Ciri-ciri Ringkas Fahaman Wahhabi

*

Author Topic: Ciri-ciri Ringkas Fahaman Wahhabi  (Read 21086 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

02 November, 2009, 04:00:06 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum Warahmatullah.

    PENGENALAN


    Fahaman Wahabi ini terlalu kerap ditimbulkan oleh pelbagai pihak samaada dari golongan muda ataupun golongan tua. Sejak sekian lama juga saya sering kali ditanyakan isu-isu berkaitan fahaman Wahabi. Pelbagai persoalan diajukan kepada saya samada melalui Email dan YM ataupun melalui PM di iLuvislam. Di antara mereka ini ada yang meminta saya untuk menyediakan sedikit sebanyak info dan maklumat berkaitan dengan fahaman Wahabi ini. Di samping itu, saya juga tidak terlepas dari menerima kritikan dan cemuhan dari golongan Wahabi setiap kali saya berhujjah dan berbincang dengan mereka.

    Di sini saya cuba memberikan beberapa maklumat untuk dijadikan panduan untuk sahabat-sahabat semua bagi mengenali fahaman Wahabi. Tujuan utama saya menulis dan menyediakan artikel ini bukanlah bertujuan untuk mencari gaduh dengan golongan Wahabi akan tetapi penyediaan artikel ini adalah perbincangan yang sempat ditulis semula. Artikel ini juga saya sediakan secara ringkas dan ia masih memerlukan beberapa penerangan dan penjelasan lebih lanjut lagi. Ini bukanlah suatu tuduhan melulu tanpa periksa namun inilah cerita sebenarnya. Bagi mengukuhkan lagi kepercayaan peribadi, pembaca bolehlah menyemak sendiri kitab-kitab yang telah dikarang oleh para ulama muktabar bagi membincangkan fahaman Wahabi ini.

    Antara cara-cara mudah mengenali mereka samada berfahaman Wahabi ataupun tidak ataupun terkena sedikit tempias dari fahaman Wahabi adalah:

    Dari Sudut AQIDAH:


    01. Gemar membahagikan-bahagikan tauhid kepada tiga bahagian iaitu Tauhid Rububiyah, Uluhiyah dan al-Asma Wa al-Sifat lantas menyamakan umat Islam kini dengan musyrikin Mekah.

    02. Menyesatkan manhaj Asyairah dan Maturidiyah yang merupakan dua komponen utama dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah.

    03. Kritikal terhadap sisitem pengajian Sifat 20.

    04. Gemar membahaskan ayat-ayat mutasyabihat dan membahaskan perihal istiwa Allah Taala, tangan Allah Taala, di mana Allah Taala dan lain-lain ayat mutasyabihat lagi lantas memahami ayat-ayat itu dengan zahir ayat dan mencerca mereka yang mantakwil ayat-ayat ini. Akhirnya mereka secara tidak sedar termasuk di dalam golongan Mujassimah dan Musyabbihat.

    05. Sering meletakkan isu-isu fiqh dalam bab aqidah, seperti tawasul dan istighatsah lantas mensyirikkan dan mengkafirkan amalan-amalan yang tidak sehaluan dengan mereka. Juga mensyirikkan amalan yang tidak dipersetujui contohnya mambaca salawat syifa dan tafrijiah dll.

    06. Mudah melafazkan kalimah syirik dan kufur terhadap amalan yang mereka tidak persetujui (Khawarij Moden).

    07. Amat kritikal terhadap tasawuf serta tarikat dan mengatakan bahawa tasawuf dan tarikat diambil daripada ajaran falsafah Yunan, agama Buddha dan dll.

    Dari Sudut FIQH:

    01. Kritikal terhadap mazhab-mazhab fiqh dan menganggap sesiapa yang berpegang kepada satu mazhab adalah taksub dan jumud. Mereka akan menyarankan mengikut fiqh campuran atas corak pemahaman mereka dan menamakannya sebagai Fiqh Sunnah.

    02. Membahagikan manusia kepada tiga golongan iaitu mujtahid, muttabi dan muqallid dan mencerca golongan muqallid. Bagi mereka hanya menyeru kepada mengikut seorang alim atau imam itu hanyalah dengan dalil walaupun pada hakikatnya mereka tidak memahami dalil tersebut.

    03. Gemar membangkitkan isu-isu furuk yang sudah lama diperbahaskan oleh para ulama terdahulu seperti isu tahlil, talqin, qunut subuh, zikir berjamaah, zikir dengan bilangan tertentu, lafaz niat solat, ziarah makam para nabi dan ulama, sambutan maulidur rasul dll.

    04. Perkataan bidaah sentiasa diulang-ulang pada perbuatan yang mereka tidak setuju. Bidaah di dalam agama bagi mereka hanyalah sesat dan akan menjerumuskan pembuatnya ke dalam neraka. Kata-kata Imam Syatibi pada pembahagian bidaah akan mereka ulang-ulangi. Menurut fahaman mereka pembahagian ulama lain pada bidaah hanyalah bidaah dari sudut bahasa.

    05. Wahabi secara umumnya mengaitkan amalan-amalan tertentu kononnya sebagai rekaan dengan hawa nafsu atau kejahilan para ulama terdahulu manakala Wahabi di Malaysia cuba mengaitkan amalan yang mereka tidak persetujui hanyalah rekaan para ulama Nusantara.

    06. Hanya berpegang kepada suatu pendapat dalam hukum hakam fiqh jika mempunyai dalil yang zahir dan amat gemar meminta dalil dari al-Quran dan al-Hadis seolah-olah mereka dapat membuat perbandingan sendiri kuat lemahnya sesuatu pendapat berdasarka dalil yang dijumpai.

    Dari Sudut MANHAJ:


    01. Berlebih-lebihan pada mengkritik mereka yang tidak sehaluan dengan mereka baik ulama terdahulu mahupun sekarang.

    02. Menganggap bahawa hanya mereka sahajalah yang benar dan merekalah sahajalah pembawa manhaj salaf yang sebenar.

    03. Bersikap keras kepala dan enggan menerima kebenaran walaupun dibentangkan beribu-ribu hujjah. Bagi golongan Wahabi dalil mereka yang menentang mereka semuanya lemah atau telah dijawab.

    04. Amat gemar berdebat walau di kalangan masyarakat awam.

    05. Terlalu fanatik kepada fahaman dan tokoh-tokoh yang mereka diiktiraf mereka seperti Muhammad Abdul Wahab, Abdul Aziz bin Baz, Nasir al-Albani, Muhammad Soleh al-Utsaimin, Soleh Fauzan dll.

    06. Mudah mengatakan bahawa ulama terdahulu sebagai silap ataupun sesat dll.

    07. Mendakwa mereka mengikut manhaj salafi pada urusan aqidah dan fiqh walaupun hakikatnya mereka amat jauh sekali dan tidak memahaminya.

    08. Cuba untuk menyatukan semua pihak atas fahaman mereka lantas menyebabkan perpecahan umat.

    09. Sebahagian mereka juga bersikap lemah lembut pada kuffar dan berkeras pada umat Islam.

    10. Menyesatkan dan memfasiqkan sesiapa yang bercanggah dengan mereka serta melebelkan dengan pelbagai gelaran.

    11. Seolah-olah menyamatarafkan hadis dhoif dengan hadis maudhuk lantas mendakwa mereka hanya mengikut hadis yang sahih selain kritikal terhadap penerimaan riwayat dan taasub dengan penerimaan atau penolakan Nasir al-Albani semata-mata.

    12. Membuat khianat ilmiah samada pada penulisan atau pada pantahqiqan kitab-kitab lama terutamanya.

    PENUTUP


    Hampir keseluruhan artikel ini saya ambil dari kertas kerja yang pernah disediakan dan dibentang sendiri oleh sahabat saya iaitu Ustaz Syed Abdul Kadir bin Syed Hussin Aljoofre. Cuma beberapa perkara sahaja saya buang dan tambah agar lebih natural untuk dibaca. Semoga penulisan ini menjawab pelbagai persoalan mengenai fahaman Wahabi ini dan ia boleh membawa manfaat kepada umat Islam sejagat. Saya doakan agar semua pihak mendapat hidayah dari Allah Taala. Aminnn.

