Riak Dan Takabur

Author Topic: Riak Dan Takabur  (Read 13055 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

naftalena

  • *
  • Posts: 20
    • View Profile
04 November, 2009, 08:40:02 PM
  • Publish Di FB
  • salam...
    ya ustaz n shbt2 halaqah..  bantulah sy.... :"(
    sy sgt2 mmbnci sikap sy yg satu ini... iaitu riak/takbur.. contohnya apabila melakukan sesuatu perkara yg baik, mesti akn terlintas d hati sy pada saat itu bhwa org akn memandang sy sbgai seorang y baik dn sebagainya.. demi ALLAH ustaz, bukan itu yg sebenarnya sy rsakan. hnya ALLAH y lbh megetahuinya. ttp ustaz, mslh sekarang adalh sy tidak dpt menghalang perkra y terlintas di hati sy itu.. sekiranya mampu, sy nak saja bakar hati n jiwa sy saat sy fkir mcm tu.. sy bencikan dri sy yg itu... bantulah sy... apakh y patut sy buat bg menghentikan bisikan hati itu?
    « Last Edit: 04 November, 2009, 08:55:49 PM by Ummi Munaliza »

    che may

    • *
    • Posts: 200
      • View Profile
    Jawab #1 04 November, 2009, 09:06:43 PM
  • Publish Di FB
  • pertamanya kita kena tahu bahawa riak/takbur n semua sifat2 mazmumah itu adalah mainan syaitan...

    2.untuk mengelakkan dari benda sedemikian kita kena tahu apakah tipudaya syaitan supaya kita terjerumus kedalam hal yang sedemikian dan amal yang kita lakukan sia-sia..bila kita sudah kenal maka mudahlah kita menewaskan dan mengelak daripada tipudaya tersebut..

    disini saya paste kan secara ringkas berkenaan tahap2 tipudaya syaitan...moga2 ia bermanfaat...

    7 Tipu Daya Syaitan
    * Pertama: Syaitan melarang manusia taat kepada Allah. Sedangkan orang-orang yang dipelihara Allah akan menolak ajakannya dan mengatakan: "Aku mengharapkan pahala dari Allah. Untuk itu, aku harus mempunyai bekalan di dunia ini demi akhirat yang kekal."

    * Kedua: Syaitan sentiasa memujuk manusia agar tidak mentaati Allah. Dia menghasut manusia dengan mengatakan : "Nanti sahajalah, kalau sudah tua nanti barulah, masa masih panjang dan kita masih muda atau sebagainya lagi." Orang-orang yang terpelihara akan menolaknya dengan mengatakan: "Kematianku bukan berada ditanganmu. Jika aku menundakan amalanku hari ini untuk esok, sehingga amal hari esok perlu aku kerjakan. Sedangkan setiap hari aku mempunyai amal berlainan."

    * Ketiga: Syaitan sentiasa mendorong manusia untuk bersegera dalam melakukan amalan kebaikan. Kata syaitan: "Cepat beramal agar engkau dapat mengejar dan mengerjakan amalan-amalan lain." Orang-orang yang selamat akan menolaknya dengan mengatakan: "Amal yang sedikit tetapi sempurna lebih baik daripada amalan yang banyak tetapi tidak sempurna."

    * Keempat: Kemudian, syaitan akan menyuruh manusia untuk menjalankan amalan yang baik secara sempurna agar tidak dicela oleh orang lain. Mereka yang dipelihara oleh Allah akan mengatakan: "Bagi saya, penilaian cukup hanya dari Allah Ta'ala dan tidak ada manfaatnya beramal kerana manusia (orang lain)."

    * Kelima: Setelah itu, syaitan membisikkan pujian kepada orang yang beramal: "Betapa tinggi darjatmu kerana dapat beramal soleh dan betapa cerdik dan sempurnanya dirimu." Mendengar pujian ini, orang yang baik akan mengatakan bahawa: "Semua keagungan dan kesempurnaan itu hanyalah kepunyaan Allah dan bukan kekuatan atau kekuasaanku. Allah yang melimpahkan taufik kepadaku untuk dapat beramal sehingga Dia meredhai dan memberikan pahala yang besar. Sekiranya tanpa kurniaanNya, apalah erti amalanku ini, jika dibandingkan dengan nikmat Allah yang telah diberikan kepadaku, disamping dosaku yang bertimbun pula."

