Munakahat : Rujuk

*

Author Topic: Munakahat : Rujuk  (Read 29098 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Ummi Munaliza

  • *
  • Posts: 14514
  • Anniversary Ke 30
    • View Profile
02 November, 2009, 04:41:48 PM
  • Publish

  •     Rujuk

    Ruju‘ dari segi bahasa bererti kembali.

    Manakala dari segi syara‘ pula ialah mengembalikan isteri kepada nikah dalam waktu ‘iddah yang bukan talaq ba’in.

    Ruju‘ adalah hak yang diberikan oleh Islam kepada bekas suami untuk melanjutkan ikatan perkahwinannya dengan bekas isteri yang diceraikannya sebelum habis waktu ‘iddah isteri.
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14514
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #1 02 November, 2009, 04:43:28 PM
  • Publish

  •    
          DALIL HARUS RUJU‘

    Firman Allah subhanahu wata‘ala:

    Maksudnya:
    “Dan suami-suami, mereka lebih berhak untuk mengambil kembali (ruju‘) akan isteri-isteri di dalam masa ‘iddah itu jika mereka bertujuan mahu membuat perdamaian.” (Surah Al-Baqarah, 2:228)

    Allah subhanahu wata‘ala juga berfirman:

    Maksudnya:
    “Maka apabila mereka telah mendekati akhir ‘iddah, ruju‘lah mereka dengan cara yang ma‘ruf (baik) atau ceraikan mereka dengan cara yang ma‘ruf (baik).”(Surah At-Talaq, 65:2)

    Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam telah bersabda kepada ‘Umar ketika dikhabarkan bahawa anaknya (‘Abdullah) telah menceraikan isterinya ketika haidh maka Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam bersabda yang bermaksud:

    “Suruh anakmu supaya dia rujuk kepada isterinya.”   (Maksud Al-Hadith)

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14514
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #2 02 November, 2009, 04:43:56 PM
  • Publish

  •      RUKUN RUJU‘

        * Ruju‘ mempunyai tiga rukun iaitu:

        1. Sighah iaitu lafaz yang menunjukkan kembali kepada isteri sama ada secara sarih (terang) mahupun kinayah (kiasan).

        2. Murtaji‘ iaitu suami yang mempunyai syarat-syarat tertentu.

        3. Isteri iaitu perempuan yang telah dinikahi dengan nikah yang sah.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14514
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #3 02 November, 2009, 04:44:27 PM
  • Publish

  • SYARAT-SYARAT RUJU‘


    1. Suami:

        a) Hendaklah seorang yang berakal.

        b) Baligh.

        c) Dengan kehendak dan kerelaan sendiri bukan paksaan daripada sesiapa.

        d) Tidak murtad.

    2. Isteri:

        a) Hendaklah yang sudah dicampuri.

        b) Mestilah yang diceraikan dengan talaq raj‘iyy. Bukan dengan perceraian secara fasakh, khul‘ dan juga talaq tiga.

        c) Hendaklah ditentukan orangnya jika suami berkahwin lebih daripada satu dan telah menceraikan beberapa orang isterinya.

    3. Hendaklah tidak dihadkan kepada sesuatu masa dan waktu. Tidak sah ruju‘ dalam masa yang tertentu sahaja.

    4. Tidak bergantung kepada sesuatu syarat. Ruju‘ disyari‘atkan adalah bertujuan untuk membolehkan suami isteri yang telah bercerai dengan talaq raj‘iyy meneruskan kembali ikatan perkahwinan mereka yang telah terputus dengan syarat isteri masih lagi dalam ‘iddah. Tetapi perlu diingat bahawa ruju‘ hendaklah dengan tujuan untuk berdamai bukan kerana ingin menyakiti, menganiaya isteri dan sebagainya.



    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14514
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #4 02 November, 2009, 04:45:12 PM
  • Publish


  • PROSEDUR RUJU‘

    1. Jika selepas perceraian yang boleh diruju‘kan (dalam ‘iddah raj‘iyy) dan ruju‘ telah berlaku dengan persetujuan bersama, pihak-pihak itu hendaklah melaporkan hal peruju‘kan tersebut kepada Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju‘ Daerah berkenaan dalam tempoh tujuh (7) hari daripada tarikh peruju‘kan berlaku serta menerangkan butir-butir yang berkaitan dengannya dalam borang yang ditetapkan.

    2. Bagi pihak-pihak yang ingin memohon ruju‘ atas persetujuan bersama semasa di dalam ‘iddah raj‘iyy, pemohon hendaklah hadir di hadapan Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju‘ Daerah bersama isteri dan dua orang saksi lelaki.

    3. Setiap ruju‘ yang hendak dibuat di hadapan Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju‘ Daerah hendaklah memastikan pemohon mengemukakan sijil cerai asal atau keputusan bercerai daripada Mahkamah Syari‘ah berkaitan sebelum ruju‘ dijalankan.