    ‘Memberi dan Berbakti’

    Sekian. Wallahualam.

    Penulis : Ustaz Buluh
    « Last Edit: 04 January, 2013, 09:51:05 AM by PenaHalaqah »


    Reply #2 02 November, 2009, 04:11:49 PM
  • Publish


  • Terima kasih
    ustaz IbnuNafis kerana membuka topik ini, seperti yang dipohon oleh halaqian. ( Re: Dr Asri - kenapa dia di tangkap JAIS)  Penerangan berkaitan isu Wahabbi. Jika ada sebarang pertanyaan, boleh dikemukakan di sini. Jika timbul sebarang kekecohan dari user yang mempunyai pandangan berbeza dan tidak berlapang dada, saya akan bertindak mengunci topik ini.

    Saya tidak mahu timbul sesuatu yang melanggar ETIKA BERFORUM dan peraturan yang telah Halaqah tetapkan seperti dibawah ini.



    Keputusan muktamad berdasarkan survey yang dijalankan berakhir 30 April 2009 :

    Halaqah dengan ini menetapkan untuk tidak membenarkan perbahasan tentang topik berkaitan

    1- Wahhabiah
    2- Jamaah Tabligh
    3- HizbutTahriir

    Sila ke forum-forum lain yang  berkaitan untuk membicarakan perihal berkaitan organisasi di atas.

    Sebarang topik dan posting dalam topik baru dan telah tersedia yang berkaitan dengan mana-mana 3 organisasi terbabit di atas  tidak dibenarkan. Topik akan dipindahkan ke board KHAS untuk MOD sebelum ADMIN memindakan ke board ADMIN pula. Melainkan ada permintaan daripada halaqian terbabit untuk mendapatkan keizinan dan atas persetujuan ADMIN @ MOD.

    « Last Edit: 02 November, 2009, 04:16:00 PM by Ummi Munaliza »
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    « Last Edit: 02 November, 2009, 05:07:12 PM by IbnuNafis »

    Reply #4 02 November, 2009, 05:25:04 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum,
    Saya ada rakan yang  mengaku berfahaman Wahabi dan memang ada sebahagian dari ciri-ciri tu..
    Apa yang patut saya buat...kesian dia...
    Perkataan yang cantik "Allah S.W.T"
    Lagu yang merdu "Azan"
    Novel yang menarik "Al-Quran"
    Senaman yang baik "Sembahyang"
    Diet yang mujarab "Puasa"

    Reply #5 02 November, 2009, 05:29:17 PM
  • Publish
  • wa'alaikumussalam,

    nasihatilah dengan baik. Jika saudara/ri berkemampuan sekiranya beliau suka mengatakan sesat. Beritahu sahaja, kita sendiri pun tak tahu mati kita nanti sesat atau tidak, di syurga atau neraka. Kerana kita disuruh berusaha dan berdoa, manakala yang lain diserahkan kepada ALlah. Dan bukanlah kita yang menentukan syurga atau neraka itu.

    Lainlah macam 10 orang sahabat yang dijamin masuk ke syurga. Sebab itulah RasuluLlah pun ajar kita agar selalu berdoa hati kita ini tetap dalam agamaNya..


    Reply #6 03 November, 2009, 03:05:39 PM
  • Publish
  • Kaedah Pengajaran Tauhid Tiga (Rububiyah, Uluhiyah dan Asma wa Sifat) telah dijadikan kurikulum di Sekolah-sekolah kerajaan, terutama di Tingkatan Dua, Tingkatan Empat (Tasawur Islam), Tingkatan Enam, malah di Universiti-universiti pula. Kejayaan Kerajaan menerapkan kaedah Tauhid Tiga didalam kurikulum kebangsaan ini menunjukkan para ulama Asyairah-Maturidi kita sentiasa berlapang dada. Jika tidak, tentulah mereka akan bangkit membantah secara besar-besaran.

    Sangat malang, apabila ada pihak yang menggunakan kaedah Tauhid Tiga ini untuk menyerang kaedah Tauhid Sifat 20 secara konsisten dan habis-habisan. Lihat serangan bertali-arus dari Dr. Asri di sini: http://al-dununiyy.blogspot.com/

    Antara Modus Operandi kaedah serangan yang sangat popular adalah seperti berikut:

    SERANGAN MELALUI TAUHID RUBUBIYAH
    1. Mendakwa  ada PERBEZAAN diantara Tauhid Rububiyah dan Uluhiyah.
    2. Mendakwa Orang Kafir MENGAKUI Allah sebagai Pencipta dan Pentadbir.


    SERANGAN MELALUI TAUHID ULUHIYAH
    1. Mendakwa kata KULLU bermakna SETIAP. Maka lafaz hadis, iaitu KULLU BID'ATIN DHOLALAH bermakna SETIAP BIDAAH ADALAH SESAT.
    2. Mendakwa kaedah Tauhid Sifat 20 dan kepentingan Mazhab Feqah adalah BIDAAH DHOLALAH (MASUK NERAKA).
    3. Mendakwa kaum SALAF TIDAK MENTAKWIL, BAHKAN MENGAMBIL  MAKNA-MAKNA ZAHIR dari nas-nas al-Qur'an dan Hadis, dengan berdalilkan surah al-Imran ayat 7.
    4. Mendakwa Tawassul, Tabaruk, Isighatsah dan apa-apa yang tidak dilakukan oleh Rasulullah saw, seperti Tahlil Arwah, Maulid Nabi dan sebagainya adalah BIDA'AH DHOLALAH.
    5. Mendakwa BIDAAH ADALAH KAFIR, dengan merujuk SERANGAN dan PENYEMBELIHAN kanak-kanak, wanita tua dan para alim ulama, bagi membentuk Kerajaan Arab Saudi, dengan bantuan KAFIR BRITISH. Begitu juga kerjasama AMERIKA-ARAB SAUDI menyerang IRAQ dalam Perang Teluk. Inilah maksud sebenar kaedah Tauhid Tiga dicipta.

    SERANGAN MELALUI TAUHID ASMA WA SIFAT
    1.Mendakwa nas2 zahir menunjukkan Allah bertempat (di atas Arasy)
    2. Mendakwa nas2 zahir menunjukkan Allah bejisim (ada TANGAN, BETIS DLL).
    3. Sanggup mengubahsuai kata-kata Ulama Silam untuk menyokong dakwaan-dakwaan mereka.

    Saya mengatakan, barangsiapa dapat menguasai dalil-dalil kaedah Tauhid Tiga Wahhaby ini, maka bolehlah dia mempertahankan kaedah Tauhid Sifat 20 dengan lebih berkesan lagi. Insya Allah. Hanya kepada-Nya kita memohon.



    Reply #7 03 November, 2009, 03:32:41 PM
  • Publish
  • Antara cara-cara mudah mengenali mereka samada berfahaman Wahabi ataupun tidak ataupun terkena sedikit tempias dari fahaman Wahabi adalah:

    Dari Sudut AQIDAH:[/b]

    01. Gemar membahagikan-bahagikan tauhid kepada tiga bahagian iaitu Tauhid Rububiyah, Uluhiyah dan al-Asma Wa al-Sifat lantas menyamakan umat Islam kini dengan musyrikin Mekah.

    salam....
    maaf tuan...saya tumpang bertanya.....
    saya inginkan kepastian....adakah artikel yang tuan lampirkan disini adalah melalui kajian tuan sendiri atau ianya hanyalah mengambil dari artikel orang lain? (copy n paste)
    kerana saya pernah membaca buku karangan TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG yang bertajuk BERIMAN KEPADA ALLAH.....
    didalam buku itu juga terdapat perkara seperti yang telah saya QUOTE diatas....
    maka soalan saya....adakah TUAN GURU HAJI ABDUL HADI ITU SEORANG WAHABI?

