, 2010, 10:00:26 PM
  • Publish Di FB


  • Apakah Yang Menyebabkan Barah Payudara?


    Setakat ini, bagaimana barah payudara boleh timbul belum diketahui lagi. Penyelidik-penyelidik telah membuat kesimpulan bahawa punca utama menyebabkan penyakit barah adalah gandingan faktor keturunan (faktor genetik) dan persekitaran (faktor alam sekeliling).

    Apa yang kita tahu hanyalah faktor risiko. Faktor risiko merupakan suatu perkara yang akan menentukan risiko seseorang terhadap sesuatu penyakit. Contohnya, merokok adalah faktor risiko kanser paru-paru atau penyakit lemah jantung.

    Risiko seorang individu terhadap sesuatu penyakit tidak mudah ditentukan kerana pengaruh faktor-faktor risiko berbeza. Seorang wanita  seharusnya mengetahui dan memahami apakah faktor-faktor yang akan mempengaruhi risikonya terhadap kanser payudara.

    Kami belum lagi dapat memahami mengapa adanya mereka yang mempunyai faktor risiko seperti riwayat keluarga (pertalian keluarga dengan penghidap penyakit barah) dan terdedah kepada risiko pengambilan bahan serta sumber berasaskan tembakau, bebas daripada serangan penyakit ini.

    Manakala, mereka yang daripada kumpulan berisiko rendah pula tidak terlepas daripada menghidap penyakit ini. Pertalian adalah kompleks dan mungkin dipengaruhi faktor-faktor lain yang tidak ternyata. Untuk seketika ini misterinya akan terus berpanjangan serta menjadi tanda tanya.

    Kami tahu punca barah, sebab darah, dalam darah ada syaitan, tetapi saintis kata ada genetik yang hilang, sebab keturunan, walaubagaimana pun alam melayu, ada angkara saka baka, jika tak tahu jaga, lama lama menjadi puaka, makan diri

    asbab tu sesiapa yang percaya ilahi rabbi, marilah jumpa kami
    hanya yang makrifat ilahi sahaja dapat ubati
    yang mana penyakit tak akan kembali lagi

    perubatan selain itu, akan ada kebarangkalian mengulangi,

    Ingatlah ya, penyakit tu, Allah uji, melalui syaitan, lihat kisah nabi ayub a.s.

    maka eloklah dapatkan ILMu tauhid , semuga dapat merawat diri sendiri tanpa makan ubat, inshallah boleh jumpa kami jika mahi, silakan e mail
    setiakudcni@yahoo.com, ataupun PM sahaja saya ya

    firdaus azahar

    • *
    • Posts: 6
      • View Profile
    Jawab #14 13 June, 2012, 02:18:53 PM
  • Publish Di FB
  • Apakah tanda-tanda kanser payudara yang WAJIB setiap wanita ketahui?

    Apabila menyebut kanser payudara ia tidak terlepas dari pandangan setiap wanita. Manakan tidak kanser payudara adalah pembunuh no. 2 di dunia pada ketika ini.

    Kanser payudara juga tidak mengenal usia, muda atau tua masing-masing berisiko untuk ‘diserang’ olehnya.

    Jadi amatlah penting untuk setiap wanita khususnya memeriksa dan meneliti setiap tanda-tanda kanser payudara. Oleh itu disenaraikan disini beberapa tanda umum kanser payudara.

    Tanda-tanda barah payu dara adalah seperti berikut:

    1. Ketulan dalam payu dara. Tanda ini adalah yang paling lazim didapati di kalangan wanita berpenyakit barah payu dara. Ketulan itu tidak menimbulkan kesakitan dan biasanya disedari secara tidak sengaja seperti semasa mandi ataupun semasa pemeriksaan sendiri payu dara.

    Kadang-kadang ketulan disedari oleh orang lain seperti suami atau doktor yang memeriksa payu dara. Lazimnya ketulan terdapat pada bahagian atas dan luar payu dara (upper outer quadrant). Barah juga berlaku pada bahagian tengah, atau atas dan dalam payu dara tetapi pada kadar yang rendah.