    4. Apabila Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju‘ Daerah berpuashati bahawa ruju‘ tersebut berlaku secara sah dari segi hukum syara‘, baharulah pendaftaran atau permohonan ruju‘ diterima setelah pemohon menyertakan bersama-sama borang permohonan, salinan resit pendaftaran kes perceraiannya di Mahkamah atau Sijil Cerai yang asal.

    5. Pendaftaran atau permohonan ruju‘ hendaklah dilakukan di hadapan Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju‘ Daerah.

    6. Setiap ruju‘ yang telah didaftarkan, Sijil Cerai asal tersebut akan diambil oleh Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju‘ Daerah berkaitan dan dihantar kepada Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju‘ Daerah yang mengeluarkan untuk dibatalkan dan direkodkan di dalam Buku Daftar Cerai Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju‘ Daerah berkaitan.

    7. Pemohon yang telah didaftarkan ruju‘ mereka akan diserahkan kepada mereka Surat Keterangan Ruju‘ (Borang 2D) dan direkodkan di dalam Buku Daftar Serahan Keterangan Ruju‘.

    8. Butir-butir peruju‘kan tersebut hendaklah dicatitkan dan disimpan oleh Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju‘ Daerah dalam Buku Daftar Ruju‘ (Borang 2E).



    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14514
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #5 03 November, 2009, 07:56:15 PM
  • Publish


  • Kekeliruan Dalam Hal Ruju' Cerai
    Oleh Zaharuddin Abd Rahman, http://www.zaharuddin.net/

    Apabila saya mendedahkan beberapa panduan dan kesilapan kerap dalam bab penceraian di Malaysia khususnya, di ruangan komentar ramai yang bertanya pelbagai soalan berkaitan, bagi menjawab soalan-soalan berikut, saya sediakan artikel ringkas ini.

    Ruju'.

    Ada wanita yang berkata, "suami saya ingin ruju', tetapi saya masih memikirkan samada untuk terima atau tidak"

    Ketahuilah, bahawa ruju' tidak memerlukan sebarang persetujuan wanita. Ia adalah ijma' ulama seluruhnya. Ruju' ini ibarat menjatuhkan talak yang hanya tertakluk kepada suami.

    Bolehkah apabila seorang suami menjatuhkan talaq satu kepada isteri, maka si isteri berkata :

    "abang, nanti saya fikir dulu sama ada nak terima atau tidak Talaq abang tu"

    Tiada sebarang peruntukan oleh Allah swt dan RasulNya untuk wanita dalam hal tersebut. Samalah keadaannya dalam hal suami ingin ruju' kembali. Imam Ibn Qudamah berkata :

    والمراجعة أن يقول لرجلين من المسلمين : اشهدا أني قد راجعت امرأتي . بلا ولي يحضره , ولا صداق يزيده . ..وجملته أن الرجعة لا تفتقر إلى ولي , ولا صداق , ولا رضى المرأة , ولا علمها . بإجماع أهل العلم ;

    Ertinya : Ruju' adalah dengan cara seorang lelaki melafazkan (contohnya) : "Aku dengan ini ruju' kembali dengan isteriku"

    Tanpa diperlukan kehadiran wali, sebarang mahar tambahan, dan secara umumnya, sesungguhnya ruju' tidak memerlukan wali, mahar dan juga redha si isteri dan tidak juga disyaratkan mesti  pemakluman kepada isteri, ia adalah dengan ijma' seluruh ahli ilmu." ( Al-Mughni, 7/405 ; Badai'e as-Sonaie', Al-Kasani)

    Namun, khabarnya Malaysia (mungkin Ijtihad Malaysia) mengambil pendekatan yang sedikit berbeza apabila mereka  mengambil fatwa yang berbeza dengan ijma yang disebutkan oleh Imam Ibn Qudamah tadi, ini adalah kerana berdasarkan Seksyen 51 (8) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984, terdapat beberapa perkara yang perlu dipenuhi oleh pasangan yang ingin meruju'.

    Pertamanya : suami hendaklah melafazkan niat untuk meruju' bekas isterinya.

    Kedua : bekas isteri perlu memberikan persetujuannya ke atas ruju' tersebut.

    Setelah itu, suami dikehendaki menghantar permohonan ke mahkamah syariah untuk mendaftarkan ruju'.

    Setelah itu, mahkamah akan mengeluarkan perintah supaya pasangan yang telah bercerai tadi hidup semula sebagai suami isteri. Setelah proses ruju' itu lengkap barulah suami boleh kembali kepada bekas isterinya.