    Reply #8 03 November, 2009, 04:09:22 PM
  • Publish
  • Antara cara-cara mudah mengenali mereka samada berfahaman Wahabi ataupun tidak ataupun terkena sedikit tempias dari fahaman Wahabi adalah:

    Dari Sudut AQIDAH:[/b]

    01. Gemar membahagikan-bahagikan tauhid kepada tiga bahagian iaitu Tauhid Rububiyah, Uluhiyah dan al-Asma Wa al-Sifat lantas menyamakan umat Islam kini dengan musyrikin Mekah.


    salam....
    maaf tuan...saya tumpang bertanya.....
    saya inginkan kepastian....adakah artikel yang tuan lampirkan disini adalah melalui kajian tuan sendiri atau ianya hanyalah mengambil dari artikel orang lain? (copy n paste)
    kerana saya pernah membaca buku karangan TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG yang bertajuk BERIMAN KEPADA ALLAH.....
    didalam buku itu juga terdapat perkara seperti yang telah saya QUOTE diatas....
    maka soalan saya....adakah TUAN GURU HAJI ABDUL HADI ITU SEORANG WAHABI?


    Kajian dari sahabat saya sendiri. Jika anda kenal ustaz abdul kadir al joofre atau ustaz rashidi. Silalah berkunjung ke http://aljoofre.iluvislam.com

    http://buluh.iluvislam.com

    Sila berhubung dengan mereka.

    p/s: 01. Gemar membahagikan-bahagikan tauhid kepada tiga bahagian iaitu Tauhid Rububiyah, Uluhiyah dan al-Asma Wa al-Sifat lantas menyamakan umat Islam kini dengan musyrikin Mekah.

    Adakah Tuan Guru Hadi Awang menyatakan sebagaimana disebutkan yang dibold ? Setahu saya beliau bukan seperti itu. WaLLahua'lam
    « Last Edit: 03 November, 2009, 04:11:13 PM by IbnuNafis »

    Reply #9 03 November, 2009, 04:33:01 PM
  • Publish
  • syukran....
    maka tauhid yang terbahagi kepada 3 bahagian itu bukanlah dari fahaman wahabi?

    Reply #10 03 November, 2009, 05:17:26 PM
  • Publish
  • syukran....
    maka tauhid yang terbahagi kepada 3 bahagian itu bukanlah dari fahaman wahabi?

    secara asasnya, pembahagian itu dibahagikan oleh Ibn Taimiyyah dalam bentuk kerangka asasnya lalu dikembangkan oleh Muhammad Abdul Wahab seterusnya oleh para pengikut kefahamnnya. Tpi zaman sekarang, pembahagian tauhid tiga ini sudah bercampur baur antara yang menggunakan konsep tauhid tiga ini dengan cara wahabi dengan mereka yang menggunakannya dengan cara tersendiri.

    Sepertimana yang disebutkan oleh saudara Ibn Nafis, lihatlah bagaimana cara tauhid tiga itu disyarahkan, samada membawa kepada mengkafirkan orang-orang Islam yang melakukan perkara-perkara khilafiyyah (seperti tawassul dll) atau tidak, samada menyamakan orang-orang Islam tersebut dengan musyrikin Makkah atau tidak, samada memahami tauhid asma' wa shifat dengan fahaman tajsim (menjisimkan Allah) atau tidak (seperti yang disebut oleh saudara zorro) dan begitulah seterusnya. Ianya kembali kepada cara pengolahan konsep tauhid tiga tersebut.

    Wallahu a'lam..

    Reply #11 08 November, 2009, 06:50:01 AM
  • Publish
  • Pada mulanya, Wahhaby akan mengajar anda tentang makna istilah Tauhid Rububiyah. Mereka berkata, Tauhid Rububiyah ialah kita percaya bahawa Allah sebagai Pencipta dan Pentadbir. Kerana ini memang ada dalil-dalilnya, maka anda akan mula percaya dan menerimanya. Kemudian, mereka akan mendakwa Orang Kafir juga percaya dan MENGAKUI Allah sebagai Pencipta dan Pentadbir. Mereka pun membawa dalil-dalilnya.

    Maka, hendaklah anda berhati-hati dengan tipu-daya wahhaby ini. Sebab, benarkah Orang Kafir memang bertauhid Rububiyah? Sekiranya anda meneliti dalil-dalil lain, maka anda akan tahu, bahawa Pengakuan Orang Kafir itu bukanlah pengakuan IKHLAS. itu adalah pengakuan KALAH DEBAT. Insya Allah, anda akan dapat membuktikannya dengan mudah. Jadi, Orang Kafir tidak pernah bertauhid Rububiyah.

    Isunya sekarang, mengapa Wahhaby bersungguh-sungguh mendakwa Orang Kafir bertauhid Rububiyah?

    Jawapannya, ada pada istilah lain, iaitu Tauhid Uluhiyah. Wahhaby akan mengajar anda makna Tauhid Uluhiyah pula. Pertama, mereka akan mendakwa, Tauhid Uluhiyah ialah Tauhid kaum Salaf. Mereka mendakwa, Kaum Salaf tidak mentakwil, bahkan memahami nas-nasa secara makna zahir. Buktinya, dalil dari surah Ali-Imran ayat 7 itu. Kemudian, mereka berkata, jangan takwil kata KULLU. Maka lafaz hadis, KULLU BID'ATIN DHOLALAH, bermakna SETIAP BIDAAH ADALAH SESAT. Maka mereka akan bersungguh-sungguh membuktikan anda dalah AHLI BIDA'AH (ANDA SESAT DAN AHLI NERAKA).

    Jadi Tauhid Tiga Wahhaby ini, memang diciptakan untuk mendakwa anda SESAT. Jika anda berhujah dengan Wahhaby, mereka sering menggunakan perkataan BIDAAH, SESAT, SYIRIK dan KUFUR, secara bersilih ganti. Istilah-istilah itu sama saja maknanya, sebab boleh bertukar ganti. Tetapi mereka lebih kerap menggunakan kata BIDAAH, supaya anda tidak marah, kerana anda dapat menerima BIDAAH HASANAH. Jadia anda boleh dipengaruhi menjadi seorang Wahhaby.

    Mengapa Wahhaby bersungguh-sungguh membuktikan Umat Islam adalah Kafir? kerana, mereka ingin membentuk Kerajaan Arab Saudi. sekiranya penduduk Hijaz tidak dapat dibuktikan KAFIR, maka tiada jalan mereka boleh menyerang HIJAZ. Rasulullah saw melarang umat Islam memerangi sesama Islam. Tetapi mengapa mereka mesti membentuk Negara Arab Saudi dengan menyerang Hijaz?

    Jawapannya ada dalam Tauhid Asma wa Sifat. Bukanlah secara kebetulan, aqidah Allah berjisim dan bertempat itu, sama dengan aqidah Yahudi dan Nasrani, yang tidak pernah redha dengan kekuatan Empayar Uthmaniyah. Maka anda dapat membuktikan, bahawa Muhammad Abdul Wahhab bukan pencipta sebenar Tauhid Tiga Wahhaby. Dia cuma sekadar proksi sahaja. Tauhid ini sebenarnya dicipta oleh agen-agen Yahudi Dan Nasrani. Buktinya, bantuan ketenteraan dari Kerajaan British itulah, yang telah membantu serangan tentera wahhaby ke atas Hijaz.

    Reply #12 08 November, 2009, 07:14:59 AM
  • Publish
  • maksud saya, ketika anda berkata, "Mengapa saya dituduh Kafir, padahal saya mengucapkan LA ILAHA ILALLAH, SOLAT dan PUASA?". Wahhaby akan berkata, Pengakuan anda itu tiada gunanya, sebab Orang Kafir juga MENGAKUI Allah. Orang Kafir juga bertauhid Rububiyah. Jadi anda cuma bertauhid Rububiyah.