    2. Terdapat ketulan kelenjar yang membesar di bahagian ketiak.

    3. Terdapat cairan seperti darah atau nanah yang keluar daripada puting payu dara.

    4. Terdapat perubahan pada kulit payu dara. Perubahan yang perlu diperhatikan ialah kulit menyerupai kulit limau oren (peau d'orange) yang berlubang kecil.

    Keadaan ini menandakan bahawa barah telah merebak dan berkemungkinan besar saluran limfa telah tersumbat olehnya. Perubahan bentuk payu dara juga boleh menandakan terdapat barah padanya.

    Semua wanita digalakkan untuk mengenali bentuk dan saiz payu daranya supaya perubahan yang berlaku dapat dikesan dengan cepat.

    Jika terdapat perubahan pada payu dara seperti yang telah disebutkan, wanita dinasihatkan supaya berjumpa doktor untuk pemeriksaan selanjutnya bagi membuktikan jenis ketulan yang ada dan mendapatkan rawatan yang sepatutnya.

    Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut hal berkaitan kanser  payudara, memang terdapat sebuah ebook yang membincangkan lebih lanjut berkaitan kanser yang membunuh ramai wanita ini.

    http://www.kanserpayudara.com

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4918
      • View Profile

    NoZaBiZz

    • *
    • Posts: 136
      • View Profile
    Jawab #16 10 October, 2013, 08:56:27 AM
  • Publish Di FB
  • Pagi ni tengok MHI tentang kanser payudara. 1 per 19 wanita di Malaysia berpotensi untuk mendapat kanser payudara di Malaysia. Setiap tahun 20ribu orang didapati mengidap penyakit ini. Dan, Dr pakar jemputan menyatakan 5-10% sahaja yang disebabkan oleh genetik. 90% tidak diketahui penyebabnyer. Semoga kita lebih prihatin inshaa Allah

    saiyidina_osman

    • *
    • Posts: 91
      • View Profile
    Jawab #17 10 October, 2013, 10:27:14 AM
  • Publish Di FB
  •  :)

    kepada yang ada penyakit ni boleh la pergi  berbekam
     :ins: akan pulih dengan izin ALLAH

    ada seorang perempuan kat kota kinabalu ...kakak ni ada kancer payudara lalu berjumpa dengan sahabat aku tukang bekam
    asalanya sahabat aku ni tak mau sebab yelah nak bekam kat dua gunung tu memang tak leh ...perasaan malu bercampur dengan
    yang lain....

    setelah berbincang punya bincang akhirnya proses berbekam bermula ...bekam pertama mengeluarkan nana darah beku cecair
    begitu juga seterusnya ...  :syukur: setelah berbekam beberapa kali akhirnya kancer itu hilang begitu sahaja...doktor pun tekejut
    camne boleh hilang macam tu.....dengan kuasa ALLAH dan mengikut sunnah Nabi kita memang berbekam itu menghilang
    penyakit kecuali mati  :aamiin:

    ciklily

    • *
    • Posts: 5
      • View Profile
    Jawab #18 21 November, 2013, 01:47:45 PM
  • Publish Di FB
  •  :) semua,

    Baru-baru ini saya ada terbaca mengenai produk kanser di salah satu website yang menjual ubat bagi rawatan kanser. Bukan sahaja pesakit kanser payudara malahan kanser lain juga dapat diubati menggunakan produk tersebut. Disini saya sertakan link bagi website tersebut http://cancersolve.com/
    Moga-moga ianya bermanfaat untuk kita semua.  :ins:

    ciklily

    • *
    • Posts: 5
      • View Profile
    Jawab #19 03 December, 2013, 12:23:51 PM
  • Publish Di FB
  • :) semua,

    Baru-baru ini saya ada terbaca mengenai produk kanser di salah satu website yang menjual ubat bagi rawatan kanser. Bukan sahaja pesakit kanser payudara malahan kanser lain juga dapat diubati menggunakan produk tersebut. Disini saya sertakan link bagi website tersebut http://cancersolve.com/
    Moga-moga ianya bermanfaat untuk kita semua.  :ins:

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    28 Replies
    3849 Views
    Last post 13 November, 2010, 04:08:32 PM
    by cikfen
    7 Replies
    11385 Views
    Last post 29 January, 2013, 03:35:58 PM
    by hubbysr
    1 Replies
    652 Views
    Last post 03 July, 2013, 02:39:57 AM
    by Fakir Billah