    Namun apapun, pihak pemerintah Malaysia kelihatan membuat keputusan dan ijtihad sendiri apabila MEWAJIBKAN REDHA ISTERI. Anjuran mazhab Syafie hanyalah menggalakkan sahaja dan tidak wajib: -

    والجديد أنه لا يشترط  لصحة الرجعة ( الإشهاد ) عليها بناء على الأصح أنها في حكم الاستدامة, ثم لم يحتج لولي ولا لرضاها بل يندب

    Ertinya : Pandangan mazhab baru Syafie, tidak disyaratkan wujud saksi untuk sahnya ruju', kemudian, (ruju') juga tidak memerlukan kepada (persetujuan) wali dan juga persetujuan wanita (isteri), cuma ia digalakkan sahaja. ( Nihayatul Muhtaj, 1/59 )

    BOLEHKAH RUJU' TANPA MELAFAZ?


    Tidak terdapat khilaf bahawa rujuk yang dibuat secara berlafaz yang terang oleh suami di hadapan saksi adalah sah. Demikian juga secara bertulis.

    Namun ada yang bertanya kepad asaya sama ada ada cara lain, bagaimana jika berlakunya persetubuhan dalam masa iddah tersebut sebelum lafaz.?

    Ulama mazhab berbeza fatwa dalam hal ini seperti berikut :-

    Hanafi  : Sah ruju' sama ada dengan persetubuhan atau permulaan persetubuhan seperti sentuhan bersyahwat, ciuman, melihat kemaluan isteri dan lain-lain. Pandangan ini turut disebut oleh ramai ulama tabien seperti Sa'ad Ibn Musayyab, Hasan Al-Basri, Ibn Sirin, Ato' Abi Rabah, Al-Awzai'e, Sufyan At-Thawry, As-Sya'biy dan lain-lain.

    Maliki : Sah ruju' dengan persetubuhan dengan syarat si suami ada niat ruju' semasa persetubuhan itu berlaku. Namun ciuman, sentuhan dan lain-lain dengan syahwat sahaja tidak cukup untuk dianggap ruju'.

    Syafie :  Mazhab Syafie menolak ruju' melalui perlakuan tanpa lafaz secara total, sama ada persetubuhan, mahupun permulaannya sebagaimana pandangan Hanafi tadi. Mazhab Syafie berfatwa sebarang persetubuhan pada waktu ‘iddah tanpa lafaz ruju' yang jelas terlebih dahulu adalah haram.

    Imam As-Syafie berkata :-

    والرد يكون بالكلام دون الفعل من جماع وغيره ; لأنه رد بلا كلام، فلا تثبت رجعة لرجل على امرأته حتى يتكلم بالرجعة، كما لا يكون نكاح ولا طلاق حتى يتكلم بهما، فإذا تكلم بها في العدة ثبتت له الرجعة  

    Ertinya : Ruju mestilah dengan percakapan ( lafaz) dan bukannya dengan jima' dan lainnya, kerana tiada ruju' tanpa lafaz, maka tidak sah ruju' bagi seorang lelaki kepada wanita sehinggalah dia melafazkannya, sebagaimana tiada nikah dan talaq yang dibuat tanpa lafaz, maka jika si lelaki melafazkannya (ruju') semasa iddah barulah sah ruju'nya" (Al-Umm)


    Hanbali : Sah ruju' dengan persetubuhan namun tidak sah ruju' hanya dengan permulaan persetubuhan. Samada ia dilakukan dengan niat ruju' atau tidak.

    Kesimpulan : Apapun pendapat pelbagai mazhab, sebagaimana yang telah saya dedahkan di atas, Malaysia mengambil mazhab Syafie yang mensyaratkan suami MESTI melafazkan ruju' terlebih dahulu secara rasmi. Ia wajar dituruti.

    AURAT ISTERI DEPAN SUAMI SEMASA IDDAH

    Benar, wajib secara sepakat seluruh ulama si isteri untuk tidak keluar dari rumah suami semasa iddah dalam penceraian raj'ie (normal boleh ruju') kali pertama dan kedua.

    Si suami juga haram untuk menghalau isteri keluar dalam tempoh itu, malah suami masih wajib berikan belanja zahir kepada isteri di waktu ‘iddah. ( Tafsir Al-Jassas, 5/348 : Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi, 18/154 )

    Namun, timbul persoalan jika isteri duduk di rumah suaminya, bagaimana dengan hal auratnya????

    Jawapannya mudah, menurut mazhab Syafie, isteri wajib menutup auratnya di dalam rumah itu.

    Namun menurut mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali; tiada aurat yang perlu ditutup di depan suaminya sepanjang tempoh iddah, kerana mereka masih dikira isteri dan akan automatik ruju' dengan persetubuhan.

    RUJU' DALAM KES TEBUS TALAQ

    Adapun tebus talaq ataupun khulu', penceraian itu yang dilakukan atas dasar ini tidak mempunyai peruntukan ruju', sama ada ia dianggap sebagai Fasakh atau Talaq (berdasarkan perbezaan ijtihad ulama).