    Kerana anda mentakwil, maka anda BUKAN pengikut kaum Salaf (sebenarnya Wahhaby). maka anda tiada Tauhid Uluhiyah. anda adalah KAFIR, kerana hanya bertauhid Rububiyah, sama seperti Orang-orang KAFIR.

    nasihat saya, sebaik saja anda dapat buktikan Wahhaby juga mentakwil, maka hendaklah anda bertanya, "kenapa pula kalian Wahhaby MENGAKU KAFIR, kerana mentakwil?". Insya Allah, anda dengan mudah dapat membuktikan, Wahhaby juga mengkafirkan sesama sendiri, apabila mereka mentakwil, dan para Ulama mereka juga seperti Ibnu Taimiyah dan Albany juga mentakwil. 

    Reply #13 08 November, 2009, 07:55:01 AM
  • Publish
  •  :)
    minta sahabat2 jelaskan tentang  isu2 ni
    -Al Quran (makhluk@qadim)
    -perbuatan manusia (dari tuhan@manusia)
    -melihat Allah diakhirat

    ana penah dengar tentang isu ni tapi kurang jelas
    tak silap ana ade perbezaan pendapat dari ASWJ, muktazilah dan hanabilah tentang isu ni

     :jaz:

    Reply #14 08 November, 2009, 08:32:29 AM
  • Publish

  • Berpegang kepada Ahli Sunnah, elak Wahabi cetus konflik ummah
    Oleh Muhammad Uthman El-Muhammady
    KITA mulakan tulisan ini dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah, pegangan dan amalannya. Mengenai Ahli Sunnah tidak perlu kita berbicara panjang sebab ia diketahui umum. Kalau hendak disebut pun kita boleh membuat beberapa kenyataan seperti istilah itu diterima pakai oleh ulama sejak awal dengan Imam Tahawi, al-Asyari, Abu Hanifah, Imam Syafie, Baqillani, Baghdadi, al-Ghazali, al-Nawawi dan seterusnya sampai kepada Waliyullah al-Dihlawi dan Said Nursi bahkan Syeikh Hasan al-Banna dan Said Hawwa.

    Bagaimanapun, boleh disebut bahawa istilah itu dalam hadis Nabi SAW yang dinukil dalam 'al-Milal wa al-Nihal' oleh al-Shahrastani dan juga dalam hadis al-Tabarani.

    Mengenai pegangan, kita hanya boleh sebut secara ringkas iaitu Ahli Sunnah berpegang kepada Rukun Iman yang enam, Rukun Islam yang lima, berpegang kepada ajaran akidah Imam al-Asyari dan Maturidi dan yang mengikuti mereka sampai masa kini; mereka beriman mengenai Allah memiliki sifat sempurna tidak terhisab, tetapi sekurang-kurang perlu diketahui semua orang ialah sifat ada, sedia kala, kekal, tidak menyerupai semua yang baru, berdiri sendiri, Maha Esa, hidup, mengetahui, berkehendak, mendengar, melihat dan berkata-kata dengan kalam-Nya yang kadim dan azali tidak menyerupai makhluk dalam semua perkara. Zat-Nya tidak seperti zat makhluk, perbuatan-Nya tidak seperti makhluk.

    Kalau sesiapa mengatakan ia mempunyai sifat makhluk atau menyerupai makhluk, maka ia terkeluar daripada iman. Sebab itu Imam Tahawi, Syafie, Abu Hanifdah dan seterusnya menyebut Ia tidak bertempat, tidak tertakluk oleh masa, tidak berada dalam ruang.

    Tidak boleh dikatakan Tuhan berada di atas, di bawah, di kanan, atau di kiri, di belakang atau di hadapan, sebab ia tidak berpihak.

    Dalam Ahli Sunnah, ayat al-Quran dan hadis nabi yang menyebut sifat Allah seperti sifat makhluk, maka disuruh kita sama ada menerima seperti asalnya (tafwidh) menyerahkan erti hakikinya kepada Allah SWT, atau mentakwilkannya dengan sifat yang layak dengan-Nya.

    Ini dilakukan umpamanya oleh penghulu orang Salaf al-Tabari.

    Orang Wahabi menerimanya secara literal dan hakiki, kalau disebut Tuhan ada tangan, tanganlah, kalau kaki, kakilah, kalau jari maka jarilah. Ini membawa kepada menyerupakan Allah dengan makhluk. Nauzu billahi min zalik.

    Seperkara lagi mereka membahagikan tauhid kepada tiga, tauhid Rububiah, tauhid Uluhiah, dan tauhid Asma Wassifat. Setiap satunya terasing daripada yang lain. Rububiah ertinya tauhid mengakui Tuhan Pencipta Alam, Esa, Berkuasa dan lainnya, tauhid Uluhiah ertinya menyembah-Nya dan taat kepada-Nya. Maka dengan skema ini, mereka boleh berkata Abu Jahal itu ahli tauhid dan ikhlas tauhidnya lebih daripada orang yang mengucap 'Lailahailallah'.

    Dengan skema ini juga mereka mengkafirkan orang yang berdoa meminta keberkatan di makam salihin dan anbia dan bertawassul dengan mereka. Ini pula satu tajuk yang tersendiri huraiannya.

    Mengenai nabi, Ahli Sunnah mengajarkan, anbia ada sifat maksum (tidak berdosa), apa lagi Nabi Muhammad SAW dan mereka mempunyai sifat benar, amanah, menyampai kebenaran, dan bijaksana; mereka manusia yang makan dan minum serta berkahwin, tetapi mereka sempurna kerana itu diturunkan wahyu kepada mereka oleh Tuhan.

    Ini diikuti dengan iman mengenai malaikat, akhirat (termasuk nikmat dan azab kubur), dan qada dan qadar yang menentukan segalanya ialah Allah, manusia diperintah berusaha dan berikhtiar dalam perkara yang baik dan mengelak daripada perkara yang jahat.

    Ahli Sunnah mengajarkan kewajipan mengucap syahadah dengan yakin ertinya, menjalankan sembahyang lima waktu, melakukan puasa, menunaikan zakat dan menunaikan haji bagi mereka yang berkemampuan.

    Ia mengajarkan kewajipan menunaikan nazar dan sumpah. Ia mengajarkan membaca al-Quran, lebih-lebih lagi dengan mengerti ertinya, melakukan zikir mengingati Allah dan berdoa kepada-Nya. Ia mengajarkan manusia bersangka baik terhadap Allah SWT dan jangan bersangka buruk terhadapnya.

    Ahli Sunnah mengajarkan bahawa dosa besar ialah sihir, mencuri, berzina, berjudi, membuat sumpah palsu, memakan rasuah, memakan riba, yang terbesar ialah syirik yang berupa dosa yang tidak terampun, melainkan sebelum mati orang yang berkenaan bertaubat dan kembali kepada tauhid. Seseorang yang beriman tidak menjadi kafir dengan melakukan dosa bagaimana besar sekalipun, ia menjadi kafir hanya kerana kufur iktikad, kata-kata atau perbuatannya seperti ia menyembah berhala, kecuali ia dipaksa seperti diancam bunuh.

    Orang Wahabi boleh menghukum orang kafir kerana dosa, bahkan kerana bertawassul di kubur nabi dan yang sepertinya.

    Ahli Sunnah mengajarkan bahawa amalan orang hidup sampai kepada orang mati, baik dalam rupa bacaan seperti bacaan al-Quran, bertasbih, berdoa, bersedekah, dan amalan lain asalkan diniatkan untuk orang yang mati itu; kalau anak jika tidak diniatkan pun amalan itu sampai kepada kedua-dua ibu bapanya kerana ia lahir kerana mereka. Fahaman Wahabi mengatakan amalan orang hidup tidak sampai kepada orang mati.

    Ahli Sunnah Wal-Jamaah mengajarkan Muslimin wajib taat kepada ulil-amri mereka, tidak boleh derhaka atau keluar menentang mereka, melainkan mereka itu kafir. Orang Wahabi tidak sedemikian sebab itu mereka menentang dan memberontak menentang Sultan Othmaniah dan wakilnya, tetapi mereka berbaik dengan British dan Perancis seperti yang jelas dalam sejarahnya. Ahli Sunnah mewajibkan memberi nasihat yang baik dan ikhlas kepada ulil-amri bukan memberontak. Tidak ada teori memberontak dalam Ahli Sunnah.

