Elakkan Gambar-gambar Binatang

*

Author Topic: Elakkan Gambar-gambar Binatang  (Read 5151 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

peluru

  • *
  • Posts: 369
  • Mujahidin
    • View Profile
07 November, 2009, 04:25:32 AM
  • Publish
  • Hadis :

    Dari Aisyah r.a katanya, dia membeli bantal-bantal kecil bergambar-gambar. Maka tatkala Rasulullah s.a.w melihat bantal-bantal tersebut baginda berhenti di muka pintu dan tidak terus masuk. Aku tahu dari wajah baginda bahawa baginda tidak senang. Berkata Aisyah:"Ya Rasulullah! Aku bertaubat kepada Allah dan Rasul-Nya. Apakah kesalahanku? Rasulullah s.a.w kembali bertanya:"Bantal-bantal apakah itu?" Jawab Aisyah, "Aku membelinya sebagai tempat duduk anda atau tempat anda bersandar." Sabda Rasulullah s.a.w:"Pelukis gambar-gambar ini akan disiksa di hari kiamat seraya dikatakan kepada mereka:"Hidupkanlah gambar-gambar yang kamu lukis itu!" Kemudian baginda bersabda:"Sebuah rumah yang terdapat di dalamnya gambar-gambar (haiwan), malaikat tidak mahu masuk ke dalam rumah itu." (Muslim)
    -hOLla-

    ...seorng hamba ALLAH...tnpa pinjaman dariNYA siapalah aku...
    [img width=610 height=70]http://i87.servimg.com/u/f87/12/77/43/73/selang10.jpg[/img]

    dya adriza

    • *
    • Posts: 423
      • View Profile
    Reply #1 07 November, 2009, 11:28:47 AM
  • Publish
  • Gambar-gambar merupakan salah satu perhiasan utama bagi kebanyakan tempat sama ada gambar fotografi atau gambar yang dilukis. Jika kita lihat di bangunan-bangunan awam, di hotel-hotel atau di rumah-rumah, gambar sebagai perhiasan pasti ada digantung-gantung di dinding-dinding. Apakah hukumnya mengantung perhiasan-perhiasan yang berupa lukisan ataupun gambar di dinding-dinding kediaman kita. Atau apakah pula hukum bagi pelukis lukisan tersebut.

    Hukum mengenai lukisan ini, ulama memberikan hukum yang berbeza-beza berdasarkan kepada cir-ciri yang terdapat pada sesuatu lukisan tersebut. Imam al-Nawawi menyatakan bahawa gambar dan lukisan yang mempunyai roh sama ada manusia atau haiwan, berjisim atau tidak dan dihormati ataupun tidak dihormati. Manakala sebahagian ulama salaf pula menghukumkan haram hanya ke atas gambar yang timbul , berjisim serta mempunyai bayang-bayang yang disebut sebagai patung manakala gambar yang tidak berbayang adalah diharuskan. Sedangkan Dr Yusuf al-Qardawi pula menyatakan bahawa haram pada gambar yang dipahat atau diukir yang mempunyai jisim dan gambar yang mendatar yang dilukis di atas kertas dinding, kayu pula adalah makruh tanzih.

    Yang jelasnya pengharaman ke atas sesuatu gambar itu berlaku sekiranya terdapat unsur-unsur berikut pada gambar tersebut iaitu:

    1. Lukisan tersebut sama ada hidupan bernyawa atau tidak, sempurna atau tidak yang mengandungi unsur-unsur dan tujuan syirik seperti lukisan lembu sembahan masyarakat Hindu, lukisan bunga teratai, lukisan salib, nazi, zionis, yin dan yan, atau apa-apa yang berkaitan dengan sembahan agama lain hukumnya adalah haram.

    2. Seterusnya lukisan lengkap terhadap sesuatu hidupan yang bernyawa yang cukup anggotanya seolah-olah bertujuan menandingi Allah dalam dalam kuasa penciptaan makhluk maka hukumnya adalah haram seperti lukisan haiwan yang menonjol lukisannya, warnanya dan anggotanya sehinggakan hampir sama dengan haiwan yang sebenar.

    3. Kemudian lukisan yang mengandungi unsur-unsur kehebatan dan kebesaran sama ada bernyawa atau tidak, sempurna atau pun tidak maka hukumnya juga adalah haram. Seperti gambar pembesar yang dibuat dengan niat utuk bermegah dengan pingat dan anugerah kebesarannya dan tambahan pula ianya dipamerkan dikhalayak ramai untuk tujuan kemegahan.

    Manakala lukisan yang makruh pula adalah seperti berikut:

    1. Lukisan yang berkaitan dengan hidupan tetapi bukan dalam keadaan yang sempurna seratus peratus dengan imej yang sebenar seperti lukisan kartun atau animasi.