    Namun majoriti ulama silam dan kontemporoari menyebutkan tiada rujuk bagi kes tebus talaq.  Malah Imam As-Syawkani menyebut telah terdapat Ijma' (perspekatan penuh) seluruh ulama bahawa tidak ruju' bagi kes tebus talaq. Ini adalah kerana Talaq itu jatuh dalam kategori Talaq Bain dan bukan Talaq Raj'ie (yang boleh diruju'). (Nailul Awtar ; Mawsu'ah Al-Kuwaitiyah)

    Cuma bezanya kali ini, wanita ada hak untuk terima jika si bekas suami tadi ingin ruju' juga dalam kes tebus talaq. Ertinya, peruntukan asalnya suami tidak boleh ruju' seperti kes talaq biasa, namun dalam kes tebus talaq, lelaki hilang haknya untuk ruju' tanpa redha isteri. (Kasyyaf Al-Qina', Al-Bahuti)

    PERLUKAH RUJU' KEPADA SAKSI?


    Ulama berbeza pendapat dalam hal ini, Imam Syafie dalam satu fatwanya menyatakan penyaksian dalam bab ruju' adalah wajib. Berdasarkan dalil firman Allah s.w.t :

    فَإِذَا بَلَغْنَ أَجَلَهُنَّ فَأَمْسِكُوهُنَّ بِمَعْرُوفٍ أَوْ فَارِقُوهُنَّ بِمَعْرُوفٍ وَأَشْهِدُوا ذَوَيْ عَدْلٍ مِّنكُمْ

    Ertinya : Apabila mereka telah mendekati akhir idahnya, maka rujukilah mereka dengan baik atau lepaskanlah mereka dengan baik.. ( At-Talaq : 2 )

    Namun pendapat Abu Bakar r.a, Imam Malik dan Abu Hanifah, saksi tidak wajib kerana ia langsung tidak memerlukan persetujuan dari pihak lain. Justeru, saksi hanyalah digalakkan sahaja namun ia tidaklah wajib.

    KESIMPULAN

    Kesimpulannya, rakyat Malaysia perlu menuruti undang-undang yang ditetapkan oleh pemerintah di Malaysia, iaitu setiap rujuk mesti ada saksi dan dibuat secara rasmi.

    Ia baik bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dan fitnah serta mengambil jalan yang lebih cermat. Justeru, sebarang penyaksian ruju' boleh dilakukan di mahkamah Shariah.

    Pandangan ini juga bertepatan dengan mazhab Syafie yang menyebut :-

    مذهبنا أن الإشهاد على عقد البيع والإجارة وسائر العقود غير النكاح والرجعة مستحب , وليس بواجب

    Ertinya : Mahzab kami, sesungguhnya saksi dalam aqad jual beli, ijarah dan seluruh aqad selain aqad nikah dan ruju' adalah digalakkan sahaja, tidak wajib. ( Al-Majmu', An-Nawawi, 1/170)

    Mazhab Syafie berfatwa, digalakkan wajib saksi dalam hal aqad nikah dan sunat dalam hal ruju'.

    « Last Edit: 03 November, 2009, 08:15:55 PM by Ummi Munaliza »

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14514
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #6 04 November, 2009, 08:09:03 AM
  • Publish

  • Hak Muslim-Kuasa Rujuk
    Oct 30th, 2009 | By webmaster | Category: Soal Jawab Hak Muslim

    Pada sebulan yang lalu saya telah bercerai dengan isteri dengan talak satu untuk kali pertama. Isteri saya tidak rela dengan perpisahan yang berlaku dan menyuruh saya untuk merujuknya semula. Isteri saya juga telah melafazkan rujuk ke atas saya yang berbunyi “saya rujuk  semula dengan awak.” Saya hanya mengangguk tanda setuju walaupun hati saya sebenarnya masih berbelah bahagi. Saya jadi keliru adakah sah rujuk yang dibuat isteri saya tersebut atau adakah sah rujuk yang saya buat walaupun dalam keadaan dipaksa.

     Mamat –Bandar Tasik Permaisuri

     
    Jawapan.


    Rujuk merupakan penerusan kepada perkahwinan sedia ada yang dibuat oleh suami menggunakan lafaz tertentu tanpa perlu kepada akad dan mas kahwin yang baru. Di dalam Islam Allah telah meletakkan hak RUJUK di tangan suami apabila berlaku perceraian talak rajie selagimana si isteri masih dalam eddah. Allah Taala telah berfirman di dalam surah Al-baqarah Ayat 228 yang bermaksud:-
    “Dan suami-suami mereka berhak mengambil kembali (rujuk) isteri-isteri itu dalam masa edah mereka jika (suami-suami) bertujuan hendak berdamai”.