    Dalam Ahli Sunnah, ulamanya mengajarkan bidaah ada yang baik dan ada yang buruk, tetapi Wahabi mengajarkan semua bidaah tidak dibolehkan; talkin, berwirid ramai-ramai selepas sembahyang, qunut subuh, tahlil arwah, majlis Maulud Nabi dan membaca Yassin pada malam Jumaat.

    Banyak lagi perbezaan antara fahaman Wahabi dan Ahli Sunnah jika mahu diperkatakan. Hakikatnya kita melihat fahaman Wahabi berlainan daripada pegangan dan amalan Ahli Sunnah dan kita tidak boleh membiarkan orang Islam di negara ini terpengaruh dengannya kerana banyak implikasi negatifnya. Berwaspadalah. Wallahualam.



    Reply #15 08 November, 2009, 08:59:33 AM
  • Publish
  • Waspada 'tajdid' Wahhabi

    Ahli Jawatankuasa Pengawalan Akidah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Mahfuz Muhammad

    MALAYSIA adalah negara yang mengamalkan akidah Ahli Sunah Wal Jamaah (ASWJ) dan bersandarkan kepada mazhab Imam Shafie.

    Walaupun aliran ini dominan namun, terdapat juga cubaan menyebar fahaman lain dalam kalangan umat Islam. Antaranya adalah aliran Wahhabi.

    Benarlah sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: “Demi diri Muhammad yang berada di tangan-Nya, pasti akan berpecah umatku kepada 73 firqah, hanya satu ke syurga dan 72 ke neraka”. Baginda ditanya: Siapa mereka? Baginda bersabda: Mereka adalah al-Jamaah”. (riwayat Ibn Majah)

    Aliran Wahhabi ini pula bukanlah baru kerana ia sudah menjadi bualan masyarakat Islam di Malaysia sejak 1940-an lagi.

    Selain dikenali dengan aliran Wahhabi, ia juga kenali sebagai Aliran Kaum Muda pada sekitar tahun 30-an.

    Wartawan MOHD. RADZI MOHD. ZIN menemubual Ahli Jawatankuasa Pengawalan Akidah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Mahfuz Muhammad bagi mengupas isu ini.

    Beliau banyak mengkaji tentang fahaman Wahhabi sejak usia belasan tahun. Kajiannya lebih teliti apabila menyambung pelajaran di Universiti Al-Azhar pada 1990-1997 dalam bidang bahasa Arab.

    Mahfuz kemudiannya menyambung pelajaran Diploma dalam bidang Fatwa di Dar al-Ifta Mesir pada 2000 hingga 2001.

    Apakah pengertian golongan Wahhabi?

    Golongan ini adalah satu aliran yang diasaskan oleh Muhammad Abd. Wahhab pada kurun ke-12 Hijrah di Najd Jazirah Arabiah.

    Fahaman ini dikenali juga sebagai Aliran Kaum Muda di Malaya dan Indonesia pada 1930-an, hingga 1950-an.

    Aliran ini dinisbahkan kepada bapa beliau yang merupakan seorang ulama mazhab Hanbali. Telah menjadi adat kaum Arab menisbahkan sesuatu itu kepada bapa, datuk dan ke atas.

    Mazhab Shafie juga dinisbahkan kepada moyangnya sedangkan nama pengasas sebenar ialah Muhammad bin Idris.

    Walaupun begitu mereka yang berpegang dengan aliran ini tidak selesa dengan gelaran Wahhabi sebaliknya mendakwa mereka dari golongan kaum Salaf atau kaum Ahli Sunah.

    Kenapakah begitu? Ini kerana istilah Wahhabi pada hari ini mula diketahui ramai akan kesesatan dalam akidah dan cabang lain.

    Oleh kerana itu harus berhati-hati dengan kaum ini kerana mereka kadang-kadang menggunakan nama Ahli Sunah, Salaf dan pelbagai istilah baik-baik. Semuanya untuk mengaburi orang awam daripada mencium kesesatan pegangan mereka.

    Adakah ajaran Wahhabi ini turut melibatkan akidah atau bab fikah sahaja?

    Ramai orang merasakan golongan ini hanya pembawa bidaah dalam masalah-masalah furu’ (cabang) semata-mata.

    Kerana itu ramai dari kalangan pihak berwajib, ulama dan pendakwah merasakan perkara ini tidak ada keutamaan untuk ditangani dengan sungguh-sungguh.

    Sedangkan sebenarnya Wahhabi ini membawa sebesar-besar bidaah dalam masalah akidah!

    Antara ajaran yang bertentangan dengan akidah ASWJ adalah menolak dan merendah-rendahkan pengajian Sifat 20. Sebaliknya mereka membawa kaedah tauhid yang baru iaitu pembahagian tauhid yang tiga.

    Definasi tauhid tiga di sisi Wahhabi ialah:

    Pertama, Tauhid Rububiah.

    Tauhid bagi mereka yang menyembah berhala. Kononnya mereka menyembah berhala untuk mendekatkan diri kepada Allah. Sementara berhala merupakan pengantara antara hamba dan Tuhannya.

    Kedua, Tauhid Uluhiah.

    Tauhid bagi mereka yang beribadah hanya kepada Allah semata-mata dengan tiada sebarang perantara makhluk.

    Ketiga, Tauhid Asma wa Sifat.

    Beriman dengan ayat-ayat mutasybihat secara zahirnya. Seperti dikatakan Allah itu bersemayam di atas Arasy dan lain-lain lagi.

    Bagaimana mungkin tauhid itu terbahagi kepada tiga? Sedangkan tauhid itu hanya satu iaitu mengesakan Allah dan tidak sama sekali membeza-bezakan tauhid.

    Dengan menerima konsep tauhid rububiah dan uluhiah mengikut pentafsiran seperti ini maka banyak amalan yang diperakui baik, menjadi sesat dan membawa syirik kepada pelakunya.

    Contohnya, amalan Maulid Nabi SAW, marhaban, berdiri sewaktu selawat, tabarruk (ambil berkat), tawassul (berwasilah), ziarah makam nabi-nabi, rasul-rasul, aulia dan solehin.

    Sementara tauhid asma wa sifat pula membawa implikasi menjisimkan (visual) dan mentasbihkan (menyamakan) zat Allah SWT dengan makhluk. Seperti menyifatkan Allah dengan tempat dan anggota (jarihah).

    Ini adalah akidah kaum Musyabbihah Mujassimah yang wujud pada kurun ke-4 Hijrah dan dikembangkan semula oleh Ibnu Taimiyyah pada kurun ke-7 Hijrah dan seterusnya dikembangkan pula oleh Muhammad Abd. Wahhab pada kurun ke-12 Hijrah.

    Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Utusan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp

    http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1107&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_02.htm

    ليس الفتى يقول هو أبي لكن الفتى يقول هذا أنا

    Reading to live - Flaubert ..... Say No to Intellectual Barbarism!
    ---Raden Kiai Mooksy---

    Reply #16 09 November, 2009, 07:02:33 PM
  • Publish
  • :)
    minta sahabat2 jelaskan tentang  isu2 ni
    -Al Quran (makhluk@qadim)
    -perbuatan manusia (dari tuhan@manusia)
    -melihat Allah diakhirat

    ana penah dengar tentang isu ni tapi kurang jelas
    tak silap ana ade perbezaan pendapat dari ASWJ, muktazilah dan hanabilah tentang isu ni

     :jaz:


    Dalam masalah Al-Qur'an, Ahlus-Sunnah wal Jamaah menjelaskan bahawasanya Al-Qur'an adalah kalam Allah yang qadim. Kalam Allah yang qadim yang dimaksudkan adalah kalam nafsi iaitu maksud yang disampaikan daripada lafaz Al-Qur'an tersebut dan tulisannya dalam mashaf. Ini kerana, kalam Allah s.w.t. tidak berbahasa, tidak berhuruf, tidak melalui suara dan sebagainya.