    * Keenam: Dengan gagalnya jalan kelima, syaitan akan menerapkan cara yang keenam. Cara ini lebih berat jika dibandingkan dengan cara-cara yang terdahulu dan manusia tidak akan menyedarinya kecuali orang-orang yang cerdik dan berfikir. Syaitan berbisik dalam hati manusia: "Bersungguh- sungguhl ah engkau beramal dengan sir (kejahatan), jangan sampai diketahui oleh orang lain kerana Allah jualah yang akan memberitahu orang lain bahawa engkau adalah seorang hamba Allah yang ikhlas." Begitulah syaitan mencampur-baurkan amalan seseorang dengan penipuannya yang sangat tersembunyi. Dengan ucapannya itu syaitan bermaksud untuk memasukkan sedikit perasaan riak. Orang-orang yang dipelihara Allah akan menolak ajakannya dengan mengatakan: "Hai malaun (yang dilaknat), engkau tidak henti-henti menggodaku dan merosakkan amalanku dengan pelbagai cara. Dan kini, kau berpura-pura seolah-olah akan memperbaiki amalanku, padahal engkau bermaksud merosakkannya. Aku adalah hamba Allah dan Allah yang menjadikanku. Jika berkehendak, Allah akan menjadikan aku mulia atau hina. Semuanya itu adalah urusan Allah. Aku tidak khuatir, amalanku diperlihatkan atau tidak kepada orang lain, sebab itu bukan urusan manusia."

    * Ketujuh: Gagal dengan cara itu, syaitan akan meneruskan godaannya dengan cara lain lagi. Dia mengatakan: "Hai manusia, janganlah engkau menyusahkan diri sendiri dengan beramal ibadat kerana jika Allah telah menetapkan kamu sebagai orang yang berbahagia pada hari azali kelak, maka meninggalkan ibadat pun tidak akan memberikan sebarang mudharat. Engkau tetap menjadi orang yang berbahagia dan sebaliknya jika Allah menetapkan kamu sebagai seorang yang celaka, maka tidak ada gunanya engkau beribadat kerana engkau tetap akan celaka." Orang-orang yang dipelihara oleh Allah sudah pasti akan menolak godaan itu dengan mengatakan: "Aku hanyalah hamba Allah. Wajib bagiku menuruti perintahNya. Allah Maha Mengetahui, menetapkan sesuatu dan berbuat apa sahaja sesuai dengan kehendakNya. Walau bagaimanapun keadaanku, amalanku tetap bermanfaat. Jika aku ditetapkan sebagai orang yang berbahagia, aku akan tetap beribadat untuk memperbanyakkan pahala. Sebaliknya, jika aku ditetapkan sebagai orang yang celaka, aku akan tetap meneruskan perbuatan ibadat agar tidak menjadi sebuah penyesalan bagiku. Sekiranya aku masuk neraka, padahal aku taat, itu adalah lebih aku sukai daripada aku masuk neraka kerana melakukan maksiat. Tetapi tidak akan demikian akibatnya kerana janji Allah pasti terbukti dan firmanNya pasti benar."

    Allah telah menjanjikan pahala kepada sesiapa sahaja yang taat kepadaNya. Barangsiapa mati dalam keadaan beriman dan taat kepada Allah, dia tidak akan dimasukkan ke dalam neraka, melainkan syurgalah tempatnya. Jadi, masuknya seseorang ke dalam syurga bukan kerana kekuatan amalan yang telah didirikan, tetapi kerana janji Allah yang suci murni dan pasti!!

    Kelak, orang-orang yang berbahagia dan beruntung akan mengatakan:

    "Segala puji bagi Allah yang membuktikan janjiNya dengan syurga."

    Semoga Allah melimpahkan rahmatNya kepada kita. Sesungguhnya dalam mentaati Allah, terlalu banyak godaan dan tipu daya syaitan yang perlu kita lalui. Bandingkan segala permasalahan dan perbuatan kepada keadaan tersebut dan pohonlah perlindungan Allah Ta'ala agar terlindung dan terpelihara dari kejahatan syaitan. Sesungguhnya segala sesuatu itu berada di bawah kekuasaan Allah dan kepadaNyalah kita mengharapkan taufik dan keredhaan.

    "Tiada daya untuk meninggalkan maksiat dan tidak ada kekuatan untuk mengerjakan ketaatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Luhur dan Maha Agung."