    Saidina Umar R.A meriwayatkan :“Rasulullah s.a.w menceraikan Hafsah R.A., kemudian Baginda kembali rujuk kepadanya”.

    Menurut jumhur ulama, terdapat 3 rukun utama rujuk iaitu suami, isteri dan sighah (lafaz).

    Rukun pertama, suami hendaklah seorang yang baligh (cukup umur) . Tidak sah rujuk bagi suami yang belum baligh. Suami hendaklah seorang berakal dan tidak sah rujuk sekiranya suami dalam keadaan gila. Suami merujuk isteri hendaklah dengan sukarela. Tidak sah rujuk jika suami dipaksa dan ketika rujuk suami hendaklah kekal dalam Islam.

    Rukun kedua, isteri hendaklah disetubuhi sebelum berlaku perceraian. Tidak boleh merujuk isteri yang diceraikan sebelum disetubuhi kerana isteri seperti itu tidak mempunyai idah. Isteri yang dirujuk itu mesti ditentukan secara khusus.

    Jika suami menceraikan beberapa isterinya kemudian ia rujuk salah seorang daripada mereka dengan tidak ditentukan siapa yang dirujuknya, maka rujuknya tidak sah. Isteri diceraikan dengan talak rajie. Jika ditalak dengan talak bain, maka tidak sah rujuk. Rujuk juga hanya boleh berlaku ketika isteri dalam tempoh eddah.

    Tidak sah rujuk selepas terbukti tamatnya idah isteri atau isteri berkenaan murtad ketika dirujuk.Rukun ketiga, sighah (lafaz) hendaklah menggunakan perkataan yang menunjukkan dituju kepada isteri seperti ‘engkau’ atau ‘nama isteri itu’ atau dengan isyarat tunjuk kepada isteri. Sighah itu pula tidak boleh digantungkan (ditaklikkan) dengan sesuatu. Contohnya suami berkata: “saya rujuk awak jika awak suka.” Atau: “saya kembali kepada awak jika  awak berhenti kerja.” Kewujudan saksi hanya disunatkan.

    Walaubagaimanapun, Isteri yang telah diceraikan tidak boleh merujuk suami yang menceraikannya walaupun isteri itu masih suka kepada suaminya.

    Rujuk yang dilafazkan oleh suami dengan memenuhi semua rukun dan syaratnya nya adalah sah walaupun rujuk yang dibuat itu dalam keadaan bergurau. Ini berdasarkan hadis Rasulullah yang menyatakan bahawa tiga perkara yang tidak boleh dibuat main-main termasuklah nikah, cerai dan rujuk. Apabila dilafazkan dengan jelas, maka ia akan menjadi sah.

    Seksyen 51(1) Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 (AUKI)memperuntukkan bahawa si suami hanya boleh rujuk sekiranya berlaku talaq Rajie dengan satu atau dua talak yang tidak diikuti dengan habis tamat idah. Oleh itu si suami tiadk boleh rujuk jika sekiranya tempoh eddah bagi talak-talak rajie tersebut tamat.,

    Seksyen 51(9) AUKI jika sekiranya suami melafazkan rujuk tapi isteri tidak bersetuju dengan sebab dan alasan yang dibenarkan hukum syarak, seperti si suami menderanya dan jika kembali boleh membahayakan diri isteri, maka mahkamah boleh memerintahkan satu jawatankuasa dilantik. Jawatankuasa ini akan diberi masa enam bulan untuk menilai sama ada wajar mereka kembali sebagai suami isteri atau sebaliknya.Seorang suami dilarang merujuk dengan maksud jahat seperti bertujuan untuk menyakiti atau menganiaya isteri yang hendak dirujuk.
     
    Ini berdasarkan Surah al-Baqarah ayat 231 yang bermaksud : “Dan janganlah kamu pegang mereka (rujuk semula) dengan maksud memberi mudarat kerana kamu hendak melakukan kezaliman terhadap mereka. Dan sesiapa yang melakukan demikian maka sesungguhnya dia menganiaya dirinya sendiri. Dan janganlah kamu menjadikan ayat-ayat hukum itu sebagai ejek-ejekan dan permainan”.

    Dari segi hukum rujuk juga, wajar diperhatikan bahawa hukum asal bagi rujuk adalah harus tanpa dikaitkan dengan perkara lain. Adalah Makruh hukumnya bagi rujuk jika perceraian itu adalah lebih baik kepada kedua-dua pasangan suami dan isteri. Sunat rujuk sekiranya suami bertujuan memperbaiki rumah tangga dan masih menyayangi dan ingin memperbaiki keadaan isterinya.

    Manakala hukumnya adalah haram jika suami rujuk dengan tujuan membalas dendam atau menzalimi isteri yang ingin dirujuknya itu.

