Kisah Firasat Para Ulama

Author Topic: Kisah Firasat Para Ulama  (Read 2393 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

uswah teladan

  • *
  • Posts: 235
    • View Profile
05 November, 2009, 10:28:17 AM
  • Publish Di FB
  • ~ Diceritakan pada suatu ketika, dua ulama besar imam mazhab iaitu Imam Syafie dan gurunya Imam Malik sedang berbincang apabila terlihat seorang lelaki masuk ke dalam masjid. Lalu seorang daripada mereka mencadangkan masing-masing mencuba kebolehan dengan meneka pekerjaan lelaki itu.

    Imam Syafie dan Imam Malik kemudian membuat taakulan mengenai pekerjaan lelaki itu berdasarkan pelbagai pemerhatian terhadap jasad, pakaian dan sebagainya. “Peniaga,” jawab Imam Syafie. “Tukang besi,” jawab Imam Malik sekali gus meningkah jawapan anak muridnya.

    Bagi memastikan tekaan siapa yang benar, mereka berdua bertanya terus kepada lelaki itu sebaik dia keluar dari masjid. Lelaki itu memberitahu dia bekerja sebagai peniaga sekali gus membenarkan taakulan Imam Syafie. Bagaimanapun Imam Malik terus bertanyakan soalan kedua: “Apa pekerjaan kamu sebelum kamu menjadi peniaga?” “Tukang besi,” jawab lelaki itu sekali gus membenarkan juga taakulan Imam Malik.

    Kisah itu membuktikan kedua-dua imam besar itu adalah ahli firasat dan ilmu itu sudah lama wujud di dunia ini.

    ~ Suatu hari Imam Abu Hanifah sedang duduk di dalam masjid, tiba-tiba datang seorang lelaki berjalan di hadapan beliau.

    “Lelaki ini orang asing, di dalam bajunya ada gula-gula dan dia adalah seorang guru kepada kanak-kanak.” kata Imam Abu Hanifah.

    Seorang teman beliau yang kebetulan ada di situ ingin tahu kesahihan tekaan itu. Maka dengan senyap-senyap, dia mengikuti gerak-geri si lelaki dan diikutinya ke mana perginya. Ternyata betul, lelaki itu memang orang asing, di dalam bajunya ada menyimpan gula-gula dan seorang guru kanak-kanak.

    ~ Seorang lelaki yang dulunya pandai baca al-Quran bertanya kepada sebahagian ulama, lalu mereka berkata kepadanya, “Duduklah, sebab aku mencium dari ucapanmu bau ‘kekufuran’.” Tak berapa lama setelah itu, orang tersebut muncul lagi, tapi sudah masuk agama Nasrani, wal ‘iyaazu billah. Lalu ia ditanya, “Adakah ayat al-Quran yang masih kamu hafal?.” a menjawab, “Aku tidak hafal kecuali satu ayat saja, ‘Orang-orang yang kafir itu seringkali (nanti di akhirat) menginginkan kiranya mereka dahulu (di dunia) menjadi orang-orang muslim." (al-Hijr: 2)

    ~ Abu Said al-Kharraz berkata, “Di Masjidil Haram, Makkah, aku melihat seorang lelaki miskin yang tidak memiliki apa-apa dan hanya mengenakan pakaian yang menutup auratnya saja. Kerana keadaannya itu, aku menghindarinya dan diriku jijik terhadapnya. Lalu ia memfirastiku seraya melantunkan firman Allah, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang ada di dalam hatimu; maka takutlah kepada-Nya.” (al-Baqarah: 235)

    Maka aku pun menyesali atas sikapku tersebut dan memohon ampun kepada Allah. Lalu dia melantunkan ayat lagi, “Dan Dialah Yang menerima taubat dari hamba-hambaNya dan memaafkan kesalahan-kesalahan…” (asy-Syura: 25)

    http://tamanulama.blogspot.com

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14510
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #1 05 November, 2009, 11:28:27 AM
  • Publish Di FB
  • Ilmu Firasat dalam Islam

    اتقوا فراسة المؤمن ، فإنه ينظر بنور الله
    “Takutlah (hati- hatilah) dengan firasat orang yang beriman, sesungguhnya dia melihat dengan cahaya ALLAH. “

    (HR Tirmidzi dengan sanad lemah ,dalam Al Sunan, Kitab : Tafsir, Bab : Tafsir surat Al Hijr (hadis 3127).