    Oleh Imam Ghazali (Minhajul Abidin)



    untuk lebih jelas dalam hal ini saudari boleh baca kitab karangan imam al-ghazali "minhajul 'abidin" dan juga "tablisu iblis" (tipu daya iblis)
    kenalilah dan cintailah islam kerana kebahagiannya ada padanya..

    ainor

    • *
    • Posts: 91
      • View Profile
    Jawab #2 04 November, 2009, 09:08:01 PM
  • Publish Di FB
  • RIYA' (riyak) iaitu perkataan Arab yang terbit dari kata kerja ra'a, yura'i, yang turut dituturkan dalam masyarakat Melayu, merujuk kepada suatu perlakuan, sifat dan sikap yang buruk.

    Ia boleh diertikan sebagai memperlihatkan, menunjuk-nunjuk, menonjolkan atau mempamerkan amalan dilakukan kepada yang lain dengan tujuan mendapat tempat di hati mereka.

    Berdasarkan al-Quran dan hadis, ulama sepakat riya' hukumnya haram termasuk dalam kesalahan dosa besar yang merosakkan nilai ibadat.

    Antaranya, nas yang bermaksud: "Sesiapa yang menghendaki kehidupan dunia (semata-mata) dan perhiasannya, Kami (Allah) tunaikan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka di dunia (ini sahaja) dan mereka tidak dirugikan.

    "Itulah orang yang tidak memperoleh di akhirat kecuali neraka dan lenyaplah di akhirat itu apa yang telah mereka usahakan (di dunia) dan sia-sialah apa yang telah mereka kerjakan." (Al-Quran, Hud:15)

    Beberapa perkara penting dijelaskan dalam ayat terbabit, antaranya perbuatan syirik dan tujuan keduniaan, malah perhiasannya yang merosakkan nilai amalan soleh dan ibadat.

    Nabi s.a.w melalui hadisnya ada memberikan penjelasan susulan, seperti hadis dari Abu Hurairah r.a, maksudnya: "Aku (Allah) adalah Yang Terkaya (secara mutlak) dari disekutui (dikongsi). Maka sesiapa yang beramal dengan suatu amalan yang disekutukan bersama-Ku dalam amalan terbabit dengan yang selain dari-Ku, Aku tinggalkan bersama sekutunya."

    Memang Allah Terkaya, manakala yang lain adalah fakir serta bersifat serba kekurangan dan lemah, sentiasa memerlukan kepada-Nya.

    Dengan sifat yang melebihi segalanya pada Allah, tidaklah layak sama sekali untuk-Nya menerima suatu amalan yang disekutukan dengan selain-Nya.

    Justeru, kesempurnaan dan kekayaan-Nya yang mutlak itu memastikan segala amalan dihadapkan niat dan tujuan kepada-Nya sahaja.

    Menurut ulama, setiap amalan yang dilakukan dengan tujuan riya' adalah rosak dan terhapus nilai pahalanya, bahkan boleh menyebabkan dosa.

    Tetapi nilai dosa dari perbuatan riya' berbeza mengikut perbezaan peringkat ibadat yang menjadi bahan dalam riya' dan berbeza mengikut kelainan tujuan perbuatan terbabit.

    Ulama memperincikan riya' kepada beberapa peringkat:

    1. Riya' yang jelas iaitu yang menjadi pendorong kuat kepada amalan dan ibadat seseorang. Jika tidak kerana adanya riya', seseorang itu tentu tidak melakukan amal ibadat terbabit.

    2. Riya' yang tidak jelas dan tersembunyi. Jika kerana riya' saja dia tidak melakukan ibadat, misalnya seorang yang biasa bersolat tahajud, kadangkala diselubungi kemalasan, tetapi apabila ada teman atau tamu bangun beribadat malam dia menjadi rajin pula.

    Ibadatnya itu didorong sedikit oleh riya' yang tidak jelas dari dalam dirinya. Riya' yang tidak jelas ini menurut ulama, tidak membatalkan pahala asal, tetapi menjejaskan nilai pahalanya mengikut kadar riya' terbabit.

    3. Riya' yang lebih tersembunyi dan terlalu samar. Riya' ini bukan yang mendorong amal ibadat atau berasa ringan untuk beribadat, namun sifat itu terpendam di dalam diri.

    Jenis ini hanya boleh diketahui dan dikenali melalui tandanya seperti berasa bangga dengan pujian.