    Merujuk kepada kes saudara, saudara mempunyai hak untuk merujuk isteri saudara tapi hendaklah dengan tujuan yang baik. Kuasa rujuk di tangan saudara sebagai suami tidak kira atas kemahuaan isteri mahupun kemahuan saudara walaupun isteri tidak bersetuju dengannya. Bagaimanapun, rujuk yang dibuat oleh isteri adalah tidak sah. Rujuk juga perlu dilafazkan oleh suami menggunakan lafaz yang jelas menunjukkan berlakunya rujuk.

     


    Jawapan ini disediakan oleh Cik Yusmawati Binti Ab.llah, Exco Penerbitan PGSM.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14514
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #7 11 December, 2010, 09:23:20 PM
  • Publish
  • Rujuk tanpa saksi tetap sah


    BERDASARKAN Undang-Undang Keluarga Islam, setiap pernikahan dan perceraian perlu didaftarkan dan dilaporkan kepada pendaftar kariah masjid atau mahkamah syariah.


    Adalah menjadi satu kesalahan apabila tidak melaporkannya kepada pihak berkuasa agama. Rujuk tetap sah tanpa saksi dan tanpa pengetahuan isteri sekalipun.

    Ini sekiranya isteri masih dalam talak raj'i iaitu perceraian talak satu atau dua yang masih dalam idah.


    Bagaimanapun, lebih baik isteri diberitahu dengan kata-kata rujuk.

    Ini kerana ketika talak raj'i, suami isteri masih dalam ikatan perkahwinan sebelum tamat idah. Suami tidak ditegah untuk bermesra dengan isteri sehingga kepada persetubuhan sekali pun.

    Menurut Sayyid Sabiq, rujuk sah dengan tiga cara iaitu melalui kata-kata, perbuatan seperti persetubuhan ketika dalam idah dan dorongan seksual seperti ciuman.

    Bagaimanapun, Imam Syafie mensyaratkan dengan kata-kata sahaja iaitu 'aku rujuk engkau'.

    Ini kerana bagi Imam Syafie, talak memutuskan pernikahan (Sabiq, II: 178).

    Semuanya perlu dilaporkan kepada pendaftar kariah masjid di tempat pasangan bermastautin. Jika isteri bersetuju dengan rujuk berkenaan, mereka dibenarkan hidup sebagai suami isteri apabila suami memohon kepada mahkamah.

    Bagaimanapun, jika isteri tidak bersetuju, dia tidak boleh dipaksa untuk hidup bersama.

    Mahkamah hendaklah melantik jawatankuasa pendamai untuk menyelesaikannya.

    Ummu Fatimah

    • *
    • Posts: 2154
      • View Profile
    Reply #8 30 January, 2011, 09:59:27 AM
  • Publish
  • Lengkap sudah penerangan Ummi.

    Peliknya, sekarang ini banyak kes isteri yang menuntut cerai kemudian menghalau suami (sedangkan suami tiada niat mencerai) ... Belum lagi melibatkan campur tangan keluarga yang 'menyampah' tengok menantu..

    Macamna ya..
    zaujah n aliah yusri.. ummu yusuf ramadhan & nur fatimah mujahidah..

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14514
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #9 30 January, 2011, 10:20:36 AM
  • Publish
  • Belum lagi melibatkan campur tangan keluarga yang 'menyampah' tengok menantu..

    Macamana ya..

    Keluarga perempuan yang menyampah tengok menantu lelaki? Kenapa ini terjadi? Banyak perkara perlu dikaji dan diberikan perhatian. Sebagai orang luar (kita lah) tidak boleh menilai dan menjatuhkan apa-apa hukuman.

    Akhir zaman,  macam-macam kes ada, suami berhasrat untuk menceraikan isteri,isteri tak setuju, ada mentua masih sayang menantu juga tak setuju perceraian berlaku. Semua yang berlaku tentu ada sebab musabab yang mana orang luar seperti kita tidak tahu. Jadi hanya orang yang arif bab hukum sahaja boleh menentukan keadaan mereka.

    Jangan emosi  menguasai diri hingga merosakkan hati,jiwa dan perasaan mereka yang berumahtangga. Sabar adalah ibu keimanan.

    Firman Allah dalam surah Al-Baqarah, ayat 214:

    Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).


    Ummu Fatimah

    • *
    • Posts: 2154
      • View Profile
    Reply #10 30 January, 2011, 12:16:09 PM
  • Publish
  • Benar tu ummi.. Banyak kes begini sekarang.. Kalau ibubapa pihak lelaki yang tak berkenan dengan menantu perempuan, (atas sebab-sebab yang dibenarkan syarak), ada contoh yang membolehkan mereka dinasihati bercerai.

    Tapi banyak kes sekarang, keadaan suami atau menantu lelaki yang menjadi masalah.