    Pengertian Firasat

    Firasat, kalau kita kaji dengan teliti, ternyata terdapat di dalam ajaran Islam. Dalilnya, selain hadis di atas, adalah beberapa ayat Al Qur’an yang menyentuh masalah firasat tersebut, di antaranya adalah firman ALLAH:

    إن في ذلك لآيات للمتوسمين
    “ Sesungguhnya pada peristiwa itu terdapat tanda- tanda bagi orang – orang yang “ Al Mutawassimin “

    (Surah Al Hijr: 75).

    Al Mutawasimin menurut pengertian ulama adalah orang-orang yang mempunyai firasat, yaitu mereka yang mampu mengetahui suatu hal dengan mempelajari tanda-tandanya.

    Sebagaimana firman ALLAH:

    ولو نشاء لأريناكهم فلعرفتهم بسيماهم

    “Sekiranya Kami kehendaki, niscaya Kami tunjukkan mereka kepadamu, sehingga kamu benar- benar mengetahui mereka dengan tanda- tandanya.“

    (Surah Muhammad: 30).

    ALLAH juga berfirman :

    يحسبهم الجاهل أغنياء من التعفف تعرفهم بسيماهم
    “Orang – orang yang bodoh menyangka mereka adalah orang kaya, kerana mereka memelihara diri dari meminta- minta, kamu mengetahui mereka dengan tanda- tandanya.“ (Surah Al Baqarah: 273).

    Walaupun hadis di atas sanadnya lemah, namun makna dan ertinya tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Banyak hal yang membuktikan bahawa orang yang beriman mampu memandang sesuatu dengan tepat dan benar kerana ALLAH memberikan kekuatan tersebut kepada orang yang beriman kepada-Nya, yang mana hal itu tidak diberikan kepada orang lain.

    Kekuatan yang diberikan ALLAH tersebut, tidak hanya terbatas kepada cara memandang, melihat, memutuskan suatu perkara ataupun mencari jalan keluar. Akan tetapi, kekuatan tersebut merangkumi seluruh aspek kehidupan ini. Orang-orang yang beriman mempunyai kelebihan kekuatan dalam bersabar menghadapi ujian dan dugaan, kerana dia yakin bahawa hanya ALLAH-lah yang mampu menyelamatkan dan memberikan jalan keluar dari ujian tersebut, sekaligus berharap dari ujian tersebut, bahawa dia akan mendapat ganjaran yang besar di sisi-Nya dan akan menambah ketinggian darjatnya di akhirat kelak.Apatah lagi tatkala dia mendengar hadis yang menyatakan : “ Jika ALLAH mencintai hamban-Nya , niscaya Dia akan mengujinya “, tentunya, dia akan bertambah sabar, tabah dan tetap pendiriannya.

    Dalam peperangan, orang yang beriman mempunyai keberanian, kekuatan dan stamina yang lebih, kerana mati syahid adalah sesuatu yang didambakan. Mati mulia yang akan mengantarkannya kepada syurga yang abadi tanpa harus dihisab terlebih dahulu, atau ALLAH memberikan kemenangan dan hidup dalam keadaan yang mulia.