    Misalnya, seseorang itu melakukan ibadat secara ikhlas, tanpa ada dorongan riya', malah benci kepada sifat terbabit, tetapi apabila amalannya itu diketahui orang, dia berasa gembira.

    Jika gembiranya semata-mata sebagai tabiat fitrah manusiawi dan tidak mengharapkan amalannya itu diketahui orang, riya' seperti ini tidaklah merosakkan pahala amalan terbabit.

    Ada yang lebih tersembunyi dari itu, hanya dapat disedari mereka yang mempunyai hati bersih lagi halus sebagaimana diterangkan Rasulullah s.a.w bahawa riya' lebih tersembunyi daripada rayapan kaki semut hitam di waktu malam.

    Semua ini untuk menjelaskan betapa perlunya kita sentiasa berwaspada daripada terperangkap dengan riya'.

    Jika mengatasi riya' yang jelas, belum tentu terselamat dari riya' yang kurang jelas, malah jika di peringkat terbabit janganlah pula berasa diri terselamat dari segala bentuk riya'.


    banyakkan berdoa mintak di jauhkan perassaan riak tu...
    tu semua tipu daya syaitan untuk menghalang kite dari buat kebaikkan...
    Allah tahu ape niat kite....

    ayu_aina

    • *
    • Posts: 2
      • View Profile
    Jawab #3 04 November, 2009, 09:38:16 PM
  • Publish Di FB
  • penyakit hati ni perlu didasari dgn keikhlasan....mgkin ada yg sedar dn mugkin ada yg tak sedar kehadiran penyakit ni...sejauh mana kt mengelakkanya?????

    tanamkan dlm dri kt dgn sifat kehambaan...

    dan

    mari kt lakukan segalanya hanya kerana ALLAH..

    insyaallah...


    nuriklima

    • *
    • Posts: 8
      • View Profile
    Jawab #4 04 November, 2009, 10:25:31 PM
  • Publish Di FB
  • Assalamualaikum
    rasa bertuah dpt membaca artikel ttg riak ni. kdg2 kita terlupa yg kita memiliki sifat riak tanpa disengajakan. justeru itu kpd rakan2 pembc same2 kita atasi sifat riak ni
    syukran

    assiddiq

    • *
    • Posts: 4596
    • "Dengan Kehendak dan KuasaNya"
      • View Profile
    Jawab #5 05 November, 2009, 06:16:05 AM
  • Publish Di FB
  • Ikhlas itu lawannya riak yaitu syirik kecil yg membatalkan pahala amal.

    Dari kerana besarnya bahaya sifat riak, Rasulullah SAW mengajar umatnya memohon perlindungan dengan membaca doa: "Ya, Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada perbuatan syirik yang kami ketahui. Kami memohon ampunan kepada-Mu daripada dosa (syirik) yang kami tidak mengetahuinya." (Hadis riwayat Ahmad)

    Ingatlah sentiasa firman Allah swt yg bermaksud :

    "Katakanlah, jika kamu menyembunyikan apa yang ada dalam hatimu atau kamu menampakkannya, pasti Allah mengetahuinya" (Surah Ali-Imran, ayat 29)

    Apabila seseorang mengetahui tiada apa yang terdetik di hatinya tersembunyi daripada Allah, dia akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mengikhlaskan ibadahnya hanya kepada Allah.

    Jika seseorang pada asalnya berniat mengerjakan ibadah ikhlas kepada Allah, namun kemudian perasaan riak itu datang secara tiba-tiba dan dia berusaha menghilangkannya, keadaan itu tidak menyebabkan amalannya ditolak Allah.
    "Al-haqqu bila nizom yaghlibuhul-baatil binnizom"
    Maksudnya: "Sesuatu kebenaran yang tidak sistematik akan dikalahkan oleh kebatilan yang sistematik dan terancang."
    http://Http://cahayarabbani.blogspot.com
    http://Http://islamicmoviecollection.blogspot.com
    assiddiq@ymail.com

    assiddiq

    • *
    • Posts: 4596
    • "Dengan Kehendak dan KuasaNya"
      • View Profile
    Jawab #6 05 November, 2009, 06:20:29 AM
  • Publish Di FB
  • Soalan Berkaitan Riak

    Soalan:

    Salam Ustaz,

    Saya pernah belajar dulu mengatakan riak adalah syirik kecil. Bagaimana utk menghindari dari riak? Bolehkah kita berbohong semata-mata utk mengelakkan rasa riak?