    Mu'tazilah mendakwa Al-Qur'an adalah makhluk kerana tulisan dalam mashaf dan suara manusia yang membaca Al-Qur'an adalah makhluk. Ahlus-Sunnah wal Jamaah menolak fahaman ini dengan membezakan antara lafaz Al-Qur'an yang ada dalam tulisan mashaf atau yang disebut dalam suara manusia yang makhluk, dengan kalam nafsi atau perkataan dalam diri Allah s.w.t. di sebalik makna terhadap Al-Qur'an tersebut.

    Al-Qur'an ada dua sudut iaitu:

    Sudut lafaznya, bahasanya dan bacaannya.

    Sudut makna daripada lafaz tersebut. Makna daripada lafaz Al-Qur'an tersebut adalah kalam Allah s.w.t. yang qadim. Adapun lafaz-lafaz Al-Qur'an dalam bahasa Arab, maka ianya adalah perantaraan antara Allah s.w.t. dengan manusia untuk menyampaikan maksud kalam Allah s.w.t. dalam diriNya (kalam nafsi).

    Pepatah arab ada menyatakan:

    Sesungguhnya kalam (perkataan) itu asalnya dalam diri seseorang,
    Tetapi dijadikan lisan sebagai petunjuk kepada kalam dalam dirinya.

    Daripada isu yang terlalu halus inilah, Imam Ahmad bin Hanbal r.a. berselisih pendapat dengan Imam Al-Bukhari r.a.. Namun, ia bukanlah perbahasan yang perlu dibincangkan kepada umum kerana ianya adalah perbahasan yang rumit.

    Adapun ghullat Hanabilah (pelampau Hanabilah yang terlibat dengan fahaman tajsim) mendakwa kalam Allah adalah berhuruf, bersuara, berbahasa dan sebagainya. Mereka telah menetapkan sifat-sifat baharu bagi Allah s.w.t.. Tapi, ini tidak melibatkan semua ulama' Hanabilah, tetapi sebahagian sahaja yang terlibat dengan Tajsim. Sebahagian yang lain seperti Imam Ibn Al-Jauzi dan sebagainya sama aqidah dengan ahlus-sunnah wal jamaah.

    -perbuatan manusia (dari tuhan@manusia)

    Dalam bab ini, ahlus-sunnah wal jamaah menegaskan bahawasanya perbuatan manusia adalah daripada Allah s.w.t. dari sudut penciptaan, tetapi Allah s.w.t. menisbahkan kepada kita dari sudut pensyariatan. Dari sudut syariat inilah timbulnya konsep usaha yang Allah s.w.t. letakkan dalam diri manusia dan dari sudut syariat inilah amalan-amalan mereka dinilai.

    Oleh itu, Ahlus-sunnah wal jamaah menetapkan perbuatan makhluk adalah ciptaan Allah s.w.t. melalui usaha yang dinisbahkan kepada manusia.

    Golongan Mu'tazilah mendakwa perbuatan makhluk/manusia terlepas daripada pengaruh ketentuan dan kekuasaan Allah s.w.t.. Ini secara tidak langsung menafikan kekuasaan Allah s.w.t. yang tiada batasan baginya kerana membataskan kekuasaan Allah s.w.t. daripada perbuatan manusia.

    Sedangkan, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: "dan Dia (Allah) terhadap setiap sesuatu itu Maha Berkuasa".

    Maka, perbahasan taqdir ini adalah antara rahsia Allah s.w.t. yang tidak perlu diperincikan. Apa yang penting adalah kita lakukan apa yang Allah s,w,t, suruh dan yakin dengan ketentuan dan janji Allah s.w.t..

    Adapun bab melihat Allah diakhirat:-

    Ahlus-Sunnah wal Jamaah menjelaskan bahawasanya orang-orang beriman akan melihat Allah s.w.t. dengan mata kepala mereka dengan izin dan kehendak Allah s.w.t., tetapi tanpa tatacara yang diketahui, tanpa jarak, tanpa Allah s.w.t. mengambil ruang dan tempat. Hakikatnya hanya diketahui oleh Allah s.w.t..

    Mu'tazilah pula menafikan orang-orang beriman dapat melihat Allah s.w.t. di akhirat kelak dengan mata kepala mereka. Ini kerana salah penilaian akal mereka.

    Golongan Ghullat Hanabilah (dan mujassimah khususnya) mendakwa melihat Allah s.w.t. di akhirat dengan jarak, secara bertentangan dan Allah s.w.t. berposisi di hadapan orang-orang beriman. Mereka menetapkan batasan tempat, jarak, sudut dan sebagainya bagi Allah s.w.t.. Ini adalah lahir dari lemah akal mereka dalam memahami ayat-ayat mutasyabihat sehingga memahami banyak nas-nas mutasyabihat dengan makna zahir dari sudut bahasa.

    Wallahu a'lm...

    Reply #17 28 November, 2009, 08:26:26 AM
  • Publish
  • Ada beberapa sebab kenapa fahaman Kaum Muda (atau Wahhabi) menjadi semakin kuat di dalam Negara.
    1.   Sikap tidak berhati2 Pihak Pemerintah ketika menghantar para pelajar lulusan agama melanjutkan pelajaran ke Universiti2 Luar Negara.  Ini  mungkin kerana Pihak Pemerintah tidak tahu langsung tentang  fahaman ini, tidak memahami isu aqidah yang cuba dibawakan oleh fahaman ini, atau semata2 tertarik dengan tawaran2 biasiswa yang di tawarkan oleh negara2 pendokong Wahhabi, seperti  Negara Arab Saudi dan Kuwait yang kaya-raya.

    2.   Kesilapan Kerajaan menarik Bantuan Kewangan daripada Sekolah2 Agama Rakyat (SAR). Sudah diketahui  umum, bahawa SAR inilah merupakan benteng kukuh Ahli Sunnah wal Jamaah (ASWJ) kerana memperjuangkan kaedah Tauhid Sifat 20, dan terbukti telah melahirkan ramai para ulama Negara yang hebat2.  Apabila banyak SAR ditutup, kini kesempatan terbuka luas kepada pihak  Wahhabi menyerang kaedah Tauhid ini secara berterusan di media cetak dan elektronik.

    3.   Kemenangan Dr. Asri menentang Astora Jabat dalam satu debat di Penang. Meskipun Astora Jabat sendiri tidak pernah dipandang sebagai seorang Ilmuan ASWJ, tetapi pihak Kerajaan sangat mempercayainya lantaran pengaruh daripada penulisan2 dan kritikan2nya tentang isu agama. Sejak itu, Dr. Asri semakin bijak memanipulasikan pengaruh media, dengan menulis di dada2 akhbar, malah kini muncul pula dikaca televisyen, sehinggakan fahamannya terus sampai kepada rakyat jelata tanpa sebarang halangan.

    4.   Strategi pihak wahhabi yang bersungguh2 melahirkan Ulama2 golongan mereka yang berkelulusan Phd.  Mereka tahu, sifat Orang Melayu sangat mudah dipengaruhi  oleh golongan Intelek, terutama dari kalangan mereka yang memegang title Doktor Falsafah (Dr.). Seorang yang bergelar “Dr.” di Malaysia akan mudah dijemput untuk memberi  ceramah,  atau menulis dan memberi ulasan  tentang pelbagai isu agama di pelbagai media di Negara ini.

    5.   Sikap tergesa2 Kerajaan memperkenalkan kaedah Tauhid Tiga di sekolah2 dan di Universiti2. Ini kerana naluri Orang Melayu suka kepada perkara2 yang mudah, dan Tauhid Tiga ini pula “Cuma Tiga”, berbanding kaedah Tauhid Sifat 20 yang “berjumlah 20”. Kesannya, oleh kerana Wahhabi juga menggunakan kaedah Tauhid Tiga, maka mereka akan dianggap tidak membawa sebarang ancaman aqidah, dan akan diterima secara beransur2 kedalam  golongan ASWJ tanpa disedari. Sebaliknya, pihak Wahhabi pula bersungguh2 berjuang agar kaedah Tauhid Sifat 20 dicabut terus daripada Sistem Pendidikan Negara.     