    ALLAH berfirman:
    “Barangsiapa bertakwa kepada ALLAH nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada ALLAH nescaya ALLAH akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya ALLAH melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya ALLAH telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”

    Surah At-Thalaq : 2-3

    Dalam bidang keilmuan, keimanan seseorang mempunyai peranan yang sangat penting. Masalah keilmuan ini ada kaitannya dengan masalah firasat, yang merupakan renungan kita kali ini. ALLAH berfirman :

    واتقوا الله ويعلمكم الله
    “ Dan bertaqwalah kamu kepada ALLAH, dan ALLAH memberi tunjuk ajar kepadamu“
    (Surah Al Baqarah: 282).

    Ayat di atas menunjukan bahawa barang siapa yang bertaqwa kepada ALLAH, niscaya ALLAH akan mengajarinya(memberikan ilmu kepadanya ). Kalau orang – orang awam sekarang menyebutnya dengan “ Ilmu Laduni “ , iaitu ilmu yang diberikan ALLAH kepada seseorang tanpa melalui proses belajar, yang wajar dilakukan kebiasaan orang.

    Terdapat hadis yang mendukung ayat di atas, iaitu hadis yang berbunyi :

    “ Barang siapa yang mengajarkan Al Qur’an , niscaya ALLAH akan mengajarkan sesuatu yang belum ia ketahui “

    Ertinya : Mengajar Al Qur’an adalah salah satu dari kegiatan yang menambah ketaqwaan atau keimanan seseorang kepada ALLAH, sehingga dengan amalan tersebut ALLAH akan membalasnya dengan mengajarkan kepadanya sesuatu yang ia belum mengetahuinya.

    Salah seorang sahabat RasuluLLAH pernah berkata :

    “ Seorang yang alim melihat fitnah (kerosakan, huru-hara dll) sebelum datang, sedang orang yang jahil melihat fitnah setelah terjadi “ .

    Maksudnya, bahawa orang yang alim (disertai dengan keimanan dan ketaqwaan kepada ALLAH) mempunyai firasat atau pengetahuan akan sesuatu yang akan terjadi, sedang orang yang bodoh dan tidak bertaqwa kepada ALLAH , tidak mengetahuinya kecuali setelah peristiwa tersebut terjadi.

    Bukan bermaksud orang alim tersebut mengetahui hal- hal yang ghaib dengan begitu saja, akan tetapi dia mengetahuinya dengan tanda- tanda (firasat) yang telah diberikan ALLAH kepadanya, atau tanda-tanda tersebut telah disebutkan ALLAH di dalam kitab-Nya dan hadis nabi-Nya.

    Beberapa Contoh Firasat yang benar

    Antara contoh yang kita boleh bawa untuk renungan, bahawa seseorang yang alim akan mengetahui runtuhnya suatu bangsa, atau terjadinya malapetaka mengerikan yang akan menimpa pada suatu tempat, dengan melihat tanda- tandanya, seperti menyebarnya perzinaan dengan cara yang terang-terangan, merebaknya perbuatan liwat atau homosexual, semaraknya riba di bank- bank dan di pasar- pasar, serta perbuatan –perbuatan sejenis, salahguna kuasa dan penindasan, harta berlegar dalam kalangan puak tertentu, dan sebagainya yang kesemuanya itu akan mendatangkan murka ALLAH dan mengakibatkan turun azab dari langit.

    Orang beriman dan tinggi ketaqwaannya akan nampak kesan dan akibat sesuatu isu yang berlaku hari ini melalui firasat yang ALLAH kurniakan kepada mereka. Manakala orang-orang yang tidak bertaqwa, tidak nampak, malah tidak melihat pun kepada kesan isu yang berlaku.

    Tanda- tanda ( firasat ) yang digunakan oleh seorang yang alim dan bertaqwa untuk mengetahui sebuah peristiwa, bukan hanya berupa “ fahisyah “ ( kemaksiatan seperti zina dan sejenisnya ) saja, akan tetapi tanda-tanda itu boleh juga berupa penyelewengan dari manhaj Al Quran secara umum dan penyelewengan dari disiplin ilmu yang benar, walaupun kadang, penyelewengan tersebut dilakukan dengan tidak sengaja, seperti : tidak adanya amar ma’ruf dan nahi mungkar didalam suatu masyarakat, atau bahkan ada perbuatan amar ma’ruf dan nahi mungkar, tetapi tidak dilandasi dengan ilmu syarak yang benar.