    Contohnya: Kita mengatakan baru balik dari tandas, walhal baru saja lepas balik dari surau utk solat duha.

    Terima kasih daun keladi,
    Ada soalan saya tanya lagi. ;))

    Jawapan:

    Jika berkata yg benar berat kemungkinan membawa kpd riak maka diharuskan kita menyembunyikan kebenaran..

    wallahua'lam

    Sumber Ustaz Azhar Idrus

    Abdi

    • *
    • Posts: 2
      • View Profile
    Jawab #7 05 November, 2009, 06:35:41 AM
  • Publish Di FB
  • salam...
    ya ustaz n shbt2 halaqah..  bantulah sy.... :"(
    sy sgt2 mmbnci sikap sy yg satu ini... iaitu riak/takbur.. contohnya apabila melakukan sesuatu perkara yg baik, mesti akn terlintas d hati sy pada saat itu bhwa org akn memandang sy sbgai seorang y baik dn sebagainya.. demi ALLAH ustaz, bukan itu yg sebenarnya sy rsakan. hnya ALLAH y lbh megetahuinya. ttp ustaz, mslh sekarang adalh sy tidak dpt menghalang perkra y terlintas di hati sy itu.. sekiranya mampu, sy nak saja bakar hati n jiwa sy saat sy fkir mcm tu.. sy bencikan dri sy yg itu... bantulah sy... apakh y patut sy buat bg menghentikan bisikan hati itu?

    ----
    Sikap ria dan takabur adalah sifatnya syaitan. Kita selalu akan diuji dengan semua ini sesuai dengan seberapa iman kita. Tidak ada yg dapat menjaga kita kecuali Allah swt, oleh sebab itu disaat kita melakukan sesuatu 'amal kita niatkan hanya utk Allah swt dan pada saat melakukannya (dl proses) kita ingatkan lagi niat kita itu hanya untuk Allah swt, dan pada saat selesai melaksanakan 'amal itu kita ucapkan syukur dan dan istighfar bahwa semata mata semua itu adalah sebab izin Allah swt sajalah bisa terjadi.

    Jika ada orang yg mengatakan bahwa dia dari pasar padahal dia dari mesjid hanya takut ria, maka dengan mengatakan dia dari pasar itu sudah termasuk ria, bahkan mendidik untuk menjadi pembohong. Maka katakanlah yg sebenarnya dan setelah itu memohon kpd Allah swt dari sifat ria dan beristighfarlah sebanyak mungkin.

    Ria atau takabur bertentangan dengan sifat ikhlas. Sedang sikap ikhlas salah satu cirinya adalah tidak terpengaruh apapun dengan pujian dan hinaan. Sikap ikhlas ini memang harus selalu diasah setiap hari dan tentunya banyak sekali godaan dan gangguan yg menyebabkan sikap ikhlas ini rusak. Sebab sekali lagi syaitan ingin kita jauh dari sikap ini. Maka mohonlah kepada Allah swt agar menganugerahkan sifat ini pada kita.


    cahaya^bulan

    • *
    • Posts: 143
      • View Profile
    Jawab #8 05 November, 2009, 09:11:22 AM
  • Publish Di FB
  • Alhamdulillah... semakin tersedar dari lena.. terutama pengisian kawan-kawan semua.Kekadang kita tak sedar walhal setiap hari , itu la yang kita lakukan.


    razman

    • *
    • Posts: 15
    • Hidupku, matiku hanya utk Mu .. Allah
      • View Profile
    Jawab #9 05 November, 2009, 02:55:47 PM
  • Publish Di FB
  • sy pun sama..thnks byk2

    aman_arab

    • *
    • Posts: 221
    • Don't just be all talk, do what you want to do!
      • View Profile
    Jawab #10 05 November, 2009, 03:14:38 PM
  • Publish Di FB
  • ooo baru aku tau..aku penah masa bujang dulu tipu kat kawan2..aku nak pi masjid tapi cakap kat depa aku nak pi mini market kat pekan..selalu la buat lagu tu sebab tak mau kena perli ngan kawan2..kira aku tengah riak la time tu rupanya..susah betoi nak elak riak ni..ingatkan tak bagitau kita nak buat baik tak riak..rupanya riak jugak..bagitau pun riak tak bagitau pun riak..haa..sekarang ni pun aku kira tengah riak jugaklah kan..sebab bagitau aku selalu pi masjid masa bujang2 dulu..Ya Allah Peliharalah Hatiku Ini Dari Perasaan Riak..amin
    Say What You Mean and Mean What You Say
    http://amanarab.blogspot.com