    Em.. Sekadar berleter sahaja..

    keju

    • *
    • Posts: 959
      • View Profile
    Reply #11 31 January, 2011, 12:25:41 AM
  • Publish
  •  :)
    buat semua, keju pernah hadiri kursus nikah kawin, nikah cerai anjuran Jabatan Agama Islam.

    Namun keju belum mampu kemukakan pendapat dalam bab ini.

    Cuma nak berpesan kpd diri keju dan sahabat halaqah lain tentang bahana perceraian.

    BADAI ITU BELUM USAI.

    Laman yg memperkatakan tentang kesan perceraian ke atas mental mangsa dan org2 yg terlibat.

    Biar perceraian adalah jalan terakhir dalam setiap penyelesaian.

    Dan Tajuk ini, adalah satu cabang untuk memikirkan semula hubungan andai itu pilihan terbaik.

    Mohon bantuan allah swt dan imu yg ada

    ummu amsyar

    • *
    • Posts: 9
      • View Profile
    Reply #12 31 January, 2011, 02:18:38 PM
  • Publish
  •  :)

    Ummi saya harap Ummi masih mengingati saya , dengan masalah yang saya kemukakan beberapa bulan dulu tentang Perkahwinan, harus diteruskan atau tidak .
    Saya telah pun mengambil nasihat yang diberikan, dan kini telah mencapai satu jawapan yang saya rasa terbaik untuk semua buat masa ini. Saya memilih untuk dilepaskan dari ikatan ini, kerana saya tak sanggup lagi untuk hidup dengan status suami tapi hidup secara berasingan .

    Tapi disini saya ada sedikit kemusyiklan tentang soal idah sekiranya saya dilepaskan , berapa lamakah tempoh idah yang perlu saya lalui memandangkan setelah dirujuk kami langsung tidak duduk sebumbung walau sehari pun, apatah lagi bersama ?  Buat pengetahuan Ummi saya dan suami masih merahsiakan hubungan kami ini dari pengetahuan semua, dan berlagak seperti pasangan yang telah pun bercerai atas permintaan suami saya .

     

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14514
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #13 31 January, 2011, 02:43:37 PM
  • Publish
  • Buat pengetahuan Ummi saya dan suami masih merahsiakan hubungan kami ini dari pengetahuan semua, dan berlagak seperti pasangan yang telah pun bercerai atas permintaan suami saya .

    Kenapa merumitkan keadaan? Apabila telah mengambil keputusan untuk berpisah, kenapa masih berlagak seperti pasangan suami isteri? Sudahkah perkara ini direkodkan ke mahkamah? Mahkamah yang akan memutuskan semuanya dari segi tempoh eddah , tuntutan nafkah dan hadanah. Bila bermula  tempoh eddah juga hanya mahkamah yang boleh memutuskannya. Kes  ini agak rumit kerana setelah suami menjatuhkan talaq, ada rujuk  dan sekarang memilih untuk dilepaskan dari ikatan,maksudnya belum lagi dijatuh talaq bagi kali kedua. Sila rujuk kes ini ke mahkamah supaya semua pihak jelas dari segi hukum.

    ummu amsyar

    • *
    • Posts: 9
      • View Profile
    Reply #14 31 January, 2011, 08:19:17 PM
  • Publish

  • Maaf, saya sekadar nak membetulkan sikit takut ada yang tersalah faham . Saya dan suami telah bercerai dan telah dirujuk . Tetapi sepanjang tempoh SETELAH DIRUJUK KAMI BERLAGAK SEPERTI PASANGAN YANG TELAH BERCERAI . MAKSUDNYA TIDAK HIDUP SEBAGAI SUAMI ISTERI YANG SAH .

    semoga tiada yang tersalah faham .

    Terima kasih

    shegwa

    • *
    • Posts: 5
      • View Profile
    Reply #15 12 June, 2011, 11:42:58 AM
  • Publish
  • ADA HARI RABU LEPAS SAYA TELAH KELUAR DARI RUMAH DAN MENINGGALKAN NOTA UNTUK SUAMI UNTUK KELAUR DARI RUMAH,, KAMI ADA MASALAH PERSELISIHAN FAHAM,.. KEMUDIAN SAYA PULANG SEMULA KE RUMAH PADA HARI AHAD. SEPANJANG PEMERGIAN SAYA SUAMI LANGSUNG TIDAK MENGHUBUNGI SAYA. SEHINGGA SAYA PULANG PADA HARI AHAD., PADA MALAM TU SAYA DENGAN SUAMI TELAH BERSAMA KEMUDIAN SUAMI MENYATAKAN YANG BELIAU TELAH BERNIAT PADA DIRINYA SENDIRI SEKIRANYA SAYA TIDAK PULANG PADA HARI SABTU MAKA DIA LEPASKAN SAYA. KEMUDIAN KAMI STILL LAGI DUDUK BERSAMA DALAM SATU RUMAH.. PADA HARI-HARI BERIKUTNYA KAMI BERSAMA ( HUBUNGAN INTIM ) ADAKAH INI BERMAKSUD KAMI TELAH RUJUK SEMULA? AA YANG HARUS SAYA LAKUKAN? ADAKAH LAFAZ SUAMI SAYA ITU SAH? BOLEHKAH LAFAZ ITU DILAFAZKAN TANPA PENGETAHUAN ISTERI? MAKSUDNYA SAYA KETAHUI PERKARA INI SETELAH PULANG PADA HARI AHAD SELEPAS BERSAMA (HUBUNGAN INTIM) DENGAN SUAMI...