    Bahkan kesalahanan seorang pemimpin dalam berijtihad pun boleh menjadi tanda bagi orang yang mempunyai firasat bahawa ijtihad atau keputusan yang dibuat pemimpin itu akan menyebabkan malapetaka. Inilah salah satu bentuk firasat yang dimiliki oleh Ibnu Umar ra, ketika melepaskan Husein bin Ali ra – walaupun dengan sangat berat hati – berangkat ke Iraq untuk memenuhi ajakan penduduk Iraq yang ingin membai’atnya jadi khalifah , beliau berkata kepada Husein bin Ali ra:

    “ Saya menyerahkanmu kepada ALLAH , wahai orang yang akan terbunuh “.

    Firasat Ibnu Umar mengatakan bahawa Husein akan terbunuh dalam perjalanan menuju Iraq tersebut, ternyata menjadi kenyataan . Terjadilah peristiwa yang ditulis sejarah dengan lumuran darah iaitu pembunuhan terhadap Saiyidina Husein, cucu RasuluLLAH dan rombongannya di Karbala, yang akhirnya menimbulkan luka mendalam pada seluruh umat Islam bahkan menimbulkan fitnah yang berkepanjangan hingga hari ini.

    Para sahabat lainnya juga mempunyai firasat yang benar, seperti yang dimiliki oleh Abu Musa Al Asy’ari, ketika melihat perselisihan antara Muawiyah dan Ali di dalam menentukan sikap terhadap para pembunuh khalifah Usman bin Affan. Beliau melihat perselisihan tersebut sebagai bibit fitnah yang harus dijauhi, sehingga beliau dengan beberapa sahabat besar yang lainnya, seperti Sa’ad bin Abi Waqas, Ibnu Umar, Usamah bin Zaid, Salamah bin Akwah, Abu Hurairah, Zaid bin Tsabit dan lainnya, menolak untuk turut serta dalam peperangan antara kedua kelompok umat Islam tersebut. Dan sikap inilah yang lebih dibenarkan oleh beberapa ulama “ muhaqiqin “ dari dua pihak lainnya, iaitu pihak Ali bin Abi Tholib ra dan pihak Muawiyah ra. Walaupun majoriti Ulama lebih membenarkan kubu Ali bin Abu Thalib ra, tetapi pendapat tersebut kurang kuat, kerana ada riwayat yang menyatakan penyesalan Ali bin Thalib terhadap sikap yang beliau ambil di dalam menghadapi fitnah ini, iaitu setelah perang Siffin yang mengorbankan ribuan pelapis-pelapis terbaik umat Islam itu selesai.

    Begitu juga firasat yang dirasakan oleh khalifah Usman bin Affan ra, ketika seseorang datang menemuinya , beliau mengatakan :

    “ Salah satu dari kalian menemuiku , sedang perbuatan zina nampak pada matanya “

    Mendengar perkataan tersebut, spontan saja, yang hadir di situ mengatakan : “ apakah pernyataan tuan tersebut, merupakan wahyu dari ALLAH ? “ . Khalifah Usman menjawab : “ Bukan, akan tetapi itu adalah firasat yang benar “ .

    Juga, sebelum beliau meninggal dunia kerana terbunuh, beliau merasakan bahawa ajalnya telah dekat dan dia akan mati terbunuh, maka beliau mengambil sikap untuk tidak mengadakan pertarungan ketika segerombalan orang masuk ke rumahnya, serta menolak bantuan yang di tawarkan oleh beberapa pengawal dan sahabatnya. Beliau ingin menghindari pertumpahan darah antara kaum muslimin, kerana mengetahui pada akhirnya beliau jugalah yang akan menjadi korban.