    razman

    • *
    • Posts: 15
    • Hidupku, matiku hanya utk Mu .. Allah
      • View Profile
    Jawab #11 05 November, 2009, 04:30:02 PM
  • Publish Di FB
  • ooo baru aku tau..aku penah masa bujang dulu tipu kat kawan2..aku nak pi masjid tapi cakap kat depa aku nak pi mini market kat pekan..selalu la buat lagu tu sebab tak mau kena perli ngan kawan2..kira aku tengah riak la time tu rupanya..susah betoi nak elak riak ni..ingatkan tak bagitau kita nak buat baik tak riak..rupanya riak jugak..bagitau pun riak tak bagitau pun riak..haa..sekarang ni pun aku kira tengah riak jugaklah kan..sebab bagitau aku selalu pi masjid masa bujang2 dulu..Ya Allah Peliharalah Hatiku Ini Dari Perasaan Riak..amin

    hahahahaha..sabarlah..kalo push2 sgt nnti sakit jiwa lak ko..buat ape yg termampu..yg pnting istiqamah... :ins:

    hbintang

    • *
    • Posts: 17
      • View Profile
    Jawab #12 05 November, 2009, 04:50:13 PM
  • Publish Di FB
  • setiap manusia tidak terlepas dari godaan syaitan n iblis...
    sy pn x terlepas.....topik ni banyak menyedarkan sy dari terus terleka..
    terima kasih kepada sahabat2 halaqah...

    cahaya zuhud

    • *
    • Posts: 11
      • View Profile
    Jawab #13 05 November, 2009, 06:01:16 PM
  • Publish Di FB
  • memang susah nak jaga dari riya' nie....
    sahabat nabi yang terkemuka iaitu Abu Bakar As-Siddiq pun pernah berkata " paling susah dan sulit adalah menjaga hati "...
    menjaga hati nie termasuk nak jage dari riya' la...satu cara yang saye pernah menuntut dulu, nak elak diri dari riya' nie kite mesti fikirkan kelemahan kite..bile kite dapat fikir & selami kelemahan kite...baru kite tau sebenarnye tak ade ape yang kite boleh riya' kan....
    nie hanya apa yang saye pernah tau dan blaja dulu...tapi pasti ada yang lebih 'arif mengenai hal nie...
     :ins: :ins:

    naftalena

    • *
    • Posts: 20
      • View Profile
    Jawab #14 07 November, 2009, 09:58:33 PM
  • Publish Di FB
  • tq atas jwpn2 y diberikan... kdg2 asa susah sgt.. tp islam tu mudah jer sbnrnya.. kita manusia yg buatkn ia susah.. smoga ALLAH memberkati kita sekalian...

    cupis12

    • *
    • Posts: 2
      • View Profile
    Jawab #15 14 January, 2010, 11:15:04 AM
  • Publish Di FB
  • tak paham la... ni riak dalam ibadat atau luar ibadat sekali???

    nadiasyakila90

    • *
    • Posts: 2
      • View Profile
    Jawab #16 14 January, 2010, 11:36:39 AM
  • Publish Di FB
  • Bismillahirahmanirahim...
    ana nak meminta pendapat dari shbt2 dan pade mereka yg lebih mengetahui...
    persoalan yg masih same, mengenai riak dan takbur..
    ana ade seorang kawan..dgn kawan nie sorang la ana selalu dengki..(tapi kami kawan baik)..
    maksud dengki ana disini, ana tak boleh tengok die lebih dr ana..mesti nak lawan...:sedihnya:..die stdy, ana stdy..
    keduanye plak...bile ana da wat jer lbh dr die..cthnye : solat sunat..start la..merasai "huih!! aku bagus la dari die.." semua ini berlaku dalam permainan hati dan fikiran ana...semakin ana tepis..ia semakin datang...
    ana semakin penat dan semakin takut..andai segala ibadat ana bukan kerane Allah...
    Ape ibadah2 yg boleh menghilangkan perassaan ini?
    adakah ada zikir2 tertentu utk mengelak sifat mazmumah ini?
    wallahualam..