    2. Dan lukisan yang yang dilukis berkisar mengenai hidupan yang tidak bernyawa seperti pokok, sungai, batu, gunung, awan, padang, hutan-hutan dan lain-lain adalah diharuskan malah bagus untuk tujuan merehatkan minda sekiranya melihat kepada lukisan tersebut dan selagi mana ianya tidak melebihi daripada keperluan.

    Mengenai masalah fotografi pula, ulama kontemporari kebanyakannya mengharuskan kerana ianya adalah salah satu peroses yang bukan seperti memahat atau melukis gamabar yang bertujuan untuk menandingi kuasa ciptaan Allah. Syeikh Muhammad Bakhit berfatwa “bahawa fotografi itu adalah penahanan bayangan dengan menggunakan suata alat yang telah dikenal oleh ahli-ahli (tukstel). Cara seperti ini tidak ada larangan sedikitpun. Kerana larangan menggambar, iaitu mengadakan gambar yang sebelumnya tidak ada dan belum dibuat sebelumnya yang boleh menandingi (makhluk) ciptaan Allah. Sedangkan pengertian seperti ini tidak terdapat pada gambar yang diambil dengan menggunakan tukstel atau kamera”.

    Malah Dr Yusuf al-Qardawi juga bersetuju dengan pendapat ini dan memasukkannya di dalam bukunya halal dan haram di dalam Islam.
    Pada perinsipya hukum berfotografi adalah harus tetapi perlu diingat selagi mana ianya tidak mengandungi unsur-unsur lain yang boleh menyebabkan perkara tersebut bertukar menjadi kepada perkara yang diharamkan. Seperti mengambil gambar seseorang tokoh lalu diagungkannya maka disini hukum fotografi tersebut berubah menjadi haram, begitu juga dengan gambar-gambar wanita atau lelaki yang berbogel atau separuh bogel, mendedahkan aurat mereka atau menampakkan sebahagian badan mereka yang boleh menyebabkan naiknya syahwat seperti yang banyak terjadi pada zaman sekarang yang mana ianya banyak dimuatkan pada majalah-majalah, surat khabar malah dipanpan-papan iklan yang besar yang ditayang dan ditonton oleh khalayak umum yang sengaja dilakukan untuk menarik minat pembeli maka hukum fotografi seperti ini juga adalah diharamkan walaupun pada asalnya ia adalah harus.

    baihaqi

    • *
    • Posts: 56
      • View Profile
    Reply #2 29 November, 2009, 09:59:38 PM
  • Publish
  • Hadith berkaitan anjing

    1. Memang terdapat Hadis Sohih mengenai malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang ada anjing dan patung. Antara Hadis tersebut:
    a. Daripada Abu Talhah r.a.: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: "Malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang ada di dalamnya anjing dan surah (gambar)" Muttafaq 'alaih.

    b. Daripada Ibn Umar r.a.: Jaibril berjanji akan datang menemui Rasulullah s.a.w. Setelah sekian lam menanti, Jibril tidak juga muncul. Lalu Rasulullah pun keluar, maka baginda menemuinya di luar. Rasulullah mengadu akan kelewatan tibanya. Jibril menjelaskan dengan berkata: "Sesungguhnya kami tidak memasuki rumah yang ada anjing dan gambar" Riwayar al-Bukhari.

    c. Daripada 'Aisyah r.a. "Jibril telah berjanji pada Rasulullah akan datang pada suatu waktu tertentu. Tiba waktu yang dijanjikan, Jibril tidak datang. Ketika itu baginda sedang memegang sebatang tongkat, lalu mencampakkannya seraya bersabda: "Sesungguhnya Allah dan Rasul-Nya tidak pernah memungkiri janji". Kemudian baginda menoleh ke satu arah, lalu terpandang bangkai anjing di bawah katilnya. Baginda bertanya: "Bilakah anjing ini masuk?" Saya menjawab: "Saya tidak tahu". Baginda memerintahkan agar anjing itu dikeluarkan. Sebentar kemudian Jibril a.s.pun datang. Rasulullah s.a.w. berkata kepadanya:"Anda berjanji kepada saya. Saya duduk menanti, tetapi anda tidak datang. Jibril menjelaskan: "Aku dihalang oleh anjing yang ada di dalam rumahmu. Sesungguhnya kami tidak memasuki rumah yang ada di dalamnya anjing dan gambar" Riwayat Muslim.