    Reply #18 29 November, 2009, 09:56:04 AM
  • Publish
  • Ada beberapa sebab kenapa fahaman Kaum Muda (atau Wahhabi) menjadi semakin kuat di dalam Negara.
    1.   Sikap tidak berhati2 Pihak Pemerintah ketika menghantar para pelajar lulusan agama melanjutkan pelajaran ke Universiti2 Luar Negara.  Ini  mungkin kerana Pihak Pemerintah tidak tahu langsung tentang  fahaman ini, tidak memahami isu aqidah yang cuba dibawakan oleh fahaman ini, atau semata2 tertarik dengan tawaran2 biasiswa yang di tawarkan oleh negara2 pendokong Wahhabi, seperti  Negara Arab Saudi dan Kuwait yang kaya-raya.

    2.   Kesilapan Kerajaan menarik Bantuan Kewangan daripada Sekolah2 Agama Rakyat (SAR). Sudah diketahui  umum, bahawa SAR inilah merupakan benteng kukuh Ahli Sunnah wal Jamaah (ASWJ) kerana memperjuangkan kaedah Tauhid Sifat 20, dan terbukti telah melahirkan ramai para ulama Negara yang hebat2.  Apabila banyak SAR ditutup, kini kesempatan terbuka luas kepada pihak  Wahhabi menyerang kaedah Tauhid ini secara berterusan di media cetak dan elektronik.

    3.   Kemenangan Dr. Asri menentang Astora Jabat dalam satu debat di Penang. Meskipun Astora Jabat sendiri tidak pernah dipandang sebagai seorang Ilmuan ASWJ, tetapi pihak Kerajaan sangat mempercayainya lantaran pengaruh daripada penulisan2 dan kritikan2nya tentang isu agama. Sejak itu, Dr. Asri semakin bijak memanipulasikan pengaruh media, dengan menulis di dada2 akhbar, malah kini muncul pula dikaca televisyen, sehinggakan fahamannya terus sampai kepada rakyat jelata tanpa sebarang halangan.

    4.   Strategi pihak wahhabi yang bersungguh2 melahirkan Ulama2 golongan mereka yang berkelulusan Phd.  Mereka tahu, sifat Orang Melayu sangat mudah dipengaruhi  oleh golongan Intelek, terutama dari kalangan mereka yang memegang title Doktor Falsafah (Dr.). Seorang yang bergelar “Dr.” di Malaysia akan mudah dijemput untuk memberi  ceramah,  atau menulis dan memberi ulasan  tentang pelbagai isu agama di pelbagai media di Negara ini.

    5.   Sikap tergesa2 Kerajaan memperkenalkan kaedah Tauhid Tiga di sekolah2 dan di Universiti2. Ini kerana naluri Orang Melayu suka kepada perkara2 yang mudah, dan Tauhid Tiga ini pula “Cuma Tiga”, berbanding kaedah Tauhid Sifat 20 yang “berjumlah 20”. Kesannya, oleh kerana Wahhabi juga menggunakan kaedah Tauhid Tiga, maka mereka akan dianggap tidak membawa sebarang ancaman aqidah, dan akan diterima secara beransur2 kedalam  golongan ASWJ tanpa disedari. Sebaliknya, pihak Wahhabi pula bersungguh2 berjuang agar kaedah Tauhid Sifat 20 dicabut terus daripada Sistem Pendidikan Negara.     


    1. patutlah baru-baru ni kerajaan hantar pelajar ( termasuk anak menakan aku ) kita ke morocco, negara islam leberal, kerana takut pengaruh wahabi? / salafi

    2. sifat 20, tu pernah ke diajarkan oleh Rasulullah ?

    3. yang haq mengalahkan yang batil.

    4. strategi yang di redai oleh Allah.

    5. islam itu mudah, kenapa nak jadikahnya susah??

    Reply #19 29 November, 2009, 08:28:19 PM
  • Publish
  •  :)

    Mungkin boleh dibaca ulasan dari Dr Asmadi Muhammad Naim mengenai bahaya taqlid di dalam Tauhid dan anda boleh dapat jawapannya.

    Bahaya Taklid Dalam Tauhid


    Oleh DR. ASMADI MOHAMED NAIM


    APABILA ditanya dari mana nas al-Quran dan sunnah yang menyebut pembahagian yang jelas bagi tauhid tiga serangkai iaitu tauhid uluhiah, tauhid rububiah dan tauhid asma' wa sifat, pendokongnya yang mengaku berpegang dengan al-Quran dan sunnah pun, teragak-agak mendatangkan hujah.

    Lantas mendatangkan hujah-hujah berbentuk taklid iaitu WAMY, ulama-ulama lain dan silibus-silibus beberapa buah universiti yang menyokong. Itu sebenarnya taklid.

    Kadang-kadang didatangkan nukilan al-Baghdadi dalam al-Farq Baina al-Firaq berkaitan dengan tafsiran perkataan 'ahlussunnah' sebab mahu bergantung dengan ulama silam Ahlussunnah, namun ditiadakan syarahan bahawa Imam al-Baghdadi sebenarnya mensyarahkan tauhid Sifat di dalam kitab tersebut apabila beliau mensyarahkan firqah najiah (firqah yang selamat). Bahkan perkataan 'tauhid-tauhid sifat' dalam definisi tersebut diabaikan. Walhal itulah antara sifat-sifat 20.

    Lihat bagaimana Imam al-Baghdadi mensyarahkan pandangan Ahlussunnah dalam mentauhidkan sifat Allah SWT:
    Quote
        "Mereka ijmak bahawa tempat tidak meliputiNya (Allah SWT tidak bertempat) dan masa tidak mengikatnya, berbeza dengan firqah al-Hasyamiah dan al-Karamiah, yang mengatakan Allah memegang arasynya".

    (Lihat Al-Baghdadi, al-Farq Baina al-Firaq, hal.256).

    Dalam isu tauhid, amat merbahaya kita bertaklid. Sepatutnya didatangkan nas-nas yang jelas berkaitan pembahagian tiga serangkai tersebut bersesuaian sekiranya kita bersarjanakan al-Quran dan sunnah.


    Kalau berdoa selepas solat secara berjemaah yang tidak ditunjuk oleh hadis secara jelas pun dituduh bidaah dan sesat oleh sesetengah orang (walau berdoa disuruh dalam al-Quran dan sunnah), apatah lagi isu pokok dan besar seperti tauhid.

    Apabila ditanya, mana dalil al-Quran dan sunnah apabila anda mengatakan penyembah berhala bertauhid dengan tauhid rububiah (tanpa tauhid uluhiyah)? Lantas akan dinyatakan kata-kata si polan dan polan mengatakan perkara ini dan di sokong pula dengan ulama-ulama ini dan ini.

    Persoalan saya:
    Kenapa tidak ada sepatah pun ayat al-Quran dan hadis atau kata-kata ulama-ulama Salafussoleh (tiga kurun pertama) mengenai perkara ini?

    Memang benar ada ayat yang bermaksud:
    Quote
        Dan jika engkau bertanya kepada mereka, siapakah yang menciptakan mereka, nescaya mereka menjawab: Allah; jadi bagaimana mereka dapat dipalingkan (dari menyembah Allah SWT).

    (al-Zukhruf: 87).

    Dalil ini digunakan untuk menunjuk- kan orang-orang Musyrik (penyembah berhala) beriman dengan iman rububiah. (Mohd. Naim Yasin, hal.11).

    Namun kenapa tidak dicantumkan dengan ayat selepasnya?


    Quote
        Dan (Allah mengetahui) ucapannya (Muhammad): Ya Tuhanku, sesungguhnya mereka itu adalah kaum yang tidak beriman.
    (al-Zukhruf: 88).

    Tidak pula al-Quran mahupun sunnah menyebut orang-orang Musyrik beriman dengan tauhid rububiah sahaja! Ini persoalan akidah, sepatutnya ada nasnya secara jelas.