    Menentukan Hukum dengan Firasat

    Bukan sampai di situ saja, firasat pun kadang-kadang digunakan dalam memutuskan suatu masalah. Maksud firasat di sini adalah firasat yang benar, yang merupakan tanda- tanda atau bukti- bukti yang hanya diketahui oleh orang – orang tertentu dan dapat diterima oleh akal yang waras.

    Salah contohnya, adalah apa yang dilakukan oleh Nabi Sulaiman, ketika dua orang perempuan datang kepada bapa baginda, Nabi Daud, untuk menyelesaikan perkara mereka berdua yang masing – masing mempunyai bayi, salah satu bayi dari mereka berdua dimakan serigala. Kedua- duanya mengaku bahawa bayi yang masih hidup adalah bayinya. Tiada seseorang pun dari mereka mahu mengalah dan lebih sukar lagi apabila tiada tanda untuk dijadikan bukti dalam perkara tersebut. Setelah berfikir sejenak, Nabi Daud akhirnya memutuskan bahawa bayi tersebut milik perempuan yang lebih tua. Apakah yang membuatkan Nabi Daud as fikirkan, sehingga mengambil keputusan tersebut ? Apakah kerana pertimbangan umur, atau kerana Nabi Daud sejak awal lagi melihat bahawa bayi tersebut selalu dalam dakapan perempuan yang tua. Keadaan seperti itu dijadikan Nabi Daud sebagai dasar untuk memutuskan bahawa anak tersebut milik perempuan yang mendakapnya. Dan teori ini dibenarkan di dalam Hukum Islam.

    Namun, ketika kedua-dua perempuan tersebut mendatangi Nabi Sulaiman, dan menceritakan semula tuntutan mereka terhadap bayi tersebut. Oleh kerana tidak ada bukti, Nabi Sulaiman berfikir sejenak. Tanpa banyak berbicara, beliau segera memerintahkan anak buahnya untuk mengambil pedang. Setelah pedang yang terhunus tersebut di tangan nabi Sulaiman, beliau menyarankan agar salah seorang daripada kedua-dua perempuan tersebut supaya mengalah, baginda menghayun pedang untuk menetak bayi tersebut hingga terbelah dua, kemudian dibahagi separuh setiap seorang supaya kedua-duanya mendapat keadilan. Akan tetapi kedua-duanya tetap tidak mahu mengalah. Mereka menyangka Nabi Sulaiman tidak mungkin berbuat demikian. Namun, ketika perempuan yang lebih muda melihat Nabi Sulaiman, serius dan tidak main- main dengan ancamannya, serta hendak mengayunkan pedangnya tepat pada tubuh bayi tersebut, tiba- tiba dia berteriak : “ Jangan, wahai Nabi ALLAH, mudah- mudahan ALLAH memberikan rahmat kepadamu, saya nyatakan bahawa bahawa anak tersebut milik perempuan yang lebih tua dariku “. Mendengar teriakan tersebut, Nabi Sulaiman tersenyum dan tidak meneruskan rancangannya itu. Kemudian memutuskan bahawa bayi tersebut adalah milik perempuan yang lebih muda.

    Nabi Sulaiman dalam memutuskan perkara tersebut, telah menggunakan firasat dan ilmunya bahawa diamnya perempuan yang tua, dan menjeritnya perempuan yang lebih muda serta tidak sampai hatinya dia menyaksikan anak tersebut dibelah menjadi dua, merupakan bukti atau tanda yang sangat kuat bahawa anak tersebut milik perempuan muda . Bahkan bukti- bukti seperti itu, jauh lebih kukuh daripada pengakuan perempuan muda sendiri yang menyatakan bahawa anak tersebut bukan anaknya, tapi anak perempuan yang lebih tua.