    shyyux84

    • *
    • Posts: 3
      • View Profile
    Reply #16 11 July, 2011, 02:06:18 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum...

    Suami saya telah menceraikan saya dengan talak satu pada 10hb julai 2011 jam 8.01malam semalam dengan berat hati.
    Atas perselisihan faham yang keras antara kami, dia beberapa kali bertanya kepada saya mahukan saya akan perceraian tetapi saya hanya berdiam.
    Namun selepas beberapa kali bertanya tanpa ada jawapan dari saya, dia telah melafazkannya.
    Selepas redha akan kemarahan kami berdua, dan juga nasihat ibunya kepada dia, dia ingin merujuk kembali kepada saya.

    Soalan saya, perlukah kami melaporkan perceraian dan rujuk kami ini kepada pejabat agama walaupun kami bercerai hari ini dan keesokannya kami rujuk kembali? (hanya misalannya).

    Hanya ada yang lebih arif dapat membantu.

    Duratul_Mujahid

    • *
    • Posts: 608
      • View Profile
    Reply #17 11 July, 2011, 02:28:56 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum...

    Suami saya telah menceraikan saya dengan talak satu pada 10hb julai 2011 jam 8.01malam semalam dengan berat hati.
    Atas perselisihan faham yang keras antara kami, dia beberapa kali bertanya kepada saya mahukan saya akan perceraian tetapi saya hanya berdiam.
    Namun selepas beberapa kali bertanya tanpa ada jawapan dari saya, dia telah melafazkannya.
    Selepas redha akan kemarahan kami berdua, dan juga nasihat ibunya kepada dia, dia ingin merujuk kembali kepada saya.

    Soalan saya, perlukah kami melaporkan perceraian dan rujuk kami ini kepada pejabat agama walaupun kami bercerai hari ini dan keesokannya kami rujuk kembali? (hanya misalannya).

    Hanya ada yang lebih arif dapat membantu.

    Walaupun penceraian berlaku selama satu jam sebelum rujuk..tetap perlu dilaporkan di pejabat agama Islam sebagai rekod. Sila ke pejabat agama daerah puan tinggal. Sekian Terima kasih.
    Menterjemah Apa Yang Tersirat DI MInda
    http://durratulmujahid.blogspot.com/

    shyyux84

    • *
    • Posts: 3
      • View Profile
    Reply #18 11 July, 2011, 02:48:10 PM
  • Publish
  • terima kasih atas jawapan tersebut, Duratul_Mujahid.

    maaf kerana ada kemusykilan dari hati saya. diharap ada yg dapat membimbing.
    Adakah kami perlu menunggu keputusan rujuk dari pejabat agama dan hidup berjauhan selama tempoh tersebut?
    dan tidak boleh hidup bersama selagi mana tidak dapat keputusan dari pejabat agama?

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4856
      • View Profile
    Reply #19 11 July, 2011, 03:06:53 PM
  • Publish
  • pejabat agama tu nak lapor sahaja

    supaya tak bernafsu, marah, cerai, marah cerai

    maklumlah jika dah 3 kali, susah, kena di nikahi lain orang dulu
    yang di panggil cina buta

    itulah, jangan sewenang wenang bergaduh
    ada baiknya jangan berlawan, melainkan ketika aksi di ranjang sahaja, (HUH)

    elok mengalah, sewaktu sorang sedang marah, tadah plastik, spt berdoa, abis marah, sila aminkan, ikat plastik tu, buang aja ( ni kaedah Imam kampong saya - sebab Imam selalu balik lambat, kuliah, isterinya marah)

    subhanallah

    syaitan berhajat menyesatkan

    sementara rujuk jika talak satu, boleh saja jika tak ke pejabat agama pun

    Allah maha tahu

    cumanaya bagai di atas sana, pejabat agama tu, agar legalise

    inshallah ya

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    2 Replies
    1852 Views
    Last post 09 August, 2009, 05:06:08 PM
    by hasin
    10 Replies
    6792 Views
    Last post 27 November, 2013, 03:44:05 PM
    by NurinAina
    0 Replies
    2064 Views
    Last post 03 November, 2011, 05:59:05 PM
    by mamarayyan