    Sebaliknya al-Quran mengatakan dengan jelas bahawa mereka bukan orang yang beriman. Bagaimana kita boleh mengubahnya mengatakan mereka beriman dengan tauhid rububiah? Mana dalilnya sebab ini persoalan akidah?

    Ini adalah taklid. Kenapa kita membenarkan taklid dalam soalan akidah sebegini? Kita amat tidak adil apabila membenarkan taklid pada persoalan akidah sebegini.

    Lantas kemungkinan saya pula ditanya:
    Quote
        Apa dalil kamu dari al-Quran dan sunnah yang menyebabkan kamu mengkhususkan Sifat 20 untuk Allah SWT?
    Maka saya berkata:
    Quote
        "Bahawasanya Allah SWT bersifat dengan segala sifat kesempurnaan, dan maha suci dari segala kekurangan. Sesungguhnya ketuhanannya melazimkan kesempurnaan mutlak secara khusus untuk ZatNya.

        "Kemudian, kami memilih sifat-sifat terpenting daripada sifat-sifatNya yang maha sempurna dan kami menjelaskannya secara terperinci perkara-perkara dan keyakinan-keyakinan yang berkaitan dengannya

    (Lihat al-Buti, 1992, Kubra al-Yaqiniyat al-Kauniyyah, h108).

    Adalah satu fitnah sekiranya kami dikatakan menghadkan sifat Allah SWT kepada 20 sahaja!


    Saya mungkin ditanya lagi:
    Quote
        Mana dalilnya dari al-Quran dan sunnah? Saya akan mengatakan bahawa semua sifat dua puluh itu ada dalilnya di dalam al-Quran dan sunnah. Kalau mahu diperincikan, boleh dilihat dalam semua buku yang mensyarahkan Sifat 20.

    Saya ditanya lagi: Bukankan Sifat 20 itu susunan Muktazilah?


    Saya berkata:
    Quote

        Sekiranya saudara membaca sejarah Islam silam, saudara akan memahami bahawa pada zaman Khalifah Abbasiah iaitu Ma'mun bin Harun ar Rasyid (198H-218H), al-M'tashim (218H-227H) dan al-Watsiq (227H-232H) adalah khalifah-khalifah penganut fahaman Muktazilah atau sekurang-kurangnya penyokong-penyokong yang utama dari golongan Muktazilah.
        Dalam sejarah Islam, dinyatakan terjadinya apa yang dinamakan 'fitnah al-Quran itu makhluk' yang mengorbankan beribu-ribu ulama yang tidak sefaham dengan kaum Muktazilah.
        Pada masa itu, Imam Abu Hassan al-Asy'ari muda remaja, dan belajar kepada seorang Sheikh Muktazilah, iaitu Muhammad Abdul Wahab al-Jabai (wafat 303H).
        Imam Abu Hassan al-Asy'ari (wafat 324H) melihat terdapat kesalahan besar kaum Muktazilah yang bertentangan dengan iktiqad (keyakinan) Nabi SAW dan sahabat-sahabat baginda, dan banyak bertentangan dengan al-Quran dan sunnah. Lantas beliau tampil meninggalkan fahaman Muktazilah dan menongkah hujah-hujah kaum Muktazilah.
    Kefahaman Masyarakat

    Bermula dari itulah, Imam Abu Hassan al-Asy'ari melawan kaum Muktazilah dengan lidah dan tulisannya. Justeru, susunan tauhidnya bermula setelah dia berjuang menentang Muktazilah dan mengembalikan kefahaman masyarakat kepada al-Quran dan sunnah.
    Quote
    Di atas jalannya, ulama silam menelusuri, antaranya ialah Imam Abu Bakar al-Qaffal (wafat 365H), Imam Abu Ishaq al-Asfaraini (wafat 411H)., Imam al-Hafiz al-Baihaqi (wafat 458), Imam Haramain al-Juwaini (wafat 460H), Imam al-Qasim al-Qusyairi (wafat 465H), Imam al-Baqilani (wafat 403H), Imam al-Ghazali (wafat 505H), Imam Fakhrurazi (wafat 606H) dan Imam Izzuddin bin Abd Salam (wafat 660H). (Lihat Kiyai Sirajuddin Abbas (2008). Aqidah ahlussunnah wal Jamaah, h21-23).

    Tidak pernah wujud pertelingkahan antara penghuraian Imam Abu Hassan al-Asy'ari dan Imam al-Maturidi dengan pengikut-pengikut mazhab fiqh yang empat.

    Kemudian saya mungkin diperlekeh kerana pengajian sifat 20 ini bentuknya kaku, lantas contoh sindirannya ialah:


        "Wujud maksud ada, lawannya tiada.... akhirnya semuanya tiada".

    Saya katakan sememangnya cara perbahasan Sifat 20 kena diperbaharui dan diringkaskan.


    Dalil-dalil al-Quran berkaitan sifat tersebut perlu lebih dipertekankan berbanding dengan dalil-dalil akal yang rumit-rumit yang mungkin zaman kita tidak memerlukannya.

    Pada saya, mungkin penulisan seorang ulama Indonesia Kiai Sirajuddin Abbas bertajuk: Aqidah Ahlussunnah wal Jamaah, boleh digunakan untuk memudahkan kefahaman pembaca. Buku ini masih banyak dijual di toko-toko buku di Wisma Yakin, Kuala Lumpur.

    Saya kemudian ditanya berkaitan dengan sahabat-sahabat saya yang mungkin belajar dan mengajar tauhid tiga serangkai ini?

    Saya katakan pengalaman saya mendengar pensyarah-pensyarah dan sahabat-sahabat saya yang mengajar tauhid pecah tiga ini, ada di kalangan mereka tidak ekstrem, tidak sampai mengkafirkan/mensyirikkan golongan yang tidak sependapat.

    Contohnya bila memperkatakan tawassul dan menziarahi kubur, ada di kalangan mereka menerimanya tanpa mengkafirkannya atau menyesatkannya.

    Demikian juga persoalan penafsiran ayat-ayat sifat, ada yang tidak menerima/ tidak taklid bulat-bulat kenyataan Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab, dan lebih kepada menyerahkan kepada Allah SWT. Mereka lebih suka merujuk terus ke Ibn Taymiyyah berbanding Sheikh Abd Wahhab.

    Di kalangan mereka (mengikut cerita adik saya ketika dia belajar di Universiti Yarmuk, Jordan), pensyarah Aqidahnya mengatakan: Kamu orang-orang Malaysia, ramai mengikut Ahlu sunnah aliran Asyairah.

    Namun, tauhid yang diajarkan ini mengikut susunan Ibn Taymiyah kerana menjadi silibus Universiti ini (pada masa itu). Terserah kepada kamu mengikut keyakinan Asyairah itu (tanpa beliau menyesatkannya).

    Mereka menyedari ramai ulama silam (sama ada muhadithin, fuqaha' atau mufassirin) dari kurun ke tiga Hijrah berpegang kepada huraian Imam Abu Hassan al-Asy'ari (wafat 324H) dan Imam Abu Mansur al-Maturidi (wafat 333H).


    Walaupun begitu, ada yang amat ekstrem dalam pegangannya sehinggakan menyesatkan imam-imam terdahulu yang berada dalam lingkungan ratusan tahun.

    Semoga pembaca membuat pertimbangan dan terbuka berkaitan isu ini. Pada saya berpegang pada tauhid susunan dan huraian orang yang dekat dengan Rasulullah SAW (al-'ali) lebih selamat dari berpegang kepada tauhid orang terkemudian dan sekarang yang kelihatan cacar marba metodenya dan bertaklid dengan orang-orang baru (al-nazil).

    Semoga Allah SWT menyelamatkan kita dari kesesatan dan menganugerahkan kita jalan yang lurus.

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    5 Replies
    3959 Views
    Last post 04 May, 2009, 10:06:50 PM
    by ibnuwalidaini
    3 Replies
    8884 Views
    Last post 07 August, 2011, 10:46:05 AM
    by Ummi Munaliza
    10 Replies
    11099 Views
    Last post 24 June, 2012, 01:21:43 PM
    by rabbitah