    Diceritakan pula dalam Quran, firman ALLAH :

    وداود وسليمان إذ يحكمان في الحرث غذ نفشت فيه غنم القوم وكنا لحكمهم شاهدين ، ففهمناها سليمان وكلا آتيناه حكمة وعلما

    “ Dan ingatlah kisah Daud dan Sulaiman, ketika mereka memberikan keputusan tentang tanaman, kerana tanaman tersebut di rosak oleh kambing –kambing kaumnya , dan Kami adalah menyaksikan apa yang mereka putuskan. Adapun Sulaiman telah Kami berikan pengertian (kefahaman ) terhadap hukum yang tepat, Dan masing- masing dari keduanya ,Kami beri hikmah dan ilmu … “
    (Surah Al Anbiya’ 78-79 )

    Dari ayat di atas, sebagian ulama berpendapat bahawa menentukan keputusan dalam pengadilan dengan tanda- tanda seperti itu, merupakan sebahagian daripada “al-fahmu” atau firasat, bukan sekadar ilmu biasa.

    Kita lihat pula firasat ulama zaman Khalifah Uthmaniyyah, ketika pemerintahan Sultan Murad. Sultan Murad yang memerintah ketika itu menunggu-nunggu kebenaran hadis RasuluLLAh yang menyatakan bahawa Kota Constantine akan dapat ditawan oleh umat Islam, dimana rajanya adalah sebaik-baik raja dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera. Sekalipun pada pemerintahan baginda, Kota Constantine masih tidak dapat ditembusi walaupun sedikit. Maka baginda bertanya kepada para ulama tentang hal yang demikian itu.

    “Wahai kalian orang yang dimuliakan, bukankah zaman ini, aku telah bersiap menjadi sebaik-baik raja, dan rakyatku sudah memiliki ciri-ciri sebaik-baik rakyat? Mengapakah Kota Constantine itu belum dapat kita masuki?”

    Para ulama menjawab, “Kota Constantine itu tidak akan jatuh ke tangan umat Islam pada pemerintahan tuanku, tetapi keturunan tuanku akan menaklukinya”

    Sultan Murad kehairanan. Apakah yang dimaksudkan oleh ulama itu sedangkan dia tidak memiliki anak, padahal umurnya sudah lewat usia. Tanpa berlengan dia mendapatkan isterinya dan bertanya akan hal itu kepada isterinya. Isterinya mengesahkan bahawa dia telah hamil anak mereka.

    Begitulah firasat ulama yang diberi oleh ALLAH kepada mereka. Akhirnya lahirlah Sultan Muhammad yang digelar al-Fateh kemudiannya. Cara A-fateh pembukaan kota tersebut juga sangat unik dan genius, sehingga Kota Konstantine yang sudah digazetkan oleh rajanya bahawa kota itu tidak akan dapat ditembusi sesiapa walaupun seinci itu, akhirnya dapat dimasuki tentera Al-Fateh. Strategi Al-Fateh juga adalah merupakan firasat yang tidak sekali-kali orang yang jahil akan terfikir, dan akan menganggap Al-fateh itu gila.

    Ketika Al-Fateh berjaya menawan kota tersebut, pada hari Jumaat, seluruh tentera Islam berhimpun untuk menunaikan solat Jumaat. Mereka menunggu orang yang akan mengimami solat Jumaat tersebut. Maka Al-Fateh berdiri depan para tenteranya seraya berkata:

    “Wahai sekalian tenteraku, orang yang berdiri selepas ini akan menjadi imam solat Jumaat hari ini. Sesiapa daripada kalian yang sejak balighnya dia pernah meninggalkan solat sunat rawatib, sila duduk “

    Maka sebahagian besar tenteranya pun duduk. Tinggallah sekelompok tenteranya yang masih berdiri. Maka Al-Fateh berkata lagi kepada yang masih berdiri,

    “Sesiapa antara kamu, sejak balighnya pernah meninggalkan solat tahajjud (qiamullail), sila duduk”

    Maka seluruh tenteranya duduk. Tinggallah Al-Fateh berdiri seorang diri. Nyatalah, baginda tidak pernah meninggalkan solat sunat rawatib dan qiamullail sejak kecil sehingga sekarang. Dialah yang mengimami solat Jumaat tersebut. Benarlah sabda Nabi, bahawa itulah sebaik-baik Raja dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera.