    Di samping Hadis-hadis yang dikemukakan di atas terdapat nas-nas yang menunjukkan malaikat ada di mana-mana bersama anak Adam, khususnya Raqib dan 'Atid yang mencatat segala amalan dan lain-lain yang bertugas secara langsung dalam mengawal manusia. Lantaran itu untuk mensejajarkan antara nas-nas itu ulamak cuba memberi tafsiran bahawa yang tidak masuk itu bukanlah semua jenis malaikat, hanya yang tertentu sahaja antaranya ialah Jibril a.s. sebagaimana jelas di dalam Hadis yang dikemukakan dan malaikat yang mendoakan rahmat untuk kita.

    2. Binatang yang telah dilatih untuk berburu tidak akan memakan sedikitpun dari mangsa yang ditangkap untuk tuannya. Jika dia telah memakan sebahagiannya, kemudian baru dibawa kepada tuannya maka hasil buruan itu tidak halal dimakan. Buruan yang ditangkap oleh anjing yang dilatih tidak perlu disamak. Cuma dibuang tempat yang digitinya sahaja.

    3. Tidak ada salahnya pada anjing itu kerana memang sudah tabiatnya. Yang salah ialah manusia yang berakal tidak boleh membezakan antara kebenaran dan kepalsuan seperti anjing yang tidak berakal itu tidak dapat membezakan antara orang halau atau sebaliknya.

    Allahu A'lam.
    Wassalamualaikum Wr. Wb

    khairunnisa

    • *
    • Posts: 143
      • View Profile
    Reply #3 01 December, 2009, 09:58:45 AM
  • Publish
  • salam..

    ana perlukan penjelasan lanjut..gambar bagaimana yang malaikat tak masuk ke rumah? ada juga ana dengar gambar manusia tidak boleh digantung lebih dari ketinggian manusia dan tidak boleh tinggi dari kedudukan al-quran..perkara ni buat ana was-was nak gantung gambar konvokesyen ana, dah hampir 2 tahun belum tergantung lagi..
    \"Ya ALLAH, bukakanlah bagiku pintu-pintu syurga dan tutupkanlah bagiku pintu-pintu neraka. berilah kemampuan kepadaku untuk membaca ayat-ayat suci Al-Qur\'an\"

    syazana hamizah

    • *
    • Posts: 52
    • kehidupan abadi adalah di akhirat
      • View Profile
    Reply #4 01 December, 2009, 11:02:25 AM
  • Publish
  • bole bagi tau kenape anjing menghalang malaikat masuk??
    bole bg ssebab dalil2..
    mcm mana klau bela anjing utk melindungi rumah drpd pencuri?

    anasameen

    • *
    • Posts: 1048
    • free al-Quds!!!
      • View Profile
    Reply #5 01 December, 2009, 11:34:59 AM
  • Publish
  • Salam...
    Sebagai Muslim lebih baik gantung sesuatu yang mengingatkan kita pada DIA...
    Sebagai contoh, ayat-ayat Quran atau hadith...
    Haiwan pun mungkin boleh mengingatkan kita akan kuasa DIA tapi amatlah tidak bersesuaian sebagai seorang yang menganuti Islam...
    ALLAHu'alam...
    :: berkata2 itu lebih senang dari melaksana ::

    asri_kl91

    • *
    • Posts: 118
      • View Profile
    Reply #6 08 March, 2010, 04:36:09 PM
  • Publish
  • sebaiknya rumah idaman kita harus dgantungi ayat2 al quran, nama allah dan rasunya, yg diyakini penjualnya ISLAM....
    nak gantung gamba paling bagui gantung la gamba pokok atau alam.... gambr haiwan tk bgui sgt...
    gamba keluarga pun boleh la, tkkn salah kot....

    tpi kalu gmba mb atau sultan negeri atau or tokoh2 harus k letak gak ? anibodi?

    mine

    • *
    • Posts: 339
      • View Profile
    Reply #7 14 December, 2010, 01:29:50 PM
  • Publish
  •  :)

    betul ke kalau kita gantung gambar selain ayat-ayat al-quran, mailakat tak singah kat rumah kita??
    minta bagi pandangan ye...... ceria*

    elsanxs

    • *
    • Posts: 902
      • View Profile
    Reply #8 17 December, 2010, 09:34:56 AM
  • Publish
  • oo..trima kasih info ni.. ada terfikir juga sama ada gmbr pemandangan/alam blh ke x.. skrg dh tau jwpnnya..
    halaqahforum4

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    124 Replies
    22716 Views
    Last post 15 June, 2011, 05:48:06 PM
    by nurul hana
    49 Replies
    6253 Views
    Last post 14 December, 2010, 04:14:55 PM
    by Ummu Fatimah
    30 Replies
    20020 Views
    Last post 27 July, 2013, 12:41:32 AM
    by Ana Tholibah