    cahayalurus

    • *
    • Posts: 1330
      • View Profile
    Jawab #17 14 January, 2010, 11:44:51 AM
  • Publish Di FB
  • Biasalah tu nadiasyakila90, mula2 memang macam tu, tetapi buat lebih daripada rakan anda sokmo, jangan kurang daripada dia, insya Allah saat tu nadia akan terfikir, ni nak beribadat untuk sapa sebenarnya, untuk lawan dia ke untuk Allah SWT, lepas tu terus istiqamah dengan amalan yang banyak tu nescaya ikhlas akan datang, ikhlas ni satu sifat yang tak mudah untuk diperolehi, ni adalah usaha untuk mengikhlaskan diri juga
    Mrs. Ikan Pari

    hafidzalrahman

    • *
    • Posts: 263
    • لا إله إلا الله ، محمد رسول الله
      • View Profile
    Jawab #18 14 January, 2010, 12:19:08 PM
  • Publish Di FB
  • JIka kita sedar kita melakukan perkara yg bersifat2 mazmumah, maka bersyukurlah kerana kita sedar.. mudah-mudahan Allah sentiasa memberikan kita kesedaran, agar kita sentiasa bertaubat padaNya.. Sesungguhnya manusia itu tidak akan lari dari melakukan kesilapan & jgn sesekali menangguh untuk bertaubat & memohon keampunan daripadaNya.
    اَسْتَغْقِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ الَّذِي لاَ اِلَهَ اِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّوْمٌ وَاَتُوْبُ اِلَيْهِ
    Wake up Muslims!

    SNF

    • *
    • Posts: 906
    • "Kau ibarat permata berharga"
      • View Profile
    Jawab #19 14 January, 2010, 01:22:41 PM
  • Publish Di FB
  • Bagaimana mengelakkan sifat riak?

    Rawatan terbaik bagi segala penyakit di muka bumi ini adalah menghindari dengan menjauhi sebab-sebab dan punca terjadinya penyakit. Begitu jugalah kepada penyakit riak ini, iaitu menjauhi sebab-sebab yang boleh membawa kepada perasaan itu, antaranya ialah;

    1- Sifat suka dipuji oleh orang lain. Sifat ini akan membawa kepada bangga diri dan suka menunjuk-nunjuk kelebihan kepada orang lain.

    2- Takut dikritik atau dicerca oleh orang lain. Ketakutan ini boleh membawa kepada penampilan yang kurang jujur dan suka berpura-pura.

    3- Cintakan kehidupan dan kemewahan dunia dan lupa pada kematian. Seseorang itu melakukan segala pekerjaanadalah semata-mata kerana untuk menarik perhatian orang lain, dan menganggap dirinya hebat. Manusia  sebegini mengharapkan ganjaran atas segala pekerjaan yang dilakukan.

    Bagaimanakah cara untuk menghindarinya.

    Terdapat beberapa cara untuk menghindari sifat riak daripada menguasai hati;

    1- Sentiasa mengingatkan diri sendiri tentang perkara yang diperintahkan ALlah dan juga sering menyucikan hati dengan melakukan ibadat-ibadat khusus seperti zikir dan membesarkan kekuasaan ALlah.

    2- Mengawasi diri agar sentiasa takut akan kemurkaan ALlah. Dengan tabiat ini akan membawa diri agar sentiasa berwaspada dalam melakukan perkara yang boleh mengheret kepada dosa dan seksaan ALlah pada hari akhirat kelak.

    3- Berwaspada terhadap perkara-perkara yang boleh menghapuskan pahala amalan yang dilakukan akibat riak.

    4- Menanamkan dalam diri perasaan bahawa melakukan sesuatu itu kerana manusia sehingga membawa kemurkaan ALlah itu adalah suatu perkara yang buruk dan patut dijauhkan.

    5- Sentiasa mengawasi diri daripada lalai terhadap ujian dan nikmat yang dikurniakan ALlah untuk  menghampirkan diri kepada ALlah.

    6- Ikhlaskan diri dalam setiap amalan yang dilakukan.

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    Ujub Dan Riak

    Started by abu atiyah « 1 2 » Akhlaq

    23 Replies
    4028 Views
    Last post 17 September, 2012, 10:06:23 AM
    by keMuNcUpp
    21 Replies
    3858 Views
    Last post 26 March, 2010, 05:35:19 AM
    by fadhila