    Dari keterangan di atas, kesimpulan yang kita boleh ambil adalah firasat ternyata terdapat di dalam ajaran Islam, bahkan disebutkan di dalam Al Qur’an dan hadis serta dilakukan oleh para sahabat dan para pengikutnya. Namun yang perlu di catat di sini, bahawa semua itu bukan bererti setiap orang boleh mengaku bahawa dia mempunyai firasat yang benar atau bahkan memutuskan sesuatu perkara dengan firasat, walaupun tanpa ada tanda- tanda atau bukti- bukti yang boleh dipertangungjawabkan baik secara Hukum Islam , mahupun secara logik akal yang sihat, kerana hadis di atas, yang menyuruh kita berhati- hati dengan firasat orang beriman, membuktikan bahawa firasat yang boleh di terima adalah firasat orang yang beriman, iaitu orang yang benar- benar bertaqwa kepada ALLAH, disertai dengan ilmu syarak yang mantap.

    Hal tersebut dikuatkan dengan lafaz hadis bahagian terakhir yang berbunyi (kerana dia melihat sesuatu dengan cahaya ALLAH ) maksud dari : “dengan cahaya ALLAH” di sini adalah dengan ketaqwaan dan dengan ilmu. Bukanlah dinamakan firasat jikalau sekadar mengaku taqwa tanpa bukti, kerana antara bukti ketaqwaan adalah berilmu. Beribadah tanpa didasari ilmu bagaikan ibadahnya orang Nasrani (Kristian) yang dilabel oleh ALLAH sebagai golongan yang sesat. Seseorang tidak akan dapat beribadah dan bertaqwa kepada ALLAH dengan baik dan sempurna, jika tidak mempunyai bekalan ilmu yang cukup. Dan begitu pula halnya kalau hanya sekadar berilmu saja, tanpa ada keimanan dan ketaqwaan kepada ALLAH juga tidak akan terwujud sebuah cahaya, kerana ia termasuk dalam kalangan orang Yahudi yang di murkai oleh ALLAH – mereka merupakan kaum yang bijak dan pintar, malangnya mereka dilaknat kerana kedegilan dan kejahatan mereka.

    Demikian itu, kita sebagai pendokong dan pejuang Islam, adalah sangat baik kiranya kita memohon agar ALLAH mengurniakan kita ilmu firasat yang berguna kepada kita, pada masa yang sama kita terus berusaha mengislah diri agar hampir kepada ALLAH.

    Semoga ALLAH menganugerahkan ilmu firasat yang benar kepada kita semua.

    WaLLAHu a’lam.

    Diulas dari kuliyah maghrib dan tulisan:
    1) Ustaz Yusof Abd Rahim, Pusat Islam USMKKj
    2) Dr. Ahmad Zain An-Najah, Indonesia

    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    qurratull

    • *
    • Posts: 34
    • man jadda wajada
      • View Profile
    Jawab #2 05 November, 2009, 11:52:48 AM
  • Publish Di FB
  • salam,
    firasat dan kata-kata orang yang beriman itu mudah dimakbulkan oleh allah. setiap kata-kata yang dilafazkan adalah kata-kata yang baik. semua kata-kata orang beriman boleh menjadi doa dan diterima allah. oleh itu dengarlah segala nasihat dan teguran mereka yang fuqaha',kerana ilmu mereka itu amat berguna.
    salam ukhwah

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    11 Replies
    24799 Views
    Last post 31 March, 2011, 10:50:45 PM
    by cahayE_matE
    0 Replies
    1399 Views
    Last post 28 July, 2007, 10:18:19 AM
    by azharjaafar
    0 Replies
    920 Views
    Last post 16 February, 2010, 10:17:54 AM
    by IbnuNafis